You are on page 1of 36

...

‫وما سمي اإلنسان إنسانا إال لنسيانه‬...


“Dan tidaklah dinamakan hati itu sebagai hati melainkan kerana sifat dolak-
daliknya…
Dan tidaklah juga dinamakan manusia itu sebagai manusia melainkan kerana sifat
pelupanya…”
Salamu Allah `alaikum buat para pengujung blogku… ِBuat sahabat-
sahabiah sekalian, ayuh kita bermuhasabah selalu… Bait-bait syair di atas sering
berkumandang di segenap penjuru jiwa bagi mereka yang tidak ketinggalan
membaca atau mendengar kuliah dan seumpamanya, memandangkan rangkap
madah syair tersebut sangat popular digunakan di dalam penulisan atau ceramah.
Apatah lagi, penggunaan tawazun yang sangat menyerlah pada bait tersebut
mampu memikat sesiapa sahaja yang mencintai dan menjiwai bahasa syurga,
diiringi intonasi gaya taujihat yang memukau.
Ya, aku memang seorang manusia… Nah, pastinya aku memiliki sekeping
hati… Maka, sifat pelupa dan berdolak-dalik merupakan suatu sifat semulajadi
yang lazimnya terdapat pada kebanyakan manusia khususnya aku. Benarlah,
bahawasanya manusia merupakan sebaik-baik penciptaan, berdasarkan firman
Allah:

َ ‫ان فِي أَ ْح‬


ٍ ‫س ِن تَ ْق ِو‬
‫يم‬ َ ‫س‬َ ‫لَقَ ْد َخلَ ْقنَا اإل ْن‬
Maksudnya:
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya .
Surah al-Tin (95): 4
Juga perlu diingat bahawa manusia yang merupakan sebaik-baik makhluk
sekalipun, ia tidak pernah sunyi daripada melakukan sebarang kesilapan. Sabda
Nabi s.a.w:

َ ِ‫ُك ُّل بَنِي آ َد َم َخطَّا ٌء َو َخ ْي ُر ا ْل َخطَّائ‬


َ ُ‫ين التَّ َّواب‬
‫ون‬
Maksudnya:
Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang
melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
Justeru, sesungguhnya aku tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,
apatah lagi menjaga hati dan permintaan semua pihak. Aku menyedari bahawa
pendekatan pengisian blogku tidak seberapa mapan dan berisi, khususnya apabila
menyajikan kisah-kisah kenangan hidup silamku yang mungkin saja membosankan
sesetengah pihak. Seolah-olah aku syok sendiri, sedangkan terdapat bertimbun-
timbun perkara yang lebih bermanfaat dapat kukongsi. Sahabat-sahabat dan teman
seangkatanku sekalian… Sesungguhnya aku tidak bermaksud demikian, bahkan
ingin saja kupaparkan suatu wadah yang lebih bersifat ilmiah dan perkembangan
semasa untuk dikongsi bersama. Aku berusaha untuk meraikan semua pihak, dan
aku mengakui bahawa kecenderunganku adalah menukilkan suatu bentuk
pengalaman silamku yang bermakna sebagai suatu proses muhasabah. Aku turut
berminat untuk berkongsi mengenai Islam, namun pendekatanku ialah, aku lebih
memilih jalan penghasilan karya yang bersifat santai mengenai Islam agar lebih
mudah difahami dan didekati oleh orang ramai untuk membacanya.
Aku pun tidak pasti, dan terkadang buntu… Mungkin sahaja selepas ini aku
melatih diri untuk lebih berjinak-jinak dengan karya ilmiah pula untuk dimuatkan
di dalam artikel blog. Aku mampu melakukannya, namun boleh jadi juga aku
semakin kurang menjengah blogku lagi selepas ini, disebabkan aku ingin
menumpukan pengajian dan penulisan tesis pula… Maafkan daku wahai sahabat-
sahabatku sekiranya terdapat kekurangan pada diri ini… Ya Allah, mudahkanlah
urusanku dalam usaha dakwah melalui pelbagai medium sama ada penulisan, karya
ilmiah, ceramah, kuliah, asalkan niatku tidak terpalit daripada menggapai redha
dan rahmatMu… Terkadang juga, sebahagian manusia tersilap perhitungan
terhadap insan lain, lalu kejahilan mampu menghukum mereka. Ini bertepatan
dengan sabda Nabi s.a.w:

ِ .‫س َوإِنَّهُ لَ ِمنْ أَ ْه‬


‫ل النَّا ِر‬. ِ .‫ل أَ ْه‬.
ِ ‫دُو لِلنَّا‬.‫ا يَ ْب‬..‫ل ا ْل َجنَّ ِة فِي َم‬. ِ .‫ ُل بِ َع َم‬.‫ َل لَيَ ْع َم‬.‫إِنَّ ال َّر ُج‬
‫س َوه َُو ِمنْ أَه ِْل ا ْل َجنَّ ِة‬ ِ ‫َويَ ْع َم ُل بِ َع َم ِل أَه ِْل النَّا ِر فِي َما يَ ْبدُو لِلنَّا‬
Maksudnya:
Sesungguhnya seseorang itu seakan melakukan amalan ahli syurga
pada penglihatan (persangkaan) manusia, sedangkan sesungguhnya
dia di kalangan ahli neraka, dan juga seseorang itu seakan
melakukan amalan ahli neraka pada penglihatan (persangkaan)
manusia, sedangkan dia di kalangan ahli syurga.
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)
Hal ini juga adakalanya berlaku kepada diriku, maka berusahalah untuk
berbaik sangka dan saling maaf-memaafi antara satu sama lain… Aku perlu
berbaik sangka! Tidak menjauhkan hubunganku dengan Allah dan juga sesama
makhluk, menjaga silaturrahim, menghulurkan bantuan, dan saling memahami
antara satu sama lain. Terdapat satu kata hikmah yang sangat menarik perhatianku
iaitu:

‫من حسن ظنه طاب عيشه‬


Maksudnya:
Barangsiapa yang berbaik sangka, maka sejahteralah hidupnya…
Begitu juga sabda Nabi s.a.w:

‫اليد العليا خير من اليد السفلى‬


Maksudnya:
Tangan di atas (menghulur) adalah lebih baik daripada tangan di
bawah (menerima).
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu
Daud, Tirmidhi, Nasa’i dan Ahmad)
Berusahalah merendahkan diri dan mendidik hati, kerana orang yang
bijaksana ialah orang yang menghinakan diri di hadapan Pencipta dan
merendahkan dirinya. Pastinya, Allah s.w.t jualah yang akan mengangkat
martabatnya. Semakin seseorang merendah dan menghinakan diri, semakin
tinggilah kemuliaannya di sisi Allah, jua di sisi makhluk… Akhir kalam, suka
kumemetik serangkap hadith yang sangat memberkas jiwaku yang alpa,
bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

َ ‫ َع نَ ْف‬.َ‫ا ِج ُز َمنْ أَ ْتب‬..‫ت َوا ْل َع‬


ُ ‫ه‬.‫س‬ ْ .‫ َد ا ْل َم‬.‫ا بَ ْع‬..‫ َل لِ َم‬.‫هُ َو َع ِم‬.‫س‬
ِ ‫و‬. َ ‫ان نَ ْف‬
َ ‫س َمنْ َد‬ ُ ِّ‫ا ْل َكي‬
ِ ‫َه َوا َها َوتَ َمنَّى َعلَى هَّللا‬
Maksudnya:
Orang yang bijaksana (yang terbuka basirahnya), ialah mereka yang
merendahkan dirinya dan bermuhasabah, serta melakukan amalan
sebagai persediaan selepas kematian. Dan orang yang lemah pula
ialah mereka yang memiliki diri yang sering menuruti hawa nafsu,
akan tetapi berharap (keampunan) daripada Allah (sungguhpun
melakukan kemungkaran).
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, Ibn Majah dan Ahmad)
Mudah-mudahan kita tidak terkeluar daripada dimensi limpahan kasih
sayang dan cinta Ilahi… Ya Rabbul `Izzati, jauhilah daku daripada memiliki hati
yang berbolak balik dalam usaha untuk mendekatiMu… Tetapkanlah hati ini di
atas jalan agamaMu dan taat kepadaMu… Wa Allahu a’lam.

Getusan Hati Membuka Lembaran Tahun Baru Hijri... (1431 H)


Posted by Muhamad Alihanafiah b. Norasid on Wednesday, December 16, 2009
/ Comments: (0)

…‫كشف الحكمة في معرفة هللا‬

3...‫إذا سجدت فأخبره بأسرارك‬


3...‫وال تسمع من بجوارك‬
...‫وناجه بدمع عينيك فهو لقلبك مالك‬

:‫ قل‬،‫وإذا زارك يوم جديد‬


"…‫"مرحبا بضيف كريم‬
...‫ضيافته بفريضة تصلى‬ ‫ثم أحسن‬
3...‫وسنة تؤدى‬
...‫وقرآن يتلى‬
...‫وتوبة تتجدد‬

...‫ تبسم‬...‫مع كل هذا‬


‫؟‬..‫فإن هناك من‬
3...‫يحبك‬
 ...‫يعتني بك‬
...‫ينصرك‬
3...‫يسمعك‬
...‫يراك‬
!..‫ (هللا) جل جالله‬...‫هو‬
...‫ما أشقاك إال ليسعدك‬
3...‫وما أبكاك إال ليضحكك‬
...‫وما أخذ منك إال ليعطيك‬
...‫حرمك إال ليتفضل عليك‬ ّ ‫وما‬
3...‫ إال ألنه‬3‫وما ابتالك‬
3!)‫(يحبك‬

)‫ هــ‬1431( ...‫ بخير‬3‫ كل عام وأنتم‬،‫مع تحياتي‬


-‫امتياز‬-

Menyingkap Tabir Hikmah Tika Memburu Makrifatullah…

Tatkala engkau bersujud hina, maka merintihlah kepadaNya dengan tinta-tinta rahsiamu…
Dan tidak perlulah engkau mendengar sandiwara insan-insan berdekatan denganmu… 
Maka, bermunajatlah dengan genangan air matamu, sesungguhnya gempita jiwamu hanyalah untuk
Sang Pemilik Kalbu…

Dan ketika lembaran hari baru menziarahimu dan bertandang kepadamu, maka ucapkanlah:
"Selamat datang wahai tetamuku yang mulia..."
Lalu, layanilah kehadiran tetamu tersebut dengan seindah-indah layanan,
Dengan segala kefardhuan solat yang terlaksana…
Dengan perkara-perkara sunat yang tertunai…
Dengan alunan al-Qur’an yang dibaca…
Dengan jendela taubat yang diperbaharui…

Justeru, dengan hal yang demikian, maka ukirlah senyumanmu…


Sesungguhnya siapakah di sana..?
Mengasihimu…
Mengambil berat akan dirimu…
Menghulurkan pertolongan kepadamu…
Mendengar segala luahan kemilau hatimu…
Melihat segala jejak tindak-tandukmu…
DIALAH… ALLAH..!

Tidaklah DIA menyengsarakan dirimu melainkan DIA membahagiakanmu…


Tidaklah DIA membuatkanmu menangis melainkan DIA menggembirakan hatimu…
Tidaklah DIA mengambil sesuatu daripadamu melainkan DIA mengurniakan sesuatu yang lebih
bermakna buatmu…
Tidaklah DIA mengharamkan sesuatu perkara ke atasmu melainkan DIA menitipkan kemuliaan
kepada dirimu…
Dan tidaklah DIA menimpakan ujian ke atasmu melainkan kerana DIA… MENGASIHIMU..!

-Salam Penghormatan, Salam Ma’al Hijrah… (1431 Hijriyyah)


-IMTIAZ-
Menyingkap Tabir Hikmah Pada Derap Langkah di Ma’had
dan di UM…(3)
Posted by Muhamad Alihanafiah b. Norasid on Monday, December 14, 2009
/ Comments: (2)

Apakan daya, tempoh untukku menginap di kolej kediaman ke-11 tidaklah


lama, hanya 1 semester sahaja. Aku dibuang kolej disebabkan aku dilabelkan
sebagai pembangkang HEP pada ketika itu. Akan tetapi Kuasa Allah Meliputi
segala-galanya… Aku berhasil untuk menginap di Bangsar di rumah quarters
bapaku yang kebetulan beliau perlu berpindah kerja dari Johor Bahru ke Kuala
Lumpur. Jadi, aku tidak perlu mengeluarkan sebarang duit untuk membayar rumah
sewa, malah harga sewa quarters tersebut tidaklah melebihi RM100, sedangkan
bilikku di rumah tersebut agak selesa dan besar. Jarak rumahku dengan UM pula
tidaklah begitu jauh, kira-kira hanya memakan masa 10 minit sahaja. Subhana
Allah…Dan hal ini tidak menghalangku untuk terus bergaul dan mempraktikkan
perbualan bahasa Arab, dan aku sering berkunjung ke kolej 11 hampir setiap hari
sungguhpun aku menginap di luar universiti.

Satu perkara lagi yang merupakan suatu mutiara hikmah yang amat berguna
buatku ketika menuntut ilmu di UM ialah aku terpilih di kalangan 12 pelajar
APIUM yang ditaja oleh UM untuk mengikuti kursus Pengukuhan Bahasa Arab di
Universiti al-Qaherah, Mesir. Kalau dulu aku sangat mengidamkan pengajian di
uni.al-Azhar sebelum aku melanjutkan pengajian di UM, akhirnya ketika aku
berada di UM, aku mendapat peluang juga ke bumi Mesir bertemu dengan sahabat-
sahabat di sana selama sebulan. Aku turut dapat merasai sistem pengajian uni.al-
Azhar dalam sehari, kerana pernah dalam satu hari di sana, aku mencuri-curi
masuk ke dalam dewan kuliah al-Azhar hanya semata-mata ingin merasai
pengalaman belajar bersama mahasiswa al-Azhar di dalam kuliah Usuluddin.
Apabila direnungi semula, aku tidak pasti sama ada aku akan mendapat peluang
sedemikian rupa sekiranya aku melanjutkan pengajian di IPT yang lain selain UM.
Sungguh Indah percaturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepadaku…

Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah di UM, satu persatu peluang dan
ruang mula terbentang di hadapanku. Aku ditawarkan menjadi Reseacher Assistant
bagi pensyarah Jabatanku Prof. Madya Dr. Ishak selama 4 bulan bermula bulan Jun
2009, di samping menjadi panel penterjemah kitab Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir
yang dikarang oleh al-Sabuni. Seterusnya pada akhir bulan Oktober 2009, aku
dipilih oleh pihak pengurusan APIUM sebagai salah seorang calon Ph.D tanpa
mengambil master di APIUM disertai dengan tawaran biasiswa bulanan UM
sebagai galakan menamatkan pengajian secepat mungkin. Seakan-akan biasiswa
tersebut merupakan gaji bulanan bagiku, dan apa yang penting ialah aku perlu
belajar dan terus belajar kerana UM telah memberikan peluang dan kepercayaan
sepenuhnya kepadaku untuk menamatkan pengajian, lalu aku perlu juga
memikirkan sumbangan yang perlu kucurahkan kepadanya… Ini belum ditambah
lagi dengan imbuhan-imbuhan daripada geran-geran penyelidikan
melalui founding terbaru yang dihasilkan dalam team-teampenyelidikan seperti
program Bright Sparks. Bagiku, UM memiliki banyak peruntukan kewangan yang
telah diberikan oleh kerajaan kerana ia diiktiraf sebagai universiti penyelidikan
bertaraf antarabangsa.

Aku merasakan bahawa aku telah mengecapi rahsia hikmah yang telah
dikurniakan Tuhan kepadaku tentang mengapa perlunya aku menuntut ilmu di
universiti perdana, Universiti Malaya. Sasaranku kini adalah aku ingin menguasai
pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris, menguasai ilmu Bahasa Arab secara
mendalam, menghafal al-Qur’an sebelum usiaku mencecah 30 tahun, menunaikan
umrah sebelum bulan Ogos tahun 2010, memantapkan kemahiran menulis dan
menyelidik, dan menghafal hadith 40 sebelum aku mengerjakan umrah, serta
menamatkan Ph.D sebelum usiaku mencapai 26 tahun. Terdapat juga satu projek
kolej kediamanku yang terbengkalai semasa pengajian ijazahku, iaitu kami tidak
berkesempatan mengerjakan umrah sungguhpun wang kami telah cukup, malah
wang kami telah lesap entah dibawa ke mana. Justeru aku berazam dengan
meletakkan cita-cita menggunung tinggi agar aku berhasil menunaikan umrah pada
tahun hadapan dengan mengumpulkan wang hasil daripada pendapatan biasiswa
bulananku. Tiga perkara utama yang pada persepsiku, aku berjaya mengecapinya
dan memberikan kesan yang mendalam kepada penghidupanku khususnya di UM,
iaitu menguasai bahasa Arab melalui kejohanan debat, kecemerlangan dalam
bidang akademik, dan berintima’ di dalam gerakan Islam. Dapat kusimpulkan
bahawa sepanjang kehidupanku khususnya pengajianku di alam universiti, terdapat
beberapa hal yang menjadi tumpuanku dan fokus hala tujuku iaitu bersama
keluarga, bersama dengan sahabat-sahabiah dan gerakan PMIUM, bersama dengan
program AQSA dan jabatan APIUM, bersama dengan pasukan debat Bahasa Arab
UM, bersama dengan kumpulan-kumpulan penyelidik dan para pensyarah jabatan
APIUM, dan bersama dengan aktiviti Persatuan Bahasa Arab UM.

Tuntasnya, aku begitu bersyukur kepada Ilahi kerana sekiranya aku tidak
berada di pentas UM, belum pasti lagi aku dapat merasai kemanisan hikmah yang
dikurniakan Tuhan andai aku berada di IPT lain. Antaranya, memperoleh biasiswa
JPA, mengenali gerakan Islam terkemuka sekaligus terlibat dengannya,
memperoleh anugerah cemerlang universiti, terpilih menyertai rombongan ke
Mesir selama sebulan, mewakili pasukan debat Bahasa Arab UM, mempraktikkan
perbualan Bahasa Arab, terpilih melanjutkan pengajian Ph.D, menjadi pembantu
penyelidik dan panel penterjemah, memperoleh biasiswa UM, merasai suasana
kepimpinan Pro-Mahasiswa dan Aspirasi, dan sebagainya... Inilah rahsia ketentuan
Tuhan… Fahamilah mutiara hikmah yang telah disemadikanNya bagi setiap insan
yang berfikir… Sesungguhnya, hidup kita adalah untuk perjuangan di hari muka…
Berjuanglah dan terus berjuang..! Takbir!

Menyingkap Tabir Hikmah Pada Derap Langkah di Ma’had


dan di UM…(2)
Posted by Muhamad Alihanafiah b. Norasid
/ Comments: (0)

Pada awal-awal semester pengajian, aku sering berdamping dengan beberapa


mantan pimpinan APIUM, antaranya ust. Badrunnaim. Beliaulah yang sering
memberikan tausiah kepadaku dalam memahami realiti kehidupan beragama dan
cara hidup seorang muslim, sedangkan ketika itu, aku tidak tahu-menahu akan erti
kehidupan berjemaah. Tidak ketinggalan juga ust. Haafizuddin Abirerah dan Ust.
Syakir yang merupakan sahabat sefikrah dan sejabatan denganku, mengambil
pengajian yang sama di APIUM. Masih lagi terkenang dalam kotak ingatanku
apabila aku sempat bersiar-siar dengan sahabatku, ust. Haafizuddin di kawasan
yang paling menggamit ketenangan jiwaku di dalam UM, iaitu di “Rimba Ilmu”
ketika daku berada di awal-awal pengajian. Bagiku, “Rimba Ilmu”lah merupakan
satu-satunya tempat yang merehatkan mindaku kerana di sana terdapat anak sungai
jernih yang mengalir ditambah pula dengan bunyi unggas yang bersahut-sahutan di
dalam hutan simpan yang sungguh bersih dan mendamaikan. Kalau di dalam UM,
pada pandanganku, terdapat beberapa tempat yang dapat menenangkan jiwaku,
pertama: Rimba Ilmu, diikuti Tasik Varsiti, kemudian, jalan bukit menghadap
lebuh raya damansara bberdekatan kem PALAPES dan kolej 10, dan akhir sekali
di atas bukit di belakang bangunan APIUM. Adakalanya aku sendiri merehatkan
mindaku di atas bumbung kolej kediaman kelapan bersama sahabatku, Aizuddin
apatah lagi menjelang musim peperiksaan.
Aku belajar mengenal istilah “sabar” dan “redha” pada awal-awal pengajian
di UM. Ternyata Tuhan memberikan sesuatu yang tidak dijangka-jangka, kerana
sungguhpun Dia tidak memberikan apa yang kita impikan, namun Dia
menganugerahkan sesuatu yang kita perlukan. Ketika semester satu pengajian,
mulalah beberapa rakan-rakanku menzahirkan rasa kegembiraan mereka kerana
terpilih menerima biasiswa persekutuan JPA. Aku terpinga-pinga dan sedih kerana
aku tidak terpilih sungguhpun aku telah membuat rayuan. Hal ini semakin
mendesakku untuk melanjutkan pengajian ke uni.al-Azhar kerana bagiku, sama
sahaja aku belajar di dalam negara, tidak juga mendapat biasiswa, jadi lebih baik
aku melanjutkan pengajian di luar negara, lagi banyak ilmu yang akan kuperolehi
bersama masyayikh… Itulah getusan hatiku. Akan tetapi, aku tetap juga bersabar
kerana kuperhatikan bahawa ayah dan ibu agak berat melepaskanku untuk belajar
di luar negara. Selang beberapa minggu kemudian, ibu bapaku memaklumkan
kepadaku bahawa aku terpilih sebagai salah seorang pemegang biasiswa JPA. Aku
sangat terkejut kerana permohonan dan rayuan mendapatkan biasiswa telah lama
ditutup, sedangkan aku telah membuat rayuan kira-kira sebulan yang lalu. Aku
tidak pasti bahawa penerimaanku sebagai pemegang biasiswa merupakan
panggilan keberapa, sedangkan tarikh tutupnya sudahpun lama berlalu. Hal ini
semakin menjadi kebingungan buatku apabila alamat rumahku di atas sampul surat
yang berisi dokumen perjanjian JPA tersebut ditulis dengan tulisan tangan sahaja,
bukannya ditaip dengan mana-mana cetakan komputer, atau dengan menggunakan
envelop rasmi kerajaan. Subhana Allah… Allah membuka rezeki kepadaku satu
persatu, atas kesabaranku menuntut ilmu di UM. Secara tidak langsung, hal ini
menjadi perangsang kepadaku untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh di
APIUM tanpa bergantung kepada kewangan ibu bapa. Alhamdulillah…

Walau di mana aku berada, sasaranku ialah aku ingin menjadi pelajar
cemerlang dalam segala aspek. Keikhlasan niat adalah perlu agar hati ini lebih
mudah terbuka menerima segala macam ilmu yang berguna. Sehingga kini, aku
tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana aku terpilih
menjadi salah seorang mahasiswa di universiti terkemuka. Dengan kesyukuran
tersebut, Allah s.w.t melipatgandakan lagi nikmat dan kasih sayangNya kepadaku
ketika tahun kedua pengajian ijazahku apabila biasiswa JPA dinaikkan daripada
RM3000 kepada kira-kira RM5000 bagi satu semester pengajian. Disusuli pula
dengan berita terbaru ketika tahun kedua pengajianku bahawa UM menawarkan
sistem pengajian ekspres ke Ph.D tanpa mengambil master bagi mereka yang
mendapat PNGK kelas pertama sepanjang pengajian ijazah di samping aktif
berpersatuan dan berorganisasi. Ketika itu, aku begitu teruja dengan tawaran
tersebut lalu mengasak keazamanku untuk menggarap peluang keemasan tersebut
setelah menamatkan penagjian di peringkat ijazah. Aku berkira-kira akan umurku,
sebolehnya aku dapat menghabiskan pengajianku secepat mungkin, lalu aku sedikit
terkejut dan bersyukur kerana aku mampu menghabiskan pengajian Ph.D ku
dengan masa yang singkat dalam usia 25 tahun sekiranya aku benar-benar
menumpukan pengajianku. Justeru, sasaranku kini ialah menamatkan pengajian
Ph.D ku sebelum usiaku mencecah 26 tahun.

Begitulah sedikit memori manisku mengenai biasiswa dan sistem pengajian


UM. Di UM, boleh dikatakan segala perkara yang kuhasratkan dapat kukecapi
dengan syarat aku perlu berusaha keras di samping bertawakal kerana aku adalah
diriku yang sebenarnya… Mengenai bi’ah Islamiah, aku turut dapat mengecapinya
apabila aku dapat bersama-sama berusrah dengan naqibku yang kukagumi, Ust.
Azlan Zainal. Aku dapat bergerak kerja dan berorganisasi bersama PMIUM yang
merupakan gerakan paling aktif di persada kampus, menjadi insan yang dipilih
oleh Allah s.w.t menjalankan misi dakwah, siasah, dan tarbiyah di bumi kampus
Malaya. Aku dapat merasai segala macam perasaan, cabaran, pengalaman, ujian,
dan lain-lain lagi yang tidak dapat kuungkapkan di sini kerana terlalu banyak.
Namun, kuberasa sangat bersyukur apabila terpilih bersama dengan gerakan Islam,
apatah lagi mengetahui dan mengenal pasti bahawa gelombang segala gerakan
mahasiswa adalah bertitik tolak daripada UM, dan seakan mahasiswa UM lah yang
menjadi front-front utama dan pemuka kepada segala kerancakan gerakan di IPT-
IPT lain di Malaysia. Mungkin sahaja cukup untuk kugambarkan bahawa
fenomena kepimpinan mahasiswa UM menggambarkan fenomena kepimpinan
politik Malaysia secara keseluruhannya, kerana UM adalah pusat bagi gelombang
perubahan mahasiswa dan kepimpinan negara. Aku dapat bersua dengan sahabat-
sahabiah yang rata-rata mereka merupakan mantan barisan pimpinan pelajar di
sekolah mereka dahulu, dari KISAS, Maktab Mahmud, Ma’had Muhammadi,
SAMBEST, SMKA Segamat, dan sebagainya. Maka, kurenung kembali,
seandainya aku melanjutkan pengajian di mana-mana IPT lain, belum pasti aku
akan didedahkan dengan hal-hal sebegini rupa. Satu pengalaman yang cukup
bermakna buatku yang bergelar mahasiswa UM!

Aku dapat merasai jatuh dan bangunnya perjuangan mahasiswa. Aku dapat
merasai kepimpinan Ust Nazri ketika PMIUM masih di ambang kegelapan, Ust
Dzulkhairi ketika PMIUM di dalam fasa kebangkitan, dan Ust Haafizuddin ketika
di ambang kemenangan Pro-Mahasiswa. Dan juga sedikit tempoh kepimpinan Ust
Syazni Munir ketika MPMUM dipegang oleh Pro-Mahasiswa sehingga kini.
Alhamdulillah… Aku turut merasai program-program yang dianjurkan oleh
MPMUM yang dipegang oleh Pro-Mahasiswa, khususnya ketika menyambut
festival konvokesyen yang merupakan festival terbaik di dalam lipatan sejarah
UM. Bahkan, dengan izin Allah, mahasiswa APIUM merupakan mahasiswa fakulti
yang pertama naik ke pentas Dewan Tunku Canselor menerima segulung ijazah
sarjana muda daripada Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak. Begitu bertuah sekali
apabila memikirkan semula keberadaanku di UM sebagai mahasiswa APIUM..!
Malah, dengan rendah diri perlu kunyatakan kepada sahabat-sahabiah sekalian
sebagai motivasi buat kalian semua, beberapa anugerah buku yang berjumlah
RM600 telah kuterima hasil kecemerlanganku di dalam akademik dan
kokurikulum di peringkat jabatan, APIUM dan juga UM, dan hal ini kesemuanya
berbalik kepada niat dan perjuangan jemaah kita, iaitu lillahi Ta’ala.

Tidak cukup dengan itu, semasa pengajianku di peringkat ijazah, aku ingin
sekali bergaul dengan mahasiswa-mahasiswa Arab agar dapat kupraktikkan
perbualan Bahasa Arab dengan mereka di UM. Sungguh Allah Maha Penyayang..!
Dia telah mentakdirkan aku untuk menginap di kolej kediaman ke-11 ketika tahun
dua pengajian yang mana kebanyakan penghuninya merupakan mahasiswa
daripada negara Arab. Selama satu semester (semester ketiga pengajian) aku
bergaul dan bermuamalah dengan mereka, sehingga sedikit sebanyak aku dapat
memperbaiki kosa kata Bahasa Arabku dari semasa ke semasa, lantas menjadi
aspirasiku memperjuangkan bahasa syurga. Pada ketika itu juga, aku sangat aktif
melibatkan diri dalam beberapa kejohanan debat, dan akhirnya ia membuahkan
kemanisan apabila pasukanku memperoleh naib johan dalam debat diRaja IPT
tahun 2007. Namun, bukanlah kemenangan itu yang kudambakan, sebaliknya apa
yang kuimpikan ialah menguasai Bahasa Arab dengan sebaik mungkin selagi
nyawa dikandung badan. Sesungguhnya Tuhan telah memberikanku peluang
mengusai bahasa Arab di UM sungguhpun aku tidak melanjutkan pelajaran ke luar
negara… Alhamdulillah… Maka, anjakan paradigma kita untuk menggapai ssuatu
misi bukanlah bermula di dalam sesuatu kawasan/bi’ah, sebaliknya ia bermula
dengan kesedaran dan perubahan sikap yang memotivasikan, bermula daripada diri
kita sendiri terlebih dahulu…

Menyingkap Tabir Hikmah Pada Derap Langkah di Ma’had


dan di UM…(1)
Posted by Muhamad Alihanafiah b. Norasid
/ Comments: (0)

Kutatap kembali lembaran kertas yang tertampal pada dinding bertentangan


dengan meja belajarku di rumah Bangsar. Kuamati berkali-kali kronologi dan
ambisiku merentas kehidupan Talib al-`Ilmi pada kertas tersebut. Lalu
kupersoalkan diriku, apakah yang telah engkau buktikan..!? Apakah yang telah
engkau perjuangkan setelah meniti sisa-sisa waktu terdahulu..? Apakah terdapat
perubahan demi perubahan pada batang tubuh dan nalurimu setelah membelah
gelora lautan kehidupan di alam universiti selama lebih tiga tahun pengajian
menatang ilmu? Apakah kayu ukur keberjayaan engkau pada sebuah urutan
kecemerlangan yang tertampal pada dinding, namun engkau masih ketiduran
dibuai mimpi yang mengalpakan? Tersentak daku dengan buah persoalan dan
pertanyaan yang menghujam fikiranku satu persatu, yang terbit dari sanubariku
sendiri, dalam usaha mengislah kembali hala tujuku yang hakiki agar daku sekali-
kali tidak tergelincir dengan bisikan-bisikan dusta. “Kejayaan hakiki… Adalah
suatu yang subjektif…” Gumamku dalam hati. Secara tidak semena-mena fikiran
ini melayang kembali menggamit memori dari alam persekolahan menengah
sehingga alam universiti kini, mengintai-intai hikmah yang amat mendalam yang
telah dititipkan melalui bicara Tuhan yang sangat menyentuh, dalam memahami
erti kehidupan insan bertuhan…

Melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi pastinya menjadi impian


sesiapa sahaja yang ingin menambah pengetahuan dengan lebih mendalam. Ketika
di pertengahan pengajian (bulan Mei) di Ma’had Johor, ingin sahaja hati ini untuk
berhenti belajar di ma’had hanya kerana aku ingin merasai suasana pembelajaran
di alam matrikulasi atau universiti yang mungkin sahaja tidak terlalu terikat dengan
peraturan. Aku seakan acuh tidak acuh mengenai keberadaanku dalam tingkatan 6
di ma’had ketika itu. Ini kerana, pada saat itu mulalah kedengaran satu demi satu
rakan-rakanku melanjutkan pengajian di beberapa matrikulasi dan IPTA seperti di
UIA, UM, UTM, USIM, dan sebagainya, ditambah pula dengan persepsi
sesetengah pihak yang beranggapan bahawa pelajar-pelajar tingkatan enam
merupakan pelajar kelas kedua berbanding mereka yang melanjutkan pelajaran ke
matrikulasi atau universiti selepas tingkatan lima. Hal ini semakin membuntukan
fikiranku apabila daku mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi Johor
dalam aliran Sains Tulen dan juga tawaran APIUM Nilampuri dalam aliran Sains
Gunaan dengan Pengajian Islam ketika mana aku masih lagi mengikuti sesi
pengajian di ma’had, apatah lagi mengingati semula momokan guru-guru sains di
sekolah lamaku, SMAKJ, bahawa ma’had merupakan sekolah yang tidak
berkualiti. Apabila memikirkan semula, rasa panas membakar diri dengan kata-
kata kesat guru yang merendah-rendahkan martabat ma’had, sedangkan pada
hakikatnya ma’had merupakan madrasah tarbiyah yang terbaik buatku dalam
menyemai nilai-nilai Islam. Walau bagaimanapun, aku tetap juga berusaha keras
untuk menjadi pelajar cemerlang di ma’had di samping menyerahkan segala urusan
kepada Allah s.w.t dalam menentukan hala tuju pengajianku pada masa akan
datang.

Allah s.w.t memberikan taufiq dan hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang
benar-benar menyerahkan dirinya kepadaNya, lalu Dia memberikan cahaya
petunjuk kepadaku menyebabkan daku berjaya menghilangkan kegusaran dan
keraguan pada diri ini dengan meneruskan pengajian di ma’had yang tercinta
sehingga akhir tingkatan enam yang tempoh pengajiannya tidaklah sampai setahun.
Aku tidak pernah menyesal dengan pilihanku ini kerana ia adalah petunjuk
daripada Ilahi, dan keredhaan hati ini disusuli kesungguhanku yang berhempas-
pulas, lalu membuahkan hasil apabila aku berjaya menggapai kejayaan cemerlang
dalam ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan percubaan
STAM, dan peperiksaan STAM di ma’had. Alhamdulillah… Aku memperoleh
natijah yang baik dan tersenarai dalam kalangan lima pelajar terbaik sekolah setiap
kali imtihan daripada kira-kira 500 orang pelajar, seterusnya memperoleh mumtaz
bagi kesemua subjek STAM dan tersenarai juga di kalangan 80 pelajar terbaik
Malaysia daripada kira-kira hampir 6000 calon yang menduduki STAM. Inilah
rahsia mengapa Tuhan memberikan laluan kepadaku untuk meneruskan pengajian
di ma’had. Aku semakin merasai kemanisan bertuhan, serta kegungan dan
kebesaran Ilahi, apabila buat julung-julung kalinya Ma’had Johor mengadakan
Hari Konvokesyen graduan Ma’had Johor yang bertempat di Kompleks Islam
Johor, walhal pada tahun sebelum-sebelum ini, pihak pentadbiran ma’had tidak
pernah pun mengadakan hari konvokesyen bagi pelajar-pelajar yang cemerlang. Ini
kerana, buat pertama kalinya, natijah STAM ma’hadku beroleh cemerlang dengan
mendadak apabila terdapat 30 orang pelajarnya memperoleh mumtaz pada
kesemua subjek (mumtaz sufi) daripada kira-kira 80 orang mumtaz sufi di
Malaysia, juga terdapat kira-kira 150 orang pelajar memperoleh mumtaz di ma’had
daripada kira-kira 550 pelajar mumtaz di Malaysia sekaligus melonjakkan nama
Ma’had Johor, memperoleh anugerah sekolah terbaik di Malaysia. Sedangkan pada
tahun sebelumnya, terdapat hanya 13 pelajar sahaja yang memperoleh mumtaz sufi
di Ma’had Johor dan kira-kira 80 pelajar sahaja yang memperoleh mumtaz dalam
STAM. Ini disusuli pula dengan anugerah pelajar terbaik keseluruhan STAM
peringkat Malaysia yang merupakan sahabatku sendiri, bersama-sama bersaing
denganku ketika di ma’had dalam tahun pengajian yang sama di ma’had. Subhana
Allah… Aku berasa begitu beruntung sekali menjadi warga ma’had pada ketika itu.

Tamatnya pengajian di Ma’had Johor, aku melanjutkan pengajian di institut


Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) bagi mengikuti kursus pengukuhan
Bahasa Arab selama kira-kira lima bulan sebelum meneruskan pengajian ke
peringkat ijazah di mana-mana IPT. Ketika di MARSAH, aku di dalam proses
meninjau-ninjau IPT yang ingin kusambung pengajian di sana. Hanya saja yang
berlegar-legar di fikiranku untuk melanjutkan pengajian ialah di Universiti Al-
Azhar, UIA, Darul Qur’an atau UM. Uni.Al-Azhar merupakan antara cita-citaku
memandangkan daku sangat cintakan pembelajaran agama di dalam Bahasa Arab
di samping ramai sahabatku yang bilangannya hampir 100 orang berpakat
melanjutkan pelajaran di sana. Cuma kekangan kewangan dan tiada peruntukan
biasiswa yang menyebabkan daku tidak melanjutkan pelajaran ke sana, ditambah
pula tanggungjawabku sebagai anak sulung daripada 11 adik-beradik yang sering
memerlukan perhatian keluarga. UIA turut menjadi sasaranku kerana ia merupakan
universiti bertemakan Islam yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa
antarabangsa, jadi aku tidak begitu gusar kerana aku dapat mempraktikkan bahasa
Arab di sana di dalam jurusan al-Qur’an dan al-Sunnah. Hanya ketika itu, aku
terdengar desas-desus menyatakan bahawa pengajian Islam di UIA hanyalah satu
pengajian yang sangat kecil yang diterajui oleh golongan salafi jika dibandingkan
dengan fakulti-fakulti yang lain, kerana matlamat UIA adalah untuk melahirkan
graduan Islam Profesional. Hal ini lalu sedikit membimbangkan aku. Darul Qur’an
turut menjadi pilihanku melanjutkan pengajian selepas tamat pengajian di ma’had
berikutan cita-citaku untuk menghafal al-Qur’an serta berada di dalam ruang
lingkup bi’ah solehah. Hanya disebabkan ia merupakan pengajian peringkat
diploma, maka aku tidak meneruskan pengajian di sana. Manakala UM pula tetap
juga menjadi antara pilihan hatiku kerana para pensyarah dan tenaga pengajar
kursus Pengukuhan Bahasa Arab di MARSAH pada ketika itu merupakan di antara
anggota yang menggerakkan Mu’assasah al-Bayan yang berpusat di APIUM
Kuala Lumpur. Tambahan pula, di kalangan mereka juga terdapat ustaz atau
ustazah yang melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D di APIUM. Justeru, aku
memikirkan bahawa aku masih mampu untuk menguasai Bahasa Arab di UM
dengan kewujudan mu’assasah tersebut, dan aku menanggapi bahawa APIUM
merupakan pusat pengajian Islam yang terbaik memandangkan ramai tenaga
pengajarku di MARSAH melanjutkan pengajian mereka di APIUM. Aku juga
ingin menebus kembali penolakanku mengenai tawaran pengajian di APIUM
Nilampuri ketika di ma’had dahulu dengan meneruskan pengajian ijazahku di
APIUM, K.Lumpur. Tambahan pula, pengajian di APIUM hanya memakan masa 3
tahun sahaja jika dibandingkan dengan UIA, memakan masa kira-kira 4 hingga 5
tahun, apatah lagi pada waktu itu, UM seringkali digembar-gemburkan di dalam
majalah dan media massa bahawa ia di antara 100 universiti terbaik dunia.
Seringkali juga kedengaran buah mulut orang yang menyatakan bahawa bi’ah
Islamiah di APIUM Nilampuri merupakan bi’ah yang terbaik, justeru aku ingin
bertemu dengan mereka (mahasiswa APIUM Nilampuri) di APIUM KL untuk
sama-sama menghidupkan dan menyelami bi’ah sebegini, kerana aku cintakan
pentarbiahan Islam.

Aku sangat keliru pada waktu itu untuk memilih UIA atau UM sebagai
pilihan pertamaku ketika mengisi borang UPU, namun selepas melakukan solat
istikharah dan bertawakal kepada Allah, pintu hatiku mula terbuka untuk memilih
APIUM sebagai pilihan pertamaku, disusuli UIA. Alhamdulillah, aku berjaya
melanjutkan pengajian di APIUM K.Lumpur, Kuliah Usuluddin, Jabatan al-Qur’an
dan al-Hadith, dan aku sangat meminati bidang tafsir dan hafazan al-Qur’an di
samping memelihara Bahasa Arabku daripada hilang begitu sahaja. Pertama kali
menjejakkan kaki di UM, aku sering bertanya: “Inikah UM..!?” Aku seakan tidak
percaya pentadbiran UM yang tidak menerapkan nilai-nilai Islam kepada para
mahasiswa baru. Aku masih belum memahami rahsia Tuhan menetapkan daku di
UM, lalu aku sering kali merungut sahaja. Ada saja hati ini ingin keluar dari
meneruskan pengajian di UM pada semester awal pengajian dalam bulan 7 dan 8
tahun 2006, lalu aku memikirkan cara untuk melanjutkan pengajian di universiti al-
Azhar yang mana pengajiannya bermula pada awal bulan 10. Aku meninjau-ninjau
kalau-kalau di sana terdapat ruang-ruang yang memungkinkan daku memperoleh
biasiswa melanjutkan pengajian ke universiti al-Azhar, namun kesemuanya gagal.
Seakan Tuhan memberikan isyarat kepadaku agar bersabar, tabah, dan meneruskan
pengajian menuntut ilmu di UM. Aku terfikir kembali, aku telah membuat
keputusan berdasarkan ilham dan petujuk daripada Tuhan, justeru mengapa pula
aku mengingkariNya, sedangkan segala penghidupan kita berada di dalam kunci
rahsia keangunganNya…Subhana Allah… Lalu aku terus bersabar dan pasrah
dengan mehnah yang mendewasakan… Dan akhirnya, apabila difikirkan semula
sehingga kini, aku sangat merasai kemanisannya apabila berada di UM, sebuah
universiti yang sangat kucintai. Dan ingin kuhuraikan satu-persatu mengapa aku
merasa begitu bertuah menjadi warga UM… Terlalu banyak hikmah yang ingin
kusingkap… Terlalu banyak… Sehingga tidak kuhenti-henti mengucapkan lafaz
syukur kepadaNya… Lantas hati ini sering tersentuh dan bersimpuh kerana
kudapat menyingkap tabir hikmah dariNya… Kerana kudapat memahami
bisikan sirrNya yang Maha Dahsyat…

Ya Allah, Aku Begitu Mencintainya..!


Posted by Muhamad Alihanafiah b. Norasid on Thursday, December 10, 2009
/ Comments: (1)

Aku khuatir sekiranya aku kehilangannya… Entahlah. Mahu tidak mahu,


aku perlu senantiasa bermu’amalah dengannya agar dia tidak pergi dan tidak mati
dalam jiwaku begitu sahaja. Ya Allah, kadang-kala aku hampir menitiskan air mata
apabila memikirkannya, disebabkan aku begitu mencintainya. Bahkan, dia
adakalanya hadir di dalam mimpi indahku dan sering meniti di setiap tutur lafazku.
Namun, wasilah apakah yang dapat mempertemukanku dengannya, sedangkan
kondisi dan suasana di pusat pengajianku tidak mengizinkan. Sahabat-sahabat,
berikanlah daku peluang untuk sentiasa berkomunikasi cinta dengannya. Ya Allah,
mudahkanlah aku untuk menggapai mutiara hikmah darinya dan seterusnya
memimpinnya agar ia tidak lari dari segenap penjuru jiwaku yang sangat kontang
dengan ilmu…

Adakalanya, dia semakin memujuk dan memikat hatiku, juga memberikan inspirasi
kepadaku untuk lebih memahami dan menghayatinya apatah lagi menyambut
ketibaan suatu festival tahunan peringkat Kebangsaan. Festival tersebut ialah
Kejohanan Debat Diraja IPT Malaysia. Dia yang kumaksudkan ialah BAHASA
ARAB. Hal ini berikutan penganjuran Majlis Debat-debat Universiti Malaysia
(MADUM) mengadakan kejohanan debat diRaja IPT Malaysia dan UM telah
menjadi tuan rumah bagi kejohanan debat tersebut pada 2 – 7 Disember 2009 baru-
baru ini. Aku telah menjadi pengiring bagi peserta debat Bahasa Arab UM, dan
segala puji bagi Allah, UM telah berjaya memperoleh tempat ketiga dalam debat
Bahasa Arab kategori utama dan pendebat terbaik keseluruhan adalah merupakan
salah seorang pendebat UM juga. Johan disandang oleh USIM, manakala Naib
Johan disandang oleh UIA. Dengan kejohanandebat tersebut, ia sedikit sebanyak
telah merangsang keazamanku, mengembalikan nostalgiaku di dalam arena debat
suatu ketika dahulu, lalu mengasak fikiranku untuk kembali meningkatkan
kemahiran berbahasa Arab semaksimum mungkin. Aku berasa beruntung kerana
sedikit sebanyak pengalamanku di arena debat telah dapat kukongsikan bersama
mereka, maka kejayaan mereka adalah kejayaan aku juga…

Aku tidak mengerti, mengapakah hati ini sangat gusar sekiranya Bahasa
Arab semakin terkikis dari ingatan dan pertuturanku. Ingin sahaja aku ke negara
timur tengah dan bermustautin di sana bertahun-tahun lamanya hanya kerana ingin
menggapai kenikmatan berbahasa dengan bahasa ahli syurga. Aku
inginkan bi’ah dan environment Arab fusha. Ingin kunyatakan di sini bahawa
sepanjang pengajianku di universiti di dalam tempoh pengajian ijazah sarjana
muda, terdapat dua perkara yang benar-benar memberkas jiwaku, memikat hatiku,
merobah paradigma mindaku, mencabar kekuatan mentalku, mengasak keazaman
membaraku, agar daku berhasil membina kredibiliti sebenar diriku, menjadi orang
yang luar biasa upayanya, iaitu pertama: Kemahiran berbahasa Arab di dalam
kejohanan debat, dan yang kedua: Bergerak kerja di dalam entiti ternama universiti
iaitu PMIUM.

Bahasa Syurgawi yang termaktub di dalam al-Qur’an ini sangat memberikan


implikasi positif kepada diriku sejak di bangku sekolah lagi. Masakan tidak, ketika
di sekolah rendah lagi, aku berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan markah
tertinggi di dalam Darjah dan Tingkatan bagi subjek Bahasa Arab. Sasaranku
bukanlah sekadar mendapat A dalam subjek ini, malah aku berusaha untuk
mendapatkan 100%. Itulah sebabnya ketika di tingkatan empat dan lima, minatku
untuk menceburi aliran sains agama tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan
minatku untuk mendalami ilmu agama di dalam Bahasa Arab, sedangkan pada
waktu itu aku berada di dalam aliran sains. Aku tidak melanjutkan pengajian ke
APIUM Nilampuri pada ketika itu selepas menamatkan pengajian di tingkatan
lima, akan tetapi aku meneruskan pengajian di Ma’had Johor dengan menduduki
peperiksaan STAM. Kesemua subjek-subjek STAM di dalam Bahasa Arab.
Tawaran pengajian di Nilampuri telah kutolak kerana kecintaanku mendalami ilmu
agama dan bahasa Arab sangatlah tinggi ibarat sebuah gunung jika dibandingkan
dengan minatku di dalam Sains Gunaan dan Pengajian Islam yang hanyalah
umpama sebutir batu pasir yang kecil sahaja.

Walau bagaimanapun, aku sekali-kali tidak menolak sains, dan tetap juga aku
meminatinya, hanya sahaja aku tidak tekun dan hatiku tidak cenderung untuk
mendalaminya. Mungkin sahaja kerana sistem pendidikan di Malaysia khususnya
di sekolahku seakan-akan menuruti sistem ideologi sekular yang memisahkan sains
dengan penghayatan agama. Alangkah indahnya sekiranya guru-guru sains
mengasimilasikan pengajaran sains dengan kebesaran Maha Pencipta, lantas
mampu memikat masyarakat dan orang awam akan pemahaman agama dan tujuan
hidup di dunia… Itulah yang aku idamkan. Mengembalikan kegemilangan Islam
suatu ketika dahulu yang mampu merobah dunia dengan pendekatan saintifik Islam
tanpa dilakukan sebarang compartment terhadap dualisme ilmu. Kerana Islam
bangkit diiringi dengan kemajuan sains dan teknologi…

Berbalik kepada penguasaan Bahasa Arab, aku berani bersumpah bahawa


sesungguhnya melalui Debat Bahasa Arab di universitilah, seseorang dapat
menguasai dan memperbaiki kemahiran berbahasanya, asalkan matlamatnya tidak
lari dari landasan utama, iaitu untuk ‘menuntut ilmu’ ditambah dengan minat yang
mendalam, bukan untuk ‘menang’. Bukan juga seseorang menyertai debat Bahasa
Arab kerana dipaksa-paksa. Namun, sekiranya seseorang menyertainya dengan
hasrat untuk mendalami Bahasa Arab, untuk meningkatkan kemahiran bertutur,
mendengar perbualan, membina ayat, memahami teks dan menyerap isi-isi
penting, kemudian menterjemahkannya dalam bentuk yang mudah difahami di
dalam pertuturan, membina keyakinan diri, mencerdaskan minda, berfikir dengan
pantas, kreatif, dan kritis, maka percayalah, Allah akan memudahkan urusan kita.
Bersungguh-sungguhlah dalam merangkul mutiara Ilahi berupa Bahasa Syurgawi
ini… Di dalam debat, aku masih ingat pertama kali aku menceburkan diri, aku
agak gugup di hadapan audiens dan para hakim, bahkan aku sentiasa membaca teks
tanpa berusaha mengolah ayat sendiri ketika menyampaikan hujah. Namun begitu,
disebabkan kejahilanku pada pertama kali menceburkan diri dalam debat ASEAN
diikuti kekalahan itulah, ia secara tidak langsung menjadi batu loncatan kepadaku,
menjadi titik tolak kepadaku, merangsang minda dan keazaman membaraku untuk
lebih bertungkus-lumus meningkatkan kemahiran diri, mencabar diri ini agar
menjadi orang yang paling fasih berbahasa Arab di kalangan orang-orang `Ajam di
samping memelihara pertuturan daripada berlaku sebarang kesilapan
tatabahasa Nahu danSaraf. Impaknya, aku sering bergaul dengan sahabat-
sahabatku yang berbangsa Arab setiap hari, berziarah di kolej-kolej kediaman
mereka tanpa rasa segan silu untuk menuturkan Bahasa Arab bersendirian dengan
mereka, atau ditemani sahabatku, Aizuddin. Dan ia membuahkan hasil apabila
pasukan debatku yang mewakili UM mendapat naib johan pada kejohanan Debat
Diraja 2007 selepas Debat ASEAN.

Perjuanganku tidak terhenti begitu sahaja, sebaliknya kejayaan di dalam


kejohanan debat tersebut semakin menghentam minda dan akalku untuk lebih
berusaha dan terus berusaha mendalami, mencintai dengan sebenar-benar
kecintaan terhadap bahasa Syurga, sekaligus memartabatkan nama UM di persada
nasional dan antarabangsa. Dapat kusimpulkan bahawa debat merupakan satu
bengkel ekspres buat kita untuk membangkitkan roh perjuangan memartabatkan
Bahasa al-Qur’an, atau lebih mudah dikatakan, ia sebagai satu TAMRIN bagi
mereka yang ingin menceburi Bahasa Arab secara mendalam… Ini kerana di
dalam mana-mana kejohanan debat, para pendebat tidak mesti tidak perlu melalui
enam pusingan perlawanan awal sebelum ke pusingan suku akhir, diikuti separuh
akhir, dan final. Bagi setiap pusingan, topik perdebatan dan penentuan kerajaan
atau pembangkang hanya ditentukan 30 minit sebelum perlawanan, seterusnya
mereka dikuarantin,dan kemudiannya perdebatan yang memakan masa kira-kira
sejam dimulakan. Sungguh ia menguji ketahanan mental dan keberanian kita pada
ketika itu....

Aku berazam untuk menghidupkan kembali bi’ah pertuturan Bahasa Arab di


APIUM. Ingin sahaja aku mengadakan kelas-kelas mingguan Bahasa Arab
bermula semester akan datang pada waktu malam, dengan memberikan fokus
kepada keyakinan bertutur, mengolah ayat, dan latihan debat. Aku menyeru para
sahabat dan adik-adik sekalian untuk menyertainya. Usah gusar… Kami tidak
memaksa kalian untuk bertutur secara spontan, sebaliknya kita membina keyakinan
diri kita terlebih dahulu, sedikit demi sedikit dan akhirnya menyebabkan kita akan
berasa seronok dan bersungguh-sungguh untuk bertutur dalam Bahasa Arab walau
di mana kita berada apabila bersua dengan orang berbangsa Arab atau para
pensyarah. Tumpuan pula kepada pertuturan Khitabah, perbualan harian, dan
kemahiran berdebat. Pada persepsiku, mana mungkin APIUM yang menekankan
pengajian Islam, tetapi mengabaikan penguasaan Bahasa Arab. Kalau pun
pentadbiran APIUM telah mewujudkan subjek-subjek Bahasa Arab yang wajib
diambil oleh setiap pelajar, pada pandanganku, pelajar-pelajar APIUM tetap juga
masih berada di takuk yang lama dan masih gagal sekiranya mereka sendiri tidak
mahu berusaha menuturkan Bahasa Arab.

Aku berani mencabar pelajar-pelajar APIUM! Latihlah diri kalian bertutur


Bahasa Arab dan mempraktikkannya, jika tidak, aku boleh sifatkan bahawa
pembelajaran Bahasa Arab kalian di Nilampuri dahulu dan juga di sekolah-sekolah
agama sia-sia belaka..! Buah bagi bahasa adalah pertuturan, dan sesuatu bahasa itu
akan hidup dengan bertutur, sebaliknya ia akan mati sekiranya kalian membisu!
Bangkitlah! Itulah antara cabaran utama yang kutujukan pada kalian, juga ia adalah
perjuanganku demi memartabatkan Bahasa Arab di samping perjuangan Islam,
lambang kecintaanku kepada Bahasa Arab dan Islam… Bermula daripada pelajar-
pelajar Daurah Pengukuhan Bahasa Arab yang telah menjelajah ke luar negara
seperti Qatar, Mesir, Oman, dan Bahrain, kalian perlu mewujudkan bi’ah
arabiyyah, dan para peserta debat Bahasa Arab, juga para pimpinan mahasiswa
khususnya pimpinan APIUM..! Kalian adalah perintis kepada gelombang
keintelektualan mahasiswa, memikul amanah menegakkan panji Allah dan
mentatbiq pertuturan Bahasa Syurgawi di segenap APIUM yang merupakan kilang
bagi para graduanulama’ al-amilin!! Sesungguhnya, agama Islam dan Bahasa Arab
tidak dapat dipisahkan…!! Bermula daripada diri kalian, maka kita akan dapat
kecapi segalanya sungguhpun kita tidak mempelajari Bahasa Arab di dalam
kondisi rantau Asia Barat, ataupun di UIA yang memiliki ramai mahasiswa
antarabangsa itu sendiri… BANGKITLAH dan BERUSAHALAH!!!

Nasihat daripadaku yang Serba Dhaif Buat Pemuda-pemudi


Islam… (7)
Posted by Muhamad Alihanafiah b. Norasid on Wednesday, December 2, 2009
/ Comments: (0)

Keenam: Tunaikanlah solat sunat Istikharah tika dibelenggu dengan pilihan, kerana Dia Maha

Mengetahui dan Memahami Isi-isi Hati…

Wahai sahabat, bacalah, fahamilah, dan hayatilah doa tawakal di bawah…

ِ ‫و‬33‫ ِد ُر َو َت ْع َل ُم َواَل َأ ْع َل ُم َوأَ ْنتَ َعاَّل ُم ا ْل ُغ ُي‬3‫ ِد ُر َواَل أَ ْق‬3‫يم َفإِ َّن َك َت ْق‬
ْ‫ب اللَّ ُه َّم إِن‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِ ِّني أَ ْس َتخِي ُر َك ِب ِع ْل ِم َك َوأَ ْس َت ْق ِد ُر َك ِب ُقدْ َر ِت َك َوأَ ْسأَلُ َك مِنْ َف‬
ِ ِ‫ضلِ َك ا ْل َعظ‬
ْ‫ ِه َوإِن‬3‫ار ْك لِي فِي‬3 ِ ‫ ْر ُه لِي ُث َّم َب‬3‫س‬ ِّ ‫ د ُْر ُه لِي َو َي‬3‫ ِه َفا ْق‬3ِ‫ُك ْنتَ َت ْعلَ ُم أَنَّ َه َذا اأْل َ ْم َر َخ ْي ٌر لِي فِي دِينِي َو َم َعاشِ ي َو َعاقِ َب ِة أَ ْم ِري أَ ْو َقال َ َعا ِج ِل أَ ْم ِري َوآ ِجل‬
‫ د ُْر لِي‬3‫ ُه َوا ْق‬3‫ ِر ْفنِي َع ْن‬3‫اص‬ ْ ‫ ِر ْف ُه َع ِّني َو‬3‫اص‬ ْ ‫ ِه َف‬3ِ‫ش ٌّر لِي فِي دِينِي َو َم َعاشِ ي َو َعاقِ َب ِة أَ ْم ِري أَ ْو َقال َ فِي َعا ِج ِل أَ ْم ِري َوآ ِجل‬ َ ‫ُك ْنتَ َت ْعلَ ُم أَنَّ َه َذا اأْل َ ْم َر‬
.‫ث َكانَ ُث َّم أَ ْرضِ نِي‬
ُ ‫ا ْل َخ ْي َر َح ْي‬
Ta’bir di atas merupakan suatu bentuk doa munajat yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w

kepada umatnya khususnya ketika manusia dibelenggu dengan pilihan. Doa tersebut telah direkodkan di

dalam Sahih Bukhari, Sunan Abi Daud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Ibn Majah, dan

beberapa kitab mutun yang lain. Ia adalah rentetan daripada galakan Rasulullah s.a.w pada menunaikan

solat sunat dua raka’at (Istikharah), kemudian dibacakan doa munajat di atas ketika sujud terakhir di

dalam solat.

Aku masih teringat, pertama kali aku mula mengamalkan doa ini ialah ketika mengikuti Kursus

Pengukuhan Bahasa Arab selama 5 bulan di Institut Pengajian Tinggi Islam Johor bermula pada akhir

Disember selepas menamatkan pengajian di Ma’had Johor. Aku telah mengemukakan soalan mengenai

cara-cara bertawakal dan membuat pilihan kepada seorang pensyarah berbangsa Arab ketika

bertandang ke rumahnya, lalu beliau telah memperkenalkan kepadaku doa istikharah tersebut

yang ma’thur daripada Nabi s.a.w. Apabila persoalan istikharah ini membabitkan hubungan sesama

manusia, maka aku mula terfikir bahawa di sana tentunya terdapat suatu hikmah tersembunyi yang

pada hakikatnya tidak dimengertikan oleh ramai manusia…

“Roh saling mengenal…” Ujar bapaku ringkas tanpa menghurai panjang, apabila aku mengajukan soalan

secara umum mengenai jodoh pertemuan kepadanya. Ungkapan yang ringkas itu menyebabkan aku

semakin teruja untuk lebih memahami dengan lebih lanjut, lalu kumeneliti beberapa bahan bacaan yang

menyingkap persoalan roh berasaskan nas-nas al-Qur’an dan hadith. Aku menemui beberapa dalil

daripada al-Qur’an dan hadith yang berkaitan hal tersebut, antaranya:

‫ش ِهدْ َنا أَنْ َتقُولُوا َي ْو َم‬


َ ‫شهَدَ ُه ْم َعلَى أَ ْنفُسِ ِه ْم أَلَ ْستُ ِب َر ِّب ُك ْم َقالُوا َبلَى‬
ْ َ‫ور ِه ْم ُذ ِّر َّي َت ُه ْم َوأ‬
ِ ‫َوإِ ْذ أَ َخ َذ َر ُّب َك مِنْ َبنِي آدَ َم مِنْ ُظ ُه‬
)172( َ‫ا ْلقِ َيا َم ِة إِ َّنا ُك َّنا عَنْ ه ََذا َغافِلِين‬

Maksudnya:

172.  Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari

sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):

"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami

menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak
mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah

terhadap ini (keesaan Tuhan)".

Surah al-A’raf (7): 172

Sabda Nabi s.a.w:

‫و ُل‬.ُ‫لَّ َم يَق‬.‫س‬
َ ‫ ِه َو‬.‫لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي‬.‫ص‬
َ ‫ ِمعْتُ النَّبِ َّي‬.‫س‬ ِ ‫شةَ َر‬
َ ْ‫الَت‬.َ‫ض َي هَّللا ُ َع ْن َها ق‬ َ ِ‫س ِعي ٍد عَنْ َع ْم َرةَ عَنْ عَائ‬ َ ‫ث عَنْ يَ ْحيَى ْب ِن‬ ُ ‫قَا َل اللَّ ْي‬
. َ‫اختَلَف‬ْ ‫اح ُجنُو ٌد ُم َجنَّ َدةٌ فَ َما تَ َعارَفَ ِم ْن َها ا ْئتَلَفَ َو َما تَنَا َك َر ِم ْن َها‬ُ ‫اأْل َ ْر َو‬

(Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan Sunan Abi Daud)

Terdapat juga satu hadith lain yang menarik perhatianku, berkaitan perihal roh saling mengenal

iaitu mengenai orang soleh yang bernama ‘Uwais al-Qarni yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w mengenai

akhlaknya, sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah menemuinya. Rasulullah s.a.w telah menceritakan

bahawa ‘Uwais al-Qarni merupakan seorang tabi’in yang sangat soleh, serta menyarankan para sahabat

untuk bertemu dengannya. Malah, kisah Uwais al-Qarni ini telah dibukukan di dalam satu bab khusus

(bab: Min Fadha’il Uwais al-Qarni  – Bab pada menyatakan beberapa kelebihan Uwais al-Qarni) di dalam

Sahih Muslim. Lantas kuberfikir, bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w memperkenalkan Uwais al-Qarni

kepada para sahabat, sedangkan Baginda sendiri tidak pernah hidup dan bertemu dengannya..? Lalu

persoalan ini terjawab apabila mengetahui bahawa para roh khususnya orang-orang yang soleh saling

mengenal…

Sebelum roh ditiupkan ke dalam rahim ibu, pada hakikatnya roh-roh telah berhimpun dan menyaksikan

keislaman mereka seraya berkata bahawa Allah Tuhan kami… Secara fitrahnya, roh manusia ingin

kembali kepada nilai-nilai keislaman sejak kelahiran lagi, hanya saja ibu bapa mereka yang meyahudikan

mereka, atau memajusikan mereka, dan sebagainya. Justeru, sebelum ditiupkan roh ke dalam jasad, di

antara roh tersebut, mereka telah bersama-sama mengikut kecenderungan masing-masing. Roh yang

cenderung ke arah perjuangan dan jihad akan bersama-sama dengan roh yang mempunyai cita rasa

yang sama. Begitu juga roh yang berusaha ke arah kesufian, roh yang terjerumus ke arah kealpaan, dan

sebagainya, berhimpun dan berinteraksi sesama mereka mengikut keserasian jiwa, dan dari situlah

bermulanya perkenalan sesama manusia di alam roh… Ditiupkan roh ke dalam jasad manusia, maka
bangkitlah manusia di muka bumi mencari keseimbangan dalam hubungan sesama manusia dengan

menemui roh yang mereka ‘kenali’ suatu ketika dahulu. Hal ini bertepatan dengan hadith di atas yang

membongkar hikmah bahawa roh merupakan satu barisan tentera yang mencari keseragaman antara

satu sama lain. Yang telah ‘berkenalan’ lalu membuahkan kasih sayang, dan yang telah ‘bertembungan’

lalu mengakibatkan perselisihan dan ketidaksesuaian.

Maka tidaklah menjadi keanehan apabila Rasulullah s.a.w menyebut nama Uwais al-Qarni kerana

barangkali Rasulullah telahpun ‘berkenalan’ dengannya di alam roh… Wa Allahu a’lam. Begitu juga, para

ulama’ sufi mampu menyebut nama-nama individu tertentu apabila bertemu dengan mereka sedangkan

mereka baru pertama kali bersua. Ada juga di antara mereka yang menangis kerinduan sesama mereka

seolah-olah sudah lama berpisah, kemudian dipertemukan juga di dalam pelukan ukhwah di dalam

pertemuan kali pertama di alam musyahadah. Agak aneh pada pandangan orang awam, yang barangkali

hanya dimengertikan oleh orang-orang soleh dan para wali Allah, juga golongan  muqarrabin. Ini

hanyalah andaianku yang mungkin benar dan mungkin salah, kerana pada pengamatanku tidak terdapat

satu sumber atau dalil yang benar-benar jelas dan qat’i mengenai situasi tersebut kerana persoalan roh

hanyalah di dalam urusan Allah s.w.t. semata-mata. Aku memohon keampunan Allah s.w.t sekiranya

terdapat kesilapan dalam mengemukakan pandangan.

Seterusnya jasad dan roh yang bersatu di alam musyahadah (dunia) akan bertemu dengan manusia yang

mana jiwa-jiwa mereka saling bertambatan, mencari suatu ‘fikrah’ yang bersefahaman antara satu sama

lain. Manusia yang cintakan ilmu akan bersua dengan manusia yang cintakan ilmu, manusia yang

sukakan hiburan dan kelalaian akan berhimpun sesama mereka yang serasi dengan jiwa mereka,

manusia yang cenderung ke arah kesufian akan bertemu dengan mereka yang mendambakan penyucian

jiwa, manusia yang cenderung ke arah perkembangan semasa dan siasah akan serasi dengan ahli-ahli

politik dan pmimpin negara, dan kesemuanya mengikut kecenderungan masing-masing. Namun,

kecenderungan mereka tidaklah menunjukkan bahawa mereka menolak bidang-bidang lain yang tidak

sebati dengan jiwa mereka, akan tetapi, kecenderungan mereka adalah merupakan suatu anugerah dan

kelebihan yang terdapat pada diri mereka, tidak terdapat pada orang lain yang mempunyai

kecenderungan yang lain pula.


Bermula daripada pemahaman inilah, maka usah dikhuatirkan soal jodoh pertemuan, ajal maut,

perpisahan, ujian, dan sebagainya kerana hal-hal tersebut telah termaktub padaLauh al-Mahfuz. Kerana

roh telah pun ber‘taaruf’ terlebih dahulu apatah lagi hubungan yang membabitkan persoalan

persabahatan, ukhwah, kekeluargaan, jodoh, dan hal-hal yang berkaitan dengan muamalah sesama

manusia. Justeru Allah s.w.t akan mempertemukan seseorang dengan seseorang yang lain yang

sememangnya sudah pun di‘kenali’nya yang serasi dan sebati dengan ketenangan dan ketenteraman

jiwanya dan sememangnya dia akan hadir dengan sendirinya apabila tiba pada masanya… Maka,

terjawablah lagi persoalan mengenai ayat yang terdapat di dalam ayat al-Qur’an:

َ ِ‫ونَ لَ ُه ْم َم ْغف‬.ُ‫ت أُولَئِ َك ُمبَ َّرءُونَ ِم َّما يَقُول‬


ٌ‫رة‬. ِ ‫ا ْل َخبِيثَاتُ لِ ْل َخبِيثِينَ َوا ْل َخبِيثُونَ لِ ْل َخبِيثَا‬
ِ ‫ت َوالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ َوالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَا‬
)26( ‫ق َك ِري ٌم‬ ٌ ‫َو ِر ْز‬

Maksudnya:

26.  Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji

adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk

laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh

itu). bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

Surah al-Nur (24): 26

Hal ini juga sekaligus merungkai hadith nabi s.a.w, mafhumnya: “Berbuat baiklah kepada ibu

bapamu, maka anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu,”  dan juga peribahasa Arab yang

menyatakan bahawa ‘Sahabat itu merupakan cerminan dirinya’.

Hati yang tidak mati akan mudah sebati dengan roh melalui segala perilakunya. Hati dan roh yang

sentiasa dihidupkan dengan zikrullah akhirnya akan sebati dengan zikir tersebut. Ingin mengetahui sama

ada ia telah sebati dengan zikir, maka ketahuilah bahawa seseorang akan melafazkan apa yang kerap ia

lafazkan ketika ia berefleksi dengan sesuatu yang mengejutkan ia tanpa disedari. Orang yang sering

menyebut nama Allah akan menuturkan kalimah Allah apabila sesuatu yang mengejutkan berlaku ke

atas dirinya. Begitu juga ketika di saat-saat akhir hayatnya. Manakala orang yang sering berkata lucah,
mencarut, atau menjerit, akan melafazkan apa yang kerap mereka lafazkan ketika dalam situasi

demikian… Wal `iyadhu billah min dhalik...

Tanda roh dan hati yang ‘hidup’ juga dapat diketahui ketika hendak tidur. Roh dan hati yang hidup akan

mudah bangun pada masa yang ditentukan oleh minda mereka tanpa memerlukan jam pendering.

Bahkan jasad akan bangkit daripada tidur betul-betul tepat pada masa yang ditentukan oleh kehendak

hati mereka, sebagai contoh mereka ingin melaksanakan qiamullail pada jam 4 pagi, maka tepat pada

jam 4 pagi, mereka akan bangun dengan sendirinya tanpa perlu menggunakan jam loceng, dan tanpa

perlu dikejutkan. Subhana Allah… Inilah rahsia penciptaan manusia… Roh dan hati yang ‘hidup’ juga

turut berasa tidak senang dan gementar apabila nafsu mengarah kepada melakukan kemungkaran.

Bahkan jasad akan menggigil dan kedinginan apabila nafsu membuai dengan bisikan-bisikan yang boleh

menjerumuskan diri ke lembah kemaksiatan. Hati turut tidak berasa tenteram dan panas apabila melihat

apatah lagi berada di lorong dan corong yang menjadi pusat dan sumber keseronokan, fitnah dan gosip,

kefanakan menggila, dan seumpamanya seperti berada di kelab-kelab malam, pusat beli belah, kasino

dan disko, konsert-konsert nyanyian hedonisme, stesen-stesen bas yang penuh sesak, dan lain-lain.

Seterusnya, hati dan roh yang benar-benar ‘hidup’ akan berasa tidak tenang apabila meninggalkan

kewajipan yang diamanahkan sebagai seorang hamba meskipun tidak sengaja seperti solat lima waktu,

dan puasa. Bahkan, tidak mesti tidak mereka akan berusaha solat di awal waktu kerana tidak sabar-

sabar untuk bertemu dengan Pemilik hati, Allah s.w.t. Adakalanya, boleh jadi hati ini tidak semena-mena

berasa gundah sungguhpun mereka telah melakukan kewajipan sebagai seorang muslim kerana Allah,

dan apabila mereka bermuhasabah dan menyelidiki semula punca berlakunya keresahan hati, barulah

mereka menyedari bahawa terdapat suatu amalan sunat yang telah mereka tinggalkan tanpa

disengajakan… Ini kerana, amalan tersebut telah sebati dengan jiwa mereka yang mana ia telah menjadi

suatu rutin harian buat mereka, menjadi 'makanan' hati buat mereka, seperti qiamullail atau membaca

al-Qur’an satu maqra’... Hati-hati yang ‘hidup’ juga akan bergetar apabila menyebut dan mendengar

kalimah ALLAH, semacam satu ketenangan embun pagi menjernihkan jiwa-jiwa mereka… Ilahi Anta

maqsudi wa ridhaka matlubi… Sungguhpun begitu, pengistilahan qalb adalah lebih tepat berbanding


‘hati’ dari awal perbincangan blog sehingga kini mengenai sebarang artikel yang bersangkut paut dengan

penyucian jiwa…

Setelah panjang lebar kumenghuraikan keenam-enam nasihatku buat pemuda-pemudi Islam,

ayuh kita ngorak langkah menuju ke dimensi realiti seorang hamba dan khalifah dalam mencapai

maksud hidup!! Tadabburlah hadith di bawah:

ُ‫سيِّئَتُهُ فذلك ا ْل ُمؤْ ِمن‬ َ ‫سنَتُهُ َو‬


َ ُ‫سا َء ْته‬ َ ‫س َّر ْتهُ َح‬
َ ‫من‬

Maksudnya:
"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk
dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati "
(Sunan al-Tirmidhi, Hadith Hasan Sahih)

Akhir kata, sebutlah lafaz ‘Allah’ dalam-dalam, dengan mata hati, dengan penuh kekhusyukan…

Sekiranya tidak merasakan getaran, koreksi diri… Apakah benar hati ini telah terkunci? Apakah kita telah

jauh dari rahmat Ilahi..?? Renung-renungkanlah…

Older Posts

 
Gratisan Musik

Jiwa Anak Muda...

 Abg Azlan Naqibku...

 Haafizuddin Abirerah

 Shahir Abd Aziz

 Ust. Dzulkhari M. Noor

 Uswah Taman `Ulama' al-`Amilin

 Wasif PKPIM

PMIUM

Akademi Pengajian Islam

100 Tahun Universiti Malaya


 

Lajnah Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith

Rintihan pejuang...

Madah Pujangga
Saudara...
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan


mendapatkan kekasih
yang sedang merinduiku
bahagialah hidupku di alam syurga
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar memancar...
(Al-Syahid Sayyid Qutb)

Komunikasi maya

ShoutMix chat widget

Taqwim

Free Blog Content

Sesungguhnya, kewajipan melebihi masa yang ada...

Resapan isu

 Harakah

 Berita Harian

 Malaysiakini

 Mahasiswakini

Profile ringkas

Muhamad Alihanafiah bin Norasid

Jabatan Al-Qur'an dan al-Hadith,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya

870522-56-5113

Anak sulung daripada 11 adik-beradik

Berasal Muar, Johor

Sek. Keb. Bandar Baru Selayang,

Sekolah Agama Selayang Baru,

Sekolah Agama Rakyat Al-Furqan,


Sekolah Agama Menengah Rawang,

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor,

Ma`ahad Johor,

Universiti Malaya

Allahu rabbuna,

Al-Rasul qudwatuna,

Al-Qur'an dusturna,

Al-Jihadu sabiluna,

Al-Mautu fi sabilillah asma amalina....

Ilahi anta maqsudi wa ridhaka matlubi...

imtiaz_alhuffaz@yahoo.com

Kunjungan

Demi masa...

Demi Allah! Tidaklah makhluk yang bergelar manusia itu berusaha menTADABBUR ayat-ayatNya melainkan hatinya

telah terkunci..! 

1. Demi masa!

2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian;

3. Melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran,

dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Surah al-`Asr (103): 1 – 3

Bangkitlah segera wahai pemuda..!

Jangan dilalaikan oleh buai dunia..!


Taqwim Solat

Waktu Solat Malaysia


Rabu
30 Disember 2009
13 Muharam 1431
Kuala Lumpur & Putra Jaya
[ Tukar Kawasan ]
Imsak : 0
Subuh : 0
Syuruk : 0
Zohor :
Asar :
Magrib :
Isyak :
Powered By : 
WaktuSolat.net
Kalender Majlis Ilmu

Categories

 Untukmu sahabat (1)

Blog Archive

 ▼  2009 (52)
o ▼  December (7)

 Berhijrah Melangkah kepada Kehidupan yang Lebih Te...

 Getusan Hati Membuka Lembaran Tahun Baru Hijri... ...

 Menyingkap Tabir Hikmah Pada Derap Langkah di Ma’h...

 Menyingkap Tabir Hikmah Pada Derap Langkah di Ma’h...

 Menyingkap Tabir Hikmah Pada Derap Langkah di Ma’h...

 Ya Allah, Aku Begitu Mencintainya..!

 Nasihat daripadaku yang Serba Dhaif Buat Pemuda-pe...


o ►  November (4)

o ►  October (8)

o ►  September (3)
o ►  August (8)

o ►  July (16)

o ►  June (2)

o ►  February (2)

o ►  January (2)

 ►  2008 (12)

You might also like