You are on page 1of 4

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KEDUA


Perang Salib Kedua

Kejatuhan Edessa, di sebelah kanan peta ini (sk. 1140), merupakan punca langsung Perang
Salib Kedua.
Tarikh 1145-1149
Tempat Iberia, Timur Dekat (Anatolia, Levant, Palestin), Mesir
Kegagalan menawan Wilayah Edessa. Permusuhan
lebih hebat antara Negara Salib dengan empayar
Muslim. Penaklukan Lisbon, kejatuhan Al-Murabitun dan
Hasil kenaikan Al-Muwahhidun. Perjanjian keamanan antara
Empayar Byzantine dan Turki Seljuk. Ketegangan
bertambah antara Empayar Byzantine dan Tentera Salib.
Permulaan kemaraan Tentera Salib ke Mesir.
Pihak bersengketa
Tentera Salib Saracen
 Kerajaan Jerusalem  Kesultanan Seljuk
o Kesatria Templar  Kerajaan Sicily
o Kesatria Teuton  Al-Murabitun
o Kesatria Hospitaller  Al-Muwahhidun
 Empayar Byzantine  Zengid
o Mujahidin
o Armenia
 Abbasiyyah
 Kerajaan Portugal
o Castile  Fatimiyyah
o Barcelona
o León
 Empayar Rom Holy
o Franconia
o Bavaria
o Swabia

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

o Styria
 Kerajaan Perancis
o Flanders
o Montferrat
o Savoy
o Bar
o Auvergne
o Lorraine
o Burgundy
o Brittany
o Aquatine
o Provence
 Kerajaan England

o Normandy
Komander
Melisende dari Jerusalem
Baldwin III dari Jerusalem
Raymond II
Raymond dari Poitiers Mesud I
Manuel I Komnenos Roger II
Thoros II Tashfin ibn Alibr
Afonso I dari Portugal Ibrahim ibn Tashfin
Ishaq ibn Ali
Alfonso VII dari León Abd al-Mu'min
Conrad III dari Jerman Imad ad-Din Zengi
Saif ad-Din Ghazi I
Ottokar III dari Styria Al-Muqtafi
Louis VII dari Perancis Al-Hafiz
Thierry dari Alsace
Stephen dari England
Geoffrey V
Kekuatan
Jerman: 20,000 men[1]
Perancis: 15,000 orang[2]

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Perang Salib Kedua (1145-1149) adalah Perang Salib utama yang dilancarkan
dari Eropah bermula pada tahun 1145 sebagai tindak balas terhadap kejatuhan
Wilayah Edessa pada tahun sebelumnya. Edessa adalah bandar salib pertama
yang ditubuhkan semasa Perang Salib Pertama (1095-1099) tetapi yang
pertama jatuh. Perang Salib Kedua diisytiharkan oleh Paus Eugene III dan
adalah yang pertama dipimpin oleh Raja dari Eropah khasnya Louis VII dari
Perancis dan Conrad III dari Jerman dengan pertolongan pembesar-pembesar
Eropah yang lain. Tentera kedua-dua raja tersebut mara berasingan merentasi
benua Eropah tetapi terhalang seketika oleh tindakan Maharaja Byzantine
Manuel I Komnenos. Selepas melintasi wilayah Byzantine ke Anatolia, kedua-
dua pasukan tentera ini dikalahkan oleh Turki Seljuk. Louis dan Conrad bersama
saki-baki tentera mereka sampai ke Jerusalem (Baitulmuqaddis) tetapi gagal
dalam usaha menyerang Damsyik pada tahun 1148. Kekalahan tentera salib di
timur adalah kemenangan besar orang Islam. Ini membawa kepada kejatuhan
Jerusalem dalam Perang Salib Ketiga pada akhir kurun ke-12.

Satu-satunya kejayaan yang dicapai tentera salib adalah di Mediterranean.


Ketika bangsa Flem, Frisia, Norman, Inggeris, Scotland, dan beberapa tentara
salib Jerman, melakukan perjalanan menuju Jerusalem dengan kapal, mereka
berhenti dan membantu bangsa Portugis merebut Lisbon pada tahun 1147.
Beberapa di antara mereka, yang telah berangkat lebih awal, membantu merebut
Santarém pada tahun yang sama. Mereka juga membantu menguasai Sintra,
Almada, Palmela dan Setúbal, dan dipersilakan untuk tinggal di tanah yang telah
ditakluk. Sementara itu, di Eropah Timur, Perang Salib Utara dimulai dengan
usaha untuk merubah orang-orang pagan menjadi Kristian, dan perjuangan ini
berlangsung selama berabad-abad lamanya.

Latar belakang

Kejayaan tentera salib dalam Perang Salib Pertama lebih banyak disebabkan
oleh perpecahan di kalangan orang Islam. Tetapi orang Islam belajar dari
kesilapan. Jeneral Imad-ed-din Zangi, seorang Mamluk, berjaya menyatukan
orang Turki dan Arab serta menyerang kerajaan Kristian. Zangi tidak menawan
Jerusalem tetapi beliau berjaya menawan Edessa pada tahun 1144, sebuah kota
salib di timur.

Berita kejatuhan Edessa dikhabarkan oleh pengunjung tanah suci yang balik ke
Eropah pada awal 1145, dan juga oleh utusan-utusan dari Antioch, Jerusalem
dan Armenia. Kejatuhan kota Edessa memberi tamparan hebat kepada Eropah
barat yang terasa kerajaan mereka terancam. Paus Eugene III kemudian
menyeru Perang Salib pada 1 December tahun itu juga. Paus memerintahkan
Bernard dari Clairvaux (di Perancis) untuk menyeru perang salib merampas
kembali Edessa dan mengalahkan Zangi. Raja Louis VII dari Perancis bersetuju
untuk berperang. Begitu juga Conrad III dari Jerman, maharaja Empayar Rom
Suci.

3 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Perang Salib yang gagal

Dari mula hingga ke akhir, perang salib ini adalah satu kegagalan. Kebanyakan
tentera Conrad terbunuh ketika mara melalui Turki sama ada dalam pertempuran
dengan Turki Seljuk atau pun sakit dan kelaparan kerana perjalanan yang
mengambil masa yang panjang.

Apabila Louis dan Conrad sampai ke Jerusalem, mereka memutuskan untuk


menyerang Damsyik sebagai balasan kehilangan Edessa. Tetapi serangan
mereka ke atas Damsyik gagal. Raja-raja ini terpaksa berundur ke negara
mereka.

4 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like