You are on page 1of 36

ESP313

1
















KOD KURSUS


ESP 313



TAJUK KURSUS



SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

HALUYAH @ MAIMON BINTI SINJAN
NO. MATRIK

E30209120881
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

MS ASMIDAR
PUSAT PEMBELAJARAN

AeU CAWANGAN BINTULU
ESP313

2










Bil

Isi Kandungan

Muka surat


1

Pengenalan Bahagian A:
Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu:


3

2
2.1 Faktor-faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa.
2.2 Jenis-jenis pinjaman
2.3 Kesan peminjaman.
4 5
5 6

6 - 7

3

Pengaruh peminjaman bahasa asing dalam perkembangan
bahasa Melayu
3.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit
3.2 Unsur bahasa Arab
3.3 Unsur bahasa Cina

3.4 Unsur bahasa Jawa
3.5 Unsur bahasa Tamil, Hindi dan Parsi.
3.6 Unsur bahasa Portugis / Belanda
3.7 Unsur bahasa Inggeris
3.8 Unsur bahasa lain
3.8.1 Unsur bahasa Jepun



8 - 10

10 - 11

12

13

13 - 14

14

15


16

4

Kesimpulan

17

ESP313

3

Bahagian A: Tulis satu esei bertajuk:
Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu: Bincangkan Secara Kritis

1.0 Pengenalan

Peminjaman bahasa bermaksud satu proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu
bahasa yang lain untuk kepentingan atau maksud-maksud tertentu kepada masyarakat yang
meminjam bahasa tersebut.
Proses peminjaman bahasa berlaku apabila pertembungan suatu bahasa dengan dengan bahasa
yang lain. Semasa berlaku pertembungan , penutur sesuatu bahasa akan berinteraksi dengan
penutur bahasa yang lain. Peminjaman yang berlaku tidak bermaksud sesuatu bahasa tersebut
akan kekurangan perkataan.
Peminjaman kata merupakan gejala biasa dalam bahasa yang terjadi kerana pertembungan
masyarakat pengguna bahasa yang berlainan, ia selalunya berlaku akibat penghijrahan dan
perantauan penuturnya. Begitu juga yang berlaku dalam bahasa Melayu yang mana meminjam
kata dari bahasa Sanskrit, Arab, Belanda dan kini Inggeris.
Fenomena istimewa bila berlakunya pertembungan bahasa ialah bahasa yang berpengaruh atau
berbudaya tinggi secara tidak langsung akan menaik taraf kedudukan bahasa yang kurang
berpengaruh atau berbudaya rendah. Contohnya pada kurun ketujuh , apabila berlaku
pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa Sankrit, bahasa Melayu telah meminjam perkataan
daripada bahasa Sankrit.
Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing akibat pertembungan daripada
interaksi masyarakat Melayu dengan masyarakat asing melalui:
Peperangan - Penjajahan
Perdagangan Migrasi
Pendidikan dan Diplomatik Misi Penyebaran Agama





ESP313

4

2.1 Faktor-faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa.
a. Apabila lahir tamadun/ilmu baru, bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur asing untuk
memberikan kefahaman kepada fenomena atau benda baru itu. Contohnya apabila
ilmu sains dan teknologi melahirkan benda serta ciptaan baru, Bahasa Melayu perlu
meminjam perkataan bahasa Inggeris seperti komputer dan televisyen.
b. Masalah kekurangan kata-kata atau istilah untuk mengembang atau menyebar ilmu
pengetahuan kepada masyarakat.
Kedatangan beberapa kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden
ke negara kita di dalam bidang atau jurusan-jurusan tertentu telah menimbulkan masalah
kekurangan kata-kata atau istilah untuk perluasan ilmu pengetahuan. Sesetengah
perkataan di dalam bidang-bidang tertentu hampir sukar untuk dicari kata atau
maksudnya. Ada juga perkataan Bahasa Melayu yang tidak menepati maksud bahasa
asing, terutama bagi perkataan bahasa Inggeris Contohnya
perkataan radio lebih tepat jika dibandingkan dengan tetuang udara.
b. Kemegahan terhadap bahasa asing.
Selain itu, sikap orang Melayu yang suka meniru bahasa asing juga
menyebabkan wujud perkataan pinjaman seperti boikot (pulau), daddy
dan mummy. Faktor kemegahan dikaitkan di sini dengan kebajikan sosial, keuntungan
besar atau kemenangan tinggi sekiranya komuniti dalam masyarakat menunjukkan
mereka mengetahui beberapa patah perkataan asing semasa berkomunikasi dengan rakan-
rakan. Contohnya: Di Malaysia sebelum merdeka, taraf individu itu dianggap tinggi
apabila dapat berkomunikasi dengan menggunakan kata-kata daripada bahasa Inggeris
atau bahasa Arab.
c. Keperluan bahasa di dalam bidang pendidikan tinggi.
Di dalam bidang pendidikan tinggi, faktor keperluan merupakan faktor penting kerana
ilmu yang ada di dalam sesuatu bahasa yang dipinjam amat tinggi nilainya. Walaupun
sesebuah negara itu tidak pernah dijajah namun , peminjaman istilah daripada bahasa
asing tidak dapat dielakkan.
Contohnya: Bahasa Jepun dan bahasa Thai banyak meminjam istilah daripada bahasa
Inggeris untuk memenuhi keperluanm masyarakatnmya di dalam bidang pendidikan
tinggi.
ESP313

5

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan juga status penggunaan bahasa Melayu perlu
dipertingkatkan lagi untuk menimbulkan unsur-unsur keindahannya. Hal ini kerana bahasa
Melayu telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang dapat menganggu gugat kedudukannya
sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Tambahan pula beban tugas
dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-
institusi pengajian tinggi harus dipikul. Oleh sebab yang demikian, timbul pelbagai idea dan
perancangan untuk mencapai kejayaan yang telah diharapkan untuk menghadapi pelbagai
cabaran yang mendatang. Tanpa perancangan yang teliti kejayaan tersebut pasti sukar untuk
dicapai. Untuk memenuhi fungsi-fungsi yang dihuraikan di atas, bahasa Melayu telah meminjam
kata-kata daripada bahasa Inggeris, terutamanya dalam bidang teknikal dan khusus. Proses
peminjaman merupakan satu keperluan dalam usaha untuk merancakkan lagi perkembangan
bahasa Melayu.
2.2 Jenis-Jenis pinjaman.
a) Pinjaman tulen Pinjaman ini mengambil sepenuhnya bunyi dan makna
bahasa asing berkenaan contohnya televisyen (Inggeris)
Cuma yang disesuaikan ialah dari segi sistem ejaan.
b) Peminjaman kacukan peminjaman jenis ini berlaku apabila dua perkataan
sama makna disatukan. Contohnya kasut but, pintu gate dan cuba terai.
c) Peminjaman pemerian pinjaman jenis ini berlaku apabila perkataan
sedia ada dalam Bahasa Melayu diperikan dengan satu perkara lain hingga
membentuk satu perkataan baru. Contohnya bagi perkataan aeroplane dalam
Bahasa Inggeris tidak cuba disesuaikan dengan sistem bunyi dan ejaan. Oleh
sebab dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan kapal (di laut), maka perkataan
itu diperikan dengan kata terbang untuk membentuk istilah (perkataan) baru iatu
kapal terbang. Contoh lain ialah peluru berpandu dan kapal selam.
d) Peminjaman berpindah Pinjaman jenis ini berlaku cuma mengambil kira
bunyi tetapi berbeza makna sebenar. Contohnya vokal dalam Bahasa Melayu
hanya bermasud huruf a, e, I, o, u sahaja, tetapi perkataan Inggeris (vowel) menjelaskan
semua bunyi berdasarkan huruf itu termasuk e pepet dan e taling.
ESP313

6

Unsur pinjaman yang diambil termasuklah bunyi, huruf/sistem tulisan,imbuhan, kosa
kata, strukutur, ayat, peribahasa @ simpulan bahasa dan kata-kata hikmat.
Kemasukan unsur asing mengikut aturan Sanskrit, Arab, Indonesia,
Inggeris Bagaimanapun selepas perkembangan Bahasa Melayu moden unsur ini saling
dipinjam mengikut kesesuaian.
e) Peminjaman maksud Kata-kata yang berasal daripada bahasa asing diberi maksud
baru dalam bahasa Melayu. Contoh perkataan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris :
plantation ladang, solution- larutan, administration - pentadbiran
f) Peminjaman dialek - Peminjaman daripada dialek-dialek tempatan.
Contoh : ekau dialaek Negeri Sembilan, pi dialek Penang, jenuh dialek Perak.

g) Peminjaman kuno Bentukpeminjaman daripada bahasa kuno ini tidak lagi digunakan.
Proses ini cuma dianggap sebagai menghidupkan semula kata-kata lama untuk memenuhi
keperluan zaman moden.

2.3 Kesan peminjaman
Sekiranya berlaku peminjaman bahasa yang berlebihan , bahasa tersebut akan
hilang identitinya sehingga menjadi bahasa pasar. Di samping itu, struktur ayat juga
boleh terganggu.

Proses peminjaman bahasa juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan bunyi atau
fonologi, bentuk kata atau morfologi serta bentuk ayat atau sintaksis ke atas bahasa
tersebut. Kesannya dapat kita lihat ke atas perubahan fonologi apabila kemasukan kata
pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris.Jika dibandingkan dengan kedua-dua
bahasa yakni bahasa Arab dan bahasa Inggeris, bahasaArab lebih banyak mempengaruhi
fonologi bahasa Melayu disebabkan oleh pengaruh Arab yang memperkenalkan agama
Islam yang menuntut penggunanya membaca al-Quran.

ESP313

7

Bahasa Arab telah memperkenalkan 13 bunyi konsonan baru atau pinjaman ke dalam
bahasa Melayu. Banyak bunyi tersebut digunakan dalam kata-kata pinjaman bahasa Arab.
Bunyi-bunyi tersebut ialah:
/q/ qalam
/z/ zaman
/t/ batal
/s/ sabar
/f/ fikir
/h/ hakim
// ilmu
/kh/ khabar
/gh/ ghaib
/dh/ hadhir
/sy/ syarat
/th/ mithal
/dz/ dzalim

Konsonan bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu hanyalah /v/- vokal dan hal ini
menjadikan bunyi-bunyi pinjaman bahasa Melayu sebanyak 14 konsonan kesemuanya. Pengaruh
Arab juga dan Inggeris juga telah membawa masuk bunyi plosif atau letupan bersuara /b, d, g/
pada akhir suku kata tertutup dalam bahasa Melayu. Contohnya :/jawab/, /had/, /beg/.






ESP313

8

3.1 Pengaruh bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit telah banyak memperkayakan bahasa-bahasa di Asia Tenggara, terutamanya
dari segi perbendaharaan kata, akar kata, imbuhan dan prinsip-prinsip pembentukan kata.
Negara-negara yang mempunyai hubungan dengan India sudah tentu tidak akan terlepas
daripada menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali. Hal ini
memandangkan hubungan perdagangan yang telah lama wujud antara Tanah Melayu dengan
India. Sejak zaman prasejarah, kira-kira tahun 2000 SM, masyarakat di Kepulauan Tanah
Melayu menerima pengaruh dari India kerana aktiviti perdagangan dan kebudayaan yang
wujud antara dua pihak. Justeru itu, penutur bahasa Melayu juga turut menerima pemikiran,
kepercayaan, adat istiadat dan bahasa dari India yang merupakan salah satu daripada kerajaan
maritim pada masa dahulu. Pedagang-pedagang India juga telah mengembangkan dan
menyebarkan unsur-unsur Sanskrit kepada masyarakat di Kepulauan Melayu. Kedudukan bahasa
Sanskrit yang mempunyai kebudayaan yang tinggi menyebabkan bahasa Melayu terpaksa
menerima kemasukannya.
Pengaruh Sanskrit yang pertama yang dapat dikesan dalam bahasa Melayu ialah catatan batu
Bersurat pada abad ke-7. Penggunaan bahasa Sanskrit ini masih kekal ke hari ini. Terdapat 677
patah perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Perkataan-
perkataan tersebut terangkum dalam bidang-bidang seperti agama dan falsafah, istilah abstrak,
alam semulajadi, negara dan hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan
tumbuhan, hubungan dan kekeluargaan, bahagian tubuh badan manusia dan sebagainya.
Berikut merupakan contoh-contoh kata Sanskrit dalam bahasa Melayu.


Bidang Bahasa Melayu Bahasa Sankirt
Agama dan
falsafah
Bidadari
puasa
budi
dewa
Vidyadhari
Upavasa
buddh
deva
Istilah abstrak Bencana
cedera
gembira
sentosa
Vancana
Cidra
gambhira
santosa
ESP313

9


Alam
semulajadi


Bumi
Tanah
Suria
cahaya

Bhumi
Athana
Surya
chaya


Di samping itu juga terdapat beberapa proses penyerapan bahasa Sanskrit yang berlaku di dalam
bahasa Melayu. Di antaranya termasuklah:
Proses anaptiksis/suara bakti
Proses penambahan vokal antara dua bunyi konsonan yang tidak silabik.
Contohnya: Indra menjadi indera, sutra menjadi sutera, bhasa menjadi bahasa.
Proses degeminasi/peleburan
Proses pengguguran atau peleburan satu konsonan dalam perkataan-perkataan yang
mengandungi dua konsonan yang sama dan berurutan.
Contohnya: uttara utara ; sammuka semuka; buddhiman budiman

Proses perubahan konsonan tak bersuara kepada bersuara
Proses ini melibatkan perubahan konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara /k/
menjadi konsonan lelangit lembut bersuara /g/.
Contohnya; kamsa gangsa; kandala - gendala

Proses perubahan vokal /e/ menjadi /i/
Proses ini menglibatkan perubahan vokal depan separuh sempit /e/ menjadi vokal depan
sempit /i/. Contohnya: vesma nwisma; sesa - sisa; vela - bila .

Proses disimilasi
Proses disimilasi ialah proses perubahan dua bunyi yang sama menjadi tidak sama.
Contohnya: vanantara - belantara ; lalita- jelita; sarira- selera



ESP313

10

Proses perubahan vokal /i/ menjadi /e/
Proses ini melibatkan perubahan vokal depan sempit /i/ menjadi vokal depan separuh
sempit /e/. Contohnya lima- lena; divasa dewasa; cidra cedera

Proses protesis
Proses protesis ialah proses pertambahan vokal pada bahagian awal perkataan
sebelum sesuatu bunyi konsonan. Contohnya: smara- asmara; stri- isteri

Proses sinkop
Proses ini memendekkan kata dengan cara menggugurkan bunyi tengah atau suku
kata. Contohnya: niyata nyata; parusa- prosa

Proses haplologi
Proses pengguguran satu suku kata dalam perkataan yang mengandungi dua suku kata
yang sama dan berurutan. Contohnya: samanantara - sementara; budidaya- budaya

Proses epentesis
Proses penambahan bunyi vokal atau konsonan di tengah kata selain bunyi nasal.
Contohnya: makuta- mahkota; manusya- manusia; sodara- saudara
Proses yang dihuraikan di atas telah diasimilasikan di dalam pertuturan bahasa Melayu dan
terus digunakan sehingga sekaranG.

3.2 UNSUR BAHASA ARAB
Pinjaman daripada bahasa Arab lebih banyak jumlahnya berbanding dengan pinjaman daripada
bahasa Sanskrit. Kebanyakannya disesuaikan mengikut sebutan Melayu, dan sesetengahnya
sudah sebati sehingga tidak disangka berasal daripada bahasa Arab. Pinjaman tersebut
melibatkan pelbagai bidang. Contohnya :
(i) Agama
ajal , akaid , akil , Allah Taala , amal , anbia , arasy , aulia , baligh , batal , bilal , dajal ,
(ii) Ilmu
alim , arif , ayat , bab , baki , dakwat , darab , falak , falsafah , fasal ,fatwa , hadis , hafaz ,
Isnin , jahil , jawab , jumlah
ESP313

11

(iii) Fikiran dan perasaan
aib , ajaib , akal , akhir , am , aman , asyik , awal , bahas , dahsyat , faham , fikir , hairan ,

(iv) Hukuman dan peraturan
hakim , hukum , kadi , khalifah ,mahkamah , makam , mansuh , mukim , rakyat , sultan ,
tabal , takluk , tertib , uzur , wajib , wakaf , wakil , wali , wazir , wilayah , zalim

(v) Benda-benda kejadian dan perbuatan
nur , roh , sahur , salji , sifat , syarbat , taun , wabak , wajah akhirat , alam , dunia ,
haiwan , halwa , insan , jati , jubah , kawat , kopiah , kuat , kubah , layak , lazat , loh ,

vi) Adat dan pergaulan manusia
adat, kerabat , khadam , khalwat , khilaf , khunsa , kubur , lazim , majnun , makmur
manfaat , rezeki , sanduk , sedekah , sihat , siti , syahwat , syarifah , syarikat , syukur ,

Bahasa Arab juga telah mengalami beberapa proses perubahan sebelum menjadi kata-kata
pinjaman dalam bahasa Melayu. Di antara proses yang berlaku ialah:
Gugusan rangkap konsonan yang serupa sama ada di tengah atau akhir kata bahasa Arab
digugurkan salah satu daripada konsonan tersebut. Contohnya:
dajjal - dajal ; dallal - dalal ; syakk syak
Huruf qaf (q) dlaam bahasa Arab berubah menjadi huruf /k/ dalam bahasa Melayu.
Contohnya: qubbah- kubah ; quidah- kaedah
Konsonan /f/ dalam bahasa Arab digantikan dengan /p/ dalam bahasa Melayu tetapi
kadang-kadang konsonan /f/ juga digunakan. Ini tidak mendatangkan sebarang perubahan
makna. Contohnya: faham - paham/faham; fikir- pikir/fikir
Vokal /u/ ditambah pada kata-kata bahasa Arab yang diterima masuk, khususnya pada
akhir kata tertutup. Contohnya: ilm- ilmu; nafs - nafsu
Vokal /i/ ditambah pada akhir kata bahasa Arab yang diterima masuk ke dalam bahasa
Melayu. Contohnya: abd- abdi ; rizq - rezeki
Vokal /i/ atau /a/ pada awal suku kata bahasa Arab digantikan dengan vokal /e/ pepet atau
taling dalam bahasa Melayu. Contohnya : sadaqah- sedekah; tartib tertib
Konsonan /s/ dalam bahasa Melayu mempunyai keselarasan bunyi dengan konsonan /th/
dalam bahasa Arab. Contohnya: bahath- bahas; wraith- waris



ESP313

12

3.3 UNSUR BAHASA CINA
Pengaruh bahasa Cina juga terdapat di dalam bahasa Melayu. Sebahagian besar perkataan yang
dipinjam dalam bahasa Cina berasal daripada bahasa Hokkien. Hal ini berdasarkan faktor sejarah
di mana orang-orang Hokkienlah yang mula-mula sekali datang ke Tanah Melayu dan menetap
di sini. Hasil interaksi mereka dengan orang-orang Melayu di kampung-kampung tempat tinggal
mereka dan kawasan sekitar telah menyebabkan berlakunya peminjaman bahasa. Antara kata
yang dipinjam dalam bahasa Hokkien adalah berkaitan dengan makanan, pakaian, alat-alat yang
digunakan untuk berjudi dan kata-kata lain yang tidak terdapat di dalam bahasa Melayu
Makanan dan buah-buah
angki (pisang kaki) , bakmi , bepang , bihun (mihun) , cincau , kuaci , kucai , kuih ,lai
laici , mi , samsu , tauhu , tauge , teh , tokyu
Pakaian dan barang-barang dagangan
bak (dakwat) , candu , cat , ci (1/10 tahil) , cukin , gincu , hun (1 inci Cina) , kekwa ,
(bunga) , koyan , koyok (ubat) , tahil , tocang
Rumah dan perkakasnya
bangsal , beca , boh (batu) , cawan , dacing , jong , kincir , lanca , langkan , loceng ,
loteng , pangkin , pungkis , sampan , sia (bakul bertingkat) , sipua (alat mengira) ,
tanglung , tangsi (tali halus) , teko , tongkang , toya (kayu panjang),
Manusia dan hal ehwalnya
ampau , apek , banci (hitung) , cempiang , centeng , cuak , gua (saya) , kampuh (tutup
dengan kain) , kongsi , kuntau , lancau , lancong , lu (engkau) , nyonya , ponteng ,
samseng , sue (malang) , tauke , tekong , toa pekong , tokong , tongsan
Permainan
capjiki , ceki , congkak , pakau , pakbu , poh toa , cukai







ESP313

13

3.4 UNSUR BAHASA JAWA
Pengaruh Jawa telah meresap ke dalam bahasa Melayu melalui cara-cara berikut:
kesusasteraan, terutama menerusi cerita-cerita Panji
pengaruh kerajaan Jawa di Majapahit dan Mataram di Kepulauan Melayu pada
zaman silam
kehadiran orang Malaysia berketurunan Jawa
pengaruh kesusasteraan Indonesia di Malaysia
perkembangan media massa yang pesat.

Terdapat kira-kira 1,977 patah perkataan yang dipinjam daripada bahasa Jawa. Kata-kata ini
dapat dikategorikan kepada beberapa jenis seperti kata am, kata konsep, kata makanan, kata
panggilan dan kata kebudayaan. Di antara beberapa perkataan Jawa yang telah dipinjam ialah:
kejam , keraton , kesal , ketara , kodok , kuping ,lahar , lakon , lamun , lanang , leluasa, lucu ,
luntur , lurah , mendung , menginap , mesti ,nona , nyaman , obor , oleh-oleh , omong, pamer
agus , aji , alun-alun , ancam , andai , anggap , ayu , babad , bagus , bajik , batik , beres ,
bibit , buntu , cerdas , dingin , dokoh , embok , enak , enteng , galuh , gamelan , gerobok ,
gusti , intip , inu , jaguh , jelik , jeragan , , pecal , penting , ratu , rogol , ronggeng ,

3.5 UNSUR BAHASA TAMIL, HINDI DAN PARSI .

Banyak perkataan bahasa Tamil yang diserap ke dalam bahasa Melayu turut diserap daripada
bahasa lain. Inilah yang disebut sebagai pinjaman atas pinjaman. Peminjaman ini adalah berkait
rapat dengan hubungan terus masyarakat Melayu dengan orang-orang India dan Hindi yang
datang berniaga di Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa abad dahulu. Kebanyakkan kosa
kata yang diserab daripada bahasa Tamil berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan,
makanan, peralatan, dan hubungan kekeluargaan.

Antara bahasa Tamil yang di serap ke dalam bahasa Melayu:
Apam, bagaimana, bapa, bedil, canai, cerut, coli, cuci, cukai, emak, gerudi, gudang,
guni, gurindam, jodoh, kari, katil, keldai, kendi, ketumbar, kuil, kuli, ladam,

Bahasa Hindustan pula merangkumi perkataan seperti:
ESP313

14

Boria, basi, baldi, barua, bangsat, boya, banglo, capal, curi, lucah, dal, dian, dunia,
gari, ganja, ganda, guni, seterika, kanji, ajus, kurna, kubis, marmar, neraca, pateri,
rebana, sundal, serang,dobi, gudang, roti, jenaka, topi dan kerani


Lebih 800 tahun lalu ,ketika pedagang Parsi berkunjung ke dunia Melayu, mereka membawa
pelbagai pengaruh yang kesannya masih wujud sehingga kini. Pedagang Parsi juga membawa
kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan tulisan jawi kepada orang Melayu.
Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang mempunyai asal-usul dari
bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian. Pengaruh bahasa Parsi pula dapat dilihat
daripada perkataan-perkataan seperti berikut:
kapur , kesmis , laksa , lasykar , lawak , lazuardi , medan , nafiri ,nakhoda, nesan, nobat,
pasar, pelana perca, peri, Peringgi, pesona, piala, pinggan, reja, rubah, sal, saudagar,
serban, seluar, sudah, syah, takhta, taman, teraju, zadah.mandam, badam, bahari, baju,
bandar, bedebah, beriani, biaperi, bina, bius, cogan, cokmar, darwis, destar, dumba,
firdaus, firman, gandum, geram, gusti, honar, istana, jam, johan, juadah, kahwin,


3.6 UNSUR BAHASA PORTUGIS DAN BELANDA

Kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia Tenggara telah menyebabkan bahasa Melayu terdedah
kepada budaya baru yang tidak pernah diterima sebelum ini. Pengaruh Barat yang pertama tiba
ke Tanah Melayu ialah Portugis. Kedatangan Belanda ke Tanah Melayu juga telah
memperkayakan kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu., Pengaruh Barat yang terakhir ialah
pengaruh Inggeris dan masih berkekalan malah semakin banyak dipinjam olehbahasa Melayu.
Contoh bahasa Portugis dalam bahasa Melayu ialah:
baldi , bangku , meja , baulu , baldu , beranda (kota) , bola , bomba , dadu , garpu ,
gereja ,mentega , merinyu , meski , minggu , paderi , palsu , peluru , peniti , peon ,,
Contoh bahasa Belanda dalam bahasa Melayu ialah:
bor , dam , dansa , duit , engsel , geladak , kamar , kantor , koran , laci , ongkos , pelekat
pelesir , peluit , permisi , rokok , sekoci , sekopong , senapang


ESP313

15

3.7 UNSUR BAHASA INGGERIS

Pengaruh bahasa Inggeris mula bertapak ke dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-18, iaitu
bermulanya penjajahan Inggeris. Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominan dan menguasai
bahasa Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pentadbiran, dan masyarakat disebabkan oleh
beberapa faktor:
dasar penjajah yang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.
bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi oleh penjajah Inggeris
Pendidikan Inggeris mempengaruhi penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu.
peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa
sikap orang Melayu sendiri yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa
Melayu.
i. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap kosa kata bahasa Melayu
Bahasa Melayu banyak meminjam kosa kata bahasa Inggeris bagi meningkatkan
keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan
teknologi.
ii. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap peribahasa bahasa Melayu
work load - beban kerja; honey moon - bulan madu
film star - bintang filem; black and white - hitam putih
iii. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap imbuhan bahasa Melayu
anti kemajuan, anti penjajah, anti-Inggeris, automatic, autimobil, makroekonomi,
mikroekonomi,monopoli, multimedia, poligami, prokerajaan, subtajuk, supranasional,
ultrabunyi, klinikal, defendan, geografi, kaunter, detektif, automatic, artis, Zionisme,
kronologi, koleksi, mentality, editor.
iv. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap sistem tulisan bahasa Melayu
Apabila bahasa Inggeris menguasai bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan
menggantikan tulisan jawi dan akibatnya, tulisan jawi semakin terpinggir.



ESP313

16

3.8 UNSUR BAHASA LAIN

3.8.1 Bahasa Jepun:
Terdapat sedikit perkataan yang berasal dari bahasa Jepun berada dalam Kamus Dewan.
Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zaman pendudukan Jepun dan juga kata
yang membawa erti benda-benda tradisi dan moden dari Jepun yang terkenal di dunia. Tetapi
sesetengah dari perkataan ini jarang digunakan.
Contohnya:
ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang, romusya, sake, samurai,
syogun, aiso, takeyari.






















ESP313

17

4. Kesimpulan .
Setiap bahasa di dunia menyaksikan sejarahnya di setiap masyarakat dan kawasan yang
menuturkannya sebagai bahasa rasmi atau bahasa pengantar.Dengan konteks ini, analisa unsur-
unsur perkataan pinjaman dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu bukan sahaja
menyambungkan pembentukan miniatur sejarah Dunia Melayu malahan juga membantu
memahami dinamik sifatnya bahawa agak luas untuk menerima pengetahuan
dan ilmu yang baru dari luar untuk perkembangan ekonomi dan
membangunkan negara sendiri dari dahulu hingga sekarang.
Sesungguhnya tidak ada satu budaya dan bahasa tertentu yang terbentuk daripada unsur asli
sesuatu bangsa di seluruh dunia.Semuanya terhasil melalui proses pertembungan manusia dari
satu tempat ke satu tempat lain.
Dengan konteks ini,bahasa Melayu pun salah satu hasil itu tetapi disebabkan pertukaran
kebudayaan Timur dan Barat berlaku di kawasan ini, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang
sangat unik.
Dunia Melayu merupakan wadah tumpuan pelbagai bangsa Asia dan Eropah. Bahasa Melayu
pun mempunyai unsur-unsur perkataan yang berasal dari pelbagai negara dan bangsa dari
pelbagai penjuru dunia. Perkara itu membuatkan penyelidikan bahasa Melayu sangat menarik
bagi para penyelidik dan pelajar bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dan juga
menjadikan bahasa Melayu salah satu bahasa yang penting atau berharga untuk dikaji oleh para
sarjana di seluruh dunia.







ESP313

18














Bil

Isi Kandungan

Muka surat



1

Bahagian B : Memartabatkan Bahasa Melayu Untuk Bersaing
Dengan Bahasa-Bahasa Lain Di dunia:
1.0 Abstrak
1.1 Pengenalan



19 - 20

2

2.1 Cabaran-cabaran dan isu-isu dalam memartabatkan bahasa
Melayu



21 - 23


3

3.1 Faktor-faktor kelunturan martabat bahasa Melayu

24 24


4

4.1 Usaha-usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu

27 - 32


5

Kesimpulan

32 - 34




Rujukan


35 - 36
ESP313

19

Bahagian B: Tulis satu esei bertajuk:
Memartabatkan Bahasa Melayu Untuk Bersaing Dengan Bahasa-Bahasa Lain Di dunia:
Bincangkan .
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
1.0 Abstrak
Kedudukan bahasa Melayu pada hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya
yang sedang mengalami pembangunan pesat dan dalam proses perkembangan ini,
pelbagai perkara baharu akan ditemui khususnya dari segi perubahan bahasa Melayu.
Perubahan bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya
sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau ujaran, sistem tatabahasa dan
juga perbendaharaan kata (Abdullah Hassan: 1996). Maka dengan itu, seluruh
masyarakat seharusnya peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa
Melayu khususnya dari segi ujaran dan penulisan agar langkah-langkah memartabatkan
bahasa Melayu dapat dilaksanakan. Bahasa Melayu telah melalui zaman selama dua alaf,
khususnya pertembungan dengan beberapa tradisi besar dunia. Oleh sebab itu,
kemampuan dan kemantapannya sebagai tonggak tamadun negara kita pada zaman ini
tidak perlu dipertikaikan. Oleh yang demikian perjuangan memartabatkan dan
memperkasakan Bahasa Melayu perlu digerakkan secara konsisten dan berterusan .
Kelalaian dan kealpaan akan mengakibatkan pelbagai gejala menyerap masuk ke dalam
bahasa dan kemungkinan dapat melumpuhkan momentum perkembangannya. Justeru itu,
tugasan mengenai Memartabatkan Bahasa Melayu ini bertujuan untuk mengupas lebih
lanjut mengenai cabaran bahasa serta isu-isu dalam Bahasa Melayu.
1.1 PENGENALAN
Bahasa Melayu telah memiliki martabat sebagai bahasa besar yang berwibawa sejak awal
kurun masihi. . Bahasa Melayu telah diterima umum di Kepulauan Melayu lalu diangkat
menjadi Lingua Franca antara pelbagai bangsa termasuk yang datang dari rantau lain
seperti India, China , Asia Barat dan Eropah. Bahasa Melayu mencapai puncak
kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu pada zaman Kesultanan Melayu dari
sekitar abad ke 13 hingga abad ke 19. Bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran,
bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan,
bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi. Bahasa Melayu merupakan satu rumpun
ESP313

20

bahasa yang digunakan oleh lebih daripada dua ratus juta penduduk dunia, bahasa
Melayu berkembang pesat dan mendapat pengiktirafan yang meluas. Selaras dengan itu,
Bahasa Melayu dimartabatkan menjadi bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan di
Malaysia. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara.
Dalam perkembangan terkini, bahasa Melayu tidak dinafikan menghadapi pelbagai isu-
isu bahasa dan berdepan dengan cabaran-cabaran dalam era globalisasi. Perkembangan
teknologi dan ilmu yang pantas berjaya menghakis serba sedikit kemurnian bahasa dalam
kalangan pengguna. Oleh yang demikian tanggungjawab memartabatkan dan
memperkasakan bahasa Melayu sudah semestinya terpikul di bahu kita semua selaku
pewaris dan empunya bahasa itu. Justeru , tugasan ini akan mengupas dengan melihat
cabaran dan isu-isu bahasa Melayu dalam memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu juga,
tugasan ini akan menjelaskan faktor-faktor kelunturan martabat bahasa Melayu dan
membincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk
memartabatkan bahasa Melayu.
















ESP313

21

2.1 CABARAN DAN ISU-ISU DALAM BAHASA MELAYU
Menurut Adenan Ayob (hlm: 10-11, 2009) dalam era globalisasi kini, bahasa Melayu
menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang dialami oleh bahasa Melayu bersifat
dalaman dan luaran.
Cabaran dalaman membawa maksud cabaran tanggapan dari segi kuantiti dan kualiti
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, termasuk cara penggunaan
bahasa itu sendiri. Cabaran luaran pula bermaksud kedwibahasaan dan hambatan
pelaksanaan dasar bahasa dalam era globalisasi.
Pembangunan yang pesat di Malaysia telah memberikan kesan terhadap kedudukan dan
peranan bahasa Melayu pada masa kini. Projek pemodenan dengan pembinaan bangunan
pencakar langit yang semakin hari semakin bertambah menyebabkan nilai kesantunan
dan kehalusan berbahasa semakin dipinggirkan. Bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan
bahasa Inggeris yang diuar-uarkan sebagai bahasa dunia , bahasa sains dan teknologi di
mana kedua-dua bidang tersebut tidak mengendahkan kesantunan dan kehalusan budi
pekerti penuturnya.
Cabaran bahasa Melayu juga amat berkait rapat dengan peranan bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
suatu masa dahulu, seperti mempersendakan peranan bahasa Melayu. Walaupun bahasa
Inggeris perlu dikuasai, tetapi sebagai bangsa Malaysia, harus mendaulatkan bahasa
sendiri demi mendaulatkan bangsa. Berlaku ketidakseragaman terhadap penguasaan
bahasa Melayu kerana masih terdapat segelintir rakyat yang tidak mampu menguasainya
dengan baik. Bagi golongan pendidikan Barat , mereka amat dipengaruhi oleh bahasa
Inggeris. Penggunaan bahasa mereka menjadi bahasa Melayu-Inggeris. Dalam berbahasa,
mereka sering mengalihkan kod ke bahasa Inggeris atau sentiasa menukar kod dan
menjadikan bahasa pertuturan bersifat rojak. Beberapa isu bahasa juga turut
diketengahkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui artikel ilmiahnya dalam Jurnal Akademik
November 2009. Pendapat beliau pada amnya terdapat beberapa isu yang berkaitan
dengan bahasa Melayu antaranya ialah:


ESP313

22

a. Masalah bahasa rojak.
Bahasa rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang mentakrifkan campuran
pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan
Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan Bahasa Melayu. Paling
mudah didengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti e-
mail, sms, Internet, software, hardware, html, computer, website dan
sebagainya. Sekarang pun kita sering mendengar dialog seperti berikut: Hei, hari ini
birthday I lah. Dalam hal ini you yang paling best. Ungkapan-ungkapan dalam
dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV. Jelas tiada pengawasan oleh pihak-pihak
tertentu sehingga wujudnya bahasa rojak dalam kehidupan kita seharian.
b. Unsur-unsur dan amalan yang merosakkan bahasa Melayu ialah Bahasa Melayu yang
dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, bahasa yang ditulis dan dijadikan
sebagai wahana komunikasi surat-menyurat. Sementara keadaan bahasa Melayu lisan
boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding bahasa Melayu
tulisan atas beberapa sebab di antaranya ialah kurang latihan pertuturan yang baik
melibatkan murid sekolah, mahasiswa dan petugas awam. Kurangnya asuhan
melibatkan bahasa indah, cara berfikir objektif dalam perbahasan dan pertuturan serta
menggunakan bahasa yang baik. Selain itu kurangnya latihan atau mata pelajaran
berkaitan karya-karya besar sastera bangsa sendiri. Malahan kurangnya tenaga
pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau pembahasaan sebagai satu
bidang kajian atau mata pelajaran. Sementara itu amalan-amalan di peringkat
pimpinan. Kekananan dan urusan-urusan rasmi juga dilihat sebagai unsur-unsur yang
mempengaruhi dan merumitkan penggunaan bahasa Melayu yang baik. Manakala
akhbar Utusan Melayu berkeadaan tidak berfungsi. Menurut pihak berkuasa di
Syarikat Utusan, akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi sebagai pencetus
nasionalisme Melayu kini sudah menjadi edisi sekali seminggu itu pun dengan jualan
yang kurang dari 7,000 naskhah seminggu. Berdasarkan beberapa isu bahasa yang
diketengahkan oleh Adenan Ayob dan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais
Yatim sememangnya isu-isu tersebut akan berterusan. Tanpa tindakan yang dilakukan
memartabatkan bahasa Melayu.
ESP313

23

c. Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan
bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, ejaan, peristilahan, kosa
kata serta tatabahasa dan laras bahansa. Perkataan-perkataan yang sama maksud ialah
ialah pencemaran, kecelaruan, kekacauan, kesalahan dan kesilapan. Jelaslah disini
bahawa kerancuan bahasa adalah pencemaran bahasa yang sudah tiada nilai yang sebenar
di dalam berbahasa khasnya Bahasa Melayu.
Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh
merosakkan keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana
menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan
ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang
akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh
pengguna bahasanya.












ESP313

24

3.1 FAKTOR-FAKTOR KELUNTURAN MARTABAT BAHASA MELAYU
Dewasa ini kita dapati keyakinan terhadap peranan dan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan di negara ini serta kedudukannya sebagai bahasa ilmu-
ilmu moden sudah mula menurun di kalangan pejuang bahasa sendiri. Setelah negara
ini mencapai kemerdekaan yang ke 56 tahun, masih terasa keresahan dan
kebimbangan yang berleluasa terhadap masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Menurut kertas ulasan Kongres Pendidikan Melayu Ke -2 Awang
Sariyan (Mac 2005) terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kelunturan martabat
bahasa Melayu. Peminggiran bahasa Melayu dalam arus pemodenan seperti hari ini
berpunca daripada sistem kolonial penjajah Inggeris selama pemerintahan mereka di
Tanah Melayu. Penaklukan tersebut telah menurunkan darjat bahasa itu daripada
bahasa besar dan bahasa penghubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa
vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan seharian
dan selebihnya untuk lingkungan masyarakat Melayu sahaja. Dalam bidang bahasa
dan pendidikan, jelas bahawa bahasa Melayu hanya menjadi bahasa pengantar
sekolah Melayu malah amat terbatas jangkauannya hanya kepada bidang ilmu dan
kemahirannya sahaja. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas dan diranacang
dengan teliti oleh penjajah Inggeris, antaranya pendidikan Melayu yang asalnya untuk
tempoh enam tahun dikurangkan menjadi empat tahun sahaja pada tahun 1885
( Awang Had Salleh, 1980 ) ini adalah semata-mata untuk menutup kemungkinan
anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan demikian berupaya
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Jika dilihat realiti hari ini,
bahasa Melayu dari hari ke hari semakin terhakis penggunaan dan fungsinya
disebabkan tiada keyakinan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa wahana bidang
utama tamadun bangsa dan negara. Peranan bahasa sebagai bahasa ilmu, bahasa
Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila
sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan
tanpa halangan faktor taraf sosio ekonomi dan perbezaan etnik serta keeksklusifan
bahasa pengantar ilmu yang dahulunya didominasi bahasa Inggeris. Jutaan lepasan
sekolah aliran kebangsaan telah terhasil dan merekalah yang menjadi tonggak
pembangunan dalam pelbagai bidang. Namun , apabila tindakan berpatah kembali
ESP313

25

untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan
itu,khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula
tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang
yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan,
Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan
menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan negara.
Walau bagaimanapun dengan adanya tentangan semasa , bahasa Melayu mengalami
kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya. Kemerosotan dalam
aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang
yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh,
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran
dan pendidikan. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan
kurang sensitifnya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu
yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi , khususnya dalam konteks bidang yang
rasmi seperti pentadbiran , penyiaran dan pendidikan. Semangat cinta dan hormat
kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara semakin
luntur apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan,
termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan
nama berdasarkan bahasa asing misalnya Parcel, Parkson, Rubber Road, Electra
House dan Boulevard. Awang Sariyan turut menyatakan senario kini tentang
kedudukan bahasa Melayu kian kurang terbudayanya dalam kalangan sejumlah
anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan
dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara berikut:
i. Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan
peruntukan perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
sehingga masih banyak urusan rasmi seperti majlis rasmi, mesyuarat dan
pekeliling tidak mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam
perlembagaan.
ESP313

26

ii. Kurang penegasan dan penyelarasan dalam menguatkuasakan penggunaan
bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di tempat awam dan penyiaran.
iii. Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan
pelaksanaan beberapa keputusan seperti pengajaran subjek-subjek berasaskan
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan
peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kursus di IPTA dan
pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib .
iv. Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing
khususnya bahasa Inggeris sehingga timbul keghairahan yang kadangkala
berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat ( pemimpin,
profesional dan orang awam) untuk mengutamakan penguasaan bahasa
Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu.
v. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat
Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap
kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan
taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi
vi. Dominasi dalam hal peluang pekerjaan, mereka menganggap bahasa Inggeris
menjadi kayu pengukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan
pulangan ekonomi yang berbaloi.
vii. Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut
mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat
kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh , dalam pada Dewan Bahasa dan
Pustaka merancang dan mengusahakan penglibatan sektor swasta
menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( menurut laporan The Star pada
1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan
tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan.



ESP313

27

4.1 USAHA-USAHA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.
Langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu yang dilaksanakan sejak zaman
sebelum merdeka hinggalah selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,meruntun
masyarakat pencinta bahasa untuk menggunakan bahasa Melayu dengan penuh berperaturan dan
bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, adakalanya hajat untuk memartabatkan bahasa Melayu
sering dipandang remeh oleh sesetengah lapisan masyarakat sehingga mendorong mereka
menggunakan bahasa yang menyeleweng daripada tatacara yang benar serta mencampuradukkan
bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Dalam hal ini, tidak ketinggalan juga bahan-bahan
bercetak yang berbentuk bukan ilmiah yang sedikit banyak menyumbang kepada pemantapan
bahasa Melayu.

Usaha-usaha untuk peningkatan martabat bahasa memerlukan perencanaan semula dalam
pelbagai aspek dan pada waktu yang sama memerlukan peneguhan dasar-dasar yang berkaitan
dengannya sebagai langkah membina ketahanan jati diri dan maruah bangsa dan negara. Proses
penambahbaikan terhadap bahasa Melayu dijalankan sepanjang masa oleh badan yang
bertanggungjawab untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu yang lebih efisien dan berdaya
maju setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Antara usaha yang perlu dimartabatkan dalam skop bahasa ialah:
i. Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar secara bersepadu.
Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan
semula supaya urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara mengutamakan
penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang
terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan sahaja dihormati malah
dilaksanakan dengan ikhlas, telus dan jujur oleh semua lapisan masyarakat daripada
pemimpin negara hingga penjawat awam, masyarakat umum peringkat sekolah dan
institut pengajian tinggi.
ii. Perancangan Bahasa Melayu
Perancangan bahasa merupakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa
ke arah taraf yang lebih maju yang dijalankan secara sistematik. Perancangan bahasa
juga satu usaha meningkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara
ESP313

28

pengguna bahasa atau mencipta situasi bahasa. Perancangan taraf atau status
melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan
hak-hak mereka yang menggunakan. Peringkat ini merupakan peringkat pertama
perancangan bahasa. Bahasa Melayu dipilih sebagai kodnya kerana Perkara 152
Perlembagaan Tanah Melayu (1957) telah menetapkan bahasa Melayu dijadikan
bahasa kebangsaan. Perancangan taraf juga merupakan peringkat penilaian
melibatkan penggunaan bahasa . Penilaian ini secara formal oleh ahli akademik,
kritikan melalui akhbar atau penutur. Di samping membaiki kelemahan yang ada
umpamanya mengalami proses ini apabila dibuat pindaan dan tokok tambah terhadap
edisi-edisi Tatabahasa Dewan Sebelumnya. Perancangan korpus pula merujuk kepada
perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan
ortografi (pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan
sesuatu bahasa. Pengekodan bererti penyeragaman iaitu proses menghasilkan bahasa
standard yang sempurna dan seragam serta usaha-usaha pembakuan bahasa. Dalam
bahasa melalui pengekodan melibatkan korpus-korpus ejaan, tatabahasa, perkamusan,
sebutan dan istilah. Pemupukan juga termasuk dalam perancangan korpus iaitu usaha-
usaha mengembangkan bahasa seperti ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal
terdapat dalam bahasa-bahasa asing diterjemahkan dan disesuaikan ke dalam bahasa
Melayu.
iii. Pindaan dan Peluasan Peruntukan Akta Yang Berkaitan.
Pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberi cakupan lebih luas penggunaan
bahasa Melayu, pindaan akta-akta yang sudah tidak kemas kini atau tidak jelas
tentang penggunaan bahasa Melayu seperti Akta Jalan, Parit dan bangunan. Akta
Pertubuhan, Akta Pertubuhan, Akta pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat, Akta Cap
Dagang, Akta Industri Pelancongan dan beberapa yang lain perlu tindakan yang
segera. Selain itu, akta yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Penyiaran serta
Undang-undang kecil Pengiklan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara
tegas. Contohnya Pihak Berkuasa Tempatan DBKL telah menguatkuasakan yang
ketat dan disusuli dengan tindakan tegas penggunaan bahasa Melayu pada papan
tanda jalan dan iklan yang tidak berlesen serta mencemarkan bahasa Melayu.

ESP313

29

iv. Pengayaan Khazanah Ilmu Dan Persuratan Dalam Bahasa Melayu.
Usaha ini perlu dilakukan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai
bahasa budaya tinggi melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam
pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan
elektronik). Usaha ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak .Contohnya mengujudkan
kreativiti berbahasa dalam media massa seperti penulisan kreatif, non kreatif, komik,
mengadakan pertandingan pidato ,bercerita, mendeklamasikan sajak dan perbahasan
dari peringkat sekolah, IPTA, Kampung, Pihak Berkuasa Tempatan , Daerah, Negeri
dan Negara umumnya. Agenda pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu
memerlukan dana serta mesti dimasukkan dalam agenda pembangunan negara
melalui belanjawan negara.
v. Pembudayaan Bahasa Melayu Melalui Sistem Pendidikan.
Usaha ini perlu dimantapkan semula dari peringkat prasekolah hingga peringkat
tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih serius kepada usaha
pembudayaan bahasa Melayu dalam memartabatkan bahasa Melayu. Terdapat dua
aspek penting. Pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
utama dan proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan
yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuhkan oleh
Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Aspek yang kedua ialah pembudayaan
bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan
pengajaran dan pemelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan tambahan serta
melalui pelbagai kegiatan kokurikulum.
vi. Komponen Bahasa Dan Persuratan Dalam Pelbagai Program Negara.
Semua program negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti
memasukkan program bahasa dan persuratan misalnya dalam Program Khidmat
Negara, Kursus Biro Tatanegara dan sebagainya. Kursus atau apa-apa juga program
motivasi untuk kalangan ahli politik dan profesional perlu dimasukkan modul bahasa
dan persuratan.


ESP313

30

vii. Modul Bahasa Dan Persuratan Dalam Program Latihan Jabatan.
Setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan
persuratan dalam program semasa Kursus Dalam Perkhidmatanmasing-masing.
Selain itu juga kursus penataran Bahasa Melayu perlu diadakan terutama aspek
bahasa seperti ejaan, sebutan ,kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa.
Contohnya , Kursus Penataran Bahasa Melayu Untuk Guru Sekolah Persendirian
Cina di Negeri Johor dan Melaka yang dianjurkan oleh Bahagian Pengembangan
Bahasa Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16-17 November 2009
bertempat di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan. Tindakan susulan amat perlu
dilakukan oleh ketua jabatan dan agensi sama ada swasta mahupun pihak kerajaan
dengan melantik pakar bahasa dalam membuat analisis dokumen seperti minit
mesyuarat, kertas kerja dan surat pekeliling. Dengan ini proses memartabatkan bahasa
Melayu mendapat sokongan secara berterusan daripada semua pihak.
viii. Pemantauan Berterusan Terhadap Bidang Penyiaran Dan Media Massa.
Usaha ini perlu diaplikasikan dan disebar luas untuk memastikan bahawa media
massa melaksanakan tanggungjawab sebagai agen pemantapan bahasa yang baik dan
santun dalam penyiaran dan penerbitan program atau bahan. Tindakan perlu
dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan juga tindakan undang-undang.
Contohnya, Akta Komunikasi dan Penyiaran perlu juga melakukan tindakan tegas
dengan serta merta terhadap pembaca berita dan pengacara sesuatu program
televisyen jika didapati tidak menggunakan bahasa Melayu. Pemilihan pengacara
sesuatu program realiti anjuran TV 3 telah menetapkan syarat kepada para peserta
mesti fasih berbahasa Melayu. Langkah ini amat digalakkan dalam usaha
memartabatkan bahasa Melayu.
ix. Program Pemasyarakatan Bahasa Kebangsaan Bertaraf Kebangsaan.
Pihak kerajaan , semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak
swasta hendaklah terlibat secara aktif menyertai setiap program pemasyarakatan
bahasa kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya Bulan Bahasa Dan Sastera Negara yang
dilaksanakan setiap tahun selama sebulan. Selain itu , setiap jabatan kerajaan dan
swasta hendaklah diminta merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat
ESP313

31

menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari masa ke semasa dalam
perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir dalam
sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan
sastera.
x. Usaha - usaha Pelonjakan Bahasa Melayu.
Dalam usaha pelonjakan bahasa Melayu perlunya program galakan pengembangan
dan penggunaan bahasa seperti anugerah, hadiah, sumbangan geran dan sebagainya
untuk dijadikan penggalak kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu. Anugerah
mahupun hadiah atau sumbangan tersebut hendaklah dilaksanakan dari peringkat
sekolah rendah dan menengah, Institusi Pendidikan Tinggi, Pihak Berkuasa
Tempatan, peringkat negeri, Negara dan peringkat Antarabangsa. Dengan adanya
usaha pelonjakan bahasa Melayu ini dapat melahirkan ramai pencinta bahasa dan
pejuang\\ bahasa selaras dengan usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu.
xi. Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama
asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai sebuah
jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk
mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Negara. Berbekalkan Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956, yang memberi kuasa
autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa
kebangsaan di Malaysia. Malahan DBP menyatakan wawasan dan misinya untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia menjelang tahun
2020. Perancangan strategik Dewan Bahasa dan Pustaka merangkumi pemodenan
Korpus Bahasa Melayu iaitu bergerak melalui beberapa program seperti :
a. Bank Istilah Berkomputer dalam Talian ,
b. Kerjasama Kebahasaan Peringkat Serantau Pembinaan dan Pemantapan
Korpus Bahasa Melayu,
c. Sebutan Baku Bahasa Melayu,
d. Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu dan
e. Kodifikasi Bahasa melalui Perkamusan dan Pengkomputeran Bahasa Melayu.
Beberapa aktiviti Kempen kesedaran Bahasa seperti Minggu Bahasa Kebangsaan, Bulan
Bahasa Kebangsaan , Gerakan Cintailah Bahasa Kita dan Pengantarabangsaan Bahasa
ESP313

32

Melayu telah dijalankan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan kecintaan terhadap
bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, Penerbitan bahan bercetak amat
dititikberatkan melalui penerbitan Ensiklopedia, majalah dan jurnal yang diselenggarakan
oleh pihak swasta atas nama DBP, buku sekolah, buku umum, dan penerbitan elektronik
(bahan rujukan seperti Kamus , ensiklopedia, istilah, biografi dan bahan pemelajaran
untuk kanak-kanak dan remaja ). Manakala Pemerkasaan Bahasa Melayu lebih kepada
bidang teknologi meliputi pembinaan kosa kata, penggunaan bahasa Melayu yang baik
dan betul, pembinaan laras dan bahan bahasa. Melalui usaha pihak DBP serta sumbangan
daripada ahli-ahli bahasa, pakar-pakar bidang dan anggota masyarakat, bahasa Melayu
berkembang dengan pesatnya selaras dengan usaha untuk memartabatkan bahasa
Melayu.




















ESP313

33

5. KESIMPULAN
Bahasa adalah satu komponan teras yang menjadi jiwa dan unsur dalaman peribadi dan
identiti sesebuah bangsa dan negara. Bahasa adalah intipati kepada sebuah tamadun dan adalah
alat kepada perkembangan ilmu tanpa kira bidang juga. Tanpa memahami bahasa penyampaian,
ilmu tidak dapat difahami. Bahasa boleh difahami dengan pertuturan atau interaksi secara lisan
mahupun tulisan yang baik dan sistematik. Tanpa bahasa yang difahami ramai, proses
penyebaran ilmu dan agama, percambahan ilmu, kebudayaan dan buah fikiran tidak dapat
diungkapkan dan dilakukan.
Bahasa Melayu telah merentasi parameter waktu dan ruang. Bahasa Melayu juga telah melalui
perkembangan secara melintang di mana perluasan bahasa secara geografi dan secara menegak
di pelbagai lapisan masyarakat telah menggunakan bahasa Melayu. Sejarah perkembangan dan
pembinaan bahasa Melayu tidak kurang hebatnya serta mempunyai kisah uniknya yang
tersendiri.

Bahasa Melayu telah berada di tahap yang mantap, tetapi sayang sekali bukan ramai penutur
bahasa ini yakin dengan kebolehan dan kewibawaan bahasa Melayu. Kelunturan keyakinan ini
juga jelas dipamerkan dengan beberapa sikap pemimpin yang pernah memegang jawatan
Menteri Pendidikan itu sendiri.

Batu asas telah diletakkan dalam pembinaan bahasa, namun ini bukan halangan untuk
memajukan dan memantapkan bahasa Melayu itu lagi. Usaha-usaha pengembangan bahasa
memainkan peranan yang sama penting dengan pembinaan bahasa. Badan-badan pembinaan dan
pengembangan bahasa dan institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting bagi
peningkatan mutu bahasa dan pengembang penggunaannya.

Namun demikian , penguasaan bahasa asing untuk memajukan ilmu pengetahuan juga teramat
penting. Jumlah penutur bukan faktor utama atau penentu dalam penyebaran bahasa Melayu
tetapi terletak pada keunggulan dan keefisienan tadahan. Bukanlah bilangan penutur yang dapat
menjamin mutu bahasa Melayu tetapi penguasaan dan penggunaan penutur terhadap bahasa yang
menentukan kemajuan bahasa tersebut.
ESP313

34

Terdapat beberapa isu dan cabaran dalam proses memartabatkan bahasa Melayu. Namun begitu,
beberapa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam memartabatkan bahasa Melayu ke satu
tahap yang lebih tinggi. Walaupun pada asasnya kita berpuas hati akan kejayaan bahasa Melayu
dalam mendepani cabaran dunia moden,namun demikian dapatan kajian masih menunjukkan
perlunya usaha yang jitu harus kita lakukan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu,
kita janganlah leka dan alpa kerana masih banyak yang perlu kita usahakan untuk memastikan
kelangsungan dan martabat bahasa Melayu itu sendiri, sama ada di peringkat negara mahupun di
peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerjasama kementerian, para ilmuwan, jabatan kerajaan, agensi
, pertubuhan, sektor swasta, institusi-institusi pendidikan, media cetak dan elektronik serta orang
perseorangan amat penting dan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah dalam
bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan pencapaian yang seimbang. Kerjasama
daripada semua pihak amat perlu dalam memartabatkan bahasa Melayu agar lebih mantap dan
perkasa ke arah merealisasikan kedaulatan bahasa Melayu di peringkat serantau mahupun
antarabangsa.

















ESP313

35

Rujukan :
Abdul Hamid Mahmood (1989). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan Bahasa Melayu Terkini. Kajang: Masa
Enterprise.
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Syarikat Percetakan Bintang Baru.
Abdullah Hassan (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (1996). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan, 2006, Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Haji Omar, 2005, Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: DBKL
Abdul Rashid Melebak & Amat Jauhari Moain, 2006,Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, Bahasa Satera dan Tamadun Melayu, Ucapan Dr. Mahathir
Mohamad 1982-2002, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Rosnah Haji Ahmad, 2001, An Introduction to Malay Language and Culture, Kuala Lumpur:
Golden Book Centre
Nik Safiah Karim, 2007, Liku-liku Bahasa. Kearah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul dan
Indah,Shah Alam: K Publishing Sdn. Bhd.
Rustam A.Sani, 1996, Politik dan Polimek Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Nik Hassan Basri bin Nik Abdul Kadir, 2003, Teori Bahasa Implikasi Terhadap engajaran
Tatabahasa, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hanim Musa, 2006, Epigrafi Melayu Sejarah Sisitem Tulisan dan Bahasa Melayu, Edisi Kedua,
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
ESP313

36

Noriah Mohamed, 1999, Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama, Pulau Pinang:Universiti
Pendidikan Sultan Idris

http://umkeprints.umk.edu.my/996/1/Paper%201.pdf
http://dwnbahasa.dbp.my/?p=582
http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/185-memartabatkan-bahasa-
melayu-perlukan-kesungguhan
http://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayu
http://dwnbahasa.dbp.my/?p=638
http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU , oleh Masni Bujang [ diselenggarakan oleh Rozali
Rajab, GC BM]

You might also like