You are on page 1of 23

EIT311

1







TUGASAN SEMESTER
SEPTEMBER
2013






KOD KURSUS

EIT 311


TAJUK KURSUS


Teknologi Instruksional & Sumber
Pembelajaran
PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

HALUYAH@MAIMON BINTI SINJAN
NO. MATRIK

E30209120881
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

ENCIK PHILIP CHAYONG
PUSAT PEMBELAJARAN

AeU CAWANGAN BINTULU
EIT311



2





Bil

Isi Kandungan

Muka surat


1

BAHAGIAN A:
Esei : Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran
di Sekolah Saya
1.1 Pengenalan






3 - 4

2

2.1 Integrasi Teknologi merentas kurikulum.
2.2 Hasil temubual bersama 2 orang guru tentang penggunaan
teknologi mengapa mereka menggunakan atau tidak
menggunakan teknologi.


5 6
7 - 8

3

3.1 Standard teknologi untuk guru .
3.2 Masalah dan cabaran dalam penggunaan teknologi di sekolah
rendah.

9

10 - 11

4

Justifikasi mengapa penggunaan teknologi penting
Nyatakan contoh-contoh yang relevan.


12

5

Jenis teknologi yang sesuai di sekolah rendah / prasekolah.


13- 16

6

Rumusan

17

Bahagian B: Rancangan Mengajar Harian

18 - 21

Rujukan

22 - 23
EIT311



3

Bahagian A: Tugasan Esei Pendek
Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah Saya

1.1 Pengenalan
Penggunaan dan pengintegrasian teknologi dalam kurikulum sebenarnya banyak bergantung
kepada keupayaan dan kemahiran guru memanfaatkan kemudahan teknologi sebagai alat untuk
memproses dan mengakses maklumat serta menjadikan pengajaran di dalam kelas lebih menarik
dan efisien. Sekiranya budaya mengintegrasikan penggunaan teknologi ini dapat dipupuk dalam
setiap perancangan akademik sekolah maka ia akan memberi pengalaman baru sekali gus
menganjak paradigm pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Integrasi teknologi melibatkan penerapan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan
pembelajaran bilik darjah. Teknologi digunakan untuk membantu guru dan murid mendapatkan
maklumat yang tepat pada masanya, menganalisis dan mensintesis maklumat. [International
Society for Technology in Education, ISTE, 2009].

Integrasi teknologi ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi dalam rutin harian, kerja, dan
pengurusan sekolah. Sumber-sumber komputer terdiri daripada perisian khusus, sistem
komunikasi berasaskan rangkaian, dan peralatan lain dan infrastruktur. [National Forum on
Education Statistics, Forum Unified Education Technology Suite, 2005].

Integrasi teknologi ialah penggunaan sumber teknologi seperti komputer, kamera digital, CD-
ROM, perisian aplikasi, Internet, dan lain-lain dalam amalan harian bilik darjah, dan dalam
pengurusan sekolah. Integrasi teknologi dicapai apabila penggunaan teknologi adalah rutin dan
telus. Integrasi teknologi dicapai apabila seorang kanak-kanak atau guru tidak berhenti untuk
berfikir bahawa dia menggunakan komputer atau menyelidik melalui Internet [Edutopia: What
Works in Public Education. The George Lucas Educational Foundation, 2009].



EIT311



4

Berdasarkan tiga definisi di atas, dapat kita takrifkan bahawa integrasi teknologi di sekolah-
sekolah adalah usaha yang dibuat untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah.

Teknologi digunakan untuk menyokong pencapaian matlamat kurikulum dan untuk membantu
pelajar dalam pembelajaran mereka secara berkesan. Integrasi teknologi adalah satu proses yang
berterusan dan sentiasa berubah. Penerimaan perubahan adalah keperluan utama bagi integrasi
teknologi dan perubahan tidak selalunya mudah. Reaksi awal manusia ialah untuk menentang
perubahan tetapi perubahan tidak dapat dielakkan.





















EIT311



5

2.1 Integrasi Teknologi Merentasi Kurikulum

Teknologi menyentuh hampir setiap aspek daripada kehidupan manusia, masyarakat kita dan rumah
kita. Kemahiran teknologi adalah penting untuk masa depan pendidikan. Menurut Marc Prensky
(2005), pelajar hari ini; yang dipanggil digital natives (atau pribumi digital) telah menguasai
segala peralatan teknologi dan arif menggunakan blog, wiki, podcast, video dan sebagainya.
Komunikasi dilakukan blog, twitter, e-mail, wiki dan sebagainya. Penggunaan teknologi faktor
utama yang memacu ekonomi global (Anderson, 2006). Peralatan teknologi dan internet
mewujudkan budaya berkongsi maklumat dan pengalaman yang membawa manusia kepada
zaman maklumat di hujung jari.

Bagaimana pun kebanyakan sekolah jauh ketinggalan dalam mengintegrasikan teknologi ke
dalam bilik darjah . Ramai guru sedang bermula meneroka potensi teknologi untuk pengajaran
dan pembelajaran. Jika digunakan dengan betul, teknologi dapat membantu pelajar memperoleh
kemahiran yang mereka perlukan untuk terus maju dalam kehidupan yang kian kompleks; iaitu
dalam ekonomi teknologi tinggi yang berasaskan pengetahuan. Sebagaimana yang ditakrifkan
sebelum ini, mengintegrasikan teknologi ke dalam pengajaran lebih daripada mengajar
kemahiran menggunakan komputer dan perisian-perisian. Khususnya, teknologi harus
menyokong empat komponen utama pembelajaran:
penglibatan secara aktif dalam pengajaran & pembelajaran,
penyertaan dalam kerja kumpulan,
berinteraksi dengan lebih kerap & menerima maklum balas,
disambungkan kepada pakar-pakar dunia sebenar.

Integrasi teknologi yang berkesan dicapai apabila penggunaan teknologi adalah rutin
dan telus dan membantu pencapaian matlamat sesuatu kurikulum.
Kaedah projek berasaskan teknologi akan menjadi kaedah utama dalam pembelajaran di bilik
darjah. Pembelajaran melalui projek yang berbantu teknologi membolehkan pelajar akan rasa
tercabar secara intelektual di samping menyediakan mereka dengan gambaran yang realistik apa
yang kelihatan seperti tempat kerja moden. Melalui projek, kemahiran penyelesaian masalah,
analisis dan sintesis dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar.
EIT311



6


Sumber maklumat yang begitu padat dan banyak yang terdapat atas talian terdiri daripada
pelbagai bahan pembelajaran yang menarik dan terkini. Dewasa ini pelayaran melalui internet
merupakan saluran yang sangat efektif untuk menghubungkan pelajar dengan pelajar, pelajar
dengan guru dan pelajar dengan pakar,

Teknologi secara globalnya akan mengubah cara kita mengajar. Pemikiran visual akan menjadi
cara berkesan mengajar pelbagai konsep, prinsip dan kemahiran. Contohnya, pada masa kini,
ramai pelajar merujuk kepada YouTube dan laman web lain yang menyediakan klip video untuk
mempelajari pelbagai bidang ilmu. Ini telah menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif, efisien dan menyeronokkan.





























EIT311



7


2.2 Hasil temubual saya bersama 2 orang guru tentang penggunaan teknologi
mengapa mereka menggunakan atau tidak menggunakan teknologi

Berikut adalah temubual saya bersama seorang guru yang mengintegrasikan kemahiran-
kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kreatif danm kritis,
kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai semasa mengendalikan
pembelajaran.

2.2.1 Apakah yang mendorong cikgu menggunakan tahap penggunaan kemahiran
teknologi di dalam matapelajaran cikgu di dalam kelas?
Matapelajaran yang saya ajar di sekolah ini ialah berkenaan dengan murid-murid LINUS. Kita
sedia maklum bahawa kebanyakkan murid-murid LINUS adalah golongan murid yang sangat
lemah dalam aspek membaca (Literasi) dan mengira (Numerasi). Bagi saya , BBM dalam bentuk
teknologi banyak membantu saya dalam menyampaikan pembelajaran dan pengajaran saya di
kelas LINUS ini terutamanya mata pelajaran Bahasa Malaysia yang saya ajar sekarang. Mereka
perlukan bahan yang menarik. Kaedah tunjuk cara dalam pengajaran Bahasa Melayu iaitu
dengan menggunakan beberapa siri gambar simulasi atau animasi. Aplikasi penggunaan
teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu ,pelajar biasanya diberikan peluang untuk
melakukan prosedur tersebut secara interaktif .Latihan ini boleh dilakukan berulang kali
sehingga mereka mahir dan lebih yakin apabila melakukan prosedur tersebut dalam keadaan
sebenar sekaligus menyokong pembelajaran dengan konsep yang paling mudah untuk difahami
oleh mereka. Kad-kad huruf dan suku kata perkataan adalah salah satu cara bahan yang
disediakan dan digunakan bagi membantu murid-murid LINUS tegar ini. Melalui saluran
YouTube saya mendapati bahan-bahan video adalah lebih menarik dan efisien. Murid-murid
lebih tertarik pada muzik dan lagu, gerakan dan animasi yang boleh kita terokai di saluran ini.
Saya tak nafikan BBM dalam bentuk software seperti yang ada di dalam kelas ini juga banyak
membantu pencapaian objektif di dalam pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu saya
percaya penggunaan simulasi dalam pengajaran Bahasa Melayu akan mengukuhkan pemahaman
pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mereka mungkin perolehi semasa
pembelajaran sebenar.Sebagai contoh,dalam pembalajaran mengenai penjodoh bilangan,selepas
EIT311



8

pembelajaran di kelas,pelajar boleh mengukuhkan lagi pemahaman mereka dengan
menggunakan komputer untuk melihat multimedia yang berbentuk gambar dengan penjodoh
bilangan yang sesuai dan dapat melihat kesan peubahan pada multimedia tersebut jika sesuatu
pemboleh ubah diubah.
2.2.2 Mengapakah kurangnya penggunaan BBM terutama penggunaan teknologi di
dalam kelas Tahap 2 ?
Sebenarnya bukan kurang penggunaannya tetapi kita memperbanyakkan bahan-bahan luar dari
kebiasaannya kita perolehi daripada sekolah sendiri. Tambahan kami mengubah bahan-bahan
yang lebih efisien selaras dengan matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan UPSR 2013
ini. Apabila murid sudah Tahun 6 bermakna guru-guru Tahun 6 kena lebih bersedia dengan cara-
cara menjawab soalan dan tips soalan-soalan yang berpotensi keluar dalam UPSR tahun ini.
Mungkin kita lihat apabila murid sudah masuk Tahun 6 , murid tidak didedahkan dengan sukatan
pelajaran dan lebih kepada kesediaan mereka dalam menempuh UPSR akan datang. Namun yang
demikian kami masih perlukan bahan-bahan seperti soalan ramalan, soalan latih
tubi dari negeri lain ataupun soalan-soalan percubaan sebagai bahan bantu mengajar kami.
-Hasil temubual bersama guru yang mengajar Tahap 2 Tahun 6.-









EIT311



9

3.1 Standard Teknologi Untuk Guru
The International Society for Technology in Education (ISTE) telah memperkenalkan standard
tertentu untuk guru dan pelajar dalam teknologi. Standard-standard ini telah diterima pakai di
Norway, Costa Rica, Malaysia, Japan, Australia, Philippines, Micronesia, Korea Selatan dan
Turkey.
Guru menggalakkan dan menyokong kreativiti dan daya cipta pelajar dengan
menggunakan peralatan digital.
Guru menggunakan teknologi untuk membolehkan pelajar membina ilmu dan
berinteraksi di antara satu sama lain atas talian.
Guru menyesuaikan dan memperibadikan aktiviti pembelajaran dengan kebolehan dan
stail pembelajaran pelajar.
Guru mempamerkan pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan memindahkan ilmu kepada
kepada teknologi baru.
Guru bekerjasama dengan pelajar, rakan sebaya, ibu bapa, dan ahli-ahli masyarakat
dengan menggunakan alat-alat digital.
Guru berkomunikasi dengan ibu bapa dan komuniti dengan menggunakan teknologi
digital dan internet.
Guru peka tentang isu-isu hak cipta terperlihara dan etika berkaitan dengan penggunaan
teknologi.
Guru memahami dan sedar tentang pelajar serta rakan sejawat yang berlainan budaya
dengan menggunakan alat digital dan internet.
Guru terlibat dengan perkembangan profesional terutama sekali dalam menguasai
peralatan teknologi baru.
Guru sentiasa membaca penyelidikan tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran.
[sumber: 2008, National Educational Technology Standards - NETT; International Society for
Technology in Education (ISTE), www.iste.org]

EIT311



10

3.2 Masalah dan cabaran yang dihadapi dalam penggunaan teknologi di sekolah
rendah.
Terdapat beberapa permasalahan dan cabaran yang timbul di dalam penggunaan teknologi di
sekolah di mana saya melihat sendiri sebagai salah satu kelemahan dalam pembelajaran dan
pengajaran. Rata-rata guru tidak menggunakan secara sepenuhnya bahan dan kemudahan yang
dibekalkan dan menjadikan ianya sebagai amalan tidak dipraktikkan. Antara masalah yang
dihadapi oleh guru di dalam penggunaan teknologi ini ialah :
3.2.1. Tidak mempunyai kemahiran
Terdapat segelintir guru tidak tahu menggunakan dan mengintegrasikan teknologi yang sedia ada
terutamanya yang melibatkan pengendalian peralatan komputer dan LCD. Kelemahan ini
menyebabkan mereka kurang menggunakan alatan teknologi maklumat ini memandangkan jika
mereka mengendalikan juga , separuh masa mengajar mereka akan terbazir untuk proses
pemasangan dan pengendalian alatan ini. Rata-rata guru lebih suka menggunakan bahan maujud
daripada menggunakan alatan yang berteknologi tinggi.
3.2.2 Bersikap acuh tidak acuh
Sikap guru yang tidak mengambil inisiatif dalam penyediaan BBM di dalam pembelajaran dan
pengajaran. Menganggap BBM ini tidak penting di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ada
segelintir guru yang dengan rasa bangga mengatakan pengalaman mengajar sesuatu subjek tidak
memerlukan mereka menggunakan BBM kerana mereka tahu bagaimana menangani masalah
pembelajaran yang diajar.
3.2.3 Tidak cukup masa
Masalah dan alasan yang selalu digunakan apabila menjawab pertanyaan kepada seorang guru
ialah kesuntukan masa dalam menggunakan dan menyediakan bahan bantu mengajar dengan
menggunakan teknologi yang sedia ada. Maksud di sini ialah guru tidak bijak dalam
menguruskan masa di dalam pembelajaran dan pengajaran yang dirancang. Di samping itu
proses kerja yang cukup membebankan dalam merealisasikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
dalam penyediaan evidens menguatkan lagi alas an tidak cukup masa.



EIT311



11

3.2.4. BBM tidak dikemaskini
Perubahan kurikulum semasa banyak menyebabkan BBM di dalam bilik BBM agak ketinggalan
dan masih menggunakan sukatan KBSR . Hal ini menyebabkan bahan yang sedia ada tidak
dipakai dan buruk begitu sahaja serta berhabuk. Guru juga mengambil masa untuk berjinak-jinak
dengan sukatan baru seperti KSSR . Kursus dan pendedahan kadang-kadang tidak banyak
membantu kerana berlakunya pencairan maklumat.
























EIT311



12

4.1 Berikan justifikasi mengapa penggunaan teknologi penting .Nyatakan contoh-
contoh yang relevan.
Menurut Kyle L.Peck dan Denise Dorrocott dalam artikel mereka yang bertajuk Realising the
Promise Of Technology dalam Educational Leadership telah menyenaraikan beberapa sebab
mengapa penggunaan teknologi penting dalam pembelajaran dan pengajaran.
Teknologi dapat menyesuaikan pembelajaran mengikut kebolehan dan keupayaan
seseorang pelajar. Pada masa kini, pelajar terpaksa mengatur pembelajarannya dengan
mengikuti urutan dalam buku teks. Dengan bahanbahan yang terdapat atas talian, pelajar
mengubah cara pembelajaran mengikut minta dan kecenderongan masing-masing.
Contohnya, yang lebih selesa mempelajari sesuatu dengan menonton, dia boleh merujuk
kepada beribu-ribu klip video yang terdapat di internet.
Internet dipenuhi dengan berbilion-bilion halaman maklumat berguna yang mudah
diakses dan kebanyakkannya adalah percuma. Oleh itu, pelajar hendaklah fasih
mengakses dan menilai bahan-bahan tersebut untuk kegunaan dalam pembelajaran.
Pelajar juga perlu mahir membina ilmu dengan mewujudkan carta, graf, imej dan
pelabagi jenis tulisan. Pelajar juga perlu mahir berkomunikasi atas talian yang
memerlukan mereka membaca, berfikir, menyusun dan bertulis,
Penulisan menggunakan komputer menggalakkan pelajar menjadi kreatif kerana dia
sanggup risiko tidak seperti menulis pada kertas. Penyuntingan dan penyemakan boleh
dilakukan dengan cepat dan mudah.
Video, fotografi digital, animasi dan sebagainya menggalakkan ekspresi kreatif serta seni
pelajar. Pelajar dapat menghasilkan produk yang bernilai yang dapat dipamerkan atas
talian yang dikongsi dengan orang lain.
Pelajar perlu dilengkapkan dengan segala kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi untuk membolehkan mereka berfungsi dengan lebih berkesan dalam dunia
pekerjaan kelak.
Teknologi maklumat dan internet membuka peluang untuk pendidikan jarak jauh yang
membolehkan lebih ramai orang mengikuti program-program yang ditawarkan oleh
institusi-institusi pendidikan.

EIT311



13

4.2 Jenis teknologi yang sesuai di sekolah rendah / prasekolah.
Berikan contoh-contoh relevan untuk menyokong jawapan anda .

Perancangan juga amat penting dalam pelaksanaan dan pengintegrasian teknologi dalam
pendidikan. Sebagai contoh perancangan penggunaan teknologi dalam bilik darjah yang
meliputi perancangan mengenai apa yang akan diajar, bagaimana ia akan diajar, teknologi yang
terlibat serta bagaimana untuk mengintegrasikan teknologi dalam proses P&P. Oleh itu, untuk
menggunakan teknologi dalam P&P serta bidang pentadbiran, institusi pendidikan mestilah
merangka satu inisiatif yang melibatkan proses perancangan yang teliti.
Berikut adalah jenis-jenis teknologi yang sesuai digunakan di peringkat sekolah rendah :
a] EDUWEBTV
Penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya
telah lama dilaksanakan. Bermula dengan TVP pada tahun 1974 dan kemudiannya
Penggunaan TV pendidikan melalui ASTRO telah dilaksanakan mulai Tahun 2000
dengan pemasangan peralatan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh
Negara. Selepas itu, Kampus Asto juga telah dilancarkan pad tahun lepas (2008) dan
akhir sekali Education Web Television (EduwebTV) pada tahun 2009. 4 fasa
pelaksanaan kemudahan TV yang agak berbeza ini menandakan bahawa medium TV
penting dalam proses P&P .
EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu
wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem
penghantaran program pendidikan untuk guru-guru dan murid-murid menjadi lebih baik serta
mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV
juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar
bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.
Poral EDUWEBTV menyediakan saluran-saluran berikut:

berita - merupakan saluran yang menenmpatkan video-video yang berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti KPM dan rangkaian.
akademik - merupakan saluran yang menempatkan video berkaitan akademik seperti
kursus-kursus ahli akademik yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara.
EIT311



14

rencana - merupakan saluran video yang menempatkan video-video rencana yang
dirancang khas untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat.
wawancara - merupakan saluran video wawancara atau temubual bersama personaliti
pendidikan yang berperanan mewarnai hala tuju program dan agenda pendidikan negara
kurikulum - Saluran TV PENDIDIKAN merupakan bahan P&P yang dihasilkan oleh
BTP /KPM

interaktif - menempatkan video-video mengenai program-program utama KPM seperti
PPSMI dan Pembestarian sekolah

siaran langsung - merupakan siaran yang menyiarkan rakaman siaran langsung sesuatu
program yang dianjurkan oleh KPM dan rangkaian.
.
Kajian oleh Melissa Ng Lee Yen Abdullah, Fong Soon Fook & Ong Saw Lan. (2010), berkenaan
EDUWEBTV mendedahkan bahawa video pengajaran di EDUWEBTV mempunyai potensi
yang luas untuk digunakan sebagai pengajaran yang berkesan dan alat pembelajaran di sekolah-
sekolah. Walau bagaimanapun, video sentiasa perlu dinilai dan diubahsuai dengan mengikuti
pengetahuan semasa dan permintaan pelajar. Dengan langkah-langkah ini, EDUWEBTV akan
dapat memenuhi hasrat sebagai sumber yang sejajar dengan piawaian Malaysia dan global, dan
penyumbang kepada peeningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
Malaysia, tanpa mengira lokasi geografi sebagaimana yang dibayangkan oleh Kementerian
Pelajaran.

b] Literasi audio
Pengetahuan atau kesedaran fonemik iaitu pengetahuan tentang struktur bunyi bahasa yang
berfokuskan pada perbezaan auditori adalah komponen utama dalam literasi audio. Untuk
mengatasi masalah pelajar mendengar dan memahami apa yang guru sampaikan dalam bilik
darjah memerlukan pendengaran yang jelas. Mendengar dengan berfokus adalah kemahiran
yang jarang diajar di sekolah secara terus sebagai sebahagian daripada kurikulum (LeverDuffy &
McDonald, 2010). Untuk menggalakkan mendengar dengan fokus dalam diri pelajar, guru
EIT311



15

mungkin boleh menggabungkan teknik yang spesifik yang boleh membantu pelajar untuk fokus
semula pada perhatian mereka semasa pengajaran harian. Disinilah media audio boleh
membantu. Contohnya, menerima informasi auditori, menyimpannya, dan memainkannya
semula boleh menjadi sangat berguna untuk menyokong pembelajaran dan menggalakkan pelajar
mendengar dengan fokus. Seorang pelajar boleh mendengar kepada satu penyampaian beberapa
kali pada kelajuan yang sepatutnya untuk kefahaman sepenuhnya. Teknologi audio menawarkan
pendidik alat untuk menukarkan pengalaman pelajaran yang membosankan kepada pengalaman
pembelajaran yang pelajar boleh memahiri.

c] Sistem audio dalam bilik darjah
Sistem audio direka untuk memudahkan kaedah penyampaian agar lebih difahami pada tahap
yang optimum, mengatasi kebisingan bilik darjah dan memberikan bunyi yang jelas dan terang
kepada semua pelajar tanpa mengira tempat mereka duduk ataupun tempat guru berdiri.
Sistem audio bilik darjah adalah mikrofon tanpa wayar yang menjelaskan lagu bunyi suara guru
dan menyebarkan suara tersebut secara sama rata di dalam bilik darjah. Hal ini membolehkan
setiap kanak-kanak mendengar dengan jelas arahan yang diberikan . Sistem ini dapat membantu
pelajar memahami dengan lebih baik, mengurangkan tekanan vokal dan membantu mereka
terlibat dengan lebih aktif terhadap persekitaran pembelajaran yang optimum. Teknologi ini
dapat membantu gyru-guru mengurangkan keletihan vokal, membaiki pengurusan bilik darjah
dan meningkatkan pencapaian akademik tanpa menukar kurikulum ataupun teknik mengajar.

d] Kaset audio dan cakera padat
Memainkan kaset audio boleh memperkayakan pengalaman pembelajaran semasa soalan ditanya
tentang isi penyampaian audio. Dengan menggunakan kaset audio dalam pembelajaran, guru
boleh memberikan pelajar stimuli audio yang membantu dan memudahkan pelajar menerima
informasi yang diajar. Salah satu penggunaan kaset audio yang paling popular adalah buku
bercakap seperti pementasan drama, penceritaan drama pendek, pembacaan puisi, ucapan
daripada tokoh yang popular dan lainlain. Kaset audio juga berguna untuk merakam sejarah
lisan. Pelajar mungkin boleh menemu ramah ibu bapa atau datuk nenek mereka dan menanyakan
soalan yang berkaitan dengan memori tentang peristiwa bersejarah yang spesifik. Semasa guru
EIT311



16

menyediakan pelajaran untuk pelajar-pelajar, pertimbangkan cara yang boleh digunakan untuk
mengukuhkan lagi material pelajaran dengan bantuan kaset audio. Kaset audio telah digantikan
dengan Cakera Padat yang menawarkan stor penyimpanan yang lebih besar dan penghasilan
audio yang lebih jelas dan terang. Malahan, cakera padat juga tahan lasak kerana bunyi yang
dirakamkan tidak akan merosot kualiti bunyinya walaupun digunakan banyak kali dan
kejelasannya dikekalkan. Selain itu juga, cakera padat mempunyai kapisiti yang lebih tinggi
daripada kaset audio, dan penyimpanan digitalnya membenarkan pencarian berjalan dengan lebih
mudah di mana dengan cara ini akan menjimatkan masa dan tenaga dalam menyusun maklumat.

e] Buku audio
Buku audio membantu kanak-kanak menjadi pembaca yang lebih baik dan membina keinginan
mereka untuk membaca pada diri mereka sendiri. Dengan tumpuan masa yang diberikan kepada
pelajar, buku audio boleh membantu pembaca meneroka dunia baru melalui sastera
Buku audio berguna dalam bilik darjah dengan:
menambahkan kemahiran ibu bapa dan guru untuk membaca kepada anak-anak dan
pelajar mereka.
membekalkan akses kepada perbendaharaan kata yang baru, kunci kepada kejayaan
dalam membaca.
memberikan demonstrasi kepada pembacaan yang lancar.
memberikan pembaca akses kepada buku yang tidak dapat mereka baca sendiri
membuka peluang kepada mereka untuk membincangkan cerita tersebut, dengan
tujuan untuk lebih memahami mereka.
menyokong pembaca yang bergelut dengan membantu mereka fokus kepada makna
daripada menafsir teks akan membawa kanak-kanak masuk ke dalam keajaiban dunia
kesusteraan.





EIT311



17

5. Rumusan

Pembangunan pesat dalam teknologi pada abad ke-21 telah mendedahkan generasi kini kepada
inovasi-inovasi baru dalam teknologi. Seperti yang dinyatakan oleh Bates (2000), keperluan
untuk melakukan sesuatu dengan lebih pantas, perubahan keperluan dalam masyarakat dan kesan
penggunaan teknologi-teknologi baru di dalam P&P telah menjadi faktor utama perubahan di
institusi pendidikan kini. Teknologi memainkan peranan penting dalam memastikan
keberkesanan dalam aktiviti-aktiviti pentadbiran dan proses P&P. Penggunaan teknologi yang
berkesan dalam aktiviti pentadbiran boleh menyediakan lebih akses kepada sumber maklumat
yang akan mencetuskan pendekatan-pendekatan yang inovatif dalam pentadbiran dan juga
meningkatkan keberkesanan pentadbiran (Picciano, 1998).

Penggunaan teknologi dalam pendidikan melalui pengintegrasiannya dalam proses P&P pula
dapat meningkatkan penulisan murid, meningkatkan pembelajaran koperatif, meningkatkan
integrasi kurikulum, kepelbagaian strategi gaya pembelajaran, meningkatkan komunikasi guru,
meningkatkan perhubungan masyarakat dan meningkatkan pembelajaran secara global
(Whitehead et al., 2003). Pengintegrasian teknologi ini penting kerana ia menyokong matlamat-
matlamat transformasi dalam pendidikan. Perancangan menggunakan teknologi untuk
menyokong pendidikan mestilah tidak hanya tertumpu kepada penggunaan komputer dan
perisian sahaja, ia seharusnya menjadikan pelajaran lebih bermakna, memenuhi keperluan
pembangunan profesional dan sokongan serta fleksibel untuk berubah mengikut keadaan.















EIT311



18

BAHAGIAN B: Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan Mengajar Harian
Kajian Tempatan Tahun 6
PENDIDIKIAN LUAR


1. Tema Pelajaran /
Topik
Kajian Tempatan
2.PERIHAL KAWASAN SETEMPAT
2.1 Latar Belakang Kawasan Setempat
b. Aspek fizikal utama
-Keadaan muka bumi setempat seperti tanah tinggi. Tanah
pamah, dataran, paya, sungai dan kawasan berpaya




2. Objektif
Pembelajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1 . menerangkan ciri fizikal utama kawasan tempat
tinggal murid.
2. Murid dapat memahirkan diri melayari internet .
3. Murid dapat memuat turun data dalam MS Word.



3.Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan lokasi tempat tinggal murid.
2. Menyatakan kawasan tempat tinggal murid.
3. Membanding dan membezakan dua kawasan
tempat tinggal berdasarkan lokasi.
4. Menjelaskan kawasan setempat yang selesa dan
kualiti.
5. Menimbulkan rasa bangga dengan tempat tinggal
sendiri.


4.Penilaian

1. Murid dapat memahirkan diri melayari internet
EIT311



19

2. Murid dapat memuat turun data dalam MS Word.


5.Peruntukan Masa


60 minit
6. Ciri-ciri kelas

a) Tahun

b) Pengetahuan Sedia
Ada



6

Murid-murid mengetahui sejarah awal petempatan
manusia.

7. Liputan kurikulum
Topik ini meliputi latar belakang kawasan
setempat, lokasi, aspek fizikal dan cuaca .

8. Persediaan Guru
1.Menyediakan imej dari kamera digital berkaitan lokasi
tempat tinggal murid.
2.Menyediakan set slaid berkenaan tajuk .
3.Menyediakan senarai laman web yang berkaitan
4.Lembaran kerja
5.Persediaan alatan tayang LCD Projektor



9. Penerapan TMK

1.Murid dapat pengetahuan tentang persembahan MS
PowerPoint, internet dan memuat turun data ke dalam MS
Word.
2.Pengintegrasian MS Word,MS PowerPoint dan internet
.



10.Persediaan TMK

1.Menyediakan satu set slaid.
2.Menyediakan dokumen-dokumen MS Word untuk
digunakan dalam demonstrasi.
3.Menyediakan senarai laman web yang berkaitan.


EIT311



20


11. Aktiviti Pembelajaran
1.Sebagai set induksi, guru meminta murid menamakan
lokasi yang ditunjukkan dalam slaid.
Sungai Sebiew.
2..Guru membuat persembahan slaid berkaitan tempat
yang dinyatakan.
3.Guru menunjukkan imej lokasi dari kamera digital.

4.Perbincangan mengenai lokasi yang ditayangkan.



12. Aktiviti Guru 13. Aktiviti Murid
1. Guru membuat
persembahan slaid MS
PowerPoint mengenai
lokasi Sungai Sebiew
2. .Guru menerangkan
dengan mendalam
habitat yang terdapat
di sekitar lokasi
tersebut.
3. Guru menerang
mengenai indeks
pencemaran di Sungai
Sebiew.
4. Guru menerangkan
ancaman pencemaran
dan langkah-langkah
menangani melalui
slaid powerpoint.
1.Murid menjawab soalan secara lisan berpandukan slaid
yang telah ditayangkan.

2. Murid-murid mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai huraian siratan makanan di Sungai Sebiew
melalui slaid yang ditayangkan.

3. Murid-murid mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai huraian ancaman pencemaran dan langkah
menangani di Sungai Sebiew melalui slaid yang
ditayangkan .

14. Literasi

1.Murid membaca nota yang terdapat di dalam MS Word
dan internet
EIT311



21


2.Murid menterjemah data-data dari internet ke Bahasa
Melayu


15.Bahan Rujukan TMK dan
bukan TMK


1.Slaid persembahan internet
a) Buku Teks Pelajaran
b) Kamus Inggeris-Melayu




16. Penerapan Nilai Murni

1.Berbangga dengan adanya pelbagai lokasi tempat yang
terdapat di negara kita
2.Bersyukur dan berbangga dengan tempat tinggal sendiri


17. Kemahirtan berfikir

1.Murid membanding beza lokasi tempat tinggal yang
terdapat di Malaysia


Refleksi :








EIT311



22

Rujukan :
Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan.Kuala Lumpur.Fajar Bakti.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.Kuala Lumpur:
Federtal Publication.
Anderson, C. (2006, July). People power: Blogs, user reviews, photo-sharing the peer
production era has arrived. Wired, 132.
Bailey, M. (2002). Education and Values: Interface on the Internet: Reconceptualising Teaching
and Learning in a Technocracy Bloom's Revised Taxonomy (2001).
Berglund Center for Internet Studies. Pacific University. Oregon.
Cohen, D. K. (1988). Educational technology and school organization. In R. S.
Nickerson, & P. P. Zodhiates (Eds.), Technology in education: Looking toward 2020 (pp. 231-
264). Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Cuban, L. (1986). Teachers and machines: The classroom use of technology since 1920. New
York: Teachers College Press.
Fine, M. F. (1991). Going high tech: Computerized literacy instruction. Adult Guidebook for
Developing an Effective Instructional Technology Plan Version 2.0 Learning, 2(4), 11-14.
Mississippi State University. 1996.
Harris, J. (1998). Virtual Architecture: Designing and Directing Curriculum-Based
Telecomputing. International Society for Technology.
Harris, J. (2001). Virtual architecture: Designing and directing curriculum-based telecomputing
(1st & 2nd eds.). Eugene, OR: International Society for Technology in Education.
Holmes, K., & Rawitch, D. (1993). Evaluating technology-based instructional programs: An
educator's guide. Denton, TX: Texas Center for Educational Technology.
EIT311



23

Peck, K. & Dorricott, D. (1994). Realizing the Promise of Technology. Educational Leadership.
51(7). 11-14
Piele, P. K. (1989). The politics of technology utilization. In D. E. Mitchell & M. E. Goertz
(Eds.), Educational politics for the new century: The twentieth anniversary yearbook of the
Politics of Education Association (pp. 93-106). London: Falmer Press.
Prensky, M. (2005, Dec/Jan). Listen to the natives. Educational Leadership, 63(4), 9-13.
North Central Regional Technology in Education Consortium (2005). Guiding Questions for
Technology Planning. Version 1.0. Regional Technology in Education Consortia.
The Florida Center for Instructional Technology (2007). The Technology Matrix. College of
Education. University of South Florida.
Bates, A. W. (2000). Managing technological change: Strategies for college and university
leaders. USA: Jossey-Bass Inc. Publishers.
Picciano, A. G. (1998). Educational leadership and planning for technology (2nd ed.). USA:
Prentice-Hall Inc.
Whitehead, B. M., Jensen, D. F. N., & Boschee, F. (2003). Planning for technology: A guide for
school administrators, technology coordinators, and curriculum leaders. USA: Corwin Press

You might also like