You are on page 1of 8

NOTA SEJARAH TING.

5
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI
ASIA TENGGARA

SEKOLAH TUN FATIMAH


NOR AZAH BINTI MAHIZAN
930708-05-5148
Nota Sejarah Tingkatan 5 - Bab 1

 
 
1.1             Imperialisme di Asia Tenggara

1.   Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara

lain untuk kepentintgan tertentu.

1.1.1   Imperialis Barat

1.   Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa barat menguasai wilayah-wilayah Amerika

Latin, Afrika dan Asia.

2.   Di Asia Tenggara antara negara-negara Barat yang terlibat dalam imperialismeialah Portugal (Melaka), Sepanyol

(Filipina), Belanda (Indonesia), Britain (), dan Amerika Syarikat.

 
1.1.2   Faktor-faktor Imperialisme Barat Di Asia Tenggara

1.   Bekalan bahan mentah diperlukan secara konsisten untuk membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil

perkilangan secara besar-besaran.

2.   Perkembangan sistem pengangkutan dan pehubungan seperti penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan

perjalanan dengan cepat dan muatan yang lebih besar. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah

memendekan jarak antara Barat dan Timur. Penciptaan Telegraf membolehkan kuasa-kuasa imperialis

memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan.

3.   Persaingan antara kuasa-kuasa Barat bagi membuktikan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut apabila

semakin bayak negara jajahan yang ditakluk.

4.   Menggunakan slogan beban orang putihuntuk menyatakan bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.

5.   Perkembangan Revolusi Perindustrian, dan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi mendahului negara-

negara lain. Perkembangan ini telah meningkatkan keyakinan orang Barat untuk melakukan apa sahaja demi

kebaian mereka.

 
1.2      Perubahan Sistem Politik

1.   Sebelum Kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan

beraja.

2.   Bagi imperialis Barat, mereka perlu menguasai sistem politik untuk menguasai ekonomi negara jajahan bagi

mencapai matlmat utama mereka.

 
1.2.1     Pengenalan Sistem Sirokrasi Barat

1.   Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang Diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara.

●    Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan silayah-wilayah di tanah jajahan.

●    Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.

●    Perlaksanaan pentadbiran melalui biro.

●    Perlantikan ketua barat sebagai ketua biro.

●    Pengenalan undang-undang barat.

Filipina

1.   Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu.

2.   Diselatan kepulauan Filipina terdapat kerajaan-kerajaan Isla.

3.   Apabila Sepanyol menguasai Filipina, mereka kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat

dengan struktur pemerintahan berikut:

 
 

4.   Pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang diketuai oleh

Encomiendo dan dibantu oleh Encominda (barangay-barangay yang digabungkan)

5.   Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh

golongan datu.

Indonesia

1.   Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Maratam dan kerajaan Bantam di

Jawa.

2.   Setiap kerajaan tersebut diterjui oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.

3.   Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah aatu bupati (di Jawa).

4.   Setelah Belanda menguasai Indonesia, mereka telah membahagikan pemerintahan Indonesia kepada dua:

●    Pentadbiran Pusat

●    Pentadbiran Tempatan.

5.    Perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam sistem pemerintahan tradisional

tempatan di Indonesia.

Ciri-ciri Perubahan
 
Pentadbiran Pusat Diketuai oleh Gabenor Jeneral
 
Pentadbiran Dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan
Tempatan  pegawai Belanda.  

 
Penubuhan Jabatan Antaranya Jabatan Pejalajaran dan Pertanian.
 
Kerajaan
 

Penubuhan Dewan Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa  

Tempatan perundangan.

Penubuhan Volsraad Merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah
ke arah kemerdekaan. Penubuhannya akibat desakan Sakerat
Islam.
 

Burma

1.   Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja dibawah Dinasti Konbaung. Struktur pemerintahannya

seperti di bawah;

  

2.   Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British menguasai seluruh Burma dan

menghapuskan Dinasti Konboung.


3.   Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.

4.   Sistem pentadbiran tempatan diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) dan sistem undang-undang Barat

diperkenalkan.

5.   Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh

undang-undang Barat.

6.   Beberapa jenis jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan kesihatan telah ditubuhkan.

IndoChina

1.   Pada awalnya negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh yang mempunyai kuasa mutlak yang memberikan kuasa

penuh kepada kerajaan tempatan.

2.   Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan Bahasa dan

kesusasteraan China.

3.   Selepas dikuasai oleh Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang

bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

4.    Perancis juga membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Semua undang

undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.

5.   Pentadbiran pemerintahan tempatan didak diganggu oleh pentadbiran pusat tetapi perlu membayar cukai dan

menyediakan kerahan tenaga.

Melaka

1.             Pada awalnya Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan menjadi

ikutan kebanyakan negeri Melayu.

2.             Semasa Pemerinthan Belanda, insitusi raja di Melaka di runtuhkan.

3.             Kemudian semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan untuk

menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)

4.             Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, British telah

memperkenalkan Sistem Residen.


5.             Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu  (NNMTB) iaitu terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu,

Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat.

6.             Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS.

7.             Tugas utama residen untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan

adat-istiadat Melayu.

8.             British juga telah menjalankan pelbagai perubahan

9.              

You might also like