You are on page 1of 5

1.

PENGENALAN

Penjagaan kaki amat penting bagi penghidap diabetes. Ini kerana, diabetes akan
menyebabkan paras gula dalam darah menjadi lebih tinggi daripada normal. Lamakelamaan paras gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saluran darah dan
saraf dalam badan. Kerosakan saraf dalam boleh menyebabkan kesakitan atau
kehilangan deria rasa pada bahagian-bahagian badan dan boleh menyebabkan kaki
tidak mendapat bekalan darah dengan baik. Doris Foong , seorang Pendidik Diabetes
Roche Diagonistics (2006) berkata, aliran darah yang lebih perlahan ke kaki
kadangkala menjadikan penghidap diabetes tidak dapat merasai kesakitan atau
mengesan kecederaan pada kaki mereka. Menurut Foong lagi, pengetahuan mengenai
kepentingan penjagaan kaki, petua-petua berhubung penjagaan kaki dan pemilihan
kasut yang sesuai perlu bagi penghidap diabetes.
Sementara itu, Sister Inon Mahwi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
berkata, tumpuan terhadap penjagaan kaki penghidap diabetes adalah sejajar dengan
sokongan dan penekanan yang diberikan oleh International Diabetes Federation
berhubung penjagaan kaki penghidap diabetes.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Lokman
Hakim Sulaiman, pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perawatan
Luka Peringkat Asia Pasifik 2012, berkata hampir 130 hospital pakar dan bukan pakar
di seluruh negara akan mempunyai Jawatankuasa Penjagaan Luka memandangkan
peningkatan

pesakit

kencing

manis

dalam

negara

ini.

Katanya, ada lebih 5.6 juta pesakit dalam negara ini dan 25 peratus dari jumlah itu
mengalami komplikasi kaki yang serius dan memerlukan penjagaan luka yang betul.
Beliau berkata penjagaan luka yang baik dalam kalangan pesakit diabetes dapat
mengurangkan risiko amputasi kaki.

Page | 2

Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti (2013) mendapati
jumlah penghidap kencing manis di Malaysia meningkat daripada 2.6 juta tahun lalu
berdasarkan trend peningkatan 15 peratus setahun membabitkan individu berumur 30
tahun ke atas.Ini menyebabkan Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap
diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta
rakyatnya menghidap penyakit kronik itu.
Perkara ini kelihatan tidak mustahil untuk berlaku kerana Kaji Selidik Kesihatan dan
Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tahun
lalu menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidap kencing
manis.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10
di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan
Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara
dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia
Pasifik dari segi obesiti.

Page | 3

1.2 PENYATA MASALAH


Penjagaan kaki adalah amat penting untuk mengelakkan pesakit mendapat ulser
diabetik (Dr.harikrishna K.R. Nair(2012)). Apa yang menjadi persoalan pada masa
kini adalah angka statistik kes pesakit diabetes mellitus di Malaysia semakin
meningkat secara mendadak. Akhbar Malaysia (16 Nov 2010) melaporkan, kira-kira
1.4 juta rakyat Malaysia atau satu daripada setiap enam orang dewasa yang melebihi
usia 30 tahun menghidap penyakit diabetes. Hal ini bertambah serius jika langkah
awal tidak diambil sehubungan dengan sejumlah 2.48 juta rakyat Malaysia akan
menghidap diabetes menjelang tahun 2030 menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO).
Pelbagai usaha oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia
dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Sebagai contohya, promosi kesihatan tentang
pengamalan pemakaian kasut yang sesuai dan penjagaan kaki yang efisen.Namun
usaha ini masih tidak dapat mengatasi masalah tersebut. Hal ini dibuktikan oleh
Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), dimana dalam tempoh 20 saat, satu kaki akan
dipotong akibat diabetes, dalam kajian yang dilakukan pada 2011.
Koordinator dan Perunding Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur(HKL), Dr
Harikrishna berkata, apabila kaki terkena jangkitan, kami akan cuba menyelamatkan
dengan mengurangkan sebanyak mungkin gangrene, namun jika ia sudah bertukar
menjadi hitam yang menandakan tisu sudah mati, kami terpaksa memotongnya
Persoalannya, apakah tahap pengetahuan pesakit-pesakit diabetes mellitus sudah
cukup tentang penjagaan kaki mereka? Apakah faktor-faktor segelintir pesakit
diabetes mellitus tidak mengamalkan amalan penjagaan kaki yang betul?

Page | 4

1.3 JUSTIFIKASI KAJIAN


Mengikut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1986, ada 6.3% pesakit di
Malaysia. Dalam kajian Jabatan Kesihatan pada 1995 pula jumlah itu meningkat
kepada 7.7%. Tahun berikutnya, jumlah pesakit terus meningkat kepada 8.2%.
Menerusi kajian kesihatan dan morbiditi kebangsaan 1996, hampir 10 tahun selepas
kajian pertama, jumlah pesakit diabetes meningkat kepada 11.5%.
Bukan sahaja angka peratusan kes penyakit diabetes meningkat malah ini menjadi
perkara yang serius apabila penyakit diabetes menjadi punca utama kepada kematian
disebabkan strok yang menyerang di kalangan pesakit ini. Setiap pesakit akan
dimaklumkan untuk mereka yang baru didiagnos penyakit diabetes bahawa penyakit
ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya tetapi paras glukosa dalam darah boleh
dikawal dengan pengurusan yang baik. Tanpa adanya pengurusan yang baik dalam
mengawal paras glukosa dalam darah, penyakit ini memberi komplikasi yang
mungkin boleh mengundang maut. Antara komplikasi yang sering berlaku yang
menyerang pesakit diabetes adalah serangan strok, peripheral vascular disease (PVD),
kegagalan ginjal, retinopati, nephropati, neuropati dan amputasi.
Penyakit diabetes ini bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian pesakit jika paras
glukosa dalam darah adalah tinggi pada setiap masa tanpa ada pengurusan yang baik
malah ini boleh memberi implikasi kepada pesakit dalam jangka masa yang panjang.
Selain melibatkan implikasi kepada beban kos yang berulang alik ke klinik kesihatan
untuk mendapatkan rawatan, ia juga melibatkan imej pesakit tersebut.

Page | 5

1.4 OBJEKTIF-OBJEKTIF PENYELIDIKAN


Objektif umum :
1. Mengkaji tahap pengetahuan tentang penjagaan kaki dalam kalangan pesakit
diabetes mellitus yang mendapat rawatan di unit pesakit luar, Klinik
Kesihatan Lahad Datu.
Objektif khusus :
1. Mengenalpasti ciri-ciri sosio-demografi respondan.
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan tentang penjagaan kaki dalam kalangan
pesakit diabetes mellitus yang mendapat rawatan susulan di unit pesakit luar
Klinik Kesihatan Lahad Datu.
3. Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan untuk meningkatkan tahap
pengetahuan tentang penjagaan kaki dalam kalangan pesakit diabetes mellitus.

Page | 6

You might also like