You are on page 1of 20

P R O S I D I N G

Seminar
OLITIK MALAYSIA
P enyunting
Worran Hj. Kabul
Shireen Haron
Mat Zin Mat Kib
Abdul Kadir Rosline
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM 2008
POLITIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA
PARLIMEN 2008 Dl MALAYSIA:
SUATU ANALISIS
Amer Saifude Ghazali
ABSTRAK
Pilihan raya umum Mac 2008 agak menarik perhatian dan menunjukkan kelainannya
berbanding pilihan-pilihan raya umum yang lepas. Pertamanya adalah kerana lima buah
negeri/wilayah telah dikuasai oleh parti pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak,
Selangor, Kuala Lumpur termasuk Kelantan yang terus dikuasai oleh parti PAS. Dalam
pilihan raya ini juga, pihak kerajaan BN telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen
apabila memenangi 140 kerusi berbanding 82 kerusi oleh pakatan pembangkang yang
terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Kedua, adalah berkaitan dengan pola pengundian
etnik kepada parti-parti politik. Secara tradisinya, setiap etnik akan memberikan sokongan
yang padu kepada parti-parti yang mewakili kepentingan etnik masing-masing. Tetapi
pada pilihan raya parlimen 2008, etnik-etnik yang terbesar seperti Melayu, Cina dan
India telah memberikan sokongan yang tinggi kepada pakatan parti pembangkang. Di
kawasan-kawasan pilihan raya yang bercampur (tidakada satu etnik yang majoriti dalam
kawasan pilihan raya), kebanyakannya dimenangi oleh pakatan parti pembangkang.
Walhal kawasan yang bercorak sedemikian dalam pilihan-pilihan raya yang lepas
merupakan kubu kuat BN. Seterusnya, yang agak penting adalah keberanian pengundi
untuk memilih parti pembangkang terutamanya di kawasan bercampur seperti yang
diterangkan sebelum ini. Dan ternyata coraknya agak berlainan dengan pilihan-pilihan
raya yang lepas. Mereka secara jelas menolak idea politik pembangunan yang sering
dijadikan bahan kempen oleh BN. Seolah-olah idea ini sudah lapuk dan rakyat/pengundi
mahukan sesuatu yang lebih daripada pembangunan. Ini membawa kepada beberapa
persoalan asas; adakah politik etnik semakin menghilang dalam lanskap politik negara
setelah bertunjang sekian lama, adakah pengundi semakin hilang kepercayaan kepada
parti politik yang berasaskan etnik dan sedia menerima parti politik berbilang etnik,
atau adakah pengundi sekarang sudah agak matang dan sedia berubah daripada keadaan
yang sedia ada? Kertas ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut.
PENGENALAN
Parlimen telah dibubarkan pada 13 Februari 2008 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah
menetapkan pilihan raya umum ke 12 akan diadakan pada 8 Mac 2008 dengan hari penamaan calon
pada 24 Februari 2008. Tempoh berkempen adalah selama 13 hari dan agak panjang berbanding
dengan pilihan raya-pilihan raya yang lepas. Pilihan raya umum 2008 adalah pilihan raya yang kedua
SEMINAR POLITIK MALAYSIA
bagi PM Abdullah setelah melaluinya pertama kali pada 2004. Beliau telah menjawat jawatan PM
pada Oktober 2003 bagi menggantikan Dr. Mahathir. Prestasi Barisan Nasional (BN) pada tahun
2004 amat cemerlang dengan menguasai lebih 90% daripada keseluruhan kerusi parlimen dan berjaya
membentuk kerajaan yang teguh. Prestasi yang memberangsangkan ini dikaitkan dengan beberapa
perubahan yang mahu dilaksanakan oleh PM Abdullah yang cuba membawa perubahan bam setelah
rakyat tidak begitu senang dengan peraerintahan PM Dr. Mahathir yang terdahulu. Rakyat juga
memberi peluang kepada PM Abdullah untuk mencorakkan pemerintahan baru dengan memberi
sokongan yang padu kepada beliau pada tahun 2004.
Pilihan raya ini agak menarik dan menunjukan kelainannya berbanding pilihan raya - pilihan
raya umum yang lepas. Pertamanya adalah kerana lima buah negeri/wilayah telah dikuasai oleh parti
pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur termasuk Kelantan yang
terus dikuasai oleh parti PAS. Pilihan raya umum 1969 juga agak sengit tetapi masih tidak dapat
mengatasi pilihan raya umum 2008. Dalam pilihan raya parlimen 2008, pihak kerajaan BN telah
kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen apabila memenangi 140 kerusi berbanding 82 kerusi oleh
pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Pakatan BN dilihat agak goyah
apabila pakatan pembangkang hanya memerlukan antara 30-40 buah kerusi untuk membentuk kerajaan
melalui majoriti mudah.
Kedua, adalah berkaitan dengan pola pengundian etnik kepada parti-parti politik. Secara
tradisinya, setiap etnik akan memberikan sokongan yang padu kepada parti-parti yang mewakili
kepentingan etnik masing-masing. Tetapi pada pilihan raya parlimen 2008, etnik-etnik yang terbesar
seperti Melayu, Cina dan India telah memberikan sokongan yang tinggi kepada pakatan parti
pembangkang. Di kawasan-kawasan pilihan raya yang bercampur (tidak ada satu etnik yang majoriti
dalam kawasan pilihan raya), kebanyakannya dimenangi oleh pakatan parti pembangkang. Walhal
kawasan yang bercorak sedemikian dalam pilihan raya - pilihan raya yang lepas merupakan kubu
kuat kepada BN. Adakah politik yang berasaskan etnik semakin pudar dalam politik negara kita?.
Seterusnya, yang agak penting adalah keberanian pengundi untuk memilih parti pembangkang
terutamanya di kawasan bercampur seperti yang diterangkan sebelum ini. Dan ternyata coraknya
agak berlainan dengan pilihan raya - pilihan raya umum yang lepas. Mereka secara jelas menolak
idea politik pembangunan yang sering dijadikan bahan kempen oleh BN. Seolah-olah idea ini sudah
lapuk dan rakyat/pengundi mahukan sesuatu yang lebih daripada pembangunan. Ataupun disebabkan
oleh kefahaman mereka tentang tugas dan tanggungjawab pemerintah adalah membangunkan negara.
Tugas asasi ini harus dipikul oleh mana-mana parti politik yang menjadi kerajaan dan harus
melaksanakannya pada setiap masa. Justeru itu, pihak kerajaan seharusnya tidak menggunakan isu-
isu pembangunan untuk memancing undi kerana ia memang tugas dan tanggungjawab mereka dan
sekiranya tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya, lebih baik parti politik tersebut tidak
menyertai bidang politik ataupun tidak bertanding dalam pilihan raya.
Kertas ini akan cuba menganalisis pola sokongan pengundi kepada pihak kerajaan dan
pembangkang dan akan menumpukan kepada fenomena politik etnik yang dikatakan semakin pudar
dalam politik Malaysia.
600
POLITIK ETNIK DALAM PIUHAN RAYA PARUMEN 2008 DI MALAYSIA
POLITIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Proses-proses politik di Malaysia seperti pembentukan parti politik, pemilihan calon dalam pilihan
raya dan corak sokongan dalam pilihan raya lebih dipengaruhi oleh keperluan dan aspirasi komuniti-
komuniti etnik tertentu. Untuk mencapai matlamat politik dan ekonomi etnik-etnik tertentu, jalan
yang paling mudah adalah melalui proses politik dengan memenangi kerusi dalam pilihan raya.
Hasilnya, individu dan parti tertentu melihat pilihan raya sebagai jalan yang signifikan untuk mencapai
keperluan etnik masing-masing. Oleh itu, kejayaan dan survival sebahagian parti politik dalam pilihan
raya bergantung kepada latar belakang etnik calon, komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya,
isu-isu berkaitan etnik yang diperjuangkan oleh parti-parti tertentu dan isu etnik setempat dalam
sesebuah kawasan pilihan raya (Ratnam 1965, Vasil 1971, Rizal dan Jummat 2002).
Selain itu, Mc Gee (1962) juga mencadangkan etnik merupakan faktor penting dalam proses
politik di Malaysia. Beliau berpendapat, faktor etnik, kewilayahan dan personaliti calon mendominasi
politik negara dalam tahun akhir 1950-an. Sokongan yang diperolehi oleh parti-parti yang berasaskan
etnik menurut beliau seperti PAS dan PPP menunjukan corak politik yang sedemikian mendominasi
iklim politik secara keseluruhan. Corak politik ini, turut juga dikuatkan dengan meletakkan calon
daripada etnik yang tertentu untuk satu kawasan pilihan raya yang etnik tertentu adalah dominan.
Umpamanya, dalam kawasan majoriti orang Melayu, calonnya mesti orang Melayu dan juga
sebaliknya di kawasan majoriti orang Cina, calon daripada etnik yang sama juga akan diletakkan.
Seterusnya, beliau juga menyatakan pakatan kerajaan pada masa tersebut, Perikatan terpaksa juga
menggunakan cara yang sama untuk meraih kemenangan dan mereka akan ditimpa padah jika tidak
meletakkan calon daripada etnik yang sama dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Bagaimanapun,
Mc Gee turut menyatakan, dalam keadaan politik etnik yang menebal, kawasan-kawasan yang
bercampur yang mana tidak ada satu etnik tertentu yang mendominasi sesebuah kawasan pilihan
raya seperti Alor Star, Sungei Patani, Malacca Tengah, Tanjong Malim dan Bukit Bintang,
sokongannya adalah kepada pakatan kerajaan, Perikatan. Dan trend ini berterusan kepada pilihan
raya - pilihan raya selepasnya sehingga kepada pilihan raya umum 2004. Kawasan-kawasan
bercampur ternyata menjadi kubu kuat kepada Perikatan dan seterusnya BN dan ia memberikan
sumbangan besar kepada kemenangan pakatan kerajaan ini.
Sementara itu, Brown (2005) melihat kepada faktor etnik yang menjadi asas kepada
persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2002 dan corak pengundian dalam lima
pilihan raya umum bermula pada tahun 1986 hingga 2004. Beliau membincangkan berkaitan dengan
proses persempadanan semula yang mengurangkan bias etnik dalam kawasan pilihan raya tetapi
sebaliknya meningkatkan ketidakseimbangan dalam saiz kawasan pilihan raya. Beliau juga
berpendapat faktor etnik penting dalam mencorakkan sokongan kepada parti-parti yang bertanding.
Kawasan-kawasan majoriti Melayu di luar bandar memilih calon BN sementara kawasan majoriti
Cina di bandar lebih cenderung kepada parti pembangkang. Walaubagaimanapun, beliau
mencadangkan corak yang sedemikian menjadi semakin tidak relevan disebabkan proses pembandaran
orang Melayu yang pesat dan perubahan sikap pengundi-pengundi. Ramalan Brown seakan-akan
betul apabila corak pengundian pada pilihan raya parlimen 2008 menunjukan pengundi sudah tidak
menjadikan faktor etnik sebagai asas untuk memilih calon sekurang-kurangnya untuk sokongan
kepada pakatan pembangkang. Adakah ini bermaksud politik etnik sudah tidak relevan pada masa
sekarang? Ataupun pengundi sudah mempunyai keberanian untuk memilih pihak pembangkang
daripada kerajaan?
601
SEMINAR POUTIK MALAYSIA
Selain daripada itu juga, Mohd. Fuat dan Sabihah (2002) telah mengkaji berkaitan dengan asas
sosial kepada sokongan parti-parti politik. Mereka mencadangkan dua faktor penting yang
mempengaruhi corak sokongan kepada parti politik adalah etnik dan kewilayahan. Faktor kewilayahan
menjadi penting kerana penduduk Malaysia secara geografinya dipisahkan oleh faktor etnik dan
pengenalan kawasan bandar - luar bandar.Etnik -etnik yang tertentu bertumpu di negeri-negeri tertentu
dan sebaliknya sedikit di negeri-negeri yang lain. Perkara yang sama berlaku dalam pemisahan antara
bandar - luar bandar, etnik tertentu berada dalam kawasan bandar sementara etnik yang lain bertumpu
di kawasan luar bandar. Kemudiannya, dalam pilihan raya, undi geografi kewilayahan akan ditentukan
oleh komposisi etnik dalam kawasan kewilayahan yang tertentu. Umpamanya, mereka mencadangkan,
di kawasan utara yang meliputi negeri Perlis, Kedah yang mempunyai majoriti pengundi Melayu,
sokongannya adalah kepada parti-parti yang berasaskan kemelayuan seperti UMNO. Begitu juga di
bahagian pantai timur yang meliputi negeri Kelantan dan Terengganu yang juga pengundi Melayu
adalah majoriti, sokongannya bertumpu kepada PAS, parti pembangkang yang berasaskan Melayu
dan Islam. Bagaimanapun, di kawasan bandar yang pengundi Cina adalah majoriti, sokongan tertumpu
kepada parti berasaskan kecinaan samada parti dalam kerajaan BN ataupun parti pembangkang. Di
Pulau Pinang, kebiasaanya kawasan pengundian bandar akan ditandingi oleh parti yang berasaskan
kecinaan samada Gerakan atau MCA daripada BN, bertanding dengan DAP daripada pembangkang.
Begitu juga dengan kawasan pengundian bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Petaling Jaya yang
kebiasannya akan dimenangi oleh parti pembagkang, DAP. Di kawasan pengundian luar bandar
pula yang majoriti pengundi adalah orang Melayu, pertandingan adalah di antara parti Melayu, samada
UMNO atau PAS.
Manakala, Maznah (2003) pula mengkaji tentang pola sokongan orang Melayu kepada UMNO
pada pilihan raya umum 1999. Beliau mendapati, sokongan orang Melayu kepada UMNO merosot
daripada 36.5% pada pilihan raya 1995 kepada 29.5% pada pilihan raya 1999. Menariknya, pada
j angka masa pilihan raya yang sama sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat daripada 7.3%
kepada 15%. Punca utama kepada perkara ini adalah ketidakpuasan hati orang Melayu kepada Perdana
Menteri Dr. Mahathir yang memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ahli
UMNO pada tahun 1998. Secara langsung ia menyebabkan orang Melayu menyokong PAS sebagai
tanda prates mereka kepada UMNO. Maznah juga mencadangkan, UMNO dan PAS tidak seharusnya
terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu untuk memberikan mereka kemenangan dalam
pilihan raya pada masa hadapan. Ini adalah kerana terdapatnya perubahan sikap rakyat Malaysia
terhadap politik, terutamanya 'there is now a new generation of Malaysians who have lived in the
midst of Malay political dominance but have neither the memory of Independence-related
consociational social contracts nor the experience of palpable ethnic skirmishes, hence sensitive
questions related to the quota system, equal rights and indeed gender equity are wont to be debated
with more openness and resolve' (Maznah 2003:80). Seterusnya, beliau juga mencadangkan kedua-
dua parti cuba mencari sokongan di kalangan orang bukan Melayu sebagai sokongan tambahan
daripada orang Melayu. UMNO dan PAS juga harus menerima keadaan sebenar masyarakat moden
Malaysia yang ternyata lebih bertoleransi di antara etnik yang berbeza. Seterusnya, kelompok lain
yang perlu diberi perhatian oleh kedua-dua parti adalah pengundi wanita. Pengundi wanita merupakan
kumpulan pengundi yang terbesar dan hak-hak mereka seharusnya diberikan dengan meluas. Beliau
juga mendapati kedua-dua parti agak terbuka dan mula memberikan pengiktiraf an kepada kepentingan
peranan pengundi wanita dalam pilihan raya.
602
POLITIK ETNIK DALAM PIUHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA
Seterusnya, Ng (2003) melihat prestasi tiga parti yang berasaskan etnik Cina dalam kawasan
pilihan raya majoriti orang Cina pada pilihan raya 1999. Kebanyakan kawasan pilihan raya majoriti
orang Cina terletak di kawasan bandar. Secara keseluruhannya, sokongan orang Cina kepada Gerakan
dan MCA (parti komponen BN) adalah sebanyak 51 % di kawasan pilihan raya sedemikian dan 46%
daripada sokongan kepada parti DAP, sebagai parti pembangkang. Sokongan yang diperolehi oleh
kerajaan BN disebabkan sebahagian orang Cina berpuas hati dengan perubahan dasar kerajaan
terhadap orang Cina selepas daripada peristiwa rusuhan etnik 1969. Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilihat banyak memberikan kebaikan
kepada kepentingan orang Cina. Begitu juga dengan pengenalan 'Wawasan 2020' pada tahun 1990-
an yang akan melahirkan masyarakat Malaysia yang maju, demokratik dan moden telah diterima
baik oleh masyarakat Cina. Selain itu juga, liberalisasi bidang pendidikan yang memberikan lebih
besar peluang pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah Cina juga telah menarik hati pengundi-
pengundi Cina kepada BN. Ahli-ahli perniagaan Cina juga turut mendapat manfaat daripada polisi
penswastaan projek-projek kerajaan. Agak menarik apabila beliau juga mencatatkan sokongan orang
Cina samada kepada pihak kerajaan BN ataupun pembangkang akan ditentukan oleh dua faktor iaitu
'politik rundingan dalaman' dan 'politik tekanan luaran'. Faktor yang pertama lebih banyak dimainkan
oleh Gerakan dan MCA sebagai parti dalam kerajaan BN dan faktor yang kedua digembelengkan
oleh DAP sebagai parti pembangkang. Kedua-dua faktor ini telah dimanipulasi dengan berkesan
dalam sejarah pilihan raya Malaysia. Umpamanya, dalam tempoh pilihan raya 1982, beberapa orang
ahli Dong Jiao Zong - badan pendidikan Cina yang agak kritikal kepada kerajaan BN, telah menyertai
Gerakan untuk berunding bagi mendapatkan kepentingan pendidikan Cina. Begitu juga dalam tempoh
pilihan raya 1990 apabila UMNO menghadapi krisis dan orang Melayu telah berpecah yang
menyebabkan setengah kelompok orang Melayu menyertai barisan pembangkang dan mencabar
UMNO. Bagi orang Cina, hanya DAP yang mewakili mereka dalam barisan pembangkang sedangkan
Gerakan dan MCA berada dalam kelompok kerajaan BN. Situasi politik pada masa tersebut
memperlihatkan seolah-olah wujud dua pakatan yang kuat dan stabil iaitu BN dan pakatan
pembangkang. Untuk menguatkan kepentingan orang Cina dalam pakatan pembangkang, beberapa
pimpinan dan aktivis sosial Cina telah menyertai parti DAP.
LATAR BELAKANG SOSIOPOLITIK SEBELUM PILIHAN RAYA 2008
PM Abdullah menggantikan Dr. Mahathir sebagai PM kelima Malaysia pada tahun 2003. Dr. Mahathir
menjadi tidak popular setelah berlaku pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet kerajaan dan
UMNO pada tahun 1998. Manifestasinya BN telah kalah teruk pada pilihan raya 1999 dan pihak
pembangkang telah mendapat kemenangan yang agak besar dengan menguasai lebih kurang 12%
daripada kerusi parlimen (prestasi terbaik pembangkang daripada segi bilangan kerusi parlimen
sehingga pilihan raya 2004). Setelah itu persempadanan baru pilihan raya telah diadakan selepas
pilihan raya 1999 dan digunakan untuk pilihan raya 2004. Faktor ini dan di samping faktor Dr.
Mahathir yang telah meletakan jawatan memberikan kelebihan kepada BN. Rakyat juga dilihat
memberi peluang kepada Abdullah untuk mencorakkan pemerintahan beliau. Ini sekaligus
membolehkan BN mencatatkan kejayaan yang agak cemerlang dalam pilihan raya 2004.
Berdasarkan temubual dan pemerhatian di beberapa tempat terpilih, para pengundi telah
menyatakan PM Abdullah telah menjanjikan beberapa perkara di awal pemerintahannya seperti akan
memerangi rasuah pada peringkat akar umbi, membentuk kerajaan yang mesra rakyat,
603
SEMINAR POLITIK MALAYSIA
menambahbaikkan pasukan polis yang dikritik hebat oleh rakyat, membaiki keadaan ekonomi negara
untuk rakyat hidup dengan lebih selesa dan media kerap mempopularkan diri beliau sebagai 'Mr.
Clean'. Tetapi setelah 4 tahun pemerintahan beliau, janji-janji beliau tidak dapat dilaksanakan dengan
memuaskan. Janji beliau untuk memerangi rasuah tidak berlaku apatah lagi kes rasuah dalam negara
terus berleluasa. Dan pemimpin-pemimpin politik kerajaan terus dipertikaikan integriti mereka dan
biasanya akan didapati tidak bersalah setelah penyiasatan awal oleh pihak BPR. Begitu juga dengan
cadangan penambahbaikan pasukan polis tidak pernah dilaksanakan secara serius dan lebih
mendukacitakan rakyat apabila pihak polis gagal menangani isu keselamatan dengan cara yang
berhemah. Kadar jenayah semakin meningkat menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan yang tidak
selesa. Begitu juga dengan isu ekonomi, kadar inflasi meningkat ke tahap paling tinggi, harga barangan
keperluan dan minyak terus meningkat menyebabkan rakyat bawahan terus terhimpit. Ini ternyata
menyebabkan rakyat tertekan sementara gaya hidup pemimpin politik terus bermewah. Pemimpin
politik sering menasihatkan rakyat supaya bertenang dan memberikan alasan yang remeh mengapa
harga barangan terpaksa dinaikkan. Mereka seakan-akan berlepas tangan apabila menaikkan harga
barang keperluan tersebut. Imej PM Abdullah sebagai 'Mr. Clean' juga seringkali dipertikaikan.
Keluarga dan rakan-rakan rapatnya sering dilihat membolot kontrak-kontrak kerajaan dan projek-
projek yang ada kaitan dengan pelan pembangunan negara. Ini membawa kepada situasi yang lebih
kurang sama kepada apa yang dialami oleh bekas PM Dr. Mahathir pada akhir tahun 1990-an. Rakyat
semakin tidak selesa dengan corak pemerintahan PM Abdullah setelah melihat apa yang berlaku
dalam masa pemerintahannya.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008
Pilihan raya ini diadakan pada 8 Mac 2008 dan lebih daripada 20 buah parti menyertainya. Menariknya
dalam pilihan raya ini hampir di setiap buah kerusi parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan
satu di antara parti kerajaan BN dan parti pembangkang. Walaupun parti pembangkang tidak
mempunyai pakatan yang jitu tetapi parti-parti utama seperti PAS, DAP dan PKR mampu mewujudkan
persefahaman untuk menentang pakatan BN sekurang-kurangnya semasa pilihan raya. Jadual 1
menunjukan jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti-parti dalam pilihan raya parlimen
2008.
Prestasi parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC agak merosot yang
menyaksikan beberapa pimpinan tertinggi telah kecundang antaranya Datuk Zainuddin Maidin, Datuk
Aziz Samsuddin, Dato' Seri S. Samy Vellu, Tan Sri Koh Soo Koon, Datuk K. Kayveas dan sebagainya.
Keadaan yang berbeza bagi parti pembangkang, PAS dan DAP mencatatkan kejayaan yang lebih
baik berbanding pilihan raya 2004 dan bagi PKR, parti ini merekodkan kemenangan yang paling
cemerlang dengan menguasai paling banyak kerusi parlimen di kalangan parti pembangkang. Malah
Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah telah dilantik sebagai ketua pembangkang di parlimen.
604
POUTIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA
Jadual 1: Kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh
Parti-parti dalam Pilihan Raya Parlimen 2008
Parti
BN
UMNO
MCA
GRM
MIC
PPP
PBB
PBS
SAPP
SNAP
SUPP
UPKO
SPDP
PBRS
LDP
BERSEKUTU
PRS
Jumlah
PEMBANGKANG
PAS
PKR
DAP
PRM
PASOK
BEBAS
Jumlah
Jumlah besar
Kerusi
ditandingi
117
40
12
9
1
14
4
2
4
7
4
4
1
1
2
6
228
66
95
48
2
3
33
247
475
Kerusi dimenangi
79
15
2
3
0
14
3
2
0
6
4
4
1
1
0
6
140
23
31
28
0
0
0
82
222
% kerusi yang dimenangi
berasaskan kerusi yang
ditandingi
67.5
37.5
16.3
33.3
0
100
75
100
0
85.7
100
100
100
100
0
100
61.4
34.8
32.6
58.3
0
0
0
33.1
Undi Rosak
Satu fenomena yang menarik dalam pilihan raya parlimen 2008 adalah bilangan undi rosak
yang agak tinggi dalam beberapa buah negeri. Secara keselurahannya, jumlah bilangan undi rosak
adalah 175,400 dengan min 790 dalam sesebuah kawasan pilihan raya (Jadual 2). Antara negeri
yang mencatatkan jumlah undi rosak yang tertinggi adalah Johor, Selangor, Perak dan Kedah. Tiga
buah negeri yang terakhir telah dikuasai oleh pakatan pembangkang dalam pilihan raya tersebut dan
hanya Johor masih dikuasai oleh kerajaan BN. Pahang dan Sabah juga masih dikuasai oleh BN
walaupun kedua-dua negeri mencatatkan bilangan undi rosak yang tinggi. Berkemungkinan pengundi-
pengundi di Selangor, Perak dan Kedah telah melakukan undi protes kepada kerajaan BN (dengan
merosakkan undi) sehingga menyebabkan BN tumbang di negeri-negeri tersebut. Situasi yang sama
juga dialami di Johor, Pahang dan Sabah tetapi masih tidak cukup kuat untuk mengalahkan kerajaan
BN.
605
SEMINAR POUTIK MALAYSIA
Jika dilihat kepada min undi rosak dalam sesebuah kawasan pilihan raya parlimen di setiap
buah negeri, ternyata pengundi-pengundi di Melaka dan Negeri Sembilan adalah yang paling ramai
melakukan undi rosak. Situasi ini dilihat menyerlahkan fenomena undi protes yang dilakukan oleh
pengundi di kedua-dua negeri tersebut terutamanya kepada kerajaan BN yang memerintah sekian
lama. Bagaimanapun ia masih lagi tidak cukup kuat untuk mengalahkan kerajaan BN di kedua-dua
negeri tersebut. Seharusnya isyarat ini difahami oleh kerajaan BN dan mereka harus menumpukan
perhatian kepada pengundi-pengundi di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah sekiranya
mahu mengekalkan kuasa di negeri-negeri terbabit pada pilihan raya yang akan datang.
Jadual 2: Undi Rosak dalam Pilihan Raya Parlimen 2008
Negeri
Peril's
Kedah
Kelantan
Terengganu
P.Pinang
Perak
Pahang
Selangor
K.Lumpur
N.Sembilan
Melaka
Johor
Sabah
Sarawak
Jumlah
Undi rosak
2068
16042
9733
6667
8444
22675
11470
25098
5012
9740
7564
28709
15698
6480
175400
Min undi rosak
689
1069
695
833
649
944
819
1140
385
1217
1260
1104
627
209
790
SOKONGAN UNDI DAN JUMLAH KERUSI YANG DIPEROLEH BN DAN
PARTI PEMBANGKANG
Malaysia mengamalkan sistem majoriti mudah, first-past-the-post berasaskan 'single member
constituencies' dalam proses pilihan rayanya. Sistem ini biasanya diamalkan di negara bekas tanah
jajahan Britain. Calon yang mempunyai undi terbanyak (walaupun berbeza hanya satu undi) adalah
pemenang dan calon tersebut juga tidak semestinya memerlukan majoriti untuk menang (Taylor dan
Johnston 1979; Budge et al. 2001, Rose 2000). Sistem ini banyak dibincangkan oleh ahli-ahli
akademik. Sesetengahnya berpendapat sistem ini menghasilkan satu parti majoriti, yang stabil, kuat
dan lebih bertanggungjawab (Blais dan Massicotte 1996, Hague dan Harrop 2001). Manakala ada
yang mengatakan ia berpotensi untuk menghasilkan majoriti yang sangat besar, undi membazir,
ketidakadilan kepada parti yang kecil dan membolehkan parti berkuasa dengan sokongan yang kecil
(Johnston et al. 2001; Taylor dan Johnston 1979).
606
POUTIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARUMEN 2008 DI MALAYSIA
Sistem first-past-the-post juga akan memberi kelebihan kepada parti yang besar ataupun parti
yang membentuk pakatan untuk bertanding dalam pilihan raya. Sistem ini temyata memberi kelebihan
kepada BN berbanding parti yang lain. Ini dapat dilihat melalui apa yang diistilahkan sebagai
perwakilan yang seimbang. Perwakilan yang seimbang ataupun nilai yang terdekat kepadanya adalah
menjadi matlamat dalam setiap pilihan raya. la juga disifatkan sebagai asas dan karektor yang kritikal
dalam demokrasi moden. Setiap undi yang diperolehi oleh parti sewajarnya bertimbal balas kepada
kerusi yang dimenangi. Tahap keseimbangan dalam keputusan pilihan raya boleh diukur dengan
kadaran peratusan kerusi yang dimenangi (%K) dengan peratusan undi yang dimenangi (%U) oleh
setiap parti (%K: %U). Sekiranya nilai yang diperolehi bersamaan dengan 1, perwakilan seimbang
dicapai. Tetapi sekiranya nilai tersebut lebih kecil daripada 1, sesebuah parti mempunyai kurang
kerusi daripada jumlah yang sepatut dimenangi dengan undi yang diperolehi dan dikatakan sebagai
'kurang perwakilan'. Dan sekiranya nilai kadaran lebih besar daripada 1, sesebuah parti disifatkan
sebagai 'lebih perwakilan', memperolehi lebih kerusi daripada sepatutnya dengan undi yang didapati
(Johnston etal. 2001).
Dalam konteks ini, BN mendapat kelebihan apabila kadaran peratusan kerusi dan undi melebihi
daripada nilai 1 dan pihak pembangkang mempunyai nilai kurang daripada 1 (Jadual 2). Konsep
perwakilan yang seimbang tidak tercapai dalam konteks pilihan raya parlimen 2008. Antara parti
yang mempunyai lebihan perwakilan dalam BN adalah UMNO dan PBB (masing-masing mempunyai
nilai 1.15 dan 3.7). Bagi parti pembangkang, DAP mempunyai nilai yang paling besar dan
menghampiri 1 iaitu 0.88.
Jadual 3: Undi dan Kerusi yang dimenangi oleh Parti-parti dalam
Pilihan Raya Parlimen, 2008
Parti
BN
UMNO
MCA
GRM
MIC
PBB
PEMBANGKANG
PAS
PKR
DAP
% Undi
52.98
30.80
10.54
2.99
2.29
1.67
48.07
14.84
19.05
14.17
% Kerusi
63.06
35.58
6.75
0.90
1.35
6.30
36.93
10.36
13.96
12.61
%K / %U
1.19
1.15
0.64
0.30
0.58
3.7
0.76
0.69
0.73
0.88
Daripada segi peratusan sokongan atau undi, BN dan pembangkang hanya dibezakan dengan
1.91% sahaja apabila BN dan pembangkang masing-masing menguasai 52.98% dan 48.07%.
Disebabkan negara kita mempraktikkan sistem first-past-the-post, pembangkang hanya menguasai
lampir 37% kerusi parlimen sedangkan BN mempunyai 63% kerusi parlimen. Sekiranya negara
cita mengamalkan sistem pilihan raya yang lain seperti 'list system' ataupun 'single transferable
/ote' yang akan memperuntukkan kerusi berasaskan jumlah undi yang diterima, pastinya pihak
pembangkang akan mendapat lebih banyak kerusi.
607
SEMINAR POLITIK MALAYSIA
SOKONGAN UNDI KEPADA BN DAN PARTI PEMBANGKANG OLEH ETNIK-
ETNIK
Secara tradisinya, orang Melayu akan memberikan sokongan yang kuat kepada parti kerajaan BN
pada setiap kali pilihan raya umum. Sehinggakan Nohlen et al (2001) menyifatkan pilihan raya di
Malaysia tidak kompetitif daripada segi keputusan pilihan raya kerana parti yang sama iaitu BN
akan menang pada setiap kali pilihan raya tanpa mendapat tentangan yang sengit daripada mana-
mana parti. Tetapi keputusan pilihan raya parlimen 2008 menunjukan trend yang agak berlainan
apabila parti kerajaan BN dan parti pembangkang bertembung dengan sengit teratama di kalangan
pengundi-pengundi Melayu (Rajah 1). Apabila etnik Melayu berada di bawah 50% dalam kawasan
pilihan raya, lebih ramai calon parti pembangkang yang mencapai kemenangan berbanding dengan
prestasi pihak BN. Kawasan-kawasan ini yang juga dikenali sebagai kawasan bercampur (tidak ada
etnik yang menjadi majoriti di kawasan ini) telah jatuh ke tangan pembangkang walhal dalam pilihan
raya-pilihan raya yang lepas, kawasan bercampur menjadi kubu kuat BN. Antaranya Nibong Tebal
(46% Melayu, 38% Cina), Bayan Baru (41% Melayu, 48% Cina), Sungai Siput (36% Melayu, 40%
Cina, 22% India), Gopeng (42% Melayu, 48% Cina) dan beberapa kawasan lagi. Walaubagaimanapun,
apabila orang Melayu berjumlah 50% dan lebih dalam sesebuah kawasan pilihan raya, atau dengan
lain perkataan orang Melayu semakin ramai, BN mendapat lebih banyak kerusi berbanding parti
pembangkang. BN masih lagi mengekalkan kemenangannya di kawasan majoriti orang Melayu secara
keseluruhannya terutama di negeri- negeri seperti Perlis, Melaka, N.Sembilan dan Johor. Tetapi di
kawasan majoriti orang Melayu di Kedah, Kelantan dan beberapa kawasan lagi di Perak (Parit Buntar,
Bagan Serai, Bukit Gantang) atau di Selangor (Kuala Langat, Ampang, Gombak) atau di Kuala
Lumpur (Lembah Pantai, Titiwangsa) dimenangi oleh parti pembangkang. Pilihan raya ini juga
menyaksikan pertarungan yang agak sengit di kawasan bermajoriti Melayu di antara BN dan
pembangkang. Dan rakyat telah memberikan sokongan yang signifikan kepada pembangkang tetapi
masih lagi tidak dapat menundukkan kekuatan BN.
608
POLITIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA
Etnik (%)
186 DO -
mm -
ccia -
torn -
JO 03 -
03 'bdfejf . # ,
y
31 O
eO
0

1 - :
L 0 o
- ^ 0
w
$%>
0 - 0 o
0
oo \ 8 S
0
0 t f i
% = 0
o / o
0
c Oo o \ o
/ D O \
7 o < \
/ / 0 \
/ / 0 \
1 n \
I / -n ...O. \
1 E 1 ! 1
0.03 W .00 m 00 80 3D ICG 00
Sokongan kepada parti (%)
s-afdus n
far fp.,S
ft
r
ra6a>(& n
HI* 3! "-1.11 J&
r f f / 5ie w&f.
* i d is
* " "* n Is *- i f J
I T fab >p
MI* 11 - H I
*FF " fc-
Rajah 1: Sokongan Etnik Melayu kepada BN dan Pembangkang Etnik (%).
Sokongan undi oleh etnik Cina kepada parti BN dan pembangkang agak berbeza. Berdasarkan
Rajah 2, sokongan orang Cina kepada BN mengatasi pembangkang apabila orang Cina di sekitar
30% dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Tetapi apabila orang Cina melebihi 30%, sokongan
kepada pembangkang mengatasi sokongan kepada BN. Semakin meningkat orang Cina dalam
sesebuah kawasan pilihan raya, semakin tinggi sokongan yang diperolehi oleh pembangkang. Dan
bagi BN, semakin ramai orang Cina dalam kawasan pilihan raya semakin rendah sokongan yang
mereka perolehi. Sokongan orang Cina kepada pembangkang dalam pilihan raya ini agak menarik
perhatian kerana mereka telah menyokong calon pembangkang tanpa mengira etnik dan lebih
cenderung mengundi berasaskan pakatan parti. Umpamanya di kawasan parlimen Batu Kawan yang
mempunyai majoriti pengundi Cina (56%), dan di Ipoh Barat (64.5% pengundi Cina) kedua-dua
calon DAP daripada etnik India telah menang. Begitu juga di kawasan bercampur yang pengundi
Cina mempunyai bilangan yang agak ramai sehingga sekitar 30-40%, kecenderungan mereka adalah
mengundi parti pembangkang. Umpamanya seperti di Sungai Siput (40.3% pengundi Cina), mereka
609
SEMINAR POLITIK MALAYSIA
memilih calon PKR yang berbangsa India, di Ampang yang mempunyai 34.12% orang Cina, mereka
memenangkan calon Melayu daripada PKR, dan di Hulu Langat (37% pengundi Cina) mereka
memberikan sokongan kepada orang Melayu daripada PAS. Begitu juga di Klang yang mempunyai
47.6% pengundi Cina, mereka telah memberikan sokongan penuh kepada calon DAP yang berbangsa
India walaupun calon BN adalah berbangsa Cina. Satu contoh lagi ialah di Bandar Tun Razak yang
mempunyai 39.47% pengundi Cina, pemenangnya adalah calon Melayu daripada PKR walaupun
calon BN berbangsa Cina.
Etnik (%)
mm -
aftta -
4&0Q -
SftCCf -
000 -
CH
/
O O 0 0 0 ^ /
o o
C'
0
o n
0 0 r.
O , i 0 o
0
JO Q
.0- % * o
"""^^P atf o
^ ^ . XI p^ 1
0 "> 0 0 " ^
\
flCXi 40 X K i " f'OtC - cwx
Sokongan kepada parti (%)
U l l i I t
0
!
"
<.hi t st t
~~ 1 Ml 1
U i i i
^ ! lilt ( 1
!l t*.
Rajah 2: Sokongan Etnik Cina kepada BN dan Pembangkang. Sokongan kepada parti (%) Etnik (%)
610
POUTIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA
Analisis seterusnya adalah melihat sokongan orang Melayu kepada parti-parti secara individu.
Rajah 3 jelas menunjukan sokongan kepada parti PKR semakin meningkat apabila semakin ramai
orang Melayu di sesebuah kawasan pilihan raya. Bagi PAS dan UMNO, corak yang hampir sama
dapat dilihat tetapi ternyata PAS mendapat lebih sokongan daripada orang Melayu berbanding UMNO.
Sokongan orang Melayu kepada PAS dan UMNO meningkat apabila orang Melayu berada sekitar
60-70% bagi UMNO dan 70-80% bagi PAS, tetapi menurun apabila orang Melayu semakin bertumpu
di sesebuah kawasan pilihan raya. Secara umumnya, PAS dan UMNO masih lagi bergantung
sepenuhnya kepada sokongan orang Melayu kerana kedua-dua parti lebih banyak meraih kemenangan
di kerusi yang mempunyai lebih daripada 50% orang Melayu. Umpamanya di Kelantan, kesemua 14
kerusi parlimen adalah majoriti Melayu dengan PAS meraih kemenangan di 9 kerusi dan UMNO
menang di 2 kerusi. Begitu juga di Negeri Sembilan, daripada 8 kerusi parlimen, 5 adalah majoriti
Melayu dan kesemuanya dimenangi oleh UMNO. Mereka mencapai kurang kemenangan apabila
orang Melayu merupakan 10-30% daripada keseluruhan pengundi di sesebuah kawasan pilihan raya.
Etnik (%)
133.S0 -
mm -
mm -
Kf -
i&eo -
/
/
f
1
nsa
< -3 O
(fpi* . o 0
0
0
i "*<- 8 %-^
yo
-
"^ 0 ^n 0
0
9
? \
S> t o \
O 0 \ f.
o \
0
\
0
1 i )
as mats BOOS
Sokongan kepada parti (%)
0
\
I
KiQX!
O
J
u
I t I 1.
1
I
I I
If *.
I I t V
I I
i i n
1
RS2 0i!*alK^D4a5
aSqQti !* al i i ;-003S
Rajah 3: Sokongan Etnik Melayu kepada BN dan Pembangkang.
611
SEMINAR POUTIK MALAYSIA
Seterusnya adalah melihat pola sokongan orang Cina ke atas parti-parti secara individu. Rajah
4 menggambarkan sokongan pengundi Cina kepada parti MCA, GRM, DAP dan PKR. Hanya parti
DAP dan PKR berhubungan secara positif dengan bilangan orang Cina dalam sesebuah kawasan
pilihan raya, semakin ramai pengundi Cina dalam kawasan pilihan raya parlimen semakin meningkat
sokongan kepada kedua-dua pati tersebut (DAP dan PKR). Tetapi bagi parti dalam kerajaan BN,
MCA dan GRM., sokongan kepada mereka hanya memuncak apabila orang Cina berada di sekitar
40-60% daripada keseluruhan pengundi dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Apabila orang Cina
semakin ramai dan membentuk majoriti (50% dan ke atas), sokongan kepada MCA dan GRM telah
merosot dan sebaliknya sokongan kepada DAP dan PKR terus memuncak. Umpamanya di Pulau
Pinang seperti di Bagan (70.7% adalah pengundi Cina, DAP mengalahkan calon MCA), Bukit Bendera
(73.7% pengundi Cina, DAP menewaskan GRM), dan di Batu Kawan (56.1% pengundi Cina, calon
DAP mengalahkan GRM). Begitu juga di Kuala Lumpur, di Kepong (90.3% adalah pengundi Cina
dan calon DAP telah menewaskan calon GRM) dan di Cheras (84.1% adalah pengundi Cina, DAP
telah menewaskan calon MCA).
Etnik (%)
co -
mm -
60/M -
ilHKs
X>39 "
arm -
o o
o
0
o
0
* 0
3
.. o
0
/ " V ^
//
od>1<
- \
0 \ \
3 \ \
\ \
\ v.
\ \
\ \
1 i 1 " I i "
sum mm soaa mm saoo
Sokongan kepada parti (%)
O
t i > n
it t t H
it iL
* n
! 1 J* 4 *.
i J
Si i\x U ! i
1 1 if i s*
Rajah 4: Sokongan Etnik Cina kepada BN dan Pembangkang.
612
POUTIK ETNIK DALAM PILIHAN RAY A PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA
Analisis di atas jelas menunjukan sokongan kepada PKR sentiasa meningkat dalam kawasan
pengundian yang majoriti pengundinya orang Melayu dan Cina. Kedua-dua kawasan yang berbentuk
sedemikian membentuk hubungan yang positif dengan sokongan kepada PKR. Secara langsung ini
membayangkan pengundi Melayu dan Cina telah cenderung memilih calon PKR tanpa mengira
etnik calon terbabit. Ini lebih dibantu oleh ciri-ciri PKR sendiri yang dilihat sebagai parti yang bukan
didominasi oleh etnik-etnik tertentu. Bagi parti yang didominasi oleh etnik Melayu seperti UMNO
dan PAS (walaupun PAS menerima semua etnik yang beragama Islam), sokongan mereka masih
berakar umbi kepada orang Melayu. Mereka masih lagi tidak dapat menembusi tembok etnik walaupun
pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi perkara tersebut. Tetapi bagi etnik Cina, terdapat
perbezaan dalam corak sokongan kepada parti-parti. Walaupun parti-parti seperti MCA, GRM dan
DAP didominasi oleh orang Cina, MCA dan GRM tidak mendapat sokongan sepenuhnya berbanding
DAP yang mendapat lebih banyak sokongan apabila semakin ramai orang Cina dalam sesebuah
kawasan pilihan raya. Boleh dikatakan, majoriti orang Cina pada pilihan raya parlimen 2008 telah
menolak parti MCA dan GRM tetapi sebaliknya memberikan sokongan yang tinggi kepada DAP.
Begitu juga dengan orang Cina, mereka masih mengekalkan'status quo' dengan lebih memberikan
undi kepada parti yang berasaskan etnik Cina (pengecualian kepada PKR). Adakah ini bermakna
politik etnik sudah pudar di Malaysia? Analisis seterusnya akan membincangkan perkara ini dengan
lebih lanjut.
Analisis korelasi antara sokongan kepada BN dan parti pembangkang dengan komposisi etnik
dalam kawasan pilihan raya: berakhirnya politik etnik?
Analisis korelasi adalah untuk membuktikan wujudnya hubungan di antara dua pembolehubah
dan bentuk hubungan kedua-duanya. Untuk bahagian ini dua pemboleh ubah yang dilihat adalah
sokongan kepada BN dan pembangkang, serta komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya Analisis
pertama yang dilaksanakan adalah sokongan kepada BN dan komposisi etnik dalam kawasan pilihan
raya. Jadual 4 memperlihatkan hubungan tersebut.
Jadual 4: Korelasi antara Sokongan kepada BN
dengan Komposisi Etnik dalam Pilihan Raya Parlimen 2008.
Korelasi Pearson
Signifikan (2-tailed)
N
Melayu
.044
.513
222
Cina
-.245(**)
.000
222
India
-.205(")
.002
222
Lain bangsa
.118
.079
222
** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)
613
SEMINAR POLITIK MALAYSIA
Sokongan kepada BN mempunyai hubungan yang signifikan dan negatif dengan komposisi
etnik Cina dan India tetapi tidak berhubung secara signifikan dengan komposisi etnik Melayu dan
Iain-lain etnik. Secara langsung ia menggambarkan komposisi etnik Melayu dan Iain-lain etnik dalam
kawasan pilihan raya parlimen kurang penting kepada sokongan untuk BN. Bentuk hubungan yang
negatif ini memberikan gambaran yang semakin ramai orang Cina dan India dalam kawasan pilihan
raya maka semakin rendah sokongan yang diperolehi oleh BN. Adakah ini bermaksud, dalam pilihan
raya parlimen 2008, formula muafakat dalam kerajaan BN semakin longgar dan semakin tidak stabil?
Komposisi orang Melayu sudah kurang penting kepada sokongan untuk BN, dan orang Cina serta
India sudah tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN. Adakah ini juga petanda yang
jelas rakyat kepada parti pemerintah BN untuk memperbaiki prestasi mereka dalam pemerintahan?
Adakah pihak pemerintah BN sudah memahami isyarat ini? Dan lebih penting, adakah pengundi
melihat pakatan BN hanya memberikan keuntungan kepada orang Melayu semata-mata?
Seterusnya analisis kedua cuba melihat hubungan antara sokongan kepada pembangkang dengan
komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya (Jadual 5).
Jadual 5: Korelasi antara Sokongan kepada Pembangkang dengan Komposisi Etnik
dalam Pilihan Raya Parlimen 2008
Korelasi Pearson
Signifikan (2-tailed)
N
Melayu
.301
.000
222
Cina
.456(**)
.000
222
India
.446(**)
.000
222
Lain bangsa
.219(**)
.001
222
** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)
Analisis ini menghasilkan keputusan yang agak menarik kerana kesemua etnik menunjukan
hubungan yang signifikan dengan sokongan kepada pembangkang dan ia adalah positif kecuali bagi
Iain-lain bangsa. Ini membawa maksud komposisi etnik Melayu, Cina dan India amat penting dan
relevan kepada sokongan untuk pembangkang, dan hubungan yang positif bermakna semakin ramai
orang Melayu, Cina dan India dalam kawasan pilihan raya maka semakin tinggi sokongan yang
diperolehi oleh parti pembangkang. Pengundi tanpa mengira etnik telah memberikan sokongan penuh
kepada calon pembangkang tanpa mengira etnik ealon-ealon tersebut. Keberanian mereka merupakan
satu tanda rakyat telah berani membuat perubahan untuk menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen
yang sentiasa dimenangi oleh BN. Politik etnik yang sentiasa menjadi petanda dalam politik Malaysia
seolah-olah suram apabila melihat kepada corak pengundian kepada pihak pembangkang. Adakah
rakyat Malaysia dapat menerima kemuafakatan politik pihak pembangkang walaupun ia tidak dibina
atas asas pakatan yang utuh? Apakah pengundi sudah begitu matang apabila memenangkan parti
pembangkang di 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?
Analisis korelasi antara sokongan kepada parti secara individu dengan komposisi etnik dalam
kawasan pilihan raya: pengukuhan kepada politik etnik?
614
POLITIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA
Apabila dianalisis parti secara individu, pengundian bercorak etnik dapat dilihat dengan jelas
(Jadual 6). Parti politik yang memperjungkan agenda etnik masing-masing masih lagi menjadi pilihan
etnik yang mereka wakili. Analisis ini telah menguatkan pandangan yang dikemukakan oleh beberapa
penulis seperti yang dibincangkan terdahulu yang berpendapat politik etnik menjadi identiti bagi
percaturan politik di Malaysia. Parti yang memperjuangkan orang Melayu seperti UMNO dan PAS
(walaupun PAS menerima semua etnik asalkan beragama Islam) masih bergantung kepada undi dan
sokongan orang Melayu untuk berkuasa. Hubungan komposisi orang Melayu dengan sokongan kepada
UMNO dan PAS adalah signifikan dan positif. Ini membawa maksud, semakin ramai orang Melayu
dalam sesebuah kawasan pilihan raya maka semakin tinggi sokongan yang akan diperolehi oleh
kedua-dua parti tersebut. Manakala komposisi orang Cina juga signifikan dengan sokongan kepada
UMNO dan PAS tetapi berhubung secara negatif. Semakin bertumpu orang Cina dalam sesebuah
kawasan pilihan raya tetapi sokongan kepada UMNO dan PAS semakin menurun. Komposisi orang
India juga signifikan kepada sokongan untuk UMNO tetapi hubungannya adalah negatif yang
membawa implikasi yang sama dengan sokongan orang Cina kepada UMNO.
Manakala bagi parti-parti yang berasaskan etnik Cina seperti DAP, MCA dan GRM, komposisi
orang Cina adalah signifikan kepada sokongan yang mereka perolehi dan hubungannya adalah positif.
la memberi maksud, semakin ramai orang Cina dalam sesebuah kawasan pilihan raya maka sokongan
kepada ketiga-tiga parti semakin besar. Komposisi orang Melayu juga signifikan kepada DAP tetapi
hubungannya adalah negatif yang mana dalam kawasan majoriti orang Melayu, sokongan kepada
DAP adalah kecil. Bagi MCA dan GRM, komposisi orang Melayu dalam kawasan pilihan raya tidak
begitu penting kepada sokongan yang mereka raih dalam pilihan raya. Sementara itu, komposisi
orang India juga adalah signifikan kepada sokongan yang diraih oleh DAP, MCA dan GRM serta
hubungannya adalah positif. Semakin bertumpu orang India dalam kawasan pilihan raya maka lebih
tinggi sokongan yang diperolehi oleh ketiga-tiga parti. Analisis parti secara individu masih
memperlihatkan kecenderungan pengundi untuk memilih parti yang memperjuangkan aspirasi dan
keperluan etnik masing-masing dan sekaligus menggambarkan politik etnik masih lagi berlaku dalam
pentas politik negara.
Jadual 6: Korelasi antara Sokongan kepada Parti Secara Individu dengan Komposisi
Etnik dalam Kawasan Pilihan Raya Parlimen 2008
Sokongan kepada
parti/Etnik
UMNO
PAS
DAP
MCA
GRM
Komposisi
Melayu (%)
.571(**)
.618(**)
-.352(**)
-.077
-.060
Komposisi
Cina (%)
-.456(**)
-.396(**)
.759(**)
.418(")
.236(**)
Komposisi
India (%)
-.173(")
-.102
.278(**)
.291(**)
.190(")
Komposisi
Lain-lain (%)
-.061
-.040
-.057
-.079
-.009
** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)
615
SEMINAR POLITIK MALAYSIA
KESIMPULAN
Berbangkit daripada perbincangan di atas, adakah fenomena pengundian kepada pakatan kerajaan
dan pembangkang akan membawa kepada pembentukan dua sistem parti politik di Malaysia, BN
dan barisan/pakatan pembangkang/rakyat? Agak terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut
walaupun pengundi telah menyatakan pendapat mereka dan berkecenderungan tinggi untuk memilih
barisan/parti pembangkang tadi. Yang lebih penting adalah mengapa rakyat melakukan corak
pengundian yang sedemikian. Adakah mereka sudah bersedia menerima sesebuah parti yang tidak
memperjuangkan ideologi etnik masing-masing dan sekaligus mampu menghapuskan politik etnik?.
Namun begitu, analisis di atas mencadangkan politik etnik masih lagi berlaku dalam pilihan raya
kali ini. Atau adakah sebab lain yang agak relevan yang menyebabkan rakyat membuat corak
pengundian sedemikian? Berdasarkan latar belakang sosio-politik semasa, faktor kelemahan BN
dilihat sebab utama kekalahan BN dalam pilihan raya 2008. BN tidak dapat menyelesaikan masalah
malah menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan yang tidak selesa dengan kenaikan bahan api dan
barangan keperluan harian, aspek keselamatan yang tidak terjamin di samping penyelewengan kuasa
dan skandal-skandal yang dilakukan oleh pimpinan BN. Parti-parti komponen juga menghadapi
masalah seperti MIC yang tidak berupaya meningkatkan taraf hidup etnik India, MCA dan GRM
yang dilanda krisis dalaman dan dilihat tunduk kepada UMNO dan UMNO sendiri yang menghadapi
krisis kepimpinan. PM Abdullah dilihat 'kurang tegas' berbanding bekas PM Dr. Mahathir dan
mendapat nasihat yang tidak betul daripada kumpulan penasihat muda. Rangkuman kesemua faktor
ini menyebabkan BN tidak dapat mempertahankan prestasi cemerlang mereka dalam pilihan raya
2004.
RUJUKAN
Blais, A dan Massicotte, L.( 19960. Electoral system. Dalam Le Due, L., Niemi, R.G. dan Norris, P. Comparing
democracies : elections and voting in global perspective. California: Sage. 49-81.
Brown, G..K. (2005). Playing the (non) ethnic card: The electoral system and ethnic voting patterns in Malaysia.
Ethnopolitics 4/4: 429-445.
Budge, I, Crewe, I, McKay, D. dan Newton, K. (2001). The new British politics. Essex: Longman.
Hague, R. dan Harrop, M. (2001). Comparative government and politics, Hampshire: Palgrave.
Johnston, R., Pattie, C, Dorling, D. dan Rossiter, D. 2001. From votes to seats - the operation of the UK
electoral system since 1945, Manchester: Manchester University Press.
Maznah Mohamad. (2003). The contest for Malay votes in 1999: UMNO's most historic challenge. Dalam
Francis Loh Kok Wah dan Johan Saravanamuttu (edt). New politics in Malaysia, Singapore. Institute of
Southeast Asia Studies. 66-86.
Mc Gee, T.G. (1962). The Malayan elections of 1959: A study in electoral geography. The Journal of Tropical
Geography 16: 70-99.
Mohd. Fuat Mat Jali dan Sabihah Osman.(2002). Politik wilayah dan politik nasional dalam pilihan raya
umum 1999. Dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt). Politik baru dalam pilihan raya
umum. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 117-146.
616
POLITIK ETNIK DALAM PIUHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA
Ng Tien Heng.(2003). The contest for Chinese votes: politics of negotiation or politics of pressure?. Dalam
Francis Loh Kok Wah dan Johan Saravanamuttu (edt). New politics in Malaysia, Singapore. Institute of
Southeast Asia Studies. 87-106.
Nohlen, D, Grotz, F dan Hartmann, C (edt). (2001). Elections in Asia and the Pacific. A data handbook.
Oxford: Oxford University Press.
Ratnam, K.J. (1965). Communalism and the political process in Malaya. Singapore: University of Malaya
Press.
Rizal Yaakop dan Jumaat Abd. Moen. (2002). Politik etnik dan perkembangan politik baru. Dalam Mohd.
Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt). Politik baru dalam pilihan raya umum. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. 61-91
Rose, R. (2000). Politics in England. Dalam Almond, G.A, Powell, G.B, Strom, K. dan Dalton, R.J.
Comparatives politics today. New York: Longman. 161-212.
Taylor, P.J. dan Johnston R.J. (1979). Geography of elections. Middlesex: Penguin Book.
Vasil, R.K. (1971). Politics in plural society': a study of non-communal politcal parties in West Malaysia,
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
AMER SAIFUDE GHAZALI, Jabatan Geografi Universiti Malaya Kuala Lumpur Malaysia
asaifude @ um.edu.my
617

You might also like