You are on page 1of 9

1

TUGASAN
___________________________________________________________________________

HBML4103
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEMESTER MEI 2014
___________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12
Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin
soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan
yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di
penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada
portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang
dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI
TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line
sebelum tamat tempoh penghantaran.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 24hb Jun 6hb Julai 2014. Serahan selepas 6hb
Julai 2014 TIDAK akan diterima.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.






2
PENILAIAN
Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai
berdasarkan kepada Rubrik.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika
plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada
jumlah markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada
jumlah markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan
diberikan.

























3

SOALAN TUGASAN


Sejarah bahasa menunjukkan bahasa Melayu berkembang berdasarkan zaman yang ditandakan
mengikut masa. Bahasa Melayu dikatakan bermula dengan bahasa Melayu purba, diikuti bahasa
Melayu kuno, kemudiannya bahasa Melayu klasik dan akhir sekali sebagai bahasa Melayu
moden. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh pengkaji bahasa dalam menentukan sejarah
perkembangan bahasa Melayu ini. Ada pendapat yang membahagikan sejarah bahasa Melayu
kepada dua bahagian, iaitu sejarah bahasa Melayu sebelum merdeka dan sejarah bahasa Melayu
selepas merdeka. Ada juga yang mengkategorikan sejarah bahasa Melayu mengikut jangka masa
wujudnya bahasa Melayu itu sendiri.

Berdasarkan sejarah perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka, kaji dan teliti kedudukan
bahasa Melayu berdasarkan perkara-perkara berikut:

(a) Perkembangan bahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan untuk
memastikan kepentingan bahasa Melayu terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat
pendidikan di Malaysia.

(b) Berikan pendapat anda mengenai perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka sama
ada telah mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan atau sebaliknya.

Laporkan hasil kajian anda dalam bentuk penulisan ilmiah yang betul.

Sila rujuk kepada rubrik yang telah disediakan berkaitan dengan pemarkahan dan juga
kandungan tugasan.
[Jumlah: 40 markah]
____________________________________________________________________________




4
RUBRIK TUGASAN

HBML4103 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU / MEI 2014

KRITERIA PEMBERATAN SANGAT
LEMAH
LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG MARKAH
0 1 2 3 4
Pengenalan
huraian konsep
bahasa Melayu
selepas merdeka.
2 Tiada
pengenalan
diberikan.
Penulisan
berdasarkan kriteria
berikut:

Pengenalan tentang
tajuk ringkas.
Objektif penulisan
juga secara ringkas
sahaja.

Huraian ringkas
tentang konsep
bahasa Melayu
selepas merdeka.

Tiada rujukan yang
diambil daripada
tokoh kajian sejarah
bahasa Melayu.
Penulisan
berdasarkan kriteria
berikut:

Pengenalan tentang
tajuk sederhana.
Objektif penulisan
dinyatakan.

Huraian tentang
konsep bahasa
Melayu selepas
merdeka agak jelas.

Merujuk kepada
pendapat hanya satu
tokoh ahli bahasa
yang berkaitan.

Hanya satu contoh
penggunaan bahasa
Melayu selepas
merdeka disertakan.
Penulisan
berdasarkan kriteria
berikut:

Pengenalan tentang
tajuk baik dan jelas.
Objektif penulisan
dinyatakan dengan
baik.

Huraian konsep
bahasa melayu
selepas merdeka
dibuat dengan jelas.

Merujuk kepada
pendapat sekurang-
kurangnya dua tokoh
ahli bahasa yang
berkaitan.

Sekurang-kurangnya
dua contoh
penggunaan bahasa
Melayu selepas
merdeka disertakan.
Penulisan
berdasarkan kriteria
berikut:

Pengenalan tentang
tajuk amat baik dan
jelas. Permasalahan
dan objektif
penulisan dinyatakan
secara spesifik dan
amat berkaitan.

Huraian konsep
bahasa Melayu
selepas merdeka
amat baik dan jelas.

Merujuk kepada
pendapat sekurang-
kurangnya tiga tokoh
ahli bahasa yang
berkaitan.

Sekurang-kurangnya
tiga contoh
penggunaan bahasa

8


5
KRITERIA PEMBERATAN SANGAT
LEMAH
LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG MARKAH
0 1 2 3 4
Melayu selepas
merdeka disertakan.

Laporan kajian
lepas mengenai
Pendidikan dan
Matlamat
pendidikan
berdasarkan
penggunaan
bahasa Melayu.
3 Tiada laporan
diberikan.
Huraian matlamat
pendidikan hanya
menyalin semula
laporan yang
dirujuk.
Laporan yang
dirujuk tidak
mencukupi.

Hujah yang
longgar, tiada
pendapat sendiri
tentang penggunaan
bahasa Melayu
dalam laporan
pendidikan yang
dikemukakan.
Tiada rujukan
kepada tokoh kajian
bahasa.
Huraian matlamat
pendidikan agak
jelas. Hanya
mengemukakan satu
sahaja laporan yang
berkaitan dan
huraian yang
diberikan agak baik.

Hujah dan idea yang
dikemukakan
tentang laporan dan
penggunaan bahasa
Melayu agak baik.
Perbincangan
disokong dengan
pendapat daripada
satu sumber rujukan
ahli bahasa yang
relevan.


Huraian matlamat
pendidikan jelas.
Sekurang-kurangnya
mengemukakan dua
laporan yang
berkaitan dengan
huraian yang baik
dan jelas.

Hujah dan idea yang
dikemukakan tentang
laporan dan
penggunaan bahasa
Melayu baik dan
mantap.
Perbincangan
disokong dengan
pendapat daripada
dua sumber rujukan
ahli bahasa yang
relevan.
Huraian matlamat
pendidikan amat
jelas dan
menunjukkan
kepentingan bahasa
Melayu yang
berfungsi sebagai
bahasa pendidikan.
Sekurang-kurangnya
mengemukakan tiga
laporan atau lebih
yang berkaitan dan
dihuraikan dengan
amat baik dan jelas.

Hujah dan idea
tentang laporan dan
penggunaan bahasa
Melayu amat baik
dan mantap.
Menampakkan
percambahan
pemikiran yang
bernas dan mantap.
Perbincangan
disokong dengan
pendapat daripada

12


6
KRITERIA PEMBERATAN SANGAT
LEMAH
LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG MARKAH
0 1 2 3 4
tiga atau lebih
sumber rujukan ahli
bahasa yang
berkaitan dan
relevan.

Pendapat
tentang
perkembangan
bahasa Melayu
dalam
pencapaian
matlamat
pendidikan di
Malaysia.
3 Tiada pendapat
diberikan.
Pendapat yang
diberikan adalah
ringkas. Hujah
tentang
perkembangan
bahasa Melayu
dalam pencapaian
matlamat
pendidikan di
Malaysia tidak
disokong dengan
sumber rujukan
serta pendapat ahli
bahasa yang
berkaitan.
Pendapat yang
diberikan agak baik
dan berkaitan. Hujah
dan idea tentang
perkembangan
bahasa Melayu
dalam pencapaian
matlamat pendidikan
di Malaysia diulas
dengan agak baik.
Sekurang-kurangnya
memberikan dua
pendapat tentang
perkembangan
bahasa Melayu
dalam pencapaian
matlamat pendidikan
serta disokong
dengan dua sumber
rujukan dan
pendapat ahli bahasa
yang berkaitan.
Pendapat yang
diberikan baik dan
relevan. Hujah dan
idea tentang
perkembangan
bahasa Melayu dalam
pencapaian matlamat
pendidikan di
Malaysia diulas
dengan baik.
Penulisan
menampakkan
percambahan
pemikiran yang
bernas. Sekurang-
kurangnya
memberikan tiga
pendapat tentang
perkembangan
bahasa Melayu dalam
pencapaian matlamat
pendidikan serta
disokong dengan tiga
sumber rujukan dan
Pendapat yang
diberikan baik dan
relevan. Hujah dan
idea tentang
perkembangan
bahasa Melayu
dalam pencapaian
matlamat pendidikan
di Malaysia diulas
dengan amat baik
dan amat jelas.
Penulisan
menampakkan
percambahan
pemikiran yang
bernas. Fungsi
laporan dan
perkaitannya dengan
bahasa Melayu
sebagai wahana
matlamat pendidikan
dinyatakan dengan
baik. Sekurang-
kurangnya

12


7
KRITERIA PEMBERATAN SANGAT
LEMAH
LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG MARKAH
0 1 2 3 4
pendapat ahli bahasa
yang berkaitan.
memberikan empat
pendapat tentang
perkembangan
bahasa Melayu
dalam pencapaian
matlamat pendidikan
serta disokong
dengan empat
sumber rujukan dan
pendapat ahli bahasa
yang berkaitan.

Rumusan dan
Kesimpulan

1 Tiada rumusan
dan
kesimpulan
diberikan.
Rumusan dan
kesimpulan yang
ringkas dan tidak
menjelaskan
perkara berkaitan
dengan keseluruhan
kandungan
penulisan tugasan.

Rumusan dan
kesimpulan yang
agak baik dan
menjelaskan hanya
sebahagian perkara
yang berkaitan
dengan keseluruhan
kandungan penulisan
tugasan.

Rumusan dan
kesimpulan yang baik
dan menjelaskan
keseluruhan
kandungan penulisan
tetapi tiada
penambahan isu
semasa sebagai nilai
tambah penulisan.
Rumusan dan
kesimpulan yang
amat baik dan
sempurna.
Menjelaskan
keseluruhan
kandungan penulisan
dengan teliti
(koheren dan kohesi)
dan memberikan
penambahan isu
semasa sebagai nilai
tambah penulisan.





4



8
Organisasi
Penulisan
1 Tidak tersusun. Tugasan
mengandungi
pelbagai kesilapan
tatabahasa, tanda
baca dan ejaan.
Bahasa yang
digunakan sesuai.
Penulisan tidak ada
kesinambungan dan
urutan yang betul
(koheren dan
kohesi).
Gaya penulisan
APA tidak
digunakan dalam
penulisan tugasan.
Tugasan
mengandungi
sebahagian kecil
kesilapan tatabahasa,
tanda baca dan
ejaan. Bahasa yang
digunakan dalam
penulisan sesuai.
Kesinambungan
penulisan (koheren
dan kohesi) agak
baik.
Hanya sebahagian
daripada penulisan
mengikut gaya
penulisan APA.
Peraturan tatabahasa,
penggunaan tanda
baca dan ejaan
diikuti dengan baik.
Bahasa yang
digunakan dalam
penulisan sesuai.
Kesinambungan dan
urutan penulisan
(koheren dan kohesi)
adalah baik.
Gaya penulisan APA
diadaptasi
sepenuhnya dalam
tugasan.
Peraturan tatabahasa,
penggunaan tanda
baca dan sistem
ejaan dipatuhi dan
diikuti dengan amat
baik. Bahasa yang
digunakan dalam
penulisan amat baik
dan amat relevan.
Kesinambungan dan
urutan (koheren dan
kohesi) penulisan
dikawal rapi dan
amat baik. Gaya
penulisan APA
diadaptasi
sepenuhnya dalam
tugasan. Penulisan
bibliografi mengikut
gaya APA
sepenuhnya.


4
JUMLAH 40







9
PANDUAN PELAJAR :
Anda dinasihatkan:
1. Merujuk pada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh
dipercayai untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.
2. Buat pencarian di internet berkaitan sejarah perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka untuk
mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.
3. Merujuk kepada buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh kajian bahasa Melayu yang boleh
dipinjam dari perpustakaan.

PANDUAN TUTOR:

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan
mengikut bidang.

Abdullah Hassan, 1987. Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2004. Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina
Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darwis Harahap, 1992. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.

Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960. Minggu Bahasa Kebangsaan, apa tujuannya?. Dalam Dewan
Bahasa Jilid IV (Bil.1), Januari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 668-
669.

4. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak serta lampirkan
artikel bersama tugasan. (jika perlu)

5. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan
betul. Guna gaya APA.

You might also like