DISLEKSIA

Persembahan ini disediakan oleh BOLD (Bureau on Learning Difficulties) berasaskan sumber kursus Ms Pamela Deponio dari University of Edinburgh, United Kingdom. Lawatan dan kursus Ms Deponio ditaja oleh British Council. BOLD ingin merakamkan penghargaan kepada British Council, University of Edinburgh dan Ms Deponio
BOLD adalah projek Majlis Perundingan Pendidikan Pulau Pinang Di bawah portfolio Jawatankuasa Pendidikan Negeri Pulau Pinang

DUA MATLAMAT UTAMA
• Mengenali disleksia sebagai suatu kesukaran pembelajaran khusus • Memahami bahawa kanak-kanak disleksia mempunyai kekuatan yang boleh membantu mereka mengatasi kesukaran khusus ini.

APA ITU DISLEKSIA?
• Perkataan Yunani bererti ‘kesukaran terhadap perkataan’.

• Kesukaran pembelajaran yang khusus – berbeza daripada kelewatan perkembangan menyeluruh

• Susah menguasai kemahiran membaca dan menulis, TETAPI memiliki bakat, kepintaran, atau kecerdasan yang lain • Disebabkan oleh perbezaan cara otak memproses maklumat -terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna.

Otak terbahagi kepada dua sfera:

Sebelah kiri penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan, struktur

Sebelah kananvisual, daya kreatif, dan kemahiran seni

Kebanyakan manusia dapat mengembangkan kedua-dua jenis kemahiran tetapi satu bahagian otak akan menjadi dominan.

Golongan disleksik lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. • cara berfikir dan belajar mereka berlainan • berbakat kreatif atau seni • lemah dalam kemahiran bahasa, logik,turutan dan struktur.
Cara golongan disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu ‘anugerah’ bukan satu ‘masalah’

• Membawa kesan yang berbeza, pada darjah yang berbeza, kepada individu yang berbeza. • 10-15% mengalami masalah tahap ringan manakala 4% mengalami masalah yang teruk. Lebih ramai kanak-kanak lelaki, berbanding perempuan, terlibat: lebih kurang dengan nisbah 3:1.

• Melibatkan gabungan beberapa kesukaran yang berhubungkait.

Gabungan kesukaran berbeza – spt. kekeliruan bunyi, susah mengingati urutan, lemah kemahiran mengawal otot Lemah daya ingatan dan/atau kemahiran susunan.

• Kita tidak dapat ‘merawat’ disleksia - kita tidak boleh ubah cara otak berfungsi.

TETAPI kaedah pengajaran yang sesuai boleh membantu • Kebanyakan kanak-kanak disleksia boleh belajar membaca dan menulis dengan memuaskan.

MENGENALPASTI DISLEKSIA
• Dapat dikenalpasti melalui pelbagai jenis ujian diagnostik piawai • Boleh dikesan melalui pemerhatian yang teliti dan berinteraksi dengan kanak-kanak.

CATATAN:• Tidak kelihatan dari sifat fizikal • Satu petunjuk tidak mencukupi • Petunjuk adalah tanda, bukannya bukti • mempastikan kanak-kanak tiada masalah kurang upaya lain

Gangguan Penglihatan 1

Gangguan Penglihatan 2

40 Variasi Perkataan ‘Cat’

Petanda bagi Kanak-kanak Pra-sekolah
• kemajuan pertuturan yang

lambat • susah faham dan/atau ingat arahan
• lemah kemahiran

pergerakan kasar, spt. sentiasa melanggar barang sekitar, sukar membaling atau menangkap bola

• lemah kemahiran

pergerakan halus, spt. memegang alat tulis atau menggunting •tiada tangan yang dominan •sukar mengesan perkataan berima
•sukar bertepuk mengikut

irama •sering lupa perkataan yang telah dipelajari
•kesukaran praposisi - spt.

atas/bawah, dalam/luar, masuk/keluar

• berbakat kreatif

dan/atau seni

• cekap dengan

mainan binaan
• fikir mengikut gerak hati –

melihat penyelesaian masalah dengan pantas
• sifat ingin tahu

yang tinggi, berminat terhadap perkara baru, suka tanya banyak soalan

Petanda bagi Kanak-kanak Sekolah Rendah
• lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan • kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u • tulisan cermin • masalah mengingati

perkataan
• kesukaran

memahami konsep masa

•sering berangan-angan •pengetahuan am yang

luas dan baik
•bertutur dengan baik

•tidak teratur

•perbezaan ketara dalam

pencapaian

Contoh Tulisan Budak Disleksia

Contoh tulisan

The sad blue There were crayons, all the colours were used but blue. No-one liked blue. But one girl liked blue. The end. Hannah

Kunci utama untuk mengesan kanak-kanak disleksia ialah kepicangan:
• kefahaman lisan

baik tetapi lemah dalam bacaan
• bertutur dengan fasih,

boleh bercerita, tetapi lemah menulis
• pencapaian yang jauh

berbeza dalam mata pelajaran yang berlainan

•pencapaian tidak menentu,

berbeza pada hari atau waktu yang berlainan
•Nampak cerdik dan

berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah

“Kanak-kanak disleksia membingungkan. Dia tampak cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik … tetapi kemahiran membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan, seperti dibawah potensinya. Dia mudah dianggap sebagai tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai.”
- Memahami Disleksia:Institut Disleksia

Panduan untuk Ibubapa
• Kesukaran

berpakaian sendiri - spt. memakai butang, mengikat tali kasut
• Lambat, atau menghadapi

kesukaran, dalam kemajuan bertutur dengan jelas atau cenderung kepada salah guna perkataan

•Tidak cekap

atau kekok dalam gerakgiri seperti melompat, meloncat, menangkap dan menendang bola •Boleh mengguna dua tangan atau lambat menentukan mana satu tangan yang ‘lebih cekap’

• Terdapat ahli keluarga yang

menghadapi kesukaran yang serupa
• Enggan ke sekolah – terutama

bermula dengan cergas tetapi lama kelamaan semakin ketinggalan atau hilang minat
• Masalah emosi

dan kelakuan – menjadi pendiam atau suka menyendiri, degil, agresif dan memberontak

Implikasi Disleksia Terhadap Kanak-kanak
• Menyedari ada sesuatu yang

‘tidak kena’ tetapi tidak dapat memahaminya
• Cuba menyembunyikan

kesukarannya
• Menggunakan strategi-strategi

seperti menyalin kerja kanakkanak lain untuk menyembunyikan masalahnya

mengelak dari membuat kerja sekolah

Perasaan Kanak-kanak Disleksia Otak saya macam ada terlalu banyak perkataan berpusing-pusing di dalamnya. Setiap kali saya menulis, saya sendiri tak dapat baca apa yang ditulis kerana begitu banyak kesilapan.

Saya selalu cuba menulis dan mengeja apa yang saya fikirkan. Tetapi saya tidak dapat pindakan fikiran saya daripada otak kepada tangan. Saya perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga saya lupa apa yang saya sedang cuba menulis itu.

Bagaimana membantu
• Mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan kanak-kanak itu
• Mengenalpasti bakat,

kebolehan atau kemahiran khusus yang dimiliki
• Mengenalpasti pola kesilapan

atau masalah spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan matematik

•Mengenalpasti sama ada

terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan spt. masalah emosi di rumah?
• Cuba berbagai cara untuk menarik minat dan meningkatkan motivasi • Memahami gaya

pembelajaran kanak-kanak berkenaan

Pendekatan Pengajaran

• Guna pelbagai deria:

sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh, spt. menulis atas pasir, membina bentuk huruf

• Kerap mengulang:

Melalui cara yang berbezabeza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan

•Memupuk sifat automatik:

Kemahiran asas, spt. mengenal huruf dan perkataan secara automatik sebelum daya fikiran boleh digunakan untuk memahami ayat
•Bersifat struktur dan turutan:

Bertindak dari unit kecil dalam turutan jelas, usahakan perkembangan melalui langkah kecil dan berperingkat

• Kumulatif:

Kaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari, gunakan contoh berbeza-beza untuk pengukuhan dan pembinaan yakin diri
• Gunakan strategi ingatan/hafalan:

spt. peta minda, lukisan, carta

Dekati kanak-kanak melalui kekuatan mereka
Ingatkan ciriciri otak kanan
• Kecerdasan visual, kepekaan warna, bentuk/pola-pola • Kreatif, berbakat seni atau muzik
• Daya imaginasi

kuat • Fikiran spontan,intuitif, holistic

• jaringan

Izinkan kanak-kanak membentang kerjanya melalui cara yang sesuai dengan bakat/keupayaannya:

• gambarajah • carta aliran • pita rakaman

(lisan)
• menaip ganti

menulis

Ingatlah – Kanak-kanak disleksik:
• Mudah letih –

kurangkan beban kerja
• Sukar mengingat

arahan panjang jangan berikan arahan yang banyak secara serentak berikan arahan yang jelas gunakan kod warna untuk membantu ingatan

• Tidak teratur -

susunkan struktur dan rutin
• Mungkin tidak upaya

menyalin dari papan tulis sediakan salinan nota atau nomborkan setiap baris ayat
• Izinkan

penggunaan alat pengira apabila perlu

• Mungkin tidak berupaya

menulis karangan dengan ejaan betul – izinkan mereka menulis dahulu, betulkan ejaan kemudiaan
• Mungkin sukar

mengukur masa – sediakan jam

• Mungkin sukar menentukan

arah – tidak dapat pastikan mana kiri/kanan

RUMUSAN
Pengesanan dan intervensi awal sungguh penting Fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu Kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan Tindakan tidak diambil – kanak-kanak yang berpotensi akan menghadapi masalah sosial