You are on page 1of 24

Pengenalan

Sejarah Sarawak
Sarawak merupakan satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia kira-kira
40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas
perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi
lagi. Pada asalnya, negeri Sarawak ialah sebahagian dari wilayah Kesultanan Brunei. Nama
negeri Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sugai tersebut menganjur dari
kawasan pedalaman Kuching iaitu Bau sehingga Samarahan dan meliputi kawasan yang
dinamakan sebagai Sarawak Prosper.
Selain itu, nama Sungai Sarawak juga dikatakan berasal daripada nama sejenis batu
benih iaitu serawak yang merangkumi belerang dan antimoni. Pihak British telah
menggunakan Perlembagaan Tahun 1941 sebagai asas dan panduan untuk mentadbir
Kerajaan Sarawak. Setelah Sarawak menjadi tanah jajahan British, Sir Charles AndrewClarke telah menjadi Gabenor Sarawak yang pertama. Pada zaman pemerintahan Inggeris,
Sarawak telah dibahagikan kepada 5 bahagan dan beberapa buah daerah. Majlis Tempatan
pula ditubuhkan pada 1947.
Seterunsya, pada tahun 1946, Kerajaan British telah memperkenalkan perlembagaan
baru di Sarawak. Pada 1 April 1957 perlembagaan baru tersebut telah dikuatkuasakan.
Manakala, pada akhir tahun 1959, semua Majlis Daerah telah mengadakan piliihan raya
masing-masing. Pilihanraya tersebut telah membuka ruang kepada para penduduk untuk
memilih wakil-wakil mereka bagi menjaga serta menjamin kepentingan dan kebajikan.
Sehingga Sarawak mengambil keputusan untuk menyertai dalam Gagasan Malaysia system
pilihan raya ini telah diteruskan.

Sejarah Sabah

Mula-mula pada kurun ke-15 nama Sabah telah digunakan oleh pedagangpedagang yang mengembara dari Kepulauan Borneo Utara ke Kepulauan Sulu untuk
berniaga. Salasilah nama Sabah berasal daripada sejenis tanaman pisang yang diberi
nama sebagai Pisang Saba. Buah pisang tersebut juga dikenali dengan nama-nama lain
seperti Sappah ,Sabbah ataupun Jaba. Sepanjang pantai barat negeri Sabah Pisang
Saba telah ditanam secara besar-besaran. Pisang Saba ialah antara sumber makanan
dominan di negeri tersebut. Kini, pisang tersebut dikenali dengan nama baru iaitu Pisang
Menurun.
Pada tahun 1881, nama Sabah telah ditukar kepadaBorneo Utara secara rasmi.
Pertukaran ini telah menjadi disebabkan oleh negeri Sabah telah diambil alih oleh Syarikat
Borneo Utara. Namun, pada tahun 1963 semasa pembentukan Gagasan Malaysia nama
Sabah kembali digunakan. Sistem pemerintahan di negeri Sabah terbahagi kepada 3.
Antaranya, sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.
Perpisahan ini berpunca sebelum kurun mke -16 disebabkan oleh pemerintahan beraja.
Sumber sejarah dan sumber arkeologi telah menunjukkan bahawa Borneo Utara
telah didiami sejak tahun 27,000 purbakala. Penduduk terawal Borneo Utara dipercayai
bahawa dari kelompok Austronesia. Mereka telah berhijrah ke sini dari Tanah Besar Asia.
Kawsan panti dan lembah-lembah sungai utama telah menjadi penempatan awal mereka.
Kini, masyrakat di negeri Sabah terdiri daripada 23 suku kaum bumiputera. Mereka dikenali
berdasarkan kawasan penempatan mereka. Orang Kadazan Dusun ialah suku kaum yang
terbesar di negeri Sabah.

2
Pentadbiran Jepun di Sabah dan Sarawak

Kemaraan Tentera Jepun untuk Menguasai Sarawak dan Sabah. Jepun tidak
mendapat sebarang tentangan yang sengit semasa mara di Sarawak dan Sabah. Pada 21
Disember 1941,tentera Jepun mula bergerak dari pangkalan tentera Cam Ranh iaitu
IndoChina dan mendarat di Miri. Namun, tentera-tentera Jepun telah mendarat di Miri agak
lewat daripada Tanah Melayu, iaitu pada 16 Disember 1941. Dari Miri pula, kumpulan ini
telah berpecah dua. Kumpulan pertama ke Kuching. Manakala, kumpulan kedua ke Sibu.
Kumpulan yang kedua ini terus mara ke Labuan dan seterusnya ke Sandakan pada 19
Januari 1942. Serangan tentera Jepun ini telah mengakibatkan kemusnahan infrastruktur,
sumber ekonomi dan bangunan-bangunan.
Ketika berundur tentera British pula menggunakan taktik 'Bumi Hangus'. Lebih-lebih
lagi mereka telah memusnahkan banyak kemudahan am seperti jambatan, jalan kereta api,
jalan raya dan ladang-ladang. Di samping itu, negeri-negeri seperti Sarawak, Sabah dan
Brunei telah digabungkan di bawah satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Borneo
Utara. Gabenor Jeneral merupakan Ketua pentadbiran Borneo Utara. Manakala, ibu
pejabatnya pula, terletak di Kuching. Kemudian, pusat pentadbiran tentera Jepun telah
dipindahkan ke Sabah. Justeru, Sarawak dipecahkan kepada tiga wilayah sementara Sabah
pula kepada dua wilayah yang diketuai oleh Gabenor.

Pejabat Perang
( Tokyo )

Gabenor Jeneral
( Kuching )

Residen

Pegawai Daerah

Rajah 1: Struktur Pentadbiran Jepun di Sabah dan Sarawak.

Gabenor Wilayah
-Kuching
-Sibu
-Miri
-Jesselton
-Sandakan

Ketua Tempatan

Soalan 1:
Bincangkan
perkembangan
parti-parti politik di
Sabah dan Sarawak
sehingga tahun
2000.

1.0 Perkembangan Parti- Parti Politik di Sarawak


Pada 1959, satu perlembagaan baru telah di digubal dan dikuatkuasakan pada tahun
berikutnya. Ini menyebabkan pilihanraya Majlis Daerah telah diadakan pada tahun yang
sama. Hasilnya, kebangkitan parti-parti politik berlaku di Sarawak. Antaranya, Parti Rakyat
Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Negara Sarawak (PANAS), Parti Kebangsaan Sarawak
(SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Parti Konservatif Iban Sarawak
(PESAKA), Parti Cina Sarawak (SCA) dan Parti Perikatan Sarawak.

1.1.1 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)


Pada tahun 1959 di Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak ataupun Sarawak
United People's Party telah ditubuhkan. Parti ini merangkumi ahli yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Namun, ahi kaum Cina menjadi majoriti. Parti ini juga dikenali dengan
singkatan SUPP. Ini ialah parti pertama yang ditubuhkan dahulu di Sarawak. SUPP berubah
dari antiMalaysia ke sebuah parti politik berhaluan kanan. Parti Rakyat Bersatu Sarawak
juga merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional di Sarawak.
Ong Kee Hui dan Stephen Yong ialah tokoh terkenal parti ini. Objektif SUPP ialah
untuk mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira budaya dan
kepercayaan. Ahli parti ini merupakan daripada golongan peniaga dan profesional Cina.
SUPP menjadi terkenal kerana mengamalkan dasar sosialis yang menuntut kemerdekaan
daripada pihak British.

1.1.2 Parti Negara Sarawak (PANAS)


Pada

April 1960,

Parti

Negara

Sarawak ataupun National

Party

of

Sarawak ditubuhkan. Di bawah kepimpinan Datuk Bandar, Datu Abang Haji Mustapha parti
politik ini telah ditubuhkan. Parti Negara Sarawak juga dikenali dengan singkatan PANAS.
Pelbagai suku kaum seperti orang Melayu, Iban, Dayak, Darat dan Melanau telah
menyokong parti politik ini.

PANAS bertujuan untuk melindungi, memelihara dan

memajukan kepentingan segala aspek rakyat negeri Sarawak, khasnya kaum Bumiputera.
Secara umumnya PANAS merupakan parti berhaluan konservatif. Pada 28
Mac 1968,

Parti

Negara

Sarawak (BARJASA)

Sarawak

telah

bergabung

untuk membentuk Parti

dengan Barisan

Rakyat

Bumiputera yang kemudian

Jati

bercantum

dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera

Bersatu Sarawak(PBB) pada 30 April 1973. PANAS ialah antara parti politik yang ditubuhkan
berturut-turut ekoran penubuhan SUPP.
1.1.3 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Pada 10 April 1961, Parti Kebangsaan Sarawak ataupun Sarawak National Party
telah ditubuhkan oleh Stephen Kalong Ningkan. Parti ini juga dikenali dengan singkatan
SNAP. Parti Kebangsaan Sarawak merupakan parti politik tertua bangsa Dayak. J.S.
Tinker merupakan pengerusi pertama dan Stephen Kalong Ningkan menjadi Setiausaha
Agung SNAP pertama. Beliau ialah seorang pembantu hospital Syarikat Shell Brunei yang
kemudiannya menjadi presiden SNAP seterusnya dan Ketua Menteri Sarawak yang
pertama.
SNAP telah membuka ruang kepada kaum Dayak untuk menyertai bidang politik.
Dayak merupakan antara suku kaum terbesar di Sarawak. Oleh itu, mereka merasakan
kepentingan untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri. Kebanyakkan orang Dayak
yang tinggal di Bahagian Kedua Sarawak telah menjadi penyokong parti ini. Pada 1963,
Parti Kebangsaan Sarawak telah mengubah perlembagaannya untuk menerima ahli bukan
Dayak. Manakala, James Wong Kim Min merupakan ahli Cina SNAP yang pertama dan
kemudiannya menjadi presiden parti selam 22 tahun.

1.1.4 Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BERJASA)


Pada Disember 1961, Barisan Rakyat Jati Sarawak ataupun Sarawak Native
People's Front telah ditubuhkan di Sarwak.

Parti ini juga dikenali dengan singkatan

BARJASA. Ini merupakan parti politik alternatif kepada masyarakat Islam, dan mendapat
sokongan kuat daripada orang Melayu. Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman ialah
pengerusi pada tahap permulaan. BARJASA menuntut hak orang Melayu Sarawak supaya
diberi hak istimewa selaras dengan kedudukan orang Bumiputera.
Selain itu, parti ini juga menunut agar Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa
Kebangsaan. Parti ini juga dianggap sebagai parti lawan PANAS dan berhaluan radikal.
Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk
membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak
Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB)
pada 30 April 1973.

5
1.1.5 Parti Konservatif Iban Sarawak (PESAKA)
Parti Konservatif Iban Sarawak ditubuhkan oleh orang-orang Dayak bagi
membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kesedaran politik. Parti politik ini dikenali
dengan singkatan PESAKA. Temenggong Jugah Anak Barieng merupakan Ketua Tertinggi
kaum Iban. Beliau juga sangat berpengalaman dan menjadi pemimpin pertama parti ini.

1.1.6 Parti Cina Sarawak (SCA)


Tujuan utama Parti Cina Sarawak ataupun dikenali dengan singkatan SCA
ditubuhkan ialah disebakan oleh tidak sehaluan denagn SUPP. SCA merupakan parti politik
sederhana. Sebahagian besar kaum Cina telah menjadi bimbang atas dasar-dasar SUPP
yang bersayap kiri. Parti politik ini telah mendapat pengktirafan British untuk menyertai
kerajaan pertama yang dibentuk selepas pilihanraya. Namun, SCA gagal mendapat undiundi orang Cina yang tertarik dengan pendirian SUPP yang agak agresif.

1.1.6 Perikatan Sarawak


Parti Perikatan Sarawak merupakan hasil gabungan lima parti politik tempatan iaitu
PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA. SUPP tidak terlibat dalam Parti Perikatan
Sarawak. Keputusan ini mula dilaksanakan pada bulan Januari 1963. Setelah itu, Perikatan
Sarawak muncul sebagai parti yang teragung. Parti ini meneruskan perjuangan secara
persendirian bagi kaum Cina.

Parti Rakyat
Bersatu
Sarawak (SUPP)

Perikatan
Sarawak

Parti Cina
Sarawak (SCA)

Partiparti
politik
di
Sarawa
k

Parti Konservatif
Iban Sarawak
(PESAKA)

Parti Negara
Sarawak
(PANAS)

Barisan Rakyat
Jati Sarawak
( BERJASA)

Parti
Kebangsaan
Sarawak (SNAP)

Rajah 2: Parti- parti politik di Sarawak .

1.2 Perkembangan Parti- Parti Politik di Sabah


Perkembangan parti politik di Sabah ke arah pemerintahan sendiri agak pasif serta
lambat dibandingkan dengan Sarawak. Hal ini kerana, impak Perang Dunia Kedua,
terutamanya dalam bidang ekonomi. Syarikat Borneo Utara telah menyerahkan Sabah
kepada pihak British kerana tidak berupaya dan berkebolehan untuk memulihkan Sabah.
Kerajaan British yang memberi tumpuan dalam membangunkan Sabah dari sudut ekonomi.
Justeru, usaha ke arah berkerajaan sendiri tidak difokuskan. Cadangan Tunku Abdul
Rahman tentang pembentukan Malaysia telah mendorongkan penduduk Sabah untuk
menubuhkan beberapa parti politik bagi mennyedarkan masa depan politik Sabah.

1.2.1 Perutubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)


Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu ataupun juga dikenali dengan singkatan
UNKO merupakan parti politik pertama yang ditubuhkan di Sabah. Parti ini ditubuhkan pada
bulan Ogos 1961 di bawah pimpinan Donald Stephens. Suku kaum Kadazan adalah
sebahagian besar

daripada ahlli parti politik UNKO. Donald Stephens juga memberi

sumbangan dengaan mengasaskan surat khabar pertama di Sabah. Beliau juga diberi
gelaran Huguan Sion yang membawa maksud pemimpin agung. Apabila beliau memeluk
agama Islam beliau dikenali dengan nama Tuan Fuad Stephens. UNKO berjuang unutk hakhak orang Kadazan. Contohnya, perkembangan Bahsa Kadazan.

1.2.2 Pasok Momogun


Pada tahun 1961, Pasok Momogun telah ditubuhkan oleh dua orang beradik iaitu
Orang Kaya Sodomon dan G.S.Sundang. Pasok Momogun dianggotai oleh suku-suku
bumiputera seperti Kadazan, Murut dan sebagainya. Penduduk yang hidup terpencil di
kawasan pedalaman Sabah telah menyokong Pasok Momogun kerana parti tersebut
berjuang bagi hak-hak penduduk pedalaman.

7
1.2.3 Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
Kemunculan UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan
penduduk bumiputera Islam di Sabah. Maka,pada bulan Disember 1961,satu parti politik
sendiri ditubuhkan dengan nama United Sabah National Organization. Parti ini juga
dikenali dengan singkatan USNO. Datu Mustapha bin Datu Harun ialah seorang yang
berpengalaman dalam bidang politik dan juga merupakan presiden pertama USNO. Parti ini
berjuang supaya Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan, agama Islam
menjadi agama rasmi Sabah dan nama Borneo Utara ditukarkan kepada Sabah.

1.2.4 Persatuan Cina Sabah


Persatuan Cina Sabah ialah hasil daripada gabungan dua parti politik iaitu Parti
Demokratik yang ditubuhkan oleh Khoo Siak Chiew dan Parti Bersatu yang diasaskan oleh
Peter Chin. Kedua-dua parti ini telah mengambil keputusan unutk bergabung. Dengan ini
muncullah Parti Persatuan Cina yang juga dipanggil dengan singkatan SCA pada tahun
1963. Penubuhan Parti-parti ini menjelaskan bahawa walaupun penduduk Cina adalah
minoriti di Sabah, namun mereka turut melibatkan diri dalam kegiatan politik di Sabah.

1.2.5 Perikatan Sabah


Antara parti-parti yang terlibat dalam Perikatan Sabah ialah seperti UNKO, USNO,
Pasok Momogun dan SCA. Tujuan utama gabungan parti-parti politik ialah sebagai langkah
persiapan untuk menghadapai pilihan raya Majlis Daerah yang pertama di Sabah pada
1962. Perikatan Sabah dipimpin oleh Tuan Fuan Stephens dan Datu Mustapha. Seterusnya,
Perikatan Sabah telah mendapat kejayaan yang besar dalam pilihan raya tersebut. Akhirnya,
selepas tahun 1960-an perkembangan politik di Sarawak mahupun di Sabah berlangsung
secara cergas dan aktif. Mereka menjadikan perkembangan politik di Tanah Melayu sebagai
contoh ataupun teladan.

Perutubuhan
Kebangsaan
Kadazan Bersatu
(UNKO)

Perikatan
Sabah

Pasok
Momogun

Partiparti
politik
di
Sabah

Persatuan
Cina Sabah

Pertubuhan
Kebangsaan
Sabah Bersatu
(USNO)

Rajah 3: Parti- parti politik di Sabah.

Soalan 2:
Menganalisa faktorfaktor yang
membawa kepada
penyertaan keduadua Sabah dan

Sarawak dalam
Malaysia
2.1 Keselamatan
Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia atas faktor keselamatan iaitu
untuk meyekat ancaman komunis. Pada 1950-an perkembangan pemahaman komunis
semakin aktif dan merebak sehingga ke Sarawak. Buktinya, persatuan seperti penubuhan
Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak. Pengaruh
komunis semakin berleluasa di Tanah Melayu sekitar tahun 1960-an.
Pergerakan komunis telah menghasut dan mempengaruhi kaum Cina yang terdidir
daripada golongan pelajar, dan pekerja untuk menentang pihak British. Parti politik sperti
Parti Bersatu Rakat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh pemahaman komunis. Maka,
bagi menyekat perkembangan ideologi komunis serta menjamin kestabilan politik ,pihak
British dan Amerika Syarikat telah memberi sokongan penuh untuk penubuhan Persekutuan
Malaysia.

2.2 Keseimbangan Kaum


Penyertaan Sarawak dan Sabah dapat mewujudkan keseimbangan kaum. Dalam
gabungan ini, bilangan penduduk bumiputera akan menjadi seimbang dengan bilangan
penduduk bukan bumiputera. Hal ini demikian wilayah Borneo mempunyai jumlah penduduk
bumiputera yang ramai. Gabungan di bawah Persekutuan Malaysia, kemungkinan besar
akan memberikan layanan istimewa kepada pendudu Bumiputera Sarawak dan Sabah. Hal
in kerana, golongan BUniputera di Sarawak dan Sabah tidak mendapat layanan yang baik
daripada British.

2.3 Faedah Ekonomi

Seterusnya, Sarawak dan Sabah menyertai ke dalam Malaysia ialah demi faktor
ekonomi. Penubuhan Malaysia dapat menjamin kemajuan ataupun peningkatan ekomoni
dengan pesat lagi. Persekutuan Tanah Melayu dapat menyalurkan bantuan unutk
mempertingkatkan kedudukan ekonomi Sarawak dan Sabah. Penyertaan dalam Malaysia
membantu anggotanya untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan unutk
faedah bersama.
Semua anggota Persekutuan Malaysia dapat memajukan ekonomi secara
kolaborasi. Dengan ini secara tidak langsung negara-negara ahli yang kaya dapat menolong
ahli yang miskin dan kekurangan ekonomi. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa
gabungan ini membantu mempertingkat pembangunan ekonomi, terutama Sarawak dan
Sabah yang masih belum maju dalam bidang ekonomi.
2.4 Kemerdekaan
Faktor ataupun boleh juga dikatakan sebagai faedah penting yang akan diperolehi
oleh penduduk Sarawak dan Sarawak ialah mendapat kemerdekaan lebih awal daripada
yang dijangkakan. Ini memandangkan Sarawak dan Sabah masih terletak di bawah
pemerintahan British dan digelarkan sebagai negeri naungan sewaktu cadangan
penubuhan Persekutuan Malaysia ditimbulkan. Di samping itu, jika Sarawak dan Sabah
berusaha mencapai kemerdekaan secara berasingan , kemungkinan kemerdekaan tersebut
tidak dapat dicapai biarpun tempoh lima tahun atau sebaliknya. Justeru, penyertaan
Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia membolehkan mencapai kemerdekaan dengan
kadar segera.
Sekitar tahun 1960-an pihak British sebenarnya mempertimbangkan untuk memberi
kemerdekaan kepada tanah jajahannya. Namun, Sarawak dan Sabah merupakan wilayah
yang belum bersiap sedia untuk medeka apatah lagi untk berdikari kerana situasi ekonomi
dan politik yang kurang memuaskan. Menurut Tunku Abdul Rahman British tidak
bercadangn unutk memberi kemerdekaan kepada Sarawak dan Sabah walapun dlam
tempoh lima tahun. Maka, Tunku mencadangkan bahawa penyertaan Sarawak dan Sabah
ke dalam Malaysia akan memudahkan dan mencepatkan proses kemerdekaan.
Selain itu, pemberi kemerdekaan dengan cepat akan dapat membendung hasrat
komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya. Andainya, kemerdekaan tidak
diberikan, kerajaan British bimbang wilayah-wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis
dan British hilang sumber ataupun kepentingan ekonomi dan sosial pada masa depan. Pada
masa yang sama, terdapat campur tangan ataupun pengaruh beberapa pihak luar seperti
Filipina dan Indonesia yang ingin menguasai Sarawak dan Sabah.

10

keselamata
n

kemerdekaa
n

Faktorfaktor
Sarawak
dan Sabah
menyertai
Malaysia

keseimbang
an kaum

faedah
ekonomi

Rajah 4: Faktor faktor Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia

Soalan 3 :
Megemukakan
hujah-hujah
tentang keperluan
dan kepentingan
pembinaan Negara
bangsa Malaysia

Pembinaan negara bangsa ialah aset penting bagi sesebuah negara yang
mengandungi penduduk yang berbilang bangsa dan kaum seperti negara Malaysia. Lebihlebih lagi pada era globalisasi yang membenarkan pengaliran info, modal, sistem nilai,
budaya dan kepercayaan dengan bebas dan pantas, pembinaan negara bangsa menjadi
semakin penting. Hakikatnya, Malaysia tidak boleh menolak ataupun mengelakkan diri
daripada proses perkembangan dunia. Selain itu, Malaysia menolak pendapat yang
menyatakan bahawa berakhirnya era negara bangsa apabila sebuah dunia menerima dunia
global diterima.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak sejak tahun 1800 -1957, sehingga
terbentuknya proses bina negara yang dicita-citakan semua. Namun, proses bina negara
sahaja dapat dicapai sewaktu kemerdekaan pada tahun 1957. Walaupun, proses bina
bangsa telah sudahpun dimulakan sebelum merdeka, ianya hanya lebih cendurung ataupun
berasaskan keperluan politik. Hasrat untuk membentuk sebuah negara Malaysia dihuraikan
dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir b. Mohamed, Melangkah Ke Hadapan pada 1991.
Beliau berpendapat bahawa membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta
menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.
Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompokkelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak
dan keadilan, membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian
yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Manakala, bekas Perdana Menteri
DatoSeri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan kita mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting
dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang
ingin kita capai.

11
Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin namun unsurunsur penghalang yang kebanyakannya berakar umbikan sentimen perkauman masih
mempengaruhi segelintir rakyat negara ini termasuklah pemimpin-pemimpin politik yang
sepatutnya berperanan sebagai modal insan bagi mencapai matlamat tersebut. 1 Malaysia
umpamanya, merupakan agenda terbaru pemerintah di bawah kepimpinan Dato Seri Najib
Tun Abd Razak untuk membentuk sebuah negara yang dikongsi bersama atau dianggap
sepunya bagi seluruh rakyat negara ini.
Sementara itu, Negara bangsa Malaysia yang diusahakan selama 45 tahun harus
bersiap sedia untuk menghadapi cabaran baru dunia iaitu globalisasi. Cabaran ini
menjadikan pembinaan Negara bangsa amat diperlukan bagi menghindar Negara Malaysia
terdedah kepada masalah perkauman yang boleh mencetus pada tanpa mengira masa.
Kemungkinan hal ini akan berlaku sekiranya, tidak dapat menwujudkan satu nilai
kebangsaan yang dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, masalah seperti
ancaman luar akan melanda Negara kita pada bila-bila masa secara langsung ataupun tidak
langsung dalam pelbagai bentuk.

Oleh itu, Malaysia harus berwaaspada dan bersedia dengan asas pegangan
nasionalisme yang betul, tepat dan kukuh serta dimiliki oleh semua warganegara ini. Namun
jikalau, semangat nasionalisme yang dipegang teguh oleh kumpulan kaum prejudis, maka
Negara tidak akan menuju kemajuan. Hal ini disebabkan oleh, banyak masa dan kos
digunakan khas untuk menyelesaikan masalah ini terbuang dan menjadi sia-sia sahaja.
Pada masa yang Negara bangsa Malaysia perlu wujud untuk membuang rasa perbezaan
antara rakyat.

12
Sejak berlakunya peritiswa hitam ataupun peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969,
pelbagai usaha telah dijalaknkan oleh kerajaan untuk membina satu Negara bangsa
Malaysia. Selain itu, pembinaan Negara bangsa harus direalisasaikan untuk melahirkan
Malaysia yang maju dan gemilang. Pembinaan bangsa Malaysia amat dperlukan untuk
mengekalkan dan seterusnya mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat berbilang kaum. Di
samping itu, Pembinaan Negara bangsa Malaysia adalah penting untuk menghapuskan
pluralisme ataupun sifat kepelbagaian yang terbentuk hasil daripada proses penjajahan.
Contonhya, dasar penjajahan seperti Dasar Pecah Perintah.

Neo feudalisme ataupun dikenali sebagai sistem konservatif yang berkaitan


pemerintahan yang terbentuk dalam cara hidup masa kini. Manakala, sistem feudalisme
ialah sistem pemerintahan oleh golongn elit yang menguasai segala aspek ekonomi, politik
dan sosial sesebuah Negara. Keadaan ini akan mewujudkan ataupun melahirkan golongan
pemerintah yang menyalahgunakan kuasa, penyelewengan, penipuan da kuku besi. Maka
bagi mengelakkan Negara kita mempengaruhi oleh sistem neo feudalisme ini sebuah
Negara bangsa Malaysia harus dilaksanakan.

Lebih lebih lagi sifat kekurangan liberalisme iaitu tiada kesederhanaan ataupun
keterbukaan akan menganggu sistem pentadbiran Negara kita. Manakala, keterbukaan
tanpa had juga akan menganggu kelicinan pentadbiran dan sekai gus mengugat
perkembangan Negara Malaysia. Seterusnya, sikap ketamakan dalam mengumpul
kekayaan hasil keterbukaan yang wujud boleh menjerumuskan kepada kemusnahan seperti
menggugat kemakmuran dan perkembangan Negara. Justeru, Negara bangsa Malaysia
yang kukuh dan kuat akan membentuk pemikiran bijak yang mengutamakan matlamat dan
kepentingan nasional.

13
Rumusan
Kesimpulannya, konsep pembinaan Negara adalah sesuatu yang melibatkan proses
yang berpanjangan. Biarpun begitu panjang dan sukar, pembinaan Negara bangsa
merupakan keperluan yang paling asas dan penting dalam sebuah Negara bermasyarakat
majmuk misalnya seperti Malaysia. Pembinaan Negara bangsa yang mantap dan kukuh
memerlukan peyertaan holistic ataupun menyeluruh daripada setiap ahli masyarakat dan
pihak kerajaan. Faktor- faktor seperti integrasi, nasionaliti , nasionalisme, patriotisme dan
demokrasi haruslah difahami, diterima, dihayati, dan diamalkan supaya dapat mengukuhkan
dan membantu usaha ke arah pembinaan Negara bangsa Malaysia.

14
REFLEKSI
Saya Santhiah a/p Sunthararaju dari kelas 2 PISMP Sejarah ingin mengucapkan
dahulu terima kasih kepada pensyarah saya Dr. Nagammah Marimuthu. Saya telah
mendapat soalan KKBI pada hari 10 bulan februari 2015. Mula-mula apabila saya membaca
soalannya saya kurang faham kehendak soalannya . Namun selepas pensyarah kursus
Sejarah Sabah dan Sarawak 1941-2000 telah menjelaskan soalan KKBI dalam waktu kuliah
untuk kali pertama, saya mula faham kehendak soalan tersebut. Seterusnya, saya dan
rakan-rakan saya telah bermula untuk mengumpul maklumat dan bahan dari pelbagai sudut
dan sumber.
Selain itu, kami telah ke Perpustakaan Zaba setiap hari selepas tamat kuliah. Kami
telah berusha unutk mengumpul info secara berkolaborasi. Kami telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari maklumat dari buku, internet dan sebagainya. Setelah
itu, di kolej kediaman kami sering membincangkan bahan yang telah dapat. Kami telah
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menganalisa sesuatu maklumat yang telah dapat.
Selepas kami mengumpulkan segala maklumat, bahan dan info berhubung dengan tugasan
Sejarah Sabah dan Sarawak. Kemudian, kami telah membuat keputusan untuk membuat
tugasan secara solo.
Saya telah bermula untuk menyediakan draf tugasan Sejarah Sabah dan Sarawak
1941-2000. Semasa melakukan tugasan ini secara automatik saya menghadapi banyak
cabaran dan masalah. Namun, saya berusaha untuk bertemu dengan pensyarah dan
bertanya beberapa kemusykilan. Saya telah mendapat jawapan dan saya mula untuk
memahami cara menjawab soalan tugasan ini. Kadang-kadang saya tidak boleh bertemu
dengan

pensyarah

atas

sebab-sebab

tertentu

ataupun

pensyarah

terlalu

sibuk

melaksanakan tugasnysa. Walaubagaimanapun, saya telah mendapat peluang untuk


bertanya solan kepada pensyarah dalam waktu kuliah.

Semasa membuat tugasan ini saya mendapat peluang untuk mempelajari buku yang
berjudul Pendidikan Negara Bangsa. Dengan itu, saya telah memahami bahawa konsep,
faktor pemangkin, faktor ancaman dan kepentingan Negara bangsa. Saya juga bersempat
untuk membaca buku yang bertajuk Pengajian Malaysia. Dari situ, saya mendapat tahu
faktor- faktor penubuhan Gagasan Malaysia dan faktor penyertaan Sabah dan Sarawak
dalam pembentukan Malaysia. Justeru, saya telah memasukkan isi-isi ini dalam tugasan
saya. Saya juga dapat menambahkan ilmu ataupun pengetahun sejarah tentang Negara kita
dengan lebih mendalam.
Melalui tugasan ini asya telah melatih diri saya untuk mengaitkan pembelajaran
subjek Sejarah dengan unsur- unsur seperti patriotisme, nasionalisme, demokrasi dan
nasionaliti. Saya juga telah mendapat peluang untuk mempelajari ilmu dan pengetahuan
baru melalui tugasan ini. Selain itu, saya berharap segala, ilmu, pengetahuan dan
pengalaman yang saya telah menimba daripada tugasan ini akan membantu saya semasa
saya bertugas sebagai guru Sejarah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Saya juga
mempelajari kepentingan pengurusan masa melalui tugasan ini. Seterusnya, saya telah
menyiapkan amanah yang diberi oleh pensyarah kepada saya dengan baik. Akhirnya, saya
berharap saya telah menjawab soalan tugasan ini dengan baik dan sesuai dengan
kehendak soalan. Terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Embong, (2000). Negara-bangsa, Proses dan Perbahasan (Edisi Kedua).
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Ali Seman & Warti Bt Kimi, (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, (2000). Pengajian Malaysia (Edisi Kedua). Selangor:
Gains Print Sdn. Bhd

Yusof Ismail & Khayati Ibrahim, (1996). Politik Melayu dan Demokrasi. Kuala Lumpur:
Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Zulhilmi Paidi, (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

(2000). Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan (Edisi
Terbaru).
Selangor: SS Graphic Printers (M) Sdn. Bhd.

https://cikgumahfuzah.files.wordpress.com/2011/07/11.pdf
https://www.google.com.my/search?
q=maksud+negara+bangsa&oq=maksud+negara+&aqs=chrome.

You might also like