You are on page 1of 3

3.

0 Ekspresi

Menurut kamus dewan edisi kedua, ekspresi bermaksud air muka pd wajah seseorang
yg menunjukkan perasaan hatinya. Menurut Taylor (1976) menyatakan bahawa ekspresi
membawa maksud pengucapan, pencurahan perasaan, rasa hati yang dilahirkan melalui tutur
kata, reaksi muka, imej visual dan reaksi fizikal seperti pergerakan tangan, kaki dan badan
atau keseluruhan anggota. Ekspresi dalam seni visual akan memantapkan pengucapan idea
melalui gambaran imej menerusi pemikiran perasaan dan emosi seseorang individu itu.
Beliau berkata lagi, tindak balas emosi merupakan hasil daripada interaksi dengan
persekitaran, antara individu dengan individu yang lain ataupun masyarakat, peristiwa atau
pun benda. Ekspresi dalam membentuk komunikasi pengkarya dengan penggiat seni adalah
menerusi luahan hati dan perasaan yang lahir dalam diri dan memberi pengolahan imej visual
pada pengkarya seni. Ekspresi juga dikatakan bahawa ia merupakan salah satu naluri. Naluri
yang di maksudkan ini adalah naluri rasa, peka serta deria yang cepat. Sebagai contoh, dalam
penghasilan batik songket. Dalam penghasilan karya seni tersebut, individu tersebut
seharusnya telah mempunyai naluri rasa, ingin mencuba, peka serta derianya cepat.

Penggabungjalinan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan


supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan
yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek
kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Terdapat tiga bentuk
penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,
pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran
merentas kurikulum.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran melibatkan


kemahiran lisan atau pertuturan, mewarna, menulis, mengira, membaca, melukis dan lainlain. Contohnya cikgu menyuruh pelajar melukis kereta keluaran tempatan kemudian
mewarna lukisan tersebut Oleh itu pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan dalam aktiviti

tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran utama yang
cikgu tersebut hendak fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan
pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan
dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna dan berfikir.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran
daripada mata pelajaran yang lain. Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan
mata pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya
kemahiran daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup boleh digabungjalinkan dengan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual. Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu
melukis kereta keluaran tempatan. Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna kereta
disamping itu mengenali bahagian-bahagian penting yang terdapat pada sebuah kereta yang
dipelajari dalam tajuk Kit Model Kereta bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kemahiran
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat digabungjalinkan dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Mata pelajaran Kemahiran Hidup juga boleh digabungjalinkan
dengan mata pelajaran Pendidikan Muzik. Contohnya guru Pendidikan Muzik boleh mencipta
lirik lagu yang berkaitan dengan tajuk Bentuk Asas dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Bentuk penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan merentas kurikulum.


Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran belajar untuk belajar, kemahiran
berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai
kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud
kemahiran diluar pembelajaran. Contohnya dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah
berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang menarik.

Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gogh dan Goya sering
mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Disini, peranan guru ialah
memberi peluang untuk kepada murid untuk bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik.
Murid akan dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak
terkongkong. Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri
ingin tahu murid seperti menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar,

mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Aktiviti seni juga mudah
dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati.
Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana
ia selaras dengan mesej yang ingin disampaikan.

You might also like