You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2013

HBHE 2103 :
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO

731208125515001

IDENTITY CARD NO.

731208125515

TELEPHONE NO.

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

LEARNING CENTRE

OUM, TAWAU

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

PENGENALAN

LAPORAN DAPATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN


PROGRAM GOTONG ROYONG RIA

2.1 Latar Belakang Program


2.2 Pengurusan Pesediaan Aktiviti Gotong-Royong Ria
2.3 Perlaksanaan Gotong-Royong Ria
2.4 Perlaksanaan Post Mortem dan Cadangan Penambahbaikan

5
6
7
10

2.4.1 Kelemahan Program


2.4.2 Kekuatan Program
2.4.3 Cadangan Penambahbaikan
3

10
11
12

PENUTUP

13

BIBLIOGRAFI

14

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

1.

PENDAHULUAN

Di Malaysia, program pendidikan kesihatan bagi golongan kanak-kanak telah diperkenalkan


pada tahun 1967. Ia bertujuan untuk mengukur status kesihatan kanak- kanak sekolah dan
mengenalpasti masalah kesihatan kanak-kanak, ibubapa, guru dan komuniti. Pada tahun
1977, Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dilancarkan berdasarkan Konsep Ottawa
Charter oleh World Health Organization (Ministry of Health Malaysia, 1996). Penilaian yang
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia
mendapati program tersebut dapat menggalakkan pembentukan persekitaran sekolah yang
selamat dan sihat dan juga dapat mewujudkan kerjasama di antara sekolah dan komuniti
dalam mempromosikan gaya hidup sihat. Secara amnya, Program Bersepadu Sekolah Sihat
( PBSS ) diperkenalkan adalah berdasarkan rasional berikut :

1.1

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di
bawah satu program bersepadu.

1.2

Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta

menjurus

kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.


1.3

Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa
kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah.

1.4

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak


serta dapat dinilai keberkesanannya.

1.5

Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara


sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui
program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas, Program Bersepadu
Sekolah Sihat perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan
berkualiti.

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Salah satu elemen perlaksanaan program ini ialah aktiviti pemantauan dan penilaian.
Pemantauan dan penilaian program seringkali dilihat sebagai suatu kemestian bagi sesebuah
organisasi yang ingin melihat kebaikan dan kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Menurut
Tyler (1950), penilaian adalah satu proses menentukan sejauh manakah objektif sesuatu
program dapat dicapai. Bagi Alkin (1969), Cronbach (1963) dan Stufflebeam et al. (1971),
penilaian adalah proses pengumpulan dan penggunaan maklumat untuk membuat keputusan.
Manakala Suchman (1967) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu usaha untuk
mengenal pasti sama ada sesuatu program berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.

Terdapat organisasi yang memantau dan menilai program sama ada di peringkat awal,
pertengahan atau di akhir sesuatu aktiviti. Pemilihan waktu pemantauan dan penilaian yang
spesifik seperti ini seharusnya didasari oleh penelitian mendalam tentang maklumat yang
mungkin diperoleh dalam usaha menambah baik sesuatu program. Di samping itu juga,
kaedah mengumpul data yang paling berkesan seharusnya diberi penekanan kerana kaedah
yang tepat akan menghasilkan data yang relevan, yang boleh diguna pakai oleh organisasi.
Kaedah pengumpulan data seperti temu bual, soal selidik, senarai semak, analisis dokumen
dan pemerhatian di tempat kerja seringkali memberikan data yang berguna dalam bentuk atau
perspektif yang berbeza. Sehubungan dengan itu, Pemantauan dan penilaian program Gotong
Royong Ria Program Bersepadu Sekolah Sihat dilakukan melalui penggunaan borang
pemantauan dan penilaian PBSS 1.

Dalam usaha mencapai matlamat sekolah yang bersih dan sihat, satu program yang diberi
nama Gotong Royong Ria telah dirancang untuk diadakan. Matlamat program ini adalah
untuk menyegar dan mengindahkan kawasan sekolah dengan pembinaan taman-taman
beraneka landskap. Landskap taman akan direka oleh setiap kumpulan yang dibentuk
mengikut kawasan-kawasan terpilih. Taman-taman ini akan dipenuhi pokok-pokok bunga dan
pokok-pokok besar.

Bagi memastikan program ini berjaya mencapai objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat,
pemantauan dan

penilaian telah dilakukan berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang

digariskan dalam Borang Pemantauan dan Penilaian PBSS 1 (Lampiran 1). Terdapat 3
Kriteria Utama yang akan dipantau dan dinilai iaitu Pengurusan Persediaan Gotong Royong
3

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Ria PBSS, Perlaksanaan Gotong Royong Ria Yang Ditetapkan dan Perlaksanaan Post
Mortemdan Cadangan Penambahbaikan.

Dalam kriteria utama Pengurusan Persediaan Gotong Royong Ris PBSS, terdapat lima item
yang dipantau dan dinilai. Item pertama adalah Penubuhan Jawatankuasa. Dalam item ini
pula, terdapat 4 perkara yang dipantau dan dinilai iaitu penubuhan ahli jawatankuasa, jumlah
keahlian, Bilangan kekerapan mesyuarat dan perlaksanaan sistem fail. Item kedua pula ialah
penetapan objektif program. Dalam item ini pula, terdapat 3 perkara yang dipantau dan
dinilai iaitu penetapan objektif, ketepatan objektif merealisasi hasrat pengenalan Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan ada bukti yang menunjukkan penetapan obektif ini. Item 3 pula
menumpukan kepada pemantauan dan penilaian penetapan aktiviti program. Dalam item ini
terdapat empat perkara yang dinilai iaitu, menggariskan aktiviti yang perlu diadakan,
menjelaskan bidang tugas, ada pelan tindakan atau carta aliran kerja (carta gantt) dan ada
taklimat khas untuk AJK pelaksana. Item keempat pula adalah penilaian terhadap kertas kerja
yang telah diluluskan manakala Item terakhir yang dinilai dalam kriteria ini adalah laporan
awal program.

Manakala dalam kriteria utama Perlaksanaan Gotong Royong Ria yang ditetapkan, terdapat 5
item yang dipantau dan dinilai. Item 1 hingga 4 terdapat 4 perkara ynng akan dinilai iaitu
penubuhan jawatankuasa, pemilihan ahli jawatankuasa mengikut kriteria yang ditetapkan,
jadual kedatangan murid, guru dan ibubapa, dan laporan atau dokumen aktiviti. Item 1 dan 4
menjurus kepada aktiviti menanam pokok, membersih, membina landskap dan sebagainya.
Manaka item 5 pula melibatkan pemantauan dan penilaian pengurusan masa dan perjalanan
aktiviti. Dalam item ini terdapat 4

perkara yang diperhatikan iaitu perancangan masa,

kesesuaian aktiviti, pematuhan masa dan kejayaan aktiviti.


Kriteria terakhir yang dinilai pula adalah perlaksanaan post mortem dan cadangan
penambahbaikkan. Dalam kriteria ini hanya satu item sahaja yang dinilai iaitu dapatan data.
Item ini akan dinilai berdasarkan 6 perkara iaitu pengumpulan data, analisis data, mesyuarat,
dapatan dan rumusan, perbincangan, cadangan penambah baikkan dan dokumentasi.

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Berdasarkan kepada kepentingan pemantauan dan penilaian terhadap sesuatu program dan
juga kriteria-kriteria yang bakal dipantau dan dinilai kerana menurut Sax (1973) penilaian
adalah satu proses yang mana penghakiman nilai atau keputusan dibuat berdasarkan
pemerhatian-pemerhatian, latar belakang dan latihan yang diperolehi oleh seseorang penilai.
Bagi Popham (1975) pula, penilaian merupakan satu cara untuk menentukan kepentingan
atau faedah sesuatu perkara. Sementara Doll (1978) pula menyatakan penilaian sebagai suatu
usaha meluas dan berterusan ke arah meninjau kesan daripada penggunaan kandungan dan
proses pendidikan. Seterusnya Beeby (1978) pula menyatakan bahawa penilaian adalah
proses pemulihan yang sistematik dalam mentafsirkan maklumat bagi tujuan membuat
rujukan. maka penulisan yang seterusnya akan membincangkan mengenai laporan lengkap
hasil pementauan dan penilain. Di akhir penulisan, perbincangan secara ringkas dan padat
akan dikemukakan sebagai rumusan akhir penulisan ini.

2.

LAPORAN DAPATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM


GOTONG ROYONG RIA

2.1

Latar Belakang Program

Program Gotong Royong Ria merupakan satu program yang dirancang oleh Jawatankuasa
Program Bersepadu Sekolah Sihat, Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, menyenangkan, menyegarkan, menyihatkan
dan melahirkan keselesanaan dan keharmonian dalam kalangan warga sekolah khususnya
murid-murid. Program ini dirancang untuk memenuhi hasrat kerajaan menjadikan sekolah
sebagai tempat melahirkan masyarakat yang sihat di bawah program kesihatan yang
diperkenalkan iaitu Program Bersepadu Sekolah Sihat.

Program ini dicetuskan guru besar semasa mesyuarat pentadbiran 22 April 2013 yang lalu.
Beliau menegaskan betapa perlunya gotong-royong ini diadakan kerana menurut beliau
kecerdasan mental murid berlaku bukan hanya kerana sejauhmana mereka tekun belajar
tetapi juga bergantung kepada kesihatan, ketengan fikiran dan perasaan di samping faktor
5

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

motivasi persekitaran tempat belajar. Memandangkan aktiviti ini amat signifikan dengan
matlamat Program bersepadu Sekolah Sihat, maka beliau meletakkan tanggungjawab
mengadakan program ini kepada Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat.

2.2

Pengurusan Pesediaan Aktiviti Gotong-Royong Ria

Pengurusan Persediaan sesuatu program amat signifikan sekali dengan kejayaan dan
keberkesanan program yang dijalankan. Pengurusan ini meliputi penubuhan jawatankuasa,
mengadakan mesyuarat, memastikan keahlian jawatankuasa lengkap dan dokumentasi
aktiviti. Hasil perlaksanaan pengurusan persediaan perjalanan sesuatu program akan berjalan
secara sistematik dan lancar.

Hasil pemantauan dan penilaian terhadap perjalanan

pengurusan persediaan didapati

Jawatankuasa Induk Program Bersepadu Sekolah Sihat telah melaksanakan kesemua item
yang ditetapkan. Penubuhan jawatankuasa pelaksana program telah dilakukan dalam
mesyuarat Gotong Royong Ria yang melibatkan guru-guru dan ahli Persatuan Ibubapa dan
Guru di Kantin Sekolah pada 01 Mei 2013. Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang tepilih pula
telah mengadakan mesyuarat yang pertama kali pada 04 Mei 2013 bagi menubuh ahli
jawatankuasa kecil, perancangan aktiviti, penetapan objektif program dan penyediaan Kertas
Cadangan Program untuk diluluskan oleh Guru Besar.

Ahli Jawatankuasa Pelaksana juga telah menetapkan 3 objektif eksplisit yang perlu dicapai
melalui perlaksanaan aktiviti Gotong-Royong Ria iaitu penanaman lima jenis bunga dan 2
batang anak pokok di setiap taman yang dibina, perekaan landskap taman yang menarik dan
penceriaandan penyegaraan pondok-pondok di laman utama sekolah. Manakala objektif
khusus yang perlaksanaan pula adalah meningkatkan kesedaran guru-guru, ibubapa dan
murid-murid terhadap persekitaran sekolah yang ceria, bersih, cantik dan harmoni terhadap
kesihatan tubuh badan dan mental, menggalakkan penglibatan ibubapa dalam program
kesihatan dan menyemai semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah dan ibubapa.

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Kejayaan sesuatu program juga bergantung kepada perancangan terhadap aktiviti-aktiviti


yang diadakan. Selain itu, perancangan aktiviti akan membolehkan pengaturan masa
dilakukan. Dalam pemantauan dan penilaian yang dilakukan, didapati jawatankuasa
pelaksana yang dibentuk telah dapat merancang beberapa aktiviti seperti aktiviti mereka
landskap taman, menanam pokok dan pokok bunga, mengecat dan menghias pondok,
memotong rumput dan membersihkan kawasan taman. Bagi memastikan aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan, bidang tugas setiap ahli diperjelaskan. Selain itu juga,
ahli jawatankuasa pelaksana turut diberikan taklimat khas perjalanan aktiviti. Untuk
memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual, carta alliran kerja disediakan.

Sebelum sesuatu program dilaksanakan. Kertas kerja berkaitan program perlulah disediakan.
Dalam kertas kerja ini maklumat-maklumat seperti kepentingan dan tujuan program
dijalankan, ahli jawatankuasa yang dibentuk, aktiviti yang dijalankan, anggaran kos,
kumpulan sasaran dan sebagainya dinyatakan. Kertas kerja yang telah dimurnikan akan
diajukan kepada pentadbir untuk mendapatkan kelulusan. Dalam hal ini, Ahli Jawatankuasa
Program Bersepadu Sekolah Sihat telah mengadakan mesyuarat untuk pembentukan ahli
jawatankuasa pelaksana, menetapkan objektif, merangka aktiviti, merancang aliran kerja dan
sebagainya. Hasil-hasil mesyarat ini telah didokumentasikan di dalam kertas kerja program.
Kertas kerja yang telah dimurnikan, diajukan dan diluluskan oleh guru besar pada 2 Mei
2013. Kelulusan ini membolehkan kesemua dokumen-dokumen berkaitan seperti minit
mesyuarat awal didokumentasikan di dalam fail Program Gotong Ria.

2.3

Perlaksanaan Gotong-Royong Ria

Gotong-Royong Ria telah dilaksanakan pada 11 (Sabtu) dan 12 (Ahad) Mei 2013. Program
ini bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhit pada jam 12.00 tengahari. Berdasarkan kepada
buku kedatangan guru, murid dan ibubapa, amatlah membanggakan apabila seramai 756
orang menghadiri program ini.

Jumlah ini mewakili 95% dari sasaran peserta yang

dijangkakan.

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Sebelum gotong royong bermula, satu perhimpunan diadakan. Dalam perhimpunan ini, guru
besar selaku penanung program telah menyampaikan ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau
merakamkan penghargaan terhadap penglibatan ibubapa yang menggalakkan. Seleoas
ucapan, taklimat ringkas diadakan untuk membahagikan perserta kepada kumpulankumpulan tertentu mengikut kawasan gotong-royong yang ditetapkan.

Gotong royong dimulakan tepat jam 8 pagi mengikut kawasan masing-masing. Hasil
pemantauan dan penilaian di setiap kawasan, di dapti setiap kawasan telah membentuk
jawatankuasa masing-masing mengikut kriteria-kriteria tertentu. Kriteria-kriteria ini
berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan individu. Dengan cara ini, sasaran yang
ditetapkan akan dapat mencapai matlamatnya selain menjamin keindahan dan kesegaran
kawasan-kawasan dipilih. Setiap kumpulan juga telah mencatatkan kedatangan ahli dan
diabadikan dalam satu papan tanda peringatan selain didokumentasikan diborang kedatangan
yang disediakan.

Di Taman Sains dan Teknologi, kumpulan yang dibentuktelah membina landskap taman yang
berkonsepkan tema taman ini. Kawasan taman dihiasi dengan sebuah kolam ikan yang
menggunakan teknologi kitaran air yang menjimatkan dan membolehkan murid-murid
mempelajari topik sains yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Di persekitaran kolam juga,
ditanam dengan beberapa jenis pokok kecil seperi pokok keladi, pokok pisang, pokok bunga
dan beberapa pokok herba. Penanaman pokok-pokok ini adalah untuk membolehkan muridmurid mengetahui habitat haiwan yang terdapat di sekitarnya. Selain itu juga, atas kreativiti
seorang peserta, sebuah pengukur masa berkonsepkan kedudukan matahari dibina.

Di Taman Kantin pula, kumpulan yang dibentuk telah memilih landskap taman yang
berkonsepkan kesihatan dibina. Di taman ini satu laluan refleksologi dibina. Melalui laluan
ini peredaran darah dalam badan dipercayai dapat dilancarkan. Di sekitar laluan ini pula
ditanam beberapa pokok herba. Di setiap pokok dinyatakan nama pokok herba dan
kegunaanya. Tujuan penyediaan ini adalah untuk membolehkan murid-murid menimba
pengetahuan apabila melalui laluan ini. Di taman ini juga dibina pondok rehat. Tujuan
pembinaan pondok ini adalah untuk membolehkan murid-murid berehat selepas melalui
laluan refleksologi.
8

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Di Taman utama sekolah pula, kumpulan yang dibentuk telah memilih konsep laluan ilmu.
Taman ini disediakan lorong berjalan kaki, di tepi laluan disediakan beberapa papan ilmu
berkaitan subjek teras seperti papan tahukah anda? untuk subjek Sains dan papan
Mathematics is Fununtuk subjek Matematik. Di samping itu juga terdapat papan maklumat
mengenai latar belakang sokolah didirikan Papan-papan ini pula dibina seakan-akan pondok
kecil. Di persekitaran taman ini juga ditanam pokok-pokok jenis redup dan pokok-pokok
bunga agar taman ini segar dan cantik.

Di Pondok Rehat Utama pula, kumpulan yang dibentuk telah mengecat dan menghias pondok
serta menanam bunga di persekitarannya. Tiang-tiang pondok telah di cat dengan warna yang
beraneka. Manakala di dalam pondok disediakan sudut-sudut ilmu. Selain itu, pondok ini
juga dilengkapi dengan punca kuasa elektrik yang membolehkan pengguna komputer riba
menggunakannya.

Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan. Pada 12 Mei
2013 kesemua taman berjaya dibina dengan jayanya begitu juga aktiviti mengecat dan
mengindahkan pondok utama. Sebaik sahaja aktiviti selesai, kesemua peserta bekerja sama
membersihkan samah sarap di sekitar kawasan masing-masing. Acara penutupan program
telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Tawau. Dalam ucapannya, beliau memuji
kerjasama warga sekolah dengan ibubapa. Tanpa sokongan semua pihak, beliau pasti
program ini tidak akan mencapai matlamatnya.

Dengan majlis penutupan ini, objektif yang disasarkan telah berjaya dicapai dan menepati
hasrat pengenalan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Secara keseluruhan, program ini telah
memakan belanja sebanyak RM20,000. Wang yang diperoleh adalah hasil sumbangan YB
Taufiq Titingan, orang perseorang, syarikat swasta, ibubapa, guru-guru, kakitangan sokongan
sekolah, kantin sekolah dan juga murid-murid. Kesudian kesemua pihak untuk menyumbang
juga merupakan salah satu ciri kesihatan kerana kesihatan itu bukan sahaja membawa maksud
kesihatan tubuh badan tapi juga kesihatan mental dan emosi.

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.4

Perlaksanaan Post Mortem dan Cadangan Penambahbaikan

Untuk melaksanakan kriteria ini, data-data berkaitan perjalanan program telah dikumpul
melalui borang pemantau dan penilaian yang disediakan. Melalui borang-borang ini
pengesanan sesuatu aktiviti akan dapat dilakukan. Hasil analisis data menunjukkan kesemua
kriteria, item dan perkara dinilai telah dilaksanakan dengan baik kecuali pengurusan dan
pematuhi masa. Data-data yang dikumpul dan dianalisis ini telah dibentangkan dalam satu
mesyuarat khas.

Dalam mesyuarat yang diadakan didapati, terdapat perkara-perkara yang terlepas dari
pemantauan dan penilaian seperti pembentangan kewangan sebelum aktiviti berjalan,
kawalan keselamatan dan keluar masuk peserta. Di samping itu, ahli mesyuarat juga bersetuju
dengan dapatan data hasil pemantauan dan penilaian yang dilakukan. Hasil persetujuan
semua ahli mesyuarat. Kelemahan, kekuatan dan cadangan berikut dicapai;-

2.4.1 Kelemahan Program

Walaupun program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya, namun
terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki agar program yang dijalankan lebih lancar
dan berjaya.

Sebelum aktiviti bermula, Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat gagal untuk
membentangkan, cara kewangan diperoleh

dan jumlah kewangan sedia ada, jumlah

kewangan yang diterima dan pelan sampingan sekiranya kewangan gagal diperoleh.
Walaupun dalam kertas kerja dinyatakan jumlah peruntukan diperoleh namum proses
memperoleh kewangan tidak dijelaskan seperti pihak terlibat, jawatankuasa kewangan dan
pembentangan kewangan yang diperoleh. Kesan kelemahan ini, ahli jawatankuasa pelaksana
yang dilantar tidak dapat merancang dan membincangkan peralatan dan bahan yang
diperlukan untuk melaksanakan aktiviti. Walaupun perkara ini dapat diatasi semasa aktiviti
berjalan namun ianya tidak terancang dan mematuhi prosedur.
10

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Sepanjang aktiviti ini juga, murid-murid dan ibubapa bergerak bebas di kawasan sekolah.
Didapati terdapat beberapa orang murid yang bermain dan berlari. Keadaan ini menyebabkan
seorang murid tercedera akibat bermain. Selain itu, pergerakan bebas orang luar boleh
mengakibatkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tanpa kawalan keselatan,
berbagai kemungkinann yang tidak baik mungkin akan berlaku.

Dalam aktiviti ini juga, didapati pergerakan keluar masuk murid dan ibubapa terlalu bebas.
Terutamanya murid-murid yang keluar membeli makanan dari luar. Tindakan murid-murid
ini tidak mematuhi polisi makanan sihat yang diperkenalkan kementerian kerana makanan
dari luar tidak dapat dipastikan kebersihan dan keselamatannya. Selain itu juga, pihak
pengawal keselamatan nmenghadapi kesukaran dengan pergerakan keluar masuk yang bebas.

Analisis data juga menunjukkan pematuhan masa tidak dipatuhi sepenuhnya. Dalam
pemantauan didapati kekurangan bahan telah menyebabkan beberapa aktiviti tidak dijalankan
mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu juga terdapat peserta yang pulang lebih awal.
Keputusan Jawatankuasa pelaksana mengadakan aktiviti ini selama dua hari juga
menyebabkan sebilangan ibubapa dan murid tidak menghadirkan diri. Hasil maklumbalas
semasa mesyuarat mendapati alasan kurang rehat amat sinonim sekali.

2.4.2 Kekuatan Program

Berdasarkan kepada kejayaan program mencapai sasaran dan objektifnya, didapati program
ini mempunyai kekuatannya. Kekuatan utamanya adalah semangat kerjasama dalam kalangan
pentadbir, guru-guru, ibubapa dan murid-murid. Ibubapa didapati menghadirkan diri dalam
setiap mesyuarat dan mengemukakan pelbagai idea dan cadangan. Kerjasama ini juga
dibuktikan dengan peratusan kehadiran yang tinggi semasa aktiviti gotong-royong dijalankan.

Kejayaan program ini juga didukungi oleh idea dan cadangan yang kreatif oleh guru dan
ibubapa. Ini dibuktikan dengan kejayaan membina taman yang menarik dan cantik serta
mampu menyediakan persekitaran yang sihat dan sesuai untuk aktiviti pembelajaran. Begitu
11

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

juga dengan aktiviti penyegaran semula pondok utama. Di samping itu juga, keringat dan
kepakaran digunakan sepenuhnya untuk membina taman dan menghias pondok.

Kejayaan program ini juga turut didukungi oelh para dermawan seperti wakil rakyat DUN
Apas, YB Datuk Taufiq bin Titingan, sayarikat-syarikat, guru-guru, ibubapa, pihak
pentadbiran, pengusaha kantin dan murid-murid. Tanpa sumbangan yang disediakan,
pembinaan taman dan penyegaran pondok utama tidak mungkin seindah dan kreatif yang
dilihat hari ini.

2.4.3 Cadangan Penambahbaikan

Walaupun program ini dilihat berjaya dan berkesan namun untuk kejayaan yang lebih
bermakna kelemahan-kelemahan yang dikesan perlulah diatasi.

Di masa akan datang, hal-hal yang berkaitan kewangan haruslah dibincangkan dan
diputuskan bersama agar sumber kewangan dapat digunakan secara lebih bijak dan berkesan
kerana dalam program yang dijalankan ini didapati pihak pengurusan terpaksa membeli
barangan kelengkapan semula akibat kekurangan bahan dan peralatan semasa aktiviti
berjalan. Dengan adanya perbincangan jumlah peralatan dan bahan akan dapat dianggarkan
dengan lebih tepat.

Penganjuran sesuatu program seharusnya menitik beratkan soal-soal keselamatan sebagai


langkah-langkah kawalan dan mengelakan kemungkinan yang tidak baik seperti kecurian,
kerosakan dan keracunan makanan apatah lagi kesihatan juga berkait rapat dengan
keselamatan seperti yang terkandung dalam program 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan
keselamatan ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)

Penganjuran program juga harus mengambil kira kesesuaian masa agar penglibatan ibubapa
dapat digunakan secara optimum. Tanpa penglibatan murid dan ibubapa secara total
menyebabkan objektif kesihatan bersemai di sekolah tidak tercapai secara menyeluruh.
12

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

3.

PENUTUP

Berdasarkan laporan dan keterangan di atas, proses penilaian dan pemantauan sesuatu
program merupakan elemen yang penting untuk menilai kejayaan dan kelemahan program
yang dijalankan. Aktiviti pemantauan dan penilai bukan setakat mengesan kelemahan dan
kekuatan program tetapi juga untuk menjadikan program seterusnya lebih berjaya dan lancar.

Sesungguhnya proses pendidikan di sekolah bukan setakat menguasai ilmu dan kemahiran
sesuatu bidang tetapi juga melibatkan pendidikan kesihatan diri murid-murid, warga pendidik
dan ibubapa. Oleh sebab itu, penglibatan kesemua pihak yang berkaitan amatlah dituntut. Di
samping itu, perancangan, perbincangan dan penilaian amatlah diperlukan dalam menjayakan
sesuatu aktiviti atau program yang dirancang.

13

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

BIBLIOGRAFI

Alkin, M. C. (1969). Evaluating theory development. Evaluation Comment 2:2-7.


Beeby, C. E. (1978). The meaning of evaluation. Wellington: Depatment of Education.
Cronbach, L. J. (1963). Course improvement through evaluation. Teacher College
Record 64:672-683.
Doll, R. C. (1978). Curriculum improvement: decision making and process. Boston: Allyn
and Bacon Inc.
Kementerian Kesihatan Malaysia (1996). http://psasir.upm.edu.my/11257/1/
FPSK_M_2003_11_A.pdf.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Panduan Pengurusan 3K. Putrajaya : Bahagian
Teknologi Pendidikan.
Popham, J. W. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Sax, G. (1973). Principles of educational measurement and evaluation. California:
Wadsworth Publishing Co. Inc.
Stufflebeam, D. L., Foley, W. J., Gephart, W. J., Guba, E. G., Hammond, R. I., Merriman, H.
O., et al. (1971). Educational evaluation and decision-making. Illinois: Peacock.
Suchman, E. A. (1967). Evaluative research. New York: Russel Sage Foundation.
Tyler, R. W. (1950). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: University of
Chicago Press.

14

You might also like