You are on page 1of 18

Tajuk : Usik-Usik (Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan)

Kartunis: Kazim

Terbitan: Utusan Melayu (M) Berhad.

Tahun : 2009

Inilah sebuah koleksi kartun-kartun yang menterjemahkan beberapa isu-isu


pendidikan. Sangat sesuai untuk difikirkan akan isu-isunya yang besar.

Penulis mengakhiri bacaan minggu ini dengan bacaan kartun-kartun dalam buku
ini. Penulis sifatkan inilah buku koleksi kartun-kartun yang paling membawa makna
bersama lawak-lawanya yang cerdik dan tentunya lebih baik daripada koleksi-
koleksi kartun yang tidak membawa makna, disertai lawaknya ‘kurang cerdik’ yang
banyak bertebaran dalam pasaran. Dengan itu, walaupun penulis istilahkan sebagai
‘rehat’ daripada membaca, tetapi inilah rehat daripada membaca yang masih
menggerakkan akal.

Bermula di halaman pertama hinggalah di halaman terakhir, penulis membaca


dengan senyuman ceria yang diselangi dengan tawa yang sopan. Untuk mengulas,
penulis hanya memilih beberapa lukisan kartun dan penulis mengulas isu-isunya
daripada pemahaman penulis. Hanya yang baik diharapkan daripada Allah.

Isu:

Jadual Murid Sekolah

Latar Belakang:

Isu ini pernah dileterkan oleh Ustaz Basri (Mantan Exco ABIM) kepada penulis
suatu ketika dahulu. Para pembuat dasar pembelajaran dan pendidikan di Malaysia
berkata bahawa mereka mahu lepasan-lepasan pusat pengajian di Malaysia menjadi
‘Pekerja Yang Berintegriti’ tetapi mereka lupa bahawa mereka telah menyorokkan
agama di belakang. Susunan jadual sekalipun sudah melambangkan perkara ini.

Cadangan:

 Wujudkan kembali Pendidikan Sivil untuk setiap peringkat pengajian.


 Hari pembelajaran dan pendidikan dimulakan dengan agama. Sebagai
contoh: Bacaan Al-Quran dijalankan sebelum mulanya hari pembelajaran dan
pendidikan.
 Mempluraliskan agama HANYA pada akhlak. Semaikan pada setiap
murid/pelajar nilai-nilai baik pada pandangan agama. Sebagai contoh: Setiap
agama memandang baik perbuatan menolong orang yang dalam kesusahan
dan memandang keji kepada perbuatan zina.
Isu:

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Latar Belakang:

Dasar pengajaran dan pembelajaran yang dikecam hebat oleh pakar-pakar Bahasa
Melayu. Dibuat ketika di bawah pemerintahan Dr. Seri Mahathir Mohammad. Dan
kini, Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa dasar
ini akan dimansuhkan perlahan-lahan dengan mansuhan sepenuhnya pada tahun
2012 (Jika tidak terkhilaf). Apapun, diucapkan tahniah kepada dua pemimpin
negara ini.

Penulis secara peribadi tidak menyokong dasar ini hanya selepas membaca buku
yang disusun oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (Bawah). Dan ucapan tahniah
kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kerana perjuangan
membantah dasar ini.
Cadangan:

 Memansuhkan PPSMI sepantas mungkin untuk mengurangkan kadar bilangan


pelajar Melayu yang tercicir dalam pembelajaran mereka.
 Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat perterjemahan bahasa asing ke dalam
Bahasa Melayu dan menyediakan peruntukan dan insentif yang besar kepada
penterjemah-penterjemah.
 Mewajibkan kepada bukan Melayu (Cina dan India) belajar Bahasa Melayu
dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat wajib (lebih tegas) jika mereka
mahu bekerja dalam perkhidmatan awam.
Isu:

Ragam Percintaan Ketika Usia Muda

Latar Belakang:

Inilah anak muda! Anak muda lelaki dan perempuan yang normal akan tertarik di
antara satu sama lain. Ramai yang sudah Berjaya: Bercinta dan berkahwin, dan
ramai yang tidak berjaya: bercinta dan tidak berkahwin atupun bercinta dan gagal
dalam pelajaran. Jika diamati, pertalian melampau di antara anak muda lelaki dan
perempuan ini akan menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah. Tentunya
persoalannya adalah ‘Persoalan Kawalan’. Dan persoalan ini tidak pantas dijawab
dengan kawalan ibu bapa atau guru. Kawalan yang lebih perlu diutamakan adalah
‘Kawalan Agama’.

Penulis menyifatkan bahawa ‘Kawalan Agama’ yang disemai ketika penulis


bersekolah dahulu adalah penting. Dilentur buluh ketika masing rebung dan apabila
sudah menjadi buluh sangat susahlah usaha lenturnya.

Dan penulis teringat sebuah lagu yang bertajuk ‘Kiara’ yang menceritakan
kegagalan lelaki yang bercinta ketika alam persekolahan.

Cadangan:

 Didikan seks Islam perlu diutamakan ketika alam sekolah menengah.


 Didikan nilai-nilai Islam (seperti nilai malu) perlu menjadi tujuan utama
pelajaran.
 Lebih usaha untuk melenturkan peribadi pelajar dengan lenturan Islam
daripada usaha untuk kajayaan menjawab peperiksaan.
Isu:

Pemikiran Pelajar Melayu

Latar Belakang:

Inilah pelajar Melayu! Malas membaca dan maka ilmu ditinggalkan di sisi. Seperti
mereka yang beragam Islam itu tidak pernah mendengar kalimah ‘Iqra’’ dalam Al-
Quran. Pelajar Cina yang ramai bergama Buddha dan Kristian pula yang mendengar
suruhan ‘Iqra’’ Al-Quran. Dan penulis tidak menghukum semua pelajar Melayu
sealiran tidak suka membaca.

Dan sekarang, ramai Melayu yang memegang ijazah menganggur, tidak bekerja.
Masih menjadi tanggungan ibu bapa walaupun sudah habis pengajian. Apakah
mereka menduga dengan memegang segulung ijazah tanpa nilai tambah mereka
sudah pasti bekerja. Ini adalah dugaan yang batil.

Membaca adalah nilai tambah yang paling bermakna untuk pelajar Melayu. Nilai
tambah untuk berfikir dan fikirkanlah.

Cadangan:

 Memperkasakan setiap perpustakaan di setiap pusat pendidikan dengan


memperbanyakkan bahan bacaan dan memperbanyakkan jenis-jenisnya.
 Suruhan membaca perlu disemai di sekolah juga di rumah. Guru dan ibu
bapa perlu menjadi contoh terbaik dalam aktiviti membaca.
 Jadikan satu ruang di rumah sebagai ‘Perpustakaan Mini’.
 Dan semua cadangan hanyalah kepada orang yang berkehendak.
Isu:

Mengadabkan Pemuda

Latar Belakang:

Adab sebagai tujuan akhir pelajaran dan pendidikan. Biarpun seorang yang
memiliki ‘PhD’ tetapi tidak pandai merendah diri, ‘PhD’nya hanya selayaknya
dibuang di longkang.

Tahniah kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Melaysia (PKPIM) dan


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), kerana usaha ‘menta’dibkan’ yang
dilakukan. Istiqamahlah.
Isu:

Guru Pendidikan Jasmani dan Kad Laporan

Latar Belakang:

Yang pertama penulis sifatkan ‘guru makan gaji’. Tiada usaha untuk melihat ‘islah’
dalam pendidikan. Sedangkan ‘islah’lah tujuan bidang perguruan.

Yang kedua adalah bapa zaman dahulu, bapa zaman sekarang tidak begitu.
Isu:

Perubahan Pemikiran Sejajar Dengan Perubahan Masa


Isu:

Ibu Bapa Zaman Dahulu Dan Apabila Guru Dan Murid Sekapal
Penutup:

Ini hanya bacaan ‘suka-suka’ hujung minggu. Salah silap mohon ampun dan maaf.
Sekian.

‫السالم عليكن ورمحة اهلل تعاىل وبركاته‬

You might also like