You are on page 1of 8

DEMOKRASI DI MALAYSIA BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

Malaysia adalah sebuah Negara bangsa yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3. Malaysia adalah Negara yang
terbentuk selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Secara Majoriti suku kaum yang terkandung di dalam Negara Malaysia adalah
Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan agama, kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin
bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia
baru.Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia
mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk system politik yang popular
diamalkan oleh Negara-negara yang mempraktikkan system demokrasi.
Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah Negara yang demokratik yang berpelembagaan
dan berdaulat, mendukungi keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang
menjamin hak rakyat. Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan bahawa
Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik. walaupun pemimpin menganggap mereka mengamalkan Negara yang
demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali.
Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Walaupun dengan lantang pihak pemimpin atasan mahupun
bawahan mempertahankan yang mereka mengamalkan demokrasi, malang sekali ia boleh dijustifikasikan.
Ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains politik menamakan jenis demokrasi seperti di Malaysia sebagai Quasi-
Democracy or Pseudo-Democracy iaitu Separa Demokrasi atau Demokrasi Palsu (Wiliam Case 2004, Zakaria Ahmad
1989) atas sebab pelbagai amalan undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan
meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.
Kerajaan Malaysia melaung-laungkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar, tetapi berdasarkan erti dan
konsep-konsep demokrasi yang diketengahkan ahli-ahli sarjana dan di dalam erti kata sebenar juga menunjukkan bahawa
Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Terdapat pelbagai factor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah
Negara yang tidak demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia hanya mengamalkan semi-demokrasi.
Diantara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan
sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia :-

Kebebasan Bersuara
Kebebasan, semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan
berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minority. Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majority yang
menguasai kerajaan mendenda golongan minority dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Oleh itu
semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah agar tidak menjejaskan hak asasi golongan
minority.
Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam pengamalan demokrasi. Terdapat banyak
kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan, lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan.
Hak-hak asasi manusia global seperti hak-hak bersuara, dalam mencapai demokrasi permuafakatan dengan berkumpul dan
mendirikan persatuan, disamping rule of law sering mewarnai perjuangan di Malaysia.
Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan sentimen perkauman dengan
bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun agama. Ini menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan
perlu.
Jika Malaysia Negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya memberikan permit kepada rakyat yang ingin mengadakan
perhimpunan. Mereka sekadar ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan suara,
sepanduk sepanduk dan sebagainya bagi mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini.
Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan,
rakyat yang mengadakan demonstrasi disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada dan mengarahkan pihak
polis menyuraikan. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan
ketidakadilan berlaku kepada rakyat.
Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal
pasti bbaru-baru ini dimana pada 10 september gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan
BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan
pilihanraya yang bersih. Mereka berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu.
Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun perhimpunan tersebut tetap berlansung
dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut.
Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini kerana pihak polis telah bertindak
menangkap terhadap peguam-peguam yang mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih
mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan.
Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi
wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun di dalam
Negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini menampakkan seolah-olah Malaysia adalah Negara polis, kerana kuasa polis amat
luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. Di manakah demokrasi yang dicanang oleh pihak pemimpin.

Kebebasan Media Massa.
Media Massa samada media elektronik ataupun media cetak adalah satu sistem komunikasi atau sistem yang digunakan oleh
setiap Negara bagi maklumat-maklumat yang meliputi semua perkara. Setiap Negara yang mengamalkan demokrasi perlu
memberikan hak kepada mana-mana individu mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi memberikan
maklumat yang mereka ada.
Namun di Malaysia, kebebasan media massa telah disekat sama sekali. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan
telah memonopoli sama sekali media massa ini. Memonopi media disini bermaksud, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan parti
yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan
elektronik. Sesebuah Negara yang mereka katakan demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik
adalah dibenarkan. Tetapi ia berlaku sebaliknya.
Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk mendapatkan lessen rasmi setiap tahun
dan mempunyai kuasa dan selera untuk menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya. Kerajaan
mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti
pembangkang hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja.
Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan parti pemerintah dan keburukan parti
pembangkang. Hanya orang yang tak cukup akal sahaja yang boleh menerimanya. Orang-orang yang tak cukup akal inilah yang
tergolong dalam masyarakat yang berfikiran sempit dan terlalu lama duduk di dalam kepompongnya sendiri.
Walaupun pihak pembangkang tidak dapat menggunakan media seperti parti pemerintah, tetapi pihak pembangkang telah
menggunakan pendekatan dengan melancarkan Akhbar mereka sendiri iaitu Harakah. Pada peringkat permulaannya, Harakah
dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang penjualannya oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan
pembelian Harakah oleh masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat mempengaruhi rakyat, maka pihak kerajaan telah
menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu pun tidak dapat
menghalang kebimbangan mereka setelah kerajaan mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2 kali
dalam sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara.
Pihak pembangkang juga terpaksa mengadakan ceramah-cerama bagi memudahkan komunikasi mereka dengan rakyat,
namun ceramah-ceramah mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak memberikan permit. Di manakah demokrasi yang
diperkatakan.

Sistem Kehakiman
Kita juga dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan ketawa orang ramai manakala pihak polis
juga telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata . Institusi ini yang sepatutnya memperlindungi rakyat sebagai
tunjang demokrasi nampaknya kecundang dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang semakin gelisah akan kehilangan
kuasa.
Contoh yang amat ketara dan terbaru dimana terbongkarnya sistem kehakiman yang pincang dimana seorang peguam telah
mengadakan perbualan dengan seorang hakim dalam percaturan kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara yang amat
memalukan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman.
Namun yang menjadi persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah tetapi sebaliknya
berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.

Menganaktirikan Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang
Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan Negeri yang pernah ditawan parti pembangkang ini adalah kawasan atau
negeri yang dimenangi oleh pihak berhaluan kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini adalah, Pihak
kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi pembangkang dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan
pembangunan. Pihak kerajaan yang diwakili parti pemerintah juga cuba menakut-nakutkan pelabur tempatan supaya tidak
membuat pembangunan di negeri yang ditakluki parti pembangkang.
Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum bahawa, parti pembangkang tidak berjaya
dan tidak mampu membangunkan negeri mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada umum
tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya
memperlakukan perkara sedemikian. Walaupun negeri tersebut dimenangi pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi
peruntukan yang sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut.

Kongkongan Terhadap Pekerja Sektor Awam
Ketidakadilan juga berlaku apabila pihak kerajaan atau parti pemerintah seolah-olah menakut-nakutkan dan seolah-olah
mengugut rakyat yang bekerja di sector Awam. Hak rakyat untuk mengundi dengan telus juga tidak mencapai target kerana
kebimbangan rakyat oleh kerana pelbagai undang-undang keras dan penindasan oleh kerajaan terus menimbulkan rasa takut.
Rakyat berasa bimbang pekerjaan mereka akan terjejas jika mengundi dengan telus.
Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku di Negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ini menampakkan seoalah-olah
pihak kerajaan tidak professional dalam menjalankan pilihanraya yang telus dan adil.

Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya
Dalam melaksanakan pilihanraya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada semua pihak dalam mengadakan
kempen dengan baik. Tetapi di Malaysia jika dahulu kerajaan menetapkan tempoh kempen selama 30 hari, tetapi pada pilihanraya
tahun 2004, tempoh kempen yang dibenarkan hanyalah 8 hari. Kalau begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita
hendak meraikan proses demokrasi setiap empat tahun sekali.

Suruhanjaya Pilihanraya
Suruhanjaya Pilihanraya adalah satu badan yang bebas dalam mengadili pilihanraya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga
sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada
pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak kepincang yang berlaku diantaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa
pilihanraya 2004, wujudnya nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi
mengundi. Sungguh ajaib.
Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula
pilihanraya pada 2004 tersebut. Adakah seminggu nak pilihanraya baru nak buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi yang
menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Barangkali inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti
pembangkang selama ini.

Pembahagian Kekayaan Negara
Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu cirri yang lebih ideal daripada hakiki. Terdapat pelbagai
persamaan dalam undang-undang, persamaan peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan Negara, persamaan kelakuan dan
sebagainya.
Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di Malaysia, jurang antara yang miskin dan
yang kaya semakin jauh. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan sistem demokrasi, permintaan
ke atas kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan itu disalah gunakan untuk melakukan keganasaan. Yang lebih
mendukacitakan, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu untuk mengatasi
masalah rakyat.
Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah tidak menampakkan hasil apabila berlakunya
kebangkitan kaum India baru-baru ini yang menuntut agar mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan
Demokrasi, kekayaan Negara perlu diagihkan dengan sebijak-bijaknya. Ini berlaku sebaliknya.
Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan kerajaan seolah-olah membolot harta kekayaan
Negara untuk diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan kewujudan asset-aset mereka yang disembunyikan, rumah-rumah besar
dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya penyelewengan
yang berleluasa.
Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negiri yang dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya
mempunyai peratus rakyat miskin yang tertinggi di Malaysia iaitu Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri ini digunakan.
Adakah untuk pemimpin-pemimpin atasan yang gila kuasa. Fikirkanlah dengan rasional.
Tindakan Ganas Polis
Salah satu lagi aspek yang mempengaruhi perjuangan memartabatkan hak asasi manusia di dalam Negara yang kononya
mengamalkan Demokrasi adalah berpunca apabila Anwar Ibrahim di pukul di dalam tahanan. Kesan lebam di mata Anwar
Ibrahim yang jelas mendapat liputan meluas dari media cetak dan media elektronik samaada dari dalam atau luar negeri
membangkitkan kemarahan banyak pihak. Pihak polis di anggap terlalu kejam dengan melakukan perkara tersebut kepada orang
yang pernah menjadi orang kedua berpengaruh di dalam Negara. Ini salah satu aspek berlakunya rombakan besar-besaran di
dalam pembangunan politik di Malaysia pada tahun 1999 sehingga mengurangkan undi BN. Akibat dari itu, rata-rata rakyat
menginginkan campurtangan raja-raja melayu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja sehingga tertangkapnya Tan Sri Rahim
Nor.
Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Setiap Negara yang demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan pemantauan terhadap segala apa yang
berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut. Namun di Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli lansung oleh pihak
kerajaan. Banyak persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan NGO seolah-olah tidak ada maknanya. Pihak kerajaan seolah-olah
meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka, maka mereka tidak akan mempedulikannya.

Sistem Keadilan
Dalam konteks sistem kehakiman Negara pula, pihak parti pembangkang membangkitkan persoalan bahawa, kesalahan
Anwar Ibrahim sepatutnya dibicara di mahkamah syariah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang islam. Tetapi pihak kerajaan
melakukan sebaliknya dan Hakim yang dipilih adalah hakim bukan beragama islam.
Isu ini juga membangkitkan kemarahan ramai pihak. Oleh yang demikian, isu ini adalah satu isu yang boleh diketengahkan
parti pembangkang bagi memperolehi sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya. Justeru isu pemecatan bekas ketua hakim
Negara Tun Saleh Abbas yang diecat tanpa sebab juga dibangkitkan bagi mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh
kerajaan

You might also like