You are on page 1of 3

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India.

Kebanyakan
mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-sumber
sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti
Chola. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas
kaum Melayu dan Cina.

Kamus Dewan telah mentafsirkan istilah adat resam sebagai adat kebiasaan, aturan-aturan
yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi
sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar, 1984,).
Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang
mengamalkan sesuatu adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini
memperlihatkan kehidupan mereka adalah berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang
perlu dipatuhi. Adat resam dalam suku bangsa itu juga berlainan cara perlaksanaan dan
pemakaiannya. Namun, semua itu mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu
masyarakat yang maju, dinamik dan progresif.
Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah
kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat
sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974). Dalam pergaulan hidup itu
tumbuh dan berkembang kegiatan atau tingkah laku yang menjadi kebiasaan kerana dilakukan
berulang kali. Kebiasaan yang sudah tradisional dijadikan normatif , lalu berubah menjadi adat
resam. Sesungguhnya adat berasal dari perkataan Arab iaitu kebiasaan, lembaga, resam,
peraturan hukum dan tabiat (Sidi Gazalba, 1974).
Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak
berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaanagama peserta-peserta. Sifat duaan ini,
iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat
sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekodrekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah
satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal
perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal
memperoleh sebarang bukti.
Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu
kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan
di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang
biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang

suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang
paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri
ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih
daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang
lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil
membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).

Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis


iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India
biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik
iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu
Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.
Pernikahan India selalu erat dengan beberapa simbol seperti, pohon dan buah mangga,
manisan, selendang, cincin kaki, dan susu. Dengan adanya simbol tersebut, diharapkan rumah
tangga kedua mempelai akan dipenuhi kemakmuran, kemanisan seperti manisnya mangga,
manisan, dan susu. Mempelai pria tidak hanya memakaikan cincin di tangan pasangannya,
namun juga di jari kaki pasangannya, hal ini menunjukan rasa hormat dan komitmen melayani
dari suami pada istrinya. Selendang merah yang mewah dan penuh dengan manik-manik
digunakan sebagai pengikat saat kedua mempelai mengelilingi api suci dan mengucapkan
sumpah pernikahan.
Satu lagi simbol yang paling kita kenal dari India, iaitu titik manis di dahi setiap
perempuan India yang disebut Bindi. Tidak hanya sebagai pemanis dan menambah kesan anggun
saja, namun Bindi juga memiliki makna tertentu. Bindi yang berwarna hitam, berwarna-warni,
dan berbentuk-bentuk, biasa digunakan oleh perempuan yang belum menikah. Apabila
perempuan itu sudah bersuami, ia akan menggunakan bindi bulat berwarna merah. Bindi dan
cincin kaki harus selalu dikenakan oleh perempuan India yang sudah menikah, sebagai tanda
penghormatannya terhadap suami. Apabila seorang perepuan tidak mengenakan bindi, berarti
suaminya akan dianggap sudah meninggal.
Dalam acara pernikahan ini, para tamu undangan juga akan dihibur dengan Tari Ular, yang
merupakan tarian khas India. Tarian ini bisanya ditarikan oleh penari yang sudah dilatih sejak
kecil, sehingga mereka memiliki tubuh dan gerakan yang sangat lentur layaknya seekor ular.
Tidak hanya itu, makanan khas India juga disajikan dalam pelajaran ini. Kelompok India
memperkenalkan beberapa makanan khas seperti Samosa, Gulap Jamun (manisan India), dan
Roti Canai. Tentu saja bagian makanan ini yang paling ditunggu-tunggu oleh teman-teman, agar
dapat mencicipi kuliner India.

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang
telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti
masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.
Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru
itu maklumat berikut memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Sejarah
Orang India Malaysia ialah satu kaum yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari
India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
Orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara
berkumpulan seperti komuniti Chetty Melaka dan komuniti Mamak semasa Kesultanan Melaka
dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.
Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau
perdagangan. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).
Perkahwinan masyarakat India
Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami
isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india
iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini
dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan untuk
menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di
bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu
bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan
wang). Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan
berkongsi minum' air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan
pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri

You might also like