You are on page 1of 13

Soalan 1 : Ciri-ciri PKSR dan PBS

Ciri-ciri PKSR
1. Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara
lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan
kemajuan pelajar dalam bilik darjah.
2. Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif iaitu maklumat yang
diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan
pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.
3. Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan
membaiki pembelajaran seterusnya.
4. Menekankan

penilaian

secara

berterusan

yang

membolehkan

guru

mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang


diperoleh dari semasa ke semasa.
5. Menekan penilaian secara menyeluruh iaitu segala potensi pelajar seperti intelek,
rohani, jasmani dan emosi dinilai.
6. Menekankan penilaian dalaman iaitu guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan
bukan diuruskan secara berpusat.

Ciri-ciri PBS
1. PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat
awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
2. Kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui
aktiviti

tindakan

susulan

yang

berkesan

guru

dapat

membantu

murid

meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh


pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.
3. Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian
yang dilaksanakan di sekolah.

4. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang


ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
5. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
Kerja kursus / PEKA
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
6. Penilaian berasaskan sekolah adalah holistik iaitu mampu memberikan maklumat
keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran murid.
7. Pada peringkat perancangan, guru memilih standard kurikulum yang akan diajar
kepada murid yang terlibat.
8. Guru juga merancang pengajaran dan pembelajaran yang diajar dan juga
menyediakan kaedah pentaksiran.
9. Semasa peringkat pelaksanaan guru juga bertanggungjawab melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran.
10. Standard prestasi diperkenalkan untuk melihat perkembangan serta pencapaian
prestasi seseorang murid berkenaan.
11. Standard prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah adalah mengikut
Band (Band 1 hingga Band 6).
12. Dalam pemantauan guru dapat mengetahui apa yang akan dapat dicapai dalam
pendidikan murid, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

Soalan 2 : Perbezaan dan persamaan antara PKSR dan PBS


Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan
modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai
rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya
remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang
pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru
bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua
perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah
tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah
menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
ASPEK

KBSR

KSSR
-

Reka Bentuk
Kurikulum

Komunikasi
( lisan, membaca, dan
menulis)
Manusia Dengan Alam
Sekelilingnya
Perkembangan Diri
Individu

Kaedah
Pentaksiran

Penekanan yang ketara


kepada pentaksiran
sumatif

Komunikasi
(lisan, membaca, menulis
dan menaakul)
Kerohanian, Sikap dan
Nilai
Kemanusiaan
Keterampilan Diri
Perkembangan Fizikal
dan Estetika
Sains dan Teknologi
Dijalankan secara
berterusan untuk
mengesan perkembangan
dan pencapaian murid
dalam pembelajaran
Menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai
Bersifat autentik dan
holistik.

PERSAMAAN
Peruntukan
Masa

Pedagogi

Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa


mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris
Kemahiran Berfikir dalam P&P
Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
Penggunaan TMK
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Pembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Masteri
Belajar Cara Belajar

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini
akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.
Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut
modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan
canggih kini.
Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi,manusia dan
alam sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi
KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran
ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata
pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini
diajar pada tahap 1dan tahap 2. Contohnya, bagi matapelajaran Bahasa melayu,
berfungsi sebagai bahasa imlu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.
Pada tahap 1, murid murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti
bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu.
Manakala, pada tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran
belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan
dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan
untuk

melahirkan

murid

yang

berkebolehan

berbahasa,

menghargai

serta

menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa

ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling
mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap 1, mata pelajaran
Pendidikan Isla dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua mata pelajaran lain
ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam
pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murini sarwajagat dan prinsip-prinsip
rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi
kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap
perkembanagn dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahai 1, murid diajar
nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta
kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut
dan lainlian lagi. Manakala, pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan
untuk meliputu aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid
digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan
isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang
ketiga dalam KBSR ialah perkembanagn diri individu. Komponen yang terkandung
dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini
bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan
penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara matapelajaran yang terkandung
dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik,
serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat
terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara
seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi
yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu
kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluansetiap tunjang. Jika kita lihat di
dalam KSSR reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan
KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan
kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi.
Interaksi yangdimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga nonverbal dalam bahasa pengantara

yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid

didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca


dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR
hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca
dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu
lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. Hal ini jelas
menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk
meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu
proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang
pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses
pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.
Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan
aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan
yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan
seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan
keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan
kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan
kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara
tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada
ini.Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan
pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan
hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan
global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan
konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan
sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini
juga

memberi

penekanan

kepada

penghayatan

semangat

patriotisme

dan

perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama,


agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha
pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri
individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunjang
kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu,
kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur
Pendidikan Alam Sekitar.Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus

kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu
yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu
tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya
saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu
dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan
penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam
aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah,
daerah mahupun kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada
pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan
dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk
menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalampenglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah.
Penglibatan

dalam

kegiatan

memperkembangkan potensi

kokurikulum
diri

memberi

sebagai pemimpin

peluang
kepada

kepada
diri,

murid

keluarga,

masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang
mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid
menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan
jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat
umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan
hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi
penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan
apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan
apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian
terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan
komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi
adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21
menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu,
kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses
sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan
perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor

dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu
murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab.
Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan
menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains
melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai
situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,globalisasi dan konsep
dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasiTeknologi
Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan
masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau
infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan
seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya
manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.
Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR
ialah dari aspek pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah
memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh
Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses
pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah
pelajar serta untuk membuat keputusan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan
sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah,
merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran
seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan
diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif
dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian
merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat
murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan
pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk
merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satusatu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan
atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang

diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah
Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga
peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan
berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca,
menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu,
Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula,
Penilaian

Asas

Fardhu

Ain

(PAFA)

dikendalikan

bertujuan

mengenalpasti

penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang
ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR
terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat
beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan
modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil
peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan
seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah
ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran
yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di
sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan
semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran
KBSR.
Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran
KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR
adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat
mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan
berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang
digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah
pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan
kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta
pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab
melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru
membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu

pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan


proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam
melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal
mengenai

cara

meningkatkan

pembelajaran

murid.

Guru

tidak

dibenar

membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan


mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung
pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam
meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif
mengikut

standard

ditetapkan

sekolah.

Pembaharuan

lain

ialah

segala

perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan
pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.
Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi
bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini
dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio
perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke
semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta
membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang
hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa
menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau
kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.
Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada
akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan
penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan
mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian
penghargaan.
Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan
aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat
dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR
mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,aplikasi kecerdasan
pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK,pengajaran berasaskan kajian masa
depan,pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual,
pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek
peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa
mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu
diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300
minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah
1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit).
Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa
dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta
prasarana sekolah.
Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan
yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang
menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan
dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan
dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkatperingkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa
kini dan abad ke-21.Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan
P&P yang berkesan; dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen
menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum,
ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Soalan 3 : Permasalahan dalam pelaksanaan PKSR dan PBS di


sekolah

I.

Permasalahan pelaksanaan PKSR di sekolah


1. Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses PdP.
Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai
sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah.
2. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk
mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses PdP
yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk
peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut.
3. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan
insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran
dan mempunyai jati diri ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

II.

Permasalahan pelaksanaan PBS di sekolah


PBS jika dikaji lebih mendalam lagi sebenarnya bagus akan tetapi keberkesanan
kepada perkembangan pelajar mungkin akan terhad. Terdapat beberapa masalah
yang terlibat dalam proses perkembangan/pencapaian pelajar dengan adanya
penggunaan sistem PBS disekolah. .Antaranya adalah :
1. Sistem P&P (pengajaran dan pembelajaran) dalam bilik darjah menjadi agak
terhad.
Bila adanya sistem PBS, guru seolah dikerah untuk menghabiskan satu-satu topik
dengan segera agar ujian PBS dapat dijalankan.Tambahan lagi,guru tidak dapat
menerangkan kesemua subtopik kerana tidak semua subtopik akan diuji dalam ujian
PBS. Sebelum memberikan ujian PBS kepada pelajar, guru terlebih dahulu
menyediakan evidens (soalan-soalan yang akan diuji). Kemudian, guru juga akan
menyemak

kertas

evidens

dokumentasikan pencapaian.
2. Masalah Pelajar

berkenaan.

Selepas

itu,

aktiviti

merekod

dan

Ketidakhadiran pelajar ke sekolah bukanlah satu masalah yang agak asing lagi.
Bagaimana hendak memberikan ujian PBS jika pelajar tersebut tidak hadir dan
memerlukah guru pelajar hadir untuk membuat ujian. Selepas menyemak ujian PBS
berkenaan, guru juga dikehendaki merekodkan pencapaian pelajar ke dalam sistem.
Bagaimana pula jika pelajar berpindah ke sekolah lain? Tidakkah ini akan
menyusahkan para guru sahaja. PBS ini tidak begitu efektif dan praktikal.
3. Buang waktu
Ujian PBS yang dijalankan sudah memakan waktu PdP. Ia agak merugikan untuk
proses PdP yang sewajarnya. Jika dibandingkan dengan peperiksaan awam
(UPSR,PMR,SPM dan STPM), guru akan lebih serius untuk mengajar dan tidak
memikirkan mengenai PBS sahaja. Maka, pelajar juga akan lebih bermotivasi tinggi
untuk belajar. Pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan sistem PBS ini
harus mengkaji semua, benar atau tidak seorang guru dapat mengukur tahap
pencapaian pelajar melalui ujian PBS semata-mata, sedangkan ramai dari kalangan
guru sendiri masih tidak mampu mengintergerasikan PBS dengan baik. Tambahan
lagi, pelajar tidak akan serius untuk belajar dan akan banyak bermain kerana mereka
tahu subjek yang mereka belajar tidak akan dinilai dalam peperiksaan yang besar.

You might also like