You are on page 1of 1

Sharon Teoh Li Min 6I

Cara-cara menjaga keselamatan diri

Saban hari, slogan kata malang tidak berbau selalu terngiang-ngiang di


telinga kita. Kemalangan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Kemalangan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah kadang-kala juga
meragut nyawa manusia. Oleh itu, kita harus pandai-pandai menjaga
keselamatan diri pada setiap masa.
Sedia kita maklum, kemalangan merupakan nahas utama yang mesti
dielakkan. Pengguna kenderaan harus berhati-hati dan selalu menggunakan
kemudahan lalu-lintas seperti lampu isyarat, jejantas, lintasan belang agar
dapat mengelakkan diri daripada kemalangan. Pengguna kenderaan
sewajarnya mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak memandu
kenderaan mengikuti perasaan.
Selain itu, semua orang juga harus menjaga keselamatan diri di rumah.
Benda-benda tajam dan ubat-ubatan hendaklah disimpan di tempat yang
selamat dan tidak mudah didapati oleh kanak-kanak. Api kecil menjadi kawan,
jika besar menjadi lawan. Oleh itu, semua orang harus mengawasi
penggunaan api dan barang-barang elektrik.
Kegiatan luar rumah seperti berkhemah, berkelah, pelancongan adalah
aktiviti yang selalu dilakukan oleh sengenap manusia. Walau bagaimanapun,
sewaktu melakukan aktiviti ini, kita harus mengambil berat pelbagai aspek,
umpamanya keselamatan tempat-tempat, pemakanan kesihatan diri dan
sebagainya. Sekiranya, berlaku kemalangan, kita harusnya segera
menghubungi pihak berkenaan.
Memang tidak dapat dinafikan , setiap hari kita akan menghabiskan
banyak masa di sekolah. Murid-murid dilarang berkejar-kejaran di dalam
sekolah, berbual-bual dengan orang yang tidak dikenali dan harus memakai
pakaian yang kemas. Guru-guru sepatutnya selalu menjaga keselamatan
murid-murid pada waktu kemahiran hidup, pendidikan jasmani, kegiatan
kokurikulum dan sebagainya.
Kesimpulannya, untuk menjaga keselamatan diri, semua orang harus
prihatin dan berhati-hati di mana-mana dan pada bila-bila masa.

You might also like