You are on page 1of 4

DISKUSI 17 :

OPS LAGHA

OBJEKTIF
Melatih diri supaya berdisiplin dan menepati masa.
Membentuk sikap agar sentiasa mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan
bermanfaat.
Melahirkan peribadi pendakwah yang mantap dan berakhlak mulia.
1.0

MUQADDIMAH:
Dakwah merupakan tugas yang amat berat dan mencabar. Seorang pendakwah perlu
memastikan dakwah yang dibawa dapat disampaikan dengan jelas kepada sasarannya.
Antara faktor yang menyumbang kepada tersebarnya dakwah dengan mudah dan berkesan
ialah melalui akhlak dan sikap pendakwah itu sendiri. Perkara ini begitu penting kerana
terdapat segelintir madu yang akan menilai terlebih dahulu siapa orang yang memberi
sebelum menerima apa yang akan disampaikan. Oleh kerana itu, Islam mengajar kita
tentang cara berdakwah yang berkesan. Di antara tanda-tanda kesempurnaan iman
seseorang ialah menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia. Para pendakwah
perlu memelihara diri daripada sering berbual kosong dan menuturkan perkataan yang siasia. Sebagaimana firman Allah S.W.T :


Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat
pengawas yang selalu hadir.

[Surah Qaf : 18]

Selain itu juga, Islam mengajar kita agar mengawal diri daripada melakukan perkara yang
sia-sia dan tidak mendatangkan faedah. Sepertimana yang disebut di dalam Surah al-Kahfi
ayat 103-105:
''Katakanlah : Mahukah kamu, Kami beritahu tentang orang-orang yang paling rugi
perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan
dunia, sedangkan mereka menyangka telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah
orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Tuhan dan (kafir terhadap) perjumpaan

denganNya, maka terhapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan


peetimbangan amal bagi mereka pada hari Kiamat.''
Selain itu, kita juga diajar untuk melatih dan menundukkan hawa nafsu dan sesuai dengan
tuntutannya.
1.0

HADITH DAN TERJEMAHANNYA


:

:



.
))
((
.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak
berfaedah baginya.
[Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian]
3.0 INTIPATI HADITH
Seseorang individu Muslim dianggap elok apabila dia hanya melakukan perkaraperkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang sia-sia.
Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang
melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah
atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan
dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi
kain orang.

Meniggalkan perkara yang sia-sia


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Di
antara kebagusan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang sia-sia bagi
dirinya."

(HR Tarmizi)

Sufyan al-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka menyatakan terdapat 10 perkara
yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya,tetapi tidak dimohonkannya doa untuk
ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang membaca al-Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus
ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk kedalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu
tanpa mengerjakan solat tahiyyatul masjid.
4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada
penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah
mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar lagi dari kota
itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi tidak
mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang
keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak dilayani
tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan
budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya merintih kelaparan, sedang dia sendiri
makan kekenyangan di dalam rumahnya.
5.0

NILAI DAN PENGAJARAN


Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak mulia apabila dia melakukan
perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
Antara perkara tidak berfaedah pula ialah bercakap kosong, berhibur dengan hal-hal yang
melalaikan, duduk-duduk di jalanan, bertandang ke rumah orang lain tanpa niat ziarah
atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan
dirinya, dan sebagainya.
Anjuran ini menyerlahkan suatu keunikan ajaran lslam yang amat positif, yang boleh
menyumbang kearah pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan
perkara yang tidak berfaedah, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan
serta menghasilkan produk yang berkualiti.

RUJUKAN
1. Al-Quran dan Terjemahan
2. Kitab Hadis 40 Terjemahan dan Syarahnya
3. PDF Hadis 40 Imam Nawawi.

You might also like