You are on page 1of 17

1

BORANG SOAL SELIDIK


PERISIAN KURSUS BAGI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)
______________________________________________________________________________
TAJUK PERISIAN:
PENJODOH BILANGAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN A
Arahan: Lengkapkan maklumat murid di ruangan yang disediakan. Tandakan ( / ) pada
kotak yang berkenaan sahaja.

Maklumat Murid
1. Kelas : ___________________________________
2. Jantina : Lelaki / Perempuan
3. Bangsa : Melayu / Cina / India / Lain-lain __________

BAHAGIAN B
Anda hanya perlu menandakan ( / ) pada ruangan Ya atau Tidak berdasarkan
pengalaman anda setelah menggunakan perisian ini.
KRITERIA KETERANGAN YA TIDAK
Isi Kandungan
Ketepatan
Perisian bebas daripada kesilapan
Maklumat yang terkini disediakan
Sesuai dengan kebudayaan dan agama
Penggunaan bahasa yang betul dari
segi tatabahasa, ejaan dan struktur ayat

Kesesuaian
Konsep dan bahasa sesuai dengan
pelajar


2

KRITERIA KETERANGAN YA TIDAK
Isi Kandungan
Kesesuaian
Maklumat yang disampaikan sesuai
dengan objektif yang hendak
disampaikan

Interaksi antara komputer-pelajar
sesuai dengan tahap pelajar.

Skop
Kandungan yang disampaikan berada
dalam skop topik yang hendak
dipelajari.

Kandungan yang disampaikan sesuai
mengikut sukatan pelajaran.

Ada pelbagai aktiviti dalam perisian
Aspek Teknikal
Navigasi
Maklumat dapat dicari dengan mudah
dan tepat.

Mudah menggunakan menu, dan
arahan yang diberikan.

Ada pilihan untuk mengawal perisian.
Bunyi boleh dikawal
Penyimpanan
rekod
Maklumat dicari dengan mudah dan
tepat.

Mengambil dan menyimpan nota
apabila perlu

Ada rekod penggunaan perisian
pelajar.

Persembahan
Isi kandungan disampaikan dengan
cara yang dapat merangsang pemikiran
pelajar

Aktiviti yang menggalakkan
penyelesaian masalah secara kreatif.


3


KRITERIA KETERANGAN YA TIDAK
Aspek Teknikal Kualiti
Visual yang sesuai dengan kandungan
pelajaran.

Audio yang jelas dan mudah difahami
dan dikawal

Suara dan muzik yang berkaitan
dengan paparan visual

Dokumentasi
Teknikal
Ada penerangan tentang keperluan
peralatan dan system operasi komputer

Ada maklumat bantuan melalui telefon
jika terdapat sebarang masalah.

Panduan
Pengguna
Terdapat panduan ringkasan
kandungan perisian.

Panduan untuk mencapai objektif
pembelajaran.

Bahan pembelajaran yambahan bagi
pelajar-pelajar.


Terima kasih kerana memberi kerjasama dalam menjawab soal selidik ini.
Maklumat anda akan dirahsiakan.





4


BAHAGIAN A
Penilaian Sumatif Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Bahan Perisian Mengikut Kriteria
Pemilihan Perisian
Perisian kursus bagi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bertajuk
Penjodoh Bilangan Sekolah Rendah telah diberikan kepada murid-murid Tahun 6 SK. Sawah
Bahru. Seramai 18 orang murid Tahun 6 telah diberi peluang untuk mencuba perisian ini.
Selepas kesemuannya mencuba dan menjawab soalan dalam perisian ini, satu penilai sumatif
telah dijalankan. Antara tujuan penilaian sumatif ini dijalankan untuk mengumpul maklumat
daripada murid-murid bagi melihat sejauh mana keberkesanannya dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kaedah penilaian yang digunakan adalah kaedah tinjauan pendapat.
Semua murid yang telah menggunakan perisian ini telah diminta untuk mengisi borang soal
selidik yang mudah. Borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan dalam tinjauan
ini. Walaupun masih di bangku sekolah rendah, namun murid-murid ini telah memberi kerjasama
untuk melengkapkan borang kaji selidik yang diberikan. Mereka diminta mengisi borang kaji
selidik ini dengan sejujur-jujurnya.
Seperti yang dinyatakan tadi, penilaian sumatif dilaksanakan untuk mendapatkan maklum
balas daripada pelajar terhadap keberkesanan perisian tersebut. Daripada ujian ini maka dapat
dikesan akan kekuatan dan kelemahan perisian tersebut dari aspek isi kandungan, aspek teknikal
dan aspek dokumentasi.
Berikut merupakan kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan daripada perisian
Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.




5


Kriteria Pemilihan Perisian
1. Isi Kandungan

Kekuatan
i) Isi kandungan perisian ini disediakan berdasarkan sukatan pelajaran Bahasa
Malayu Sekolah Rendah. Di dalam sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, salah satu
aspek tatabahasa yang perlu diterapkan oleh guru ketika mengajar ialah aspek
Penjodoh Bilangan. Oleh itu, perisian ini amat sesuai untuk murid-murid sekolah
rendah.
ii) Isi kandungan perisian ini bebas daripada sebarang kesilapan. Maklumat yang
disampaikan juga merupakan maklumat yang terkini. Selain itu maklumat yang
disampaikan sesuai dengan objektif yang hendak dicapai iaitu Penjodoh Bilangan
dan dapat menerapkan kefahaman kepada pelajar bahawa penjodoh bilangan
dapat menentukan sesuatu benda, tempat, perkara atau manusia mengikut rupa,
saiz dan bentuknya.
iii) Perisian berkaitan Penjodoh Bilangan ini menggunakan ayat Bahasa Melayu yang
betul dari segi tatabahasa ejaan dan struktur ayat. Oleh itu, bahan ini tidak
mengelirukan pelajar SK. Sawah Bahru ketika menggunakannya.
iv) Interaksi antara komputer dan pelajar adalah sesuai dengan tahap pelajar.

Kelemahan
i) Walaupun isi kandungannya memang sesuai dengan sukatan pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah, namun bagi murid-murid tahap 2 iaitu murid Tahun 4
6, perisian ini agak kurang sesuai. Hal ini kerana aras kesukarannya agak rendah
dan murid-murid tahun 6 berasa apa yang cuba disampaikan terlalu mudah bagi
mereka.
6

ii) Latihan yang disediakan tidak mencukupi. Pelajar hanya dapat menjawab
beberapa soalan sahaja bagi setiap topik yang dibincangkan.
iii) Perisian ini hanya menyediakan bahan bagi pelajar yang mempunyai aras
sederhana. Bagi pelajar yang pandai mereka berasa bosan kerana tiada soalan
yang benar-benar mencabar minda mereka. Bagi murid pemulihan pula,
berasakan soalan-soalan dalam perisian ini sangat mencabar dan tidak mampu
dijawab.

2. Aspek Teknikal

Kekuatan
i) Maklumat yang terdapat dalam perisian ini dapat dicari dengan mudah.
Penggunaan butang menu, ikon dan arahannya amat jelas dan memudahkan
pelajar.
ii) Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian berhenti atau keluar.
iii) Dari segi persembahan pula, isi kandungannya dapat disampaikan dengan cara
yang dapat merangsang pemikiran pelajar. Ada juga aktiviti yang menggalakkan
penyelesaian masalah secara kreatif sehingga menarik minat murid.
iv) Susun atur paparannya boleh dikatakan baik dan sesuai dengan murid-murid yang
masih di bangku sekolah rendah.
v) Perisian ini juga dapat mempersembahkan petikan teks yang mudah dibaca serta
mempunyai saiz fon yang sesuai dengan kumpulan sasarannya iaitu murid Tahun
6.
vi) Visual yang dipaparkan pula amat sesuai dengan kandungan pelajaran.
vii) Audio yang jelas dan mudah difahami.

Kelemahan
i) Bunyi yang diperdengarkan tidak boleh dikawal secara manual.
ii) Tiada ikon bantuan jika seseorang pelajar itu menhadapi masalah semasa
menggunakan perisian ini.
7

iii) Tiada kemudahan untuk mencetak maklumat.
iv) Perisian ini juga tidak menyediakan rekod penggunaan perisian pelajar untuk
memantau pelajar.
v) Walaupun audionya jelas, namun perisian ini tidak menyediakan menu untuk
mengawal audio secara manual.
vi) Muzik latarnya sama sahaja dari mula hingga akhir.

3. Dokumentasi
Kekuatan
i) Sebagai panduan kepada pengguna, perisian ini ada menerangkan objektif
pembelajaran secara jelas.
ii) Kaedah pembelajaran tidak bergantung kepada hanya satu teknik pembelajaran
sahaja. Teknik yang disediakan merangkumi tutorial, latih tubi, dan ujian.
iii) Selain penerangan secara tutorial, perisian ini juga ada menyediakan teks dan
ilustrasi agar penerangan melalui tutorial itu menjadi lebih jelas.
Kelemahan
i) Perisian ini tidak menerangkan penerangan tentang pengoperasian perisian.
ii) Jika pengguna atau pelajar yang menggunakan perisian ini menghadapi sebarang
masalah, mereka tidak dapat merujuk kepada individu tertentu kerana tidak
didokumenkan nombor telefon sebagai rujukan.
iii) Tajuk perisian ini bertajuk Penjodoh Bilangan Untuk Sekolah Rendah. Oleh itu,
perisian ini tiada sasaran pengguna yang khusus.
iv) Perisian ini juga tidak ada cadangan cara penggunaan di dalam kelas, rancangan
mengajar dan aktiviti.
v) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam perisian ini adalah
terhad.
vi) Rekod prestasi pelajar tidak dapat didokumentasikan kerana tiada butang menu
atau arahan yang membolehkan pelajar untuk berbuat demikian.
8


Perisian Kursus Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK )

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK), perkembangan teknologi
maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan
manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif.
Menurut Heinich, Molenda dan Russell (1993), banyak perisian komputer boleh
dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.
Pada masa ini PPBK adalah satu kaedah penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana jika dilaksanakan secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan dan bermutu. Pelajar juga dapat menjalankan aktiviti pembelajaran
secara aktif dan kendiri. PPBK dijalankan dengan menggunakan perisian kursus yang biasanya
merangkumi topik-topik tertentu dan disampaikan secara interaktif kepada pelajar.
Berbanding kaedah pembelajaran konvensional, penggunaan perisian PPBK ini
sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan. Antaranya, PPBK dapat meningkatkan kefahaman
dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan motivasi
dalam pembelajaran. Seterusnya, PPBK dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
mencabar dan menyeronokkan. Murid-murid juga berpeluang melaksanakan eksperimen yang
sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat. Selain itu, dengan menggunakan perisian PPBK
ini murid-murid akan mendapat maklum balas serta-merta terutama dalam latih tubi atau ujian.
Kebaikan-kebaikan penggunaan PPBK seperti yang diterangkan di atas bertepatan
dengan kajian Jensen (1996). Dalam satu kajian beliau, Jensen telah membandingkan pencapaian
pelajar yang menggunakan perisian kursus dengan pelajar yang menggunakan kaedah
konvesional mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus PPBK lebih baik
daripada pelajar yang tidak menggunakannya. Perisian kursus yang digunakan adalah tentang
osmosis.

9


Jenis Kategori Perisian yang digunakan
Pada masa kini kaedah chalk and talk dalam pengajaran dan pembelajaran sudah
dianggap ketinggalan zaman. Ini kerana dengan ledakan dan perkembangan teknologi komputer
dan komunikasi telah menyebabkan kaedah belajar melalui perisian kursus berbantukan
komputer (PPBK) mendapat perhatian dan sering digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.
Pembelajaran berbantukan komputer yang berterusan dan diaplikasikan dalam kelas dapat
menghasilkan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan pelajar. Penggunaan perisian PPBK
bermaksud pembelajaran dilakukan dengan cara menggunakan perisian tersebut dan disampaikan
melalui komputer. Oleh itu, untuk mendapatkan penghasilan pembelajaran yang berkesan,
pelajar perlu menjalankan pembelajaran yang terdapat dalam perisian PPBK secara aktif. Bagi
memudahkan pelajar belajar secara aktif, maka terdapat enam jenis PPBK yang boleh
merangsang minat pelajar untuk terus belajar menggunakan perisian ini. Enam jenis kategori
PPBK yang sering digunakan termasuklah tutorial, latih-tubi, permainan, simulasi, tunjuk cara
dan ujian.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, maka satu perisian kursus pembelajaran
berbantukan komputer telah dimuat turun melalui internet. Perisian ini telah dibangunkan oleh
guru-guru di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perisian yang dimuat turun
bertajuk Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.







10


Contoh Perisian PPBK yang dimuat turun.
Perisian bertajuk Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini semata-
mata menerangkan dan membincangkan salah satu aspek tatabahasa yang terdapat dalam sukatan
pelajaran Bahasa Melayu iaitu penjodoh bilangan. Perisian ini sememangnya sesuai dengan
murid-murid sekolah rendah. Perisian yang telah digunakan oleh murid-murid tahun 6 SK.
Sawah Bahru ini lebih fokus kepada 3 kaedah daripada 6 kaedah yang sering digunakan dalam
mana-mana perisian berbantukan komputer yang lain. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah
tutorial, latih tubi, dan ujian. Kaedah permainan, tunjuk cara dan simulasi tidak diaplikasikan
dalam perisian Penjodoh Bilangan ini.

Tutorial
Tiga perkara asas yang perlu ada dalam sesi tutorial iaitu isi pelajaran yang kemas,
pengguna boleh menjawab soalan dan komputer memberikan maklum balas. Dalam sesi tutorial,
pada asasnya komputer akan mengajar pengguna sesuatu konsep atau teori yang baru. Pengguna
kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadar kendiri pengguna. Setelah konsep-
konsep tertentu dipersembahkan kepada pengguna dan kefahaman pengguna diukur, komputer
kemudian akan mengeluarkan arahan-arahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan
berdasarkan maklum balas pengguna.
Bagi perisian Penjodoh Bilangan Sekolah Rendah ini, tutorial bermula dengan bahagian
pengenalan yang menerangkan kepada pelajar tentang perisian kursus iaitu berkaitan dengan
aspek penjodoh bilangan. Ada juga tutorial yang menerangkan objektif pembelajaran. Sebagai
contoh objektif pembelajaran yang diterangkan melalui tutorial dalam perisian ini ialah, Dapat
memberikan kefahaman dan kecekapan kepada pelajar menggunakan penjodoh bilangan dengan
kata nama yang betul di dalam struktur ayat.
Seterusnya dalam perisian Penjodoh Bilangan ini, pelajar akan diuji sama ada mereka
telah menguasai pengajaran yang disampaikan. Untuk memastikan pelajar menguasai semua isi
kandungan maka perisian ini telah dibahagikan kepada 8 unit agar pelajar dapat belajar
berdasarkan kendiri mereka. Di akhir tutorial, pelajar akan diberitahu tentang pencapaian mereka
melalui ujian yang mereka jalankan.
11

Melalui kaedah tutorial ini, membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan masing-
masing. Pelajar yang cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat, manakala pelajar lemah
perlu dibimbing melalui pemulihan (Alessi & Trolip, 1991). Jika perlu, pelajar boleh mengulangi
perisian Penjodoh Bilangan ini sekerap yang diingini sehingga mereka memahami sepenuhnya
kandungan pelajaran yang disampaikan.

Latih Tubi
Seterusnya adalah perisian ini juga menyediakan kaedah latih tubi. Latih tubi disediakan
untuk menilai dan menguji pemahaman pelajar dan dilaksanakan secara aktif dan kendiri. Pelajar
perlu menjawab beberapa soalan yang telah disediakan dalam perisian komputer dan kemudian,
komputer akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan yang telah diberi oleh pelajar.












Contoh Latih Tubi

Gambar di atas menunjukkan salah satu aktiviti latih tubi yang dapat dijalankan oleh
pelajar sewaktu menggunakan perisian Penjodoh Bilangan untuk Sekolah Rendah ini. Melalui
aktiviti latih tubi ini, pelajar-pelajar hanya perlu klik perkataan penjodoh bilangan kemudian
seretkan penjodoh bilangan tersebut pada gambar yang betul. Jika jawapan pelajar tersebut betul,
maka perkatan itu akan kekal pada gambar tersebut dan penerangan sesuatu penjodoh bilangan
akan dibuat melalui tutorial. Jika salah, perkataan yang diseret akan balik ke tempat asalnya
12

semula. Oleh itu melalui kaedah latih tubi ini, seseorang pelajar akan melakukan aktiviti ini
berulang-ulang kali sehingga mereka faham dan dapat menjawab dengan betul.

Ujian
PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan
cepat. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar salah dan sebagainya
sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini. Jawapan berbentuk ayat atau karangan jarang digunakan.
Kelebihan PPBK jenis ini ialah pelajar akan dapat maklum balas terhadap pencapaian mereka
dengan serta-merta.













Soalan Ujian

Jika kita lihat soalan ujian di atas, kita dapat tahu bahawa pelajar yang menjawab soalan
ini telah menjawab soalan dengan betul. Buktinya komputer telah memberi maklum balas
dengan frasa Betul, anda memang pintar!. Oleh itu disini jelas bahawa dengan menggunakan
perisian PPBK ini semua jawapan yang diberikan oleh pelajar akan diberi maklum balas oleh
lomputer dengan serta-merta. Dengan itu pelajar tidak perlu tertunggu-tunggu akan
keputusannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika P&P dijalankan secara konvesional kerana
guru perlu menyemak jawapan murid secara manual dan sudah tentu maklum balasnya lambat.
13




Kebaikan dan Kelemahan Menggunakan Perisian PPBK
Penggunaan elemen-elemen yang menarik minat murid seperti penggunaan audio yang
jelas dan grafik yang kreatif merupakan salah satu sebab mengapa perisian berbantukan
komputer dianggap baik dan menarik kepada pelajar-pelajar. Selain itu, kebanyakan perisian ini
menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka. Pelajar juga dapat
mengulangi pembelajaran mereka sekerap yang diperlukan melalui perisian tersebut. Apa yang
lebih penting berbanding kaedah pembelajaran konvesional, PPBK memberi maklum balas serta-
merta terutama dalam PPBK latih tubi atau penilaian dan ujian.
Walaupun demikian, secanggih mana sekalipun sesuatu perisian itu, kadang-kala terdapat
juga kelemahannya. Ada perisian PPBK yang dibina bukan hasil tangan pakar dalam bidang
akademik tertentu. Hal ini akan menyebabkan ada isi kandungan yang hendak disampaikan tidak
relevan kepasa kumpulan sasaran yang akan menggunakannya. Selain itu, ada juga kelemahan
teknikal yang akan mengganggu kelancaran penggunaan perisian PPBK tersebut. Jika ini berlaku
akan mengurangkan minat murid untuk menggunakannya.

Dapatan Penilaian Sumatif
Selepas semua murid selesai menggunakan perisian PPBK bertajuk Penjodoh Bilangan
Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, satu penilaian sumatif telah dijalankan. Guru dan pelajar-
pelajar telah bersama menilai keberkesanannya berpandukan pelbagai kriteris pemilihan dan
jenis kategori yang digunakan dalam PPBK ini. Hasil dapatan penilai tersebut maka di sini dapat
dibuat kesimpulan tentang perisian PPBK ini.
Kesimpulannya di sini kita akan membincangkan secara keseluruhan aspek kekuatan dan
kelemahan perisian Penjodoh Bilangan ini.
Secara keseluruhannya, perisian ini memang banyak kekuatan yang boleh dibanggakan.
Jika dilihat dari segi isi kandungannya, perisian ini semenangnya mempunyai ketepatan terutama
ia bebas daripada sebarang kesilapan. Malah maklumat yang disampaikan juga merupakan
maklumat yang terkini. Penggunaan bahasanya juga didapati betul dari segi tatabahasa, ejaan,
14

dan struktur ayat. Oleh itu dengan ketetapatn isi kandungan terutama ketepatan dari segi
tatabahasa ejaan dan struktur ayat, maka perisian ini amat sesuai digunakan oleh murid-murid
sekolah rendah.
Walaubagaimanapun, sedikit kelemahan dapat dikesan dalam perisian. Walaupun isi
kandungannya sesuai dengan murid sekolah rendah, namun perisian ini tidak membezakan aras
kebolehan murid. Semua murid tanpa mengira aras kebolehan mereka akan menjawab soalan
atau melakukan latih tubi dengan bahan yang sama. Keadaan ini tidak menggalakkan minat
murid / pelajar yang memnpunyai aras kebolehan yang tinggi. Ini kerana mereka menganggap
perisian ini amat mudah bagi mereka dan kurang mencabar minda. Bagi murid yang lemah pula
mereka berasa terbeban kerana mereka menganggap bahan yang terkandung agak sukar untuk
dijawab. Oleh itu sepatutnya bahan ini perlu disusun mengikut aras kebolehan murid di sekolah
iaitu aras tinggi sederhana dan lemah.

Dari aspek teknikal pula, banyak kekuatan perisian ini yang dapat disaksikan. Contohnya
dari aspek navigasinya, segala maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat. Ini disebabkan
terdapat menu, ikon dan arahan yang intuitif. Kekuatan perisian ini juga dapat dilihat apabila ada
pilihan untuk mengawal perisian sama ada untuk berhenti atau keluar. Selain itu, isi kandungan
disampaikan dengan cara yang dapat merangsang pemikiran pelajar. Aktivitinya juga
menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif oleh pelajar-pelajar. Satu aspek penting di
sini yang menjadi kelebihan perisian ini ialah audio dan visualnya mudah difahami dan sesuai
dengan tahap murid sekolah rendah. Oleh itu secara tidak langsung perisian ini dapat
memantapkan kemahiran murid dari aspek penjodoh bilangan dalam Bahasa Melayu.
Dalam perisian Penjodoh Bilangan ini, terdapat beberapa kelemahan daripada aspek
teknikal. Salah satunya perisian ini tidak mempunyai kemudahan untuk mencetak. Oleh itu
murid tidak dapat mencetak maklumat yang dikehendaki. Selain itu, pelajar-pelajar yang
menggunakan perisian ini tidak dapat mengambil dan menyimpan nota secara automatik. Mereka
terpaksa menyalin dengan menulis semula segala maklumat yang diperoleh jika memerlukan
maklumat tersebut. Hal ini akan menyebabkan minat murid terhadap perisian ini semakin luntur
setelah menggunakannya pada kali kedua.


15

Penilaian sumatif yang dijalankan terhadap pelajar juga memperlihatkan kekuatan dan
kelemahan yang wujud dalam perisian Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Berdasarkan penilaian ini, dari segi kriteria dokumentasi, kekuatan dalam perisian ini
merangkumi aktiviti tutorial yang disediakan adalah mudah dan dapat diikuti oleh pelajar.
Perisian dapat digunakan secara bebas dan pelajar mudah untuk mengawal perisian ini. Kaedah
pembelajaran tidak bergantung kepada satu teknik pembelajaran sahaja dan merangkumi aktiviti
pembelajaran seperti tutorial, latih tubi dan ujian. Antara lain kekuatan perisian ini ialah ada
menyediakan diterangkan objektif pembelajaran secara jelas dan ini amat berguna kepada
pengguna sebagai panduan.
Kelemahan yang dapat dikenalpasti pula berdasarkan kriteria dokumentasi, pelajar yang
menggunakan perisian ini tidak dapat menghubungi individu yang boleh dijadikan rujukan
kerana tidak didokumentasikan nombor telefon atau emel sebagai rujukan. Satu lagi kelemahan
yang berkaitan dengan dokumentasi pula perisian ini tiada sasaran pengguna yang khusus. Oleh
itu semua murid sekolah rendah boleh menggunakan perisian ini. Apa yang menjadi masalah
ialah tahap murid di sekolah rendah adalah berbeza-beza. Oleh itu tanpa sasaran pengguna yang
khusus mungkin pelajar-pelajar tidak berminat untuk menggunakan perisian ini kerana mereka
menganggap perisian ini tidak sesuai kepada mereka. Akhir sekali bahan pembelajaran di dalam
perisian ini tidak banyak. Aktiviti latih tubinya tidak cukup banyak dan soalan ujiannya hanya 30
soalan sahaja.

Penutup
Kesimpulannya sebelum seseorang guru memilih sesuatu perisian PPBK, mereka perlu
menilai terlebih dahulu perisian tersebut. Tanpa pemilihan yang teliti, guru tersebut mungkin
akan memilih perisian yang tidak sesuai. Contohnya perisian yang dipilih tidak dapat mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dan tidak mengikut kurikulum pengajaran dan
pembelajaran. Jika tersilap pilih juga perisian tersebut mungkin tidak sensitif terhadap budaya
dan agama pelajar serta tidak sesuai dengan tahap umur pelajar. Namun tidak dapat dinafikan
setiap pembangunan perisian PPBK mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.
Cuma apa yang penting guru-guru dan pengurusan sekolah perlu berhati-hati dalam memilih
perisian yang benar-benar memberi manfaat kepada pelajar-pelajar.

16


























17

You might also like