You are on page 1of 3

Pelukis-pelukis Cat Air Pulau Pinang

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng adalah orang
yang pertama tanah air yang menghasilkan catan cat air dan mereka ini aktif dalam bidang
ini, tetapi ada org lain lagi selain daripada mereka ini yang aktif dalam menghasilkan karya
catan cat air antaranya ialah Tay Hooi Keat, Kuo Ju Peng dan Khaw Sia.
Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang melahirkan kecenderungan terhadap seni lukis moden
berdasarkan kepada pengucapan bahasa visual yang didorong oleh keinginan sendiri serta
penggunaan bahan berkarya yang baru. Sebelumnya, kegiatan seni lukis negara tertumpu
dan dirujuk kepada kegiatan seni tradisi seperti ukiran, seni bina, tenunan dan anyaman.
Pengertian seni moden itu juga lahir berasaskan pengolahan tampak mereka yang bersifat
non tradisi, bagaikan pelukis-pelukis Impresionisme yang dianggap sebagai perintis seni
lukis moden Barat dengan menolak idea romantic serta fahaman seni akademik. Namun
begitu, kelahiran karya cat air mereka di negara ini bukanlah satu garis pemisah antara
kesenian tradisi dengan seni moden, kerana pertalian masih tetap terukir khususnya dalam
subjek dan motif karya terutamanya dalam dekat 1980-an hingga 1890-an.

Latar belakang penubuhan kumpulan ini.
Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang mempunyai pelbagai latar belakang. Pada awal 1930-
an itu tidak terdapat satu pun kumpulan lukisan tempatan dan mereka ini berkarya secara
berasingan. Namun begitu, ketika itu terdapat sekumpulan pelukis Eropah yang aktif dikenali
sebagai Penang Impressionisme yang terdiri kebanyakannya daripada suri rumah tangga
Inggeris. Meskipun waktu penjajahan itu pelukis-pelukis tempatan tidak dibenarkan
menyertainya, pameran-pameran yang dianjurkan oleh kumpulan itu dapat dikunjungi
mereka ( Redza Piyadasa,1983:7 ). Kunjungan ke pameran seperti ini sudah tentu
memberikan inspirasi-inspirasi baru kepada pelukis tempatan dalam berkarya.
Pada peringkat awal itu, antara pelukis dari Pulau Pinang yang aktif adalah Yong Mun Seng,
seorang juru gambar dan pelukis sepenuh masa, serta tiga orang guru yang terdiri daripada
Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping dan Tay Hooi Keat. Pada tahun 1936, Tay Hooi Keat telah
menemui Yong Mun Seng lantas menjalin ikatan persahabatan yang erat. Kedua-duanya
sering berkarya bersamadalam membuat lakaran-lakaran di luar rumah. Menerusi aktiviti
seperti inilah terhasilnya pertembungan antara mereka berdua. Sebagai reaksi kepada
perang Impressionists, mereka bersama-sama beberapa pelukis lain seperti Kuo Ju Ping
dan Lim Cheng Ean telah menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang pada tahun
1936. Ahli-ahli kelab tersebut terpengaruh dengan unsur-unsur rmantik Penang
Impressionists serta catan landskap cina. Kedatangan Jepun serta meletusnya Perang
Dunia Kedua telah mematikan kelap tersebut. Sementara itu, Abdullah Ariff pula telah
diterima menganggotai Penang Impressionists pada pertengahan tahun 1930-an kerana
perkhidmatannya sebagai pengajar seni amat diperlukan. Kumpulan ini yang ditubuhkan
pada tahun 1928nitu dibubarkan sebelum perang lagi.

Stail, Tema, Subjek dan Pengolahan Karya.
Para pelukis cat air Pulau Pinang begitu cenderung merakam keindahan pemandangan
alam tempatan. Justeru itu cat air menjadi pilihan yang wajar, sesuai dengan penciptaan
lakaran-lakaran luar yang spontan. Cat air mudah diolah menerusi pelbagai teknikdan
kaedah seperti teknik wash, cair serta penindanan warna. Sifatnya yang mudah kering juga
sesuai untuk aktiviti berkarya diluar rumah. Di samping itu, kemudahan untuk
mendapatkannya menjadikan cat air sebagai bahan pengucapan tampak yang cukup
popular ketika itu, meskipun sudah terdapat pelukis-pelukis yang menggunakan cat minyak.
Namun begitu, penggunaan cat minyak kemudianya menjadi ppular apabila pelukis-pelukis
tempatan menerima pendidikan seni secara formal diseklah-sekolah dan institusi-institusi
seni lukis. Penerokaan terhadap media baru dalam berkarya menjadi aktiviti asas yang
memenuhi sifat-sifat dasar seni lukis moden. Meskipun cat air begitu popular pada dekat
1930-an, pengolahannya tetap berbeza di tangan pelukis yang berlainan.
Di samping karya-karya bertemakan landskap yang merakam keindahan pemandangan
alam tempatan, para pelukis cat air Pulau Pinang turut melukiskan aktiviti harian masyarakat
ketika itu. Misalnya para petani disawah dan diladang kelapa, ataupun tukang besi dan
tukang jahit dikaki lima. Ini dapat dihayati menerusi karya-karya Abdullah Ariff berjudul
Coconut Plantation-Dawn (1960 ) dan Bumi Bahagia- Lombong Bijih Timah ( 1940 )
dan Membaiki Baju ( 1948 ). Kedua-dua tema ini mampu menjadi dokumen budaya
tentang kehidupan masyarakat sezaman.
Perhubungan stail atau gaya cat air Pulau Pinang dengan stail Barat tercetus menerusi
penghayatan pelukis terhadap karya-karya Penang Impressionists. Sementara itu, fakta lain
menyebut bahawa pengaruh Inggeris terhadap tema landskap itu wujud menerusi lakaran
cat air dan cetakan akutin pelukis Inggeris sewaktu keagungan kuasa Syarikat Hindia Timur
Inggeris di Asia Tenggara. Kemudahan pengangkutan laut berkuasa wap membolehkan
para pelukis Inggeris datang ke Tanah Melayu dan membuat lakaran pemandangan
kehidupan tropika yang menarik di Melaka, Pulau Pinang dan pantai-pantai yang mereka
singgahi. Bagi Abdullah Ariff yang menganggotai Penang Impresionists, sudah tentu
keanggotaannya itu member beliau peluang lebih besar untuk mengenali dan menghayati
karya-karya pelukis Barat. Hasilnya, unsur-unsur impresionis seperti rakaman kesan cahaya
dan baying jelas tergambar dalam karya-karyanya yang boleh dihubungkan dengan stail
Renior dan Pissarro.
Di samping itu penghayatan terhadap karya-karya Barat, unsur-unsur romantic dalam cat air
Pulau Pinang jelas berhubung dengan tradisi catan landskap Cina. Pertalian jelas wujud
menerusi kespontanan sapuan berus yang dapat dikaitkan dengan seni kaligrafi, salah satu
cabang kesenian terpentingbagi masyarakat Cina. Malahan, sapuan berus menjadi satu
prinsip penting yang mampu menyalurkan getaranrohani atau getaran perasaan pelukis
dalam berkarya.
Sapuan berus merupakan elemen terpenting dalam prinsip-prinsipmenhayati catan landskap
yang terbit menerusi perkataan shan-shui, bermaksud gunung, dan air, dua unsure alam
yang penting. Menghayati karya-karya yang kelihatan sayup, redup dan indah itu
mengundang pengaliran rasa sayu dan kesedihan. Unsur-unsur formal dalam karya-karya
catan masyarakat Cina ini terpercik ke dalam karya-karya pelukis cat air Pulau Pinang
berketurunan Cina. Selain itu, kersedaran terhadap tema landskap dan alam semula jadi
telah wujud dalam kesenian tradisional seperti batik dan seni ukir. Apa yang berbeza ialah
nilai estetik, pengolahan visual serta falsafahnya.
Perhubungan stail landskap Abdullah Ariff dengan Impresionisme jelas tergambar menerusi
kepekaanya menangkap kesan cahaya dan baying. Karya-karyanya seperti Coconut
Plantation-Down (1948), Sinar Mentari di Denai Hutan (1956) dan Kerbau (1956)
memperlihatkan bagaimana perbezaan cahaya yang ketara mewujudkan kesan ruang.
Kespontanan sapuan berus dalam karya-karya Yong Mun Seng, Khaw Sia dan Tay Hooi
Keat pula dapat dihubungkan dengan stail catan landskap Cina yang bertalian dengan
kaligrafi. Kespontanan melukis kesungguhan, keyakinan, pengaliran jiwa dan penglibatan
total pelukis dalam berkarya.
Kesimpulannya karya pelukis cat air Pulau Pinang menyarankan sumber-sumber serta asas-
asas awal perkembangan seni catan negara.

You might also like