You are on page 1of 7

Sembahyang jamak dan qasar merupakan satu rukhsah (keringanan)yang diberikan oleh

Allah Taala kepada kita hambaNya.

Firman Allah Taala:


"Jika kamu semua bermusafir di muka bumi, maka tidak ada kesempitan bagimu
sekelian untuk mengqasarkan sebahagian sembahyang, bila kamu sekelian takut akan
fitnah orang-orang kafir." (al-Nisa', 101)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a., beliau berkata:
"Aku bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat dan bersama Abu Bakar dua
rakaat, serta bersama Umar dua rakaat."

Ibnu Umar pula berkata:


"Aku bermusafir bersama Rasulullah s.a.w., Abu Bakar dan Umar. Ketiga-tiganya
sembahyang Zohor dan Asar dua rakaat dua rakaat."

Muaz bin Jabal meriwayatkan:


"Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. dalam perang Tabuk. Rasulullah
menjamakkan sembahyang Zohor dan Asar, dan menjamakkan sembahyang Maghrib dan
Isyak,; kemudian suatu haru Rasulullah s.a.w. mengakhirkan sembahyang, lalu pergi,
kemudian melakukan sembahyang Zohor dan Asar dengan dijamakkan bersama. Kemudian
beliau masuk (di khemah), kemudian keluar, lalu sembahyang Maghrib dan Isyak
dengan dijamakkan bersama."

(2)
Mengerjakan sembahyang qasar atau jamak adalah mudah, seperti sembahyang-
sembahyang lain juga. Ada takbir, qiyam, fatihah, rukuk, sujud dsbnya. Hanya
terdapat sedikit perbezaan, seperti perlu ada penambahan niat, kalau zohor asalnya
4 rakaat menjadi 2 rakaat. Di samping itu ada beberapa perkara yang perlu
difahami. Dan.. Ianya juga mudah. Antara yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Berdasarkan mazhab syafi'i, syarat sembahyang Qasar ada 8, iaitu:


1. Bermusafir melebihi jarak 2 marhalah (90 km).
2. Ada qasad ke destinasi tertentu yang hendak dituju. Kerana jika tidak tahu ke
mana hendak pergi, bagaimana kita boleh tahu berapa jauh jaraknya. Apakah ia
melebihi 2 marhalah atau tidak.
3. Musafir atau perjalanan itu hendaklah atas tujuan yang diharuskan oleh syarak.
Tidak boleh orang yang bermusafir atas tujuan maksiat mengerjakan sembahyang
qasar.
4. Mengetahui bahawa qasar itu dibolehkan. Kalau sembahyang qasar dalam keadaan
tidak tahu atau tertanya2: boleh ke qasar ni?, tidak sah sembahyang qasarnya
kerana dianggap main-main.
5. Niat qasar ketika takbiratul ihram.
6. Tidak ada perkara yang merosakkan niat qasarnya ketika sembahyang, seperti
berniat mahu sembahyang sempurna, tidak mahu qasar.
7. Tidak boleh mengikut (menjadi makmum) kepada orang yang sembahyang sempurna (yg
tidak qasar).
8. Berada dalam keadaan musafir sepanjang sembahyang qasarnya itu. Jika dia
bersembahyang di atas kapal laut, baru dapat satu rakaat, kapalnya dah sampai ke
kg halamannya. Maka tidak sah qasarnya.

(3)
Sembahyang yang boleh di qasarkan ialah sembahyang fardu yang mempunyai bilangan
rakaat empat, iaitu Zohor, Asar dan Isyak.

Sembahyang-sembahyang ini dapat diqasarkan menjadi dua rakaat.

Kalau zohor:
Niatnya: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor 2 rakaat qasar kerana Allah Taala.
LafazArabnya: Usholli fardaz Zuhri rak'ataini qasran lillahi taala

Ashar:
Niatnya: Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar kerana Allah Taala.
LafazArabnya: Usholli fardal Asri rak'ataini qasran lillahi taala

Isyak:
Niatnya: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar kerana Allah Taala.
LafazArabnya: Usholli fardal Isya'i rak'ataini qasran lillahi taala

(4)
Praktiknya:
Contoh:
* Ali berada di P.Pinang hendak pulang ke rumah abangnya di Johor Bahru selama 2
hari. Dia bertolak dari penang pada pukul 7.30 malam.

Komentar -
Ali menegerjakan sembahyang maghrib di rumahnya/masjid di tempat tinggalnya.
Bolehkah dia mengerjakan qasar?

- Tidak boleh lagi, kerana dia belum melepasi kawasan kampungnya atau tempat
tinggalnya.

Dalam perjalanan nanti Ali boleh mengerjakan sembahyang qasar kerana:


- Jarak perjalanannya melebihi 2 marhalah / 90 km (Penang -JB)
- Perjalanannya atas tujuan yang diharuskan oleh syarak - menziarahi abangnya.
- Destinasi yang hendak dituju ditentukan dengan jelas, dengan itu dia dapat
mengetahui jarak jauh perjalannya.
- Dia tahu bahawa sembahyang qasar itu dibolehkan oleh Allah utk orang yang
bermusafir.
- Keharusan qasar diberikan kepada Ali sebaik sahaja dia melepasi sempadan kampung
atau kawasan tempat tinggalnya. Sebelum keluar dari kawasan itu, tidak boleh lagi
buat qasar.

* Pada pukul 9.30 malam Ali sampai di Ipoh. Dia singgah untuk menunaikan
sembahyang Isyak.

Komentar-
Di Ipoh Ali boleh mengqasarkan sembahyang Isyak:
- Ambil wudhuk
- Berdiri dengan mengadap qiblat
- Takbir serta niat (sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar kerana Allah
Taala).
- Sembahyang dua rakaat macam biasa.
- Salam dan selesai.......

Bukankah mudah?

* Pada pukul 6.00 pagi dia sampai di JB. Dia singgah di sebuah masjid untuk
menunaikan fardu subuh. Bolehkah dia mengqasarkan sembahyang Subuh? - Tidak boleh,
kerana subuh dua rakaat. Tidak boleh di qasarkan. Begitu juga dengan Maghrib,
hanya 3 rakaat. Tidak boleh diqasarkan.

* Pukul 6.45 pagi Ali sampai di rumah abangnya. Kemudian pada pkl 1.25 tghari
(contoh) masuk waktu zohor. Bolehkah Ali mengqasarkan sembahyang Zohor di rumah
abangnya?
- Ali boleh mengqasarkan sembahyang Zohor tersebut kerana dia telah berniat untuk
tinggal di rumah abang hanya 2 hari sahaja. Jadi, selama 2 hari di rumah abangnya
dia boleh mengqasarkan sembahyang.
- Jika dia niat untuk berada di situ selama lebih dari TIGA hari, dia tidak boleh
mengqasarkan sembahyang sesampainya di kawasan tempat tinggal abangnya (sempadan
kampung dsbnya).
- Jika dia berubah niat... Asalnya dia niat nak duduk 2 hari sahaja, tetapi dia
berubah niat nak duduk selama 5 hari ke.. 6 hari ke... seminggu ke.... Kes macam
ni tak boleh qasar juga, bila sampai/memasukki sempadan tempat tinggal abangnya
(kg dsbnya). Sebelum sampai sempadan tersbt masih boleh qasar lagi.

Inilah asas untuk sembahyang qasar secara praktiknya.

*********
Musafir... Mukim.. Mustautin...
Musafir - Orang yang berada dalam perjalanan.

Mukim - Orang yang niat untuk tinggal di suatu tempat melebihi 3 hari. Orang ini
tidak boleh qasar dan jamak. Macam orang yang pergi belajar di suatu tempat, dia
hanya mahu berada di situ untuk beberapa ketika sahaja. Habis belajar, balik
kampung. Saudara-saudara sendiri, yang bekerja di K.L. Ada yang tidak berhajat nak
jadikan tempat tinggalnya itu sebagai tempat tinggal untuk selama-lamanya. Kalau
dapat tukar kerja di negeri asalnya, dia akan beli rumah dan tinggal terus di
situ. Orang jenis ni tidak boleh qasar sembahyangnya, sekalipun dia masih dianggap
sebagai perantau tetapi berstatus mukim. Sembahyang jumaat wajib dikerjakan tetapi
tidak termasuk di dalam bilangan 40 orang (menurut Syafi'i).

Mustautin... Orang yang berniat mahu tinggal di suatu tempat untuk selama-lamanya.
Nak tinggal terus. Atau sering dikatakan 'nak jadi orang situ'. Contoh, mereka
yang bekerja di KL, dan duduk di satu kawasan perumahan. Dia berniat memang nak
duduk di situ terus. Rumahpun dah beli (atau berazam nak beli rumah) dan anak-
anakpun riuh-rendah bersekolah kat situ. Pergi ke mana sekalipun, dia akan balik
ke perumahan itu juga. Mustautin begini, tidak boleh qasar/jamak sembahyang.

***********
SEMBAHYANG JAMAK
Iaitu menghimpunkan dua sembahyang fardu dalam satu waktu. Hadisnya ada disebutkan
di atas.
Sembahyang yang dihimpunkan ialah:
1. Zohor dengan Asar
2. Maghrib dengan Isyak

Ia boleh dilakukan seandainya memenuhi syarat berikut:


1. Dalam musafir
2. Perjalanan yang melebihi /dua marhalah/90 km.
3. Musafir atas tujuan yang diharuskan syarak.

Pembahagian jamak - Ada dua iaitu:


a) Jamak taqdim
iaitu yang menghimpunkan sembahyang Zohor dan Asar, ia dilakukan pada waktu Zohor.
Atau menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isyak, ia dikerjakan pada waktu Maghrib.

b) Jamak ta'khir
Iaiatu menghimpunkan sembahyang Zohor dan Asar, ia dikerjakan pada waktu Asar.
Atau menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isyak, ia dikerjakan pada waktu Isyak.

Syarat jamak taqdim:


a) Memulakan sembahyang pada waktunya yg terdahulu. Maksdunya, buat zohor dahulu,
lepas tu baru buat Asar. Atau buat Maghrib dulu, lepas tu baru buat Isyak.
b) Niat jamak ketika takbiratul ihram pada sembahyang yg pertama (pada sembahyang
zohor atau maghrib).
c) Dua sembahyang itu dikerjakan secara berturut-turut. Tidak boleh berselang
antara dua sembahyang itu. Lepas salam sembahyang yg pertama, terus berdiri buat
yg kedua pula. Tidak boleh kalau selepas salam sembahyang yg pertama, kemudian
menyembang dulu, atau makan-makan dulu, lepas tu baru sembahyang yang kedua. tak
boleh..

Syarat jamak ta'khir:


a) Niat menta'khirkan sembahyang yang pertama pada waktu sembahyang yang kedua.
Niat ini hendaklah dibuat pada waktu sembahyang yang pertama. Contohnya, bila
masuk waktu zohor, niatkan nak tangguhkan sembahyang zohor ni kewaktu Asar. Boleh
meniatkan perkara ini selama waktu zohor belum habis. Kalau dah masuk waktu Asar
baru nak niat... Mana boleh..

b) Permusafiran/perjalanan itu berterusan sampailah dia selesai mengerjakan kedua-


dua sembahyang. Kalau naik kapal laut, belum sempat mengerjakan kedua-dua
sembahyang (zohor + Asar / Maghrib + Isyak), kapal dah sampai ke sempadan
kampung.. Tak boleh.

!!! Perhatian: Syarat di atas sama dengan syarat untuk qasar.

NIAT
a) jamak taqdim

i. Zohor + Asar
- Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu zohor empat rakaat dijamakkan kepada Asar sebagai
jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Zohor+ Asar - Niat untuk sembahyang Asar:


Sahaja aku sembahyang fardu Asar empat rakaat dijamakkan kepada Zohor sebagai
jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

ii. Maghrib + Isyak


- Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Maghrib:
Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai
jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:


Sahaja aku sembahyang fardu Isyak empat rakaat dijamakkan kepada Maghrib sebagai
jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

b) Jamak ta'khir

i. Zohor + Asar
Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu Zohor empat rakaat dijamakkan kepada Asar sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

- Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar:


Sahaja aku sembahyang fardu Asar empat rakaat dijamakkan kepada Zohor sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
ii. Maghrib + Isyak
-Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Maghrib:
Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

- Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:


Sahaja aku sembahyang fardu Isyak empat rakaat dijamakkan kepada Maghrib sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

PRAKTIK JAMAK TAQDIM


* Ali dalam perjalanan kedestinasi sejauh 200 km (melebihi 2 marhalah / 90km) dari
tempat tinggalnya. Apabila masuk waktu zohor, dia berhenti dan mahu mengerjakan
sembahyang jamak taqdim zohor + Asar:

1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar empat rakaat dijamakkan kepada Zohor sebagai
jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
4. Sembahyang zohor 4 rakaat macam biasa....
5. Salam dan selesai.
6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja),
7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar empat rakaat dijamakkan kepada Zohor sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala."
8. Sembahyang Asar empat rakaat macam biasa.
9. Beri salam.... Selesai

Senangnya....

* Ali masih dalam perjalanan lagi.. Pada pukul 7.25, masuk pula waktu Maghrib...
Dia singgah nak kerjakan sembahyang jamak taqdim Maghrib + Isyak:

1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Memulakan sembahyang Maghrib dulu dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai
jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
4. Sembahyang Maghrib 3 rakaat macam biasa....
5. Salam dan selesai.
6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja).
7. Mula mengerjakan sembahyang Isyak dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Isyak empat rakaat dijamakkan kepada Maghrib sebagai
jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
8. Sembahyang Isyak macam biasa..
9. Beri salam.... Selesai

Lagi senang....

PRAKTIK JAMAK TA'KHIR


* Si Ali nak berjalan lagi, nak ziarah kawan pula. Rumah kawannya sejauh 250 km
(lebih dua marhalah/90 km). Kali ini dia memulakan perjalanan waktu malam. Dalam
perjalanan, masuk pulak waktu Maghrib. Ali niatkan dalam hati (wajib): "aku nak
tangguhkan sembahyang Maghrib ni ke waktu Isyak."

* Dalam perjalanan lagi... Masuk waktu Isyak, dia berhenti sebentar untuk
menunaikan sembahyang jamak ta'khir maghrib + Isyak:
1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Nak memulakan sembahyang. Boleh pilih nak buat maghrib dulu atau Isyak dulu.
Ikut suka. Di sini Ali pilih buat Maghrib dulu..
4. Memulakan sembahyang Maghrib dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala."
5. Sembahyang Maghrib 3 rakaat macam biasa....
6. Salam dan selesai.
7. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja).
8. Mula mengerjakan sembahyang Isyak dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Isyak empat rakaat dijamakkan kepada Maghrib sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala."
8. Sembahyang Isyak macam biasa..
9. Beri salam.... Selesai

2X senang++....

* Dalam perjalanan pulang pula, masuk waktu zohor. Ali niat: "Aku tangguhkan
sembahyang Zohor ni kewaktu Asar."

* Bila masuk waktu Asar, ali singgah lagi dan mahu mengerjakan sembahyang jamak
ta'khir Zohor + Asar:

1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Nak memulakan sembahyang. Boleh pilih nak buat Zohor dulu atau Asar dulu. Ikut
suka. Di sini Ali pilih buat Zohor dulu..
4. Memulakan sembahyang Zohor dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Zohor empat rakaat dijamakkan kepada Asar sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala."
5. Sembahyang Zohor 4 rakaat macam biasa....
6. Salam dan selesai.
7. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja).
8. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar empat rakaat dijamakkan kepada Zohor sebagai
jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala."
8. Sembahyang Asar macam biasa..
9. Beri salam.... Selesai

* Semasa Ali sampai ke destinasi perjalanannya / rumah kawannya, dia boleh


menunaikan sembahyang jamak samada taqdim atau ta'khir di rumah kawannya tu.
Tetapi, seperti qasar juga, hendaklah dia tidak berniat untuk tinggal di situ
selama lebih dari 3 hari. (samalah macam qasar di atas tadi tu..)

JAMAK QASAR
* Ada lagi sembahyang yang digabungkan antara sembahyang jamak dan qasar. Iaitu
menghimpunkan sembahyang zohor + Asar dan Maghrib + Isyak dengan diqasarkan
sembahyang yang 4 rakaat.

Niatnya:
i. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar - Jamak taqdim:
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar
secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar:


Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor
secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:


Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib
secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

* Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di atas.. Kerana Maghrib
tidak boleh di qasarkan. Kan dia 3 rakaat sahaja..

iii. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar - Jamak ta'khir:


- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar
secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar:


Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor
secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:


Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib
secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.

PRAKTIK jamak taqdim - Zohor+Asar


Dalam perjalanan.............

1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar
secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
4. Sembahyang zohor 2 rakaat....
5. Salam dan selesai.
6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja),
7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor
secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
8. Sembahyang Asar 2 rakaat...
9. Beri salam.... Selesai

You might also like