You are on page 1of 39

CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) BERDASARKAN PERSPEKTIF

FIQH KONTEMPORARI1

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman*; Prof. Madya Dr. Farahwahida bt Mohd Yusof **;
Dr. Fauzi bin Abu**; Dr. Syed Norris Hikmi bin Syed Abdullah**

PENDAHULUAN

Syariat Islam memelihara persoalan kewangan; sama ada di peringkat


individu atau masyarakat umum. Islam memberikan garis panduan pengurusan
harta yang bijak dan adil bagi memastikan keadilan terlaksana semasa proses
memperoleh harta dan juga agihannya (al-Azraq, 1980).
Persoalan percukaian merupakan isu ketamadunan, yang melibatkan
kepentingan individu dan umum. Islam menjelaskan bahawa segala apa yang ada
di bumi dan di langit serta seisinya adalah milik mutlak Allah SWT. Firman Allah
SWT: "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah maha
kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali 'Imran, ayat 189) Oleh itu, sebarang
bentuk urusan kewangan, termasuk percukaian hendaklah berasaskan kehendak
pemilik Mutlak harta iaitu Allah SWT.
Kertas kerja ini menganalisa perbezaan pendapat ulama tentang hukum
Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat sebagai salah satu sumber perolehan
pendapatan Negara dan hubungannya dengan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan
(GST).

PENGANTAR CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Cukai merupakan salah satu alat dalam dasar fiskal sesebuah negara bagi
memastikan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara dapat dijalankan
dengan baik melalui hasil yang diperoleh daripada cukai dan pendapatan negara.
Pelaksanaan cukai di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua cukai utama iaitu
cukai langsung seperti cukai pendapatan yang diuruskan oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) dan cukai tidak langsung seperti cukai jualan dan cukai
perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan kepada Kastam Diraja Malaysia
(KDRM). Cukai jualan dikenakan pada peringkat import dan pengilangan,
manakala cukai perkhidmatan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan
tertentu yang disediakan di tempat-tempat yang dikenal pasti (Nor Aziah Abd
Manaf et.al, 2004: 12).

Kertas kerja ini dibentangkan di Bengkel Penyediaan Soal Jawab GST Menurut Perspektif Islam,
pada 1 Mac 2015, di Felda Residence Kuala Terengganu.
* Felo Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia;
Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia; Karyawan
Tamu Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia; Ahli
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Ketua Penyelidik Geran Penyelidikan Isu Kefatwaan JAKIM bertajuk:
'Percukaian Menurut Perundangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)'. Email:
aswar@utm.my
** Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia; Ahli Penyelidik Geran Penyelidikan Isu Kefatwaan
JAKIM bertajuk: 'Percukaian Menurut Perundangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan
(GST)'.

Cukai langsung bermaksud "cukai yang dikenakan secara langsung kepada


pembayaran cukai seperti cukai pendapatan." Manakala cukai tidak langsung pula
bermaksud "cukai yang dikenakan ke atas barang atau perkhidmatan."
(Kementerian Kewangan Malaysia, 2007:137)
Cukai tak langsung (seperti cukai jualan, cukai tambah nilai (VAT),
atau cukai barangan dan perkhidmatan (GST)) ialah cukai yang dipungut oleh
pihak perantara (seperti kedai runcit) dari seseorang yang menanggung beban
ekonomi mutlak dari cukai itu (seperti pelanggan). Kemudian, pihak perantara itu
memfailkan penyata cukai lalu mengemukakan hasil kutipan cukai kepada
pihak kerajaan bersama penyata tersebut. Oleh demikian, istilah cukai tak
langsung berbeza dengan cukai langsung yang dipungut terus oleh pihak kerajaan
dari pihak-pihak yang dikenakan cukai tersebut. Ada yang mengulas bahawa
cukai langsung tidak boleh dialihkan tanggungannya oleh pembayar cukai kepada
pihak lain, sedangkan cukai tak langsung boleh (Neumark, 2014). Cukai tak
langsung boleh menaikkan harga barangan supaya para pelanggan yang
membayar cukai tersebut terpaksa membayar lebih untuk barangan belian mereka
(Farlex Financial Dictionary, 2012).
Oleh kerana hasil cukai amat penting bagi memastikan agenda
pembangunan negara dapat diuruskan dengan baik, pentadbiran cukai perlulah
diperkemaskan. Objektif utama sistem pentadbiran cukai di Malaysia adalah
untuk memastikan pembayar cukai membayar cukai dan petugas cukai
mengawasi sistem kemasukan bayaran cukai secara jujur (Barjoyai Bardai, 1987:
424). Pendapatan cukai negara yang dikutip melalui cukai tidak langsung mula
dijalankan pada tahun 1970an, di mana cukai jualan dan perkhidmatan (SST)
telah diperkenalkan. Namun, disebabkan oleh beberapa faktor seperti masalah
cukai dua kali, kurangnya hasil yang diperoleh melalui SST dan sebagai cara
untuk meningkatkan hasil cukai, kerajaan berusaha untuk memperkenalkan
cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sifatnya lebih menyeluruh dan mampu
menambah pendapatan negara.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and services tax (GST)) atau juga
dikenali di beberapa negara dengan nama Cukai Nilai Tambah (Value Added Tax
(VAT)) merupakan cukai tidak langsung yang dikenakan ke atas sesuatu
penggunaan domestik barangan dan perkhidmatan kecuali produk yang telah
ditetapkan pada kadar sifar dan dikecualikan (Persatuan Akauntan Percukaian
Malaysia, 2012: 356). Secara umumnya, sistem percukaian GST ini menetapkan
bahawa kesemua barang dan perkhidmatan adalah dikenakan cukai kecuali bagi
barang-barang atau perkhidmatan yang disenaraikan sebagai dikecualikan cukai.
Cukai yang dikenakan ini merupakan cukai penggunaan ke atas setiap peringkat
pengeluaran iaitu dari pengeluar sehingga pengguna terakhir dan jumlah yang
dibayar kepada kerajaan berdasarkan nilai tambah barang atau perkhidmatan di
setiap peringkat rantaian pengedaran. Nilai tambah bermaksud nilai yang
pengeluar (sama ada pengilang atau pengedar dan lain-lain) tambah kepada bahan
mentah atau pembelian sebelum menjual produk atau perkhidmatan yang baharu
atau sesuatu produk atau perkhidmatan yang telah diperbaiki.
Dengan melaksanakan GST, kos pembayaran cukai bukan menjadi bebanan
sepenuhnya kepada pengeluar atau kepada setiap peringkat pengeluaran yang
lain, tetapi beban kadar cukai sebenarnya ditanggung oleh pengguna terakhir
(Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994: 51). Ini kerana, dari sudut
pembeli/pengguna, GST merupakan cukai ke atas harga belian dan bagi pihak
penjual pula GST adalah bayaran nilai tambah kepada produk, bahan atau
2

perkhidmatan. Namun dengan menggunakan mekanisme penolakan kredit cukai


ke atas output perniagaan membolehkan peniaga menuntut cukai input untuk
mengurangkan bebanan menguruskan aktiviti perniagaan. GST yang dikenakan ke
atas output perniagaan seperti jualan produk yang dikilangkan akan ditolak
daripada GST yang dibayar ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi
sebagai input seperti bahan mentah yang digunakan dalam perniagaan (Parlimen
Malaysia, 2010: 100). GST yang dikenakan ke atas output dikenali sebagai cukai
output dan GST yang dikenakan ke atas perolehan dipanggil cukai input.

ISU PERCUKAIAN DALAM NEGARA ISLAM

Keperluan umum ummah adalah di bawah tanggungjawab Pemimpin


Negara. Pemimpin Negara bertanggungjawab memastikan kepentingan umum
terpelihara. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Kerajaan memerlukan sumber
pendapatan bagi mengendalikan pelbagai projek bagi memastikan keamanan,
keselamatan, pembangunan dan keperluan umum lain. Selain daripada zakat,
Kerajaan Islam memerlukan sumber pendapatan lain, termasuklah cukai.
Mahmud Syaltut (2004) menjelaskan, cukai perlu bagi memenuhi maslahah umum
seperti membina institusi pendidikan, hospital, jalan raya, pertahanan negara dan
sebagainya. Jika maslahah umum tersebut tidak boleh terlaksana melainkan
dengan cara mengutip cukai daripada rakyat yang kaya, maka kutipan cukai itu
boleh diterima sebagai satu kewajiban.
Secara umumnya, sumber pendapatan Negara yang dikutip daripada rakyat
dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Zakat merupakan kutipan yang
berdasarkan arahan Allah SWT dan pihak yang layak menerimanya juga telah
ditetapkan oleh Allah SWT. Manakala cukai pula, ada yang bersandarkan kepada
nas seperti jizyah, dan selainnya adalah berdasarkan kepada budi bicara
Pemimpin Negara mengikut keperluan semasa. Pihak yang berhak menerima
agihan hasil kutipan cukai juga bergantung kepada budi bicara Pemimpin. Oleh
itu isu cukai adalah isu siyasah Syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang
berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain, dan maslahah
pada sesuatu zaman berbanding zaman yang yang lain (Syaltut, 2004; alQaradawi, 2006).
Sistem percukaian di Negara Islam bermula sejak pada zaman Nabi
Muhammad saw di bawah Piagam Madinah yang telah menetapkan bayaran jizyah
ke atas orang bukan Islam dan bayaran zakat ke atas setiap umat Islam
(Zulkornain Yusof, 1994). Sistem percukaian di Negara Islam semakin berkembang
pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a seperti memperkenalkan
bayaran cukai ke atas tanah (al-kharaj), perdagangan (al-'usyur) dan lain-lain.
Pelaksanaan percukaian ini terus diikuti dan diperbaiki oleh pemerintahan pada
zaman Khilafah Umawiyah dan Abbasiyah terutamanya pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dan Khalifah Harun al-Rasyid. Perubahan dalam
sistem percukaian dalam pemerintahan Islam terus berubah mengikut peredaran
masa sehingga kepada kerajaan Uthmaniyah yang terakhir pada tahun 1922.
Para ulama' tidak mempersoalkan tentang cukai yang telah diaplikasikan di
zaman Nabi Muhammad saw dan Khulafa' al-Rasyidin iaitu jizyah, kharaj, dan
'usyur, kerana ia berdasarkan nas Syara'. Cukai tersebut diistilahkan sebagai
'direct tax' iaitu cukai yang dikutip secara langsung ke atas pegangan harta dan
pendapatan. Namun, mereka berbeza pendapat, adakah Kerajaan Islam boleh
mengutip cukai selain cukai tersebut. Namun, perbezaan ini hanya berkaitan isu
3

Kerajaan mewajibkan cukai kepada individu yang kaya bagi membantu


menampung perbelanjaan Kerajaan. Manakala mereka sepakat mengatakan
diharamkan Kerajaan mewajibkan cukai kepada setiap individu; sama ada kaya
atau miskin (al-Ghazali, 1971; al-Juwaini, 1401H).
Terdapat tiga aliran pendapat ulama berkaitan hukum Kerajaan mengutip
cukai tambahan:
3.1

Pendapat Pertama

Menurut sebahagian ulama, khususnya sebahagian ulama bermazhab


Hanbali; Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Ibn Muflih (w763H),
menjelaskan "Diharamkan mengambil cukai daripada harta seperti yang dikutip
oleh Raja kepada rakyatnya." (Ibn Muflih, 2003: 10/347; al-Buhuti, t.th.: 3/139)
al-Hijawi (w968H) turut menjelaskan, "Diharamkan mengambil cukai daripada
harta orang Islam seperti yang dikutip oleh Raja kepada rakyatnya bukan secara
yang dibenarkan oleh Syarak." (t.th.: 2/52) Pendapat yang sama turut dinyatakan
oleh Mustafa bin Sa'ad al-Rahibani al-Hanbali (w1243H) (1994: 2/619).
Terdapat ulama terdahulu selain ulama bermazhab Hanbali turut
mengemukakan pendapat yang sama. Ibn al-Azraq (w896H) menjelaskan antara
contoh siyasah yang batil menurut Syarak ialah mengutip cukai secara zalim (t.th.:
300). Ibn Hajar al-Haytami (w974H) menjelaskan, "Pengutip cukai, penulisnya,
saksinya, penjaganya, wakil-wakilnya, dan selainnya yang berkaitan dengan
kutipan cukai merupakan dosa besar pembantu kezaliman, bahkan memungut
cukai itu sendiri merupakan suatu kezaliman. Para pengutip cukai mengambil
harta manusia secara haram dan mengagihkannya kepada orang yang tidak
berhak. Oleh sebab itu pengutip cukai tidak masuk syurga kerana dagingnya
tumbuh daripada sumber yang haram." (7891: 299) Pernyataan tersebut turut
disandarkan kepada Imam al-Zahabi (w149H) (t.th.)
Manakala dalam kalangan ulama semasa, al-Mula al-Harawi al-Qari
(w1014H), menjelaskan, "Cukai adalah termasuk salah satu kezaliman yang paling
hina kerana pengutip cukai merampas harta pada waktu orang dalam kesempitan
secara paksa, bukan berasaskan cara yang dibenarkan oleh Syarak, juga bukan
secara 'uruf. Bahkan ia melampaui batas ke atas orang Islam, selain daripada
mereka mengutip cukai ke atas orang bukan Islam. Perkara yang paling pelik ialah
ada dalam kalangan ulama di zaman kita ini dan juga para syeikh menerima
bayaran daripada pemimpin hasil daripada kutipan cukai dan membelanjakan
harta tersebut bagi memenuhi keperluan mereka, tanpa mereka menyiasat sumber
harta tersebut. Kita memohon daripada Allah keselamatan dan rezeki yang halal."
(al-Qari, 2002: 6/2337)
Hafiz Ahmad 'Ajjaj Karami menjelaskan, "Dalam Pemerintahan Nabi
Muhammad saw, baginda tidak mengenakan sebarang cukai tambahan -dalam
apa bentuk sekalipun-, tetapi baginda mengajak agar rakyat memberikan
sumbangan apabila Negara memerlukan kewangan tambahan. Bahkan terdapat
sumber yang sahih bahawa baginda melarang seseorang Pemimpin membebankan
rakyatnya dengan cukai (Karami, 1427H: 162).
Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa beberapa
negara Islam kini, seperti Fatwa Kerajaan Arab Saudi dan Brunei. Fatwa Kerajaan
Arab Saudi 23/489 (2009): Soalan: "Saya membaca daripada kitab 'al-Zawajir 'an
iqtiraf al-kaba'ir', karangan Ibn Hajar al-Haytami berkaitan hukum mengambil
cukai. Nabi Muhammad saw telah melarang daripada mengambil cukai. Serta
4

pengutip cukai akan menerima azab yang pedih di hari kiamat kelak. Kebanyakan
negara, ekonominya bergantung kepada kutipan Cukai Kastam, sama ada cukai
import atau eksport. Oleh kerana para peniaga dikenakan cukai tersebut, maka
mereka memindahkan cukai itu kepada pengguna dengan menaikkan harga
barang. Hasil kutipan cukai ini digunakan oleh Kerajaan untuk membiaya pelbagai
projek pembangunan. Saya memohon penjelasan hukum tentang cukai dan
bekerja sebagai pegawai kastam. Adakah ia termasuk dalam hukum al-maks atau
tidak?' Jawapan, 'Segala puji bagi Allah. Mengutip Cukai Kastam, sama ada cukai
import atau eksport adalah termasuk dalam al-maks yang diharamkan. Bertugas
sebagai pengutip cukai juga haram, walaupun Kerajaan menggunakan hasil
kutipan cukai itu untuk membiaya pelbagai projek pembangunan..."
Selanjutnya, Fatwa Kerajaan Brunei 1985, "Cukai adalah ditegah dalam
Islam, sebagaimana tersebut dalam kitab-kitab fiqh Islam dalam kitab Az-Zawjir
bagi Imam Ibnu Hajar Asy-Syafie yang terkenal pada muka 761 juz awal dan
dalam kitab Bughyah Al-Mustarsydn muka 751, 759 dan 253. Katanya: Cukai
itu ialah sejahat-jahat mungkar bahkan ia suatu dosa besar... Fatwa yang sama
juga dinyatakan dalam Qurrah Al-Ain bi Fatwa Ulam Al-Haramain muka 332
dan dalam kumpulan fatwa Mufti Libya Al-Allamah Asy-Syeikh Ath-Thahir AzZawi cetak tahun 1973 Masihi dan 1393 Hijrah." (1985)
Dalil yang dikemukakan oleh pendapat ini ialah:
1)

Firman Allah SWT:

a)

Haram melakukan kezaliman



Maksudnya: "Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah
terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan
bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang
benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi
sakitnya."
(Surah al-Syura, ayat 42)
Wajh al-dilalah: Pengutip cukai (al-makkas) adalah antara golongan yang
melakukan kezaliman kepada manusia, bahkan mereka menzalimi diri mereka
sendiri. Mereka mengutip apa yang mereka tidak berhak ke atasnya dan
menyerahkannya kepada mereka yang tidak berhak ke atasnya (al-Zahabi, t.th.:
115).
b)

Larangan mengurangkan hak manusia


Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan


timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan
benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan
bencana kerosakan di muka bumi."
(Surah Hud, ayat 85)
Wajh al-dilalah: Maksud 'bakhs' yang dilarang dalam ayat 85 surah Hud
iaitu janganlah kamu mengurangkan hak manusia yang wajib kamu penuhi (alTobari, 2000: 15/446), dan bagi setiap apa yang dimiliki oleh seseorang tidak
boleh dirampas daripadanya atau diambil secara yang tidak dibenarkan oleh
Syarak, serta segala pengurusannya mestilah berdasarkan keizinan Syarak (alRazi, 1420H: 24/528). al-Khattabi (w388H) menjelaskan, pemimpin yang
mengambil cukai (al-maks) secara zalim daripada rakyat adalah termasuk dalam
maksud 'al-bakhs' yang dilarang dalam ayat tersebut (al-Khattabi, 1982: 1/219).
c)

Haram mengambil harta tanpa hak



Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah
(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang
dilakukan secara suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
mengasihani kamu."
(Surah al-Nisa', ayat 29)
Wajh al-dilalah: Ayat tersebut menegaskan memakan harta orang lain
adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Hukum
Kerajaan mengenakan cukai selain daripada zakat adalah haram kerana ia
termasuk dalam cara mengambil harta orang lain yang bukan berdasarkan
kebenaran Syarak. Ini disebabkan Syarak hanya membenarkan Kerajaan mengutip
zakat daripada rakyat yang beragama Islam dan dikuatkan dengan hadis yang
melarang mengambil cukai tambahan selain zakat daripada rakyat yang beragama
Islam (al-Qaradawi, 2006).
2)

Hadis Nabi Muhammad saw

a)

Pengutip cukai masuk neraka


Ruwaifi' bin Thabit melaporkan, Rasulullah saw bersabda:

))((
Maksudnya: "Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-maks
(sebahagian ulama menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam
neraka." Hadis hasan sahih direkod oleh Imam Ahmad (2001:28/526)
dan al-Tobarani (1994: 5/29).

'Uqbah bin 'Amir melaporkan, "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

((

))



Maksudnya: "Pengutip cutip (sohib maks) tidak masuk syurga." Hadis
sahih direkod oleh Imam Ahmad (2001: 28/ 586), al-Hakim (1990:
1/562), dan al-Bayhaqi (2003: 7/26). Menurut Imam al-Hakim, "Hadis
ini hadis sahih mengikut syarat yang ditetapkan oleh Imam Muslim,
tetapi hadis ini tidak direkodkan olehnya." (1990: 1/562)
Wajh al-dilalah: Yazid bin Haron menjelaskan, "Sohib maks ialah al-'asysyar
(pengutip cukai 'usyur ke atas rakyat yang beragama Islam)." (al-Hakim, 1990:
1/562) Juga bermaksud pengutip cukai yang mengambil harta orang ramai secara
haram (al-Asbahani, 2004). al-Maks juga bermaksud kutipan cukai yang biasanya
digunakan merujuk kepada golongan yang melakukan kezaliman dalam proses
jual beli (Muslim, t.th.: 3/1323). Abu 'Ubayd (w224H) menjelaskan, "Amalan
mengutip cukai 'al-maks' berasal daripada amalan masyarakat Jahiliyah.
Kemudian ia menjadi amalan Raja-Raja Arab dan bukan Arab. Mereka mengutip
cukai daripada para peniaga 10% daripada harta dagangan mereka apabila mereka
melalui kawasan Raja tersebut." (2007: 2/201)
Dalam hadis yang lain, Buraydah melaporkan, Nabi Muhammad saw
menegur Khalid bin al-Walid yang mencemuh wanita yang dihukum rejam kerana
mengaku berzina. Sabda Nabi Muhammad saw, "Berhati-hatilah wahai Khalid.
Demi Allah, yang nyawaku berada dalam genggamanNya, wanita itu telah
bertaubat. Jika seorang pengutip cukai bertaubat seperti taubat wanita itu, juga
akan diberikan keampunan." Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim (t.th.:
3/1323). Imam al-Nawawi menjelaskan, "Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan
mengutip cukai adalah termasuk dalam seburuk-buruk maksiat dan sebesar-besar
dosa. Ini disebabkan kerana banyaknya tuntutan manusia kepada pengutip cukai,
serta banyaknya kezaliman yang telah dilakukannya, atas perbuatannya
mengambil harta orang tanpa hak dan membelanjakannya juga ke arah yang
batil." (1392H: 11/203) Hadis ini secara jelas menyatakan, dosa pengutip cukai
adalah lebih besar berbanding dosa penzina (Ulama Najd, 1996: 15/406; al-Yusuf,
1984: 54).
b)
Haram mengambil harta manusia melainkan dengan cara yang dibenarkan
oleh Syarak.
Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda:

))
:((
Maksudnya: "Setiap Muslim itu diharamkan daripada mencabuli nyawa
Muslim yang lain, hartanya dan juga maruahnya." Hadis sahih
direkodkan oleh Imam Muslim (t.th.: 4/1986).
Wajh al-dilalah: Islam menghormati hak pemilikan individu dan
memberikan hak bagi setiap manusia itu menguruskan pemilikannya serta
diharamkan daripada mengambil hartanya tanpa kebenaran Syarak, sebagaimana
diharamkan daripada mencabuli nyawa dan maruahnya. Kerajaan yang
mengambil
cukai
daripada
rakyatnya
-walau
apapun
hujah
yang
membenarkannya- adalah termasuk dalam mengambil harta rakyat secara paksa
(al-Qaradawi, 2006).
7

c)

Rakyat hanya wajib bayar zakat

Talhah bin Ubaydillah melaporkan, "Seorang lelaki yang berasal dari Najd
datang bertemu dengan Nabi Muhammad saw. Rambut lelaki itu jarang-jarang,
suaranya kuat tetapi tidak difahami, sehinggalah dia datang dekat dengan
Rasulullah saw. Dia bertanya tentang Islam. Rasulullah saw menjawab, "Kamu
wajib sembahyang dalam sehari lima waktu." Lelaki itu bertanya, "Adakah saya
wajib sembahyang selain itu?" Jawab Nabi, "Tidak. Yang lain itu jika kamu
lakukan yang sunat." Selanjutnya Nabi menerangkan, "Kamu juga wajib berpuasa
sebulan di bulan Ramadhan." Lelaki itu bertanya, "Adakah saya wajib berpuasa
selain itu?" Jawab Nabi, "Tidak. Yang lain itu jika kamu lakukan yang sunat."
Talhah melaporkan lagi, "Kemudian Rasulullah saw menyatakan tentang
kewajipan membayar zakat." Lelaki itu bertanya, "Adakah saya wajib
mengeluarkan harta saya selain itu?" Jawab Nabi, "Tidak. Yang lain itu jika kamu
lakukan yang sunat." Talhah melaporkan, "Kemudian sebelum lelaki itu beredar,
dia berkata, 'Demi Allah! Saya tidak akan menambah apa-apa amalan melainkan
yang wajib itu sahaja dan saya tidak akan menguranginya.' Rasulullah saw
bersabda, "Dia memperoleh kejayaan jika dia benar-benar melakukannya.'" Hadis
sahih direkod oleh Imam al-Bukhari (1422H: 1/18) dan Muslim (t.th.: 1/40).
Wajh al-dilalah: Hadis tersebut secara jelas menyatakan, rakyat hanya wajib
membayar zakat. Sesiapa yang telah membayar zakat, maka hartanya sudah
bersih dan dia tidak boleh diwajibkan untuk membayar bayaran yang lain
termasuk cukai. Jika kerajaan boleh mengenakan cukai tambahan selain zakat,
maka tidak bermaknalah pengakuan Nabi kepada lelaki tersebut iaitu, "Dia
memperoleh kejayaan jika dia benar-benar melakukannya", kerana lelaki itu hanya
mahu membayar zakat yang wajib sahaja, tanpa membayar bayaran tambahan
yang lain (al-Qaradawi, 2006). Terdapat hadis lain yang menjelaskan: Fatimah
binti Qais melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Pada harta seseorang itu
tiada yang wajib dibayar melainkan zakat." Hadis direkod oleh Imam Ibnu Majah
(t.th.: 1/570)

3.2

Pendapat Kedua

Manakala menurut sebahagian ulama lain, Kerajaan dibenarkan untuk


mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum
pentadbiran Negara. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibn Hazm (w456H) (t.th.:
4/281), Ibn Taimiyah (w728H) (1995: 29/194-786), Ibn al-Musili al-Syafi'i (w774H)
(t.th.: 195), al-Syatibi (w790H) (1992: 1/619), Ibn Khaldun (w808H) (1995), serta
dalam kalangan ulama semasa Mahmud Syaltut (w1963M) (2004: 109), dan
Ahmad al-Raysuni (1992: 352).
Imam al-Syatibi (w790H) berpendapat ketika mengulas isu Pemimpin
mengutip cukai daripada rakyat yang kaya ketika wujud keperluan 'hajiyat', "Kami
berpendapat, jika seseorang Pemimpin yang ditaati oleh rakyatnya berhajat untuk
menambah bilangan tentera untuk menjaga perbatasan Negara serta memelihara
kestabilan Kuasa yang semakin luas kepada tanah jajahan yang lain, sedangkan
sumber perbendaharaan Negara dalam Baitul Mal sudah habis, serta keperluan
tentera semakin meningkat dan perbelanjaan tidak mencukupi, maka Pemimpin dengan syarat beliau seorang yang adil - boleh mengenakan cukai kepada rakyat
yang kaya bagi memenuhi keperluan tersebut. Sehinggalah perbendaharaan
Negara dalam Baitul Mal sudah kembali mencukupi. Pemimpin juga dalam masa
yang sama perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan Negara daripada
8

sumber yang lain seperti kutipan sewa, pertanian dan sebagainya... Pendapat
seperti ini tidak dikemukakan oleh ulama terdahulu kerana sumber
perbendaharaan Baitul Mal pada zaman mereka adalah banyak, berbeza dengan
Baitul Mal zaman kita. Isu ini perlu dibahaskan dan maslahah dalam isu ini
adalah jelas. Jika Pemimpin zaman kini tidak menggunakan sistem seperti ini
(iaitu sistem percukaian), maka kuasa Pemimpin akan tergugat, maka Negara
Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir. Dengan syarat kuasa yang
dimiliki oleh Pemimpin itu digunakan secara adil." (al-Syatibi, 1992: 1/619)
Dalil yang dikemukakan oleh pendapat ini ialah:
1)

Firman Allah SWT:

a)

Tanggungjawab sosial adalah wajib






Maksudnya: "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu
menghadapkan muka ke pihak timur dan barat. Tetapi kebajikan itu
ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, segala malaikat,
segala kitab, dan sekalian Nabi. Dan mendermanya seseorang akan
hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, anak yatim
dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan
kepada orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba abdi;
dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan
zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila
mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam
masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa
bertempur dalam perjuangan perang Sabil. Orang yang demikian
sifatnya, mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan
kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertakwa."
(Surah al-Baqarah, ayat 177)
Wajh al-dilalah: Ayat ini secara jelas menyatakan bahawa tanggungjawab
seseorang itu bukan hanya sekadar membayar zakat, tetapi perlu saling bantu
membantu dalam tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial dengan memelihara
maslahah umum adalah tugas utama Kerajaan Islam. Oleh itu, Kerajaan boleh
mewajibkan mana-mana rakyatnya untuk memastikan tanggungjawab sosial
dilaksanakan dan antara caranya ialah dengan mengenakan cukai dan dengan
cukai itu Kerajaan boleh memenuhi maslahah umum rakyat (Ibn Hazm, t.th., Ibn
Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006).

b)

Kewajipan jihad dengan diri dan harta



Maksudnya: "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan
Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun
dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab). Dan
berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk
membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui."
(Surah al-Taubah, ayat 41)
Wajh al-dilalah: Kewajipan berjihad dengan mengeluarkan harta tidak
termasuk kewajipan membayar zakat. Ini membuktikan bahawa selain daripada
wajib membayar zakat, umat Islam juga wajib mengeluarkan hartanya untuk
berjihad. Dan antara urusan jihad ialah Kerajaan memerlukan perbelanjaan
ketenteraan bagi menjamin keselamatan negara. Oleh itu, Kerajaan boleh
mengenakan cukai sebagai salah satu cara memenuhi maslahah tersebut (Ibn
Hazm, t.th., Ibn Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006).
c)

Pemimpin wajib memenuhi kepentingan rakyat



Maksudnya: "Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain! Sesungguhnya kaum
Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu,
setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu
(daripada hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina
sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
(Surah al-Kahfi, ayat 94)
Wajh al-dilalah: al-Syawkani (w1250H) menjelaskan, maksud al-kharaj
dalam ayat tersebut ialah "apa yang dikutip oleh pemimpin." (al-Syawkani, 1414H:
3/368) Ayat ini menjelaskan bahawa pemimpin perlu mengumpulkan sumber
pendapatan negara bagi memelihara kepentingan umum negara dan rakyat,
bahkan pemimpin boleh mewajibkan rakyat untuk mengeluarkan sebahagian
harta mereka. Ini termasuklah pemimpin boleh mewajibkan rakyat membayar
cukai (Ibn al-'Arabi, 2003; al-Qaradaghi, 2009).
2)

Hadis Nabi Muhammad saw: Tanggungjawab terhadap harta bukan hanya


terbatas kepada zakat
Fatimah binti Qais melaporkan, "Rasulullah saw bersabda,

))((
10

Maksudnya: 'Sesungguhnya dalam harta itu ada hak yang wajib


dikeluarkan selain zakat.' Kemudian Nabi membacakan ayat 177 surah
al-Baqarah." Hadis dhaif direkodkan oleh Imam al-Tirmizi (1975: 3/39)
'Abd al-Rahman bin Abi Bakr melaporkan, "Para sahabat ahli suffah adalah
terdiri daripada orang yang fakir. Rasulullah saw pernah bersabda:


((
))
Maksudnya: "Sesiapa yang memiliki makanan untuk dua orang, maka
berkongsilah makanan dengan mereka untuk tiga orang. Sesiapa yang
memiliki makanan untuk empat orang, maka berkongsilah makanan
dengan mereka untuk lima orang, kemudian enam orang." Hadis sahih
direkod oleh Imam Muslim (t.th.: 3/1627)
Wajh al-dilalah: Berdasarkan hadis tersebut, terdapat kewajipan dalam
harta seseorang kaya selain zakat. Termasuklah kewajipan rakyat yang kaya
membantu kerajaan memenuhi kepentingan umum rakyat melalui pembayaran
cukai (al-Tobari, 2000; al-Qaradawi, 2006).
3)

Masolih mursalah

Hujah Kerajaan dibenarkan mengutip cukai daripada rakyat adalah


merujuk kepada maslahah yang wujud. Kerajaan perlukan sumber kewangan bagi
memenuhi maslahah umum rakyat seperti membina sekolah, masjid, pentadbiran
Kerajaan, jalan raya, dan sebagainya (Syaltut, 2004). Oleh itu, hujah Kerajaan
boleh mengutip cukai daripada rakyat adalah merujuk kepada kaedah fiqh:
a)

Memelihara maslahah dan menjauhkan kemudaratan


Kaedah Fiqh:


Maksudnya: "Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah
manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka." (al-Syatibi,
1997: 6/446)
Imam al-Syatibi menjelaskan, "Isu ini perlu dibahaskan dan maslahah
dalam isu ini adalah jelas. Jika Pemimpin zaman kini tidak menggunakan sistem
seperti ini (iaitu sistem percukaian), maka kuasa Pemimpin akan tergugat, maka
Negara Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir. Dengan syarat kuasa
yang dimiliki oleh Pemimpin itu digunakan secara adil." (1992: 1/619)
b)

Apabila bertembung antara dua kemudaratan

i)

Kaedah fiqh:


Maksudnya: "Apabila terdapat dua perkara yang memudaratkan,
diutamakan mudarat yang paling besar dengan melakukan perkara
11

yang paling kurang mudarat antara kedua-duanya." (al-Suyuti, 1990:


87)
Menurut Imam al-Ghazali, pemimpin dilarang mengutip cukai daripada
rakyat jika sekiranya harta benda yang berada dalam perbendaharaan negara
adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak
memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan
ketenteraan, dan jika dibiarkan tentera tidak terbela kebajikannya, mereka akan
sibuk mencari kerja yang lain, dan jika ini berlaku maka boleh mengancam
keselamatan negara, maka dibenarkan pemerintah mengenakan cukai kepada
golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan
ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera
sebagai ganti cukai. Kerana sebagaimana yang kita maklumi, apabila bertembung
antara dua kemudaratan, maka Islam menuntut untuk kita mengambil mudarat
yang lebih ringan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar berlaku (al-Ghazali,
1993:177-178).
ii)

Kaedah fiqh:






Maksudnya: "Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan
berlakunya kemudaratan umum." (Ibn Nujaym, 1999: 74)
Apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudaratan
khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak
dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan seperti
pembinaan sekolah, masjid dan seumpamanya. Oleh itu, menurut kaedah
"Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan
umum", Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi
maslahah umum (al-Qaradawi, 2006).
iii)

Kaedah fiqh:


Maksudnya: "Kerugian itu ditanggung bagi mendapatkan keuntungan."
(Majallah al-Ahkam al-'Adliyah, t.th.: 1/26; Rashid Reda, 1990: 11/352)
Kaedah ini menjelaskan, setiap pertanggungjawaban dan caj yang
dikenakan atas sesuatu, wajib ke atas individu yang mendapat faedah dan
manfaat dengannya (al-Mawsu'ah al-Fiqhiyah, 1427H: 28/264). al-Qaradawi
menjelaskan perkaitan kaedah ini dengan keharusan mengutip cukai, "Harta yang
dikutip daripada cukai dibelanjakan untuk keperluan umum yang manfaatnya
kembali kepada keseluruhan rakyat seperti pertahanan, keamanan, kehakiman,
pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, dan maslahah lain yang manfaatnya
kembali kepada umat Islam; sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika
setiap rakyat mendapat manfaat dengan wujudnya negara, rakyat menggunakan
kemudahan awam yang dibangunkan, diuruskan, dan dipelihara oleh Kerajaan,
demi memelihara keamanan dalam negara dan luar negara, maka rakyat perlulah
mengeluarkan sebahagian daripada hartanya sebagai tanggungjawab membantu
Kerajaan. Sebagaimana rakyat mendapat faedah dan keuntungan daripada
masyarakat melalui segala aspek aktiviti yang ada dalam negara, maka sebagai
balasannya, wajiblah setiap rakyat itu menanggung sedikit kerugian dengan
12

mengeluarkan sejumlah kecil daripada hartanya untuk membayar cukai, sebagai


pelaksanaan asas yang dinyatakan oleh para fuqaha', 'Kerugian itu ditanggung
bagi mendapatkan keuntungan'" (al-Qaradawi, 2006:2/1085-1086).
4)

Logik

Jika sumber pendapatan Negara yang dikutip daripada rakyat hanya


dikhususkan kepada zakat, maka perbelanjaan Negara akan terjejas. Zakat yang
dikutip, agihannya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Jika sesuatu perbelanjaan
Negara tidak berkaitan dengan lapan asnaf zakat, maka sumber zakat tidak boleh
digunakan. Contohnya, ulama berpendapat, harta zakat tidak boleh digunakan
untuk membina jambatan, membina jalan raya, mendalamkan sungai, membina
masjid, dan membina sekolah (Ibn Qudamah, 1968). Mengikut amalan Kerajaan
Islam terdahulu, keperluan pembinaan tersebut diambil daripada sumber Baitul
Mal daripada ghanimah (harta rampasan perang). Namun, suasana sekarang
sudah berubah. Tiada lagi sumber Baitul Mal daripada ghanimah (al-Qaradawi,
2006). Oleh itu, Kerajaan Islam di zaman kini memerlukan sumber pendapatan
lain, antaranya ialah cukai.

3.3

Pendapat Ketiga

Menurut majoriti ulama, Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat,


namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan
mengenakan cukai tetapi dengan syarat, cukai itu hanya untuk sementara waktu
dan ia hanya dikenakan ke atas rakyat yang kaya pada kadar tertentu pada waktu
wujudnya keperluan. Pendapat ini merupakan pendapat majoriti ulama terdahulu
dalam kalangan ulama bermazhab Hanafi (al-Zayla'i, 1313H: 3/242; al-'Ayni, 2000:
3/390; Ibn 'Abidin, 1992: 2/336), Maliki (Ibn al-'Arabi, 2003: 1/87-88; al-Qurtubi, 1964:
2/242; 1425H: 821), Syafi'i (al-Juwaini, 1401H: 259; al-Ghazali, 1971: 235-236; al-Ramli,
1984: 8/49-50), dan beberapa ulama semasa seperti Fatwa Syeikh al-Tohir Ahmad
al-Zawi; mufti Kerajaan Libya 1969-1986 (2006: 238-241), Fatwa Qadhi Hani bin
'Abd Allah al-Jubayr; Qadhi Makkah al-Mukarramah (7423H), 'Abd al-Wahhab
Khallaf (1988: 117), Yusuf al-Qaradawi (2006: 2/1080), Ali al-Qaradaghi (2009)
dan Monzer Kahf (2007).
Imam al-Ghazali (w505H) menjelaskan, jika terdapat maslahah, maka
Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai tambahan kepada individu kaya, beliau
berkata, "Kami berpendapat, Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai tambahan
jika zahir maslahah. Namun, bagi mengenalpasti maslahah tersebut, beberapa
asas perlu diambil kira. Pertama: cukai tambahan yang dikenakan pada zaman
kita ini, asasnya adalah pengambilan harta rakyat secara zalim dan ini tiada
alasan Syar'i untuk membenarkannya. Seseorang tentera jika gaji yang diterima
sudah mencukupi, sehingga yang diterima itu sudah cukup untuk keperluan
hidup setahun, namun cukai dikutip untuk menambah pendapatan mereka,
sehingga mereka bersenang-senang, bermewah-mewah dalam kehidupan,
melakukan
pembaziran
dengan
membina
bangunan-bangunan,
serta
menghiasinya seperti cara hidup pemimpin Qaisar, maka adakah ini dikatakan
maslahah untuk Kerajaan mengutip cukai tambahan? Sebaliknya, jika dalam
sesuatu keadaan, seseorang pemimpin itu ditaati dan memerlukan untuk
penambahan bilangan tentera, bagi menjaga keselamatan negara dan memelihara
kuasa, dan selepas segala usaha telah dilakukan untuk mencukupkan keperluan
perbelanjaan Kerajaan, namun Baitul Mal masih kekurangan sumber, dan para
tentera tidak mencukupi sumber pendapatannya, maka Pemimpin boleh
13

mengenakan cukai tambahan kepada golongan kaya bagi menyelesaikan masalah


tersebut. Namun, setelah sumber Baitul Mal mencukupi, maka Pemimpin perlu
memikirkan bagaimana untuk melaburkan sumber yang ada, agar sumber
pendapatan Kerajaan itu tidak hanya tertumpu kepada individu tertentu sahaja"
(1971: 235-236).
Ketika Raja al-Muzaffar Qutuz membuat ketetapan untuk mengenakan
cukai kepada rakyat bagi membantu perbelanjaan Kerajaan membuat persiapan
ketenteraan menghadapi serangan tentera Tartar, Imam 'Iz al-Din bin 'Abd alSalam (w660H) mengemukakan pendiriannya kepada Raja, "Jika musuh datang
menyerang Negara Islam, maka wajib sekalian rakyat berperang mempertahankan
Negara. Maka kamu boleh mengambil bayaran (cukai) daripada rakyat bagi
membantu jihad kamu. Dengan syarat, di dalam Baitul Mal sudah habis segala
sumber, kemudian kamu perlu terlebih dahulu menjual harta yang kamu miliki,
sama ada emas, perak atau apa-apa peralatan. Selanjutnya tentera perlu dihadkan
kenderaannya dan senjatanya. Tentera perlu bersama-sama dengan rakyat yang
lain, dikutip cukai secara sama rata. Manakala jika di tangan para tentera masih
ada harta dan senjata yang canggih, maka kamu dilarang mengutip cukai daripada
orang ramai." (Ibn Taghri, t.th.: 7/72-73).
Apabila Raja al-Zahir Baibers ingin membuat persiapan bagi menghadapi
serangan tentera Tartar di Syam, beliau mengumpulkan para ulama untuk
mengeluarkan fatwa bahawa dibenarkan kerajaan mengutip cukai daripada rakyat
untuk membantu kerajaan membuat persiapan ketenteraan. Para ulama' Syam
mengeluarkan fatwa bahawa Raja boleh melakukannya. Raja bertanya, "Masih
adakah ulama yang masih belum mengemukakan pendapatnya?" Dijawab, "Ya,
Syeikh Muhy al-Din al-Nawawi masih belum mengemukakan pendapatnya." Raja
mengarahkan agar al-Nawawi datang mengadapnya. Kemudian Raja mengarahkan,
"Kemukakan pendapat kamu sebagaimana mereka bersetuju agar aku boleh
mengutip cukai." Namun al-Nawawi enggan memberikan persetujuannya. Raja
bertanya, "Kenapa engkau enggan?" Jawab al-Nawawi, "Saya tahu, sebelum ini
kamu merupakan hamba yang ditawan oleh pemimpin Bunduqdar. Kamu tidak
memiliki harta. Kemudian Allah mengurniakan kepada kamu harta dan
menjadikan kamu sebagai Raja. Saya mendapat khabar bahawa kamu memiliki
seribu orang hamba lelaki. Setiap hamba memiliki tali pelana yang diperbuat
daripada emas. Kamu juga memiliki dua ratus orang hamba perempuan. Setiap
hamba itu memiliki sejumlah perhiasan. Jika kamu menyumbangkan semua harta
yang dimiliki oleh hamba kamu itu, sehingga hamba lelaki hanya mengguna tali
pelana yang diperbuat daripada bulu, dan hamba wanita kamu hanya berpakaian
biasa tanpa sebarang perhiasan, maka baru saya akan mengeluarkan fatwa
bahawa kamu boleh mengambil harta daripada rakyat." (al-Suyuti, 1967: 2/105)
Syeikh Shihab al-Din al-Ramli (w1004H) menjelaskan, Rakyat yang
berkemampuan dalam sesebuah Negara Islam wajib menghapuskan kemudaratan
daripada rakyat yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam.
Rakyat yang berkemampuan bermaksud, sesiapa yang mempunyai sumber
kewangan yang melebihi had keperluannya dan individu lain yang di bawah
tanggungannya selama setahun...antara maksud menghapuskan kemudaratan
daripada rakyat yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam ialah
menebus tawanan...dan juga pembangunan Negara seperti membina tembok
sempadan dan keperluan tentera yang menjaga perbatasan Negara. Semua
perbelanjaan tersebut diambil daripada Baitul Mal, kemudian jika tidak
mencukupi perbelanjaan itu perlu ditanggung oleh rakyat yang berkemampuan,
dan selanjutnya jika masih belum mencukupi, Pemimpin boleh mewajibkan
14

sesiapa yang dia kehendaki untuk menampung perbelanjaan tersebut." (al-Ramli,


1984: 8/49-50)
Dalil yang dikemukakan oleh pendapat ini ialah:
1)

Firman Allah SWT:

a)

Haram mengambil harta tanpa hak



Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah
(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang
dilakukan secara suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
mengasihani kamu."
(Surah al-Nisa', ayat 29)
Wajh al-dilalah: Ayat tersebut menegaskan memakan harta orang lain
adalah haram. Kerajaan yang mengenakan cukai sedangkan sumber Baitul Mal
masih mencukupi, ia termasuk dalam mengambil harta rakyat secara zalim dan
haram (al-'Ayni, 2000: 3/390; Ibn 'Abidin, 1992: 2/336; al-Ghazali, 1971: 235-236)
b)

Haram pembaziran




Maksudnya: "Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebunkebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohonpohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk,
rupa dan) rasanya; dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan
(warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah
dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya)
pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau
(pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan). Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang yang melampau."
(Surah al-An'am, ayat 141)
Wajh al-dilalah: Ayat ini secara jelas menerangkan hukum haram 'israf'
iaitu menggunakan harta secara berlebih-lebihan melampaui batasan yang
dibenarkan oleh Syarak. Imam al-Tobari menjelaskan, sebahagian ulama seperti
Ibn Zayd, berpendapat, peringatan Allah agar tidak berlaku 'israf' dalam ayat
tersebut adalah ditujukan kepada pemimpin. Pemimpin dilarang daripada
15

mengutip harta daripada rakyat secara zalim dan dilarang daripada menggunakan
harta yang telah dibayar oleh rakyat melalui zakat dan infaq secara 'israf' iaitu
menggunakan sumber pendapatan negara secara membazir dan melampaui had
yang dibenarkan oleh Syarak (al-Tobari, 2000: 12/172). Oleh itu pemimpin
diharamkan daripada mengutip cukai, melainkan jika terdapat maslahah
'daruriyat' atau 'hajiyat' sahaja.
c)

Tanggungjawab sosial adalah wajib


Firman Allah SWT:






Maksudnya: "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu
menghadapkan muka ke pihak timur dan barat. Tetapi kebajikan itu
ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, segala malaikat,
segala kitab, dan sekalian Nabi. Dan mendermanya seseorang akan
hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, anak yatim
dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan
kepada orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba abdi;
dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan
zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila
mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam
masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa
bertempur dalam perjuangan perang Sabil. Orang yang demikian
sifatnya, mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan
kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertakwa."
(Surah al-Baqarah, ayat 177)
Wajh al-dilalah: Walaupun secara dasarnya, kerajaan haram sewenangwenangnya mengutip cukai daripada rakyat, namun jika terdapat maslahah
sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat tersebut iaitu kerajaan memerlukan
sumber kewangan bagi memenuhi keperluan anak yatim, orang miskin, orang
yang terlantar dalam perjalanan, orang yang meminta, untuk memerdekakan
hamba abdi, urusan ketenteraan dan sebagainya, maka dibenarkan kerajaan
mengutip cukai kepada orang kaya sekadar memenuhi keperluan tersebut (Ibn
'Abidin, 1992: 2/336; Ibn al-'Arabi, 2003: 1/87-88; al-Qurtubi, 1964: 2/242; alRamli, 1984: 8/49-50).
2)

Hadis Rasulullah saw

a)

Pengharaman al-maks
Ruwaifi' bin Thabit melaporkan, Rasulullah saw bersabda:
16

))((
Maksudnya: "Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-maks
(sebahagian ulama menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam
neraka." Hadis hasan sahih direkod oleh Imam Ahmad (2001:28/526)
dan al-Tobarani (1994: 5/29).
Wajh al-dilalah: Hadis ini secara jelas menyatakan bahawa Kerajaan yang
mengutip cukai daripada rakyat secara zalim kerana tiada maslahah yang
mendesak adalah haram (al-'Ayni, 2000: 3/390).
b)

Rakyat hanya wajib membayar zakat


Fatimah binti Qais melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda:

))((
Maksudnya: "Pada harta seseorang itu tiada yang wajib dibayar
melainkan zakat." Hadis direkod oleh Imam Ibnu Majah (t.th.: 1/570)
Wajh al-dilalah: Hadis tersebut secara jelas menyatakan, rakyat hanya wajib
membayar zakat. Sesiapa yang telah membayar zakat, maka hartanya sudah
bersih dan dia tidak boleh diwajibkan untuk membayar bayaran yang lain
termasuk cukai. Imam Ibn al-'Arabi menjelaskan, "Pendapat yang sahih ialah pada
harta itu tiada hak melainkan zakat. Namun, jika seseorang telah membayar
zakat, kemudian wujud keperluan 'hajiyat' untuk membantu kerajaan, maka
pemilik harta wajib membantu. Ini disepakati dalam kalangan ulama. Imam Malik
menjelaskan, 'Seluruh umat Islam wajib membantu untuk menebus tebusan
dalam kalangan orang Islam. Jika harta kerajaan telah habis digunakan untuk
membayar tebusan tersebut, serta kutipan zakat sudah pun dikutip, maka adakah
wajib rakyat yang kaya membantu orang fakir selain zakat? Terdapat perbezaan
pendapat berkaitan isu ini. Pendapat yang lebih benar menurut saya ialah rakyat
yang kaya wajib membantu orang fakir selain zakat.'" (2003: 1/87-88)
c)

Arahan Nabi Muhammad kepada Safwan bin Umayyah

Jabir bin 'Abd Allah melaporkan, "Rasulullah saw membuat persiapan


untuk peperangan Hunayn...kemudian Rasulullah saw mengutus utusan bertemu
dengan Safwan bin Umaiyah untuk meminta daripadanya 100 perisai sebagai
balasan kepada jaminan keselamatan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw
kepada Safwan. Safwa bertemu dengan Rasulullah lalu bertanya, 'Adakah kamu
hendak mengambilnya secara paksa wahai Muhammad?' Rasulullah saw
menjawab, 'Bukan. Ia hanya pinjaman yang dijamin sehingga kami
memulangkannya kepada kamu.'" Hadis direkodkan oleh Imam al-Bayhaqi (1989:
2/310).
Wajh al-dilalah: Hadis ini menjelaskan bahawa Kerajaan boleh mengambil
sesuatu daripada rakyat untuk memenuhi keperluan umum. Dalam kes tersebut,
Nabi Muhammad saw meminjam perisai daripada Safwan sebagai balasan kepada
jaminan keamanan yang diberikan oleh baginda sebagai Ketua Negara. Ini
menunjukkan, jika wujud maslahah 'hajiyah' kerajaan boleh mengenakan cukai
kepada rakyat (al-Zayla'i, 1313H: 3/242).

17

3)

Kaedah fiqh

a)

Darurat mengharuskan larangan


Kaedah:


Maksudnya: "Apabila wujud darurat, maka dibenarkan untuk
melakukan larangan." (al-Ghazali, 2004: 130; al-Subki, 1991: 45; alSyatibi, 1997: 5/99; al-Zarkasyi, 1985: 2/317)
Hukum asal mengutip cukai adalah haram. Namun, jika terdapat maslahah
'daruriyat', kerajaan boleh mengutip cukai daripada rakyat, dengan syarat
maslahah tersebut telah dikenalpasti dan agihan kutipan cukai benar-benar
memenuhi maslahah tersebut, iaitu jika tidak dikutip cukai, maka maslahah
umum tidak dapat dipenuhi (Ibn 'Abidin, 1992: 2/336; al-Zawi, 2006: 238-241;
Khallaf, 1988: 117)
b)

Apabila bertembung antara dua kemudaratan


Kaedah:


Maksudnya: "Apabila terdapat dua perkara yang memudaratkan,
diutamakan mengelakkan mudarat yang paling besar dengan
melakukan perkara yang paling kurang mudarat antara kedua-duanya."
(al-Suyuti, 1990: 87)
Menurut Imam al-Ghazali, pemimpin dilarang mengutip cukai daripada
rakyat jika sekiranya harta benda yang berada dalam perbendaharaan negara
adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak
memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan
ketenteraan, dan jika dibiarkan tentera tidak terbela kebajikannya, mereka akan
sibuk mencari kerja yang lain, dan jika ini berlaku maka boleh mengancam
keselamatan negara, maka dibenarkan pemerintah mengenakan cukai kepada
golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan
ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera
sebagai ganti cukai. Kerana sebagaimana yang kita maklumi, apabila bertembung
antara dua kemudaratan, maka Islam menuntut untuk kita mengambil mudarat
yang lebih ringan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar berlaku (al-Ghazali,
1993:177-178).
c)

Kaedah:


Maksudnya: "Ditanggung kemudaratan yang kecil untuk mengelakkan
berlakukan kemudaratan yang lebih besar." (al-Razi, 1420H: 21/492; alKhazin, 1415H: 3/174; al-Syarbini, 1285H: 2/399; al-Zayla'i, 1313H:
3/242)

18

Imam al-Zayla'i (w743H) menjelaskan, "Haram Kerajaan mengenakan


kutipan untuk tentera jika ada sumber fai', iaitu jika seseorang Pemimpin
mewajibkan cukai kepada rakyat untuk diberikan kepada tentera yang keluar
berjihad kerana ia termasuk hukum haram memberikan upah bagi melaksanakan
ketataan. Hakikatnya kutipan cukai seumpama itu adalah haram kerana harta
Baitul Mal adalah untuk kegunaan umum. Namun jika di dalam Baitul Mal sudah
tiada sumber pendapatan daripada fai', maka tidak haram Kerajaan mengenakan
cukai kerana maslahah 'hajiyah' kepada jihad sangat mendesak ketika itu. Ini
adalah berasaskan kaedah 'Ditanggung kemudaratan yang kecil untuk
mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar'. Buktinya, Nabi
Muhammad saw pernah mengambil perisai daripada Safwan pada waktu adanya
keperluan." (al-Zayla'i, 1313H: 3/242)

3.4
Analisa Pendapat Ulama Tentang Amalan Percukaian Dalam Negara
Islam
Setiap pendapat yang dikemukakan mempunyai dalil dan wajh al-dilalah
yang tersendiri. Berikut dibincangkan setiap dalil yang dikemukakan.

3.4.1 Analisa dalil pendapat pertama


Menurut sebahagian ulama, Kerajaan haram mengutip cukai daripada
rakyat. Hujah mereka:
1)
Pengutip cukai (al-makkas) adalah antara golongan yang melakukan
kezaliman kepada manusia, dan melakukan kezaliman adalah haram berdasarkan
firman Allah SWT surah al-Syura, ayat 42. Di samping itu, pengutip cukai juga
telah mengurangkan hak rakyat dan ia juga haram sebagaimana firman Allah SWT
surah Yusuf, ayat 20 dan surah Hud, ayat 85.
Menurut pendapat kedua, cukai yang dibenarkan untuk Kerajaan kutip
adalah bersyarat iaitu cukai itu tidak menzalimi rakyat yang tidak berkemampuan.
Oleh itu, hujah ini tidak dipertikaikan, namun ia bukan menjadi hujah bahawa
semua cukai adalah haram. Cukai yang haram ialah cukai yang zalim, manakala
cukai yang dikutip untuk tujuan memenuhi maslahah umum rakyat tidak
termasuk dalam kezaliman yang diharamkan dalam ayat yang dinyatakan (alQaradawi, 2006).
2)
Allah mengharamkan semua manusia termasuk kerajaan mengambil harta
tanpa hak, sebagaimana firman Allah SWT surah al-Nisa', ayat 29 dan hadis
riwayat Abu Hurairah dan 'Amr bin Yathribi. Berdasarkan ayat dan hadis ini,
hukum asal memakan, mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang
dibenarkan syariat adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang
diharuskan syariat. Hukum Kerajaan mengenakan cukai selain daripada zakat
adalah haram kerana ia termasuk dalam cara mengambil harta orang lain yang
bukan berdasarkan kebenaran Syarak. Ini disebabkan Syarak hanya
membenarkan Kerajaan mengutip zakat daripada rakyat yang beragama Islam dan
dikuatkan dengan hadis yang melarang mengambil cukai tambahan selain zakat
daripada rakyat yang beragama Islam.
Menurut pendapat yang membenarkan kerajaan mengutip cukai, wajh aldilalah yang dikemukakan terhadap ayat tersebut bagi menyokong pendapat
19

haram mengutip cukai adalah tidak diterima. Ini disebabkan terdapat arahan
Allah SWT agar umat Islam saling bantu membantu daripada aspek kewangan
kepada golongan yang memerlukan, selain daripada kewajipan zakat seperti ayat
177 surah al-Baqarah. Ayat ini secara jelas menyatakan bahawa tanggungjawab
seseorang itu bukan hanya sekadar membayar zakat, tetapi perlu saling bantu
membantu dalam tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial dengan memelihara
maslahah umum adalah tugas utama Kerajaan Islam. Oleh itu, Kerajaan boleh
mewajibkan mana-mana rakyatnya untuk memastikan tanggungjawab sosial
dilaksanakan dan antara caranya ialah dengan mengenakan cukai dan dengan
cukai itu Kerajaan boleh memenuhi maslahah umum rakyat (Ibn Hazm, t.th., Ibn
Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006).
3)
Selanjutnya hujah bagi pendapat haram kerajaan mengutip cukai ialah
berpandukan hadis Nabi Muhammad saw, "Sesungguhnya pemimpin yang
mengenakan al-maks (cukai) adalah di dalam neraka." Oleh itu, mengutip cukai
adalah termasuk dalam salah satu dosa besar.
Menurut pendapat yang membenarkan kerajaan mengutip cukai, mereka
menerima hadis ini sebagai hadis sahih. Namun wajh al-dilalah yang digunakan
oleh pendapat pertama tidak dipersetujui oleh pendapat yang lain. Wajh al-dilalah
yang dikemukakan oleh pendapat yang mengharamkan cukai terhadap hadis ini
ditolak kerana beberapa asas:
i)
Hadis ini memang secara jelas mengharamkan kutipan cukai dan pengutip
cukai telah melakukan dosa besar, namun bukan mencakupi semua jenis cukai.
Cukai yang dimaksudkan dalam hadis tersebut hanya merujuk kepada cukai yang
zalim. Manakala cukai yang dikutip bagi tujuan kerajaan memenuhi keperluan
umum rakyat, tidak termasuk dalam 'al-maks' yang diharamkan oleh Nabi
Muhammad saw.
Berdasarkan analisa kepada pendapat
diharamkan oleh Nabi Muhammad saw ialah:

ulama,

ciri

'al-maks'

yang

a)

Cukai yang dikutip (al-Harawi, 2001: 10/54; al-Farabi, 1987: 3/979; Ibn Manzur,
1414H: 6/220; al-Zabidi, t.th.: 16/514-516) secara zalim (al-Khattabi, 1982: 1/219;
al-Rahibani, 1994; al-Raysuni, 1992: 352) dan melampaui batas (al-Baghawi, 1983:
10/61), oleh pegawai kerajaan yang zalim (Muslim bin al-Hajjaj, t.th.)

b)

Cukai tersebut tidak berasaskan kepada kebenaran Syarak (al-Alusi, 1981:


273; Ibn Muflih, 2003: 10/347; al-Hijawi, t.th.: 2/52; al-Buhuti, t.th.: 3/139; alSyawkani, 1993: 7/132; al-Rahibani, 1994: 2/619; al-Qari, 2002: 6/2337).

c)

Cukai dikutip, diagih dan diurus secara berlawanan dengan hukum Syarak
(al-Suyuti, 1994: 19/500).

d)

Cukai yang dikutip mempunyai elemen rasuah kerana pada asalnya 'al-maks'
yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah, wakil
pemerintah mengutip 'al-maks' daripada peniaga di pasar secara batil (alMaqrizi, 1418H: 3/218).

e)

Cukai yang dikutip menjejaskan hak orang miskin (al-Bayhaqi, 2003: 7/26).

f)

Cukai yang dikutip membebankan pembayar cukai seperti dikenakan cukai


ketika dalam kesempitan dan dikutip secara paksa (al-Qari, 2002: 6/2337).

20

g)

Cukai yang dikutip untuk digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin


tanpa berdasarkan kepentingan umum (al-Munawi, 1988: 2/505).

Cukai yang diharamkan dalam hadis tersebut ialah seperti cukai yang
dikutip oleh Kerajaan yang zalim semasa zaman kelahiran Islam; sama ada di
Mekah atau negara-negara lain. Cukai yang dikutip menzalimi rakyat,
dibelanjakan bukan secara yang dibenarkan oleh Syarak, serta ia tidak diagihkan
secara adil. Cukai yang dikutip bukan untuk kegunaan kepentingan umum,
bahkan hanya sekadar untuk memenuhi keperluan dan kepentingan nafsu
syahwat para raja dan pemimpin, serta kuncu-kuncunya. Oleh itu, jika cukai yang
dikutip bukanlah seperti cukai yang zalim tersebut, dengan memenuhi syarat yang
bertepatan dengan hukum Syarak, maka cukai itu tidak termasuk dalam maksud
'al-maks' yang diharamkan oleh Nabi Muhammad saw (al-Qaradawi, 2006:
2/1102-1103).
ii)
Selanjutnya, dalil yang menunjukkan jika cukai yang dikutip bukan cukai
yang zalim, maka ia dibenarkan oleh Syarak. Walaupun majoriti ulama
mentafsirkan 'sohib al-maks' sebagai 'al-'asysyar'; pengutip cukai al-'usyur iaitu
cukai yang dikutip di pasar ke atas para peniaga (al-Harawi, 2001: 10/54; al-Farabi,
1987: 3/979; al-'Askari, t.th.: 1/173; Ibn Manzur, 1414H: 6/220; al-Zabidi, t.th.: 16/514516; al-Hamidi, 1995: 95; al-Hakim, 1990: 1/562; al-Alusi, 1981: 273; al-Jassas, 1405H,
4/365; al-Maqrizi, 1418H: 3/218; Ahmad, 2001: 28/526; al-Bayhaqi, 2003: 7/26; alKhattabi, 1932: 3/4; al-Baghawi, 1983: 10/61; al-Toyyuri, 2004: 1/174; al-Suyuti, t.th.:
264; al-Qari, 1985: 187; 2002: 6/2337; al-Munawi, 1988: 2/505; al-'Azim Abadi, 1415H:
8/111; Ibn 'Abidin, 1992: 2/310; al-Bujairami, 1995: 4/170; al-Qurtubi, 1425H: 821; Ibn
Hajar al-Haytami, 1987: 299; al-Mawsu'ah al-Fiqhiyah, 1427H: 38/377), namun bukan

semua 'al-'usyur' diharamkan oleh Syarak kerana semasa pemerintahan Umar,


beliau telah mengenakan cukai 'usyur kepada peniaga yang berniaga di Madinah.
Ibrahim bin Muhajir melaporkan, saya mendengar Ziyad bin Jarir berkata, "Saya
adalah pegawai pertama dalam Islam yang diarahkan oleh Umar untuk mengutip
cukai 'usyur di pasar." (Abu Yusuf, t.th.: 135; al-Maqrizi, 1418H: 3/219)

'Abd al-Rahman bin Ma'qal melaporkan, saya pernah bertanya kepada Ziyad
bin Jarir, "Daripada siapa kamu kutip cukai 'usyur?" Beliau menjawab, "Kami
tidak mengutip cukai daripada peniaga Muslim dan tidak juga daripada peniaga
bukan Islam yang mengikat perjanjian damai dengan kerajaan Islam (kafir
mu'ahad). Tetapi kami hanya mengutip cukai daripada peniaga bukan Islam yang
berasal daripada negara yang memerangi Islam (kafir harbi), sebagaimana mereka
mengutip cukai daripada peniaga Muslim apabila berniaga di negara mereka." (alMaqrizi, 1418H: 3/219) al-Sa'ib bin Yazid melaporkan, "Saya pernah berada di
pasar Madinah semasa pemerintahan Umar. Pada ketika itu kami mengutip cukai
al-'usyur daripada peniaga berbangsa Qibti." (al-Maqrizi, 1418H: 3/219) Tindakan
Umar mengambil cukai 'usyur menjadi hujah kerana ia dianggap sebagai ijma'
sukuti kerana tiada siapa dalam kalangan sahabat yang menentang tindakan
Umar tersebut (al-Syawkani, 1993: 8/221).
Umar bukan sahaja berijtihad memperkenalkan kutipan cukai 'usyur,
bahkan beliau juga memperkenalkan cukai al-kharaj yang tidak pernah
dilaksanakan dalam zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar
(al-Azraq, 1980). Abdullah bin Umar melaporkan bahawa cukai kharaj mula
diperkenalkan pada zaman pemerintahan Umar (Ibn Rajab, 1985: 13), al-Sya'bi
turut melaporkan athar yang sama (Abu 'Ubayd, 2007: 2/206).
Ini menunjukkan, maksud 'al-maks' dalam hadis Nabi bukan mencakupi
semua bentuk cukai, tetapi hanya merujuk kepada cukai yang zalim. Ini bermakna
21

terdapat cukai yang diharamkan dan ada juga yang dibenarkan (al-Mawsu'ah alFiqhiyah, 1427H: 38/378)
iii)
Terdapat sebahagian ulama mentafsirkan maksud 'sohib al-maks' yang
dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah pegawai yang ditugaskan oleh Kerajaan
untuk mengutip zakat, tetapi mereka mengenakan upah tambahan kepada
pembayar zakat. Atau ada juga pegawai yang mengurangkan harta zakat yang
dibayar sebagai upah untuk mereka (Ahmad, 2001: 28/526; al-Bayhaqi, 2003: 7/26;
al-Zabidi, t.t.h: 16/514; al-Harawi, 2001: 10/54; al-Munawi, 1356H: 6/449; al-Syawkani,
1993: 7/132; al-'Azim Abadi, 1415H: 8/111; al-Mawsu'ah al-Fiqhiyah, 1427H: 38/377) . Ini

bermakna, hadis tersebut tidak secara khusus mengharamkan kerajaan mengutip


cukai, tetapi antara maksudnya ialah pegawai zakat pengkhianat yang mengambil
rasuah (al-Bayhaqi, 2003: 7/26; al-Munawi, 1356H: 6/449; al-Maqrizi, 1418H: 3/218).
4)
Selanjutnya, pendapat yang mengharamkan kutipan cukai berhujah dengan
hadis riwayat Talhah bin Ubaydillah dan Fatimah binti Qais, yang menjelaskan
bahawa rakyat hanya wajib membayar zakat. Mereka mengemukakan wajh aldilalah daripada dua hadis tersebut bahawa sesiapa yang telah membayar zakat,
maka hartanya sudah bersih dan dia tidak boleh diwajibkan untuk membayar
bayaran yang lain termasuk cukai.
Pendapat yang membenarkan kerajaan mengutip cukai menolak status
hadis dan wajh al-dilalah yang dikemukakan.
i)
Hadis riwayat Talhah bin Ubaydillah adalah hadis sahih, namun wajh aldilalah yang menghubungkan hadis tersebut dengan tiada hak dalam harta
melainkan hanya zakat tidak tepat. Ini disebabkan terdapat banyak ayat al-Quran
dan hadis yang mewajibkan setiap individu muslim yang berkemampuan untuk
membelanjakan hartanya selain daripada zakat untuk memenuhi kepentingan
sosial. Contohnya ayat 177 surah al-Baqarah yang secara jelas menyatakan
bahawa tanggungjawab seseorang itu bukan hanya sekadar membayar zakat,
tetapi perlu saling bantu membantu dalam tanggungjawab sosial. Tanggungjawab
sosial dengan memelihara maslahah umum adalah tugas utama Kerajaan Islam.
Oleh itu, Kerajaan boleh mewajibkan mana-mana rakyatnya untuk memastikan
tanggungjawab sosial dilaksanakan dan antara caranya ialah dengan mengenakan
cukai dan dengan cukai itu Kerajaan boleh memenuhi maslahah umum rakyat
(Ibn Hazm, t.th., Ibn Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006; al-Qaradaghi, 2009).
Penolakan hujah pendapat yang membenarkan kutipan cukai ini telah
ditolak oleh pendapat pertama yang mengharamkan cukai. Mereka berkata mereka
bersetuju dengan hujah pendapat yang membenarkan cukai dengan alasan untuk
melaksanakan tanggungjawab sosial. Namun mereka berpendapat, pada zaman
pemerintahan Nabi Muhammad saw, tanggungjawab sosial tersebut dilaksanakan
oleh Nabi Muhammad secara memberi galakan kepada sahabat yang
berkemampuan untuk melaksanakannya. Baginda tidak menambah kewajipan
kewangan selain daripada zakat (Karami, 1427H; al-Somali, 2011)
ii)
Manakala hadis riwayat Fatimah binti Qais dan direkodkan oleh Imam Ibn
Majah yang menjelaskan bahawa tiada kewajipan mengeluarkan harta melainkan
zakat sahaja, status hadis ini dipertikaikan. Menurut al-Bayhaqi (2003), al-Nawawi
(1995), dan al-Albani (Ibn Majah, t.t.h.: 1/ 570), hadis tersebut adalah sangat daif.
Bahkan terdapat rekod al-Tobari dan al-Tirmizi, bahawa salah seorang periwayat
hadis tersebut iaitu Yahya bin Adam melaporkan, Fatimah binti Qais melaporkan
hadis, "Sesungguhnya pada harta itu ada hak selain zakat." (al-Tobari, 2000:

22

3/342; al-Tirmizi, 1975: 3/39) Al-Albani menjelaskan bahawa hadis ini daif (alTirmizi, 1975: 3/39).

3.4.2 Analisa dalil pendapat kedua


Menurut sebahagian ulama, Kerajaan dibenarkan mengutip cukai daripada
rakyat. Hujah mereka:
1)
Kerajaan dibenarkan mengutip cukai daripada rakyat selain daripada
kewajipan zakat bagi memenuhi tanggungjawab kerajaan memelihara kepentingan
umum negara dan rakyat, berdasarkan wajh al-dilalah daripada surah al-Baqarah,
ayat 177, ayat 94 surah al-Kahfi, dan hadis yang dilaporkan oleh 'Abd al-Rahman
bin Abi Bakr berkaitan ahli suffah.
Hujah ini ditolak oleh pendapat pertama yang menyatakan kutipan cukai
adalah haram. Mereka bersetuju dengan hukum wajib saling bantu membantu
dalam tanggungjawab sosial. Tetapi berdasarkan amalan Nabi Muhammad saw,
baginda tidak mewajibkan rakyat membayar cukai tambahan untuk baginda
melaksanakan tanggungjawab sosial tersebut. Baginda melaksanakan tugas itu
dengan memberikan galakan kepada rakyat yang berkemampuan untuk
melaksanakan tugas tersebut. Oleh sebab itu, wajh al-dilalah daripada ayat
tersebut yang dikaitkan dengan keharusan kerajaan mengutip cukai adalah tidak
diterima (Karami, 1427H: 162).
Contohnya, bagi menguruskan bekalan air untuk rakyat Madinah, baginda
tidak mengutip cukai dan tidak menggunakan sumber baitul mal untuk
melakukannya. Baginda memberikan galakan kepada para sahabat yang
berkemampuan untuk membeli telaga al-rumah dan kemudiannya diwakafkan
untuk kegunaan seluruh rakyat Madinah. Baginda menjanjikan syurga bagi
amalan soleh tersebut. Begitu juga, apabila masjid Nabawi sudah tidak dapat
menampung bilangan jemaah yang semakin ramai, lalu baginda menawarkan
syurga bagi siapa yang dapat membeli tanah di kawasan sekitar masjid dan
kemudian diwakafkan. Dalam beberapa siri peperangan, baginda menggunakan
kaedah yang sama untuk mengumpulkan sumber kewangan bagi membiayai
keperluan ketenteraan. Kesemua tawaran tersebut telah disambut oleh Uthman
bin al-'Affan. Fakta ini berdasarkan hadis hasan yang bersumberkan laporan
Uthman bin 'Affan yang direkodkan oleh Imam al-Tirmizi (1975: 5/627).
2)
Berdasarkan ayat 41 surah al-Taubah, Allah SWT mewajibkan setiap
individu muslim agar berjihad dengan harta dan nyawanya. Kewajipan berjihad
dengan mengeluarkan harta tidak termasuk kewajipan membayar zakat. Ini
membuktikan bahawa selain daripada wajib membayar zakat, umat Islam juga
wajib mengeluarkan hartanya untuk berjihad. Dan antara urusan jihad ialah
Kerajaan memerlukan perbelanjaan ketenteraan bagi menjamin keselamatan
negara. Oleh itu, Kerajaan boleh mengenakan cukai sebagai salah satu cara
memenuhi maslahah tersebut.
Wajh al-dilalah daripada ayat ini ditolak oleh pendapat yang mengharamkan
cukai, sebagaimana penolakan hujah yang pertama iaitu Nabi Muhammad saw
tidak mewajibkan rakyat membayar cukai tambahan untuk baginda mengurus
tanggungjawab ketenteraan. Baginda melaksanakan tugas itu dengan memberikan
galakan kepada rakyat yang berkemampuan untuk melaksanakan tugas tersebut.

23

Oleh sebab itu, wajh al-dilalah daripada ayat tersebut yang dikaitkan dengan
keharusan kerajaan mengutip cukai adalah tidak diterima (Karami, 1427H: 162).
3)
Berpandukan hadis Nabi Muhammad saw yang dilaporkan oleh Fatimah
binti Qais bahawa tanggungjawab terhadap harta bukan hanya terbatas kepada
zakat.
Kehujahan hadis tersebut adalah ditolak oleh pendapat yang
mengharamkan cukai kerana ia hadis daif yang direkodkan oleh Imam al-Tirmizi
(1975: 3/39). Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah.
4)
Kebenaran kerajaan mengutip cukai adalah berdasarkan kepada siyasah
Syar'iyah yang berpandukan masolih mursalah dan kaedah-kaedah fiqh yang
menjelaskan tentang konsep memenuhi maslahah dan menjauhi mafsadah.
Menurut pendapat yang mengharamkan cukai, wajh al-dilalah daripada
hujah masolih mursalah yang dikemukakan ini tidak menggambarkan bahawa
kutipan cukai itu boleh dibenarkan. Ini disebabkan, mengikut kebiasaan cukai
yang dikutip oleh para pemimpin, ia adalah cukai yang zalim serta tidak
digunakan secara adil (al-'Ayni, 2000: 3/390; al-Sarakhsi, 1993: 2/199; alGhazali, 1971).
Oleh itu, hujah yang mengatakan bahawa kerajaan boleh mengutip cukai
kerana untuk memenuhi maslahah adalah tidak diterima, melainkan jika ia benarbenar dapat dipastikan cukai yang dikutip tidak disalah guna untuk kepentingan
pemimpin dan kuncu-kuncunya. Hujah untuk menolak wajh al-dilalah daripada
masolih mursalah tersebut ialah sad al-dhara'i, iaitu jika dibenarkan pemimpin
mengutip cukai daripada rakyat, maka akan terdedah kepada penyelewengan
sumber negara dan penindasan kepada rakyat.
5)
Selanjutnya pendapat yang membenarkan kutipan cukai berhujah dengan
hujah logik iaitu jika kerajaan dihalang daripada mengutip cukai dan hanya
bergantung kepada sumber kewangan negara yang terhad seperti zakat, maka
kerajaan tidak dapat melaksanakan peranannya untuk memenuhi maslahah
umum untuk rakyat dan pembangunan negara.
Hujah ini juga ditolak oleh pendapat yang mengharamkan cukai, kerana
kerajaan masih boleh berperanan bagi memenuhi maslahah umum untuk rakyat
dan pembangunan negara dengan tanpa mengenakan cukai, sebagaimana contoh
praktikal yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dalam pemerintahan baginda.
Bahkan hujah berpandukan kepada hadis Nabi Muhammad saw tentang dosa
besar pengutip cukai sehingga dosanya lebih besar berbanding orang yang berzina
(al-Yusuf, 1984: 54), adalah lebih kuat berbanding hujah logik tersebut.

3.4.3 Analisa dalil pendapat ketiga


Menurut majoriti ulama, Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat,
namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan
mengenakan cukai tetapi dengan syarat, cukai itu hanya untuk sementara waktu
dan ia hanya dikenakan ke atas rakyat yang kaya pada kadar tertentu pada waktu
wujudnya keperluan. Mereka menggabungkan dalil pendapat pertama iaitu haram
mengutip cukai, dan sebahagian dalil pendapat kedua yang menjelaskan tentang
kebenaran mengutip cukai kerana sesuatu maslahah.

24

3.5

Keputusan Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama


Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah
membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST).
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1)
Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang
telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil
penyelidikan yang telah dikemukakan.
2)
Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:
i)
Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat
dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah
isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang
berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan
maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.
ii)
Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak
adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan
mengutip
cukai
bagi
memenuhi
maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi
tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk
keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
iii)
Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili alSyafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan
Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai
kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum
pentadbiran negara.
iv)
Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai
daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak,
maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi
maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:


3)

Maksudnya: "Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah


manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka."
Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan
bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud
kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun,
jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan
oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:



( Ditanggung
4)

kemudaratan khusus untuk mengelakkan

berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip


cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam
mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti
Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh
Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk
negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter
syarak seperti berikut:
i)
Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii)
Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
25

iii)
iv)
v)
vi)

Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat


dan Hajiyat;
Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa
dan Setempat.

PARAMETER PELAKSANAAN GST MENURUT FIQH KONTEMPORARI

Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, bagi memastikan pelaksanaan


GST menepati hukum Syarak, maka parameter berikut perlu dipenuhi:

1)

Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam

Kerajaan yang dibenarkan mengutip cukai daripada rakyat adalah kerajaan


yang komited dalam melaksanakan Syariat Islam secara menyeluruh dalam
segenap aspek pemerintahannya (al-Somali, 2011), dan pemimpin tersebut
mestilah seorang yang adil (al-Syatibi, 1992). Ini dapat dilihat secara praktikal
dalam pemerintahan Umar bin al-Khattab. Beliau terkenal dengan pemimpin Umat
Islam pertama yang mengutip cukai tambahan iaitu cukai 'usyur dan kharaj.
Dalam masa yang sama, Umar sentiasa memastikan bahawa segala tindakan dan
keputusannya bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan Nabi Muhammad saw.
Sufyan bin Abi al-'Awja' melaporkan, "Umar berkata, 'Demi Allah! Saya tidak
pasti, adakah saya ini seorang Khalifah yang adil, atau seorang Raja yang zalim!
Jika saya seorang Raja yang zalim, ini satu bencana yang besar!' Lalu berkata
seseorang, 'Wahai Pemimpin orang beriman! Sesungguhnya ada beza antara
Khalifah dan Raja.' Umar bertanya, 'Apa perbezaan itu?' Lelaki itu menjawab,
'Khalifah tidak mengambil sesuatu daripada rakyatnya melainkan dengan cara
yang benar dan diagihkan juga kepada yang benar. Segala puji bagi Allah, kamu
telah melakukannya. Manakala Raja merampas sesuatu daripada rakyatnya,
diambil daripada seseorang dan diserah pula kepada orang lain.' Umar terdiam
mendengar penjelasan itu." (Ibn Sa'ad, 1990: 3/233)
Oleh itu, Kerajaan Malaysia perlu memberikan komitmen dan kesungguhan
yang tinggi serta berusaha semampu mungkin dalam ruang siyasah al-Syar'iah
untuk melaksanakan Syariat Islam secara menyeluruh.

2)

Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan

Syarat selanjutnya bagi membolehkan Kerajaan mengutip cukai daripada


rakyat ialah Kerajaan benar-benar memerlukan sumber kewangan bagi tujuan
memenuhi maslahah rakyat. Dalam masa yang sama Kerajaan sudah memastikan
tiada sumber lain yang boleh diperoleh untuk menampung keperluan tersebut.
Namun jika sumber kewangan masih mencukupi dalam Baitul Mal, atau Kerajaan
masih boleh mengusahakan sumber pendapatan lain seperti hasil petroleum dan
seumpamanya, maka haram Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat (al-Zayla'i,
1313H; al-'Ayni, 2000; Ibn 'Abidin, 1992; Ibn al-'Arabi, 2003; al-Qurtubi, 1964; Ibn
al-Musili, t.th.; al-Ghazali, 1971; al-Suyuti, 1967; al-Ramli, 1984; al-Zawi, 2006;
al-Qaradawi, 2006; al-Qaradghi, 2009; al-Raysuni, 1992; Kahf, 2007; al-Somali,
2011).
26

Oleh itu, bagi memastikan keharusan pelaksanaan cukai barangan dan


perkhidmatan (GST), Kerajaan Malaysia perlu memastikan keperluan mendesak
kepada cukai tersebut bagi tujuan memenuhi maslahah pembangunan rakyat dan
negara, dengan memastikan bahawa sumber pendapatan sedia ada memang tidak
mencukupi.

3)

Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Daruriyat dan


Hajiyat

Kerajaan hanya dibenarkan mengutip cukai jika keperluan kepada


tambahan kewangan Negara bagi memenuhi maslahah daruriyat (al-Syatibi, 1992;
al-Ghazali, 1993; al-Nawawi, 1991; Ibn 'Abidin, 1992; al-Zawi, 2006; Khallaf, 1988)
dan hajiyat (Ibn al-'Arabi, 2003; al-Zayla'i, 1313H; al-Ramli, 1984; Syaltut, 2004;
al-Qaradawi, 2006; al-Qaradaghi, 2009; al-Raysuni, 1992). Ini bermakna, jika
sesuatu keperluan tidak mencapai tahap daruriyat atau hajiyat, iaitu hanya
sekadar maslahah tahsiniyat dan kamaliyat, maka Kerajaan diharamkan daripada
mengutip cukai. Kerajaan diharamkan daripada mengutip cukai berasaskan
wawasan dan gagasan pemimpin. Ia perlu dirujuk kepada maqasid al-Syari'ah (alRaysuni, 1992).
Oleh itu, satu penyelidikan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi
memastikan tujuan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah
untuk menampung perbelanjaan bagi memenuhi masalahah 'daruriyat' dan
'hajiyat' untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
Berdasarkan kajian ini, terdapat maslahah dan mudarat daripada
pelaksanaan GST. Dapatan analisa temubual dan perbincangan kumpulan fokus
menunjukkan antara maslahah yang diperoleh hasil daripada GST ialah maslahah
untuk Kerajaan iaitu: peningkatan pendapatan kerajaan, mencegah ketirisan
sumber pendapatan negara, mempertingkatkan pengagihan kepada rakyat,
menyokong mekanisme kawalan dan pemantauan harga, dan peningkatan
kredibiliti negara kepada pelabur. Manakala maslahah untuk Rakyat pula ialah:
menikmati sistem cukai yang lebih adil, peningkatan kuasa pengguna,
penghapusan cukai berganda, penurunan harga barangan asas, prasarana yang
lebih baik, dan dorongan untuk berbelanja secara berhemah. Selanjutnya
maslahah untuk Peniaga ialah: menyediakan suasana persaingan yang lebih adil,
boleh menawarkan harga barangan/perkhidmatan pada harga lebih rendah, dan
memelihara kepentingan peniaga beragama Islam. Dapatan ini selari dengan
kajian literatur yang menjelaskan tentang manfaat GST iaitu pendapatan daripada
GST boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastuktur sosial seperti
kemudahan kesihatan dan institusi, infranstuktur pendidikan dan kemudahan
awam yang lain bagi meningkatkan taraf hidup serta menjamin kesejahteraan
rakyat (Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, 2012). Di samping itu, GST
akan mengurangkan kos perniagaan dengan mendapat manfaat daripada tuntutan
cukai input (Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994). GST juga adalah kaedah yang
lebih baik dan cekap dalam memberi dana kepada hasil cukai Negara yang akan
disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan Negara dalam mencapai
kemajuan sebagai Negara berpendapatan tinggi, pembayaran cukai yang lebih adil
dalam kalangan semua perniagaan yang terlibat, peningkatan sistem
penyampaian, meningkatkan daya saing global, meningkatkan pematuhan,
mengurangkan karenah birokrasi, harga lebih adil kepada pengguna, dan
ketelusan (Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, 2012).
27

Dapatan kajian ini menunjukkan, di samping maslahah yang wujud,


pelaksanaan GST turut menimbulkan mudarat antaranya, mudarat kepada
Kerajaan iaitu: persepsi buruk terhadap kemampuan tadbir urus kerajaan dan
peningkatan kos jangka pendek untuk melaksanakan GST. Manakala mudarat
kepada Rakyat pula: kenaikan harga barang/perkhidmatan, peratusan cukai yang
membebankan, faedah pengurangan cukai individu yang tidak sampai kepada
golongan berpendapatan rendah, beban cukai ditanggung sepenuhnya oleh rakyat,
hilang kepercayaan kepada masyarakat sekeliling, dan pengurangan taraf kualiti
hidup rakyat. Selanjutnya GST mendatangkan mudarat kepada Peniaga iaitu:
mematikan keusahawanan rakyat dan menanggung perbelanjaan untuk
infrastruktur GST. Dapatan ini menyokong data yang dinyatakan dalam kajian
literatur iaitu antara mudarat GST ialah rakyat sentiasa dalam risiko kerana kadar
nilai GST yang fleksibel, memberi kesan kepada kenaikan harga barangan, apabila
kenaikan sesuatu barangan berlaku juga berkaitan dengan inflasi iaitu semakin
tinggi kadar GST (Siti Norbaya Mohd Rashid et.al., 2014), semakin meningkat
kadar inflasi dan kenaikan harga barangan yang akan meningkatkan kos
perbelanjaan rakyat (Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994; Mohd Rizal Palil dan
Mohd Adha Ibrahim, 2011; Jabatan Audit Negara, 2011). Contohnya, Perancis
mencatatkan peningkatan kadar inflasi sebanyak 1.15%, Luxembourg sebanyak
2.0%, Belanda sebanyak 1.5% dan Denmark adalah tertinggi iaitu 7.9% (Charles
dan Norman, 1972). Dalam masa yang sama proses pengurusan sistem GST yang
rumit (Onstad, 1993; Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994), serta pihak yang akan
menanggung bebanan yang berat kerana GST bersifat regresif adalah golongan
berpendapatan rendah berbanding golongan yang berpendapatan tinggi (Charles
dan Norman, 1972). Hal ini demikian kerana, semua barangan dan perkhidmatan
yang dikenakan GST mempunyai harga yang sama kepada golongan
berpendapatan rendah atau golongan berpendapatan tinggi. Oleh itu, golongan
berpendapatan rendah lebih menanggung bebanan kos perbelanjaan dan jumlah
wang simpanan lebih sedikit berbanding golongan berpendapatan tinggi (Muir,
1993; Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994).
Berdasarkan dapatan kajian ini terhadap analisa teks, temubual, dan
perbincangan kumpulan fokus, terdapat 2 ringkasan dapatan yang dikemukakan
tentang maslahah dan mudarat pelaksanaan GST. Pertama; ringkasan dapatan
kajian luar negara tentang kesan sebenar GST yang telah dilaksanakan oleh
negara-negara di dunia, dinyatakan dalam Jadual 1. Kedua; ringkasan dapatan
kajian terdahulu dan kajian ini (hasil temubual dan perbincangan kumpulan
fokus) tentang kesan yang akan wujud jika GST dilaksanakan di Malaysia,
dinyatakan dalam Jadual 2.
Jadual 1:
Bil.

Ringkasan Dapatan Kajian Luar Negara Tentang Kesan Sebenar GST


Kajian

Charles dan
Norman (1972)

Richard W.
Lindholm
(1976)

Gillis et.al.
(1990)

Abe I.
Greenbaum
(1993)

Kesan Positif
Kesan
Pihak Untung

Menggalakkan
pembuatan
Pembayar cukai
meningkat
Meningkatkan
pendapatan
negara
Peniaga untung

Peniaga

Tiada pemalsuan
cukai

Kerajaan

Kesan Negatif
Kesan
Pihak Rugi
Harga barang
Pengguna
meningkat
Inflasi meningkat
Semua

Kerajaan
Kerajaan
Peniaga

28

Kos hidup meningkat,


rakyat semakin
menderita
Harga rumah
meningkat

Pengguna
Pengguna

5
6

Roger S. Muir
(1993)
Ole Gjems
Onstad (1993)

Jeff Pope (2001)

Ravindra
Tripathi,
Ambalika Sinha
dan Sweta
Argawal (2011)

Matt Benge,
Marie Pallot
dan Hamish
Slack (2013)

10

Girish Garg
(2014)

Rebat cukai

Pengguna

Aktiviti ekonomi
rancak
Meningkatkan
pendapatan
negara

Semua

Inflasi meningkat

Semua

Kerajaan

Kos perniagaan
meningkat spt ubah
perisian komputer,
terdapat tuntutan
semula bayaran cukai
input yang tidak
diluluskan
Sifat regresif dalam
kos pematuhan cukai

Peniaga
perniagaan
kecil

Rebat cukai

Industri besar

Pulangan kredit
input

Industri besar

Pematuhan cukai
lebih baik kerana
kadar cukai
agregat
dikurangkan

Kerajaan

Pengeluar,
pemborong, peruncit
memindahkan
bebanan pembayaran
cukai kepada
pengguna, harga
barang naik
Inflasi meningkat
Mengurangkan kuasa
beli terutama kepada
golongan
berpendapatan
rendah
Pihak peniaga
cenderung untuk
meningkatkan harga
Kenaikan harga
barangan yang
membebankan
golongan
berpendapatan
rendah

Peniaga
perniagaan
kecil
Pengguna
berpendapat
an
sederhana
dan rendah
Semua
Peniaga

Pengguna
Pengguna

Jadual 2:
Ringkasan Dapatan Kajian Tentang Kesan GST Yang Mungkin
Berlaku di Malaysia
Bil.
1

Kajian
Inderjit Singh
Randhawa,
Khalid Ahmad
dan Boon Oon
Seang (1994)
Veeriderjeet
Singh (2005)

Kesan Positif
Kesan
Pihak Untung
Menggantikan
Kerajaan
SST - menjadikan
sistem
percukaian lebih
berkesan
Menggantikan
Kerajaan
SST menstabilkan
sumber hasil
pendapatan
Negara

Saira,
Zariyawati dan
Yoke-May
(2010)

Mohd Rizal Palil


dan Mohd Adha
Ibrahim (2011)

29

Kesan Negatif
Kesan
Pihak Rugi
Harga barang
Pengguna
meningkat

Peningkatan harga
barangan dan
perkhidmatan

Pengguna

Inflasi
60.53% responden
tidak bersetuju
dengan pelaksanaan
GST
Membebankan
golongan yang
berpendapatan
rendah
64% responden
menolak pelaksanaan
GST

Semua
Kerajaan

Pengguna

Kerajaan

Nor Hafizah
Abdul Mansor
dan Azleen
Illias (2013)

Pembaharuan
cukai untuk
mengurangkan
defisit belanjawan
negara

Kerajaan

Merdeka Center
(2014)

Siti Norbaya
Mohd Rashid
et.al. (2014)
Kajian ini Arieff et.al.
(2014)

Peningkatan
Pendapatan
Kerajaan
Mencegah
Ketirisan Sumber
Pendapatan
Negara
Mempertingkatka
n Pengagihan
kepada Rakyat
Menyokong
Mekanisme
Kawalan dan
Pemantauan
Harga
Peningkatan
Kredibiliti Negara
kepada Pelabur
Menikmati Sistem
Cukai yang Lebih
Adil
Peningkatan
Kuasa Pengguna
Penghapusan

Kerajaan
Kerajaan

72% responden
bimbang dengan
pelaksanaan GST
akan meningkatkan
harga barangan dan
perkhidmatan
64.1% responden
akan berbelanja
dengan pertimbangan
berhemah serta
mengurangkan
pembelian mengikut
tahap pendapatan
mereka
Peniaga sederhana
dan kecil masih tidak
memahami proses
GST

Pengguna

Pelaksanaan GST
sangat rumit yang
memerlukan
perubahan sistem
dalam laporan
kewangan perniagaan
Kenaikan harga
barangan dan
perkhidmatan
62% rakyat
Malaysia tidak
menyokong
pelaksanaan Cukai
Barangan dan
Perkhidmatan (GST)
45% responden
mengatakan GST
tidak adil
51% daripada
responden berkata
mereka tidak yakin
Putrajaya akan dapat
mengendalikan
ekonomi negara dan
memulihkan defisit
fiskal
Harga barangan dan
perkhidmatan naik
Peningkatan kadar
GST setiap tahun
Persepsi Buruk
terhadap Kemampuan
Tadbir Urus Kerajaan
Peningkatan Kos
Jangka Pendek untuk
Melaksanakan GST

Peniaga

Kenaikan Harga
Barang/Perkhidmata
n
Peratusan Cukai yang
membebankan
Faedah Pengurangan

Pengguna

Peniaga

Peniaga

Pengguna
Kerajaan

Kerajaan
Kerajaan

Pengguna
Pengguna
Kerajaan
Kerajaan

Kerajaan
Kerajaan

Kerajaan
Pengguna
Pengguna
Pengguna

30

Pengguna
Pengguna

Cukai Berganda

Penurunan Harga
Barangan Asas

Pengguna

Prasarana yang
Lebih Baik

Pengguna

Dorongan untuk
Berbelanja Secara
Berhemah
Menyediakan
Suasana
Persaingan yang
Lebih Adil
Boleh
Menawarkan
Harga
Barangan/Perkhi
dmatan pada
Harga Lebih
Rendah
Memelihara
Kepentingan
Peniaga
Beragama Islam

Pengguna

Cukai Individu yang


Tidak Sampai kepada
Golongan
Berpendapatan
Rendah
Beban Cukai
ditanggung
sepenuhnya oleh
Rakyat
Hilang Kepercayaan
kepada Masyarakat
Sekeliling
Pengurangan Taraf
Kualiti Hidup Rakyat

Pengguna

Pengguna
Pengguna

Peniaga

Mematikan
Keusahawanan
Rakyat

Peniaga

Peniaga

Menanggung
Perbelanjaan untuk
Infrastruktur GST

Peniaga

Peniaga

Berdasarkan Jadual 1, secara jelasnya, hasil kajian terdahulu kepada


negara yang telah melaksanakan GST, pihak Kerajaan dan industri besar
memperoleh untung yang besar, sebaliknya kerugian besar terpaksa ditanggung
oleh rakyat sebagai pengguna. Sebaliknya, Jadual 2 menjelaskan tentang kesan
yang bakal diterima jika Malaysia melaksanakan GST, terdapat keseimbangan
antara maslahah dan mudarat yang akan berlaku, namun masih membuktikan
bahawa pihak yang berisiko tinggi menanggung mudarat daripada pelaksanaan
GST ialah rakyat sebagai pengguna. Jika kesan ini berlaku, maka hukum
pelaksanaan GST adalah haram.
Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian ini, responden mencadangkan kepada
Kerajaan Malaysia agar pelaksanaan GST perlu disertakan dengan mekanisme
pemantauan yang berterusan dan efektif. Pemantauan yang dilaksanakan juga
perlu meliputi setiap peringkat rantaian bekalan. Ini untuk memastikan dan
meminimakan peluang untuk mereka yang berada dalam rangkaian bekalan untuk
memanipulasi harga dan sistem cukai. Saranan selanjutnya ialah Kerajaan juga
perlu memperkenalkan insentif-insentif yang bersesuaian untuk mengawal harga
barangan. Insentif yang diperkenalkan akan berperanan untuk menyerap kesan
pertambahan input kos di pihak peniaga. Ini seterusnya akan menjamin harga
barangan yang rendah kepada pengguna. Selain daripada insentif kepada peniaga
yang bertujuan untuk mengimbangi kos input, kerajaan juga disaran
memperkenalkan insentif untuk mengimbangi kos pelaburan peniaga untuk
sistem yang mematuhi GST.
Seterusnya ahli-ahli panel dialog pakar juga mencadangkan kepada pihak
kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengawal inflasi.
Ini untuk memastikan kadar inflasi adalah sentiasa berada pada tahap minima
walaupun selepas pelaksanaan GST dengan kadar yang ditetapkan (enam peratus).

31

4)

Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil

Apabila terdapat keperluan Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, maka


Kerajaan perlu memastikan penetapan bebanan cukai kepada pihak yang terlibat
dilakukan secara adil. Adil bukan bermaksud cukai dikenakan secara sama rata,
tetapi dikutip sesuai dengan keperluan dan keadaan (Khallaf, 1988; al-Qaradawi,
2006; al-Qaradghi, 2009). Bagi memastikan keadilan berlaku, Kerajaan perlu
menyediakan sistem kutipan dan agihan cukai bersistematik yang berasaskan
maqasid al-Syari'ah, dengan menyeimbangkan antara maslahah individu dan
maslahah umum. Kerajaan wajib mengenalpasti individu yang benar-benar
berkemampuan dan berkelayakan sahaja yang diwajibkan membayar cukai, agar
tidak semua rakyat terbeban dengan menanggung bebanan cukai termasuk rakyat
miskin dan memerlukan (al-Qaradghi, 2009; al-Somali, 2011).
Bagi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sistem yang
dibangunkan perlu kepada penyelidikan menyeluruh agar bebanan tanggungan
cukai dapat memenuhi syarat keadilan kepada semua pihak. Antara saranan
dapatan kajian ini ialah responden juga turut mencadangkan agar sistem GST
yang dilaksanakan terutamanya sistem kutipan GST (sistem berkomputer)
hendaklah dipastikan sentiasa bebas daripada dimanipulasi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Berdasarkan pendapat pakar percukaian, GST adalah termasuk dalam
salah satu cukai tidak langsung yang bersifat regresif, kerana pembayar cukai
boleh memindahkan bebanan cukai kepada pengguna iaitu dengan menaikkan
harga barangan atau perkhidmatan (Inderjit Singh Randhawa et.al., 1994;
Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, 2012; Farlex Financial Dictionary,
2012; Neumark, 2014) Oleh sebab itu, berdasarkan amalan dan penyelidikan,
kebanyakan bebanan cukai GST akan ditanggung oleh pengguna. Oleh itu,
Kerajaan Malaysia perlu menyediakan garis panduan menyeluruh barangan dan
perkhidmatan yang dikenakan GST agar ia tidak melibatkan barangan dan
perkhidmatan yang berstatus 'daruriyat', kerana ia akan menindas rakyat yang
tidak berkemampuan. Salah satu saranan dapatan kajian ini ialah responden juga
berpandangan bahawa pihak kerajaan perlu memperhalusi penyenaraian
barangan keperluan asas dengan mempertimbangkan lebih banyak barangan.
Persoalan kedua yang perlu diperhalusi ialah adakah kadar 6% yang
ditetapkan untuk GST yang akan bermula 1 April 2015 berdasarkan kepada
penyelidikan yang berteraskan kepada maqasid al-Syari'ah bagi tujuan memenuhi
maslahah 'daruriyat' dan 'hajiyat' perbelanjaan Negara Malaysia. Di samping itu,
bagi tahun-tahun yang mendatang, kadar GST yang akan ditentukan oleh
Kerajaan wajiblah menepati syarat ini.
Oleh itu, dapatan kajian ini menunjukkan antara cadangan responden
kepada Kerajaan ialah menilai kembali kadar permulaan cukai yang tinggi iaitu 6%
dan kenaikan kadar tersebut pada masa hadapan juga perlu diberi tumpuan oleh
pihak kerajaan. Selanjutnya rata-rata responden yang ditemubual turut
menyatakan kebimbangan mereka terhadap kurangnya kefahaman rakyat dan
industri terhadap GST. Apabila melihat kepada jarak pelaksanaan yang terlalu
dekat, pihak kerajaan disarankan untuk menggembeling usaha yang lebih untuk
mempertingkatkan kefahaman rakyat dan industri agar pelaksanaan GST lebih
mendatangkan manfaat berbanding mudarat. Saranan selanjutnya, Kerajaan juga
perlu mempertimbangkan pengurangan cukai pendapatan individu khususnya
kepada golongan yang berpendapatan di peringkat pertengahan yang terkesan
32

akibat perlaksanaan GST, serta Kerajaan perlu juga mengkaji semula kadar gaji
minimum.
Di samping itu terdapat saranan responden yang menjelaskan Kerajaan
Malaysia perlu menubuhkan badan pemantau atau dalam perundangan Islam
diistilahkan sebagai institusi Hisbah, bagi memastikan kutipan dan agihan cukai
dilakukan secara adil.

5)

Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat

Kebenaran Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat bukan hanya sekadar


Kerajaan memerlukan sumber kewangan dan bebanan cukai dikutip secara adil,
bahkan Kerajaan perlu memastikan bahawa cukai yang dikutip digunakan untuk
maslahah rakyat dan negara bukan untuk memenuhi kehendak pemimpin dan
kepentingan peribadi mereka, atau untuk kepentingan pihak tertentu sahaja (alFanisan, 1427H). Syarat ini boleh dihubungkan dengan hikmah Allah SWT
menghadkan golongan yang layak mendapat zakat iaitu untuk memastikan zakat
yang dikutip diagihkan mengikut kehendak Syarak, bukan mengikut kehendak
pemimpin yang mengutip zakat (al-Qaradawi, 2006).
Bagi memastikan keharusan pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST), Kerajaan Malaysia perlu memastikan perbelanjaan negara
adalah bertepatan dengan maqasid al-Syari'ah. Elemen ketirisan, salah urus,
pembaziran dan seumpamanya wajib dihindari. Dapatan kajian ini
mengemukakan saranan dorongan untuk berbelanja berhemah yang diterapkan
melalui pelaksanaan GST tidak seharusnya hanya terhenti di peringkat rakyat.
Malahan, perlu diperluas dan dimulakan di peringkat kerajaan.
Ini bertepatan dengan nasihat yang dikemukakan oleh Imam 'Iz al-Din bin
'Abd al-Salam dan Imam al-Nawawi. Ketika Raja al-Muzaffar Qutuz membuat
ketetapan untuk mengenakan cukai kepada rakyat bagi membantu perbelanjaan
Kerajaan membuat persiapan ketenteraan menghadapi serangan tentera Tartar,
Imam 'Iz al-Din bin 'Abd al-Salam (w660H) mengemukakan pendiriannya kepada
Raja, "Jika musuh datang menyerang Negara Islam, maka wajib sekalian rakyat
berperang mempertahankan Negara. Maka kamu boleh mengambil bayaran (cukai)
daripada rakyat bagi membantu jihad kamu. Dengan syarat, di dalam Baitul Mal
sudah habis segala sumber, kemudian kamu perlu terlebih dahulu menjual harta
yang kamu miliki, sama ada emas perak atau apa-apa peralatan. Selanjutnya
tentera perlu dihadkan kenderaannya dan senjatanya. Tentera perlu bersamasama dengan rakyat yang lain, dikutip cukai secara sama rata. Manakala jika di
tangan para tentera masih ada harta dan senjata yang canggih, maka kamu
dilarang mengutip cukai daripada orang ramai." (Ibn Taghri, t.th.: 7/72-73).
Apabila Raja al-Zahir Baibers ingin membuat persiapan bagi menghadapi
serangan tentera Tartar di Syam, beliau mengumpulkan para ulama untuk
mengeluarkan fatwa bahawa dibenarkan kerajaan mengutip cukai daripada rakyat
untuk membantu kerajaan membuat persiapan ketenteraan. Para ulama' Syam
mengeluarkan fatwa bahawa Raja boleh melakukannya. Raja bertanya, "Masih
adakah ulama yang masih belum mengemukakan pendapatnya?" Dijawab, "Ya,
Syeikh Muhy al-Din al-Nawawi masih belum mengemukakan pendapatnya." Raja
mengarahkan agar al-Nawawi datang mengadapnya. Kemudian Raja mengarahkan,
"Kemukakan pendapat kamu sebagaimana mereka bersetuju agar aku boleh
mengutip cukai." Namun al-Nawawi enggan memberikan persetujuannya. Raja
33

bertanya, "Kenapa engkau enggan?" Jawab al-Nawawi, "Saya tahu, sebelum ini
kamu merupakan hamba yang ditawan oleh pemimpin Bunduqdar. Kamu tidak
memiliki harta. Kemudian Allah mengurniakan kepada kamu harta dan
menjadikan kamu sebagai Raja. Saya mendapat khabar bahawa kamu memiliki
seribu orang hamba lelaki. Setiap hamba memiliki tali pelana yang diperbuat
daripada emas. Kamu juga memiliki dua ratus orang hamba perempuan. Setiap
hamba itu memiliki sejumlah perhiasan. Jika kamu menyumbangkan semua harta
yang dimiliki oleh hamba kamu itu, sehingga hamba lelaki hanya mengguna tali
pelana yang diperbuat daripada bulu, dan hamba wanita kamu hanya berpakaian
biasa tanpa sebarang perhiasan, maka baru saya akan mengeluarkan fatwa
bahawa kamu boleh mengambil harta daripada rakyat." (al-Suyuti, 1967: 2/105)
Ahli panel dialog pakar juga turut mengemukakan saranan kepada pihak
kerajaan yang melibatkan kos untuk mengagihkan perolehan daripada GST
kepada masyarakat. Ini secara langsung akan dapat membantu mengurangkan
perbelanjaan kerajaan. Saranan selanjutnya, Kerajaan disarankan sentiasa
memberi keutamaan kepada kepentingan awam dalam merancang perbelanjaan
daripada hasil GST.
Selanjutnya
dapatan
kajian
ini
menunjukkan
para
responden
mencadangkan, untuk mengelakkan persepsi negatif rakyat dan peniaga, kerajaan
perlu menghebahkan perancangan yang melibatkan hasil GST secara telus kepada
rakyat.

6)

Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan


Setempat

Pemimpin Negara tidak boleh bersendirian dalam menetapkan agihan cukai.


Pemimpin perlu merujuk kepada ulama' semasa dalam negaranya bagi
mendapatkan panduan tentang agihan cukai. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, hukum asalnya harta milik individu adalah haram diambil dan pada
asalnya tidak ada sebarang pertanggungjawaban kepada individu untuk
membayar cukai kepada kerajaan. Tetapi disebabkan adanya maslahah daruriyat
dan hajiyat, maka dibenarkan Kerajaan mengutip cukai. Persoalan ini sangat
besar dan ia tidak boleh hanya merujuk kepada keputusan beberapa orang
pemimpin sahaja, bahkan ia mestilah dirujuk kepada permesyuaratan dalam
kalangan ulama' semasa yang benar-benar memahami tuntutan Syarak dalam
memenuhi maslahah umum (al-Zawi, 2006; al-Qaradawi, 2006; al-Qaradghi, 2009;
al-Raysuni, 1992; Kahf, 2007).
Oleh itu, bagi memastikan keharusan Kerajaan Malaysia mengutip cukai
termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), maka setiap perancangan
sebelum, semasa dan agihan selepas kutipan perlu dirujuk kepada Muzakarah
Fatwa Kebangsaan bagi memastikan cukai dikutip dan diagih bertepatan dengan
maqasid al-Syari'ah.

KESIMPULAN

Berdasarkan analisa pendapat ulama berkaitan hukum Kerajaan


mengenakan cukai sebagai sumber pendapatan Negara, maka dapat disimpulkan
sebagai berikut:
34

1)

Sumber perolehan pendapatan Negara dan agihannya adalah termasuk


dalam siyasah syar'iah, yang tertakluk kepada memenuhi maslahah umum
rakyat dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan.

2)

Sumber perolehan pendapatan Negara Islam melalui kutipan daripada rakyat


dibahagikan kepada dua iaitu pertama: kutipan yang berdasarkan
peruntukan wahyu iaitu zakat dan jizyah dan kedua: kutipan yang
berdasarkan ijtihad iaitu kharaj, 'usyur, dan lain-lain.

3)

Tiada perbezaan dalam kalangan ulama' tentang cukai yang telah


diaplikasikan di zaman Nabi Muhammad saw dan Khulafa' al-Rasyidin iaitu
jizyah, kharaj, dan 'usyur, kerana ia berdasarkan nas Syara'. Cukai tersebut
diistilahkan sebagai 'direct tax' iaitu cukai yang dikutip secara langsung ke
atas pegangan harta dan pendapatan. Namun, mereka berbeza pendapat,
adakah Kerajaan Islam boleh mengutip cukai selain cukai tersebut. Namun,
perbezaan ini hanya berkaitan isu Kerajaan mewajibkan cukai kepada
individu yang kaya bagi membantu menampung perbelanjaan Kerajaan.
Manakala mereka sepakat mengatakan diharamkan Kerajaan mewajibkan
cukai kepada setiap individu; sama ada kaya atau miskin. Oleh itu, para
ulama semasa perlu memperhalusi sistem percukaian yang diistilahkan
sebagai 'indirect tax'. Cukai barang dan perkhidmatan mahupun cukai jualan
yang diamalkan adalah cukai tidak langsung; 'indirect tax' iaitu dikenakan ke
atas barang atau perkhidmatan tertentu dan akan dibayar oleh mereka yang
membeli dan menggunakan sesuatu perkhidmatan dan barangan; sama ada
rakyat yang kaya atau miskin.

4)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama


Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah
bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil
Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)
yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat
keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya
hendaklah berpandukan parameter Syarak.

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di
bawah Geran Penyelidikan Isu Kefatwaan bertajuk "Percukaian Menurut
Perundangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)"
yang didaftarkan di Universiti Teknologi Malaysia.

BIBLIOGRAFI

al-Qur'an al-Karim
Abu 'Ubayd, al-Qasim bin Salam (2007). Kitab al-Amwal. Sunt. Abu Anas Sayyid bin Rajab. Misr: Dar
al-Hady al-Nabawi.
Abu Yusuf, Ya'qub bin Ibrahim bin Habib bin Sa'ad al-Ansari (t.th.). al-Kharraj. Sunt. Toha 'Abd alRa'uf Sa'ad dan Sa'ad Hasan Muhammad. Misr: Maktabah al-Azhariyah li al-Turath.
Ahmad bin Hanbal (2001). Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Sunt. syu'aib al-Arna'ut et.al. Beirut:
Mu'assasah al-Risalah.
al-Alusi, Khayr al-Din Abu al-Barakat Nu'man bin Mahmud bin 'Abd Allah (1981). Jala' al-'Aynin fi
Muhakamah al-Ahmadin. Matba'ah al-Madani.

35

Arieff Salleh Rosman et.al. (2014). Percukaian Menurut Perundangan Islam: Kajian Terhadap Cukai
Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Laporan Kajian Geran Penyelidikan Isu Kefatwaan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
al-Asbahani, Sadr al-Din Abu Tahir al-Silafi Ahmad bin Muhammad (2004). al-Tuyuriyat. Sunt.
Disman Yahya Ma'ali dan 'Abbas Sakhr al-Hasan. Riyadh: Maktabah Adwa' al-Salaf.
al-'Askari, Abu Hilal al-Hasan bin 'Abd Allah bin Sahl bin Sa'id bin Yahya bin Mahran (t.th.) al-Furuq
al-Lughawiyah. Sunt. Muhammad Ibrahim Salim. Misr: Dar al-'Ilm.
al-Asyqar, Umar Sulayman et. al. (1996). Masa'il fi al-fiqh al-muqaran. 'Amman: Dar al-Nafa'is.
al-'Ayni, Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad bin Musa bin ahmad bin Husayn alHanafi (2000). al-Binayah Syarh al-Hidayah. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
al-'Azim Abadi, Abu 'Abd al-Rahman Syaraf al-Haq Muhammad Asyraf bin Amir bin 'Ali bin Haydar
(1415H). 'Awn al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Daud. Cet. ke-2. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
al-Azraq, Ahmad Haj Ali (1980). Nizam al-Doro'ib fi al-Islam. Majallah al-Jami'ah al-Islamiyah bi alMadinah al-Munawwarah 46: 271-280.
al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Mas'ud bin Muhammad bin al-Farra' al-Syafi'i (1983).
Syarh al-Sunnah. Sunt. Syu'ayb al-Arna'ut dan Muhammad Zuhayr al-Syawish. Cet. ke-2.
Beirut: al-Maktab al-Islami.
al-Baji, Abu al-Walid Sulayman bin Khalaf bin Sa'ad bin Ayyub bin Warith al-Tajibi al-Qurtubi alAndalusi (1332H). al-Muntaqa Syarah al-Muwatta'. Misr: Matba'ah al-Sa'adah.
al-Bayhaqi, Abu Bakr Ahmad bin al-Husayn bin 'Ali bin Musa al-Khurasani (1989). al-Sunan alSaghir. Sunt. 'Abd al-Mu'ti Amin Qal'ahji. Pakistan: Jami'ah al-Dirasat al-Islamiyah.
al-Bayhaqi, Abu Bakar Ahmad bin al-Husayn bin 'Ali bin Musa al-Khusrawjirdi al-Khurasani (2003).
al-Sunan al-Bayhaqi. Sunt. Muhammad 'Abd al-Qadir 'Ata. Cet. ke-3. Beirut: Dar al-Kutub al'Ilmiyah.
al-Buhuti, Mansur bin Yunus bin Solah al-Din Ibn Hasan bin Idris al-Hanbali (t.th.). Kashshaf alQina' 'an Matn al-Iqna'. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
al-Bujairami, Sulayman bin Muhammad bin 'Umar al-Misri al-Syafi'i (1995). Hasyiah al-Bujairami 'ala
al-Khatib. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Bukhari, Abu 'Abd Allah Muhammad bin Isma'il al-Ja'fi (1422H). Sohih al-Bukhari. Sunt.
Muhammad Zuhayr bin Nasir. Dar Tuq al-Najah.
al-Daruqutni, Abu al-Hasan 'Ali bin 'Umar bin Ahmad bin Mahdi bin Mas'ud bin al-Nu'man bin Dinar
al-Baghdadi (2004). Sunan al-Daruqutni. Sunt. Syu'aib al-Arna'ut et.al. Beirut: Mu'assasah alRisalah.
Duri, Abd Al Aziz (1974). Notes on Taxation in Early Islam. Journal of Economics and Social History of
the Orient, 27.
al-Fanisan, Sa'ud bin 'Abd Allah (1427H). Hal Rusum al-Jamarik Mukus. Diakses daripada
http://www.islamtoday.net, pada 20 Jun 2014.
al-Farabi, Abu Nasr Isma'il bin Hammad al-Jawhari (1987). al-Sihah Taj al-Lughah wa Sihah al'Arabiyah. Sunt. Ahmad 'Abd al-Ghafur 'Attar. Cet. ke-4. Beirut: Dar al-'Ilm Li al-Malayin.
Farlex
Financial
Dictionary.
(2012).
Diakses
daripada
http://financialdictionary.thefreedictionary.com, pada 10 Jun 2014.
Fatwa Kerajaan Arab Saudi (2009). Fatwa No. 23/489. Diakses daripada http://www.islamqa.com,
pada 15 Jun 2014.
Fatwa Kerajaan Brunei (1985). Cukai Dan Hukumnya Dalam Islam. Diakses daripada
http://infad.usim.edu.my/, pada 15 Jun 2014.
Fuadah Johari (2011). Pelaksanaan Sistem Cukai Al-Kharaj dengan Cukai Tanah di Malaysia: Suatu
Analisis Perbandingan. Tesis kedoktoran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi (1971). Syifa' al-Ghalil fi Bayan al-Syabah
wa al-Mukhil wa Masalik al-Ta'lil. Sunt. Dr. Hamd al-Kabisi. Baghdad: Matba'ah al-Irsyad.
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi (1993). al-Mustasfa. Sunt. Muhammad
'Abd al-Salam 'Abd al-Syafi. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi (2004). al-Iqtisad fi al-I'tiqad. Beirut: Dar
al-Kutub al-'Ilmiyah.
al-Hakim, Abu 'Abd Allah Muhammad bin 'Abd Allah bin Muhammad al-Nisaburi (1990). alMustadrak 'ala al-Sohihayn. Sunt. Mustafa 'Abd al-Qadir 'Ata. Beirut: Dar al-Kutub al'Ilmiyah.
al-Hamidi, Muhammad bin Futuh bin 'Abd Allah bin Futuh bin Humayd al-Azdi Abu 'Abd Allah bin
Nasr (1995). Tafsir Gharib ma fi al-Sohihayn al-Bukhari wa Muslim. Sunt. Dr. Zubaydah
Muhammad Sa'id 'Abd al-'Aziz. Misr: Maktabah al-Sunnah.
al-Harawi, Abu Mansur Muhammad bin Ahmad bin al-Azhari (2001). Tahzib al-Lughah. Sunt.
Muhammad 'Iwad Mar'ab. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.
al-Hijawi (w968H), Syaraf al-Din Abu al-Naja Musa bin Ahmad bin Musa bin Salim bin 'Isa bin Salim
al-Maqdisi (t.th.) al-Iqna' fi Fiqh al-Imam Ahmad bin Hanbal. Sunt. 'Abd al-Latif Muhammad
Musa al-Subki. Beirut: Dar al-Ma'rifah.
Ibn 'Abidin, Muhammad Amin bin 'Umar bin 'Abd al-'Aziz al-Dimashqi al-Hanafi (1992). Rad alMuhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar. Cet. ke-2. Beirut: Dar al-Fikr.

36

Ibn al-'Arabi, al-Qadhi Muhammad bin 'Abd Allah Abu Bakar al-Isybili al-Maliki (2003). Ahkam alQur'an. Sunt. Muhammad 'Abd al-Qadir 'Ata. Cet. ke-3. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
Ibn 'Asyur, Muhammad al-Tohir bin Muhammad (1984). al-Tahrir wa al-Tanwir. Tunis: al-Dar alTunisiyah li al-Nashr.
Ibn al-Azraq, Shams al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin 'Ali bin Muhammad al-Asbahi al-Andalusi
al-Gharnati (t.th.) Bada'i al-Suluk fi Toba'i al-Muluk. Sunt. 'Ali Sami al-Nashshar. 'Iraq:
Wizarah al-I'lam.
Ibn Hajar al-Haytami, Abu al-'Abbas Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad bin 'Ali al-Sa'di al-Ansori
(1987). al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kaba'ir. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Hazm, Abu Muhammad 'Ali bin Ahmad bin Sa'id al-Andalusi al-Qurtubi al-Zohiri (t.th.) al-Muhalla
bi al-Athar. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma'il bin 'Umar al-Qurasyi al-Basri (1988). al-Bidayah wa al-Nihayah. Sunt.
'Ali Syiri. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.
Ibn Khaldun (1995). Mukaddimah Ibn Khaldun. Cet.ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Majah, Abu 'Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwini (t.th.) Sunan Ibn Majah. Sunt.
Muhammad Fu'ad 'Abd al-Baqi. Beirut: Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah.
Ibn Manzur, Abu al-Fadhl Jamal al-Din Muhammad bin Mukram bin 'Ali (1414H). Lisan al-'Arab. Cet.
ke-3. Beirut: Dar Sodir.
Ibn Muflih, Burhanuddin Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin 'Abd Allah bin Muhammad (1997).
al-Mubdi' fi Syarh al-Muqni'. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
Ibn Muflih, Shams al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin Muhammad bin Mufrij al-Maqdisi alHanbali (2003). Kitab al-Furu'. Sunt. 'Abd Allah bin 'Abd al-Muhsin al-Turki. Beirut:
Mu'assasah al-Risalah.
Ibn al-Musili, Shams al-Din Muhammad bin Muhammad bin 'Abd al-Karim bin Ridhwan bin 'Abd al'Aziz al-Ba'li (t.th.). Husn al-Suluk al-Hafiz Dawlah al-Muluk. Sunt. Fu'ad 'Abd al-Mun'im
Ahmad. al-Riyadh: Dar al-Watan.
Ibn Nujaym, Zayn al-Din bin Ibrahim bin Muhammad al-Misri (1999). al-Ashbah wa al-Naza'ir 'ala
Mazhab Abi Hanifah al-Nu'man. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
Ibn Qudamah, Abu Muhammad Muwaffaq al-Din 'Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad al-Maqdisi
(1968). al-Mughni. al-Qaherah: Maktabah al-Qaherah.
Ibn Rajab, Abu al-Farj 'Abd al-Rahman bin Ahmad al-Hanbali (1985). al-Istikhraj li Ahkam al-Kharaj.
Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
Ibn Sa'ad, Abu 'Abd Allah Muhammad bin Sa'ad bin Mani' al-Hasyimi al-Basri al-Baghdadi (1990). alTobaqat al-Kubra. Sunt. Muhammad 'Abd al-Qadir 'Ata. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
Ibn Taghri, Jamal al-Din Abu al-Mahasin Yusuf Bardi bin 'Abd Allah al-Zohiri al-Hanafi (t.th.) alNujum al-Zahirah fi Muluk Misr wa al-Qaherah. Misr: Dar al-Kutub.
Ibn Taimiyah (w728H), Taqiy al-Din Abu al-'Abbas Ahmad bin 'Abd al-Halim al-Harrani (1995).
Majmu' al-Fatawa. Sunt. 'Abd al-Rahman bin Muhammad bin Qasim. Madinah alMunawwarah: Majma' al-Malik Fahd li Tiba'ah al-Mushaf al-Syarif.
Inderjit Singh Randhawa, Boon Oon Seng, dan Khalid Ahmad (1994). Consumption Taxes in Malaysia:
Towards a Value Added Tax. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
'Iz al-Din, Abu Muhammad 'Abd al-'Aziz bin 'Abd al-Salam bin Abi al-Qasim bin al-Hasan al-Sulami
al-Dimashqi (1991). Qawa'id al-Ahkam fi Masolih al-Anam. Sunt. Toha 'Abd al-Ra'uf Sa'ad. alQaherah: Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah.
Jabatan Audit Negara (2011). Laporan Persidangan Juruaudit Sektor Awam & Hari Audit Se-Malaysia.
Malaysia: Jabatan Audit Negara.
Jalili, A.R. (2006). A Descriptive Overview of Islamic Taxation. The Journal of American Academic of
Business, 8(2).
al-Jassas, Ahmad bin 'Ali Abu Bakr al-Razi al-Hanafi (1405H). Ahkam al-Qur'an. Sunt. Muhammad
Sodiq al-Qamhawi. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.
al-Jubayr, Hani bin 'Abd Allah (7423H). Doro'ib al-Dawlah 'ala al-Mughtarrin. Diakses daripada
http://www.islamtoday.net, pada 20 Jun 2014.
al-Juwaini, Imam al-Haramayn 'Abd al-Malik bin 'Abd Allah bin Yusuf bin Muhammad (1401H).
Ghiyath al-Umam fi al-Tiyath al-Zulm. Sunt. 'Abd al-'Azim al-Dib. Maktabah Imam alHaramayn.
Kahf, Monzer (1987). The Early Islamic Public Revenue System: Lessons and Implications. Jeddah:
IRTI.
Kahf, Monzer (2001). Are Taxes Permissible In Shariah? Diakses daripada http://monzer.kahf.com
pada 15 Jun 2014.
Karami, Hafiz Ahmad 'Ajjaj (1427H). al-Idarah fi 'Asr al-Rasul Salla Allah 'Alayhi wa Sallam. alQaherah: Dar al-Salam.
Khallaf, 'Abd al-Wahhab (1988). al-Siyasah al-Syar'iyah fi al-Syu'un al-Dusturiyah wa al-Kharijiyah wa
al-Maliyah. Beirut: Dar al-Qalam.
al-Khattabi, Abu Sulayman Hamd bin Muhammad bin Ibrahim bin al-Khattab al-Busti (1932).
Ma'alim al-Sunan. Halab: al-Matba'ah al-'Ilmiyah.

37

al-Khattabi, Abu Sulayman Hamd bin Muhammad bin Ibrahim bin al-Khattab al-Busti (1982). Gharib
al-Hadith. Sunt. 'Abd al-Karim Ibrahim al-Gharbawi. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Khazin, 'Ala al-Din Abu Hasan 'Ali bin Muhammad bin Ibrahim bin 'Umar (1415H). Lubab al-Ta'wil
fi Ma'ani al-Tanzil. Sunt. Muhammad 'Ali Syahin. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
Majallah al-Ahkam al-'Adliyah. (t.th.). Sunt. Najib Huwawini. Karachi: Nur Muhammad.
Malik bin Anas (2004). al-Muwatta'. Sunt. Muhammad Mustafa al-A'zami. al-Imarat: Mu'assasah
Zayid bin Sultan.
al-Maqrizi, Abu al-'Abbas Ahmad bin 'Ali bin 'Abd al-Qadir al-Husayni al-'Ubaydi (1418H). al-Mawa'iz
wa al-I'tibar bi Zikr al-Khutat wa al-Athar. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
al-Mawardi, Abu al-Husayn 'Ali bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Baghdadi (1996). al-Ahkam alSultaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyah. Sunt. 'Isam Faris al-Harastani dan Muhammad
Ibrahim al-Zaghli. Beirut: al-Maktab al-Islami.
al-Mawsu'ah al-Fiqhiyah (1427H). Misr: Matobi' Dar al-Safwah.
Mohd Rizal Palil dan Mohd Adha Ibrahim (2077). The Impacts of Goods and Services Tax(GST) on
Middle Income Earns in Malaysia. Seminar on 74th International Business Research
Conferences, Dubai, 28-30 April 2011.
al-Munawi, Zayn al-Din Muhammad 'Abd al-Ra'uf bin Taj al-'Arifin bin 'Ali bin Zayn al-'Abidin alHaddadi al-Qahiri (1356H). Fayd al-Qadir Syarh al-Jami' al-Soghir. Misr: al-Maktabah alTijariyah al-Kubra.
al-Munawi, Zayn al-Din Muhammad 'Abd al-Ra'uf bin Taj al-'Arifin bin 'Ali bin Zayn al-'Abidin alHaddadi al-Qahiri (1988). al-Taysir bi Syarh al-Jami' al-Soghir. Cet. ke-3. Riyadh: Maktabah
al-Imam al-Syafi'i.
Muir, R.S. (1993). The Goods and Services Tax: Reflections on the New Zealand Experience, Six Years
On. Revenue Law Journal, 3(2).
Muslim bin al-Hajjaj, Abu al-Hasan al-Qusyairi al-Nisaburi (t.th.). Sohih Muslim. Sunt. Muhammad
Fu'ad 'Abd al-Baqi. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.
Al-Nawawi, Abu Zakariya Muhyi al-Din bin Syaraf (1392H). al-Minhaj Syarh Sohih Muslim bin alHajjaj. Cet. ke-2. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.
Al-Nawawi, Abu Zakariya Muhyi al-Din bin Syaraf (1991). Rawdot Tolibin wa Umdat al-Muftin. Sunt.
Zuhayr al-Syawish. Cet. ke-3. Beirut: al-Maktab al-Islami.
Al-Nawawi, Abu Zakariya Muhyi al-Din bin Syaraf (1994). al-Azkar. Sunt. 'Abd al-Qadir al-Arna'ut.
Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Nawawi, Abu Zakariya Muhyi al-Din bin Syaraf (1995). Kitab al-majmu' syarh al-muhadhdhab li alSyirazi. Sunt. Muhammad Najib al-Muti'i. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.
Neumark,
F
(2014).
"Taxation".
Encyclopaedia
Britannica.
Diakses
daripada
http://global.britannica.com, pada 10 Jun 2014.
Onstad, O.G. (1993). Value Added Taxation and the Third Sector. International Journal of Voluntary
and Nonprofit Organizations, 4(3).
Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (2012). Bajet 2013 & Maklumat Cukai. Kuala Lumpur:
Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia.
Al-Qaradaghi, Ali Muhy al-Din (2009). Hal Yajuz li al-Hakim Fard al-Doribah bi Janib al-Zakah?
Diakses daripada http://www.qaradaghi.com pada 17 Jun 2014.
Al-Qaradawi, Yusuf (2006). Fiqh al-zakat: Dirasah muqaranah li ahkamiha wa falsafatiha fi dau' alQur'an wa al-sunnah. Cet. ke-25. al-Qaherah: Maktabah Wahbah.
al-Qaradawi, Yusuf (2010). Fiqh Ekonomi Islam. Terj. Mohd Dahlan Haji Arshad. Kuala Lumpur: BlueT Publications Sdn. Bhd.
al-Qari, 'Ali bin Muhammad Abu al-Hasan Nur al-Din al-Mula al-Harawi (1985). Syarh Musnad Abi
Hanifah. Sunt. Khalil Muhyi al-Din al-Mis. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
al-Qari, 'Ali bin Muhammad Abu al-Hasan Nur al-Din al-Mula al-Harawi (2002). Mirqat al-Mafatih
Syarh Misykat al-Masobih. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Qurtubi, Abu 'Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farah al-Ansari (1964). al-Jami' li
Ahkam al-Qur'an. Sunt. al-Barduni dan Ibrahim Atfish. al-Qaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah.
al-Qurtubi, Abu 'Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farah al-Ansari (1425H). alTazkirah bi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah. Sunt. al-Sodiq bin Muhammad bin Ibrahim.
Riyadh: Maktabah Dar al-Minhaj.
al-Rahibani, Mustafa bin Sa'ad bin 'Abduh al-Suyuti al-Dimashqi al-Hanbali (1994). Matolib Uli alNuha fi Syarh Ghayat al-Muntaha. Cet. ke-2. Beirut: al-Maktab al-Islami.
al-Ramli, Shams al-Din Muhammad bin Abi al-'Abbas Ahmad bin Hamzah Shihab al-Din (1984).
Nihayat al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. Beirut: Dar al-Fikr.
Rashid Reda, Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha' al-Din al-Husayni (1990). Tafsir alManar. Misr: al-Hay'ah al-Misriyah al-'Ammah li al-Kutub.
al-Raysuni, Ahmad (1992). Nazariyyah al-Maqasid 'inda al-Imam al-Syatibi. Cet. ke-2. Beirut: al-Dar
al-'Alamiyah li al-Kitab al-Islami.
al-Razi, Fakhr al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin 'Umar bin al-Hasan bin al-Husayn al-Taymi
(1420H). al-Tafsir al-Kabir. Cet. ke-3. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.
al-Sarakhsi, Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal (1993). al-Mabsut. Beirut: Dar al-Ma'rifah.

38

Siti Norbaya Mohd Rashid et.al. (2074). Study on the Possible impact of GST Towards Malaysia Using
Selected Economic Indicators: Case of Singapore, Thailand and Indonesia as Model
Countries. Seminar on 5th International Conference on Business and Economic Research,
Kuching, 24-25 Mac 2014.
al-Somali, Abu Hamid 'Abd al-'Aziz Yusuf (2011). Hukm Fard al-Dara'ib. Diakses daripada
http://www.ahlalhdeeth.com/, pada 20 Jun 2014.
al-Sowi, Abu al-'Abbas Ahmad bin Muhammad al-Maliki (t.th.). Bulghat al-Salik li Aqrab al-Masalik
(Hasyiah al-Sowi 'ala al-Syarh al-Soghir. Dar al-Ma'arif.
al-Subki, Taj al-Din 'Abd al-Wahhab bin Taqiy al-Din (1991). al-Ashbah wa al-Naza'ir. Beirut: Dar alKutub al-'Ilmiyah.
al-Suyuti, Jalal al-Din 'Abd al-Rahman bin Abi Bakr (t.th.). Misbah al-Zajjajah Syarh Sunan Ibn
Majah. Karachi: Qadimi Kutub Khanah.
al-Suyuti, Jalal al-Din 'Abd al-Rahman bin Abi Bakr (1967). Husn al-Muhadarah fi Tarikh Misr wa alQaherah. Sunt. Muhammad Abu al-Fadl Ibrahim. Misr: Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah.
al-Suyuti, Jalal al-Din 'Abd al-Rahman bin Abi Bakr (1990). al-Ashbah wa al-Naza'ir. Beirut: Dar alKutub al-'Ilmiyah.
al-Suyuti, Jalal al-Din 'Abd al-Rahman bin Abi Bakr (1994). Jami' al-Ahadith. Sunt. Dr. 'Ali Jumu'ah
et.al. Beirut: Dar al-Fikr.
Syaltut, Mahmud (2004). al-Fatawa. Cet. ke-18. Beirut: Dar al-Syuruq.
al-Syarbini, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad al-Khatib (1285H). al-Siraj al-Munir fi al-I'anah 'ala
Ma'rifah Ba'd Ma'ani Kalam Rabbina al-Hakim al-Khabir. al-Qaherah: Matba'ah Bulaq.
al-Syatibi, Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharnati (1992). al-I'tisam. Sunt. Sulaym
bin 'Ayd al-Hilali. al-Sa'udiyah: Dar Ibn 'Affan.
al-Syatibi, Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharnati (1997). al-Muwafaqat. Sunt. Abu
'Ubaydah. Dar Ibn 'Affan.
al-Syawkani, Muhammad bin 'Ali bin Muhammad bin 'Abd Allah (1414H). Fath al-Qadir. Beirut: Dar
Ibn Kathir.
al-Syawkani, Muhammad bin 'Ali bin Muhammad bin 'Abd Allah (1993). Nayl al-Awtar. Sunt. 'Isam
al-Din al-Sobabti. Misr: Dar al-Hadith.
al-Syubramillisi, Abu al-Dhiya' Nur al-Din bin 'Ali al-Aqhari (1984). Hasyiyah al-Syubramillisi. Dlm.
al-Ramli, Shams al-Din Muhammad bin Abi al-'Abbas Ahmad bin Hamzah Shihab al-Din
(1984). Nihayat al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Tirmizi, Abu 'Isa Muhammad bin 'Isa bin Sawrah bin Musa bin al-Dahhak (1975). Sunan al-Tirmizi.
Cet. ke-2. Sunt. Muhammad Fu'ad 'Abd al-Baqi. Misr: Matba'ah Mustafa al-Babi al-Halabi.
al-Tobarani, Abu al-Qasim Sulayman bin Ahmad bin Ayyub bin Mutir al-Lakhmi (1994). al-Mu'jam alKabir. Sunt. Hamdi bin 'Abd al-Majid al-Salafi. Cet. ke-2. al-Qaherah: Maktabah Ibnu
Taimiyah.
al-Tobari, Abu Ja'far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib (2000). Jami' al-Bayan fi
Ta'wil al-Qur'an. Sunt. Ahmad Muhammad Syakir. Beirut: Mu'assasah al-Risalah.
al-Toyyuri, Abu al-Husayn al-Mubarak bin 'Abd al-Jabbar al-Soyrafi (2004). al-Toyyuriyat. Sunt.
Disman Yahya Ma'ali. Riyadh: Maktabah Adwa' al-Salaf.
Ulama' Najd (1996). al-Durar al-Sunniyah fi al-Ajwibah al-Najdiyah. Sunt. 'Abd al-Rahman bin
Muhammad bin Qasim. Cet. ke-6. T.tp: t.pt.
al-Yusuf, 'Abd al-Rahman bin 'Abd al-Khaliq (1984). Wujub Tatbiq al-Hudud al-Syar'iyah. Cet. ke-2.
Kuwait: Maktabah Ibn Taimiyah.
al-Zabidi, Murtadha Abu al-Faydh Muhammad bin Muhammad bin 'Abd al-Razzaq al-Husayni (t.th.)
Taj al-'Arus Min Jawahir al-Qamus. Dar al-Hidayah.
al-Zahabi, Shams al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz (t.th.). alKaba'ir. Beirut: Dar al-Nadwah al-Jadidah.
al-Zarkasyi, Abu 'Abd Allah Badr al-Din Muhammad bin 'Abd Allah bin Bahadur (1985). al-Manthur fi
al-Qawa'id al-Fiqhiyah. Cet. ke-2. Kuwait: Wizarah al-Awqaf al-Kuwaitiyah.
al-Zarqa', Ahmad bin Muhammad (1989). Syarh al-Qawa'id al-Fiqhiyah. Sunt. Mustafa Ahmad alZarqa'. Cet. ke-2. Dimashq: Dar al-Qalam.
al-Zawi, al-Tohir Ahmad (2006). Majmu'ah Fatawa. Cet. ke-3. Libya: Maktabah Dar al-Huda.
al-Zayla'i, Fakhr al-Din 'Uthman bin 'Ali bin Mahjin al-Bari'i al-Hanafi (1313H). Tabyin al-Haqa'iq
Syarh Kanz al-Daqa'iq. al-Qaherah: al-Matba'ah al-Kubra al-Amiriyah.
Zulkornain Yusof (1994). Percukaian Negara Islam: Perbandingan Percukaian Moden dengan Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

39

You might also like