You are on page 1of 9

BOLA SEPAK

1.0

NAMA PERTANDINGAN
1.1

2.0

PENGANJURAN DAN PENGELOLAAN


2.1

3.0

4.0

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bolasepak MSSIK-YTP


kepada umur bawah 12 tahun bagi SERI, 15 tahun bagi Menengah
Rendah dan 16, 17 tahun bagi Menengah Atas.

Pertandingan ini dianjurkan oleh YTP.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN
3.1

Selain dari peraturan yang terkandung maka pertandingan ini


dijalankan mengikut Undang-Undang permainan bolasepak
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa
sekarang.

3.2

Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa


Pengelola Pertandingan adalah muktamad.

PENYERTAAN
4.1
4.2
4.3

4.4
4.5

Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan di bawah YTP


Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini hanya boleh
mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori
Setiausaha Jawatankuasa pertandingan akan menguruskan
permohonan permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup
permohonan tertakluk kepada keputusan dan arahan tertentu yang
akan dibuat dari semasa ke semasa.
Permainan separuh akhir dan akhir hanya 1 perlawanan sahaja.
Bagi perlawanan menengah atas tiada mata.

5.0

KELAYAKAN PEMAIN
5.1

5.2
5.3

6.0

PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN


6.1

6.2
6.3

7.0

Seorang pemain terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah SERI dan


SEMI YTP adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan
ini.
Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu kategori sahaja
Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada
Jawatankuasa Pertandingan seperti berikut :
5.3.1 Pemain bawah 12 tahun mesti mengemukakan salinan surat
beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar
5.3.2 Pemain bawah 15 tahun mesti mengemukakan salinan kad
pengenalan yang lengkap
5.3.3 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas
mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Penganjur.

Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran Pemain


bagi Bawah 12 tahun dan Bawah 15 tahun.Hanya pemain yang
berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan
ini.
Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Guru Besar
atau Pengetua sekolah masing-masing
Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana
11 pemain utama dan 5 pemain simpanan.Pendaftaran itu adalah
seperti yang dinamakan semasa mesyuarat Pengurus-pengurus
pasukan.

FORMAT PERTANDINGAN
7.1
7.2

Sistem pertandingan dijalankan mengikut peraturan yang telah


ditetapkan.
Peraturan pertandingan liga digunakan seperti ketetapan berikut :
7.2.1 Pemberian mata :
Menang

3 mata

Seri
1 mata
Kalah
0 mata
7.2.2 Penarikan diri mana- mana pasukan semasa kejohanan
berlangsung adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan
menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri
perlawanan ini dengan sebab apasekalipun mata dan jaringan
gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang
dimainkan olehnya tidak diambil kira.
7.2.3 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang
teratas dalam kumpulan akan layak masuk pertandingan
separuh akhir. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam
kumpulan tersebut dalam pasukan maka penentuan mengikut
hierarki berikut :
1. Perbezaan gol
2. Jumlah jaringan gol
3. Jumlah Bolos yang paling sedikit
4. Pasukan yang pernah mengalahkan lawan
5. Undian
7.3

7.4

Sekiranya selesai dalam perlawanan kalah keluar, terdapat seri


setelah tamat tempoh masa bermain, maka masa tambahan
hendaklah diberikan. Jika tiada keputusan maka pemenang akan
ditentukan menerusi sepakan penalti mengikut peraturan yang
berkuatkuasa.
Cara liga Dua Kumpulan ( Bawah 12 Tahun )
7.4.1 Pusingan pertama
7.4.1.1
Sekiranya 7 pasukan mengambil bahagian maka
mereka hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan
iaiatu A dan B . Pertandingan dijalankan secara liga.
7.4.1.2
Pasukan akan ditempatkan dalam kumpulan
tersebut melalui undian
7.4.2 Pusingan Kedua ( Separuh Akhir )
7.4.2.1
Separuh akhir pertama adalah antara Johan
Kumpulan A melawan Naib Johan Kumpulan B.
separuh akhir kedua adalah antara Johan Kumpulan B
melawan Naib Johan Kumpulan A.
7.4.3 Pusingan akhir

7.5

8.0

7.4.3.1
Pemenang separuh akhir pertama akan melawan
pemenang separuh akhir kedua bagi menentukan
Johan dan Naib Johan.
7.4.3.2
Kalah separuh akhir pertama akan melawan
kalah separuh akhir kedua bagi menetukan tempat
ketiga dan keempat.
Cara liga Satu Kumpulan ( Bawah 15 Tahun )
7.5.1 Pusingan pertama
7.5.1.1
Pasukan akan diundi ke dalam kumpulan kumpulan
dengan minimum 3 pasukan atau maksima 5 pasukan
dalam setiap kumpulan.
7.5.1.2
Pasukan yang mengumpulkan mata terbanyak akan
dinobatkan sebagai johan.

JANGKA MASA PERLAWANAN


8.1

8.2

Peringkat Umur Bawah 12 tahun


8.1.1 Masa perlawanan adalah 10 minit bagi setiap separuh masa
dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit di peringkat liga.
Apabila masa tambahan dikenakan tempohnya adalah 5
minit setiap seperuh masa dengan masa rehat tidak melebihi
1 minit dengan keizinan pengadil ( diguna pakai diperingkat
separuh akhir dan akhir )

Peringkat Umur bawah 15 tahun.


8.2.1 Masa permainan adalah 25 minit setiap separuh masa dengan
masa rehat tidak melebihi 10 minit di peringkat liga dengan
keizinan pengadil.
8.3 Sekiranya mana mana pasukan gagal bermain atau tidak datang
atau melaporkan diri lewat 15 minit selepas waktu pertandingan yang
diistiharkan dalam Jadual Pertandingan maka pasukan lawan yang hadir
dengan cukup bilangan pemain iaitu 11 pemain akan diberikan
kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan jaringan 3-0

9.0

PENGGANTIAN PEMAIN
9.1

Tidak lebih dari 5 pemain yang didaftarkan dalam satu perlawanan


itu boleh diganti dalam satu perlawanan termasuk masa tambahan.
Mana- mana pemain yang diganti tidak dibenarkan bermain semula
dalam perlawanan yang sama termasuk dari sepakan dari tanda
penalti

10.0 PAKAIAN PEMAIN


10.1 Semua pemain hendaklah mamakai jersi yang didaftar dengan
nombornya mengikut nama pemain tersebut di sepanjang
kejohanan. Sebarang pengiklanan rokok, minuman keras,
lambing/bertulis parti politik adalah tidak dibenarkan dipamerkan.
10.2 Setiap pemain mestilah memakai kasut bola boot , stokin dan
alas betis : shin guard hendaklah mengikut spesifikasi yang
dibenarkan.
10.3 Pemain yang memakai Thigh atau Thermal hendaklah bersamaan
warna utama seluar.
10.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya
diganti, lilitan lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain.
10.5 Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna
. Jika terdapatpersamaan warna jersi pasukan lawan perlu
menukarkan jersitersebut kecuali tuan rumah tidak menggunakan
jersi utama.
10.6 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian manutup aurat.
11.0 JADUAL PERLAWANAN
11.1 Jawatankuasa Teknikal akan menyediakan jadual Pertandingan
dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan
persetujuan pengelola.
11.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai
disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dapat
dielakkan maka keputusan tentang perlawanan semula akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

12.0 MINIMA PEMAIN


12.1

Setiap pasukan mesti mempunyai 10 pemain sebelum memulakan


perlawanan.
12.2 Jika permainan dihentikan kerana salah satu pasukan mempunyai
kurang dari 7 pemain maka pasukan lawan akan diberi
kemenangan 3-0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau
tamat perlawanan jika ianya lebih.

13.0 TINDAKAN TATATERTIB


13.1 Jawatankuasa Tatatertib Bola Sepak akan berbincang perkaraperkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada
pengadil bertugas dan pasukan pasukan yang terlibat. Pasukan
yang terlibat dan Pengadil bertugas tidak boleh mengambil
bahagian dalam undian semasa perkara berkenaan sedang
dipertimbangkan.
13.2 Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa tatatertib tidak akan
bersidang dan hukumannya adalah automatik :
13.1.1

Seseorang pemain yang diperintah keluar padang


keranakesalahan teknikal pengantungan 1
perlawanan

13.1.2

seseorang pemain yang diperintah keluar padang


keranabermain amat kasar penggantungan 2
perlawanan

13.1.3

Seseorang pemain yang diperintah keluar padang


keranamengeluarkann kata kata lucah, kesat,atau
menunjukkan isyarat tidak tertib atau berkelakuan
ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau
menerima
amaran sebelum atau
tidak

penggantungan 3 perlawanan

13.1.4

Seseorang pemain diperintah keluar padang kerana


membantahkeputusan pegawai pertandingan
penggantungan 3 perlawanan.

14.0 BANTAHAN
14.1 Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah
dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima 30
minit selepas tamat perlawanan berkenaan beserta wang tunai RM 300 . Wang
tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.
14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara
perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang.
15.0 ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN
15.1 Pengurus pasukan hendakalah bertanggungjawab memastikan tiaptiap pegawai termasuk pemain dan penyokong berpegang teguh kepada
etika dan tingkah laku dihormati
15.2 Tertakluk kepada pengesahan pengelola, jawatankuasa Pengelola
boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap amnamana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak di luar peraturan
pertandingan atau objektifnya.
15.3 Sebarang penipuan dalam ahal pendaftaran pemain atau sama ada
sengaja atau tidak adalah kesalahan yang berat dan bertentangan dengan
etika permainan
15.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar
padang permainan adalah kesalahan berat.
15.5 Jika ada pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam
siri perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa
sebab sekalipun pegawai dan pemain akan diambil tindakan.

16.0 HAK PEMAIN


16.1 Menjadi kewajipan pemain menyertai mana mana pertandingan
peringkat kecuali atas sebab kecederaan yang teruk dan disahkan oleh
doctor.

17.0 HADIAH
17.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :
Johan (Beserta Piala Pusingan)
Naib Johan
Tempat Ketiga

You might also like