You are on page 1of 18

Gambar 1 : Peta Sabah

PENGENALAN
Salahsilah asal perkataan terjadinya Sabah adalah berasal daripada sejenis tanaman.
Tanaman pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH"
atau "JABA" oleh masyarakat Bajau dan Suluk yang sangat popular dibuat pisang goreng.
Pisang ini biasanya ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.
Tulisan puisi Jawa
Nagarakertagama
nurkilan Prapancha
pada tahun 1365
menyebut Sabah
sebagai 'Seludang'.
Manakala asal nama
Manila (Filipina) juga
adalah 'Selurong'.
Sejarah ini merujuk
kepada penguasaan

sebuah kerajaan yang sangat kuat pada ketika dahulu iaitu Kesultanan Sulu.
Dalam tulisan Marco Polo pula sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali
sebagai "Burni" yang mungkin merujuk kepada Kesultanan Brunei. Ini tidaklah
menghairankan kerana nama BORNEO itu sendiri merujuk kepada penguasaan Kerajaan
Brunei
Bendera Sabah
Menurut maklumat Pejabat Penerangan Negeri
Sabah, bendera Negeri Sabah berbentuk empat
persegi bujur pada kadar 1 : 2. Petak utama
dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan
buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna
biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk
Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang
berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama.
Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana
Gambar 2 : Bendera Sabah
jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon,
jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan
kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Lima jenis warna itu melambangkan 5 buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk
Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah. Lima daerah pentadbiran atau Bahagian
yang dahulu dikenali sebagai "Residensi" iaitu:
1. Bahagian Kudat
2. Bahagian Pantai Barat - Utara & Selatan
3. Bahagian Pedalaman
4. Bahagian Sandakan
5. Bahagian Tawau
Penduduk Sabah kini dianggarkan sebanyak 3,206,742 orang dan merupakan negeri ke-3
yang teramai di Malaysia selepas Negeri Selangor dan Negeri Johor. Sabah merupakan
negeri yang paling berbilang kaum di Malaysia. Antara Kaum-kaum yang terdapat di Sabah
ini ialah Kaum Kadazan-Dusun, Murut, Bajau, Melayu-Brunei, Rungus, Orang Sungei,
Idahan, Illanun (Iranun), Kedayan, Bisaya, Bonggi, bumiputera Sabah yang lain serta
masyarakat minoriti yang lain seperti pendatang daripada Filipina seperti Suluk (Tausug )
dan Yakan dari selatan Filipina, serta masyarakat Jawa, Bugis dan Timor dari Indonesia
yang telah hidup aman dan makmur sejak sekian lama.







Kadazan Dusun
Kaum etnik Kadazan-Dusun adalah
satu nama kaum bumiputera asli
yang terbesar di Sabah. Kaum
Kadazan-Dusun ini menggunakan
pelbagai dialek dan bahasa dengan
pelbagai kebudayaan dan adat
resam tradisional. Oleh yang
demikian, terdapat 27 suku etnik ini.
Diantaranya ialah Dusun Liwan,
Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun
Lotud, Bagahak, Dusun Labuk,
Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo,
dan sebagainya.
Terbentuknya Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun
serta beberapa etnik kecil lain. Gabungan ini berlaku atas sebab pertelingkahan politik
dimana Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan,
mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi
kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Maka cadangan ini
dipersetujui oleh ramai, namun begitu sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih
besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Tarian Sumazau
Tarian ini ialah sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal bagi rakyat Sabah
khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Tarian ini merupakan tarian tradisi suku kaum
Kadazan-Dusun.
Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazan-
Dusun yang sering dipersembahkan pada Tadau
Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang
dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak
penerbangan burung helang yang disaksikan
petani-petani yang berehat di sawah sewaktu
musim menuai. Penari-penari yang menjayakan
Gambar 3 : Pakaian Kadazan-Dusun
Gambar 4 : Helang
tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa
bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk
mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan
juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian Sumazau ini ditarikan dengan
diangkat kedua-dua tangan ke paras
bahu dan dikibar-kibarkan umpama
kipasan sayap burung. Gerak dan irama
tarian Sumazau adalah perlahan-lahan
dan lemah lembut. Pasangan penari
lelaki dan wanita menari berhadapan
dan mereka menggerak-gerakkan kaki
dengan langkah kecil, sementara tumit
kaki diangkat dan diturunkan mengikut
irama lagu.
Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis
jamuan. Namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan Bambaazon
(Semangat Padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai
pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6
buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh
dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa dengan
Peralatan Muzik Tradisional Negeri Sabah.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya
memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan
benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang
(tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya
akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis
perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia
Gambar 5 : Tarian Sumazau
turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat
umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.
Bajau






Kaum Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak
beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan mereka juga antara
bumiputera terbesar di negeri abah dan sekitarnya. Kaum etnik Bajau boleh dibahagikan
kepada kaum Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan
Papar. Manakala kaum Bajau Pantai imur pula menetap di sekitar udat, andakan,
Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau.
Kebanyakan pekerjaan mereka adalah sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat
di samping menunggang kuda. Manakala Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan
penyelam yang mahir.
Kaum Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan cara
penangkapan tradisional pada masa dahulu. Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal
di daerah emporna.
Manakala di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran
kebanyakan mereka adalah nelayan, pesawah dan
penternak serta bercucuk tanam. Bajau ota elud
pula digelar Koboi Sabah dan di kenali di seluruh
dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana orang
Bajau sudah lama terkenal dengan penunggang
kuda handan dan tiada tolak bandingnya serta
mereka juga bekerja sebagai pesawah dan penternak.
Gambar 6 : Etnik Bajau
Gambar 7 : Bajau Kota Belud
Gambar 9 : Pedang Kota Belud

Kaum Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari
daerah Semporna juga mendapat gelaran
istimewa dan unik seperti sea
gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar
Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang
Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh
tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum
Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang
Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualiti
dan senang di dapati sehinggakan menjadi
tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh
para pengunjung yang singgah di Kota Belud.
Orang Bajau Pantai arat adalah berbeza
dengan orang Bajau antai Timur khususnya
daerah Lahad Datu dan Semporna.
Ini termasuk dari segi
pertuturan, pakaian
tradisi, adat resam dan
budaya hidup adalah
sangat berbeza. Orang
Bajau Pantai Barat
banyak yang terlibat
dengan pertanian
sawah padi manakala
orang Bajau Semporna
terkenal dengan
kegiatan penangkapan
hasil laut.


Gambar 8 : Bajau Pantai Timur Sabah
Gambar 9 : Pakaian Etnik Bajau
Tarian Dalling-Dalling ajau dan gal gal ajau
Tarian ini sangat dipelihara oleh kaum etnik Bajau
di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan
memelihara budaya bangsa untuk menjamin
kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah
mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara
(Sabah) terutamanya di Semporna. Mereka bangkit
dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di
kalangan generasi mudanya hari ini.
Dalling-dalling adalah kata ganda daripada
perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang
bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak
tertentu. Tarian ini sebagai hiburan di majlis
keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian
daling-daling biasanya diiringi oleh pantun yang
dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua
penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan
dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang.
Pemuzik akan dibantu oleh seorang
penyanyi lain yang lazimnya wanita,
terutama apabila aturcara majlis dijangka
mengambil masa yang lama yang
kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka
mendapati, tarian dalling-dalling akan
semakin rancak dan menghiburkan
apabila ia ditarikan oleh penari secara
berpasangan dan kedua-dua penyanyi
dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian,
semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing
untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.


Gambar 10 : Tarian tradisional Bajau
Gambar 11 : Tarian daling-daling Bajau
Gambar 12 : Pengantin etnik Bajau
Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)
Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisi suku
kaum Bajau Kota Belud. biasanya tarian Limbai
ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin
lelaki yang diarak ke rumah pengantin
perempuan.
Tarian Limbai dipersembahkan di hadapan
pengantin ketika mana rombongan lelaki
sampai dan perarakan dihentikan sementara. Ia
merupakan upacara khas sebagai isyarat sebelum dijemput pengantin lelaki naik ke rumah
untuk melakukan istiadat pernikahan.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang
pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang
pemukul gendang, dua orang pemain gong
dan seorang pemain bebandil.Tarian ini
mengiringi anggota-anggota rombongan
pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-
penari melambai-lambaikan selendang
mereka sebagai lambang mengundang
dan mengucapkan selamat datang.
Tarian Runsai juga merupakan tarian
tradisional suku kaum bajau di Kota Belud.
Tarian Runsai selalu di tarikan di majlis
perkhawinan pada sebelah malam. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang
penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan
dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan
perempuan.




Gambar 13 : Tarian Limbai dan Runsai
Murut
Kaum Murut menetap di pedalaman dan
kawasan tenggara Sabah serta wilayah
perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak.
Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga
terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom,
Kemabong, Pensiangan dan Keningau.
Dahulu mereka tinggal di dalam rumah
panjang dan hidup harmoni dalam keluarga
besar. Kebanyakan mereka adalah petani
berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan
hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang
berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Perkataan Murut merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau
tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau,
Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada
Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan
Murut Serundung.
Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih
kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan
Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum
Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi
bahasa mereka.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan
sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah
panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang
tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut
pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi
seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi
bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh
generasi muda suku kaum ini.
Gambar 14 : Pakaian etnik Murut
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis
harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta
sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas
mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai
yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di
bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut
ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka
sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan
Adat istiadat
Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa
upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau
Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat
dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama.
Adat seperti tinauh atau Bului dan barian sampai mati masih diamalkan hingga kini. Adat
tinauh adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut
Tahol atau Tagal. Adat tinauh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan
perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tinauh
ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka.
Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan
serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tinauh terdapat beberapa
upacara yang perlu dilakukan. Adat barian sampai mati juga adalah adat kaum Murut yang
sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.
Hanya murut dari etnik Tahol saja pernah mengamalkan barian sampai mati, tetapi pada
masa ini adat tersebut sudah tidak diamalkan oleh kerana arus pemodenan yang berlaku
kepada kaum Murut.






Tarian Magunatip
Ini merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon
dari daerah Tenom. Magunatip berasal dari perkataan
apit yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari
terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap
mengelakkannya).
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magginakan yang
memuja semangat padi. Biasanya tarian ini tidak
memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang
dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama
menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang
berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan
dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian
Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.














Gambar 15 : Tarian Magunatip
Gambar 16 : Perayaan Keamatan
Perayaan Keamatan (Menuai)
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan
"Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu
semangat padi.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan )
dan isterinya Suminundu mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama
Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-
orang Kadazandusun daripada kebuluran
kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa
mengorbankan anak kesayangan mereka
Huminodun. Huminodun dibunuh dan
mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih
tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan
itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi,
maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama
"Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta
Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini
mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara
penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah
selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.
Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan
dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang
sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-
orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan
yang dirayakan telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum
Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah
yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian
Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan
Gambar 18 : Kinomol
dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian
ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan
umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian
dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan
persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong
dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum
tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai
merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada
daripada beras(nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di
dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu,
atau ubi kayu diperam
selama dua hingga tiga
minggu.
Biasanya tapai dicampur
dengan ragi untuk
mempercepatkan proses
"memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan
tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka
menggunakan
sebatang buluh kecil
yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini
dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling
digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat
daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga
menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung"
yang diperbuat daripada buluh.



Gambar 17 : Kinomol
Gambar 19 : Kinomol
Pakaian Tradisional Sabah
Penggunaan pakaian-pakaian tradisional
mereka boleh dilihat dari dua sudut
zaman iaitu zaman klasik dan zaman
moden. Di zaman klasik, pakaian-
pakaian tradisional ini dipakai semasa
uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan
dan sebagai pakaian seharian. Di zaman
moden pula pakaian-pakaian tradisional
ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan
yang tertentu seperti di hari perkahwinan
oleh pengantin lelaki dan perempuan
serta untuk acara-acara kebudayaan.
Kebanyakan suku kaum di Sabah
memilih hitam sebagai warna pakaian
traditional mereka.Oleh itu,penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa
warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat
melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Sesetengah pihak
mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan
keadaan semulajadi di waktu itu.
Pada masa lalu, batu akik
merah, manik-manik kaca
berwarna, kulit kowri, butang
putih atau cakera yang dibuat
daripada cengkerang dan
tembaga digunakan untuk
menghiasi pakaian lelaki dan
perempuan. Pada hari ini,
kebanyakan hiasan-hiasan ini
diganti dengan manik-manik
plastik dan bahan moden yang
lain seperti benang emas dan
perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai
dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang
dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat
Gambar 20 : Pakaian tradisional Sabah
Gambar 21 : Pertandingan ratu cantik pakaian Sabah
daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat
daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk
menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai
pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-
terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai
tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari
orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih
memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segi empat
yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum
wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan
kegiatan yang dilakukan.

PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DAPAT
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sebagai seorang guru dan pendidik, adalah penting untuk kita memahami konsep
kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Kesedaran dan kefahaman konsep kepelbagaian
pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh
mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial. Guru-guru perlu
mengambil perhatian bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya.
Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi
semua murid.
Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi dalam
bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka menghadapi situasi pengajaran
dengan keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini dengan
pertimbangan bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka mengambil
kira sensiviti budaya. Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran
pelbagai budaya harus berinteraksi dengan lebih positif supaya dapat memupuk
kebanggaan budaya masing-masing bagi memangkin kematangan intelek.
Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara
guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik
boleh mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. Apabila kita
bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang berbeza, guru
seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan rumah murid. Guru yang
mengajar dalam situasi budaya berbeza harus menggunakan ciri-ciri perbezaan budaya,
latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep,
prosedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke
dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi.
Selain daripada membantu pelajar memperolehi pengetahuan, pedagogi relevan
budaya juga memberi motivasi kepada murid supaya belajar secara konstektual, iaitu
mengambilkira pengalaman murid yang berbeza. Guru yang mengelolakan pedagogi dalam
bilik darjah pelbagai budaya harus berfikiran kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan
murid pelbagai budaya. Guru juga mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh
belajar dan mencapai kejayaan serta boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa
murid berlainan budaya. Guru haruslah mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan
sentiasa bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai
budaya.
Guru yang mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dengan mengambilkira konsep perbezaan
individu. Sebagai contoh, guru digalakkan menggunakan kaedah dan teknik pembelajaran
kolaboratif dan koperatif dimana kaedah ini mengalakkan murid berbincang dan melibatkan
ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli
kumpulan terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Murid juga
digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi
pembentangan perlu mempamerkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru
perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif
melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu
dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang
sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas.
Guru juga perlu merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk :
Budaya Masyarakat Majmuk. Contohnya, murid berbangsa Melayu diberi tajuk Budaya
Orang Cina, murid berbangsa Cina diberi tajuk Budaya Orang India dan murid berbangsa
India diberi tajuk Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki murid
meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain.
Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan
murid lain daripada pelbagai budaya memberi maklumat, huraian atau memperbaiki
persepsi budaya masing-masing.
Selain itu, kaedah projek juga boleh dilaksanakan. Kaedah ini memerlukan
pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang
sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi
tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka
boleh berkongsi pengalaman dan membuat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid
boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya
yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan membuat
projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya.
Guru harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya semasa
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, semasa mengajar kemahiran bacaan
terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra budaya. Bahan
bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah boleh membawa konflik
permikiran murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus merapatkan perbezaan
budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan budaya. Sebagai guru
yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan
dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah. Guru perlu mengetahui dan memahami
perkataan atau ayat yang boleh menyinggung budaya murid serta menggalakkan murid
membaca dan memahami bahan rentas budaya.
Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat
penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih
lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal
harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal
sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana
serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari
pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat
membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut
kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita
dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer dan televisyen. Guru perlu
menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat
kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya
satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan
kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan, ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum
etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan dapat
mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya.
Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural-mural biasanya dilakukan oleh guru
kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya
tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal
pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti
yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan
etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan
serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta
belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama antara satu sama lain.



Rujukan :
http://paradiseofdborneo.blogspot.com/p/pakaian-tradisional-etnik-sabah.html - Pakaian
etnik sabah
http://paradiseofdborneo.blogspot.com/p/pesta-kaamatan.html - Pesta keamatan (menuai)
http://taman14.blogspot.com/

You might also like