You are on page 1of 35

1 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

1.0 Pengenalan

Brunei Darussalam merupakan sebuah negara kecil yang terletak di Benua Asia atau
lebih tepat lagi di bahagian Asia Tenggara. Brunei mempunyai populasi penduduk seramai lebih
kurang 400,000 ribu. Negara ini mengamalkan sistem beraja monarki yang di perintah oleh
Sultan Hassanal Bolkiah. Sultan berperanan sebagai ketua negara, Perdana Menteri, Menteri
Pertahanan dan Menteri Kewangan (US-ASEAN Business Council). Brunei merupakan negara
kecil yang kelilingi oleh negara bersaiz besar seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina. Brunei
mempunyai pelbagai etnik dengan etnik Melayu sebagai etnik majoriti iaitu merangkumi 66.3
peratus populasi dan cina seramai 11 peratus dan selebihnya adalah india dan etnik-etnik
peribumi Brunei.

Walaupun Brunei merupakan sebuah negara kecil namun ia merupakan sebuah negara
yang kaya. Brunei bergantung pada industri minyak dan gas asli. Brunei merupakan antara
pengeksport minyak dan gas terpenting kepada beberapa negara seperti jepun dan negara-negara
ASEAN. Sejak menganggotai ASEAN, Brunei telah memainkan peranan yang aktif dalam
pertubuhan tersebut. Malah Brunei juga mempunyai hubungan yang erat dengan negara-negara
di luar rantau. Kini pada 2013, Brunei telah diberi mandat untuk menjadi pengerusi ASEAN.

Justeru itu, kertas kerja ini akan mengkaji strategi dasar-dasar luar Brunei terhadap
kuasa-kuasa besar sebagai kelangsungan sebuah negara kecil di Asia Tenggara. Kertas kerja ini
akan memfokuskan kepada hubungan Brunei dengan tiga kuasa besar iaitu Amerika Syarikat,
China dan Britain. Hubungan antara Brunei dengan ketiga-tiga negara ini akan dikaji dari aspek
ekonomi dan keselamatan. Di akhir kertas kerja ini satu analisis akan dibuat untuk
membincangkan strategi Brunei menggunakan hubungannya dengan kuasa besar untuk
kelangsungannya di Asia Tenggara. Perbincangan akan melibatkan aspek ekonomi dan
keselamatan. Kertas kerja ini juga akan menggunakan teori Realisme untuk menerangkan
tindakan Brunei dalam dasar luarnya terhadap negara-negara kuasa besar.
2 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

2.0 Hubungan Brunei-Negara Jiran

Tunku Abdul Rahman pernah dalam satu ucapan beliau pada 27 Mei 1961,menyatakan
hasrat beliau untuk menubuhkan gagasan negara Malaya yang terdiri daripada Persekutuan
Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Hasrat ini dicadangkan dengan tujuan
untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan
ekonomi setempat, dan mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Brunei, Sarawak dan
Sabah. Walaupun mendapat tentangan keras daripada Sukarno yang mencetuskan Konfrontasi
Indonesia-Malaysia, cadangan ini disambut baik oleh Singapura, namun Brunei enggan
menyertainya disebabkan oleh kepentingan tersendiri. Sarawak dan Sabah pada mulanya
menolak cadangan tersebut, tetapi akhirnya bersetuju setelah diberikan jaminan pemerintahan
sendiri.

Brunei memperoleh kemerdekaan pada tahun 1984 daripada Kerajaan British, lantas
meletakkan negara Brunei sebagai salah satu daripada ahli Negara-Negara Komanwel, seiring
dengan Malaysia dan Singapura yang mengundurkan diri daripada pemerintahan Malaysia.
Dikurniakan dengan limpahan hasil asli bumi, Brunei mengekalkan pemerintahan monarki,
berteraskan undang-undang Inggeris dengan pelaksanaan undang-undang syariah, berteraskan
agama Islam.

Sebagai anggota ke-49 negara-negara Komanwel, sejurus selepas memperoleh
kemerdekaan pada 1 Januari 1984, Brunei menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984 untuk
meningkatkan hubungan antara Negara sekitar Asia Tenggara khususnya, sebagai ahli rasmi
yang ke-6. Keanggotaan Negara Brunei sejak kemerdekaan di dalam Pertubuhan Negara-Negara
Bersatu (UN), Organisasi Kerjasama Islam (OIC), Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dan
sebagainya membolehkan Brunei dikenali di seluruh dunia.

3 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Kementerian Luar Negara Brunei Darussalam ditubuhkan sebaik sahaja Brunei
memperoleh kemerdekaan. Penubuhan Kementerian Luar bertitik tolak daripada Jabatan
Diplomatik yang ditubuhkan pada awal tahun 1979. Kementerian Luar ini berfungsi sebagai satu
jabatan untuk mengendali urusan luar Negara Brunei. . Namun begitu, pada 1 Ogos 2005,
Kementerian Luar digabungkan dengan Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan dan
kekal sehingga kini dan dikenali sebagai Kementerian Luar dan Perdagangan (MOFAT). Dasar
luar Negara Brunei yang ditunjangi oleh MOFAT memfokuskan pada keselamatan Negara yang
boleh dicapai melalui legitimasi antarabangsa.

Sebagai Negara jiran yang paling hampir dan berkongsi persempadanan dan wilayah di
Kepulauan Borneo, hubungan di antara Brunei dan Malaysia boleh dikatakan tidak mempunyai
banyak masalah memandangkan kedua-dua Negara bertoleransi. Selain persamaan bangsa
Melayu sebagai bangsa majoriti dan Islam sebagai agama rasmi, tidak banyak pertelagahan yang
dapat dilihat, melainkan isu Limbang dan perebutan telaga-telaga minyak di lautan. Limbang
pada mulanya merupakan satu daerah di bawah pentadbiran Sarawak pada tahun 1890. Menurut
rekod, sebanyak lima perjanjian berkenaan hak Limbang telah ditandatangan sejak tahun 1920
dan isu Limbang dikatakan selesai pada tahun 2009.

Kedudukan geografi Limbang membahagikan Brunei kepada dua bahagian, dan Limbang
menjadi salah satu jalan keluar masuk antara Brunei-Sarawak. Ekonomi daerah Limbang
memfokuskan kepada pembalakan di samping sektor pertanian dan pelancongan. Dilaporkan isu
Limbang telah selesai pada tahun 2009 dengan kedua-dua Negara bersepakat menandatangan
perjanjian dimana kawasan Limbang kekal di bawah pentadbiran Sarawak. Hal ini membuktikan
bahawa toleransi di antara kedua-dua negara boleh mengelakkan perebutan kawasan jajahan.
Malang sekali, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar dan Perdagangan Brunei menyatakan
bahawa tiada persetujuan dibuat menimbulkan kontroversi dan dipercayai sejak itu tiada
kenyataan lanjut yang dikemukakan oleh kedua-dua negara bagi meredakan keadaan. Namun
begitu, hal ini tidak menjejaskan hubungan kedua-dua negara secara am-nya.
4 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Sebagai dua negara yang kecil yang dipisahkan oleh Malaysia, Brunei dan Singapura
menjalinkan hubungan istimewa, berbeza dengan hubungan Brunei-Malaysia. Di samping
hubungan perdagangan yang meluas, kedua-dua negara bekerjasama dalam latihan ketenteraan.
Hubungan kedua-dua negara dilihat begitu rapat apabila kedua-dua negara bersetuju nilai mata
wang disamakan dan boleh digunakan di kedua-dua negara. Kedua-dua Dolar Brunei dan Dolar
Singapura mempunyai nilai yang setara. Selain daripada itu, kedua-dua negara telah membuat
persetujuan menyingkirkan cukai berganda, yang menjadi tanda aras kepada hubungan
perdagangan dan pelaburan bilateral yang lebih erat.

Hubungan erat di antara Negara Asia Tenggara yang lain dilihat ketara di antara Brunei
dan Filipina. Kedua-dua Negara pernah menandatangani memorandum persefahaman (MoU)
yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama bilateral di antara kedua-dua
Negara di dalam sektor pertanian dan pelaburan. Melalui memorandum tersebut, kedua-dua
negara bersetuju untuk bekerjasama dari aspek teknologi dan bioteknologi pertanian di samping
mewujudkan jaringan industri makanan halal.

Melihatkan contoh dua Negara jiran Brunei ini, kita dapat simpulkan bahawa Brunei
adalah satu Negara kecil yang takut kepada ancaman luar dan disebabkan oleh itu, ia meluaskan
dan mempereratkan hubungan mereka dengan kuasa-kuasa setempat yang lain bagi
menyingkirkan ancaman-ancaman yang boleh ada. Sebagai sebuah Negara kecil, Brunei
menggunakan strategi berlindung di atas nama-nama antarabangsa bagi mencapai kehendak
mereka yang tersendiri. Malaysia tidak dilihat sebagai ancaman, tetapi lebih kepada rakan
sekampung, di mana tidak banyak perjanjian atau persefahaman berkaitan perdagangan
dipersetujui. Jika dibuat rujukan kembali, keanggotaan Brunei di dalam Malaysia, jika Brunei
menyahut cadangan Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia, semua kepentingan dan
hak-hak hasil asli bumi tidak dapat sepenuhnya kepada kerajaan Brunei hari ini. Kebergantungan
Brunei terhadap kuasa-kuasa besar luar dapat dilihat apabila bekerjasama dengan Singapura dan
sumbangan kerajaan Brunei itu sendiri dalam beberapa isu-isu antarabangsa, menunjukkan
bahawa Brunei Darussalam, sebuah Negara kecil yang kaya, takut kepada ancaman luar, yang
5 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

mendorong mereka memperkuatkan jaringan hubungan luar, yang tidak terhad kepada ASEAN
sahaja.

3.0 Hubungan Luar Brunei Dengan Kuasa Besar

3.1 Brunei-Amerika Syarikat

Dalam sejarah hubungan antara Brunei dan Amerika Syarikat (A.S.), secara tidak
rasminya hubungan paling awal terjalin antara kedua-dua negara tersebut bermula pada 6 April
1845, apabila kapal perang milik AS iaitu USS Constitution singgah berlabuh di pelabuhan
Brunei dan melawat negara tersebut. Pada ketika itu Brunei masih bernaung di bawah kekuasaan
British dan tidak berhajat kepada bantuan A.S. Namun, setelah berlaku serangan tentera laut
British pada tanggal 1846, Brunei kehilangan wilayah Labuan dan ini menyebabkan Brunei
merasa perlunya sokongan kuasa lain bagi melawan British. Pada tahun 1850 pula, Brunei dan
A.S menandatangani perjanjian Treaty of Peace, Friendship, Commerce, and Navigation yang
kemudiannya diratifikasikan pada Julai 1853 dan ianya masih berkuatkuasa hingga ke hari ini. 1
Januari 1984, Brunei menjadi sebuah negara yang merdeka dari kekuasaan United Kingdom dan
pada hari yang sama juga AS membuka kedutaannya di ibu kota Brunei iaitu Bandar Seri
Begawan dan menghantar Barrington King duta besarnya yang pertama ke Brunei. Selang dua
bulan dari tarikh tersebut, pada Mac 1984 Brunei pula membuka kedutaannya di Washington,
Amerika Syarikat. Ini telah mengukuhkan semula hubungan diplomasi AS dengan Brunei. Kini,
hubungan kedua-dua negara itu agak rapat, berkait dalam bidang keselamatan yang mana, sebuah
Memorandum Persefahaman
1
bagi kerjasama ketenteraan (defense) telah ditandatangani pada
tahun 1994. Brunei dan AS bekerjasama dalam banyak isu dari isu tenaga dan perubahan iklim
sehinggalah kepada isu perluasan perdagangan yang mana melalui TPP ia berpotensi untuk
mewujudkan peluang pekerjaan dan kesejahteraan kepada kedua-dua belah pihak.


1
Memorandum of Understanding on Defence Cooperation yang ditandatangani pada November 1994.
6 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Hubungan Keselamatan

Dalam bidang keselamatan, angkatan tentera Brunei mengadakan hubungan dalam
latihan bersama, program latihan, dan kerjasama ketenteraan lain dengan Amerika Syarikat.
Hubungan keselamatan di antara negara Brunei dan AS telah berkembang di bawah
memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama pertahanan yang ditandatangani pada
29 November 1994. Sejak itu, pegawai-pegawai pertahanan telah terlibat dalam latihan bersama,
program latihan dan pertukaran ketenteraan. Menerusi MoU itu, sebuah Jawatankuasa Kerja
Pertahanan Bersama (Joint Defence Working Commitee) juga telah ditubuhkan dan diadakan
mesyuarat tahunan berkenaan dengan pertahanan. Perjumpaan yang terbaru diadakan bersama
A.S. adalah di Brunei pada 11 November 2011 bagi kali ke-11 perjumpaan tersebut
membincangkan tentang keselamatan maritim di rantau Asia Pasifik
2
.

Sejak tahun 1995, Brunei juga telah menyertai kerjasama ketenteraan dengan Amerika
Syarikat iaitu Kerjasama Latihan dan Persediaan di Laut atau lebih dikenali sebagai CARAT
(The Cooperation Afloat Readiness and Training)
3
. Antara objektif CARAT adalah
meningkatkan kerjasama serantau, membina persahabatan antara Amerika Syarikat dengan
negara-negara yang terlibat, mengukuhkan kemahiran professional di setiap peringkat dan
memajukan kemampuan operasi di laut. Siri latihan bilateral ini melibatkan pasukan marin dan
kelasi Amerika Syarikat yang akan melatih secara silang budaya dengan negara-negara yang
terlibat. (Global Security 2011) Merujuk kepada CARAT ini, usaha Brunei yang tampak
dominan bagi menjamin kelangsungan serta menunjukkan kesungguhan yang tinggi ialah ketika
Latihan CARAT ke 17, pada September 2011 di mana Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) buat
pertama kalinya melibatkan penggunaan dua jenis kenderaan lautnya yang baru iaitu Bot
Peronda Laju Kelas Ijtihad dan Kapal Peronda Kelas Darussalam. Menurut laporan akhbar,

2
Suzimah Latif, 2011, 11 JOINT DEFENCE WORKING COMMITTEE (JDWC) BETWEEN BRUNEI
DARUSSALAM AND UNITED STATES.
http://www.mindef.gov.bn/MOD2/index.php?option=com_content&view=article&id=1203:11th-joint-defence-
working-committee-jdwc-between-brunei-darussalam-and-the-united-states-&catid=1:news&Itemid=92
3
CARAT merupakan satu siri latihan ketenteraan bilateral tahunan yang dikendalikan oleh Angkatan Laut Pasifik
Amerika Syarikat dengan sebilangan negara di rantau Asia Tenggara. Setakat ini, negara-negara yang terlibat dalam
CARAT ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
7 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

TLDB menyatakan CARAT bukan saja melibatkan kapal dari kedua-dua belah pihak tentera laut
tetapi juga aset-aset dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Darat Diraja Brunei
(TDDB), yang mana peranan kedua-duanya akan dikoordinasi dari Ibu Pejabat Pasukan Bersatu
Brunei. (Hasrulraizan: 2011) Usaha gigih yang ditunjukkan oleh Brunei ini ternyata
membuktikan bahawa Brunei mempunyai strategi tersendiri untuk menonjolkan kapabiliti yang
dimilikinya bagi meneruskan kelangsungannya sebagai sebuah negara kecil.

Pada 30 Julai 2010 pula, Brunei dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian
Perolehan Perkhidmatan Balas (The Acquisition on Cross-Service Agreement). Perjanjian ini
dimeterai antara Kementerian Pertahanan serta Tentera Diraja Brunei (RBAF) dengan United
States Pacific Command (Pacom). Di bawah terma dan syarat perjanjian antaranya ialah
mengenai penyediaan sokongan logistik, bekalan dan perkhidmatan yang saling menyokong
antara RBAF dan Pacom. Antara perkhidmatan yang dimaksudkan ialah latihan bersama,
pelaksanaan dan operasi ketenteraan serta lain-lain usaha bagi mendepani situasi yang tidak
dijangka kepada Brunei mahupun Amerika Syarikat.

Hubungan Ekonomi

Seperti yang diketahui, penggerak utama ekonomi Brunei adalah dalam industri
pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang mana ianya melebihi separuh dari KDNK nya
serta lebih 90 peratus dari jumlah eksport adalah bahan tersebut. Manakala KDNK per kapitanya
adalah yang tertinggi di Asia. Brunei juga pernah diiktiraf antara 10 negara paling stabil ekonomi
di dunia oleh World Economic Forum. Dua tema utama yang membawa Brunei dalam
membangunkan ekonominya adalah mengurus eksploitasikan sumber gas dan minyak aslinya
dan mempebagaikan sumber ekonomi selain dari sektor petroleum.
A.S. jika dilihat pada tahun 2010 merupakan rakan import terbesar kepada Brunei
selepas negara-negara ASEAN. Import Brunei dari A.S pada tahun 2011 berjumlah $ 184.3 juta,
8 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

manakala export Brunei ke A.S berjumlah $21.5 billion
4
. Antara barang import oleh Brunei dari
A.S. yang paling banyak adalah jentera mesin 77 juta USD diikuti pesawat 27 juta USD, alat
perubatan dan optik 16 juta USD, barangan khas lain 16 juta USD, dan mesin elektrikal 15 juta
USD
5
. US-Brunei Commitee juga berperanan dalam hubungan perdagangan dua negara tersebut
yang bertujuan :
I. Meningkatkan tahap fokus Brunei dalam komuniti perniagaan A.S sebagai destinasi
perdagangan dan pelaburan, terutamanya melalui penyertaan Brunei dalam Trans-Pacific
Partnership (TPP)
II. Mengekalkan hubungan penglibatan dengan Kementerian Sumber Tenaga bagi
meningkatkan pertumbuhan di hulu dan hiliran sekaligus memaksimumkan spin-off
ekonomi dalam industri gas dan minyak.
III. Bekerjasama dengan Brunei Economic Development Board (BEDB) dan Kementerian
Industri dan Sumber Utama (MIPR) untuk menggalakkan aktiviti dan penglibatan sektor
swasta dalam menyokong usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi Brunei ke arah
Wawasan Brunei 2035.
IV. Mengukuhkan hubungan bussiness-to-business (B2B) antara komuniti perniagaan AS
dan Brunei untuk mewujudakan pasaran baru dan memudahkan peluang pelaburan
merentas sempadan (cross border investment).
V. Menyokong Brunei dalam menggubal strateginya dalam ekonomi serantau, tenaga, dan
hal ehwal perniagaannya bagi Brunei yang mempengerusikan ASEAN pada tahun 2013
ini.

Selain itu, Brunei dan AS juga membuat usaha-usaha untuk memajukan perdagangan dan
hubungan ekonomi yang mana pada tahun 2002 kedua-dua negara tersebut telah menandatangani
perjanjian Perdagangan dan Rangka Kerja Pelaburan (Trade and Investment Framework
Agreement). Perjanjian tersebut ditandatangani pada 16 Disember 2002 dalam perjumpaan
Presiden Bush dengan Sultan Haji Hasanah Bolkiah di Washington, DC. Brunei juga komited

4
http://www.usasean.org/countries/brunei/about
5
http://www.ustr.gov/countries-regions/southeast-asia-pacific/brunei-darussalam
9 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

untuk bekerjasama dengan AS melalui saluran pelbagai hala dan bekerja rapat melalui ASEAN-
US Partnership, APEC, dan Trans-Pacific Partnership Agreement. TIFA

Peranan Brunei dalam ASEAN dan organisasi serantau yang lain juga telah
menjadikannya sebagai rakan dagang penting kepada Amerika Syarikat. Ahli-ahli Majlis
Perdagangan US-ASEAN (The US-ASEAN Business Council) misalnya mempunyai
kepentingan tertentu terhadap peranan utama Brunei dalam Perkongsian Trans Pasifik (TPP),
iaitu sebuah perjanjian perdagangan yang berpotensi dan mampu bertindak sebagai blok
pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik. Hal ini dapat dibuktikan dengan memetik
kata-kata Presiden Majlis Perdagangan US-ASEAN itu sendiri iaitu Alexander Feldman,
Peranan kepimpinan Brunei di TPP telah membantu merangsang kepentingan korporat Amerika
Syarikat di Brunei. Kami percaya kehadiran Brunei dalam rundingan mempunyai kemungkinan
untuk membantu membina hubungan ekonomi dua hala. Syarikat-syarikat Amerika Syarikat
tidak sabar untuk bekerjasama dengan Brunei untuk memastikan kejayaan TPP dan menyokong
proses Integrasi Ekonomi ASEAN. Tambahan pula, Brunei sememangnya berusaha untuk
mempelbagaikan ekonominya, maka Amerika Syarika melihat kerjasama yang cuba dijalinkan
ini akan mewujudkan lebih banyak ruang dan peluang dan mereka sememangnya berharap untuk
terus bekerjasama dengan Brunei bagi meningkatkan pelaburan asing. (Asean Affairs 2011)

Kesimpulannya, dalam hal ini, Brunei sebagai sebuah negara yang kecil bijak mencari
peluang dengan melibatkan diri dengan pelbagai perjanjian dan kerjasama dengan negara kuasa
besar seperti Amerika Syarikat melihatkan kepada pengaruh serta impak kuasa yang terdapat
pada Amerika Syarikat itu. Sebagai contoh, Perjanjian Keamanan, Persahabatan, Perdagangan
dan Pelayaran yang dimeterai sejak tahun 1850 dan masih efektif sehingga hari ini menjadi satu
kelebihan dan manfaat yang besar kepada Brunei untuk berlindung di bawah naungan kuasa
Amerika Syarikat. Begitu juga dengan ekonomi, usaha Brunei yang gigih meningkatkan serta
memperluas bidang ekonomi negaranya membuka mata Amerika Syarikat khususnya serta
negara-negara lain untuk bekerjasama dengan Brunei dalam pelaburan dan perdagangan asing.


10 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

3.2 Brunei-Britain

Pada tahun 1906 adalah merupakan titik bermulanya penjajahan dan bermulanya
hubungan secara rasminya di antara negara Britain dengan negara Brunei setelah termeterainya
Perjanjian 1905/1906 dengan memperkenalkan sistem pemerintahan yang bercorak residen
6
yang
dikatakan akan memudahkan lagi pihak Britain untuk mentadbir Brunei pada ketika itu.
Perjanjian yang telah dimeterai ini telah sekaligus mengheret Brunei untuk menjadi salah sebuah
daripada negeri jajahan yang akan berada di bawah naungan Britain dan status perjanjian ini
telah berterusan sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939-1945 apabila pada
ketika itu Brunei telah dikuasai oleh penjajah baru iaitu pemerintahan Jepun. Tetapi setelah
berakhirnya Perang Dunia Kedua ini, Brunei telah dikuasai semula oleh pihak Britain dan
disebabkan tiadanya bantahan daripada kalangan rakyat Brunei maka sistem pemerintahan
residen telah diteruskan semula ke atas Brunei.

Di peringkat awal penjajahan Britain di Brunei ini dikatakan telah menghadapi pelbagai
masalah sehinggalah meletusnya Perang Dunia Pertama. Hal ini demikian adalah kerana Brunei
pada ketika itu adalah sebuah negara miskin dan pekerjaan penduduk pada ketika itu adalah
sebagai petani dan nelayan. Pendapatan negara Brunei pada ketika adalah hanya bergantung
kepada pengeluaran arang batu, sagu, getah jelutong, dan sedikit getah sahaja. Oleh itu,
pembangunan sosial tidak dapat dilakukan kerana perbelanjaannya adalah lebih besar daripada
pendapat negara Brunei pada ketika itu. Bagi menampung perbelanjaan ini, Britain telah
membuat pinjaman daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat bagi
membaiki dan meningkatkan taraf sosial rakyat Brunei pada ketika itu. Setelah berakhirnya
Perang Dunia Pertama, ekonomi Brunei dikatakan telah mula berubah apabila pihak British telah
berjaya meneroka sumber tenaga yang ada di Brunei iaitu sumber minyak petroleum pada tahun
1929 dan pada tahun 1931 Brunei telah berjaya mengeluarkan hasil pertamanya. Dengan
penemuan sumber petroleum ini telah meletakkan Brunei menjadi sebagai sebuah negara terkaya

6
Di bawah sistem pemerintahan residen, sultan akan menerima seorang residen yang akan bertindak sebagai
penasihat sultan bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama islam dan adat
resam.
11 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

sehinggalah ke hari ini kerana sumber asli ini. Melalui hubungan inilah pihak Britain dikatakan
telah banyak membantu negara Brunei untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan turut
membantu Brunei dari segi keselamatan negaranya.

3.2.1 Hubungan Brunei-Britain Dari Segi Ekonomi

Hubungan dari segi ekonomi di antara Brunei dengan Britain ini telah dilihat bermula
sejak daripada berlakunya penjajahan secara rasminya kerajaan Britain ke atas Brunei. Hal ini
demikian kerana walaupun negara Brunei pada ketika awal penjajahan Britain adalah sangat
miskin, namun Britain tetap masih bertahan dan mahu untuk membantu negara Brunei pada
ketika itu untuk mencari sumber bagi membangunkan Brunei agar tidak terus hidup di dalam
kelompok kemiskinan. Hasilnya adalah kejayaan yang telah dikecapi oleh negara Brunei pada
hari ini iaitu sebagai negara pengeluar minyak adalah hasil yang telah dilakukan oleh pihak
Britain untuk meningkatkan pembangunan ekonomi Brunei. Perjanjian Persahabatan pada tahun
1959 di antara Brunei dengan Britain telah banyak memberi kelebihan kepada Brunei.
Contohnya kerajaan Britain tidak menyokong sebarang usaha untuk menyatukan Brunei dengan
wilayah-wilayah Borneo yang lain yang bertujuan untuk mengeksplotasi sumber ekonomi Brunei
dan Britain telah menyokong tuntutan yang diminta oleh Brunei untuk berkerajaan sendiri. Disini
telah nampak bahawa walaupun negara Britain ini dianggap sebagai negara penjajah yang telah
menjajah Brunei, namun memang tidak dapat dinafikan bahawa negara Britain inilah yang telah
banyak membantu Brunei dalam meningkatkan ekonomi negaranya untuk menjadi sebagai
sebuah negara yang maju walaupun negara Brunei ini adalah merupakan kalangan negara yang
kecil dari saiz keluasan negaranya.

Walaupun negara Brunei sudah lama mencapai kemerdekaan daripada negara Britain.
Namun, Britain dikatakan masih mempunyai pengaruh yang sangat kuat di negara Brunei ini.
Hal ini demikian kerana Britain dikatakan mempunyai kuasa perlindungan ke atas negara Brunei
hampir satu abad sehingga negara Brunei telah mencapai kemerdekaan daripada pihak Britain
12 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

pada tahun 1984, dan ini bermakna pengaruh Britain masih tetap ada di Brunei. Negara Britain
juga dikatakan sebagai rakan perdagangan dan pelaburan Brunei yang utama di kalangan-
kalangan negara eropah pada tahun 1997
7
.

3.2.2 Hubungan Brunei-Britain Dari Segi Keselamatan

Dari segi hubungan keselamatan di antara negara Brunei dengan Britain, hubungan ini
dikatakan telah bermula apabila negara Brunei telah mula membangunkan ekonomi negaranya
setelah mempunyai sumber minyak. Hubungan dari segi keselamatan ini dapat dilihat melalui
hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara ini dikatakan telah lama terjalin. Contoh
kerjasama ketenteraan ini dapat dilihat apabila pasukan Tentera Gurkha British telah
ditempatkan dikawasan minyak Seria, iaitu di kawasan 112 kilometer di selatan Bandar Seri
Begawan, di bawah perjanjian pada tahun 1983 dengan pihak Britain yang bertujuan untuk
melindungi sumber utama ekonomi negara Brunei iaitu sumber minyak petroleum ini. Kedua-
dua negara ini juga turut sering melakukan kerjasama latihan ketenteraan bagi menguatkan lagi
tahap keselamatan negara Brunei kerana kita semua tahu bahawa negara Brunei ini adalah
merupakan salah sebuah negara yang kecil sahaja. Pada tahun 2001, dikatakan pihak Britain
akan membina tiga buah kapal peronda pesisiran yang akan dilengkapi dengan senjata dan
teknologi yang canggih untuk dihantar kepada negara Brunei
8
. Di sini memang jelaslah bahawa
negara Britain ini juga mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan negara Brunei dari segi
keselamatan dan sehingga ke hari ini masih lagi terdapat kem Tentera daripada negara Britain di
Brunei yang bertujuan untuk menjaga keselamatan negara Brunei sekiranya menghadapi musuh.



7
Sumber daripada Utusan Online, 1998.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.ht
m
8
Sumber daripada Utusan Online, 1998.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.ht
m
13 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

3.3 Hubungan Luar Brunei dan China

Brunei Darusalam dan China telah mula menjalinkan hubungan diplomatik pada 30
September 1991. Berdasarkan sejarah, Brunei yang dinaungi oleh British telah mula mendapat
kemerdekaan pada tahun 1983. Namun begitu, akibat berlakunya ancaman komunis dan
sensitiviti dengan etnik Cina, maka pada 30 September 1991, Brunei telah mewujudkan
hubungan rasmi dengan Beijing. Sejak itu, China menganggap Brunei penting terutamanya
pengeluar sumber minyak dan gas bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Brunei dianggap penting
sebagai sebuah negara kesultanan Islam, China dan Brunei telah mempelbagaikan kerjasama
termasuk dalam bahan api fosil dan memelihara keamanan dan kestabilan Asia Pasifik.

3.3.1 Bidang Ekonomi

China merupakan pengimport terbesar Brunei dalam sumber minyaknya. Pada November
2000, kerajaan China dan Brunei telah mementerai perjanjian Investment Mutual Encouragement
and Mutual Protection bersama Syarikat Petroleum China serta Syarikat Petroleum Shell Brunei.
Brunei menjangkakan bahawa Agensi Tenaga Antarabangsa memerlukan lebih 10 juta setong
sehari minyak sehingga 2030. Brunei juga akan mendapat manfaat akibat polisi kepelbagaian
China menjadikan Brunei sebagai sumber alternatif kepada minyak di Timur Tengah yang mana
China sendiri melihat risiko berlakunya serangan lanun ketika melalui Selat Melaka. Brunei juga
telah mendapat manfaat dengan kesunguhan China memberi kerjasama dalam meneroka dan
membangunkan sumber minyak dan gas. Ini akan menjana kepentingan sektor swasta seperti
HSBC, Bearing Point dan lain-lain berkenaan dengan pasaran minyak. Ini juga menandakan
permulaan penglibatan sektor swasta dalam pasaran minyak Brunei
9
.


9
Lim Tai Wei. 2010. Oil and Gas in China : The New Energy Superpowers Relations with its Region. Singapore.
World Scientific Publishing Co.Pte. Ltd. Hlm 50.
14 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Brunei dan China telah menggalakkan pelaburan yang lebih besar dan mewujudkan
interaksi di dalam sektor swasta. Beijing telah memberi galakan agar Perusahaan Kecil dan
Sederhana atau Small and Medium Enterprises (SME) daripada Brunei agar membuat pelaburan
di China manakala Bandar Seri Begawan pula telah memberi galakan kepada Beijing agar
meluaskan rangkaian pelaburan di Brunei melalui pelbagai bentuk perdagangan bersama sama
ada ekspo, pameran dan simposium. Hubungan perdagangan kedua-dua negara telah
dipertingkatkan. Pada tahun 2011, perdagangan telah meningkat kepada 1.3 bilion dolar iaitu
hampir empat kali ganda daripada 2008. Semasa lawatan Wen Jianbo pada tahun 2011, Brunei
bersetuju untuk meningkatkan eksport minyak kepada China daripada 13, 000 setong sehari
kepada 16, 000 setong sehari. Manakala Chinas National Offshore Oil Corp (CNOOC) telah
memeterai perjanjian dengan Petroleum Brunei untuk cari gali minyak dan gas komersial.
Sementara Zhejiang Henyi Group dan Sinopec Enginering Inc telah cuba membantu
membangunkan kilang penapisan minyak di Brunei
10
. Dalam 11 bulan pertama 2012,
perdagangan dua hala antara Brunei dan China telah mencapai 1.42 bilion dolar dan berkembang
berbanding tahun sebelumnya 1.31 bilion dolar
11
. Berdasarkan laporan Kementerian
Perhubungan Luar Republik Rakyat China, nilai perdagangan antara China dan Brunei mencapai
33.31 juta dolar pada tahun 1997. Pada tahun 1998, nilai perdagangan kedua-dua negara telah
berkurangan kepada 9.15 juta dolar berikutan krisis kewangan Asia. Pada tahun 2001, nilai
perdagangan China dan Brunei meningkat kepada 165 juta dolar. Pada 2001, China
mengeksport ke Brunei dengan nilai 17.156 juta dolar. Akhir tahun 2001, China menandatangani
24 projek di Brunei
12
.

Brunei telah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai karnival perdagangan dan
pelancongan yang diadakan di China. Ini termasuklah China- ASEAN Expo (CAEXPO) dan
China International Tourism Mart . Kali terakhir Brunei menyertai karnival ini pada tahun 2010
di Pameran Dunia Shanghai 2010. Pada 21 November 2011, beberapa Memorandun
Persefahaman (MOU) telah ditandatangani iaitu membabitkan kerjasama dalam perhutanan, Plan

10
Prashanth Parameswaran. 5 November 2012. China and Brunei : Ties that Bind.
http://www.jamestown.org/single/?no_cache=1&tx_ttnews%5Btt_news%5D=40069.
11
Economic and Commercial Counsellors Office of the Peoples Republic of China in Negara Brunei Darussalam.
http://bn2.mofcom.gov.cn/article/chinanews/201301/20130108520539.shtml.
12
Dr Pobzeb Vang. 2008. Five Principles of Chinese Foreign Policies. Bloominton Indiana. AuthorHouse. hlm 477.
15 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

of Action (POA) dalam kerjasama kesihatan, sektor tenaga dan mengadakan MOU bagi
mewujudkan Sister Cities antara Bandar Seri Begawan dan Nanjing. Manakala pada 19 April
2012, MOU antara Brunei dan China dalam kerjasama ekonomi dalam bidang pertanian
13
.
Semasa lawatan Sultan Haji Hasanal Bolkiah ke China baru-baru ini, kedua-dua pemimpin
bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, ekonomi, projek
usahasama, dan membuat sumbangan pembasmian kemiskinan di rantau ini dan menggalakkan
integrasi ASEAN. Mereka percaya bahawa pelancaran rundingan Perjanjian Pengkongsian
Ekonomi Komprehensif Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership
Agreement (RCEP) menunjukkan keinginan negara-negara Asia Timur dalam mengukuhkan
kerjasama ekonomi dan merealisasikan integrasi ekonomi serantau
14
.

3.3.2 Pertahanan dan Keselamatan

Antara keempat-empat negara ASEAN yang membuat tuntutan hak kedaulatan di Laut
China Selatan, Brunei bersikap lebih bersederhana atau lowest profile. Tuntutan bertindih dengan
China, Vietnam dan beberapa negara lain, Brunei secara aktif menyokong inisiatif pelbagai hala
bagi mengurangkan ketegangan di Laut China Selatan dan mempromosikan kerjasama dalam
Confidence-Building Measures (CBM). Brunei secara konsisten mengambil pendekatan berhati-
hati dan tidak menonjol dalam isu Spratly. Sejak masalah pertama mula timbul pada awal tahun
1990-an, kerajaan telah menekankan kepentingan diplomasi dalam usaha mencapai resolusi
aman
15
. Brunei kini juga mengambil kesempatan sepenuhnya dalam hubugan baik dengan kuasa
besar China melalui latihan berterusan oleh pegawai-pegawai kanan tentera kedua-dua negara.

13
Ministry of Foreign Affairs and Trade Brunei Darusalam.
http://www.mofat.gov.bn/index.php?option=com_k2&view=item&id=64:albania&Itemid=192 [28 April 2013]
14
Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China.
http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml.
15
Ian Storey. 2012. Asias Changing Balance of Military Power: Implications for the South China Sea Dispute.
http://www.nbr.org/publications/element.aspx?id=564.
16 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Dalam perkembangan yang sama, Brunei telah menghantar pegawai-pegawai Angkatan Tentera
Diraja Brunei bagi menghadiri kursus ketenteraan di Akademi Pertahanan China
16
.

Pemimpin kedua-dua negara saling menghormati antara satu sama lain termasuk soal
kedaulatan, keutuhan wilayah, dan tidak mencampuri urusan dalaman masing-masing. Brunei
menegaskan bahawa mereka akan terus mematuhi dasar One China dan mendukung perdamaian
dalam hubungan rentas sempadan dan penyatuan China. Semasa lawatan Sultan Haji Hassanal
Bolkiah ke China pada 4 April 2013 sehingga 7 April 2013, pemimpin kedua-kedua negara telah
melahirkan rasa puas hati terutamanya kerjasama antara Kementerian Pertahanan Brunei dengan
Kementerian Pertahanan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada September 2003.
Pemimpin juga sepakat untuk meningkatkan kerjasama pertukaran tetap lawatan, latihan
kakitangan, kerjasama bukan tradisional, keamanan serantau dan mempromosikan perdamaian
dan kestabilan serantau. Beliau turut menghargai sokongan China yang memberi sambutan
dalam Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei atau Brunei International Defence Exhibition
(BRIDEX), mengalukan-alukan penglibatan China dalam ADMM-Plus Humanitarian Assistance
and Disaster Relief dan latihan pasukan perubatan ketenteraan yang akan diadakan di Brunei
pada Jun 2013
17
.

Pemimpin kedua-dua negara juga telah menyatakan komitmen mereka untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan. Selain itu juga, pemimpin kedua-dua negara telah
menggalakkan kepercayaan, keyakinan dan kerjasama di Laut China Selatan. Mereka
menekankan pentingnya menyelesaikan pertikaian wilayah melalui dialog dan perundingan
dengan negara terlibat secara langsung selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa
melalui Konvensyen Undang-Undang Laut PBB 1982. Kedua-dua pemimpin juga memandang

16
Hadi Dp. Mahmud. 2007. High Level Brunei China Military Training
Exchanges.http://www.bt.com.bn/home_news/2007/11/29/high_level_brunei_china_military_training_exchanges
17
Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China.
http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml.
17 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

tinggi tentang pelaksanaan Declaration on the Conduct of the Parties in the South China Sea
(DOC) sekaligus dapat merangka kod etika di Laut China Selatan
18
.



















18
Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China.
http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml.
18 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

4.0 Analisis

Analisis dalam kajian tugasan ini secara keseluruhannya boleh dibahagikan kepada dua aspek
yang utama. Pertama adalah melalui aspek dari sudut ketenteraan atau pertahanan yang lebih
dikenali sebagai keselamatan tradisional (traditional security) manakala aspek yang kedua
adalah berdasarkan peranan ekonomi yang dilihat membantu pengukuhan dalam sistem
pemerintahan dasar luar Brunei yang dikenali sebagai keselamatan bukan tradisional (non-
traditional security).

4.1 Pertahanan dan keselamatan

Dari perspektif akademik, keselamatan difahami dengan cara yang berbeza bergantung
bagaimana sesebuah institusi teori itu menggunakan istilah tersebut (Baldwin, 2007: 23). Sebagai
contoh: Copenhagen School memahami keselamatan itu sebagai satu konsep yang dibina
secara sosial. Malah, wacana merupakan unsur-unsur utama dalam pembinaan dan
pengenalpastian isu-isu keselamatan. Sementara itu, sarjana hubungan antarabangsa pula telah
mengkaji persoalan keselamatan dari sudut yang berbeza; yang mana telah mengakui bahawa
kebimbangan keselamatan tidak lagi tertumpu kepada kepentingan ketenteraan dalam era pasca-
Perang Dingin.

Globalisasi dan kebergantungan antara negara dilihat telah membawa kepada kelemahan
bersama. Ia juga menjadi satu ancaman dalam satu bahagian dunia yang boleh menjejaskan
keselamatan orang ramai di bahagian-bahagian lain di dunia. Dasar domestik asing dan
kebimbangan negara juga menjadi semakin saling berkaitan untuk bertindak balas terhadap
persepsi pelbagai ancaman keselamatan yang semakin meningkat (Klein, 2011: 4-5).

Dalam hal ini, tidak ramai yang arif mengenai kesiap-siagaan pasukan keselamatan
Brunei dalam mempertahankan kedaulatan wilayahnya secara fizikal. Malah, umum mungkin
menganggap bahawa negara Brunei Darussalam yang kaya dengan minyaknya sentiasa dikawal
19 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

oleh pasukan tentera upahan dari negara bekas penjajahannya iaitu Britain atau United Kingdom.
Sehingga hari ini, Brunei masih mengekalkan sejumlah anggota tentera British dari Batalion
Pertama iaitu kira-kira 2000 individu termasuk tentera serta ahli keluarga mereka.

Secara amnya, hubungan antara Brunei dan Britain seperti mana yang telah diperjelaskan
dalam huraian sebelum ini mempunyai hubungan yang agak rapat. Hubungan ini lebih dianggap
sebagai satu simbolik memandangkan latar sejarah dahulu iaitu dari Brunei dijajah oleh British
pada 1906 sehinggalah Brunei berdiri sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat pada 1984.
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan Britain masih kekal sehingga kini terutamanya dari aspek
pertahanan memperlihat bahawa jalinan persahabatan yang utuh ini sedikit sebanyak berjaya
membawa Brunei melaksanakan dasar luarnya sekali gus memastikan imej negara Brunei
dipandang tinggi.

Sekiranya hubungan antara Brunei dan Britain dilihat lebih kepada hubungan simbolik
yang telah terjalin sejak dari era kolonialisme, hubugan yang terjalin antara Brunei dan China ini
dilihat lebih istimewa. Hal ini dapat dibuktikan melalui perjanjian diplomatik yang terjalin antara
keduanya bermula pada tahun 1991 sehinggalah pada hari ini. Akses kepada persahabatan ini
memberikan kelebihan kepada Brunei memandangkan dunia melihat China pada hari ini
merupakan sebagai satu ancaman selaras dengan The Rising Of China yang sering kali
dinyatakan oleh kebanyakan para sarjana. Sebagai antara negara yang kecil di Asia Tenggara,
peluang ini diambil oleh Brunei dalam mengukuhkan aktiviti pertahanannya bagi aspek
keselamatan negaranya.

Hasil daripada hubungan dua hala antara Brunei dan China, kedua-duanya telah berjaya
mencapai kata sepakat dalam aspek pertahanan dan keselamatan di mana Brunei dan China
berjaya melaksanakan beberapa siri kerjasama. Hal ini termasuklah melalui kerjasama yang
dirangka secara bersama iaitu apabila termeterainya Memorandum Persefahaman dalam
Pertukaran Tentera pada 12 September 2003. Skop kerjasama yang dilaksanakan ini adalah
20 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

merangkumi pertukaran maklumat melalui pertahanan dan pertukaran ketenteraan seperti latihan
dan kursus profesional bagi anggota-anggota. Rentetan daripada memorandum inilah hubungan
dari aspek pertahanan antara Brunei dan Republik China diperkukuh dari semasa ke semasa.

8 Mei 2013, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima
mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Chang Wanquan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan
Menteri Pertahanan Negara, Republik Rakyat China. Rangka lawatan rasmi ini berlangsung
selama empat hari di mana ia dilaksanakan bagi membincangkan kerjasama dua hala di bidang
pertahanan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan
antarabangsa.

Hubungan pertahanan negara Brunei dan juga Amerika Syarikat dilihat sebagai satu
percubaan terbaik sejak ia dimeterai pada tahun 1850 melalui perjanjian Treaty of Peace,
Friendship, Commerce and Navigation sehinggalah pada hari ini. secara rasmi, hubungan
keselamatan dan pertahanan antara kedua-dua aktor ini telah bermula pada 1994 melalui
perjanjian MoU yang dikenali sebagai Memorandum Persefahaman Pertahanan yang
ditandatangani secara bersama pada 29 November 1994. Memorandum ini dilaksanakan
bertujuan sebahagian rangka kerja untuk menjalinkan hubungan pertahanan yang lebih erat dan
kerjasama antara pertubuhan pertahanan dan angkatan ketenteraan kedua-dua buah negara.




21 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Hasil daripada memorandum MoU tersebut, kerjasama dan latihan ketenteraan telah
dijalankan secara aktif. Antaranya adalah seperti latihan Cooperation Afloat Readlines and
Training (CARAT).
19
Dalam hal ini, CARAT berfungsi sebagai medium operasi ketenteraan
antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan juga Amerika Syarikat. Persefahaman
dan semangat setia kawan ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa siri lawatan rasmi yang
bertujuan untuk meluaskan kerjasama dua hala antara kedua-duanya. Seawal tahun 2013 iaitu
pada bulan Februari, kerajaan Amerika Syarikat telah menghantar wakilnya iaitu Laksamana
Samuel J. Locklear III, Pemerintah Armada Pasifik Amerika Syarikat
20
sebagai pengenalan
kepada hubungan erat bersama Brunei yang dijangkakan memberikan impak dan peluan yang
lebih besar kepada Brunei dan ianya dilihat tidak terhad kepada aspek keselamatan dan
pertahanan semata-mata malah ia juga meliputi pelbagai aspek.

Sebagai sebuah negara kecil berdaulat terletak di antara negara jiran lain yang jauh lebih
besar kawasan geografi dan sumber manusianya, tentu sekali ia mempunyai had dan kekangan
tertentu dari sudut pertahanan wilayahnya, namun ini bukanlah bermaksud Brunei tidak
mempunyai perancangan khusus yang jitu bagi menghadapi apa jua ancaman yang bakal
mendatang. Ini diperjelaskan oleh pihak Brunei Darussalam dalam Kertas Putih Pertahanan
2011 atau Defence White Paper 2011. Walaupun Kertas Putih tersebut menyentuh tentang
persoalan pertahanan negara Brunei Darussalam secara menyeluruh dan tidak memberikan
perhatian secara khusus kepada tahap keupayaan dan pengoperasian mana-mana satu cabang
darat, laut dan udaranya, ia sudah cukup untuk memberikan satu gambaran yang baik mengenai
ke arah mana pembangunan kemampuan pertahanannya disamping berasaskan hubungan erat
dari aspek keselamatan dan pertahanan yang terjalin bersama-sama negara seperti Britain, China
dan Amerika Syarikat.


19
Anon. 2013. Hubungan Brunei-Amerika Syarikat Tingkatkan Kerjasama Pelbagai Bidang.
www.pelitabrunei.gov.bn/index.php/component/k2/item/1570-hubungan-brunei-amerika-syarikat-tingkat-
kerjasama-pelbagai-bidang
20
Kementerian Pertahanan. 2013. Brunei dan Amerika Syarikat Kukuhkan Kerjasama Bidang Pertahanan.
http://www.pelitabrunei.gov.bn/index.php/nasional/item/678-brunei-dan-amerika-syarikat-kukuhkan-kerjasama-
bidang-pertahanan
22 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Malah, Sultan Hassanal Bolkiah melihat, keselamatan dalam negeri merupakan sebagai
kunci dan landasan ke arah mencapai pembangunan. Tanpa kestabilan dan keamanan taraf sosial
dan ekonomi rakyat tidak akan berubah sebaliknya akan menghalang kemajuan negara. Kerana
itu Sultan Hassanal Bolkiah terus berusaha untuk mendapatkan jaminan keselamatan walaupun
pada suatu ketika dahulu baginda mendapat kecaman dan kritikan dalam dan luar Brunei.
Menurut titah baginda,
Keselamatan negara adalah merupakan pada zaman ini sebagai suatu kunci atau lapik atau
landasan kemajuan2 yang Beta sentiasa hasratkan itu... maka unsur2 mengenai pertahanan serta
keselamatan negara hendak-nya lah terlebih dahulu dan sentiasa di-utamakan dan kukuhkan.
21


4.2 Analisis ekonomi

Ekonomi Brunei amat bergantung pada minyak dan gas asli. Dengan adanya sumber
minyak dan gas, Brunei menjadi salah satu negara pengeksport minyak di dunia. Namun begitu
Brunei adalah negara pengeksport kecil dan tertakluk kepada percaturan negara-negara
pengeksport minyak yang lebih besar. Sumber ini menyumbang kepada 60 peratus kepada GDP
Brunei 87.0 peratus keseluruhan eksport Brunei. Kerana sumber ini jugalah Brunei menjadi
antara negara terkaya di dunia dan mencatatkan pendapatan per kapita tertinggi di Asia iaitu
USD38,400 pada tahun 2009 (Rajah 1). Selain industri minyak dan gas asli, Brunei juga
mempunyai beberapa industri yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara tersebut.
Antara industri lain ialah pertanian, perikanan, perkhidmatan dan elektrik (Rajah 2).


21
Titah di Istiadat Mengadap Sempena Puja Usia Baginda ke-24, 15 Julai 1971, Jabatan Penerangan Brunei, Brunei,
1971.
23 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam


Rajah 1: Peningkatan GDP Brunei sehingga 2009

Rajah 2: Sumbangan industri-industri kepada GDP Brunei.

24 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Brunei pada dasarnya mengamalkan dasar ekonomi terbuka yang mana pertumbuhan
ekonominya banyak bergantung pada eksport. Minyak dan gas asli menjadi eksport terbesar
Brunei berbanding eksport barangan lain iaitu antara 96 peratus hingga 97 peratus dari jumlah
keseluruhan eksport dari tahun 1990-2009. Jumlah eksport Brunei dari tahun 2005-2009 sahaja
adalah bernilai BND 74.9 billion dengan peningkatan sebanyak satu kali ganda berbanding
tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu import Brunei juga turut meningkat iaitu BND12 billion
pada tahun 1990-1994 kepada 15.4 bilion pada tahun 2005-2009 (Rajah 3). Destinasi utama bagi
eksport Brunei terutamanya minyak ialah Jepun, negara-negara ASEAN, Korea Selatan, India,
Australia, New Zealand dan China (Rajah 4). Manakala negara pengimport utama bagi Brunei
pula adalah dari negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat, EU, Jepun dan China (Rajah 5).
22




22
Data dan maklumat dari sumber : Department of Economic Planning and Development, Government of Brunei
Darussalam 2010.
25 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam


Rajah 3 : Import dan eksport Brunei

Rajah 4: Negara pengeksport Brunei
26 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam



Rajah 5: Negara pengimport bagi Brunei

Brunei adalah sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan negara-negara
kuasa besar. Hubungan baik ini terjalin bukan sahaja dalam politik dan keselamatan malah
merangkumi ekonomi. Brunei menjalankan dasar ekonomi terbuka yang mana membenarkan
pengaliran masuk modal asing dari mana-mana negara terutamanya negara kuasa besar. Brunei
menjadikan ASEAN sebagai yang pertama dalam pertimbangan negara tersebut dalam hubungan
serantau. Hal ini dapat dibuktikan dengan penglibatan aktif Brunei dalam organisasi serantau
tersebut. Malah kerjasama dan konflik antara Brunei dan negara ASEAN lain diselesaikan
dengan mengambil kira semangat ASEAN. Sebagai contoh Brunei dan Malaysia telah berjaya
menyelesaikan isu wilayah antara kedua negara dengan penyelesaian yang terbaik melalui
rundingan. Dalam isu lain pula Brunei telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU)
untuk menyelesaikan isu jenayah rentas sempada kedua negara. Brunei juga menandatangani
joint legislation dengan Malaysia dan Indonesia untuk memelihara alam sekitar atau lebih
dikenali sebagai Rainforest Declaration/ Heart of Borneo. Dalam aspek ekonomi juga Brunei
menjadikan ASEAN sebagai rakan dagang terpenting berbanding Amerika dan China. Ini
menunjukkan kepentingan ASEAN dalam dasar luar Brunei. Walaupun Brunei sebuah negara
27 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

kecil tetapi Brunei merupakan sebuah negara yang kaya dan besar kuasa ekonominya (Brunei
Review 2012).

Brunei juga merupakan sebuah negara kecil yang berpengaruh bukan sahaja dalam
ASEAN malah di dunia. Hal ini kerana sumber minyak yang diperolehinya. Sebagai contoh pada
ASEAN summit 1999 Brunei dan negara ASEAN lain telah bersetuju untuk mempercepatkan
liberalisasi ekonomi di rantau ini. Malah Brunei juga telah bersetuju untuk menghapuskan duti
import atas semua barang dagangan bermula 2010. Tindakan Brunei ini diikuti oleh 5 lagi negara
dalam ASEAN. Krisis ekonomi yang melanda Asia tidak banyak mempengaruhi Brunei kerana
kekayaan simpanan duit dan kekuatan ekonomi negara tersebut (Brunei Review 2007). Kini,
Brunei berusaha untuk mempelbagaikan ekonominya untuk mengurangkan pergantungan kepada
minyak dan gas asli. Menyedari bahawa sumber tersebut akan habis, Brunei perlu mencari
sumber ekonomi baru. Untuk itu Brunei telah menggalakkan pelabur asing untuk datang melabur
ke negara tersebut. Antara suber baru yang cuba diperkenalkan oleh Brunei ialah teknologi
komunikasi, industri petrokimia, pelabuhan simpanan minyak, pelancongan dan pertanian.
Pengurangan kadar cukai dan pelbagai keistimewaan lain telah menarik pelabur asing untuk
melabur ( Bureau of Economic and Business Affairs 2012).

Dalam aspek ekonomi dengan kuasa besar pula terutamanya dengan Amerika Syarikat
dan China banyak di pengaruhi oleh sejarah ketiga-tiga negara tersebut. Brunei telah mempunyai
hubungan dengan China sejak abad ke17 lagi dan hubungan tersebut kekal dan diperkukuhkan
sehingga kini. Manakala hubungan dengan US pula sejak abad ke-19 ( Brunei Review 2007).
Sultan Brunei telah beberapa kali melawat China malah telah terdapat beberapa perjanjian
bersama antara kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi hubungan bilateral dan serantau.
Amerika juga merupakan negara penting dalam ekonomi Brunei. Sikap Brunei yang tidak
berpihak kepada mana-mana negara kuasa besar menjadikan ekonomi negara tersebut semakin
berkembang (Brunei Review 2012).

28 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Hubungan baik dalam ekonomi antara Brunei dan US dapat dibuktikan dengan
peningkatan eksport dan import negara-negara tersebut setiap tahun. Malah ketiga-tiga negara
tersebut turut mengadakan perjanjian bilateral dalam perdagangan yang memberi manfaat kepada
ekonomi Brunei. Hubungan baik Brunei dengan negara kuasa besar ini sememangnya
mengukuhkan lagi kedudukan Brunei sebagai negara kecil dalam ASEAN. Brunei menjadi
negara kecil yang berpengaruh bukan sahaja kerana kekuatan ekonomi dan sumber minyak,
tetapi juga sokongan daripada China dan Amerika Syarikat. Sokongan ini dapat di lihat apabila
China memberikan sokongan kepada Brunei dan sedia bekerjasama dengan Brunei untuk
memikul tanggungjawab sebagai ketua ASEAN. Malah Brunei juga menyambut baik hasrat
China dengan bekerjasama untuk mengekalkan keselamatan rantau Asia Tenggara dan hubungan
baik ASEAN dan China ( Ade Marboen 2013). Sokongan padu dari Amerika Syarikat juga dapat
dilihat apabila US membantu Brunei untuk membangunkan kepelbagaian ekonomi dalam usaha
Brunei mencapai Wawasan 2035. Malah US menyokong dan membantu Brunei dalam merangka
strategi dalam ekonomi serantau, tenaga perniagaan dan sokongan dalam usaha menerajui
ASEAN pada 2013 ( Anon 2013).

5.0 Kerangka Teori: Realisme

Menurut andaian realism, negara adalah aktor yang paling dominan dalam politik dunia. Robert
Jackson dan Georg Sorensen (1999: 43-86) menyatakan bahawa, dalam pendekatan realism
kepentingan negara (national interest) diutamakan melebihi kepada sistem antarabangsa. Dalam
konteks ini, realis percaya bahawa negara penting bagi kelangsungan hidup rakyatnya maka
perlu bagi mereka bertahan daripada diserang oleh unit lain dan keselamatan negara adalah
perkara yang paling penting yang harus difokuskan oleh aktor bagi mengekalkan
kelangsungannya.

Maka dalam hal ini, keselamatan negara dilihat sebagai satu syarat yang amat berkait
rapat bagi mengekalkan kelangsungan negara (survival) sama ada melalui ekonomi, diplomasi,
kuasa unjuran dan kuasa politik. Pada awalnya, ia memberi tumpuan kepada kekuatan
29 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

ketenteraan, namun begitu pada hari ini ia meliputi pelbagai aspek yang mana keselamatan
negara itu boleh dimiliki apabila negara mempunyai keselamatan ekonomi, keselamatan politik,
keselamatan individu dan masyarakat, keselamatan alam sekitar dan lain-lain.

Dalam banyak hujah yang dibentangkan, Wolfers (1962) meletakkan keselamatan
nasional sebagai satu simbol kabur yang mana diperjelaskan lagi menerusi petikan berikut;

...they may not mean the same things to different people. They may not have any precise
meaning at all. Thus, while appearing to offer guidance and a basis of broad consensus,
they may be permitting everyone to label whatever policy he favors with an attractive and
possibly deceptive name.

Kekaburan ini dikatakan adalah datang dari subjektiviti yang wujud dalam menentukan
ancaman-ancaman bagi keselamatan mana-mana negara. Maier (1990) dalam Romm (1993: 3-6)
pula menyatakan bahawa keselamatan negara;

...is best defined as the capacity to control those domestic and foreign conditions that the public
opinion of a mgiven community believes necessary to enjoy its own self-determination or
autonomy, prosperity and well-being.

Lasswell menyatakan bahawa keselamatan terletak pada imbangan kesemua instrumen-
instrumen dasar luar yang bermaksud penyelarasan sama ada dalam pengendalian senjata,
diplomasi, maklumat dan ekonomi serta hubungan dasar luar dan domestik. Pendapat Laswell ini
turut mengandungi dasar negara dan instrumen-instrumen yang berkaitan, dan juga mengimbas
elemen-elemen keselamatan yang dikenal pasti sebagai diplomasi, senjata, maklumat dan
ekonomi. Seterusnya, menurut Buzan, keselamatan negara adalah satu konsep yang ditakrifkan
lemah dan sakit tetapi pada masa yang sama ia adalah kuat dan kukuh dari segi politik
(Prabhakaran Paleri, 2008: 44). Oleh itu, tindakan yang dilaksanakan oleh Sultan Brunei ini
dapat dilihat dengan jelas dengan mendasari kepentingan-kepentingan negaranya bagi
meneruskan kelangsungan hidup rakyatnya melalui aspek yang paling diutamakan iaitu
30 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

keselamatan bagi melindungi kedaulatannya dan peranan ekonomi untuk mempertingkatkan
kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Bagi mengukuhkan keselamatan negaranya, golongan realis memerlukan kuasa sebagai
tanda aras kreadibiliti sesebuah aktor dalam menghadapi ancaman aktor-aktor yang lain. Dengan
kuasa, negara akan memperoleh kawalan sepenuhnya terhadap rakyat dan memastikan negaranya
tidak diserang oleh negara lain. Thucydides, Machiavelli, dan Hobbes pula berpendapat bahawa
tujuan kekuasaan dan alat-alat kekuasaan serta penggunaan kekuasaan merupakan fokus utama
dalam politik. Maka, politik antarabangsa digambarkan sebagai politik kekuasaan iaitu satu arena
persaingan, konflik dan perang antara negara-negara dimana masalah-masalah dasar yang sama
dalam mempertahankan kepentingan nasional dan dalam menjamin kelangsungan hidup negara.
Justeru itu, perlaksanaan dasar luar Brunei yang menjalinkan hubungan bilateral dengan Britain,
China dan Amerika Syarikat adalah demi mengukuhkan kuasanya yang sedia ada walau pun
sesetengahnya menganggap saiz Brunei tidak mampu menjadikannya sebagai salah sebuah
negara yang berkuasa.

Umumnya, penglibatan kekuasaan aktor dalam sistem antarabangsa adalah berkait rapat dengan
andaian realis yang seterusnya iaitu sistem antarabangsa ini adalah bersifat anarki,
international system is anarchy
23
.
Maka secara tidak langsung golongan realis mengemukakan dua tindakan yang boleh diambil
oleh aktor. Pertama adalah dengan kecenderungan negara besar untuk mendominasi aktor yang
lain manakala kemungkinan yang kedua pula adalah negara kecil akan membuat pakatan
(biasanya merujuk kepada pakatan ketenteraan) bagi mempertahankan kedaulatannya dan untuk
menyeimbangi kuasa mereka (balancing power)
24
. Golongan realis juga menyatakan bahawa
sifat anarki tidak akan berubah dalam sistem antarabangsa,
they accept the assumption that states operate in anarchic environments.
25



23
John J. Mearsheimer. The False Promise if International Institutions. International Security, Vol. 19, No.3. Winter.
1994-1995. P.10.
24
Stephen M. Walt. International Relations: One World Many Theories. Spring. 1998. p. 31.
25
John J. Mearsheimer. The False Promise of International Institutions. International Security, Vol. 19, No.3. pp.10-
11
31 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

6.0 Kesimpulan

Tuntasnya, dasar luar Brunei Darussalam ini adalah memfokuskan dua aspek yang paling
utama iaitu dari sudut keselamatan dan juga ekonomi. Dari aspek keselamatan dan pertahanan,
Brunei dan negara jiran tidak begitu menghadapi cabaran yang dianggap serius memandangkan
isu yang berbangkit seperti isu Limbang dapat diselesaikan dengan jayanya. Mengenai tuntutan
Spratly di Laut China Selatan yang dituntut oleh empat negara Asia Tenggara bersama China,
Brunei dilihat tidak begitu agresif. Hal ini kerana, tuntutan Brunei dianggap unik kerana
realitinya Brunei merupakan satu-satunya aktor yang tidak menempatkan ketenteraannya bagi
mewakili kerajaannya di sekitar kepulauan tersebut selagi ianya berasakan UNCLOS 1982.

Mengenai hubungan Brunei dengan negara-negara lain, ianya adalah berkenaan dengan
dasar luar aktor tersebut kerana umum mengetahui bahawa setiap aktor mempunyai
kepentingannya yang tertentu dan Brunei tidak terkecuali. Saiz keluasan wilayahnya sedikit
sebanyak memaksa Brunei menjalinkan hubungan yang lebih kukuh dan erat bersama negara-
negara seperti Britain, China dan juga Amerika Syarikat. Tujuannya adalah satu iaitu bagi
memelihara kedaulatan negaranya kerana bagi negara, kedaulatannya adalah satu ciri yang amat
penting mewakili kerajaannya secara menyeluruh. Maka, hubungan dari sudut ketenteraan dan
pertahanan oleh Brunei terhadap Britain, China dan Amerika Syarikat adalah strategi yang
dianggap sebagai berjaya memandangkan ianya dijalinkan dengan amat lancar sehingga ke hari
ini terutama dengan lawatan rasmi dan juga siri rundingan perjanjian yang dimeterai bersama.










32 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Rujukan

Anon. Elizabeth eratkan hubungan Britain-Brunei. Utusan Online, 22 Julai 1998.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=ot_03.htm.
Anon. 2010. Minyak Brunei VS Isu Limbang Malaysia Mutlak. Beita Semasa, 3 Mei.
http://beritasemasa.com/minyak-brunei-vs-limbang-malaysia-mutlak [12 Mei 2013].
Anon. Brunei Malaysia Relation. http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia-Brunei_relations [12
Mei 2013].
Anon. Limbang Division. http://en.wikipedia.org/wiki/Limbang_Division [12 Mei 2013].
Anon. 2006. Malaysia, Brunei Selesai Isu Limbang Secara Kekeluargaan. http://www.aspirasi-
ndp.com/arkib/MARCH09/Malaysia_Brunei_selesai_isu_Limbang_secara_kekeluargaan.
html [ 11 Mei 2013].
Anon. 2013. Bilateral trade between Brunei and China reach a record high. Economic and
Commercial Counsellors Office of the Peoples Republic of China in Negara Brunei
Darussalam.
http://bn2.mofcom.gov.cn/article/chinanews/201301/20130108520539.shtml [15 April
013].
Anon. 2012. The Council and Brunei. http://www.usasean.org/ [12 Mei 2013].
Ade Marboen. 2013. Brunei China Bahas Hubungan Bilateral. Antara News, 5Mei.
http://www.antaranews.com/berita/373071/brunei-china-bahas-hubungan-bilateral [ 13
Mei 2013].
Baldwin, D.A. 1997. The concept of security. Review of International Studies 23: 5-26.

Brunei-Amerika Syarikat Kukuhkan Kerjasama Dala Bidang Pertahanan
http://www.pelitabrunei.gov.bn/index.php/nasional/item/678-brunei-dan-amerika-
syarikat-kukuhkan-kerjasama-bidang-pertahanan [7 Mei 2013]

33 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Brunei dan Cabaran Pertahanan
http://officialsite.my/tempur/index.php?option=com_content&task=view&id=1432&Item
id=269 [8 Mei 2013].
Brunei Review 2007
Brunei review 2012
Bureau of Economic and Business Affairs. 2012. 2012 investment climate statement-Brunei. US
Department of State. http://www.state.gov/e/eb/rls/othr/ics/2012/191116.htm [12 Mei
2013].

Dr Pobzeb Vang. 2008. Five Principles of Chinese Foreign Policies. Bloominton Indiana.
AuthorHouse.
Dr. Muhammad Hadi Bin Md Melayong. Hubungan Brunei-Great Britain. Halaman 1-36.

Department of Economic Planning and Development. 2010. Brunei Darusslam: Millenium
Development Goals and Beyond. Government of Brunei Darussalam.
Foreign Relation of Brunei. http://en.wikipedia.org/wiki/Foreign_relations_of_Brunei [ 12 Mei
2013].
Haji Muhammad bin Haji Awang Damit. Hubungan Persahabatan Brunei British: Menarik
Rambut Dalam Tepung. Akademi Pengajian Brunei Uniersiti Brunei Darussalam.
Hadi Dp. Mahmud. 2007. High Level Brunei China Military Training
Exchanges.http://www.bt.com.bn/home_news/2007/11/29/high_level_brunei_china_milit
ary_training_exchanges [15 April 2013].
Jackson, R & Sorensen, G. 1999. Introduction To International Relations. New York: Oxford
University Press Inc.
Klein, N. 2011. Maritime Security and the Law of the Sea. New York: Oxford University Press
Inc.


34 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Hubungan Brunei-Ameika Syarikat Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Bidang
www.pelitabrunei.gov.bn/index.php/component/k2/item/1570-hubungan-brunei-amerika-
syarikat-tingkat-kerjasama-pelbagai-bidang [7 Mei 2013]
Laman Rasmi Kementerian Pertahanan Brunei
www.mindef.gon.bn [8 Mei 2013]
Lim Tai Wei. 2010. Oil and Gas in China : The New Energy Superpowers Relations with its
Region. Singapore. World Scientific Publishing Co.Pte. Ltd.
Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China.
http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml [15 April 2013].
Ministry of Foreign Affairs and Trade. http://www.mofat.gov.bn/ [12 Mei 2013].
Ministry of Foreign Affairs and Trade Brunei Darusalam.
http://www.mofat.gov.bn/index.php?option=com_k2&view=item&id=64:albania&Itemid
=192 [28 April 2013].
Ministry of Foreign Affairs of the Peoples Republic of China.
http://www.fmprc.gov.cn/eng/zxxx/t1029400.shtml [28 April 2013].
Mearsheimer, J. J. The False Promise if International Institutions. International Security, Vol. 19,
No.3. Winter. 1994-1995
Mohd Yusop Damit. Britain dan pencapaian berkerajaan sendiri Brunei: Mengimbas hubungan
Brunei dan Britain sejak akhir perang dunia kedua sehingga 1959. Jabatan Sejarah,
Universiti Brunei Darussalam: Halaman 1-14.
Pabhakaran Paleri. 2008. National Security: Imperatives and Challenges. New Delhi: Tata
McGraw-Hill Publishing Company Limited.
Prashanth Parameswaran. 2012. China and Brunei : Ties that Bind.
http://www.jamestown.org/single/?no_cache=1&tx_ttnews%5Btt_news%5D=40069 [15
April 2013].
Romm, J.J. 1993. Defining National Security: the Nonmilitary Aspects. New York: Council on
Foreign Relations Press.
Storey, I. 2012. Asias Changing Balance of Military Power: Implications for the South China
Sea Dispute. http://www.nbr.org/publications/element.aspx?id=564[28 April 2013].
35 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam

Walt, S. M.1998. International Relations: One World Many Theories. Foreign Policy, Spring.

Zulkifli Jalil. 2010. Penjelasan Rais isu Limbang. Utusan Online, 9 Mei.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm [ 10 Mei 2013].
Office of the United States Trade Representative: EXECUTIVE OFFICE OF THE PRESIDENT.
[atas talian]. http://www.ustr.gov/countries-regions/southeast-asia-pacific/brunei-
darussalam. [7 Mei 2013]
US-ASEAN BUSINESS COUNCIL, INC. http://www.usasean.org/countries/brunei/about. [10
Mei 2013]
U.S. Department of State: Diplomacy in Action.
http://www.state.gov/r/pa/ei/bgn/2700.htm. [10 Mei 2013]
US Department of Commerce: United State Cencus Bureau.
http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5610.html. [10 Mei 2013]
L, Suzimah. 2011. JOINT DEFENCE WORKING COMMITTE (JDWC) BETWEEN BRUNEI
DARUSSALAM AND UNITED STATES.
http://www.mindef.gov.bn/MOD2/index.php?option=com_content&view=article&id=12
03:11th -joint-defence-working-committee-jdwc-between-brunei-darussalam-and-
the-united-states- &catid=1:news&Itemid=92. [12 Mei 2013]

You might also like