You are on page 1of 24

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
dan inayah-Nya dapat saya siapkan tugasan Kerja Kursus ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah
pembimbing iaitu Pn. Yusmarini bt. Yusoff yang telah banyak bersusah payah untuk
mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini walaupun

terpaksa

berdepan dengan pelbagai cabaran. Sesungguhnya, jasa yang diberikan tidak dapat
saya lupakan sampai bila-bila.

Buat

rakan-rakan,

diberikan.Komitmen

yang

terima

kasih

dihulurkan

di
itu

atas

kerjasama

yang

telah

tidak

terhitung

untuk

saya

membayarnya.Hanya Allah yang Esa sahaja dapat membalas semua kebaikan yang
pernah kalian taburkan.

Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita semua.

SENARAI KANDUNGAN
1

MUKA SURAT
PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

Tugasan 1
1.0 Pengenalan

34

2.0 Pengurusan Makmal Sains

3.0 Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Makmal

6 13

Tugasan 2
4.0 Pengenalan

16

5.0 Justifikasi Bahan Bantu Mengajar

26

6.0 Penyataan Masalah

18 19

7.0 Prosedur Penggunaan Jam Randik Hidro

20

8.0 Aplikasi Jam Randik Hidro Dlm P&P

21

9.0 Refleksi

22

10.0

Rujukan

23-24

1.0

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 mula ditubuhkan pada 3 Februari


2003. Sekolah ini terletak di No 2 Jalan PJU 10/1F, Damansara Damai,Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini berkeluasan 4 ekar dan di mana lokasi padang sekolah
dikongsi bersama dengan sekolah menengah yang berada bersebelahan.
Pada awal pembukaaan , Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 mempunyai
bilangan murid seramai 500 orang dan bilangan guru seramai 17 orang.Murid-murid yang
mendapat didikan pertama di sekolah ini terdiri daripada tahun 3 , 4 dan 5.Sekolah ini telah
dibuka lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan kerana desakan daripada ibubapa.Satu
2

persetujuan telah diambil daripada pihak ibu bapa dengan PPD Petaling Utama maka
sekolah ini dibuka lebih awal walaupun belum mendapat sijil kelayakan menduduki
bangunan oleh pihak berwajib. Pada awal pembukaannya sekolah ini telah diterajui oleh En.
Fauzi Raveendran b. Abdullah sebagai jawatan pemangku guru besar.Berikut adalah
senarai guru besar dari tahun 2003 hingga 2014 :

2003

2004 > 2005 Pn. Lim Siew Bian

2006 > 2008 Pn. Khadijah bt Udin

2009 > 2010 Pn. Khamariah bt. Dawam

2010 > 2014 En. Mohd Mohradi b. Mohd Mohlas

En. Fauzi Raveendran b. Abdullah

Kini Sekolah Kebangsaan Damansara Damai mempunyai murid seramai 1896 orang
dan 121 orang guru.Murid tahun 1 , 5 dan 6 belajar pada sesi pagi manakala 2 , 3 dan 4
berada pada sesi petang.Sekolah ini mempunyai 4 buah blok terdiri daripada bilik darjah
dan sebuah blok terdiri daripada pejabat sekolah dan bilik-bilik khas termasuk makmal sains.
Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 mempunyai dua buah makmal
sains.Pada awal penubuhan sekolah ini kedua-dua makmal ini dapat digunakan tetapi sejak
lima tahun kebelakangan ini salah satu makmal sains tidak dapat digunakan kerana
masalah pendawaian elektrik akibat daripada aliran air hujan dan tangki air.Disebabkab oleh
permasalahan ini,kami hanya menggunakan satu sahaja makmal sains dengan penggunaan
secara maksimum di sebabkan jumlah murid yang ramai.
Walaubagaimanapun, makmal sains telah dibekalkan dengan keperluan asas
sebuah makmal seperti papan tulis, meja dan kerusi yang mencukupi, rak/tempat
menyimpan alat dan radas yang selamat, mempunyai sinki dan paip, dan sebuah bilik
persediaan untuk menyimpan alatan dan radas.

Gambar : Pandangan di dalam makmal sains Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di makmal ini ialah seperti berikut :

Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Makmal sains adalah sebuah bilik darjah di mana pengajaran dan pembelajaran

Sains dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdP Sains
seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Guru-guru diwajibkan membawa murid ke
makmal pada masa pengajaran selama 1 jam. Penggunaan makmal adalah berdasarkan
jadual waktu penggunaan makmal yang telah ditetapkan. Keutamaan diberi kepada murid
Tahap 2.

Aktiviti Kelab dan Persatuan Sains


Setiap hari Rabu, aktiviti persatuan Sains dijalankan di makmal kerana di sini

terdapat banyak peralatan atau bahan yang boleh digunakan sepanjang aktiviti dijalankan.
Antara aktivitinya ialah seperti bijak sains, ujikaji ringkas, menghasilkan buku skrap, kuiz dan
lain- lain.

2.0

PENGURUSAN MAKMAL SAINS


Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untuk

pengajaran dan pembelajaran amali Sains. Ia dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti
4

dan eksperimen Sains di bawah keadaan yang terkawal.Melalui aktiviti penyiasatan dan
penemuan secara amali dalam makmal Sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan
kemahiran Sains dengan lebih berkesan.
Makmal sains di sekolah hendaklah diuruskan dengan sebaik mungkin agar
mematuhi segala komponen yang terdapat dalam pengurusan makmal sains. Komponen
pengurusan makmal sains adalah meliputi aspek :
Kemudahan dan susunan fizikal makmal sains.
Struktur organisasi
Stok yang merangkumi pengurusan buku-buku stok, bahan dan peralatan,
dan proses pemerolehan, pembelian, penyelengaraan dan penyimpanan.

KEMUDAHAN DAN SUSUNAN FIZIKAL MAKMAL SAINS

3.0

Susunan dan label alatan


Kebersihan dan keceriaan di dalam makmal
Kebersihan dan keceriaan stor makmal
Kebersihan dan keceriaan di koridor makmal
Susunan sudut-sudut khas
Keseluruhan bahagian makmal berfungsi
Papan kenyataan & pengisian
Hasil kerja pelajar - Buku skrap
Model/gambar/poster dll
Akuarium/bahan awet
Carta pencapaian mata pelajaran sains

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS


Makmal sains Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 telah dilengkapi dengan

keperluan asas seperti papan tulis, meja dan kerusi yang mencukupi, rak/tempat
menyimpan alat dan radas yang selamat, mempunyai sinki dan paip, dan sebuah bilik
persediaan untuk menyimpan alatan dan radas. Namun kemudahan asas yang terdapat di
makmal ini haruslah diberi penambahbaikan agar menepati komponen-komponen yang
5

terkandung di dalam Sistem Pengurusan Makmal Sains.Berikut adalah beberapa kelemahan


yang terdapat pada makmal sains di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 :
3.1

Ketiadaan Peraturan Keselamatan Makmal Sains

Sebelum penambahbaikan
Dalam aspek keselamatan di makmal mengikut apa yang terkandung dalam Borang
Penarafan Kendiri Makmal Sains di sekolah, poster keselamatan dan peraturan makmal
sains hendaklah dipaparkan di tempat yang mudah dilihat dan dibaca oleh warga
sekolah.Penambahbaikan hendaklah dilakukan agar murid dapat mengetahui peraturanperaturan sebelum , semasa dan selepas meninggalkan makmal sains.

Selepas penambahbaikan.
3.2

Prosedur dan Kit Pertolongan Cemas

Setiap makmal haruslah mempunyai kit pertolongan cemas yang lengkap dan berfungsi.Kit
pertolongan cemas ini juga hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai.

Sebelum penambahbaikan

Selepas penambahbaikan

Peti pertolongan cemas yang telah lengkap, diletakkan di hadapan makmal. Isi
kandungannya hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya
lengkap. Peti pertolongan cemas mestilah mengandungi item berikut:
Pelbagai saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz).
Kapas yang telah disteril.
1 gulung kapas.
Plaster luka.
Plaster berpelekat.
7

Penyepit dan gunting.


Sabun dan tuala.
Botol pencuci mata.
Krim antiseptik atau (paraffin gauze).
Larutan antiseptik

3.3

Carta Prosedur Pertolongan Cemas

Prosedur pertolongan cemas hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai di dalam makmal
supaya setiap kecederaan boleh diberi rawatan awal dengan cara yang betul.Sebelum ini
tiada carta bantuan kecemasan disediakan di makmal sains sekolah ini.
Selepas penambahbaikan : menyediakan carta bantuan kecemasan di dalam makmal dan
memastikan guru dan murid-murid memahami isi kandungannya serta dapat mengambil
langkah-langkah keselamatan dan tindakan segera untuk memberi pertolongan cemas bila
perlu.
3.4

Alat pemadam api


Pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.

Jabatan bomba telah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara serta memastikan
alat pemadam ini diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.
8

Sebelum : alat pemadam diletakkan di luar makmal sains

Selepas penambahbaikan : alat pemadam api ini telah diubah ke dalam makmal dan
diletakkan berdekatan dengan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900mm dari atas
lantai.
3.5

Papan Kenyataan di Makmal Sains

Sebelum : papan kenyataan di makmal sains tidak begitu menarik.

Selepas penambahbaikan : papan kenyataan telah dihias cantik agar makmal nampak ceria
dan menarik minat murid.
Papan kenyataan yang berada di belakang makmal sains SKDD1 telah diwujudkan dan
fungsi papan kenyataan ini adalah untuk mempamerkan info berkaitan dengan
matapelajaran sains.Selain itu, papan ini juga digunakan untuk mempamerkan hasil kreativiti
murid bertujuan memotivasikan murid untuk terus belajar.

3.6

Penyimpanan Stok

10

Tujuan penyimpanan stok makmal sains adalah untuk memastikan stok yang diterima,
disimpan dalam keadaan teratur dan sistematik. Stok ini merangkumi semua peralatan dan
bahan sains.
Sebelum ini, makmal sains Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 tidak mempunyai
buku stok. Jadi untuk penambahbaikan makmal sains, maka saya telah berusaha
mewujudkan buku-buku stok. Penyimpanan dan kawalan stok peralatan dan bahan sains
adalah secara spesifik seperti tercatat dalam prosedur. Guru perlu pastikan stok makmal
sains disemak dan dikemaskini sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
Di dalam bilik persediaan makmal, terdapat almari, laci, kabinet dan rak untuk menyimpan
peralatan dan radas sains.Setiap rak mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya
supaya mudah membuat pemeriksaan stok.

Antara buku stok yang saya wujudkan ialah :


Buku stok penggunaan alat
Merekod penggunaan alatan dan radas sains yang diperlukan untuk setiap sesi pdp.
Buku stok peralatan makmal
Merekod radas dan bahan yang baru dibeli serta memasukkan ke stor sains mengikut
bilangan dan spesifikasinya. Seterusnya, mengemaskini butir-butir dalam kad stok berdasarkan
rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.
Rekod pergerakan alat
Merekodkan peralatan dan bahan sains yang dipinjam oleh guru-guru.
Merekodkan pemindahan peralatan dan bahan sains dari makmal.
Merekodkan penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan dan bahan sains.
Buku rekod peralatan rosak/hilang
Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.

11

Selepas penambahbaikan bilik persediaan makmal

3.7

Prosedur Pelupusan

Di makmal sains terdapat banyak bahan sains yang digunakan untuk membuat ujikaji
dan eksperimen. Setelah selesai eksperimen, bahan sisa dan toksik tersebut perlulah
dilupuskan. Bahan sisa toksik tadi tidak boleh dibuang ke dalam sistem saliran atau
longkang. Ia akan menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran alam sekitar.
Guru perlulah memastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul.

Cara-cara pelupusan yang sesuai :

Pencairan merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas.
Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran
dengan air yang banyak. Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah
dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam
sistem saliran.

Rawatan secara kimia Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak
berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui
tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkansebelum
dibuang.Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah
dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialah logam yang paling berbahaya di dalam

12

makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan


membuang bahan ini.

Pembuangan bersama-sama sampah Bahan-bahan pepejal yang tidak


berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah
diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula.

Penanaman Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat
yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai
dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah
yang berdekatan.

Sumber tertutup
Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau
pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang
berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.
Sumber terbuka
Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan dicurahkan dengan
air yang banyak atau dengan membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang
diperuntukkan. Pelupusan sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie
seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa
radioaktif, maka bekas bagi mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak
sengaja tidak berlaku.
Pelupusan bahan sisa
Gas - Gunakan almari wasap untuk membuangnya.
Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke
dalam sink. Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol
kosong dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.
Pepejal - Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam
kotak bekas sisa.
Kaca - Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.
Haiwan yang dibelah - ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk
mencegah lalat dan renga,
Semaian hidupan seni- semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum
membuangnya.
13

4.0

PENGENALAN

Sebagai guru sains yang kreatif , kita seharusnya mampu untuk mengubahsuai
bahan dan objek sedia ada untuk dijadikan bahan bantu mengajar di bilik darjah
terutamanya jika radas sebenar tiada di makmal.
Bahan Bantu Mengajar pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja
bahan atau alat yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat
menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran,
sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Bahan-bahan atau alat-alat ini dapat
membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis
bahan atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis bahan tersebut
ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.
Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan
pendengaran, pandangan dan bahan pandang- dengar.
Bahan- bahan bantu mengajar bukan elektronik ialah bahan bantu mengajar asas seperti
papan tulis, buku teks dan papan pamer. Bahan bantu bukan elektronik seperti buku
rujukan, grafik model, papan pengajaran dan lain- lain lagi. Bahan bantu mengajar
berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem jalur, piring hitam cakera padat
audio, komputer dan disket komputer.Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar
daripada alam sekitar seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan relia.
Bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai
beberapa tujuan selain daripada menyampaikan isi pelajaran. Antara tujuan tersebut ialah
untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat
kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan
daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan
dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran
psikomotor.
Sebelum penggunaan atau perancangan membina bahan, guru

perlu tahu

kesesuaian bahan tersebut terlebih dahulu dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain
itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian
oleh guru. Bahan pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu
dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak.
Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah
14

bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih
perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran
menjadi lebih efektif serta berkesan.
hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu
pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap
ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Thomas, R.Murray,
Swartout, Sherwin G ( 1963).
Terdapat beberapa jenis bahan atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang
boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini
jenis-jenis bahan pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan
teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri
yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid
memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

Melalui bahan-bahan yang sedia ada atau yang direkacipta mengikut kreativiti
sendiri, guru haruslah peka dalam memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang
hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak bahan-bahan yang boleh
digunakan oleh guru yang mengajar setiap matapelajaran.. Antara bahan-bahan yang boleh
digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota, kad-kad perkataan
dan sebagainya. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Untuk
memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada prosespengajaran dan
pembelajaran, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer,
gambar rajah dan televisyen.
Bahan bantu mengajar mempunyai banyak bentuk dan jenis .Diantaranya ialah
bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid,
overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio
kaset, televisyen, internet dan sebagainya. Bahan yang tidak menggunakan media bukan
elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih,
papan flanel, papan magnet, kad- kad imbasan, buku dan sebagainya. Bahan bercorak
pengalaman saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan
sebagainya.
Penggunaan bahan-bahan ini boleh membuatkan murid-murid lebih tertarik untuk
melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak
15

langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan
cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan hasilnya murid dan guru dapat
menikmati kepuasan semasa dan selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran .

5.0

JUSTIFIKASI BAHAN BANTU MENGAJAR

16

Bahan Bantu Mengajar yang telah dicipta oleh saya ialah sebuah Jam Randik
Hidro.Jam Randik Hidro ini berfungsi untuk menganggarkan atau mengambil masa tertentu.
Di dalam makmal sains yang sebenar telah terdapat jam randik yang dapat digunakan oleh
guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang melibatkan
dengan penggunaan masa.Proses pengajaran dan pembelajaran mungkin tidak berkesan
jika radas seperti jam randik tiada atau tidak mencukupi di makmal atau bilik sains.Maka
idea tentang penciptaan Jam Randik Hidro tercetus dan beberapa uji kaji serta kajian telah
dijalankan agar alat ini dapat digunakan untuk menggantikan jam randik.
Penciptaan Jam Randik Hidro ini menggunakan bahan terbuang yang boleh diguna
semula.Bahan yang digunakan ialah botol air mineral untuk dispenser.Saya telah
menggunakan dua botol air mineral.Botol yang pertama ( A ) telah dipotong pada bahagian
bawah botol manakala botol kedua ( B ) telah dipotong pada bahagian atas botol.Pada botol
( A ) satu lubang telah ditebuk pada penutup dengan menggunakan gerimit tangan.Botol

B ) pula bertindak sebagai tempat takungan air serta berfungsi sebagai peletak supaya Jam
Randik Hidro ini berada dalam keadaan stabil.Penciptaan Jam Randik Hidro ini tidak
menggunakan sebarang modal kerana hanya menggunakan bahan terbuang yang boleh di
guna semula.

6.0

PENYATAAN MASALAH
17

Pada peringkat awal sebelum penciptaan Jam Randik Hidro ini , saya berpendapat
bahawa air akan menitis satu persatu mengikut detikan pada jam randik.Ternyata kerangka
awal pemikiran saya tidak tepat setelah bahan ini dicipta.
Masalah pertama ialah apabila air telah dituang pada bahagian atas botol , didapati
air terus sahaja mengalir ke bawah.Sangkaan bahawa air akan menitis adalah
salah.Mungkin saiz lubang yang telah ditebuk besar.Keadaan penutup botol yang keras dan
tebal tidak memungkinkan saya untuk membuat lubang kecil dengan menggunakan jarum.
Berdasarkan masalah tadi, saya telah memanipulasikan kuantiti air yang keluar
dengan catatan masa yang diambil sehingga semua air keluar melalui botol ( A ).Semasa uji
kaji dijalankan saya telah menggunakan jam randik untuk mengambil catatan masa untuk air
keluar dari botol ( A ) ke botol ( B ).Setelah mengulangi beberapa langkah , saya telah
mendapat kuantiti air yang bersesuaian.Berikut adalah rekod catatan masa yang telah di
ambil :
600 ml = 1 minit
1200 ml = 2 minit
Uji kaji ini saya jalankan bersama dengan beberapa orang murid tahun 4 di sekolah saya.

18

Air disukat sebanyak 600 ml

Air dituangkan dan masa diambil dengan menggunakan jam randik

7.0

PROSEDUR PENGGUNAAN JAM RANDIK HIDRO


19

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu di ambil untuk menggunakan alat ini :
Pastikan Bahagian A dan Bahagian B berada pada tempat yang betul.
Sukat isipadu air mengikut masa yang ingin diambil.
Tuangkan air yang telah disukat ke dalam Bahagian A Jam Randik Hidro.
Kiraan masa bermula setelah air mula dituangkan ke dalam Bahagian A.

8.0

APLIKASI JAM RANDIK HIDRO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


20

Jam Randik Hidro ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains di
sekolah rendah.Contoh tajuk yang sesuai selain daripada tajuk Pengukuran Masa ialah :
Tema

: Sains Hayat

Tajuk

: Proses Hidup Manusia

Standard Pembelajaran

: Mengitlak bahawa kadar pernafasan bergantung


kepada jenis aktiviti yang dilakukan melalui bilangan
denyutan nadi.

Murid menggunakan alat ini untuk berlari setempat dan mengira kadar denyuan nadi
mengikut ketetapan masa 2 minit.

8.1

KELEBIHAN PENGGUNAAN JAM RANDIK HIDRO


Alat ini sangat ringan dan mudah digunakan
Mudah untuk dibawa
Penggunaan bahan guna semula
Penguasaan murid dalam kemahiran proses sains ( menyukat air dengan tepat )

21

8.0

REFLEKSI

Alhamdullilah,

dengan

segala

limpah

dan

kurniaNya

dapatlah

saya

menyiapkan tugasan SCE 3123 Pengurusan Makmal Sains Dan Sumber. Ribuan
terima kasih diucapkan

kepada pensyarah

pembimbing

iaitu Pn. Yusmarini bt

Yusoff yang telah banyak membantu dengan membimbing dan berkongsi idea bagi
menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya penerangan dan bimbingan
yang diberikan telah memberikan kefahaman kepada saya dan seterusnya dapat
menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Tugasan ini merupakan tugasan saya pada Semester 6. Saya akhirnya dapat
menyiapkan tugasan yang telah diperuntukkan kepada saya pelajar PPG.Terdapat
pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi semasa melakukan
tugasan ini.Saya sedar bahawa sebagai seorang guru Sains saya perlu
memperlengkapkan pengetahuan tentang Pengurusan Makmal Sains.Pengalaman
saya selama 8 tahun menjadi Ketua Panitia Sains telah sedikit sebanyak membantu
saya

untuk

menyiapkan

tugasan

penambahbaikan

pengurusan

makmal

sains.Makmal sains di sekolah perlu diselenggara serta diurus tadbir oleh guru-guru
sains.Apabila berada di sekolah segala urusan ini perlu ditanggung oleh ketua
panitia.Daripada pengalaman yang lepas,saya sedar bahawa ketua panitia harus
merancang serta bijak membahagikan tugas kepada ahli-ahli di dalam panitia agar
segala kerja berkenaan Pengurusan Makmal Sains dapat berjalan lancar.Semasa
menyiapkan tugasan pertama ini terdapat beberapa masalah seperti pencarian
maklumat yang berkenaan dengan tajuk.Namun setelah diberi penerangan oleh Pn.
Yusmarini bt. Yusoff masalah ini dapat diatasi.Saya juga menyedari bahawa usaha
penambahbaikan

pengurusan

makmal

sains

melibatkan

penggunaan

modal.Pembelian papan keselamatan serta peralatan perlulah melalui prosedurprosedur tertentu kerana segala pembelian barangan adalah melibatkan wang yang
diperuntukkan oleh kerajaan kepada setiap panitia di sekolah.Maka segala
pembelian barangan haruslah mempunyai perancangan dan perbincangan bersama
dengan pihak pentadbir.Bagi sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai
mungkin tidak mengalami masalah untuk melakukan pembelian barangan
berbanding sekolah yang mempunyai bilangan murid berkapasiti rendah kerana
peruntukan diberikan berdasarkan enrolmen murid.Pengalaman yang ditempuhi
22

amat berharga dan saya akan memanfaatkan segala ilmu untuk kebaikan bersama
khususnya untuk warga sekolah.
Untuk tugasan yang kedua , saya perlu menghasilkan sebuah alat untuk
dijadikan bahan bantu mengajar untuk matapelajaran sains di sekolah.Ini merupakan
cabaran kepada saya kerana memerlukan daya kreativiti untuk menyiapkan tugasan
ini.Namun cabaran ini dapat diatasi dengan bantuan pensyarah dan rakanrakan.Saya juga telah meminta khidmat pertolongan daripada murid di sekolah
semasa menjalankan beberapa uji kaji untuk mengukur ketepatan masa dengan
penggunaan alat yang saya beri nama sebagai Jam Randik Hidro.Dengan berkat
kesungguhan dan kerjasama semua pihak , akhirnya tugasan kedua saya telah
berjaya disiapkan.Penghasilan Jam Randik Hidro ini telah memberikan saya
inspirasi untuk menjadikan penghasilan alat ini salah satu daripada aktiviti Persatuan
Sains pada tahun hadapan.
Tugasan yang ketiga pula merupakan tugasan yang dilakukan secara
berkumpulan.Saya menyedari bahawa proses pengawetan kering tumbuhan
memerlukan masa yang agak lama memandangkan kami menggunakan kaedah
penekanan di mana memerlukan surat khabar untuk mengeringkan pokok.Kami
telah memilih pokok ros putih.Ketuhar unuk mengeringkan tumbuhan di makmal
tidak dapat digunakan kerana saiz pokok yang agak besar serta tidak mempunyai
masa untuk menunggu proses pengeringan menggunakan ketuhar.Setelah pokok itu
kering , kami perlu pamerkan di atas kadbod.Kami juga perlu mengetahui
pengelasan pokok tersebut.Pengelasan sesuatu tumbuhan haruslah dijalankan
dengan teliti.Penggunaan teknologi masa kini banyak membantu kami dalam
mencari Famili dan Nama Saintifik bagi Bunga Ros Putih.Selain itu, kami juga
memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru tentang cara perlabelan yang
betul.Teguran dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah telah banyak
membantu kami memandangkan tiada maklumat lengkap mengenai cara penulisan
nama saintifik bagi pokok.
Segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh melalui tugasan ini akan saya
ingat dan dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah
khususnya.Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat
secara langsung dalam menjayakan tugasan ini.
9.0

RUJUKAN
23

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2012 ) Pengurusan Makmal Sains Dan


Sumber.Cyberjaya : Institut Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 1999 ). Pengurusan Dan Keselamatan Makmal
Sains Sekolah. Kuala Lumpur :Pusat Perkembangan Kurikulum
Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA (S) NP.134/1KiT.19/s.k2 bertarikh 14
Mei 2008.

24

You might also like