You are on page 1of 9

MUNISWARAN A/L NADARAJAH

DBMA 13 - 1980
Page 1 of 9

PENGENALAN
Anemia dalam kalangan ibu mengandung merupakan salah satu masalah utama di Malaysia dan Negara
membangun yang lain. Penyaringan awal berdasarkan faktor risiko boleh membantu pihak kesihatan mengenalpasti
kes yang berpotensi mendapat masalah anemia semasa mengandung dan diteruskan untuk tujuan merawat. Ini
disebabkan Anemia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi seperti kerencatan pertumbuhan janin, lahirmati dan
kematian ibu semasa kelahiran. Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras
hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Bagi menganalisa anemia semasa mengandung definasi berdasarkan
paras hemoglobin mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selalu digunakan iaitu paras hemoglobin kurang
dari 11.0 g/dl. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila
anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang
tenaga.Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi
menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun
ibu tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, ibu masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini
kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.Gejala yang paling biasa berlaku adalah kepada penghidap anemia
semasa hamil adalah cepat mengalami rasa letih, lemah anggota dan sering pengsan, kelihatan pucat,mengalami
kesukaran bernafas/sesak nafas, sentiasa merasa loya, mengalami debaran(palpitasi) iaitu dengupan jantung yang
cepat, sakit kepala dan pening. Penyebab utama anemia semasa kehamilan adalah Kekurangan Zat besi (Iron), asid
folik dan Vitamin B1 juga berkemungkinan disebabkan oleh ibu mempunyai penyakit kronik lain dan penyakit darah
seperti thalasaemia.








MUNISWARAN A/L NADARAJAH
DBMA 13 - 1980
Page 2 of 9

PENYATAAN MASALAH
Kulim merupakan sebuah Bandar yang terletak di Negeri Kedah. Kajian ini telah dijalankan selama dua minggu dan
populasi sasaran adalah semua wanita mengandung yang datang ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kulim, bagi
mengetahui faktor serta punca- punca anemia semasa kehamilan. Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan
sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal telah dijalankan oleh doktor, selain ujian darah dimakmal seperti ujian
paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang
kekurangan ferum dan juga asid folik.Kajian perincian telah dilakukan terhadap seorang pesakit yang mengalami
anemia semasa kehamilannya. Berikut merupakan butir-butir kajian perincian pesakit;
Nama : Kong Tsyr Wei
No. IC : 850727-07-5670
No. Pendaftaran : 93/14
Pn.Kong Tsyr Wei merupakan seorang suri rumah tangga yang berasal dari Taman Harmoni, Kulim berumur 29 tahun
dan berbangsa Cina. Beliau datang ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kulim setelah mendapati dirinya mengalami
tanda- tanda kehamilan. Ujian UPT telah dijalankan ke atas Kong Tsyr Wei dan didapati positif. Setelah temuh ramah
dijalankan ke atas klien, klien menyatakan bahawa beliau pernah mengalami morning sickness yang teruk, letih
lesu dan selera makan berkurangan. Pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas klien mendapati berat badan beliau
adalah 45kg, konjuntiva pucat dan bibir beliau kering. Ujian FBC yang dijalankan ke atas klien mendapati paras Hb
beliau adalah rendah iaitu 9.1 g/dL sahaja. Klien kemudiannya dirujuk kepada doktor untuk rawatan dan
pemeriksaan lanjut.










MUNISWARAN A/L NADARAJAH
DBMA 13 - 1980
Page 3 of 9

PENCARIAN LITERATUR
Anemia berdasarkan Wikipedia merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Greek yang membawa
pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah(RBC) dan/atau hemoglobin. Arisman, 2007
menyatakan bahawa anemia adalah keadaan dimana kadar penurunan hemoglobin, hematokrit dan jumlah sel darah
merahdi bawah nilai normal oleh seseorang itu, manakala Soebroto (2010) mendefinisikan anemia sebagai penyakit
kurang darah yang ditandai dengan kadar hemoglobin dan sel darah(eritrosit) lebih rendah dibandingkan normal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan laporannya menyatakan hampir 50% ibu mengandung di seluruh
dunia mengalami anemia. Di negara maju prevalen anemia dalam kalangan ibu mengandung adalah 18% dan di
negara membangun pula, prevalennya adalah 56%. WHO juga menyatakan bahawa taburan anemia dikatakan paling
tinggi di Asia Selatan di mana tiga perempat daripada jumlah ibu mengandung mengalami masalah anemia.Terdapat
beberapa kajian mengenai Anemia semasa kehamilan diseluruh Malaysia disebabkan implikasi yang melibatkan dua
individu iaitu bayi serta ibu. Berdasarkan kajian Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor
mempengaruhi di Johor Bahru menyimpulkan bahawa kekerapan mengambil pil ferus merupakan risiko utama
anemia semasa mengandung. Oleh itu pihak kesihatan awam perlu menekankan kepatuhan pengambilan pil ferus
bagi mencegah dan merawat anemia semasa mengandung. Kajian di Singapura pula menunjukkan prevalen anemia
semasa melahirkan anak adalah 15.3% dan 81.3% daripada kes anemia tersebut disebabkan oleh kekurangan zat
besi.












MUNISWARAN A/L NADARAJAH
DBMA 13 - 1980
Page 4 of 9

PENGKELASAN KETERUKAN ANEMIA
Paras Hb (g/dl) Tahap Keterukan Anemia

Melalui
ujiandarah Full blood count yang dijalankan ke atas klien, didapati beliau menghidap anemia dan klien dinasihati
berjumpa doktor untuk tindakan serta rawatan lanjut. Ujian FBC ini terdiri daripada RBC, white blood cell count,
haemoglobin, buse, creatinine, LFT dan ESR. Pemantauan dan Pemeriksaan kandungan yang berkala serta
pemantauan paras Hb yang berterusan dilakukan setiap kali lawatan klien ke untuk sepanjang tempoh
kehamilan.Pemantauan terhadap gejala anemia ibu turut dititik beratkan bagi menilai serta memastikan kesihatan
ibu pada tahap yang memuaskan.
PERBINCANGAN
Antara masalah yang boleh terjadi kepada bayi jika seseorang itu menghidapi anemia adalah boleh menyebabkan
kematian janin disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen, kelahiran bayi yang tidak cukup bulan serta kelahiran
bayi yang kurang berat badan.Manakala bagi ibu pula masalah yang boleh terjadi kepada ibu jika menghidapi anemia
adalah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat yang boleh menyebabkan pre-eklampsia, kekurangan bekalan
darah semasa dan selepas bersalin, keguguran malah kematian.Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh
doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara
2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu
kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih
banyak serat dan lebihkan meminum cecair. Elak pengambilan ubat haematinik tersebut bersama-sama dengan susu
atau kopi, gantikan dengan jus buah-buahan. Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan
ferum, asid folik dan juga vitamin. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis
makanan dan multi-vitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan
kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran seperti kekacang, brokoli, asparagus, serta jus
dan buah-buahan sitrus. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu. Wanita hamil juga harus
mendapatkan rehat dan tidur yang cukup selain bijak mengatasi stress dalam kehidupan seharian.



Sangat Teruk Teruk Sederhana Ringan
< 6.9 < 9.5 9.5 < 10.5
MUNISWARAN A/L NADARAJAH
DBMA 13 - 1980
Page 5 of 9

CADANGAN
Dalam kes Kong Tsyr Wei, setelah pemeriksaan dilakukan, doctor telah memberi nasihat dan penerangan mengenai
amalan pemakanan ubatan yang perlu untuk ibu mengandung yangmengalami anemia. Ubatan yang telah diberikan
kepada Leila adalah :
Tab.Ferrous Fumerate 400mg TDS
Tab.Folic Acid 5mg OD
Tab.VIT C 100mg OD
Tab.B Complex OD
Double haematinik diamalkan klien sepanjang tempoh kehamilan sehingga tempoh gestasi 36 minggu, suntikan
imferon juga akan diberikan sekiranya kadar Hb yang rendah walaupun selepas menerima double haematinik sejak
sebulan memulakannya.Pendidikan kesihatan berterusan juga dilakukan di klinik kesihatan yang diberikan oleh
Jururawat Masyarakat setiap kali lawatan klien ke klinik. Nasihat pemakanan sihat,kepentingan ubat-ubatan dan
gejala-gejala anemia juga telah diterangkan kepada klien.Secara umumnya, pihak hospital haruslah mengadakan
beberapa bengkel serta kempen kesedaran kepada setiap individu agar mereka sedar akan tanggungjawab serta
keperluan diri mereka. Antara aktiviti yang sepatutnya diadakan;
A) Bengkel Klinik kehamilan
Bengkel nasihat mengenai klinik kehamilan sepanjang sembilan bulan harus diberikan kepada ibu-
ibu mengandung ataupun kepada wanita yang sudah berkahwin bagimenimbulkan kesedaran
tentang kepentingan menjaga kesihatan ibu serta bayi bagimengelakkan sebarang implikasi serta
gangguan tumbesaran bayi. Bahan-bahan pendidikanyang berupa risalah mengenai anemia
diedarkan dan ceramah-ceramah di kelaskeibubapaan oleh anggota kesihatan juga dilaksanakan
untuk penyebaran maklumat.Pendidikan kesihatan haruslah diperkasakan agar ibu-ibu mengandung
ini patuh kepada pengambilan ubat-ubatan sepanjang kehamilan.
B) Kempen kesedaran pemakanan
Nasihat Bengkel pengambilan pemakanan yang sihat seperti makanan kaya dengan zat besi,makanan
yang meningkatkan penyerapan dan mengurangkan penghalang penyerapan zat besi juga telah
diberi oleh pegawai zat makanan kepada untuk ibu-ibu yang sedang hamilkhususnyapenghidap
anemia sebagai langkah untuk mengatasi masalah anemia. Selain itu pemberian hematinik (ferrous
fumarate, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks)harus dijalankan secara percuma.




MUNISWARAN A/L NADARAJAH
DBMA 13 - 1980
Page 6 of 9

C) Pemindahan darah
Secara umumnya, pemindahan darah merupakan jalan yang terakhir untuk mendapatkan zat besi.
Hal ini kerana terdapat beberapa kes menunjukkan keadaan ibu tersebut bertambah teruk dalam
kaedah pemindahan darah. Oleh sebab itu, hanya ibu yang betul-betul memerlukan pemindahan
darah (transfusi darah) boleh mendapatkan transfusi darah.






























MUNISWARAN A/L NADARAJAH
DBMA 13 - 1980
Page 7 of 9

RUMUSAN
Melalui kajian ini, dapat dirumuskan bahawa anemia merupakan penyakit yang berbahaya kepada ibu serta bayi
yang dikandung yang mana keduanya akan berhadapan dengan komplikasi yang amat berbahaya seperti kematian.
Oleh itu langkah awal harus dibuat bagi mengelak, serta bagi mengesan anemia semasa kehamilan. Ibu haruslah
sentiasa menjalankan pemeriksaan klinik sepanjang kehamilan bagi mendapatkan imunisasi secukupnya serta
mendapatkan khidmat nasihat bagi memastikan tumbesaran bayi adalah sihat di dalam rahim juga selepas
dilahirkan.Oleh itu, sebagai Penolong Pengawai Perubatan saya amat menitik beratkan kesihatan serta rawatan
klinikal ibu mengandung serta pendidikan kesihatan bagi wanita yang sudah berkahwin. Saya juga menyeru agar para
suami mengambil berat setiap keperluan isteri yang hamil.
PROGNOSIS
Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk kesihatan anda dan anak dalam
kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan andadan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu
akan sentiasa memastikan yang bayidi dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding
dengan ibu itusendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada. Anemia biasanya mudah dirawat dengan
pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup. Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak
dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan
yang mendatang.











MUNISWARAN A/L NADARAJAH
DBMA 13 - 1980
Page 8 of 9

SENARAI RUJUKAN
1. WHO. World health report. Geneva: World Health Organization, 2001.
2. Siti Khatijah AR., et al.Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor mempengaruhi di Johor Bahru.
Universiti Kebangsaan Malaysia 2010.
3. Malaysian Journal of Public Health Medicine 2010.
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Anemia
5. Dr.Suhazeli Abdullah. Anemia Semasa Mengandung. (Slide show)
6. Dr. NiniShuhaida Mat Harun. Anemia kalangan ibu mengandung. Klinik Kesihatan Seberang Takir. (Slide show).
















MUNISWARAN A/L NADARAJAH
DBMA 13 - 1980
Page 9 of 9

LAMPIRAN
Gambar 1. Menunjukkan sel darah merah yang kecil dan pucat.


Gambar 2. Sel darah merah dalam keadaan normal
(kiri), manakala gambaran sel darahmerah yang
mengalami anemia (kanan).

You might also like