You are on page 1of 19

Pengenalan

Dasar Luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan
oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara
sebuah negara dengan sesebuah negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga
kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara (Yazid, 2008). Asia Tenggara pula
merupakan satu perkataan baru yang hanya muncul pada masa Perang Dunia Kedua dan hanya
lebih dikenali dengan panggilan Alam Melayu. Asia Tenggara meliputi dua jenis masyarakat
besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan. Kedua-duanya terdiri
daripada Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia
dan Filipina.
Kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara ini sebenarnya telah
bermula sejak abad yang ke-13. Kerjasama serantau ketika itu meliputi tiga aspek besar iaitu
kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi.
Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkan di Asia Tenggara ialah Perjanjian Ekonomi dan
Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty )
atau secara ringkasnya SEAFET1. Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA)2.
Kerjasama serantau Asia Tenggara yang ketiga ialah MAPHILINDO 3 yang ditubuhkan pada
tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia. Manakala kerjasama
serantau yang keempat merupakan pertubuhan kerjasama yang terakhir iaitu Persatuan NegaraNegara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh 10 buah
negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand. Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei,
Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi.4
Terdapat beberapa faktor yang menentukan dasar luar negara antaranya ialah faktor
sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. Dari segi sejarah, hubungan luar ini bermula
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi seperti dengan China, Arab dan juga negeri-negeri
di Kepulauan Melayu yang merupakan hubungan perdagangan. Hubungan Melayu serumpun di
1

Ditubuhkan pada tahun 1959 dan hanya dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina.
Association of Southeast Asia. Ditubuhkan pada tahun 1959 dan hanya dianggotai oleh Tanah Melayu dan
Filipina sahaja.
3
Merupakan gabungan nama Malaysia, Filipina dan Indonesia.
4
Pertubuhan ini masih kekal hingga ke hari ini.
2

Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai
Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Dari segi ekonomi pula Malaysia telah menjalin hubungan baik dengan negara-negara
lain untuk memajukan ekonominya yang mengamalkan pasaran bebas. Sejak zaman penjajahan
lagi Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Oleh itu, Malaysia telah
mengambil langkan untuk menggalakkan pelaburan asing agar dapat meningkatkan ekonomi
negara disamping menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Seterusnya, dari faktor geografi Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik dan
mempunyai sempadan daratan dengan kebanyakan negara serantau seperti Thailand, Indonesia
dan Brunei. Malaysia juga mempunyai sempadan lautan dengan Filipina, Indonesia dan
Singapura. Malaysia juga mempunyai perairan yang menjadi lalulan utama kapal-kapal
perdagangan dunia iaitu Selat Melaka. Keselamatan Malaysia juga mampu mempengaruhi
keselamatan serantau.
Bagi faktor politik pula, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen5. Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsipprinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia amat menekankan pemeliharaan kedaulatan
negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia menyokong Palestin adalah bagi mewujudkan
keamanan dunia.
Untuk faktor demografi6, Malaysia mempunyai rakyat yang majoriti beragama Islam.
Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam seperti Arab
Saudi. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel kerana
menceroboh dan menindas rakyat Palestin.
Seterusnya, terdapat beberapa faktor perlunya kerjasama serantau. Antaranya ialah
terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil
peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia. Seterusnya,
kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba kekurangan seperti
5

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala
rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
6
Ilmu tentang jumlah, persebaran, territorial dan komposisi penduduk serta perubahan dan sebab perubahan
tersebut. (Fatih-io, 2013)

keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu
lemah. Selain itu, Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah
kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa keadaan
sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikannya sebagai gelanggang
pertelagahan. Dalam era Perang Dingin7, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan perebutan
kuasa Barat dengan komunis. Dengan adanya kerjasama serantau, peluasan kuasa barat dapat
diatasi.
Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan
perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang
tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Hubungan kerjasama serantau dapat
membantu negara-negara Asia Tenggara memperbaiki bentuk ekonomi mereka. Antaranya ialah
melalui aktiviti perdagangan. Oleh sebab itu, Malaysia mula menyedari pentingnya penubuhan
kerjasama serantau ini dan telah membuat kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara
serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi rakyatnya masih hidup berpecah-belah dan
membawa haluan masing-masing.
Semenjak tahun 1957, dasar luar Malaysia telah melalui perubahan yang stabil sejajar
dengan perubahan pucuk kepimpinan politik negara. Perdana Menteri Malaysia yang pertama
iaitu Tunku Abdul Rahman telah mengamalkan dasar anti-komunis, sikap pro-Barat dan proKomanwel. Dalam konteks Asia Tenggara pula, Tanah Melayu mengamalkan sikap laissezfaire8.
Apabila Tun Abdul Razak mengambil alih pemerintahan negara pada tahun 1970,
terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat terhadap dasar luar Malaysia. Tun Abdul Razak
mengisytiharkan bahawa Malaysia tidak akan memihak mana-mana blok. Malaysia mula
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti Vietnam Utara, Jerman
Timur dan China serta turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.

persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat dan
sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya.
8
Ekonomi pasaran bebas. Secara amnya difahami sebagai satu doktrin yang menegaskan bahawa inisiatif dan
pengeluaran swasta paling baik bebas daripada campur tangan ekonomi dan pencukaian oleh kerajaan.

Malaysia juga telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali
sebagai negara Islam.
Semasa negara Malaysia dipimpin oleh Tun Hussein Onn pula menyaksikan dasar luar
yang dijalankan oleh Tun Abdul Razak diteruskan dan Malaysia semakin mempereratkan
hubungan serantau. Sebagai contoh, ASEAN telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar
Malaysia pada tahun 1975.
Sebaik saja tampuk pemerintahan Malaysia diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir
Mohammad, beliau mengumumkan bahawa dasar luar negara yang bersifat berkecuali akan
memberi keutamaan kepada kerjasama serantau, hubungan dengan negara-negara Islam, Negara
Dunia Ketiga dan negara-negara Komanwel. Sebelum ini, dasar luar Malaysia menjadikan Barat
sebagai role-model, tetapi dalam era Tun Dr. Mahathir, beliau membuat perubahan yang drastik
dengan menjadikan Timur sebagai role model9. Ini merupakan satu pembaharuan yang sangar
nyata dalam pemerintahan Malaysia dan menarik perhatian dunia khususnya, Barat (Zulhilmi
Paidi & Asrar Omar, 2003). Pada masa ini juga pendirian dasar luar negara Malaysia lebih
banyak berorientasikan ekonomi.
Sementelah itu, dasar luar tersebut semakin diperhalusi semasa periode pemerintahan
Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ia disifatkan telah melalui evolusi yang dinamik (Rusdi Omar
& Mas Juliana Mokhtar, 2010). Evolusi dasar luar Malaysia di bawah empat Perdana Menteri ini
telah menunjukan bahawa mereka telah memberi respon pragmatik bersesuaian dengan
perubahan geopolitik dan ekonomi yang berlaku pada masa itu untuk terus relevan dengan
keperluan negara.
Pada masa ini, dibawah pimpinan Dato Seri Mohd Najib, dasar luar Malaysia
menekankan kepentingan hubungan dua hala (bilateral relations)10 terutamanya dengan negara
trading partner11 Malaysia.

Contoh tauladan/ ikutan. Sebelum ini Malaysia menjadikan negara Barat/ Eropah sebagai contoh untuk
membangunkan negara.
10
Juga dikenali sebagai hubungan diplomasi dua hala(bilateral diplomacy). Merupakan hubungan atau
diplomasi yang dilakukan antara dua buah negara sahaja.
11
Trading partner merupakan istilah yang merujuk kepada negara-negara yang melaksanakan hubungan
ekonomi dengan Malaysia.

Dasar Luar Malaysia berkaitan Kerjasama Serantau di Asia Tenggara.

Malaysia adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang pastinya tidak mampu hidup
bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia berpendapat kerjsama serantau adalah merupakan
agenda penting dalam hubungan luarnya untuk mewujudkan kestabilan serantau dalam
menghadapi ancaman musuh. Peranan dan penglibatan ini juga penting kepada Malaysia sebagai
sebuah negara yang baru merdeka. Malaysia perlu mengambil peranan, mendapat tempat dan
diterima setaraf dengan negara-negara lain di dunia seterusnya mencipta identiti sendiri. Pada
hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara,
setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambil kira persekitaran luar yang dinamik.
Pengertian di atas juga merujuk kepada dasar luar negara Malaysia. Dalam kepelbagaian
faktor yang menyumbang kepada pembentukan dan halatuju hubungan antarabangsa Malaysia
dengan negara-negara lain di era langit terbuka ini, terdapat faktor globalisasi yang memainkan
peranan yang semakin penting maka objektif dasar luar Malaysia adalah sama iaitu ke arah
menjaga dan mengekalkan kepentingan Malaysia. Dalam kerjasama serantau di Asia Tenggara,
kerjasama serantau

membawa kepada penyatuan negara-negara di Asia Tenggara dalam

keperluan politik, ekonomi dan pertahanan. Antara kerjasama serantau di Asia Tenggara ialah:

1. SEATO / SEAFET
Sejarah kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan boleh dikesan
daripada cadangan Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia, pemerintah Filipina pada
waktu itu. Ia dicadangkan pada Januari 1959 untuk menubuhkan sebuah persatuan bukan
politik yang menjamin hubungan baik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi
meningkatkan dan memperbaiki kerjasama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.
Kerjasama serantau yang pertama ialah SEATO12 dan ia telah ditubuhkan pada 8 September
1954 di Manila. Ia dianggotai oleh dua buah negara sahaja iaitu Indonesia dan Filipina dan
ianya lebih merupakan satu pakatan ketenteraan. SEAFET13 atau Perjanjian Ekonomi dan

12
13

Southeast Asia Treaty Organization


Southeast Asian Friendship and Economic Treaty

Persahabatan

Negara-negara Asia Tenggara pula ditubuhkan pada Januari 1959 ketika

lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina.

Sepanjang penubuhan SEATO dan SEAFET ini, tiada kerjasama serantau yang dapat
dijalankan. Ini berikutan keengganan beberapa negara untuk menyertai dan merestuinya.
Ketika ini sikap nasionalisma kenegaraan masih menebal dan penuh dengan syak wasangka
terhadap negara lain lebih-lebih lagi Indonesia yang mendakwa Tanah Melayu dan Filipina
masih mempunyai hubungan dengan penjajah. Ini adalah berikutan hubungan Filipina
dengan beberapa kuasa Barat melalui SEATO dan Tanah Melayu yang mengikat perjanjian
pertahanan dengan Britain melalui AMDA14.

Namun sebenarnya kerjasama yang disarankan oleh Malaysia adalah berbentuk pakatan
ekonomi, kebudayaan dan teknikal dan secara kebetulan mengenai soal-soal keselamatan.
Kegagalan usaha Malaysia yang pertama untuk mewujudkan kerjasama sebenarnya adalah
disebabkan tanggapan yang salah dari negara jiran dan tekanan politik semasa. Setelah
mendapati SEAFET tidak dapat bertahan lama, Malaysia tidak berputus asa lantas bersama
dengan Filipina dan Indonesia mengusahakan penubuhan ASAS (Association of Southeast
Asian States) yang kemudiannya dikenali sebagai ASA (Association of Southeast
Asia) pada 31 Julai 1961. Hasrat Malaysia ingin mewujudkan kerjasama terbukti dengan
adanya kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan petadbiran.

Antara usaha yang dilakukan ialah mengadakan pertukaran maklumat teknik dan
kepakaran, menggalakkan pelancongan di antara negara anggota, pertukaran tenaga pengajar
antara Universiti Malaya dan Universiti Filipina serta lawatan dan rombongan kebudayaan.
Terdapat juga kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan namun ianya terbatas
akibat daripada penguasaan saham syarikat asing iaitu Scadinavian Airline Sistem (SAS).
Malangnya kerjasama ini juga tidak dapat bertahan lama kerana berlakunya perbalahan di
mana Filipina menuntut Sabah atau Borneo Utara sebagai sebahagian daripada hak

14

Anglo-Malaya Defence Agreement atau Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya.

Kesultanan Sulu daripada British semasa penubuhan Malaysia. Malahan Indonesia juga
mengumumkan konfrontasi15 pada Januari 1963 menentang penubuhan Malaysia.

2. ASA
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia, Thailand dan
Filipina; hasilnya ASA telah ditubuhkan. Setelah gagal menarik Indonesia menyertai pakatan
ini, ASA hanya berpuas hati dengan penyertaan tiga buah negara sahaja iaitu Tanah Melayu,
Thailand dan Filipina. Beberapa persetujuan kerjasama dirancang terutama dalam aspek
ekonomi dan sosial, budaya, saintifik dan pentadbiran. Pertubuhan ini juga berusaha untuk
menubuhkan mekanisme berkesan bagi mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai
lapangan, terutamanya sains dan pentadbiran, kemudahan latihan dan penyelidikan untuk
kepentingan bersama serta berusaha mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau.

Impian ketiga-tiga negara dalam ASA ialah agar kemiskinan di rantau ini dapat
dibendung, fahaman komunis dihapuskan seterusnya menjadi sebuh pertubuhan yang bebas
dari mana-mana blok kuasa besar.Melalui ASA beberapa kerjasama ekonomi dan sosial
telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah seperti membuat pertukaran maklumat, teknik
dan kepakaran, penggalakkan di bidang pelancongan, kerjasama di bidang perkapalan dan
penerbangan , pertukaran pelajar di anatara universiti seperti di antara Universiti Malaya dan
Universiti Filipina dan yang terakhir ialah kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan
iaitu mengadakan rombongan dan lawatan sesama mereka untuk mengeratkan lagi
perhubungan dan semangat setiakawan.

Malang sekali, seperti juga SEATO dan SEAFET, ASA juga tidak dapat bertahan lama
kerana masalah dalaman yang membawa kepada penolakannya. Antaranya ialah apabila
Filipina membantah kemasukan Sabah ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang
didakwa adalah sebahagian daripada Sulu yang memang berada dalam kawasannya. Filipina
akhirnya menarik diri menganggotai ASA. Faktor kedua ialah apabila menerima kecaman
hebat dari Indonesia berikutan penubuhan Malaysia 1963. Ekoran dari itu, Indonesia telah

15

perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak.

menjalankan dasar Ganyang Malaysia dalam konfrontasinya terhadap Malaysia pada


tahun 1963-1966.

Akibatnya, ASA

tidak dapat bergerak. ASA juga dianggap sebagai sebuah

antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia


mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina
mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Walaupun tidak dimansuhkan,
namun ketiadaan Indonesia sebagai anggota menyebabkan kerjasama sebenar yang
diharapkan tidak akan dicapai dan akhirnya membawa kepada pembubaran ASA pada tahun
1963.

3. MAPHILINDO
MAPHILINDO ialah singkatan dari gabungan tiga buah negara, iaitu Malaysia, Philipina
dan Indonesia. Tujuannya ialah untuk menyatukan tiga buah negara serumpun dalam satu
wilayah geografi dan politik pentadbiran yang selama ini terpecah akibat dari warisan sejarah
yang diterima (Bakar, 1973). Usaha menyatukan bekas tanah jajahan pernah berlaku,
misalnya pada akhir Peperangan Dunia Kedua, ada usaha dari Kesatuan Melayu Muda
(KMM) & pimpinan Indonesia merancang dengan sokongan Jepun untuk menguruskan
kemerdekaan Malaysia sebagai sebahagian daripada Indonesia Raya16, namun rancangan ini
tidak kesampaian (Kamaruddin Jaffar & Dr. Burhanuddin Al-Helmy, 2000).

MAPHILINDO adalah gagasan yang timbul menjelang penubuhan Malaysia. Cadangan


menubuhkan Malaysia dicetuskan oleh Tengku Abdul Rahman agar negeri-negeri di bawah
pentadbiran British iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei(bukan jajahan) di bawah
satu negara yang dikenali dengan nama Malaysia. British tidak menyenangi perkara ini
namun British tetap bimbang jika negeri-negeri jajahannya diberi kemerdekaan secara
berasingan bakal memasalahkan negeri-negeri berkenaan, lebih-lebih lagi dengan jiran-jiran
terdekatnya. Oleh kerana itu, British merestui usaha-usaha yang dijalankan oleh Tengku

16

Rancangan menyatukan Tanah Melayu, Borneo, dan Filipina bagi membentuk satu kesatuan berdasarkan
warisan kerajaan Majapahit.

Abdul Rahman Perdana Menteri Malaya bagi pembentukan Malaysia dengan sedikit rasa
ralat.

Walau bagaimanapun, usaha ini tidak disenangi oleh jiran-jiran terdekat. Indonesia
melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Indonesia tidak setuju akan kemasukan Sabah
dan Sarawak ke dalam Gagasan Malaysia kerana kedua-dua negeri tersebut bersempadan
dengan Indonesia, maka ia lebih sesuai bersama Indonesia. Filipina pula menuntut Sabah
sebahagian dari Filipina lantaran dari segi sejarah Sabah mempunyai hubungan dengan
kerajaan Sulu yang memerintah di selatan Filipina. Dengan rancangan memasukkan Sabah
sebahagian dari Malaysia, Filipina merasakan haknya ke atas Sabah semakin menghilang. Ini
menyebabkan Filipina meningkatkan tuntutannya ke atas Sabah.

Konflik di antara ketiga-tiga buah negara ini menimbulkan cadangan agar ketiga-tiga
pimpinan dari tiga buah negara yang terlibat mengadakan pertemuan. Persidangan telah
diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 yang dihadiri oleh Tengku Abdul
Rahman (Perdana Menteri Malaysia), Sukarnoe (Presiden Indonesia) dan Macapagal Aroyyo
(Presiden Filipina).Persidangan ini diadakan berikutan adanya persidangan pada peringkat
menteri-menteri luar daripada tiga buah negara ini dari 7 11 Jun 1963 di tempat yang sama
Manila.

Dalam persidangan yang melibatkan tiga ketua negara itu, beberapa keputusan telah
diambil. Macapagal mencadangkan ketiga-tiga negara bersatu di bawah satu gagasan yang
dikenali dengan MAPHILINDO. Satu kejayaan yang dianggap gemilang terutama bagi
Indonesia dan Filipina yang menginginkan kawasan Borneo Utara. Mereka beranggapan
penubuhan MAPHILINDO bakal menjadikan tiga negara ini sebagai satu negara dan bakal
dapat melenyapkan penubuhan Malaysia. Indonesia merasakan ia bakal menjadi ketua kerana
faktor geografinya manakala Filipina pula merasakan ia bakal menjadi ketua kerana
persidangan dan cadangan penubuhan MAPHILINDO itu sendiri datang daripada Filipina.
Namun, sekiranya Malaysia mahukan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia,
satu referendum perlu diadakan bagi mendapatkan pungutan suara penduduk Sabah dan
Sarawak mengenai kemasukan negeri tersebut ke dalam Gagasan Malaysia. Referendum ini
9

dikelolakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dengan keputusan yang diambil
pada waktu itu, semua pihak merasa optimis dan puas hati.

Walau bagaimanapun,timbul kekecohan dalam tempoh kurang sebulan setelah Perjanjian


Manila dicapai mengenai pemungutan suara di Sabah dan Sabah yang perlu dijalankan
sebagai syarat penerimaan bagi Indonesia dan Filipina terhadap rancangan memasukkan
Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian dari Malaysia. Kekecohan timbul apabila Indonesia
dan Filipina ingin menambahkan jumlah pemerhati dari Indonesia dan Filipina seramai 30
orang bagi setiap negara yang dihantar oleh PBB17. Berikutan itu, berlaku kekacauan
sebelum referendum diadakan lagi. Pada hakikatnya, kekacauan tersebut sengaja diadakan
bagi menggagalkan rancangan penubuhan Malaysia atau setidak-tidaknya, mereka mahu
melewatkan proses pembentukan Malaysia. Objektif mereka berjaya pengisytiharan Malaysia
yang dijangka pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963.

Selepas penubuhan Malaysia, dan sengketa antara tiga buah negara ini masih berterusan.
Macapagal dan Sukarnoe pula kehilangan kekuasaan di negara masing-masing. Macapagal
telah kalah dalam pilihanraya melawan Marcos pada akhir tahun 1965, manakala Sukarnoe
digulingkan dalam peristiwa Gestapo 30 September 1965. Ini menjadikan rancangan untuk
membentuk MAPHILINDO sebagai sebuah negara sebagai satu ilusi dan angan-angan yang
terbengkalai. Akan tetapi, penubuhan Malaysia tetap berjalan walaupun Brunei tidak
menyertainya dan Singapura dikeluarkan dari Malaysia selepas penubuhannya18.

Di sini, dapat dilihat bahawa MAPHILINDO sebenarnya merupakan sebuah gagasan


yang dicadangkan bukan secara ikhlas, dimana ketua negara-negara yang terlibat mempunyai
agenda masing-masing. Indonesia dan Filipina mengharapkan penubuhan Malaysia gagal dan
mereka bakal dapat membentuk dan mengetuai satu gagasan baru melalui gabungan
Indonesia, Filipina dan Indonesia yang memberi kelebihan kepada mereka. Manakala
Malaysia pula terpaksa mematuhi keputusan mesyuarat iaitu mengadakan referendum untuk
membentuk gagasan Malaysia.
17

Jumlah asal ialah 9 orang pemerhati.


Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965 berikutan tiada persefahaman dan beberapa konflik
yang lain.
18

10

MAPHILINDO tidak mungkin dilaksanakan dari segi politik & pentadbiran. Malaysia
mahupun Filipina tidak mungkin sanggup untuk menjadi sebahagian daripada Indonesia
Raya yang akan menenggelamkan Malaysia dan Filipina apabila menjadi sebahagian
daripada wilayah-wilayah Indonesia. Jika gabungan hanya secara longgar misalnya
kerjasama dari segi budaya, bahasa dan ekonomi, mungkin fungsinya boleh dicapai
sebagaimana di dalam ASEAN. MAPHILINDO boleh dibincang sebagai satu idea, namun
pelaksanaannya secara praktikal adalah sukar.

4. ASEAN
Persatuan negara-negara Asia Tenggara lebih dikenali sebagai ASEAN (Association of
Southeast Asian Nationals) yang ditubuhkan pada 7 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. ASEAN yang sebelum ini memakai
nama SEAARC (Southeast Asian Association of Regional Cooperation ) telah ditubuhkan
kesan daripada konfrontasi Indonesia-Malaysia antara tahun 1963-1966. Ia telah membuka
lembaran baru dalam perkembangan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara.
Penubuhan ASEAN juga adalah bertujuan untuk memulihkan semula semangat ASA yang
terkubur selepas terjadinya peristiwa konfrontasi dan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh menteri luar kelima-lima negara iaitu
Tun Adam Malik (Indonesia), Tun Abdul Razak Hussein (Malaysia), Tuan S. Rajaratnam
(Singapura) dan Tuan Thanat Khoman (Thailand). Pada peringkat awal pintu persahabatan
ASEAN dibuka kepada semua negara di Asia Tenggara ini untuk mewujudkan satu
kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi serantau. Namun, hanya lima negara sahaja yang
menganggotai ASEAN pada tahun 1967. Objektif penubuhan ASEAN pada waktu itu
mengandungi tujuh matlamat iaitu:

a) Memperhebat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan serantau


dengan berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan demi memperkukuhkan asas
bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara yang makmur dan aman.

11

b) Menggalakkan keamanan dan stabiliti dengan mematuhi dan menghormati keadilan


dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB).

c) Menggalakkan kerjasama dan saling membantu atas masalah bersama dalam


lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

d) Saling membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan penyelidikan, teknikal dan
pentadbiran.

e) Menuntut kerjasama yang bersungguh-sungguh untuk memajukan dan memesatkan


lagi pertanian dan perusahaan. Mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki
kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meninggikan taraf kehidupan rakyat.

f) Menggalakkan pengkajian tentang Asia Tenggara.

g) Memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama dengan badan antarabangsa dan
serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama.

Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara
Brunei Darussalam pada 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar
pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah
memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan
ASEAN 10 berjaya; seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era
yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.

Terdapat beberapa kerjasama serantau ASEAN dalam bidang politik walaupun matlamat
awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan
ekonomi. Namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974,
ia banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam
persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pada tahun
12

1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap Kemboja pada tahun 1978 merupakan
cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah
ini.

Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya
telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976. Pertemuan pertama selepas
sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu
Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN.
Kedua-dua kesetiaan ini memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha
membendung

ancaman

komunis,

campur

tangan

kuasa-kuasa

luar

selain

daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan mewujudkan beberapa


kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan
Serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh Negara Dunia
Pertama.

4.1. ZOPFAN
Konsep ZOPFAN19 atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali telah
diumumkan oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada
27 November 1971 di Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN meliputi seluruh kawasan Asia
Tenggara dan ia bermula hasil daripada cadangan Tun Abdul Razak. Deklarasi tersebut
juga dikenali Deklarasi Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN telah dijadikan sebagai inti
dasar luar bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan di
kalangan ahli. Antara inti utama deklarasi ialah negara-negara berkenaan berhasrat untuk
mengendurkan ketegangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia
Tenggara. Jawatankuasa ini telah memperincikan maksud Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali dalam ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identiti kebangsaan dapat
diwujudkan dan dikekalkan supaya mereka dapat mencapai pembangunan negara.
Kerjasama serantau selaras dengan prinsip PBB dan bebas daripada campurtangan kuasakuasa luar.

19

Zone of Peace, Freedom & Neutrality

13

Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong penubuhan konsep ZOPFAN.


Pertama ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasa besar
dalam konteks ketegangan politik blok Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam, serta
keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari
Vietnam pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di
kalangan negara ASEAN kerana mampu menjejaskan kestabilan serantau. Sebab kedua
ialah peperangan di Vietnam yang telah menyakinkan ASEAN bahawa campur tangan
dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara kecil Asia
Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Faktor yang ketiga yang membawa
penubuhan ZOPFAN ini ialah adalah regionalisme20 yang telah menghasilkan
pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera
untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Adalah menjadi anggapan penganjur-penganjur
ZOPFAN bahawa Asia Tenggara telah menjadi kawasan yang penuh dengan
kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat campur tangan kuasa-kuasa besar dalam
hal ehwal negara-negaranya.

Terdapat beberapa tujuan dan matlamat yang perlu dicapai melalui konsep ZOPFAN.
Diantaranya ialah untuk mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara dengan negaranegara di rantau ini mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan
diri kepada mana-mana kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini
campurtangan dalam hal-ehwal politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara
Russia, China dan Amerika Syarikat. Selaras dengan konsep ini, setiap negara di rantau
Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasib negaranya sendiri tanpa campu
rtangan kuasa-kuasa luar ini.

Tujuan dan matlamat yang kedua ialah menjadikan Asia Tenggara berkecuali dan
menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasakuasa besar yang berminat dengan kawasan ini. Walaupun ZOPFAN yang diusahakan

20

Teori atau praktikal mengenai sistem kawasan berbanding system sentral berkaitan dengan ekonomi, budaya
atau faktor politik.

14

oleh ASEAN tetapi ia meliputi seluruh Asia Tenggara termasuklah kawasan yang didiami
oleh Vietnam, Laos, Kampuchea dan Burma (Myanmar). Bagi ASEAN usaha ini penting
kerana sejak beratus tahun lalu rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasa-kuasa
luar kawasan ini.

Tujuan yang ketiga pula ialah untuk memastikan bahawa negara-negara dalam zon ini
berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan
dan hubungan serantau yang lebih baik. Menyelesaikannya secara aman dan tidak
menggunakan sebarang kekerasan. Melalui usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa
besar mampu dan berpeluang untuk mencari alasan supaya campurtangan dalam halehwal rantau Asia Tengara . Ini adalah kerana keamanan dan kestabilan adalah syarat
utama untuk kemerdekaan serta kesejahteraan sosial dan ekonomi penduduk Asia
Tenggara. Untuk menjayakan matlamat ini kerjasama negara-negara Asia Tenggara
amatlah diperlukan dalam meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan
hubungan yang rapat.

Tujuan yang terakhir ialah mengelak ancaman ideologi komunis melalui isu pelarian
Vietnam dan seterusnsya memastikan Teori Domino gagal dilaksanakan. Ini untuk
memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara tidak jatuh di bawah kuasa Komunis
yang diketuai oleh China dan Russia. Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya
bebas menwujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira fahaman
ideologi politik supaya keamanan dan keselamatan di rantau akan terus terjamin.

Beberapa langkah telah berjaya dilakukan dalam memastikan segala tujuan dan
matlamat ZOPFAN tercapai. Antaranya ialah mewujudkan dasar tidak campur tangan.Ini
sekaligus memberi hak setiap negara untuk mewujudkan cara hidupnya sendiri dengan
bebas tanpa campur tangan luar dan tidak akan mencampuri urusan dalam bagi negara
yang lain. Selain itu, menyelesaikan perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu tidak
menggunakan ancaman atau ugutan kekerasan serta bekerjasama secara berkesan antara
negara-negara anggota. Ini dapat dilihat bagaimana pertikaian mengenai isu sempadan,

15

isu gerakan pemisah, dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa
memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata.

Konsep ZOPFAN ini juga berjaya melenyapkan perasaan tersisih yang biasanya
boleh membawa kepada tindakan yang tidak bijak. Antaranya ialah memberi keyakinan
kepada negara anggota agar menjadi lebih matang untuk membuat dan menerima dasar
demi kepentingan bersama. Selain daripada itu ASEAN juga berjaya menghalang negaranegara anggota daripada berasa lemah dalam menjalankan pentadbiran mereka bagi
mencapai kemajuan. ASEAN bertahun-tahun lamanya memberi negara anggota kekuatan,
kemampuan dan keupayaan yang mengizinkan mereka bertindak bukan sahaja sebagai
alat

tetapi

sebagai

sebahagian

dari

sistem

politik

antarabangsa.

Akhirnya,

konsep ZOPFAN ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari negara-negara
kesatuan Eropah, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Persidangan Komenwel
serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan, Rumania dan Republik Demokratik
Korea.

Namun begitu, ZOPFAN juga mengundang masalah. Konsep ZOPFAN pada


mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara anggotanya. Dasar Berkecuali agar
kuasa-kuasa besar tidak campur tangan dalam hal ehwal negara-negara ASEAN ternyata
tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina masih mengekalkan pengkalan tentera
Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah tentu mempunyai pengaruh terhadap
dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-tentera tersebut akan mengancam
keselamatan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk iaitu
dari segi kehilangan pendapatan pekerjaan tempatan di pengkalan-pengkalan tersebut.
Indonesia juga mengambil sikap tunggu dan lihat manakala Thailand yang sedang
berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi
sokongan.Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha memastikan
konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia Tenggara ke arah
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.

16

4.1.1. ASEAN Regional Forum, ARF.


Pada 1992, ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN membuat pengisytiharan
bahawa pertubuhan itu perlu meningkatkan dialog dalam politik dan keselamatan.
Maka pada 1994, Forum Serantau ASEAN (ARF) ditubuhkan bertujuan
meningkatkan keyakinan, pencegahan perbalahan melalui diplomasi dan penyelesaian
konflik di rantau ini. Penubuhan ARF pada tahun 1994 adalah salah satu daripada
pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik dan
keamanan di kawasan Asia Pasifik.

ARF dianggotai oleh 10 negara anggota ASEAN dengan rakan-rakan dialog iaitu
Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand,

dan

Amerika Syarikat. Selain itu, negara China dan Persekutuan Russia sebagai
consultative partners serta Laos dan Papua New Guinea sebagai pemerhati. Antara
pendirian ARF ialah seperti memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di
mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan
rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri. Malaysia melihat penubuhan
ARF sebagai satu perkembangan penting ke arah kesinambungan keamanan dan
kestabilan serantau.

Inisiatif ASEAN ini telah berjaya membawa bersama ahli-ahli untuk berkongsi
pandangan mengenai masalah keselamatan yang melibatkan kepentingan bersama.
Proses dialog yang dilaksanakan terbukti merupakan mekanisme penting ke arah
membina keyakinan. Aktiviti-aktiviti ARF akan dapat mewujudkan kerjasama yang
lebih akrab serta persefahaman yang lebih baik di kalangan peserta ARF. Berikutan
dialog politik berterusan di dalam ASEAN, tidak ada ketegangan bertukar kepada
pertelingkahan bersenjata di antara negara anggota sejak ASEAN ditubuhkan tiga
dekad lepas.

17

Kesimpulan:

Berdasarkan penghujahan yang dikemukakan di atas, ternyata dasar kerjasama serantau


yang dijalankan dalam kalangan negara anggota di Asia Tenggara mempunyai kekuatan dan
kelemahan yang tersendiri dalam sosial, politik dan ekonomi. Malah jika diperhatikan, pada awal
tahun 1947, Perang Dingin yang berlaku di antara blok komunis dengan blok kapitalis telah
menyebabkan keadaan dunia menjadi tidak aman. Keadaan ini juga berlaku di Asia Tenggara
apabila Asia Tenggara menjadi medan perluasan kuasa komunis dan kapitalis. Selain itu,
masalah dalaman Asia Tenggara seperti Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia, tuntutan
Filipina terhadap Sabah dan isu Kampuchea juga menyumbang kepada ketidakstabilan dan
keamanan rantau Asia Tenggara. Bagi mengatasi masalah ini, negara-negara Asia Tenggara telah
membentuk kerjasama serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Namun begitu,
kerjasama serantau yang ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia iaitu ASA dan
MAPHILINDO gagal mengatasi konflik dalaman negara Asia Tenggara tetapi kerjasama
serantau tersebut berjaya mengurangkan ketidakstabilan rantau Asia Tenggara melalui dasar
menyelesaikan masalah dalaman tanpa melibatkan orang luar. Dasar kerjasama serantau yang
berjaya mewujudkan dan mengekalkan suasana aman damai di Asia Tenggara adalah ASEAN.
Kejayaan ASEAN mengatasi konflik dan mewujudkan suasana aman damai di Asia Tenggara
adalah disebabkan dasar berkecuali iaitu tidak mencampuri urusan negara lain yang dipegang
oleh negara anggota ASEAN.

18

Rujukan:

Bakar, D. S. (1973). Makalah Dian. Gagasan Maphilindo, pp. 13-25.


Fatih-io. (2013). Pengertian Demografi. Retrieved November 11, 2014, from fatih-io.biz.html:
http://fatih-io.biz/pengertian_demografi.html
Kamaruddin Jaffar & Dr. Burhanuddin Al-Helmy. (2000). Pemikiran dan Perjuangan. Kuala
Lumpur, Malaysia: IKDAS Sdn. Bhd.
Rusdi Omar & Mas Juliana Mokhtar. (2010). Dasar Luar Malaysia Era Dato Seri Mohd Najib
Tun Razak: Kepentingan dalam Aspek Hubungan Dua Hala. Retrieved November 11,
2014, from repo.uum.edu.my: http://repo.uum.edu.my/3173/1/S9.pdf
Yazid, M. N. (2008). ONE STATE, ONE NATION, MULTIPLE NATIONS: KESTABILAN
DAN KETIDAKSTABILAN POLITIK. Dalam W. H. Kabul (Ed.), Seminar Politik
Malaysia (hlm. 2). Shah Alam: UPENA UiTM Shah Alam.
Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. (2003). Hubungan Luar Antarabangsa. Pahang: PTS Publications
& Distribution.
Razali Samad.(2009). Dasar Luar Malaysia. Retrieved from:
https://www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia.
Dilema dasar luar Najib menangani NAM.(2012, August 23). SiasahDaily. Retrieved from:
http://siasahdaily.blogspot.com/2012/08/dilema-dasar-luar-najib-menangani-nam.html.

19

You might also like