You are on page 1of 8

kertas 3 sejarah SPM 2013 - hubungan serantau (contoh

jawapan) set 3
1. Pengenalan [5 markah]
Nyatakan latar belakang Malaysia dalam hubungan luar

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan
semua negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin
dicapai oleh Malaysia iaitu menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Matlamat dasar luar Malaysia juga untuk memelihara kepentingan nasional
dan mengekalkan kedaulatan negaraSelain itu menggalakkan pembangunan dan
kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama
antarabangsaMalaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan
peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara
lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk
pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia
mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah
Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu, hubungan luar juga diadakan
dengan negara Asia yang lain, Amerika latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju
seperti Britain dan Amerika Syarikat.

Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan
dan pertubuhan seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association
of South-East Asian Nations (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam
atau Organisation of Islamic Conference (OIC), Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali atau Non-Allingned Movement (NAM) dan sebagainya. Pertubuhan
serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-
negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah
untuk kepentingan politik , ekonomi atau sosial. Sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan
disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN
pada tahun 1967.

2. Memahami [ 40 markah ]
Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar
Malaysia.

Malaysia mengadakan hubungan dengan negara luar. Banyak faktor yang
menentukan dasar luar negara. Faktor-faktor tersebut ialah faktor sejarah, ekonomi,
politik, geografi dan demografi.

Faktor Sejarah

Dari segi sejarah, hubungan luar ini telah bermula sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi seperti dengan China, Arab, dan juga negeri-negeri di
Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.

Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan
negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan
MalaysiaSetelah mencapai kemerdekaan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel
dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain
seperti Australia dan New Zerland. Ini disebabkan pada masa itu Malaysia sedang
diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
Ancaman komunis yang menggugat keselamatan Malaysia telah mendorong
Malaysia mengamalkan dasar pro barat dan anti komunis. Pada masa yang sama
Malaysia masih bergantung kepada barat kerana Malaysia belum mempunyai
keupayaan pertahanan sendiri.

Faktor ekonomi

Malaysia juga menjalin hubungan baik degan negara-negara lain untuk
memajukan ekonominya yang mengamalkan pasaran bebas.Sejak zaman
penjajahan lagi Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Setelah
mencapai kemerdekaan Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal
daripada negara Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, Malaysia telah mengambil
langkah untuk menggalakkan pelaburan asing agar dapat meningkatkan ekonomi
negara di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.Menjelang tahun 1980an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan
asing dari negara di timur terutama Jepun dan Korea digalakkan di samping menjalin
hubungan baik dengan negara membangun dan negara-negara Islam bagi
meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan
pelaburan di negara yang berkenaan.

Faktor Geografi

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik, mempunyai sempadan
daratan dengan kebanyakan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan
Brunei.Malaysia juga mempunyai sempadan lautan dengan Filipina, Indonesia dan
Singapura.Malaysia juga mempunyai perairan yang menjadi laluan utama kapal-
kapal perdagangan dunia. Contohnya Selat Melaka.Keselamatan Malaysia
mempengaruhi keselamatan serantau

Faktor Politik

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.Dasar luar Malaysia amat
menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar
Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia
Barat.Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan piagam PBB bagi
memelihara keamanan dunia.Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong
semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan
keamanan dunia.

Faktor Demografi

Malaysia mempunyai rakyat yang majoriti beragama Islam. Oleh itu,
Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam seperti Arab
Saudi.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Israel
kerana menceroboh dan menindas rakyat Palestin.Malaysia sebuah Negara
pelbagai kaum dan agama mengamalkan kebebasan budaya hidup dan agama.
Oleh itu, Malaysia telah menentang keras Dasar Aparteid yang mengamalkan
perbezaan warna kulit di Afrika Selatan.Malaysia tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan

3. Menganalisis [15 markah]
Huraikan perkembangan hubungan Serantau Malaysia melalui :

(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

Sejak merdeka Malaysia telah menyertai tiga buah pertubuhan serantau iaitu
Persatuan Negara-negara Asia tenggara (ASA), Pertubuhan Malaysia, Filipina dan
Indonesia (MAPHILINDO) dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.


(i) ASA

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) telah ditubuhkan pada 31
Julai 1961, hasil daripada satu mesyuarat yang diadakan di Bangkok antara
Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita
dan juga negara-negara jiran serantau iaitu Thailand dan Filipina diancam hebat
oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) menyebarkan
pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat.. PKM .telah menggunakan
sempadan Malaysia-Thailand sebagai pengkalan gerakan gerila mereka.Malaysia
ingin mengadakan kerjasama dengan negara jiran agar dapat membendung
pengaruh dan gerakan PKM. Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan
ASA untuk melindungi negara-negara anggota daripada ancaman tersebut dan
menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. Walaubagaimanapun,
matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana ketiadaan kerjasama yang erat. ASA
dianggap sebagai pertubuhan anti Presiden Soerkarno di Indonesia.Akhirnya
pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan
Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.

(ii) MAPHILINDO
Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina dan Indonesia timbul
disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Presiden Soekarno
menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan
bentuk baru. Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak
milik negara mereka.Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah
mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia dan
akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Melalui MAPHILINDO,
bantuan PBB dipohon bagi mendapatkan pandangan rakyar Sarawak dan Sabah
tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tahun 1963 Lawrence V.
Michael More (wakil PBB) telah dihantar meninjau pandangan rakyat Sarawak dan
Sabah.Walaupun hasil tinjauan mendapati majoriti rakyat kedua-dua negeri
berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia, namun Indonesia dan
Filipina kurang berpuas hati.Persengketaan berterusan dan menyebabkan
MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

(iii) Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Walaupun ASA dan MAPHILINDO gagal, hasrat Malaysia untuk berbaik-baik
dan bekerjasama dengan negara-negara jiran tetap diteruskan. Akhirnya, Deklarasi
Bangkok telah termeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN.
Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara iaitu
Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan SingapuraJumlah anggota bertambah
menjadi sepuluh kesemuanya apabila Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan
Kampuchea menyertainya.Antara matlamat penubuhannya termasuklah
mengekalkan kestabilan politik di Rantau Asia Tenggara dan membantu antara satu
sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan dan meningkatkan taraf
hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan
perindustrian.

Selain itu, negara-negara anggota ASEAN juga saling berkerjasama dalam
bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan
pertubuhan serantau dan antarabangsa.Kerjasama antara negara anggota ASEAN
semakin teguh hingga hari ini. Bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur
pentadbiran ASEAN telah dibentuk dengan diketuai oleh Menteri Luar ASEAN dan
dibantu oleh Jawatankuasa Tetap Sosial dan Jawatankuasa Tetap Ekonomi. Antara
kerjasama yang terjalin termasuklah mengistiharkan ASEAN sebagai zon aman,
bebas dan berkecuali pada tahun 1971, pengistiharan Zon Bebas Senjata Nuklear
pada tahun 1984 dan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN pada tahun 1992.

4. Aplilkasi [10 markah]
J elaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.


Antara usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau iaitu dalam
mesyuarat menteri-menteri ASEAN di Kuala Lumpur, mereka telah mengisytiharkan
negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan
berkecuali (ZOPFAN).Malaysia juga tidak bersekongkol dengan mana-mana blok
barat atau blok timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa besar.Malaysia dalam
ASEAN berusaha membantu Kampuchea menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge
dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan demokratik
campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk di Kuala
Lumpur tahun 1982.Dalam mesyuarat tahun 1984, menteri-menteri luar ASEAN
memutuskan bahawa ASEAN ialah zon bebas senjata nuklear.Dengan ini tidak
membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan
pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.Selain itu, Malaysia
memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang melarikan diri dari
Myanmar.Malaysia dan kerajaan Thailand bekerjasama dalam bidang pertahanan
iaitu persempadanan seperti di Rantau Panjang, dan Bukit Kayu Hitam.

Malaysia juga menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina
dengan MNLF.Malaysia dalam ASEAN Regional Forum telah memperjuangkan
penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar
segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib
sendiri.Malaysia menjalin kerjasama dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu
pencerobohan di Lahad Datu oleh keturunan Kesultanan Sulu.Negara Malaysia juga
bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani isu pengganas dengan
membenarkan Indonesia mengekstradisi rakyat Malaysia iaitu Nordin Mat Top yang
disyaki menjadi dalang dalam beberapa siri keganasan.Malaysia juga memberi
pengampunan kepada pendatang tanpa izin dari negara Indonesia, Vietnam dan
Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram.Malaysia dapat menyelesaikan isu
tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan kerajaan Singapura dengan
bijak.Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand
selaras dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara.











5. Menilai [10 markah]
Pertubuhan serantau telah memberikan banyak faedah kepada negaraa-
negara anggotanya. Bincangkan

Antara faedah yang diperoleh Malaysia melalui hubungan serantau ialah
wujudnya kestabilan politik. Hal ini demikian kerana melalui ASEAN hasil daripada
Deklarasi Kuala Lumpur Malaysia telah mencadangkan supaya negara-negara
ASEAN diisytiharkan sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali ( ZOPFAN ). Dengan
adanya perisyitharan tersebut rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang
aman dan harmoni serta dapat menjamin kestabilan politik di negara ini. Secara
tidak langsung kedaulatan negara kita dapat dikekalkan. Rantau yang
aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang
baik dengan negara serantau. Sehubungan dengan itu, negara kita tidak terlibat
dalam kancah peperangan dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik
negara lain. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan
keharmonian di negara kita.Di samping itu juga dalam memastikan negara kita
bebas daripada ancaman senjata nuklear apabila ASEAN mengisytiharkan rantau ini
sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear yang tidak membenarkan mana-mana kapal
menggunakan perairan rantau ini untuk membawa senjata nuklear.

Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah
memudahkan kita untuk mendapatkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara-
negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang
menjalin hubungan yang baik dengan mereka. Negara serantau akan memberi
bantuan dengan segera apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan
yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain.Selain itu,hubungan baik dan erat
dengan negara serantau juga dapat meningkat dan memakmurkan ekonomi negara.
Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN
mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan
mereka meningkatkan piawaian produk dan perkhidmatan.Penubuhan AFTA
membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat . Dengan
demikian rakyat Malaysia juga dapat membeli barangan yang berkualiti dari negara
ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Di samping
itu zon kawasan perdagangan bebas ASEAN juga memberi faedah dari segi
perdagangan dan pasaran. Begitu juga dengan Perundingan Ekonomi Asia Timur (
EAEC ) berdasarkan konsep dan idea ASEAN + 3 melibatkan negara Cina, Jepun
dan Korea Selatan yang dikemukakan Malaysia telah meluaskan lagi kerjasama
ekonomi bagi rantau Asia dan Asia Tenggara.

Faedah lain yang turut dinikmati Malaysia ialah dari segi kerjasama projek
projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan juga di
Acheh.Sementara itu dalam bidang sosial juga hasil daripada hubungan serantau
yang dijalinkan Malaysia maka wujudnya kerjasama kebudayaan dan
kesenianPenubuhan tabung kesenian ASEAN dan pertukaran rancangan televisyen
antara negara-negara ASEAN seperti rancangan Salam Muhibbah RTM-RTB, dan
RTM-RRI.
Malaysia juga mendapat faedah dari segi pelancongan dengan melancarkan
Tahun Melawat Malaysia buat kali pertama pada tahun 1992 dan akan diteruskan
pada tahun hadapan untuk kali keempat dalam usaha menarik lebih ramai
pelancong datang ke negara kita. Selain itu dengan adanya hubungan serantau juga
negara kita telah berjaya mengambil bahagian dalam kejohanan SUKAN SEA dan
pernah menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut.Malah Malaysia juga akan
turut mengambil bahagian dalam kejohanan sukan SEA yang akan diadakan di
Myanmar pada tahun ini. Dengan adanya penglibatan tersebut negara kita lebih
dikenali dan berjaya menaikkan imej negara dengan meraih kejayaan dalam sukan
tersebut. Faedah seterusnya ialah dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara
kita hasil daripada wujudnya kerjasama dalam bidang pendidikan melalui
Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN ( SEAMEO ). Hasil daripada
kerjasama tersebut pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik
(RECSAM) telah diadakan di Pulau Pinang.

6. Menjana Idea [10 markah]
Malaysia telah memperjuangkan banyak isu melalui pertubuhan
antarabangsa. Nyatakan isu yang yang diperjuangkan dan cara
penyelesaiannya

Terdapat banyak isu yang timbul diperingkat ASEAN sejak akhir-akhir ini.
Antaranya isu kebanjiran pendatang tanpa izin ( PATI ) ke negara kita dan juga
negara negara anggota ASEAN yang lain. Selain itu isu pencemaran alam seperti
pembakaran secara terbuka yang berlaku hampir setiap tahun di Indonesia. Isu
LYNAS iaitu pembinaan logi pembuangan sisa-sisa toksik di Malaysia baru-baru ini.
Selain daripada itu isu pemberontakan. Contohnya, pemberontakan yang berlaku di
Lahad Datu, Sabah dan pemberontakan puak Moro di Filipina. Di samping itu juga
isu pelarian Rohinya yang masih belum ada jalan penyelesaian. Isu-isu yang lain
seperti penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia, isu tenaga kerja, isu
penyeludupan senjata api , isu pencerobohan perairan Malaysia dan sebagainya.

Langkah-langkah penyelesaiannya.
Isu-isu yang berlaku di peringkat ASEAN perlu ditangani segera demi
kebaikan bersama. Antara langkah-langkah penyelesaiannya ialah kekerapan
mengadakan persidangan atau mesyuarat menteri-menteri antara negara-negara
anggota ASEAN.Masalah negara ASEAN hari ini juga boleh diselesaikan jika setiap
negara anggota mengamalkan konsep kesederhanaan atau wassatiyah. Jika semua
negara anggota menggunakan kesederhanaan dalam tindak tanduk dan dasar
mereka, keamanan akan dapat digapai serta setiap negara akan mempunyai
masyarakat yang lebih adil dan saksama.ASEAN hendaklah juga menghormati hak
asasi setiap negara. Menghormati hak asasi setiap negara dapat mengelakkan
konfrantasi dan konflik dalam kalangan negara-negara anggota.Langkah-langkah
penyelesaian lain yang boleh dilakukan seperti penguatkuasaan undang-undang,
menguasai ilmu pengetahuan, mengeratkan hubungan dagangan, menggalakkan
daya saing yang sihat, melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan membentuk
mutu pendidikan bertaraf dunia.
7. Nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme [10 markah]

(a). Nyatakan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin bagi menjamin
kesejahteraan Malaysia pada masa depan

Sebagai seorang pemimpin kita perlu bijak mengambil peluang untuk
kemajuan negara.Selain itu pemimpin mestilah adil, saksama dan
bertanggungjawab.Di samping itu, pemimpin juga mesti sanggup berkorban dan
berfikiran terbuka untuk menerima pendapat. Pemimpin juga harus mempunyai
semangat patriotic dan berwawasanPemimpin juga mesti sanggup berkorban dan
berfikiran terbuka untuk menerima pendapat. Pemimpin juga harus mempunyai
semangat patriotic dan berwawasan

(b). Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diperolehi daripada
penglibatan
Malaysia dalam hubungan serantau

Di antara nilai-nilai murni yang diperoleh ialah menjaga keamanan negara
dan menghormati kedaulatan negara jiran .Kita hendaklah bersatupadu dan
berkerjasama dalam semua aspek ekonomi, politik dan sosial. Di samping itu, kita
juga haruslah bersifat toleransi dan mempunyai semangat kekitaan

(c). Nyatakan sifat yang perlu diamalkan untuk keamanan serantau.

Di antara sifat yang perlu diamalkan ialah berani mempertahankan negara
dan menghormati kedaulatan negara serantau. Di samping itu, kita juga harus
menjalin hubungan komunikasi yang baik. Selain itu, kita mestilah bersikap terbuka
dan berpandangan jauh dalam menjalinkan hubungan serantau.

8. Rumusan [5 markah]

Melalui tajuk ini,saya memperolehi pengetahuan tentang peranan dan
sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA,MAPHILINDO dan
ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina
dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang diperolehi oleh
Malaysia melalui hubungan serantau.. Di samping itu, iktibar kepada kita
hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang lebih
gemilang.Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara serantau
amat diperlukan.Selain itu, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap toleransi
antara kaum demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak membicarakan isu-
isu sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum. Sehubungan dengan
itu, negara Malaysia hendaklah menjaga dan mengekalkan hubungan baik dengan
negara serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang menjadi perbalahan dengan
Indonesia telah berjaya diselesaikan melalui rundingan.Harapanuntuk masa depan
Malaysia agar terus memantapkan lagi hubungan serantau dan juga antarabangsa
sama ada melalui pertukaran teknologi, budaya dan sukan.Sekiranya semangat ini
berkekalan, maka harapan Malaysia untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai
Wawasan 2020 akan termakbul.

You might also like