You are on page 1of 9

) (

, (
)

Usul Pertama
Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.
Islam adalah daulah dan tanahair atau kerajaan dan ummah.
Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan.
Kebudayaan dan undang undang atau ilmu dan kehakiman.
Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan.
Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.
Sebagaimana Islam itu adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sohih.

(
)
Usul Ke-2
Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
Al-Quran dan sunnah (hadis) adalah sumber rujukan untuk mengetahui hukum hakam Islam. Al-Quran
difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula di
fahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.

.
.
.

Usul Ke-3

Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati.
Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang
dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi
ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara. Ia tidak diambil kira
kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama.

(
)
Usul Ke-4
Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum
berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
Tangkal, azimat, al-wad (sesuatu yang diambil dari laut seperti kulit kerang untuk menghindarkan sakit
mata), al-marifah (mengetahui sesuatu perkara dengan tanda-tanda awal untuk mencari barang
kecurian, tempat orang sesat dsb), kihanah (pemberitahuan tentang perkara-perkara ghaib pada masa
akan datang atau perkara yang tersembunyi di dalam hati orang lain) dan dakwaan mengetahui perkara
ghaib dan perkara-perkara yang tergolong di dalam perkara ini merupakan perkara mungkar yang wajib
diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang mathurah (datang dari Rasulullah
SAW).

Usul Ke-5
Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada
nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
Pendapat Imam atau Naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas, yang boleh menerima andaian
pelbagai segi dan yang berhubung dengan masalih al-mursalah boleh diterima sekiranya tidak

bertentangan dengan kaedah-kaedah syara. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan
adat. Asal pada ibadat ialah taabbud tanpa melihat kepada makna-makna. Dan asal pada adat ialah
melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.

Usul Ke-6
Usul Ke-6: Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW yang maksum. Setiap
yang datang dari salafus soleh yang bertepatan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima
dengan sebulat hati. Akan tetapi jika berlawanan dengannya maka Kitab Allah dan Sunnah RasulNya
lebih utama diikuti. Walau bagaimanapun kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkan keburukan
peribadi-peribadi tertentu di dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati
mereka. Sesungguhnya mereka berlalu dengan apa yang mereka lakukan.

Usul Ke-7
Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah
pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar) dalil-dalil hukum cabang (furu) boleh
mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu
bagi mengetahui dalil-dalilnya. Beliau juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan
dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. Jika
sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan
kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum.

Usul Ke-8
Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam
agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang
berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu /
penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih saying kerana
Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran
yang dicela serta taksub.

Usul Ke-9
Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di dalamnya adalah
membebankan diri dengan perkara yang ditegah syara. Di antaranya ialah banyak furu di dalam hukum
hakam yang tidak berlaku, melibatkan diri di dalam makna-makna ayat Al-Quran yang ilmu belum sampai
kepadanya dan bercakap tentang kelebihan di antara sahabat R.A. dan khilaf yang berlaku di kalangan
mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan dibalas menurut
niat mereka, tambahan pula takwil adalah dibenarkan.









} {

Usul Ke-10
Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
Mengenal Allah SWT, mentauhid dan menyucikanNya adalah setinggi-tinggi aqidah Islam. Ayat-ayat sifat
dan hadith-hadithnya yang sahih serta penyerupaaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya
sebagaimana ia datang tanpa takwil dan tathil. Kita jangan cuba mendedahkan khilaf di antara ulama di
dalam masalah itu. Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasulullah SAW dan sahabatsahabatnya.

Usul Ke-11
Semua Bidah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
Setiap bidah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh
manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, sama ada dengan cara menambah atau
mengurangkannya adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik
sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidah itu sendiri.



} {

Usul Ke-12
Bidah Idafiah, Bidah Tarkiah, Bidah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
Bidah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah
masalah khilafiyah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat
berdasarkan dalil dan bukti.

Usul Ke-13
Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi manfaat atau
mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
Mencintai orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang
mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah mereka
yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Karamah yang
berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang bertepatan dengan dengan syara
serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka tidak mampu
untuk memberi manfaat atau mendatangkan mudharat ketika hidup atau pun setelah mereka mati.
Mereka juga tidak mampu memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu kepada orang lain.

Usul Ke-14
Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bidah.
Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang disyariatkan dengan caracara yang mathur. Tetapi meminta pertolongan dari ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru
mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau

jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan di atas kubur, menyelimutinya, meneranginya,
mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain Allah dan seumpamanya yang terdiri daripada
perkara-perkara bidah adalah dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalanamalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.

Usul Ke-15
Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan salah satu makhluk-makhlukNya,
merupakan perselisihan kepada masalah furu (cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan
bukannya permasalahan aqidah.

Usul Ke-16
Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama
yang dipakai orang ramai.
Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah wajib dipastikan batas-batas
pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang
dimaksudkan itu. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz yang sengaja dikemukakan dengan
tujuan tipu helah di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. Yang
diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan, bukan nama yang diberikan.

Usul Ke-17
Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari
kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara walaupun darjat tuntutan pada keduaduanya berbeza.

Usul Ke-18
Islam mengangkat peranan akal manusia.
Islam membebaskan aqal. Menggalakkan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan
ilmu dan ulama, mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Al-Hikmah adalah barang yang
hilang dari orang mukmin, di mana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak
terhadapnya.

Usul Ke-19
Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
Boleh jadi perkara yang diteliti oleh pandangan syara tidak termasuk ke dalam perkara yang diteliti oleh
pandangan aqal, begitu juga sebaliknya. Sungguh pun demikian, pandangan syara dan pandangan aqal
tidak bercanggah dalam perkara-perkara yang qathi (muktamad dan putus). Hakikat ilmiah yang sahih

tidak bertentangan dengan kaedah syara yang tsabit. Perkara dzanni, dari kedua-duanya ditakwilkan,
agar bersesuaian dengan qathi. Sekiranya pandangan syara dan pandangan aqal masih berada di
peringkat dzann, maka pandangan syaralah yang lebih utama untuk diterima. Hinggalah pandangan aqal
dapat mentsabitkan kebenarannya atau ia akan gugur dengan sendirinya.

Usul Ke-20
Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.
Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan
tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada
pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:
Mengakui kalimah kufur
Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam
semua keadaan.
Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.

You might also like