You are on page 1of 6

ULASAN JURNAL PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS
Tajuk Jurnal

: Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah

Penulis

: Mohd Asyid b Hj Ali

1.0

Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini telah jauh berbeza dengan sistem
pendidikan dahulu kerana ia telah mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai
kaedah telah digunakan untuk memastikan pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih
berkesan manakala pembelajaran seseorang murid menjadi lebih mudah dan
menyeronokkan. Oleh yang demikian, antara kaedah yang dilaksanakan ialah
pengaplikasian ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia. ICT merupakan singkatan
kepada Information Communication Technology yang bermaksud teknologi maklumat
dan komunikasi dan ia telah pun diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dalam bidang
pendidikan di Malaysia. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan
proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh penggunaan ICT ketika pengajaran ialah
seperti pengajaran berasaskan komputer dan pengaplikasian perkakasan seperti Note
Book, LCD, perisian CD, kamera dan lain-lain. Pengaplikasian ICT dalam proses
pengajaran dapat memudahkan kerja-kerja seorang guru dan dapat menghasil kemajuan
fikiran dalam kalangan murid yang tidak berpeluang menghadapi suasana realiti sesuatu
1

konsep ilmu. Penggunaan ICT di dalam kelas yang berkesan ialah apabila ia sesuai
dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka
masa yang munasabah. Oleh yang demikian, penggunaan ICT di dalam kelas adalah
pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.0

Pengenalan Jurnal

Jurnal yang dipilih adalah bertajuk Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di
Sekolah Rendah. Jurnal ini secara keseluruhannya ialah berkaitan dengan kelemahankelemahan dan impak penggunaan ICT atau teknologi di dalam kelas bagi guru-guru
Sains dan murid-murid sekolah rendah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
pengkaji, tumpuan khusus diberikan terhadap tahap kekerapan penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, kekangan yang telah dikesan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT dan implikasi pengaplikasian ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0

Latar Belakang Kajian

Menurut pengkaji, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kekerapan
penggunaan perisian pendidikan Sains yang merupakan satu daripada pekakas ICT, selain
mengesan kelemahan dan mengkaji kelemahan penggunaan bahan tersebut di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Antara kupasan-kupasan isi yang diutarakan
oleh pengkaji di dalam jurnal ini ialah mengenai pengenalan ICT dalam bidang
pendidikan di Malaysia, kebaikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains,
implikasi dan kekangan dalam pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan
2

pembelajaran juga berkaitan dengan penggunaan perisian pendidikan Sains yang


dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Metodologi yang digunakan oleh pengkaji ialah secara diskriptif. Data-data secara
statistikal dikumpulkan kemudian diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah untuk
dafahami. Pengkaji menjalankan kajian ini di 18 buah sekolah rendah dan tiga
daripadanya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Populasi kajian adalah terdiri daripada
240 orang guru yang mengajar Sains Tahun 1 hingga Tahun 6. Instrumen kajian yang
digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
kekerapan penggunaan, kelemahan dan impak penggunaan.

4.0

Ulasan Jurnal

Berdasarkan analisis data yang dikumpulkan oleh pengkaji berkaitan dengan kekerapan
penggunaan perisian pendidikan Sains, 78 peratus bersetuju bahawa penggunaan perisian
pendidikan Sains dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran manakala 73
peratus mengakui bahawa perisian hanya digunakan apabila ia diperlukan dan
kebanyakan daripadanya adalah digunakan ketika proses pengukuhan. Namun, daripada
item-item yang diutarakan tersebut, terdapat dua item yang mana mencatatkan rekod
tahap yang sederhana berbanding item-item lain iaitu tidak semua responden (guru Sains)
menggunakan perisian pendidikan Sains pada setiap waktu pengajaran sama ada di dalam
atau di luar kelas.

Kemudian, menurut pengkaji jurnal ini, terdapat purata penurunan penggunaan


perisian pendidikan Sains pada setiap tahun. Penurunan ini berlaku berikutan kekangan
daripada beberapa aspek seperti yang tercatat dalam data soal selidik yang dikumpulkan
oleh pengkaji. Antaranya ialah kurang kemahiran dalam mengendalikan komputer,
kurang pendedahan tentang penggunaan perisian, perisian pendidikan Sains yang
dibekalkan disekolah kurang mencukupi, kursus-kursus yang dijalankan oleh PPD dan
JPN kurang mencukupi, kawalan kelas terjejas akibat penggunaan perisian di dalam kelas
dan perisian yang dibekalkan ke sekolah adalah kurang berkualiti. Namun demikian,
hampir keseluruhan item mencatatkan min yang sederhana dan ini boleh dirumuskan
bahawa kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan Sains
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas adalah di tahap sederhana.
Selain itu, impak penggunaan perisian ini juga turut dikaji oleh penulis jurnal.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, ramai responden bersetuju dengan kesan daripada
penggunaan perisian ini seperti murid berasa seronok dan mudah memahami isi
pelajaran, perisian menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dan
perisian

ini

juga

membolehkan

objektif

pelajar

dicapai

dengan

mudah.

Walaubagaimanapun, responden sederhana setuju terhadap satu penyataan iaitu perisian


pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan
murid.

5.0

Kesimpulan
Keseluruhan hasil kajian boleh dirumuskan bahawa penggunaan perisian

pendidikan Sains ini yang merupakan salah satu daripada pekakas ICT masih berada di
tahap sederhana. Ini secara langsung menunjukkan bahawa penggunaan ICT oleh guruguru Sains di sekolah rendah masih berada di tahap minimum. Walaupun mereka
berpendapat bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains ini dapat membantu
melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka namun mereka seolah-olah
kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains tersebut maka kurang
menggunakannya di dalam kelas.

Rujukan
http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation
http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdf
Penggunaan Teknologi Dalam Mengajar Sains Sekolah Rendah
http://nzalina66.blogspot.com/2011/07/penggunaan-teknologi-dalammengajar_03.html 3 July 2011

You might also like