You are on page 1of 2

Maksud Inovasi Dalam Usahawan

at Thursday, September 13, 2012

Perkembangan dalam oganisasi berkaitrapat dengan inovasi organisasi syarikat tersebut.


Inovasi adalah fungsi utama dalam proses keusahawanan. Dengan adanya inovasi dalam
organisasi, sesuatu idea menghasilkan produk akan terhasil apabila terdapatnya individu atau
kumpulan yang kreatif dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Setiap organisasi yang
mengeluarkan produk mempunyai saingan dalam pemasaran. Sebagai contoh pesaing utama bagi
proton adalah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang dibentuk pada 1993 dengan
kerjasama antara Malaysia dan Jepun. Inovasi akan berlaku sekiranya wujud persaingan dalam
mengeluarkan produk terkini.

Inovasi adalah fungsi utama di mana individu atau usahawan atau kumpulan usahawan
yang mempunyai idea baru bagi mengambil peluang-peluang perniagaan ke dalam bentuk idea
yang boleh dipasarkan. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah mecari
jalan untuk menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik.
Menurut (Chell, 2001)pula, inovasi berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang bati di
pasaran yang akan merubah persamaan permintaan dan pengeluaran.

Inovasi adalah proses perlu dalam keusahawanan kerana apabila dengan adanya inovasi
maka akan terhasil produk yang lebih baik untuk dipasarkan kepada pengguna. Inovasi juga akan
memaksimumkan sumber yang ada tanpa melakukan pembaziran. Ini penting apabila inovasi
produk yang dikeluarkan dapat direka tanpa membazir sumber, produk tersebut akan lebih murah
dipasarkan untuk keperluan dan kehendak pengguna.

Dalam artikel Creativity? Innovation? Are They Different? Do We Need Both?


(N.Herman), beliau ada menyebut bahawa inovasi hendaklah seiring dengan kreativiti. Ini
bermakna inovasi merupakan satu idea mengenai kreatif dalam mempertingkatkan lagi kualiti. Ini
bagi tujuan menjayakan satu transformasi bagi memenuhi kehendak pengguna.

Kreatif dan inovasi seiringan apabila kedua-duanya bergantung kepada maklumat yang
releven, cara memanipulasikan maklumat tersebut, terdapatnya proses kreativiti dalam mencipta
produk dan kemampuan kreativiti dan inovasi tersebut dalam menjana produk dan perkhidmatan
yang baru.

Dalam membincangkan perkara inovasi dalam sesebuah organisasi terdapat empat (4) asas
dalam inovasi; iaitu inovasi penciptaan, inovasi perluasan, inovasi duplikasi dan inovasi sintesis.

Setiap orang dalam organisasi perlu ada kemahuan untuk melakukan inovasi bagi membina kualiti
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada penggguna.

You might also like