You are on page 1of 1

IKLAN

TAWARAN BIASISWA JABATAN PERHIDMATAN AWAM


KEPADA PELAJAR YANG SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN
PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA
DALAM NEGARA BAGI TAHUN 2015
1.

Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam


(IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi
Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah
melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau
mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di
peringkat Ijazah Pertama.

2.

Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah
melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau
mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di
peringkat Diploma.

3.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di http://esilav2.jpa.gov.my


mulai 18 Mei 2015 (Isnin) hingga 24 Mei 2015 (Ahad).

4.

Mulai tarikh iklan ini disiarkan, calon hendaklah membaca dan memahami
kesemua maklumat mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon
sebelum membuat permohonan. Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat
permohonan dan cara memohon boleh diperolehi di laman web
http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my.

5.

Keputusan biasiswa ini dijangka diumumkan pada bulan Julai 2015. Rayuan
hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my
dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan diumumkan. Sebarang
rayuan selepas tamat tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

6.

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang


permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi 03-8885 3541/
3453/ 3552.Talian-talian telefon ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga
5.00 petang.

7.

Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi


03-8885 3049 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga
5.00 petang atau melalui e-mel di alamat pidn2015@jpa.gov.my.

8.

Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my


dan http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui
perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan Program
Ijazah Dalam Negara Tahun 2015.
Iklan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
JPA PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

You might also like