You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS2203
AKIDAH

Nama:

CHE SAADAH BT SAAD @ MOHD

SAAD
Email:

chesaadahsaad@gmail.com

Nama Tutor:

PN SAADIAH BT HJ. HARON

Pusat Pembelajaran: KEDAH

Semester: SEPTEMBER 2013

ISI KANDUNGAN

Bi

Isi Kandungan

Muka Surat

l
1

Pengenalan

Isi Penerangan Tentang :


2.1 Syirik
2.2 Kufur
2.3 Riddah
2.4 Khurafat
2.5 Nifaq

4
5
6
7
8

Latar belakang Syiah

Kesimpulan / Penutup

12

Rujukan

14

1.0

Pengenalan
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala
kerana atas limpah kurniaNya. Tugasan pada kali ini amat besar erti dan
hikmahnya kepada saya sebagai seorang individu muslim yang
berpegang teguh kepada agama Islam kerana tanggungjawab ini
memerlukan usaha dan kesungguhan yang lebih teliti untuk mengupas
perkara-perkara yang menjadi asas kepada pegangan akidah yang
sebenar.
Perbincangan tentang aqidah juga secara tidak langsung dapat
mendekatkan lagi kita dengan pencipta yang sebenarnya iaitu Allah
Subhanahu Wataala Robbul Jalil. Di antara kehendak tugasan yang
diamanahkan ini juga menuntut saya mengkaji perkara-perkara yang
berkaitan dengan perbezaan di antara syirik, riddah, kufur, khurafat dan
nifaq yang pembuktian daripada al-Quran dan Hadis .
Alhamdulillah, hasil daripada kajian dan pembacaan dari kitab suci
al-Quran dan buku-buku ilmiah yang menjadi bahan rujukan sudah pasti
dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang akidah Islam dan perkaraperkara yang berkaitan dengannya.
1.1

Maksud Aqidah Islam


Menurut Ustaz Abdullah dalam Noor Lizza (2007) , Akidah dari

sudut bahasa diambil dari kata ertinya menyimpul . Manakala


di dalam bahasa Arab pula bermaksud bersungguh-sungguh
berpegang pada janji atau kontrak.
Noor Lizza (2007) menyatakan akidah menurut istilah agama ialah
satu hukum yang pasti yang mana manusia menyimpulkan hatinya
kepada hukum tersebut tanpa ragu-ragu atau syak wasangka.
Oleh itu dapatlah dihuraikan bahawa Akidah Islam ialah
kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap Allah sebagai pencipta
alam. Pembuktian kepada keyakinan dan keteguhan pegangan ini ialah
dengan meyakini tentang kewujudan Allah Subhanahuwataala yang
bersifat tunggal, esa yang berdiri dengan zatnya sendiri .
2

Pegangan aqidah yang berteraskan bukti bukti yang nyata hasil


daripada pemerhatian kepada alam syahadah serta kajian daripada ayatayat al-Quranul karim sebagai mukjizat maknawi yang menjadi saksi
yang kekal sehingga hari ini. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada


pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orangorang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai
Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia,
Maha suci Engkau. (Ali Imran: 190-191)
Hasil daripada anugerah akal fikiran yang meletakkan kita sebagai
makhluk istimewa di alam ini juga telah menjadikan kita makhluk yang
bersyukur kepadanya dengan meyakini dan mengamalkan semua rukun
iman dalam kehidupan kita. Manusia yang menggunakan akal fikiran
dengan sebaik-baiknya akan sentiasa berusaha mencari kebenaran bagi
mengukuhkan pegangan agar segala amalan yang dilakukan di dunia ini
berguna untuk dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:
Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari ( akhirat ) tidakkah

mereka memerhatikan keadaan unta . Bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan


langit. Bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang.
Bagaimana ia ditegakkan ? Dan keadaan bumi. Bagaimana ia dihamparkan? Oleh
itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad kepada manusia, dan
janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya
Engkau hanya seorang Rasul pemberi ingatan. (Al-Ghasyiah : 17-21).
Hasil daripada penelitian yang didapati dari dalil naqli dan aqli ini sudah
tentu dapat memantapkan keyakinan kita terhadap aqidah yang kita pegang
iaitu aqidah islam. Sumber aqidah Islam ialah Al-Quran dan As-Sunah.
2.0
2.1

Perkara-perkara yang merosakkan Akidah umat Islam


Syirik.
Syirik ialah perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu. Sama ada

pada zat, sifat atau perbuatannya. Kata Syirik berasal dari kata syaraka yang
bererti mencampur dua atau lebih benda atau hal yang tidak sama menjadi
seolah-olah sama, Orang yang mencampurkannya disebut musyrik. Lawan
syaraka ialah khalasya yang bermaksud ikhlas (Drs. Enang Sudrajat , 2007).
Oleh itu orang orang yang bertuhankan Allah ialah orang-orang yang
benar-benar bertauhid. Mentauhidkan Allah dengan ikhlas perlukan suatu
perjuangan yang sangat berat dan merupakan satu jihad yang sangat besar
daam hidup ini. Al-Quran mengingatkan setiap muslim bahawa dosa terbesar
yang tidak terampunkan oleh Allah adalah dosa syirik.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak memberi keampunan terhadap orang


yang mempersekutukan-Nya (syirik) dan akan mengampunkan dosa yang selain
daripada dosa (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Surah an-Nisa 116)
Menurut Sulaiman ( 2007 ), syirik ialah menyekutukan Allah dengan
sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya kuasa lain yang lebih
berkuasa dari Allah. Orang yang melakukan syirik itu disebut musyrik. Syirik
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Syirik Akbar dan Syirik Asghar.

Syirik Akbar ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk sama ada
menyekutukan Allah dengan kuasa lain atau menyembah selain daripada
Allah Yang Maha Esa atau memperlakukan sesuatu benda yang bukan
manusia seperti kubur, tempat yang dianggap keramat, pokok kayu,
patung , keris, pedang dan sebagainya diperlakukan seperti Tuhan atau
setengah Tuhan.. Syirik Akbar adalah suatu dosa yang amat besar yang
menyebabkan seseorang masuk ke neraka buat selama-lamanya dan
tidak akan diampun dosa melainkan dengan bertaubat. Syirik Akbar yang
dikenali juga Syirik Itiqadi .

Syirik Asghar.
Termasuk juga Asghar apabila seseorang itu mengerjakan sesuatu amal

ibadah kerana riak atau menunjuk-nunjuk seperti sembahyang kerana malukan


isterinya atau mahu dipuji. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berhatihati dalam setiap perbuatan , kata-kata dan iktiqad agar tidak mudah terjerumus
kepada dosa mensyirikkan Allah SWT.
2.2

Kufur
Maksud kufur ialah tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran

yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Menurut Noor Liza et al.(2007) :
Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah S.W.T serta mengingkari ajaran
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W .Orang yang melakukan
perbuatan ini digelar kafir. Mereka dilaknat dan mendapat kemurkaan Allah S.W.T
di dunia dan di akhirat.
Firman Allah S.W.T ;

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu


kepada Allah dan RasulNya dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan
kepada RasulNya (Muhammad SAW) , dan juga kepada Kitab-Kitab Suci yang
telah diturunkan terdahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur dan ingkar
kepada Allah, dan Malaikat- malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya,
dan juga Hari AkhiratNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan
yang amat jauh.
Ayat di atas jelas menunjukkan ketegasan Allah SWT agar umat Islam
berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Kufur terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kufur Hakikat dan Kufur

Nikmat.
Kufur Hakikat ialah ingkar atau menafikan rukun iman dan menafikan syariat
yang telah dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Orang yang
kufur Hakikat ini akan menolak hukum-hukum Allah dalam Al-Quran, menafikan
balasan akhirat serta meringankan perintah solat dan sebagainya.

Kufur Nikmat pula ialah tidak menggunakan semua nikmat pemberian Allah
mengikut jalan yang Allah redha, seperti mengelakkan membayar zakat dengan
membelanjakan harta mengikut kepentingan sendiri, menggunakan nikmat
pemberian Allah ke jalan maksiat dan sebagainya.
2.3

Riddah

Asal perkataan riddah adalah daripada radd yang bererti berbalik


kembali. Istilah riddah (irtidad) secara umumnya bererti kembali dari suatu
agama atau aqidah.
Maksud Riddhah ialah berpaling atau keluar daripada agama Islam. Di
antara faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi Riddah ialah lemah
dalam pegangan agama, kurangnya ilmu pengetahuan tentang aqidah dan
hukum-hukum Islam serta mudah terpengaruh dengan tawaran kebendaan atau
bersifat melebihkan duniawi daripada ukhrawi.
Seseorang-orang yang murtad ialah orang yang berbalik menjadi kafir.
Menurut Sulaiman (2007) orang-orang yang murtad tidak boleh dibiarkan dalam
keadaan riddahnya kerana bagi orang-orang ini terdapat hukum-hukum yang

tersendiri bagi mereka.iaitu di antaranya ialah :


Pihak berkuasa memerintahkan bertaubat. Jika enggan boleh dihukum bunuh.
Haram memakan daging sembelihannya.
Tidak boleh menerima pesaka dan tidak boleh dipusakai bahkan hartanya
dimasukkan
ke dalam Baitulmal.
Orang-orang yang murtad atau riddah ini adalah kafir dan akan
kekal di dalam neraka selama-lamanya . Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad ( berpaling


tadah ) dan agamanya (agama Islam ) , lalu ia mati sedangkan ia tetap kafir
maka orang-orang yang demikian , rosak binasalah usahanya (yang baik) di

dunia dan di akhirat; dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya
(selama-lamanya).
Seseorang yang riddah atau murtad sama ada disebabkan iktiqad, perbuatan
atau tuturkatanya samalah seperti telah melakukan jenayah bukan sahaja
kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarganya dan masyarakat Islam
seluruhnya.Di antara jenayah tersebut ialah :

Menganggap dirinya betul dan orang-orang lain adalah salah dan bodoh.

Ini bermakna telah mengaib , menghina dan memusuhi umat Islam.


Menyalahkan ajaran Isla kerena didorong oleh hawa nafsu.
Menjadi contoh buruk kepada orang lain dan akan merosakkan ajaran
Islam
Bahayanya Riddah atau murtad ini juga boleh memberi kesan buruk kepada

umat Islam, contohnya seperti, merosakkan hubungan suami isteri, larangan


dikebumikan di perkuburan Islam.
2.4

Khurafat.
Maksud khurafat ialah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap

mempunyai hubungan dengan agama Islam, sedangkan pada hakikatnya


bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat. Ia juga boleh diertikan dengan
perkara tahyul, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan,
pemujaan dan sebagainya yang menyimpang dari agama Islam yang tidak boleh
diterima akal sama sekali. Di antara perbuatan-perbuatan yang dianggap
khurafat ialah :

Mempercayai tangkal atau azimat yang diyakini dapat menghindarkan diri

daripada sesuatu bahaya.


Mempercayai bahawa burung atau binatang-binatang tertentu boleh

membawa tuah atau mendatangkan sial.


Mempercayai pokok-pokok besar yang dianggap keramat.
Memuliakan kubur seseorang individu yang dikatakan membawa tuah atau

memakbulkan sesuatu permintaan.


Mempercayai amalan bertilik nasib atau jampi serapah bomoh.
Kepercayaan kepada perkara sial majal seperti adat mandi safar dan adat
mandi membuang sial.

Kesan buruk mengamalkan amalan khurafat ialah akan menyebabkan seseorang itu
syirik dan terbatal imannya. Membazir masa harta dan tenaga kerana memikirkan perkara
yang sia-sia. Amalan khurafat juga boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya
kerana kepercayaan tersebut telah menafikan kepercayaan kepada qadha dan qadar.
Rasulullah saw juga melarang amalan-amalan yang khurafat ini seperti mana terdapat
dalam hadisnya :
,
. , : .
8

Dari Shafiyah binti Ubaid dari salah seorang isteri Nabi s.a.w r.a dari nabi s.a.w
sabdanya : Siapa datang kepada tukang tebak dan menanyakan sesuatu lalu dipercayainya ,
maka tidak diterima sembahyangnya empat puluh hari . Kepercayaan kepada tebakan itu
seolah-olah mendahului takdir atau membuka tirai ghaib, yang mana sudah tentu akan
merosakkan iman terhadap takdir dan ghaib yang menjadi hak Allah semata-mata.
Amalan amalan khurafat jika diteruskan dalam kehidupan seseorang muslim sudah
tentu akan menjarakkan hidupnya dengan kebenaran yang hakiki dan boleh merosakkan
pegangan aqidah seterusnya mendatangkan kemurkaan Allah SWT.
2.5 Nifaq.
Orang yang munafik itu mengikut istilah syarak ialah seseorang yang melindungi
kekufuran yang bersemi di dalam jiwanya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya
dengan lisan dan perbuatannya. Dia mengaku dan berikrar sebagai seorang islam, tetapi di
dalam hatinya dia menolak sama sekali kebenaran ajaran-ajaran yang terkandung di dalam
syariat Islam.
Allah SWT telah meletakkan hukuman keras terhadap golongan munafik . Orang
orang munafik akan mendapat azab seksaan yang pedih di akhirat. Firman AllahSWT :


..
Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling
bawah sekali dalam neraka. (Surah an- Nisa : 145)
Sifat-sifat atau tanda tanda orang yang munafikitu antaranya ialah :

Mempunyai sikap dan pendirian yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan

suasana.
Tutur kata yang sentiasa berubah-ubah. Jika bersama orang mukmin ia menunjukkan
kebaikannya tetapi apabila di belakang mereka pelbagai umpatan dan caci nista

dilemparkannya.
Orang-orang munafik akan sentiasa mengharapkan amalannya dipuji.
Orang munafik hanya mementingkan keduniaan semata-mata.
Orang munafik tidak pernah berasa tenang dan tenteram jika bersama orang-orang
yang beriman.

Menurut Imam Nawawi, nifaq ialah orang beriman yang mempunyai atau menyerupai
sifat orang munafik atau melakukan sesuatu bercanggah dengan kehendak hatinya secara
umum. Golongan munafik ini secara luarannya seperti orang beragama, namun hatinya penuh
kebencian dan permusuhan terhadap Allah swt, Rasulullah saw serta umat Islam.
Sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud :
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a baginda bersabda : Ada empat sifat , siapa
yang lengkap ada pada dirinya maka ia munafik betul-betul. Dan siapa yang mempunyai
salah satu daripadanya maka bererti mempunyai salah satu sifat munafik hingga
ditinggalkannya. Jika dipercayai khianat. Bila bicara dusta. Jika berjanji ia menyalahi dan
bila berdebat (bertengkar) melampaui batas . (Bukhari , Muslim)
3. Syiah.
Syiah dari segi bahasa bermakna pengikut atau pengiring. Kalimah ini kemudiannya
digunakan oleh para penyokong Sayidina Ali bin Abi Talib. Mereka berkata : Kami Syiah
Ali (penyokong Ali) Asalnya sebuah gerakan politik, kemudian berubah menjadi aliran
akidah yang memiliki ajaran-ajaran menyalahi Islam yang sebenar.
Menurut Wan Alias (1982) benih Syiah yang pertama tersemai sebenarnya bermula
pada detik peristiwa kewafatan Rasulullah saw . Sekumpulan sahabat baginda berpendapat
bahawa orang yang paling layak menggantikan baginda ialah keluarga yang terdekat. Semasa
baginda wafat terdapat dua orang keluarga terdekat baginda iaitu Al-Abbas bin Abdul
Mutalib dan Ali bin Abu Talib . Kedua mereka dianggap paling layak. Oleh sebab Al- Abas
sendiri tidak pernah menuntut hak ini , maka Ali adalah calon yang lebih layak menjadi
khalifah .
Namun begitu dalam hal ini tidak terdapat Hadis Sahih yang menyatakan Rasulullah
saw telah melantik Sayidina Ali sebagai penggantinya.
Golongan syiah terbahagi kepada beberapa puak dan kumpulan iaitu al-Kaisaniah,
Al-Imamiyah, Al-Ghaliah , Al-Zaidiah dan Al-Ismailiyah.
Penyimpangan dan kesesatan Syiah sangat banyak dan justeru ajaran Ahli Sunah telah
menyangkal setiap dakwaan dan kesesatan dengan dalil-dalil yang kukuh bersandarkan pada
keterangan ayat-ayat al-Quranul Karim.
Di antaranya ialah :

10

Meyakini selepas Rasulullah saw wafat , semua sahabat murtad kecuali ahlul bait dan
beberapa orang sahabat. Sedangkan dalam ayat Quran ada menyatakan keadilan dan
sanjungan untuk para sahabat.




Surah al-Taubah ayat 100.
Dan orang-orang yang mendahului orang-orang lainnya dan yang
pertama- tama beriman kepada Allah dan RasulNya dari orang Muhajirin dan
Ansar dan yang menolong Rasulullah dari musuh-musuhnya (kafir),
merekalah orang-orang yang mendapat keredaan Allah dan bagi mereka
syurga yng mengalir di bawahnya sungai-sungai dan akan kekallah mereka di
dalam nya. (syurga).
Ayat ini menjelaskan pujian Allah terhadap para sahabat r.a , sesungguhnya
kehormatan mereka berasal dari keimanan mereka.

Meyakini para imam mereka sama kedudukan dengan Nabi dan wajib ditaati.
Ahli Sunah Waljamaah berpegang pada ajaran al-Quran dan Hadis yang maksum
hanya para Nabi dan Rasul.
Firman Allah SWT : Sesiapa yang mengatakan seseorang maksum

selepas Rasulullah maka ia kafir. Ia menyalahi keterangan Allah bahawa Islam itu
telah sempurna sebagaimana dalam surah al-Maidah Allah berfirman:








Maksudnya : Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan

telah aku cukupkan nikmat-ku bagimu dan telah aku redha Islam itu
agamamu..Maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
11

Mendakwa ayat al-Quran mengandungi 17 ribu ayat dan tiga kali ganda daripada
Mashaf Uthmani. Sedangkan al-Quran adalah mukjizat , tidak ada sebarang
perubahan , pengurangan dan penambahan ayat sejak dibaca oleh Rasulullah saw.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi

Muhammad saw,
dan Kamilah juga yang menjamin penjagaannya dari penambahannya,
pengurangannya
atau hilangnya satu bahagian dari al-Quran. Surah Al-Hijr ayat 9.

Menuduh Siti Aisyah bersalah dalam kes tuduhan zina yang direka oleh kaum
munafik. Sesiapa yang menuduh Isteri Nabi iaitu Saidatina Aisyah telah berzina maka
ia kafir.
Firman Allah :








.
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik lagi beriman
(berbuat zina ) mereka akan dilaknat di dunia dan akhirat dan mereka akan menerima azab
yang amat besar.
Ayat 26 Surah al-Nur juga telah menyatakan kesucian Aisyah . Dan Rasulullah adalah
manusia yang paling baik maka pastilah wanita yang paling baik menjadi isteri baginda saw.

Meratapi Sayidina Husain pada hari Asyura dengan pelbagai amalan seperti memukul dan
menyakiti tubuh badan . Ajaran Ahli Sunah telah mengharamkan sesiapa pun meratapi si
mati , apatah lagi dengan memukul dan menyakiti diri sendiri.

Mendakwa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah Imam Mahdi yang akan muncul untuk
memerintah dan menghukum umat Islam yang zalim. Ajaran dari ahlul Sunah Waljamaah
12

menyatakan Imam Mahdi adalah keturunan Rsulullah saw dan akan muncul untuk
memerintah bumi dengan adil bukan untuk membalas dendam.

Mendakwa Allah akan menghidupkan semula ahlul Bait dan imam mereka termasuk imam
Mahdi untuk menghukum orang-orag zalim termasuk Abu Bakar, Umar , Uthman dan
Aisyah. Sedangkan hanya akan berlaku kebangkitan di padang Mahsyar di mana semua
orang akan diadili dan diberi hukuman.

Mewajibkan berdusta untuk melindungi diri walaupun perkara yang disembunyi itu benar.
Sedangkan dalam hadis sahih Nabi menyatakan berdusta adalah ciri-ciri munafik.

Membenarkan nikah mutah yang tidak memerlukan saksi, wali dan pengisytiharan syarat,
akad , tempoh dan mahar. Sedangkan nikah mutah telah diharamkan oleh Nabi sebelum
baginda wafat dan salah seorang perawinya adalah Sayidina Ali.

Allah hanya mengetahui sesuatu perkara setelah berlalu sesuatu peristiwa. Sesungguhnya
Allah bersifat maha mengetahui sama ada perkara sebelum, selepas ,sedang berlaku atau akan
berlaku.
Jelaslah kepada kita sekarang semua kesesatan yang dibawa oleh puak syiah telah
menyimpang jauh dari ajaran Islam sebenar. Oleh itu sebagai umat Islam kita wajib
mempertahankan kesucian agama Islam daripada penyelewengn yang diadakan oleh
golongan-golongan syiah ini.

13

4. Kesimpulan.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi keizinan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini. Timbul keinsafan pada diri yang lemah lagi kerdil ini
betapa perlunya kita memantapkan diri dengan Ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan
Aqidah Syariah dan sebagainya supaya keimanan kita pada yang Satu tidak akan
menyimpang jauh daripada kebenaran yang hakiki. Amalan-amalan seperti kufur, nifaq,
syirik, riddah, dan khurafat adalah satu virus yang boleh meracuni kehidupan umat Islam
masa kini yang mana ia boleh menyebabkan tercemarnya kesucian agama Islam.
(3066 patah perkataan)

5. RUJUKAN

Abu Ezzat Al-Mubarak., H. Salim Bahreisy, (2012) Riyadhus Shalihin (m.s.


552- 1154) Selangor : Pustaka Jiwa Sdn Bhd
Drs. Enang Sudrajat, (2007) Syamiil Al-Quran The Miracle, ( m.s. 238547 ): PT Sygma Examedia Arkanleema
14

Khairunnisa Razak . (2012). Golongan Munafik Lebih Bahaya daripada


Kafir.
Retrieved November 2, 2012, from
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Munafiqlebihbahayadaripadak
afir/Article
Sulaiman Endut (2012) Asas Fardhu Ain, Selangor : Pustaka Haji Abdul
Majid
Ustaz Umar Muhammad Noor. (2013). Syiah; Apa yang Mesti Diketahui.
Majalah Al-Ustaz. Jil.17.

15

You might also like