You are on page 1of 2

Kecuaian manusia merupakan faktor utama berlakunya kemalangan jalan

raya di negara kita. Bincangkan.



Saban tahun kemalangan jalan raya di negara kita meningkat menjelang
musim perayaan. Kemalangan jalanraya tidak dapat dipisahkan daripada
musim perayaan. Menjelang musim perayaan setiap tahun pasti jumlah
kemalan di jalan raya di negara kita akan meningkat secara mendadak.
Mengapakah kemalangan meningkat setiap tahun? Adakah kerana
penguatkuasaan tidak berkesan atau kerana keadaan jalan yang tidak
stabil? Jawapannya tepuk dada tanya selera.
Kemalangan maut sering berlaku di lebuh raya. Antara kenderaan yang
sering terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah bas, lori dan kereta.
Manakala jumlah kemalangan yang mencatat kematian yang tertinggi ialah
penunggang motosikal. Baru-baru ini, kemalangan maut yang melibatkan
bas terbabas kerana tidak dapat dikawal mencatat jumlah kematian yang
tertinggi, iaitu seramai 15 orang. Apa yang dapat disimpulkan tentang
kemalangan jalan raya ialah berpunca daripada sikap manusia. Sikap
manusia atau pemandu yang cuai di jalan raya adalah punca utama nahas
jalan raya meningkat setiap tahun. Sikap acuh tidak acuh sikap pemandu
terhadap undang-undang jalan raya menjadi pemangkin peningkatan
kemalangan jalan raya di negara kita.
Terdapat beberapa punca nahas di jalan raya. Antaranya ialah sikap
pemandu yang suka memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Had laju yang ditetapkan di lebuh raya ialah 120km sejam, tetapi
pemandu memandu melebihi 130km sejam. Bagi jalan-jalan persekutuan
pula pula, had laju yang ditetapkan ialah 90km sejam. Adakah pemandu-
pemandu di negara kita mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh
kerajaan? Jawapannya tentulah tidak kerana jumlah kemalangan maut di
jalan raya di negara kita meningkat setiap tahun. Paparan di dada
akhbar pada musim-musim perayaan amat menyayat hati. Sebagai contoh,
dalam perayaan Aidil Fitri yang lalu, orang ramai terpaksa menyaksikan
seorang penumpang yang kemalangan tersepit dalam kenderaan tidak
dapat dikeluarkan dan mati kerana kenderaan tersebut meletup tiba-tiba
selepas terbabas. Apakah perasaan kita, jika kita sendiri yang mengalami
keadaan seperti itu?
Selain itu, kemalangan jalan raya berlaku di negara kita kerana sikap
pemandu yang cuai dan mengantuk semasa memandu. Mengantuk adalah
faktor utama kenderaan yang dipandu akan terbabas seterusnya melanggar
penghadang jalan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.
Keadaan pemandu yang mengantuk atau kurang rehat menyebabkan
mereka tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan semasa memandu
kenderaan. Apabila tumpuan pemandu tidak fokus, kemalangan boleh
berlaku pada bila-bila masa. Hal ini seterusnya akan menyebabkan
kemalangan maut yang ngeri. Sebagai contoh, kemalangan ngeri yang
melibatkan bas ekspres Syarikat Sani dalam perayaan Hari Raya Puasa
baru-baru ini meragut hampir 15 nyawa. Adalah sia-sia nyawa terkorban di
jalan raya. Justeru, sikap pemandu yang cuai dan mengantuk semasa
memandu akan mengundang padah kepada pengguna jalan raya yang lain,
bak kata pepatah orang lain yang makan nangka, orang lain yang
terkena getahnya.
Intihanya, kemalangan jalan raya boleh dielakkan apabila semua pengguna
jalan raya sentiasa berhemah ketika memandu. Kecuaian dan kelalaian
sikap manusia adalah punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Oleh itu, perubahan sikap pemandu ketika berada di atas jalan raya dapat
mengurangkan tragedi yang mengorbankan nyawa manusia. Mantan
Perdana Menteri keempat pernah berkata, rakyat Malaysia mempunyai
kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas
ketiga. Fahamilah kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana jika kita
tidak berubah maka orang lain tidak dapat menggerakkan kita. Tepuk dada
tanya selera kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

You might also like