You are on page 1of 4

.

.


.













.



381:
"

"

" :
"






:

.
:

"



:


:
.







"


:

Terjemahan maksud

Berpuasa adalah satu rukun dari rukun-rukun Islam. Berpuasa dari sudut bahasa bermakna
menahan . Berpuasa ( Soum ) diambil dari kata dasar ( soma .... syiam ) Dari sudut syara' pula
iaitu menahan kedua syahwat kemaluan dan perut dari fajar hingga ke terbenam matahari
beserta niat
Dalil atau bukti kewajipan berpuasa telah sabit di dalam kitab Al Quran , hadis nabi dan
Ijmak . Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 183 yang bermaksud " wahai orang yang
beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa seprtimana telah diwajibkan keatas mereka
sebelum kamu moga kamu menjadi orang yang bertakwa "
Di dalam hadis pula sabda nabi SAW " Telah didirikan Islam atas 5 (rukun) iaitu
bersyahadah (bersaksi) sesungguhnya tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan
sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mendirikan solat, mengeluarkan
zakat, haji dan puasa dalam bulan Ramadhan riwayat bukhari muslim
Sesungguhnya Allah telaj mewajibkan (puasa) pada tahun ke tiga hijrah dan ia adalah satu
ibadah untuk membersihkan jiwa, menguatkan ruh dan kesihatan badan. Sesiapa
melaksanakannya kerana mematuhi perintah Allah dan mencari keredhaanNya , maka ia
menghapuskan keburukan dan menjadi sebab untuk memasuki syurga. Bersabda Rasulullah
Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kepatuhan
diampunkan baginya apa-apa dosa yang terdahulu
Berpuasa mempunyai kesan yang besar dan penting dalam kehidupan manusia
Pertama ; Berpuasa membawa kepada mujahadah dan menyucian jiwa dari sifat tercela dan
buruk dalam diri muslim seperti riak, bangga diri dan takabbur. Ini akan membawa kepada
kejayaan dalam kehidupan mereka sepertimana firman Allah Sesungguhnya berjayalah
sesiapa memberishkannya (jiwa/hati)
Kedua ; Berpuasa juga menunjukkan pengabdian manusia kepada penciptannya iaitu dengan
mengikuti suruhan Allah dan sunnah Rasulnya.
Ketiga ; Berpuasa membawa kepada kesihatan iaitu dengan merehatkan tubuh badan dari
makan dan minum. Perut memerlukan kepada rehat (dari bekerja) samada mingguan atau
bulanan. Jadi berpuasa adalah jalan atau cara khusus dan penting untuk mencapai kepada
matlamat ini. Benarlah seperti sabda Nabu SAW berpuasalah kamu, kamu akan sihat
Keempat ; Dengan berpuasa manusia mampu menjauhkan diri dari penyakit iaitu dengan cara
mengurangkan makan dan perut mendapat rehat yang cukup dan mengambil makanan
seimbang.
Dengan kehadiran ramadhan kaum musliman menggandakan ibadah keada Allah .
Sebahagian mereka menunaikan solat terawih di masjid, mentadarus al Quran, duduk dalam
majlis ilmu dan berbuka puasa secara berjemaah.
Rumusan bicara berpuasa itu berfaedah dan bermanfaat dalam kehidupan seorang Islam
untuk menjadi seorang lalaki yang beriman, sejahtera dan kuat .

.
.
,
.
.
. .
:
.
,
,
, . .
, .

.
.
,

SOLAT DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Tidak dapat dinafikan bahawa solat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia
memainkan peranan penting dalam kehidupan muslim. Solat itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikan solat, dia telah mendirikan agamanya.
Patut dinyatakan bahawa solat adalah lambing penghambaan hamba terhadap Tuhannya. Ia
juga adalah jalan kea rah mendekatkan diri kepada Allah. Orang Islam yang mendirikan solat
akan meletakkan wajahnya yang mulia di atas bumi kerana mentaati-Nya. Hati yang sentiasa
mentaati Allah dan mengingati-Nya akan sentiasa hidup, tidak mati dan tidak lupa. Ia juga
membersihkan jiwa manusia dan menyucikannya daripada dosa dan maksiat. Allah berfirman
maksudnya, Sesungguhnya solat itu mencegah dari kejahatan dan kemungkaran.
Kita sedia maklum bahawa solat mendidik kita agar menghormati masa, peraturan dan syaratsyarat tertentu. Solat lima waktu mempunyai masa-masa tertentu, sebagai contohnya solat
subuh, waktunya dari terbit fajar hingga syuruq matahari, maka tidak sah solat subuh pada
waktu zohor.
Di samping itu, solat mendidik orang Islam agar mengambil berat tentang kebersihan.
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Solat juga mempunyai hikmat-hikmat dan rahsiarahsia yang tidak terhitung dan tidak terkira, contohnya solat berjemaah. Semangat kerjasama
akan tumbuh di dalam jiwa orang-orang Islam kerana kerap bertemu sesame mereka.
Sebenarnya, solat juga mendidik orang Islam agar menanam sifat-sifat mulia di dalam jiwa
mereka. Di antara sifat-sifat terpuji adalah ikhlas, amanah dan sabar dan sebagainya. Ibadat
solat mengajar kita semua sifat itu.
Kesimpulannya, tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa solat memainkan peranan
penting dalam kehidupan kita dan ia merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang muslim.

You might also like