You are on page 1of 4

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran

DEFINISI

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan
tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan
haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan
berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan
pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu
yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana
kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke
dalam atmosfera.

JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-
logam lain.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran
yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di
udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini
dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang
tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida
dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer
dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).


PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan
pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat
pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh
menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan
sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia
seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah
memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku
pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi
seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara
berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di
kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang
menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara
penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh
ombak dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi
paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-
paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan
penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak
tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia
adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di
jalan raya.


TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu
keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan
mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari
pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru
haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat
daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain
itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur
dioksida didalam udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon
yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya
matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga
boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh
penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya
menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya
bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus
menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan
membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan
bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga
menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami
kerosakan struktur tanah.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada
kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh
dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini
akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku
secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku
ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu
akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku

You might also like