You are on page 1of 3

Guru Mencabul Emosi Pelajar?

Artikel ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanakkanak oleh tingkahlaku guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan
dalam kalayak umum. Artikel ini cuba menjelaskan definisi penderaan
emosi oleh guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau respon dari
guru yang memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada
dalam kalangan mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari
kawan-kawan sebaya lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu.
Ini suatu kecederaan emosi yang serius walaupun ramai yang tidak
perasan guru juga mampu memberi penderaan samada sengaja atau tidak
terhadap para pelajar. Pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara
utama iaitu, fizikal, emosi dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah
ramai pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara
umum dan spesifik. Saya berpandangan, ia merupakan satu titik mula
untuk guru-guru memahami konsep kaunseling dalam bilik darjah.
Jurnal yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah
dari Journal Of Counseling And Development diterbitkan pada musim sejuk
tahun 2008. Jurnal ini berjilid (Vol) ke-86 dan ia diambil dari
sumber Proquest Education Journal yang dilanggan oleh pihak Universiti
Kebangsaan Malaysia. Tajuk artikel jurnal ini ialah Emotional Abuse In
Classroom: Implication And Intervention For Counselor (Penderaan Emosi
Dalam Bilik Darjah: Implikasi Dan Intervensi Untuk Kaunselor). Artikel ini
ditulis secara bersama oleh tiga panulis iaitu Adriana G. Mceachern, dari
Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej Pendidikan, Universiti
Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah Oyaziwo Aluede dari
Jabatan Asasi Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti Ambrose Alli,
Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang ketiga pula ialah Maureen C.
Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park.
Satu contoh kes yang boleh menjelaskan perihal maksud diatas yang
dikemukan dalam atikel ini ialah Sarah yang merupakan kanakkanak sindrom downyang berada dalam aliran perdana sepenuhnya. Kes
ini di kendalikan oleh seorang kaunselor bernama Jason. Disebabkan Sarah
seorang kanak-kanak sindrom, ia dilayan secara kasar oleh gurunya bila
dia lambat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Nada suara yang digunakan gurunya juga dikatakan terlalu jelas


menunjukkan tidak suka kepadanya dan kasar. Sarah dipaksa gurunya
supaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan sekiranya tidak siap dia
tidak boleh berehat. Ini memberi tekanan kepada Sarah dalam mendepani
tingkahlaku guru sebegini. Akhirnya Sarah nekad untuk meluahkan kepada
guru kaunselor sekolahnya. Itulah seringkas mungkin yang dapat
digambarkan perasaan kanak-kanak bila tertekan.
Menurut Conle (1986), bahawa setiap peringkat darjah, pelajarpelajar pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi
dari tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai
mendapati 50-60% pada sekurang-kurangnya sebuah sekolah menyatakan
berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma (Hyman &
Snook, 1999) dan serangan emosi ini berlaku disebabkan oleh
diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, grad pemarkahan latihan, dan
layanan tidak suka dari guru.
Artikel ini telah membuktikan bahawasanya memang wujud
pencabulan emosi terhadap para pelajar oleh guru dalam bilik darjah.
Cuma perkara ini tidak dikaji dengan teliti kerana menjaga kredibiliti guru.
Walau bagaimanapun, tidak kesemua guru terlibat dalam pencabulan
emosi para pelajar tetapi ia sebahagian dari guru yang mungkin secara
sengaja atau tidak, dan samada perasan atau tidak melakukannya. Kajian
terperinci berkaitan perihal ini telah dilakukan di Negara lain selain
Amarika Syarikat.
Antara tingkahlaku guru yang boleh menimbulkan masalah emosi
kepada para pelajar ialah, pertama tidak memahami, kedua diskriminasi,
bias, dan prejudis. Ketiga mendominasi dan mengawal. Keempat,
intimidasi dan tidak yakin pada pelajar. Kelima, emosi yang tidak
membina. Keenam, mengungkit yang lalu. Selain dari yang disebutkan
tadi, menghina, melebalkan pelajar, verbal put-down, melaung
(menengking) kepada pelajar, kaedah yang tidak seseuai untuk mengawal
bilik darjah, membiarkan pelajar-pelajar lain untuk mengkeji pelajar lain
(guru tidak endah pun) dan menggunakan kerja rumah sebagai satu
kaedah untuk menghukum para pelajar.

Kesan dari tindakan guru yang mencabul emosi para pelajar ialah
akademik para pelajar kemungkinan merosot. Ini disebabkan emosi para
pelajar untuk belajar mulai pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya
dalam subjek berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan
para pelajar akan berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan
dengan masyarakat, tingkahlaku yang dizahirkan dan juga emosi para
pelajar semakin celaru. Kesan ini terlalu serius sekiranya tidak ditangani
dengan serius oleh kaunselor.
Kesimpulanya ialah pencabulan terhadap kanak-kanak dalam bilik
darjah tidak boleh dibiarkan terus. Kelak membawa kesan yang sangat
negatif terhadap perkembangan seseorang pelajar. Saya berkeyakinan
"mendewakan guru" atau "guru adalah sempurna" menjadikan perbezaan
pendapat tidak boleh berl;aku, sebab semua apa yang guru cakap adalah
betul. Ini adalah sindom bahaya,. walaupun kajian jurnal ini di sekolah,
saya merasakan di peringkat universiti juga turut berlaku. Biarkan
mahasiswa membawa pandangan, pensyarah mahupun guru perlu
membimbing bukan mengugut bila ada benda yang tidak dirasakan
bertepatan dengan kehendak diri.
Kajian lebih spesifik terhadap guru dan para pelajar perlu dilakukan.
Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak bahawa
guru hari ini bukan dilihat sebagai bebas dalam melakukan apa-apa sahaja
dengan sesuka hatinya tanpa melihat kesan yang bakal berlaku terhadap
persekitaranya. Selain itu, strategi psikologi dan kaunseling perlu
diberikan supaya mampu memberi penjelasan dan positif dalam
persekitaran membina ketika Proses Pembelajaran dan Pengajaran.

You might also like