You are on page 1of 14

BAB 7 MALAYSIA YANG BERDAULAT.

1.GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA


Idea penubuhan :

i. Saya mengemukakan idea ini kerana mahu


membebaskan Sarawak, Sabah, Singapura dan
Brunei daripada belenggu penjajah. Jadi, saya
mencadangkan Persekutuan Malaysia dibentuk
iaitu hasil percantuman antara persekutuan Tanah
Melayu dengan negeri-negeri berkenaan.
ii. Saya telah membuat cadangan gagasan ini semasa
berucap dalam suatu majlis makan tengah hari
Persatuan Wartawan-wartawan Asia Tenggara.
Majlis tersebut telah diadakan pada 27 Mei 1961 di
Hotel Adelphi, Singapura.
iii. Idea saya ini telah mendapat reaksi positif di
kalangan rakan-rakan saya yang lain. Oleh itu,
saya mencadangkan ditubuhkan Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM).
(TUNKU
ABDUL RAHMAN)

2. JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN


MALAYSIA (JPPM)

-Ditubuhkan pada Julai 1961 di Singapura.

ANGGOTA :
-Wakil PTM-Tunku Abdul Rahman
-Wakil Singapura- Lee Kuan Yew

1
-Wakil Sabah-Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
-Wakil Sarawak-Temenggung Jugah Anak Barieng
-Wakil Brunei-Datuk Setia Pangeran Ali
-Pengerusi-Donald Stephens dari Sabah.

TUJUAN:
-Membincangkan perkara berkaitan dengan
penubuhan Malaysia.
-Menerangkan faedah penubuhan Malaysia.
-Mengemukakan pandangan tentang penubuhan
Malaysia.
-Meninjau pendapat rakyat.

PERKARA-PERKARA PENTING:
-Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
-Agama Islam sebagai agama rasmi manakala
penganut lain bebas beragama.
-Sabah dan Sarawak berkuasa atas soal imigresen
iaitu kemasukan rakyat dari Tanah Melayu dan
Singapura.
-Perwakilan dalam Parlimen Malaysia tertakluk
kepada jumlah penduduk dan luas sesuatu kawasan.

3. FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA.

Pembentukan Malaysia didorong oleh beberapa


faktor iaitu:

a. Faktor Politik
i. Mempercepat kemerdekaan :

2
-Pembentukan Malaysia akan mempercepat
kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei
kerana negeri-negeri tersebut belum mampu
berdikari.
-Negeri-negeri tersebut dapat menikmati
pembangunan politik, ekonomi dan sosial.

ii. Kestabilan politik


-Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak, sabah dan Brunei dapat
menghalang penyebaran pengaruh komunis.
-Dapat menghalang pengaruh Barisan Sosialis yang
berhaluan kiri.

b. Faktor Ekonomi
-Pembentukan Malaysia dapat memesatkan lagi
perkembangan ekonomi.
-Dapat mewujudkan pasaran yang lebih luas.
-Dapat mewujudkan kerjasama untuk memanfaatkan
sumber asli yang sedia ada.
-Dapat menggalakkan pelaburan dan pembangunan
industri pertanian.

c. Faktor Sosial
-Mengimbangi pertambahan kaum di kalangan
negara anggota.
-Pembentukan Malaysia dapat mewujudkan
semangat kesepakatan dan setiakawan.

3
4. Reaksi Dalam Negeri

i.Persekutuan Tanah Melayu.


-Pada dasarnya, semua parti politik menyokong
gagasan Malaysia tetapi berbeza pendapat tentang
pelaksanaannya.
-PAS mahu pembentukan Melayu Raya yang
merangkumi Indonesia.
-UMNO bersetuju dengan penggabungan dengan
Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.

ii.Singapura
-Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan
Yew menyambut baik gagasan itu kerana pengaruh
Barisan Sosialis dapat dibendung.
-Barisan Sosialis menentang kerana menganggap
British mahu terus menjajah Singapura.
-Mereka menuntut untuk mengadakan pungutan
suara untuk mendapatkan pandangan rakyat
Singapura.

Referendum diadakan pada 1 September 1962 dan


hasilnya 71.5% rakyat Singapura memilih bergabung
dengan PTM.

iii. Sarawak
-Peringkat awal pemimpin di Sarawak menentang
gagasan Malaysia.
-Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang
keras kerana ahli mereka iaitu orang Cina bimbang
kedudukan ekonomi akan terjejas.

4
-Akhirnya Parti Perikatan Sarawak yang dianggotai
oleh PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA
telah memberi sokongan.

iv. Sabah
-Pasa awalnya pemimpin Sabah menolak
penggabungan.
-Tetapi setelah diberi penjelasan, parti-parti yang
bernaung di bawah Parti Perikatan Sabah bersetuju.
-Mereka telah mengemukakan 20 perkara yang
berkaitan kepentingan rakyat Sabah.

v. Brunei
-Sultan Brunei pada peringkat awalnya bersetuju
untuk bergabung demi menjaga keselamatan Brunei.
-Penentangan dilakukan oleh Parti Rakyat Brunei
pimpinan A.M. Azahari. Beliau mahu Brunei, Sabah
dan Sarawak membentuk kerajaan Kalimantan Utara.
-Akhirnya Sultan Brunei menarik diri daripada
menyertai Malaysia kerana hasil minyak dan
pelantikan Yang di-Pertuan Agong tidak mencapai
kata sepakat.
-Brunei menarik diri pada bulan Julai 1963.

5. Reaksi Negara-negara Jiran

i. Indonesia
-Pada mulanya menyokong penubuhan seperti yang
dilakukan oleh Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio.

5
-Parti Komunis Indonesia(PKI) menuduh gagasan
tersebut sebagai neokolonialisme. Hal ini
menyebabkan pendirian Indonesia berubah.
-Bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno
yang mahu membentuk Indonesia Raya.

ii. Filipina
-Filipina menentang kerana menuntut Sabah
sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu.
-Tidak dilayan oleh British.

6. Reaksi Negara Barat

-Memberi sokongan terutama kerajaan Britain dan


Amerika Syarikat.
-Mereka menganggap gagasan ini akan
mempercepat proses kemerdekaan Singapura,
Sarawak, Sabah dan Brunei.
Pengaruh komunis dapat disekat.

7. Garis Masa Pembentukan Persekutuan


Malaysia.

1961
Tunku Abdul Rahman mencadangkan gagasan
Malaysia ditubuhkan. Cadangan dikemukakan di
Singapura.

1961
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(JPPM) ditubuhkan.

6
-Pengerusi = Donald Stephens.
-Bermatlamat untuk memberi penerangan kepada
penduduk Sabah dan Sarawak.

1962 (Februari-April)
-Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan
-Anggotanya terdiri daripada wakil British dan wakil
Tanah Melayu.
-Tujuan meninjau pendapat penduduk Sabah dan
Sarawak berkaitan penubuhan Malaysia.

1962 (Ogos)
-Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Anggotanya :
i. Pengerusi = Lord Lansdowne
ii.Timbalan pengerusi = Dato’ Abdul Razak
iii.Wakil-wakil dari Sabah, Sarawak, PTM dan British.
Tujuan untuk berunding tentang hak dan kepentingan
Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Persekutuan
Malaysia.
Merangka perlembagaan.

1963 (Ogos)
Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB)
-Laurence Michaelmore telah mengetuai Suruhanjaya
PBB untuk membuat tinjauan.
-Tujuannya untuk meninjau semula pandangan
penduduk Sabah dan Sarawak.
-Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong penubuhan Malaysia.

7
8. PERJANJIAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Latar belakang :
-Perjanjian Persekutuan Malaysia telah
ditandatangani di Marlborough House, London pada 9
Julai 1963.
-Ditandatangani antara kerajaan Britain, PTM,
Singapura, Sabah dan Sarawak.
-Tujuannya adalah untuk membenarkan peralihan
kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura daripada
kerajaan Britain kepada kerajaan PTM.

Intipati Perjanjian Persekutuan Malaysia.


i. Hal ehwal luar = Segala urusan hal ehwal luar
diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan
persekutuan.
ii. Agama = Agama Islam menjadi agama rasmi
Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak,
agama lain bebas diamalkan.
iii. Bahasa = Bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan persekutuan tetapi bahasa
Inggeris dan bahasa lain boleh diamalkan.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi
Sarawak dan Sabah sehingga 10 tahun
selepas Hari Malaysia.

8
iv. Imigresen = Sarawak dan Sabah diberi kuasa
mengawal hal ehwal imigresen dan
perkhidmatan awam.
v. Bumiputera = Bumiputera di Sabah dan
Sarawak dianggap sama taraf dengan orang
Melayu di Semenanjung Malaysia.

9. PENGISYTIHARAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

-9 Julai 1963- Perjanjian Persekutuan Malaysia


ditandatangani di Malborough House, London. Isi
perjanjian tersebut dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

-16 September 1963- Tunku Abdul Rahman telah


membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan
Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

-101 das tembakan meriam dan teriakan “MERDEKA”


dilaungkan sebanyak 7 kali selesai deklarasi
dibacakan.

-Sarawak, Sabah dan Singapura sama mencapai


kemerdekaan dengan slogan “Bersekutu Bertambah
Mutu”

10. KONFRONTASI INDONESIA

i. Sebab-sebab berlaku:
-Kerajaan Indonesia dipengaruhi oleh Parti Komunis
Indonesia (PKI)

9
-Pemimpin Indonesia menuduh gagasan Malaysia
sebagai bentuk penjajahan baru.
-Rancangan Indonesia untuk menggabungkan Sabah
dan Sarawak dalam Persekutuan Borneo akan
terbantut.

ii. Langkah Kerajaan Malaysia menyelesaikannya:


-Tun Dr Ismail Abd. Rahman membuat bantahan
dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB).
-Tun Abdul Razak Hussein terpaksa pergi ke negara
Afrika untuk menerangkan hubungan Malaysia –
Indonesia.
-Askar Wataniah ditubuhkan untuk menghapuskan
pencerobohan Indonesia.
-Mendapatkan bantuan ketenteraan daripada negara
Komanwel seperti Britain, Australia, New Zealand dan
Kanada.

iii.Hasilnya:
-Konfrontasi Indonesia menjadi lemah selepas
peristiwa GESTAPO 1965, tentera Indonesia
merampas kuasa.
-Adam Malik selaku Menteri Luar Indonesia telah
berusaha untuk berdamai dengan Malaysia.
-Ogos 1966, Perjanjian perdamaian ditandatangani
antara Malaysia yang diwakili oleh Tun Abdul Razak
Hussien dengan Indonesia yang diwakili oleh Adam
Malik.

10
11. PEMISAHAN SINGAPURA

i.Latar Belakang
-Pada tahun 1964, Malaysia mengadakan pilihan
raya parlimen pertama.
-Parti Tindakan Rakyat (PETIR) telah bertanding
menentang Parti Perikatan di Semenanjung.
-Ucapan pemimpin PETIR banyak menyentuh isu
perkauman.
-Media massa di Singapura lebih banyak
menyokong gabungan parti pembangkang.

ii.Faktor-faktor pemisahan:
a. Masalah ekonomi
-Singapura mahu statusnya sebagai pusat
perindustrian tidak disaingi dan menuntut
keistimewaan cukai.

b. Konsep Malaysian Malaysia


-Singapura menuntut hak sama rata tanpa
mengira keistimewaan kaum bumiputera.
-Menafikan institusi raja.

c. Rusuhan kaum
-Banyak berlaku rusuhan kaum di Singapura.
Menggugat keselamatan negara.

d. Pertikaian PETIR dan Parti Perikatan


-PETIR mahu mengambil alih peranan parti MCA.

11
-PETIR sering mempertikaikan Perlembagaan
Malaysia.

iii.Akhirnya
-Singapura dipisahkan daripada Malaysia secara
rasmi pada 9 Ogos 1965.

12
13
14

You might also like