You are on page 1of 8

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat- Yakjud

Makjud Sudah Dilepaskan (1)

Ini adalah ulasan e-book Islamic View Of Gog And Magog in the Modern World oleh
Ulama Terkenal Imran N. Hosein. Anda boleh mendownloadnya Di Sini!

Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam
tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun
pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang
menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”.
Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik
yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu
mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?
Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah”
kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. Artikel tersebut
malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila
menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam
menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk
di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah
penafsiran mereka.

Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah
manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran
melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan
pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern
Age.

Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta
rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi
mendapatkan keterangan terperinci, atau menyertai forum penulis di
http://www.imranhosein.org/ untuk menyatakan bantahan atau buah fikiran.
Persoalan 1: Samada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 6

Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi
kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948.
Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke
Bait al-Maqdis:—

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa
mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj &
Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-
96
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj &
Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi”
bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa
pemerintahan dunia.

Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-
Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah
berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk
negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-
Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai
pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi
Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai
kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana
tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.
Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah
berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun
Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini
mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt
mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa Nabi
saw bersabda:
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.”
Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-
Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan
Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah
melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya
menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa
zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah
ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj &
Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini
hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka
memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan
bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel
pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-
Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan
sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-
ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Persoalan 2: Samada Ya’juj & Ma’juj manusia?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 4

Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa
Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj
adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan
di dalam Surah al-Kahfi:
“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di
antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak
dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum
Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya
kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah
tembok di antara kami dengan mereka?” Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan)
yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu
bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok
penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia
terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun
perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu”
sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia:
“Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. Maka mereka tidak dapat
memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah
Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji
Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu
benar”…”; al-Kahfi:92-98

Ya’juj & Ma’juj adalah manusia

1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.


“…tembok di antara kami dengan mereka...”; al-Kahfi:97

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia
dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada
tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus
berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat
tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.


“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi...”; al-
Kahfi:94
“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta
melakukan bencana kerosakan di muka bumi...”; al-Maa’idah:33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan
kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan
dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan
membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk
melakukan fasad.

3. Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai
Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik,
segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka
tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh
sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita
yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh
sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim
dan Ahmad)

Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi
Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas
banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa
Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa
Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan
malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah
menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke dalam neraka


“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi
neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13

Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun
mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau
manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini
membuktikan mereka manusia seperti kita.

Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of
Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta
gambaran peta dan gunung tersebut.

kredit to Mr Smile (http://bestweh.heavenforum.com/)

You might also like