You are on page 1of 27

Kelas Teknik Mystery

Your Preferred Our Partner

ISI KANDUNGAN
Bahagian 1
Kata-Kata Aluan
Asas Teknik
Pasaran ( Market )
Isyarat ( Signal )

Bahagian 2
Penimbang Tara (Bias)
Keutamaan Buy atau Sell
Masuk Pasaran ( Entry Market)
Kejayaan

Confidential
Mystery Signal

Page 1 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Bahagian 1

Kata-Kata Aluan
Salam sejahtera kepada yang telah membeli e-book ini, saya dengan
rasa rendah diri ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas
sokongan yang diberikan pada saya untuk menghasilkan E-book
Teknik ini menjadi kenyataan seterusnya dapat digunakan sebagai
panduan dalam bidang forex.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa saya sebelum ini telah
memberi signal di carigold.com setiap hari trading dan signal tersebut
mendapat sambutan yang hangat sehingga pelawat untuk forum
tersebut telah mencecah 100,000 hanya dalam tempoh sebulan dan ini
adalah satu rekod diluar jangkaan.
Sebelum saya mengajarkan cara-cara untuk membuat signal, saya
ingin mengambil kesempatan di sini kepada anda bahawa saya ingin
meminta kerjasama anda untuk tidak membuat salinan e-book ini bagi
tujuan perdagangan kerana e-book ini kini dalam proses copyright dan
insyaallah setelah selesai urusan copyright ini saya akan cuba
mempromosikannya agar e-book ini menjadi rujukan utama bagi
mereka yang menceburi bidang forex.
Oleh itu besar harapan saya agar e-book ini menjadi panduan yang
mudah difahami dan sekaligus dapat membantu mereka yang ingin
berjaya didalam bidang forex yang amat mencabar dan saya
memerlukan doa dan sokongan anda agar usaha saya ini menjadi
kenyataan di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Confidential
Mystery Signal

Page 2 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Asas Teknik
Langkah awal untuk membuat teknik signal ini ada beberapa perkara
yang menjadi asas penting dan asas penting itulah yang perlu anda
pelajari agar ianya dapat menghasilkan signal seperti yang saya
poskan di forum http://www.carigold.com/portal/forums/ sila klik di
Mystery Signal.

Ada tiga (3) perkara asas bagi membuat signal dengan menggunakan
teknik ini ;-

1- Waktu Zon Pasaran (Time Zon)


2- Candle Sticks dan Time Frame
3- Pasaran Semasa (Current Market)
Ketiga-tiga perkara di atas adalah asas penting teknik ini bagi menjana
signal untuk menjadi panduan memasuki pasaran matawang.
Disamping tiga asas penting tersebut ada juga tip-tip tambahan untuk
menambah kemahiran anda dan juga panduan tambahan agar anda
menjadi bertambah yakin bila memasuki pasaran matawang tersebut.
Oleh itu saya akan menerangkan satu persatu cara dan bagaimana
untuk membuat teknik ini dengan cara yang betul dan berkesan serta
mudah difahami.
Tiga asas penting yang saya sebut di atas adalah tonggak utama yang
harus anda pelajari dengan baik dan langkah seterusnya saya
terangkan di muka surat selanjutnya.

Confidential
Mystery Signal

Page 3 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

1- Waktu Zon Pasaran


Waktu zon pasaran adalah asas yang amat penting sekali untuk
membuat formula teknik ini kerana waktu urus niaga pasaran inilah
yang akan menentukan halatuju yang nantinya dapat menjana signal.
Untuk membuat teknik ini, maka saya terangkan di sini bahawa waktu
urusniaga zon yang dikehendaki adalah 1/3 (sepertiga) dari 24 jam
(sehari) pasaran matawang iaitu 8 jam sahaja.
Untuk mengenal pasti zon mana yang dimaksudkan, maka Negara
yang mula-mula membuka pasaran matawang adalah Australia dan di
sini ianya saya namakan sebagai Waktu Zon Australia.
Kenapa Australia dan kenapa tidak Amerika atau Britain ataupun
Eropah ? Ini kerana Australia adalah negara yang paling awal sekali
membuka pasaran matawang dunia iaitu seawal jam 5:00 pagi waktu
Malaysia dan berakhir pada jam 1:00 petang waktu Malaysia
Selepas saja pasaran matawang Australia dibuka, barulah ia disusuli
oleh negara-negara yang lain seperti Jepun, Korea, China, Britain,
USA dan negara-negara lain-lain.
Oleh itu saya menitik beratkan di sini bahawa waktu zon Australia
adalah asas yang terpenting sekali yang mana waktu zon Australia
inilah intipati atau asas utama untuk menjana signal dengan
menggunakan kaedah teknik ini.
Untuk Waktu Zon Australia ianya dikira bermula dari jam 08:00 pagi
hingga jam 4:00 petang waktu Australia (8jam) bersamaan jam 5:00
pagi hingga jam 01:00 petang waktu Malaysia dan ini adalah asas
yang amat penting sekali.
Sekali lagi diingatkan untuk Waktu Zon Australia ini sila pastikan
ianya bermula jam 5:00 pagi waktu Malaysia hingga jam 1:00
petang waktu Malaysia dan bukannya waktu server broker anda.
Confidential
Mystery Signal

Page 4 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Jika masa server broker anda menunjukkan jam 00:00 am dan jam
tersebut itu bersamaan dengan pukul 5:00 pagi waktu Malaysia, maka
jam 00:00 am tersebut adalah bersamaan waktu bermulanya urus
niaga di zon Australia dan berakhir pada jam 8:00 am waktu server
tersebut bersamaan pukul 1:00 petang waktu Malaysia yang mana
ianya jam terakhir (8 jam) urus niaga pasaran matawang dalam Waktu
Zon Australia.
Walaupun masa urus niaga matawang di Australia mengambil masa 9
jam, tetapi teknik ini hanya memerlukan sepertiga (1/3) hari pasaran
matawang iaitu 8 jam sahaja.
Kesimpulan dari penjelasan saya di atas maka ditetapkan di sini
bahawa waktu urus niaga pasaran matawang bagi zon Australia
adalah dari jam 5:00 pagi hingga jam 1:00 petang waktu Malaysia.
Kenapa saya memilih waktu Malaysia untuk watku urus niaga pasaran
matawang zon Australia dan kenapa tidak mengikut masa sebenar
Negara Australia ? ini kerana ianya ada 2 sebab iaitu;1- Memudahkan anda untuk membuat formula teknik ini tanpa
mengubah jam di PC anda mengikut jam negara lain dan cara
ini juga memudahkan anda tanpa mengira perbezaan masa
antara Negara.
2- Masa news yang dikeluarkan di http://www.forexfactory.com/
adalah bersamaan dengan waktu Malaysia cuma perbezaannya
adalah siang dengan malam dan sebagai contoh, sekiranya di
http://www.forexfactory.com/ news keluar pada jam 8:30 am
maka ia bersamaan dengan jam 8:30 malam waktu Malaysia
dan anda tak perlu mengubah jam di PC anda.

Confidential
Mystery Signal

Page 5 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Selepas anda faham berkenaan dengan waktu zon urusniaga pasaran


matawang tersebut barulah anda boleh membuat formula teknik signal
ini dengan langkah seperti berikut;1- LELETAKKAN SATU GARIS TEGAK (VERTICAL LINE) PADA
JAM 5:00 pagi WAKTU MALAYSIA TANPA MENGAMBIL KIRA
WAKTU SERVER BROKER ANDA. (lihat gambar rajah 1)
Contoh gambar rajah 1

Gambar rajah di atas menunjukkan bermulanya pasaran matawang


dunia dibuka yang mana ianya dimulakan oleh negara Australia.

Confidential
Mystery Signal

Page 6 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

2- LETAKKAN SATU LAGI GARIS TEGAK (VERTICAL LINE)


DENGAN JARAK 8 JAM DARI MASA PASARAN DIBUKA IAITU
PADA JAM 1:00 PETANG WAKTU MALAYSIA (lihat gambar rajah 2)
Contoh gambar rajah 2.

Rajah diatas menunjukkan dua garisan tegak yang mana garis


pertama tepat pada jam 5:00 pagi waktu Malaysia dengan Candle
Sticks (CS) terakhir sampai kepada jam 5:00 pagi waktu Malaysia.
Garis tegak kedua pula tepat pada jam 1:00 petang waktu Malaysia
dengan CS terakhir sampai kepada jam 1:00 petang waktu Malaysia.
Nota: Pastikan jam anda tepat mengikut waktu Malaysia.
Confidential
Mystery Signal

Page 7 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Setelah anda selesai meletakkan garis tegak (vertical line) seperti


gambar rajah di atas pada area Zon Australia, maka langkah
seterusnya ialah meletakkan garis melintang (horizontal line) pada
paras harga tertinggi Waktu Zon Australia.
Kemudian anda letakkan satu lagi garis melintang (horizontal Line)
pada paras harga terendah Waktu Zon Australia. (lihat gambar
rajah 3)
Contoh gambar rajah 3

Confidential
Mystery Signal

Page 8 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Rajah di atas menunjukkan garisan berwarna hijau adalah paras harga


tertinggi Zon Australia dan garisan bewarna merah adalah paras harga
terendah Zon Australia.
Mana-mana Candle Sticks (CS) yang paling tinggi dalam zon Australia
sama ada CS bullish atau CS bearish maka ia adalah paras harga
tertinggi dan mana-mana CS yang paling rendah dalam zon Australia
sama ada CS bullish atau CS bearish maka ia adalah paras harga
terendah zon Australia seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah 3.

Semakan.
1- Pastikan garis tegak pertama diletakkan pada Candle Sticks
terakhir dengan TF m15 tepat pada jam 5:00 pagi waktu Malaysia
2- Pastikan jarak tempoh masa dari jam 5:00 pagi adalah 8 jam, dan
ini bermakna ianya jam 1:00 petang waktu Malaysia.
3- Pastikan garis tegak kedua tepat pada Candle Stiks terakhir
dengan TF m15 tepat pada jam 1:00 petang waktu Malaysia.
4- Pastikan jam anda atau jam di computer anda adalah tepat
mengikut waktu Malaysia.
Setelah anda memastikan kesemua langkah yang dibuat adalah tepat
maka anda telah berjaya untuk langkah pertama untuk membuat signal
dengan kaedah teknik ini.
Nota :
Kesemua gambar rajah yang disertakan mempunyai Candle Sticks
bewarna biru dan merah, dimana biru mewakili Up Trend (UT) dan
merah mewakili Down Trend (DT) .
Bagaimanpun berkenaan warna tersebut ianya terpulang kepada
anda, sama ada anda ingin menggunakan wara yang lain.
Confidential
Mystery Signal

Page 9 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Langkah terakhir adalah membuat dua (2) garisan melintang


(horizontal line) dengan bentuk terputus-putus dan garisan inilah yang
disebut sebagai garis SIGNAL dengan cara seperti berikut ;1- Letakkan garis putus-putus pertama 10 pips di atas garis tertinggi
zon Australia dan garis ini disebut GARIS SIGNAL BUY.
2- Letakkan garis putus-putus kedua 10 pips di bawah garis
terendah zon Australia dan garis ini disebut GARIS SIGNAL SELL
(lihat gambar rajah 4)
Contoh gambar rajah 4

Confidential
Mystery Signal

Page 10 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Rajah di atas menunjukkan garisan putus-putus berwarna hijau


dengan jarak 10 pips daripada garis paras tertinggi zon Australia
adalah garis Signal untuk BUY, dan garisan putus-putus bewarna
merah dengan jarak 10 pips daripada garis paras terendah zon
Australia adalah garis Signal untuk SELL .
2- Candle Sticks dan Time Frame
Untuk formula teknik ini, anda harus menggunakan Candle Sticks
(CS) dengan Time Frame m15 pada chart anda kerana time frame
m15 ini adalah asas terpenting juga yang akan menentukan untuk
mendapatkan signal sama ada Buy atau Sell.
Formula Teknik ini amat bergantung kepada kedua aspek penting
yang disebutkan iaitu Zon Australia, CS dan TF m15. Oleh itu kedua
perkara tersebut adalah perkara wajib yang anda harus lakukan agar
Formula Teknik dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

3- Pasaran Semasa
Pasaran semasa adalah elemen penting ketiga selepas waktu zon
Australia, CS, dan TF m15.
Dalam minit-minit terakhir sebelum pukul 1:00 petang waktu Malaysia,
pasaran zon Australia ini dapat dilihat sama ada pasaran sedang naik
(Up Trend) atau sedang turun (Down Trend)
Sekiranya di dalam waktu zon Australia pasaran sedang Up Trend
(UT), kemungkinan besar Formula Teknik ini akan mengeluarkan
Signal Buy tetapi keadaan boleh saja bertukar menjadi sebaliknya
selepas waktu zon Australia ini berakhir.
Sekiranya di dalam waktu zon Australia pasaran sedang Down Trend
(DT), kemungkinan besar Formula Teknik ini akan mengeluarkan
Confidential
Mystery Signal

Page 11 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Signal Sell tetapi keadaan boleh saja bertukar menjadi sebaliknya


selepas waktu zon Australia ini berakhir.
Oleh itu, selepas saja pasaran waktu zon Australia ini berakhir atau
jam 1:00 petang waktu Malaysia atau melepasi garis tegak (vertical
line) maka pemerhatian khusus harus ditumpukan kepada pergerakan
Candle Sticks (CS) agar anda tidak terlepas peluang bila signal telah
dikeluarkan.

Semakan
1- Pastikan garis paras tertinggi Zon Australia adalah tepat
tanpa ada selisih walaupun 1 pip.
2- Pastikan garis paras terendah Zon Australia adalah tepat
tanpa ada selisih walaupun 1 pip.
3- Pastikan garis Signal BUY adalah tepat 10 pips di atas garis
paras tertinggi Zon Autralia.
4- Pastikan garis Signal SELL adalah tepat 10 pips di bawah
garis paras terendah Zon Australia.
5- Pastikan garis tegak (vertical line) terakhir zon Australia
tepat jam 1:00 petang waktu Malaysia
6- Pastikan chart menggunakan Candle Sticks
7- Pastikan Time Frame yang digunakan adalah m15
Jika kesemua perkara di atas telah diperiksa dan semua cara yang
anda buat adalah tepat maka selesailah tugas untuk membuat
Formula Teknik ini dan langkah selanjutnya adalah untuk mengesan
Signal.

Confidential
Mystery Signal

Page 12 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Isyarat (Signal)
Signal BUY
Jika Candle Sticks bergerak kearah garis paras tertinggi Zon Australia
dan seterusnya mencecah Garisan Signal (garis putus-putus) maka
ianya adalah satu petanda awal untuk signal BUY tetapi belum boleh
dijadikan Signal yang sah.
Signal sebenar adalah jika Candle Sticks (CS) telah mencecah
Garisan Signal harga tertinggi Zon Australia dan CS tersebut dalam
bentuk Bullish yang kekal maksudnya jika CS anda berwarna biru
untuk Up Trend dan merah untuk Down Trend maka BILA WARNA
BIRU ITU MENCECAH GARIS SIGNAL DAN KEKAL BEWARNA
BIRU SELEPAS BETUKAR KEPADA CANDLE STICKS KEDUA
ATAU SETERUSNYA maka anda telah ada SIGNAL Sah untuk BUY.
Contoh gambar rajah 5

Confidential
Mystery Signal

Page 13 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Signal SELL
Jika Candle Sticks bergerak kearah garis paras terendah Zon Australia
dan seterusnya mencecah Garisan Signal (garis putus-putus) maka
ianya adalah satu petanda awal untuk signal SELL tetapi belum
boleh dijadikan Signal yang Sah.
Signal sebenar adalah jika CS telah mencecah Garisan Signal harga
terendah Zon Australia dan CS tersebut dalam bentuk Bearish yang
kekal maksudnya jika CS anda berwarna biru untuk Up Trend dan
merah untuk Down Trend maka BILA WARNA MERAH TERSEBUT
MENCECAH GARIS SIGNAL DAN KEKAL BEWARNA MERAH
SELEPAS BETUKAR KEPADA CANDLE STICKS KEDUA ATAU
SETERUSNYA maka anda telah ada SIGNAL Sah untuk SELL.
Contoh gambar rajah 6

Confidential
Mystery Signal

Page 14 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Bukan Signal
Ada tiga (3) perkara yang berkenaan BUKAN SIGNAL dan berkenaan
bukan signal dijelaskan seperti dibawah ini agar ianya tidak menjadi
kekeliruan pengguna E-Book ini.
1- Bukan Signal BUY adalah seperti berikut ;Jika Candle Sticks (CS) telah mencecah garis signal BUY dan CS
tersebut kekal bewarna Merah (warna untuk bearish) setelah keluar
CS kedua atau seterusnya maka ianya BUKAN SIGNAL untuk Buy
(lihat gambar rajah 7)
Contoh gambar rajah 7.

Confidential
Mystery Signal

Page 15 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

2- Bukan Signal SELL yang Sah adalah seperti berikut ;Jika Candle Sticks (CS) telah mencecah garis signal SELL dan CS
tersebut kekal bewarna Biru (warna untuk bullish) setelah keluar CS
kedua atau seterusnya maka ianya BUKAN SIGNAL untuk Sell (lihat
gambar rajah 8)
Contoh gambar rajah 8.

Confidential
Mystery Signal

Page 16 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

3- Mana-mana Candle Sticks (CS) yang mencecah garis signal


sama ada untuk BUY atau SELL yang disebabkan oleh Impak News
maka ianya BUKAN SIGNAL.
Semakan.
1- Candle sticks bearish yang kekal setelah mencecah garis signal
BUY maka ianya BUKAN SIGNAL.
2- Candle sticks bullish yang kekal setelah mencecah garis signal
SELL maka ianya BUKAN SIGNAL.
3- Candle sticks yang mencecah mana-mana garis signal yang
disebabkan oleh IMPAK (IMPACT) NEWS ianya BUKAN SIGNAL

Nota Penting;
Semakan nombor satu di atas akan terbatal jika Candle Sticks kedua
atau seterusnya menyentuh garis signal Buy dengan Bullish yang
kekal maka ianya adalah SIGNAL BUY yang sah.
Semakan nombor dua di atas akan terbatal jika Candle Sticks kedua
atau seterusnya mencecah garis signal Sell dengan bearish yang
kekal maka ianya adalah SIGNAL SELL yang sah.
Target.
Untuk pengiraan target ianya amat mudah dan anda boleh
melakukannya seperti berikut;1- Untuk pengiraan target Buy maka kiraan dibuat dari garis paras
tertinggi Zon Australia.
2- Untuk pengiraan target Sell maka kiraan dibuat dari dari garis
paras terendah Zon Australia.

Confidential
Mystery Signal

Page 17 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Jumlah target untuk setiap pasangan matawang berlawanan (pair) ada


juga yang berbeza dan ianya seperti berikut;1- GBP/JPY Target Buy atau Sell adalah 90 pips
2- GBP/USD Target Buy atau Sell adalah 56 pips
3- USD/JPY Target Buy atau Sell adalah 56 pips
4- EUR/JPY Target Buy atau Sell adalah 60 pips
5- EUR/USD Target Buy atau Sell adalah 40 pips
6- GBP/CHF Target Buy atau Sell adalah 75 pips
7- USD/CHF Target Buy atau Sell adalah 60 pips
8- NZD/USD Target Buy atau Sell adalah 60 pips
9- CHF/JPY Target Buy atau Sell adalah 56 pips
Di carigold.com saya ada poskan target 1 dan last target yang mana
target tersebut adalah saya bahagi dua dari jumlah target yang saya
sebutkan di atas dan sebagai contoh;
Untuk GBP/USD saya akan letak tambahan 28 pips daripada garis
paras Zon Australia dan bila telah sampai target tersebut maka
bakinya adalah untuk target terakhir.
Begitu juga dengan pairs yang lain adalah menggunakan cara yang
sama.
Pada kebiasaannya Teknik ini mengeluarkan signal hanya SEKALI
SAHAJA DALAM SEHARI, jarang sekali ianya akan mengeluarkan
signal untuk dua kali dalam sehari.
Dengan ini maka selesailah pembelajaran tentang bagaimana Formula
Teknik ini dibuat dan seterusnya dapat menghasilkan SIGNAL seperti
yang saya poskan di CG.
Confidential
Mystery Signal

Page 18 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Bahagian 2
Di dalam bahagian 2 ini saya akan membuat tip-tip untuk
memantapkan lagi serta menambahkan keyakinan anda untuk masuk
dalam market.
Dibawah ini saya akan memberikan tip-tip tersebut untuk anda pelajari
kemudian anda buat latihan agar anda menjadi mahir untuk membuat
keputusan yang terbaik.
Tip Untuk Penimbang Tara (Bias)
Penimbang tara (bias) adalah mengambil peranan juga pada
sesebuah pasangan matawang Negara berlawanan (pair) dengan
pasangan matawang berlawanan Negara lain. Ramai pemorex yang
baru selalu tertumpu pada satu atau dua pasangan matawang sahaja
sebagai contoh GBP/USD dengan EUR/USD dan akhirnya pemorex
terperangkap oleh pasangan matawang tersebut .
Di sini diperjelaskan tentang penimbang tara pasangan matawang
Negara berlawanan (pair) dengan pasangan matawang berlawanan
negara lain (pair) yang mana ianya boleh dijadikan panduan untuk kita
memasuki pasaran forex dengan lebih tepat lagi.
Oleh itu jika kita perhatikan pairs tersebut maka kita boleh membuat
analisa tentang matawang mana yang kita fikir sesuai untuk kita
berurus niaga bagi mendapatkan keuntungan.
Di bawah ini saya akan sebutkan pairs penimbang tara untuk menjadi
rujukan anda;1- USD/CHF UT, GBP/CHF DT = GBP/USD turun
2- USD/CHF DT, GBP/CHF UT = GBP/USD naik
3- GBP/CHF, CHF/JPY dan USD/JPY UT = GBP/JPY naik
4- GBP/CHF DT, CHF/JPY DT, USD/JPY DT = GBPS/JPY turun
Confidential
Mystery Signal

Page 19 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

5- EUR/GBP UT, GBP/USD UT = EUR/USD naik


6- EUR/GBP DT, GBP/USD DT = EUR/USD turun
7- GBP/USD DT, GBP/JPY UT = USD/JPY naik
8- USD/JPY UT, EUR/USD UT, = EUR/JPY naik
Note : DT = Down Trend (turun) , UT = Up Trend (naik)
Untuk memudahkan kita memerhati pasangan matawang tersebut
maka kita hendaklah meletakkan 9 chart atau sekurang-kurangnya 6
chart pada skrin (lihat gambar rajah 9)
Contoh gambar rajah 9

Kemudian buatkan garisan-garisan signal kepada ke enam-enam chart


tersebut dan setelah selesai berbuat demikian maka mudahlah kita
memerhati setiap signal ataupun penimbang tara.
Confidential
Mystery Signal

Page 20 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Mungkin ramai yang merasa agak kurang selesa dengan chart


tersebut kerana ianya telah menjadi kecil, tetapi jika sudah dapat
membiasakannya maka ia akan menjadi kegemaran kerana banyak
kelebihan2 yang akan diperolehi.
Antara kelebihan yang akan diperolehi adalah seperti berikut ;1- Signal dapat diperolehi pada setiap chart yang terpapar.
2- Penimbang tara dapat dilihat pada chart yang dipaparkan.
3- Dapat memilih mana-mana pair untuk urusniaga dengan pantas.
Jika kita letakkan 9 chart maka lebih banyak peluang untuk kita
medapatkan signal (lihat gambar rajah 10)
Contoh gambar rajah 10)

Confidential
Mystery Signal

Page 21 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Untuk memahirkan diri anda


melakukannya seperti berikut;-

berkenaan

chart,

anda

boleh

1- Buat 3 chart dengan pairs yang anda kehendaki dan biasakan diri
anda untuk membuat formula teknik ini pada ketiga-tiga chart
tersebut.
2- Selepas anda merasa selesa dengan 3 chart tersebut, anda
boleh mengubahnya kepada 6 chart dengan pairs yang anda
kehendaki dan biasakan diri anda untuk membuat formula teknik
ini pada keenam-enam chart tersebut.
3- Selepas anda merasa selesa kepada 6 chart tersebut, maka
anda boleh mengubahnya lagi kepada sembilan chart seperti
contoh gambar rajah 9 dan biasakan diri anda untuk membuat
formula teknik ini pada kesemua chart tersebut.
Dengan menggunakan kaedah seperti apa yang saya terangkan, saya
yakin anda akan mampu melakukannya dalam tempoh masa yang
singkat.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, bahawa anda perlu membuat
latihan dengan penuh konsisten agar kemahiran dapat dicapai dengan
baik.
Nota:
Untuk membuat signal dengan cara teknik ini, ianya amat mudah
sekali.
Tetapi untuk memahirkan diri, anda perlu membuat banyak latihan
dengan usaha yang gigih dan penuh konsisten.

Confidential
Mystery Signal

Page 22 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Tip Untuk Masuk Pasaran (Entry market)


Setelah anda membuat Formula Teknik seperti yang telah diterangkan,
maka selepas saja pukul satu waktu Malaysia, maka anda sudah boleh
mengira target untuk setiap pairs yang anda kehendaki yang mana ini
bertujuan bila signal dikeluarkan maka anda telah tahu dan bersedia
untuk target pair tersebut.
Bila Signal telah dikeluarkan, anda tidak perlu terburu-buru untuk
masuk dalam pasaran pair tersebut kerana tidak semestinya ia akan
terus mencapai target yang mana ini pada kebiasaannya pergerakan
pasaran akan naik turun dahulu sebelum mencapai target dan ada
ketikanya ia pantas terus sampai ketarget dan ada ketikanya lewat
malam baru sampai ketarget.
Oleh itu, anda harus bijak untuk masuk dalam pasaran pair tersebut
dengan cara seperti berikut;Tip Masuk Market untuk Buy
1- Jika signal Buy sudah dikeluarkan, perhatikan Candle Sticks
(CS) dengan time frame m15.
2- Jika CS sedang bearish biarkan dia turun dulu kerana lagi
banyak dia turun, lagi banyak peluang untuk kita mendapatkan
profit.
3- Selepas CS bearish (TF m15) atau selepas 15 minit anda boleh
perhatikan lagi sama ada CS bearish atau CS bullish yang
ditunjukkan dan ini akan kita ketahui selepas 2 atau 3 minit CS
baru tersebut keluar dan jika CS bullish yang keluar maka anda
boleh masuk (enter) untuk Buy.
4- Ada juga bila keluar saja signal Buy, harga akan terus naik dan
jika anda ingin masuk semasa harga sedang naik, itu pun di
bolehkan, tetapi seboleh2nya 60% daripada target terakhir.
Confidential
Mystery Signal

Page 23 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

5- Perhatikan penimbang tara kerana ianya dapat membantu kita


untuk meramal signal untuk pairs mana yang akan keluar dahulu
(ini boleh kita lakukan dengan cara perbanyakkan latihan).
Masuk market untuk Sell
1- Jika signal Sell sudah dikeluarkan, perhatikan Candle Sticks (CS)
dengan time frame m15.
2- Jika CS sedang bullish biarkan dia naik dahulu kerana lagi
banyak dia naik, lagi banyak peluang untuk kita mendapatkan
profit.
3- Selepas CS bearish (TF m15) atau selepas 15 minit anda boleh
perhatikan lagi sama ada CS bearish atau CS bullish yang
ditunjukkan dan ini akan kita ketahui selepas 2 atau 3 minit CS
baru tersebut keluar dan jika CS bearish yang keluar maka anda
boleh masuk (enter) untuk Sell.
4- Ada juga bila keluar saja signal Sell, harga akan terus turun dan
jika anda ingin masuk semasa harga sedang turun, itu pun di
bolehkan, tetapi seboleh2nya 60% daripada target terakhir.
5- Perhatikan penimbang tara kerana ianya dapat membantu kita
untuk meramal signal Sell untuk pairs mana yang akan keluar
dahulu.
Penting.
Pastikan jam anda atau jam PC anda tepat waktu Malaysia agar anda
senang membuat kiraan bila CS baru akan keluar.
Jangan masuk market sebelum Signal dikeluarkan.
Jangan masuk market bila masa menghampiri News dan jika ingin
masuk market, tunggu 45 minit hingga sejam selepas news dan
batalkan Signal bila news yang keluar berlawanan dengan signal.
Confidential
Mystery Signal

Page 24 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Tip Keutamaan Buy & Sell.


Kegunaan keutamaan Buy atau Sell ini adalah untuk masuk dalam
pasaran pada Zon Australia sahaja.
Seandainya pada hari itu keutamaan adalah Buy maka anda harus
mengutamakan Buy dari Sell untuk memasuki pasaran dan untuk
mengetahui yang mana akan menjadi keutamaan adalah seperti
berikut ;-

1- Buka mana-mana chart pair yang anda inginkan untuk trading


dengan menggunakan TF d1
2- Lihat Candle Sticks, jika dua hari trading kebelakang kedudukan
CS d1 Bullish dan sehari trading kebelakang kedudukan CS d1
Bearish maka keutamaan pada hari ini adalah SELL
3- Jika dua hari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bearish dan
sehari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bullish maka
keutamaan pada hari ini adalah BUY
4- Jika dua hari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bearish dan
sehari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bearish maka
keutamaan pada hari ini adalah SELL
5- Jika dua hari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bullish dan
sehari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bullish maka
keutamaan pada hari ini adalah BUY
Nota :
1- Jika hari ini adalah hari rabu 8/8/2007, maka maksud dua hari
trading kebelakang adalah hari isnin 6/8/2007 dan satu hari
trading kebelakang adalah hari selasa 7/8/2007.
2- TF d1 = Time Frame denagn Candle Sticks satu hari.
Confidential
Mystery Signal

Page 25 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

Keempat-empat cara di atas adalah petunjuk untuk mana-mana pair


yang kita ingin berurus niaga tetapi ianya bukanlah muktamad
kerana pilihan kedua boleh saja berlaku. Bagaimanapun anda tidak
digalakkan untuk entry sebelum signal dikeluarkan.
Jadi mengapa saya memberi tahu hal ini ? Saya memberi tahu hal ini
kerana keutamaan Buy & Sell ini ada faedahnya kepada signal.
Sekiranya signal yang dikeluarkan pada hari itu searah dengan
keutamaan hari ini maka peluang untuk mendapatkan profit lebih cerah
lagi.
Sebagai contoh, jika keutamaan pada hari tersebut adalah Buy
kemudian Signal yang dikeluarkan adalah Buy maka peluang untuk
mendapatkan pip akan lebih banyak diperolehi dari pada pair tersebut.
Tip News
Jika news banyak dikeluarkan pada hari trading, maka signal ini akan
terjejas dan untuk mengetahui news yang ada pada hari-hari trading,
anda boleh melawati : http://www.forexfactory.com/ selepas pukul 12
tengah hari waktu Malaysia.
Kebiasaannya pada hari isnin, selasa, dan rabu adalah hari yang tiada
banyak news.
Demikianlah tip-tip ini saya terangkan untuk memantapkan lagi
urusniaga dalam memasuki pasaran forex agar dapat menambahkan
lagi keberkesanannya.
Sekian sahaja penerangan tentang tip-tip yang diberikan dan penting
bagi anda untuk membuat latihan bagi memahirkan diri anda membuat
Formula Teknik ini dan saya amat yakin bahawa anda akan dapat
mempelajarinya dengan cepat untuk membuat Formula Teknik ini.

Confidential
Mystery Signal

Page 26 of 27

Kelas Teknik Mystery


Your Preferred Our Partner

KEJAYAAN

Untuk berjaya anda perlu mengamalkan perkara berikut;1- Disiplin & Dedikasi
2- Jangan mudah menggelabah atau bimbang
3- Jangan masuk market bila signal belum keluar
4- Jangan TAMAK dan jangan TAMAK dan Jangan TAMAK
5- Bagi orang muslim yang hendak open market sila dahulukan
dengan selawat keatas Junjungan kita Rasulullah s.a.w
sebanyak 3 kali dengan ucapan terakhir SAYA TIDAK
TAMAK.
6- Bagi yang bukan muslim berdoalah mengikut kepercayaan
anda agar usaha anda mendapat kejayaan.
Jika perkara tersebut boleh anda terapkan dalam jiwa anda maka
kejayaan pasti menanti anda
Percayalah bahawa Anda Adalah Yang Terbaik dan anda boleh
melakukannya
Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan kepada anda kerana
dapat sama-sama untuk menimba ilmu dengan saya semoga ianya
dapat bermanfaat kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

Confidential
Mystery Signal

Page 27 of 27

You might also like