You are on page 1of 4

BMM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

TAJUK 2

Prosedur Mengorganisasi Seminar Kajian Tindakan

Seminar Kajian Tindakan merupakan aktiviti yang wajib dilalui oleh pelajar yang
telah melaksanakan penyelidikan di setiap Institusi Pendidikan Guru Kampus di
Malaysia. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini akan dibentangkan dalam
seminar dan akan dibahaskan seterusnya diedarkan kepada para peserta seminar.
2.0 TEMA SEMINAR
Tentukan idea atau persoalan pokok kepada gagasan pemikiran yang menjadi asas
kepada penganjuran seminar. Tema-tema ini bergantung kepada kursus yang
ditawarkan serta perlu mempunyai satu idea yang dapat diungkapkan dalam satu
atau dua frasa kata.
Contoh tema:
Transformasi Masyarakat Melalui Pendidikan Bahasa Melayu
Membudayakan Kajian Tindakan Transformasi Pengajaran
2.1 TAJUK SEMINAR
Tentukan tajuk berdasarkan tema yang telah diputuskan
Contoh tajuk:
Seminar Antarabangsa Pendidkan Islam dan Moral kali ke-14
Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Bahasa Melayu PISMP (PJJ) 2015

Gambarajah 1
Tajuk: Seminar Nasional Pendidikan Bahasa Melayu
Tema: Merumuskan Konsep dan Idea Kurikulum Perguruan Bahasa Melayu

BMM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

Gambarajah 2
Tajuk: Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP
Tema: Penyelidikan Tindakan Menjana Inovasi Dan Kreativiti Pendidik
2.2 JAWATANKUASA KERJA
2.2.1 Perlantikan Jawatankuasa kerja
Pihak pengajur perlu melantik jawatankuasa kerja yang terdiri daripada
pengarah seminar hingga kepada jawatankuasa kerja mengikut keperluan
dan bidang tugas masing-masing sebelum menganjurkan seminar.
Antara jawatan yang perlu diwujudkan ialah:

Penaung Pegawai pengurusan Tertinggi dalam organisasi atau

Jabatan (contoh: Pengarah IPGK)


Penasihat Terdiri daripada Ketua Jabatan atau Ketua Eksekutif

(contoh Ketua Jabatan)


Pengarah Seminar Terdiri daripada pelajar
Setiausaha
Bendahari
Jawatankuasa Kerja
Urus setia seminar

2.2.2 Mesyuarat Penyelarasan


Tujuan utama mesyuarat adalah menyelesaikan masalah. Oleh itu ahli
jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi
menyelesaikan masalah yang berbangkit menerusi perbincangan yang
akhirnya akan membuat keputusan dan melaksanakannya secara
kolektif. Peranan Pengarah Seminar sebagai pengerusi mesyuarat
amat penting semasa mengendalikan mesyuarat kerana jika pengerusi
5

BMM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

mesyuarat kurang mahir mengendalikan mesyuarat maka masalah


yang sedikit akan berpanjangan.
Terdapat sembilan perkara yang perlu diputuskan dalam penyelarasan
pertama:

Tema Seminar
Tajuk Seminar
Objektif Seminar
Rasional
Tarikh, masa dan tempat
Implikasi
Penyertaan Seminar
Kertas Kerja
Pembiayaan

2.3 LOKASI
Memilih lokasi atau tempat yang sesuai untuk mengadakan seminar. Lokasi ini
bergantung kepada keperluan dan kos. Biasanya seminar ini dijalankan di dewan
IPGK masing-masing, atau boleh juga di jalankan di dewan-dewan luar IPGK sama
ada di dalam negara atau di luar negara dengan mendapat kebenaran daripada
pihak pengurusan IPGK masing-masing serta bergantung kepada kos kewangan
yang telah diluluskan.
2.4 KOS
Perbelanjaan menganjurkan seminar perlu dinyatakan serta sumber-sumber
kewangan yang akan digunakan untuk tujuan membiayai seminar tersebut. Butirbutir secara terperinci tentang pembiayaan tersebut perlu dinyatakan sebagai
lampiran dalam kertas kerja.
Contoh kos:

sewaan
kenderaan
makan dan minum
cenderahati
alat tulis
siaraya promosi

BMM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

You might also like