You are on page 1of 11

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)

ISLAM SEBAGAI AL-DIN


1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0

MANUSIA DAN AGAMA


PENGERTIAN AGAMA
PENGERTIAN ISLAM
SKOP AJARAN ISLAM
SUMBER SUMBER AJARAN ISLAM
KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM
PENYELEWENGAN AGAMA

1.0 MANUSIA DAN AGAMA


Agama Islam diturunkan oleh Allah kepada manusia dan juga juga jin
(Al Zariyat : 56)
Manusia adalah sebagai pentadbir (khalifah)
1.1 Unsur Jasad

Unsur
rohani

Unsur
jasmani

Unsur jasmani dan rohani:

Air
(al-Ma)
Tanah
(al-turab)
tanah liat yang kering
(sulalatin min tin)

Tanah liat yang sebati


(tin al-lazib)
Tanah yang panas dan
berbau (hamain masnum)

Tanah keras (salsalin kal


fakhar)

Ahsani

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)


1.2 Unsur roh
Ia bersifat Rabbani yang tidak mampu untuk dikaji dan diketahui hakikatnya oleh akal
manusia
Berkenaan roh. Allah telah berfirman di dalam al-Quran: dan mereka bertanya
kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah
kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.
1.3 Unsur kejadian manusia
Unsur-unsur kejadian manusia menurut al-Quran:

Nutfah (mani)
Nafkh al-ruh
(tiupan roh)

Khalqan akhar (semua anggota


manusia terbentuk dengan
sempurna)

Lahma (daging)

i.

ii.

Alaqah
(embrio)

Mudghah
(fetus)

Izam dan lahm


(tulang)

Nutfah (air mani)


Dalam bahasa Arab bermaksud setitis air mani yang datang dari alat
reproduksi lelaki atau sulalah: saripati iaitu sebahagian daripada
sejumlah air yang banyak.
Peringkat awal dikenali sebagai morulla, iaitu sel sel yang terlekat
pada dinding rahim.
Mengambil masa lebih kurang 15hari sebelum bertukar kepada
peringkat atau bentuk seterusnya.
Alaqah (segumpal darah)
Dalam bahasa Arab bermaksud lintah atau sesuatu pada sesuatu yang
lain atau gumpalan darah.
Berlaku di antara hari ke15 sehingga hari ke23/24.
berbentuk segumpal darah dan melekat pada dinding rahim.

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)


iii.

iv.

v.

vi.

Mudghah (seketul daging)


Berlaku pada hari ke24/25/26 dan akan membesar dan membentuk
seperti segumpal daging atau embrio.
Pada hari ke25 28, terbentuk beberapa bahagian seperti kepala, bahu,
punggung dan bahagian yang kelihatan seperti ekor.
Izam dan lahm (tulang dan daging)
Terbentuk tulang tulang yang kemudiannya akan dibaluti oleh daging
(otot)
Bermula pada hari ke42-56 (terbentuk tulang rangka, kepala dan
beberapaa organ luaran seperti kelopak mata, cuping telinga, hidung dn
jari jemari)
Khalqan akhar (semua anggota manusia terbentuk dengan sempurna)
Pada peringkat ini kejadian fizikal janin telah sempurna dan semakin
membesar dan mua kelihatan jantinanya.
Dikenali sebagai fetus.
Janin mengambil masa sehingga 120 hari untuk membesar dengan
sempurna.
Nafkh al-ruh (tiupan roh)
Roh ditiupkan pada janin ketika berusia 120 hari (4 bulan) dan mula
berinteraksi dengan dunia luar.
Anggota tubuh mula berfungsi dan pergerakan janin juga dapat dirasai
pada perut ibu.

2.0 PENGERTIAN AGAMA


Berasal dari bahasa Sanskrit yang bererti warisan tertulis yang diturunkan dari generasai
ke generasi.
Digunakan oleh oran Hindu bagi merujuk kepada kitab-kitab Vedik ( kitab suci hindu)
Maksud didalam kamus dewan ialah
i.
merujuk kepada kepercayaan kepada Tuhan.
ii.
Kepercayan kepada Yang sesuatu yang berkuasa yang bersifat supernatural.
iii.
Kepercayaan kepada dewa dan lain lain yang dipuja dan dianggap berkuasa.
2.1 Ciri utama islah agama menurut Al-Quran:
i. Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi.
ii. Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan yang mutlak.
iii. Sistem atau peraturan yang berbentuk teori atau amali yang digubal oleh kekuasaan dan
kehakiman yang tinggi
iv. Pembalasan akhirat yang diberikan oleh kekuasaan tertinggi kepada sesiapa yang taat
dan patuh kepada sistem, atau balasan seksa kepada sesiapa yang ingkar

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)


2.2 Sebab manusia memerlukan agama Islam.
i. Kelemahan akal yang tidak dapat menjangkau perkara ghaib.
ii. Islam adalah agama fitrah manusia. Semua tuntutan naturi dapat dipenuhi dengan Islam.
Contoh: Kahwin.
iii. Islam adalah agama yang syumul. Pengisian merangkumi pelusuk dunia.
iv. Kecenderungan manusia untuk hidup menurut satu peraturan untuk menjamin
kelangsungan hidup bermasyarakat.
3.0 PENGERTIAN ISLAM
3.1 Pengertian Islam dari segi bahasa
Berasal dari perrkataan Arab iaitu kata kerja salima yang bererti:
i. Bersih dan sunyi dari sebarang kebinasaan zahir dan batin
ii. Perdamaian dan keamanan
iii. Ketaatan dan kepatuhan
3.2 Pengertian Islam dari segi istilah
Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah dengan penuh
keikhlasan secara sukarela bukan terpaksa.
Suatu peraturan umum dan undang undang bersifat sempurna dan menyeluruh
merangkumi seluruh ruang kehidupan manusia dalam mengatur perancangan dan
sistem hidup manusia.
Agama yang mengandungi berkaitan akidah, ibadah, muamalah dan sejarah yang
terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
Islam ialah roh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan, ubat yang
paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia yang
melaluinya.
3.3 Pengertian Al-Din
Segi bahasa : Cara hidup, peraturanatau perundangan hidup.
Segi istilah : Suatu sistem hidup yang lengkap atau peraturan yang diturunkan oleh
Allah SWT untuk menjadi panduan hidup manusia bagi mencapai
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Secara umum sistem hidup Islam (Al-Din) terbahagi kepada dua iaitu:
i.
Peraturan yang wujud secara fitrah oleh Allah SWT terhadap kejadian alam ini,
yang dikenali sebagai `sunnatullah
ii. Peraturan yang mengatur sistem kehidupan mmanusia dalam semua urusan
kehidupan yang dikenali sebagai `syariat
3.4 Elemen penting dalam Al-Din
i.
Kekuasaan yang Maha Mutlak (Allah)
ii. Penyerahan diri zahir dan batin disertai dengan ketaatan kepada kekuasaan yang Maha
Mutlak.
iii. Iman dan amalan dibawah pengawasan pihak yang Maha Mutlak kekuasaannya.
iv. Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak yang Maha Berkuasa.

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)


4.0 SKOP AJARAN ISLAM

Aqidah
Jihad

Dakwah

Syariah

Akhlak

i.

Aqidah
Maksud: Ikatan atau simpulan. Difahami sebagai kepercayaan yang terikat
erat dan tersimpul kuat dalam jiwa.
Ada 6 elemen yang menjadi asas kepada aqidah Islam iaitu rukun iman
yang enam.

ii.

Syariat
Bertujuan mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara
sama ada berkaitan dengan ibadah (seperti taharah, solat, zakat, puasa dan
haji) atau muamalat dalam urusan urusan peribadi (seperti munakahat,
perwarisan, perniagaan, jenayah, pemerintahan, perhubungan
antarabangsa dan lain lain)
Syariat Islam berkembang dari masa ke semasa bersumberkan 4 perkara:
a) Al-Quran
b) Al-Hadith
c) Ijma Ulama
d) Qiyas

iii. Akhlak
Maksud: tingkahlaku, perangai atau keperibadian.
Menurut Iman al-Ghazali akhlak merujuk kepada
a) Sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir
sesuatu perbuatan atau tingkahlaku.
b) Perbuatan atau tingkah laku tersebut terjadi dengan spontan hasil
dari pancaran rohani.

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)


iv.

Dakwah dan Jihad


Dakwah bermaksud seruan kepada kebenaran iaitu usaha menyeru
manusia kepada kebenaran Islam, atau mengajak manusia kepada alMaruf dan mencegah daripada al-Mungkar
Jihad bermaksud beersunggunh dan bersusah payah. Ia merupakan usaha
sepenuh tenaga dan kekuatan untuk mencapai matlamat bagi menegakkan
kebenaran atau kalimah Allah
Dakwah dan jihad menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam untuk
menegak dan mepertahankan Islam dalam usaha untuk mencapai
kebenaran dan kemuliaan Islam dalam menghadapi kelemahan atau
kerosakan.

5.0 SUMBER SUMBER AJARAN ISLAM

Al-Quran
Sumber asasi
Al-Sunnah

Sumber - sumber
perundangan Islam

Ijma'
Sumber ijtihadi
Qiyas

5.1 Sumber pertama: al-quran


Definisi:
Dari segi bahasa: Berasal daripada perkataan qaraa, yaqraatan atau
quraanan yang membawa maksud mengumpulkan dan menghimpunkan.
Dari segi Istilah: Kalam Allah yang diturunkan secara beransur ansur kepada
Nabi Muhammad SAW , termaktub dalam mushaf, dipindahkan secara
mutawatir, lafaz dan makna dari Allah melalui Bahasa Arab dan membaca
menjadi ibadat.
Nama nama lain bagi Al-Quran:
Al Kitab
Al Huda
Al Furqan
Al Bayan
Al Zikir
Al Kalam
Al - Tanzir
An Nur
Al Mauidhah
Al Bashir
Al Syira
Al Balagh
Ar Rahman
Al Qaw
Al Hukum
Al Ruh
Al Hikmah
Al Busyra

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)

Keistimewaan Al-Quran:
Ia diturunkan dalam Bahasa Arab yang mana kitab - kitab sebelum ini belum
pernah diturunkan dalam bahasa Arab.
Al-Quran sebagai wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
SAW dengan lafaz dan maknanya sekali.
Menjadi Mukjizat yang terbesar tiada manusia yang mampu menirunya.
Membacanya menjadi ibadah.
Kandungannya merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Seluruh ajarannya tetap dan tiada mengalami perubahan.
Perkhabaran tentang peristiwa silam yang tidak pernah diketahui oleh manusia
dan tidak terdapat mana-mana sejarah.
Hukum dan ajarannya sesuai dan menepati sepanjang zaman.

Kandungan Al-Quran:

Akidah

Sejarah

Kekeluargaan

Syariat

Hubungan Antarabangsa

Kesihatan

Ibadah

Poliitik

Pergaulan

Akhlak

Ekonomi

Jihad

5.2 Sumber kedua: Al-Sunnah/ Al- Hadis


Definisi: Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada dari segi
perkataan atau perbuatan atau pengakuannya selain dari Al-Quran.

Bentuk bentuk Al-Sunnah:

Bentuk - bentuk
Al-sunnah

Sunnah Qauliyyah

Perkataan yang diucapkan


oleh Nabi Muhammad

Sunnah Fi'liyyah

Perbuatan yang dilakukan


oleh Nabi Muhammad

Sunnah Taqririyyah

Pengakuan Nabi Muhammad


terhadap perbuatan atau
ucapan para sahabat

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)


5.3 Sumber Ketiga: Ijma
Definisi:

Ijma'

Dari segi bahasa

Kesepakatan

Dari segi istilah

Keazaman

Persekatan para ulama


mujtahid dari kalangan
umat Nabi Muhammad
SAW selepas kewafatan
baginda pada suatu
zaman dalam perkara
hukum syarak

Syarat syarat berlakunya Ijma


i.
Harus ada beberapa orang mujtahid ketika terjadinya kejadian.
ii. Kesepakatan daripada seluruh mujtahid. (Jika sebahagian tidak dikira ijma)
iii. Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam
dunia Islam.
iv. Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid.
v. Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan pelbagai cara seperti dengan
pernyataan lisan, dengan perbuatan atau dengan suatu sikap.
vi. Persepakatan mestilah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan
hukum syarak sahaja.
vii. Persepakatan berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

5.4 Sumber Keempat: Qiyas


Dari segi bahasa: Menyamakan atau membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang
lain.
Dari segi Istilah: Menyamakan atau membandingkan sesuatu masalah hukum yang
tidak ada nasnya dengan hukum suatu masalah yang sudah ada
nasnya sama ada dari Al-Quran dan Sunnah kerana ada persamaan
illah (sebab musabbab).
Contoh Qiyas:
Hukum ke atas dadah adalah haram kerana ada persamaan illah
dengan arak, iaitu menyebabkan khayal dan merosakkan akal
fikiran.

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)

Rukun Qiyas:
i.
Al-Asl
ii.
Al-Faru
iii. Hukum asal
iv.

Sebab hukum
(illah)

: Perkara yang sudah ada hukumnya.


: Perkara baru yang tidak terdapat.
: Hukum perkara asal yang terdapat dalam nas. (yang ada
dalam Al-quran atau Sunnah)
: bentuk persamaan yang mengikat di antara perkara asal
dengan perkara baru.

6.0 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM

Rabbani

Waqi'i
dan
praktikal

Sepadu
dan
seimbang
Keistimewaan
ajaran Islam

Tinggi
dan
agung

Syumul
dan
sempurna
Alami dan
Universal

i.

Rabbani (ketuhanan)
Wahyu suci daripada Allah SWT diturunkan kepada Nabi Muhammad menerusi
dua pendekatan:
Wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu Al-Quran
Wahyu dalam bentuk makna sahaja iaitu sunnah Rasulullah SAW

ii. Sepadu dan seimbang (al-Tawazun)


Bermaksud seluruh sistem hidup Islam ditegakkam secara keseluruhan dan tiada
pengasingan
Agama Islam menyepadukan antara:
Kemantapan rohani dan jasmani
Seimbang dari aspek dunia dan akhirat
Kepentingan individu, masyarakat dan negara

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)


iii. Syumul dan sempurna ( menyeluruh)
Bermaksud ia merupakan satu sistem hidup yang lengkap
Ajaran Islam merangkumi semua perkara iaitu:
Hubungan manusia dengan Allah
manusia sesama manusia
manusia sesama alam sekitar
iv. Alami dan universal
Bersifat global dan sesuai untuk dipraktikalkan oeleh seluruh bangsa, generasi,
tempat dan alam.
Islam menjamin kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka
sepanjang masa.
v. Tinggi dan agung
Islam itu tinggi dan agung yang datang dari Allah yang Maha Agung.
Segala yang terkandung didalamnya adalah
bersifat suci dan sempurna
agama yang diterima di sisi Allah SWT
vi. Waqii dan praktikal
Sesuai dengan realiti kehidupan sebenar
Segala ajaran Islam adalah bersifat praktikal, boleh diterima akal dan mampu
dilakukan oleh manusia.
7.0 PENYELEWENGAN ISLAM
7.1 Bentuk bentuk penyelewengan Islam sebagai cara hidup
Faktor luaran
Terpengaruh dengan pemikiran pemikaran orag kafir yang dibawa dari barat
yang ingin menghancurkan Islam antaranya:
i. Melalui media massa dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan
pemikiran.
ii. Melalui budaya dan cara hidup selesa dan penuh dengan keseronokan.
iii. Menanamkan falsafah songsang iaitu hidup hanya sekali, oleh itu dunia
adalah segala segalanya sebagai destinasi awal dan akhir hidup
manusia.
iv. Menanamkan dan menyuburkan sikap individualistik dan materialistik
dalam kalangan umat Islam yang menggoyahkan pertahanan dan jati diri
umat Islam.

NOTA RINGKAS CTU 101 (BAB1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN)

Faktor dalaman
Kelalaian dan kelemahan umat Islam
i. Umat Islam sebahagiannya masih jahil tentang Islam dan cara hidup
Islam.
ii. Kurang upaya merealisasikan saranan Al-Quran.
iii. Lalai dalam menjadikan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan yang baik.
iv. Kurang jati diri dalam mempertahankan nilai nilai murni.
v. Mudah lupa dan alpa terhadap tipu musihat musuh musuh Islam.
vi. Suka meniru perkara atau nilai yang datang dari luar Islam, walaupun
sedar ia boleh merosakkan diri mereka sendiri.

7.2 Cara mengatasi maslah penyelewengan Islam


Menghayati nilai Islam dalam diri, sosial dan masyarakat dalam seluruh aspek hidup.
Kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan hidup.
Mengamalkan sistem politik, undang undang dan ekonomi Islam.
Membuka sekolah dan universiti Islam yang mempelajari ilmu akademik dan teknologi.
Membina dan membentuk nilai budaya dan kesenian berteraskan Islam.
Melahirkan golongan ulama dan intelek Islam yang mahir dalam segala bidang.

You might also like