You are on page 1of 9

EPM 414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

a) Apakah pandangan UNESCO tentang kemahiran menulis? 2% - 1 halaman


b) Terangkan instrumen mengukur kemahiran menulis yang digunakan dalam kajian ini.
4% - 2 halaman
c) Jelaskan secara ringkas dapatan umum kajian ini 4% - 2 halaman
Kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang menurut
UNESCO (1980) merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab
sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan
kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan
pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan
berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi
bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan
proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek
tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat
menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.
Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi
mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana
tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah
fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya
mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu
juga sebaliknya.
Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah
sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada
dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah
pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka
menulis mereka juga membaca.

Instrumen dalam kajian ini, iaitu skema analisis karangan dibina dalam dua versi,
iaitu untuk Tahap I dan Tahap II sekolah rendah. Bagi Tahap I dan Tahap II yang
mempunyai penekanan yang berbeza, senarai kecekapan menulis dikelompokkan
mengikut komponen yang berbeza. Tahap I mengandungi komponen (a) Menulis Asas,
(b) Wacana, dan (c) Tatabahasa, sementara Tahap II mengandungi komponen (a)
Sosiolinguistik, (b) Wacana, (c) Tatabahasa. Rujukan utama yang digunakan
termasuklah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidkan
Malaysia, 2003a) dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun
1 - 6 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003b) serta model komunikatif (lihat Hymes,
1972; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990; dan Hashim, 2003 & 2005).
instrumen versi Tahap I yang mengandungi
komponen, subkomponen, dan item kecekapan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu
bagi Tahunl, Tahun 2, dan Tahun3. Dalam komponen kemahiran menulis asas, terdapat
subkomponen mekanis dan tulisan awal, iaitu menyalin, menulis, dan bina-Iengkapkan.
Dalam komponen wacana, terdapat subkomponen koheren dan kohesi. Koheren
bermaksud kecekapan menyusun idea dan membina makna, sementara kohesi merupakan
kecekapan menyusun ayat secara padu dan padat untuk membina teks. Komponen
tatabahasa pula mengandungi subkomponen aspek mekanis, morfologi, dan sintaksis
yang merupakan kecekapan memilih dan menggunakan tanda baca dan memilih
stukturstruktur bahasa yang betul untuk berkomunikasi. instrumen versi Tahap II yang
mengandungi komponen, subkomponen, dan item kecekapan bagi Tahun 4, Tahun 5, dan

Tahun 6. Disebabkan penekanan Tahap II ialah pengukuhan kemahiran menulis dan


penggunaannya dalam fungsi komunikasi, komponen menulis asas digantikan dengan

komponen sosiolinguistik. Komponen sosiolinguistik meliputi subkomponen tujuan


penulisan dan khalayaknya (pembaca), komponen wacana meliputi peratlian dan
pertautan, dan komponen tatabahasa mengandungi subkomponen mekanis, morfologi,
dan sintaksis.

Kedua-dua buah instrumen menggunakan skala Likert 5-mata bagi menilai


penguas:ulll kecekapan menulis dalam bahasa Melayu. Nilai mata dalam skala ialah:

I - Sangat lemah
Lemah
Sederhana

Baik
Sangat baik

Soalan harangan
Dua set soalan karangan bagi setiap tahap merupakan rangsangan kepada murid
untuk menghasilkan gerak balas dalam bentuk karangan yang akan dianalisis dengan
menggunakan skema analisis karangan dalam pengumpulan data tentang kemahiran
menulis masing-masing. Kertas soalan karangan Tahap I dan Tahap II memakan masa
selama satu jam setengah setiap satu (Lihat Caudery, 1990; Weir,lgg3). Kertas soalan
Tahap I mengandungi soalan yang meminta murid menyusun gambar mengikut urutan
cerita; melengkapkan ayat berdasarkan gambar; menyusun dan menyalin perenggan
menjadi karangan lengkap; dan menulis karangan berdasarkan satu tajuk pilihan yang
panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. Kertas soalan Tahap II pula
mengandungi soalan yang meminta murid menulis dua buah karangan, iaitu jenis
keperihalan dan imaginatif yang kepanjangan setiap sebuah tidak kurang daripada 100
patah perkataan. Pembinaan soalan karangan dalam kajian ini dilakukan berdasarkan
pandangan Weir (1993) yang menyatakan tugasan bagi mengumpul data kecekapan
menulis memerlukan pemprosesan wacana dan pembinaannya yang menyamai situasi
sebenar. Kedua-dua set soalan bagi Tahap I dan Tahap II ini telah dirujuk kepada empat
orang guru berpengalaman mengajar bahasa Melayu di sekolah kebangsaan. Maklum
balas daripada mereka digunakan unfuk memumikan soalan-soalan karangan berkenaan
sebelum digunakan dalam kajian sebenar.

Skema analisis karangan versi Tahap I dan versi Tahap II merupakan dua buah
instumen utama yang digunakan untuk mengumpul data tentang Tahap penguasaan
kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Analisis statistik
kebolehpercayaan jumlah-item dan korelasi skema dan komponenkomponennyamenunjukkan bukti kebolehpercaarl yang sangat tinggi. Instrumen versi Tahap
I ini
mempunyai nilai alfa .99, sementara versi Tahap II juga mempunyai nilai alfa .99.
Koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi kedua-dua buah instrumen ini disebabkan
sumbangan kebolehpercayaan yang sangat tinggi setiap subkomponen yang seterusnya
melonjakkan kebolehpercayaan komponen-komponennya. Bagi instumen versi Tahap I,
korelasi jumlah-item yang tinggi pada keseluruhannya tidak memerlukan pengguguran
item Bl3 (Melengkapkan ayat menggunakan peribahasa) yang agak lemah bagi
meningkatkan nilai alfa yang sekaligus membayangkan ketekalan dalamannya.
Demikian juga dengan instrumen versi Tahap II pula yang mempunyai koefisien
kebolehpercayaan sangat tinggi yang menunjukkan ketekalan dalaman.
Bukti ketekalan dalam kedua-dua buah instrumen ini turut diperkukuhkan dengan
hasil analisis korelasi skema dengan komponen, dan korelasi antara komponen.
Koefisien kebolehpercayaan instumen versi Tahap I adalah sangat tinggi, iaitu dengan
menulis asas (.98), dengan wacana (.97), dan dengan tatabatrasa (.9S). Koefisien
kebolehpercayaan instrumen versi Tahap II juga sangat tinggi, iaitu dengan
sosiolinguistik (.97), dengan wacana (.98), dan dengan tatabahasa (.98). Korelasi yang
sangat tinggi skema dengan setiap komponennya merupakan bukti ketekalan dalaman
seluruh instrumen (Anastasi, I 98S).
Di samping itu, korelasi adalah sangat tinggi antara komponen instrumen bagi
setiap versi. Bagi versi Tahap I, korelasi menulis asas dengan wacana ialah .92, menulis
asas dengan tatabahasa ialah .93, dan wacana dengan tatabahasa ialah .94, sementara bagi
versi Tahap II, korelasi sosiolinguistik dengan wacana ialah .95, sosiolinguistik dengan
tatabahasa ialah .92, dan wacana dengan tatabahasa ialah .95. Korelasi yang sangat
tinggi antara komponen instumen bagi kedua-dua versi menunjukkan hubungan yang
kuat antara komponen serta mentaksir gagasan yang sama, iaitu kemahiran menulis pada

Tahap I dan Tahap [I peringkat sekolah kebangsaan. Ini merupakan kesahan serentak
dalam satu alat, di samping bukti kesahan gagasan secara unitari (Messicks, 1993 &.
1ee4).
Bahagian B : Esei (10% 5 halaman)
Tujuan: Menjalankan kajian tentang pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS) dalam bahasa Melayu di sekolah anda
Kaedah: Pilih beberapa guru bahasa Melayu dan temu bual mereka
tentang pelaksanaan PBS. Beri tumpuan kepada berikut:

Adakah guru menyokong konsep PBS?


Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi?
Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti
standard, evidens, deskriptor, instrumen dan sebagainya?
Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam?
Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?
Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrumen?
Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band
untuk setiap murid?
Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?
Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?
Lain-lain tentang PBS
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran

yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada


sistem yang

menumpukan kepada ujian

pencapaian

dan

peperiksaan

berorientasi

peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set
indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji
penguasaan dan pencapaian. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana
memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu
sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS
dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi

pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif


(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif
(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:

Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik

Pendapat Cikgu:
1.Cikgu Aisah bt. Sahran
Kaedah: Pilih beberapa guru bahsa Melayu dan temu bual mereka tentang pelaksanaan PBS.
Beri tumpuan kepada berikut:

Adakah guru menyokong konsep PBS?


Saya menyokong konsep PBS walaupun bukan secara menyeluruh .Dari satu aspek,saya
melihat PBS mampu melahirkan pelajar yang berdikari dan berani meluaskan
pendapat.Aktiviti cadangan kebanyakan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka
sendiri jawapan dengan pementoran daripada guru.Guru kelihatan lebih mudah dari segi
tugasnya.Walaubagaimanapun,banyak guru merungut kerana untuk penilaian yang digunakan
pada akhirnya nanti tidak didedahkan.Sebilangan guru bimbang mereka tidak berjalan di atas
track yang sepatutnya.

Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi?


Latihan yang diberikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab masih belum
mencukupi.Masalah berlaku apabila pihak yang bertanggungawab untuk menyampaikan
maklumat tentang PBS gagal untuk memberikan pemahaman yang sepatutnya diterima oleh
guru-guru akibat mereka sendiri yang kurang memahami konsep sebenar
PBS.Walaubagaimanapun saya percaya mereka ini juga mempunyai kekangan lain yang
menyebabkan keciciran maklumat.
Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard,evidens,descriptor,
Instrument dan sebagainya?
Terdapt perbezaan pengurusan PBS bagi Tahap 1 dan Tahap 2.Bagi tahap 1,pengurusan
eviden,penentuan deskriptor masih dibuat sementara pada peringkat Tahap 2 eviden tidak

lagi perlu disimpan.Begitu juga standard penguasaan juga tidak sama di mana bagi Tahap 1
murid ditentukan dengan Band manakala bagi tahap 2 murid hanya dinilai sama ada
menguasai atau tidak menguasai.
Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam?
Ya,pihak guru rata-rata memerlukan latihan tentang pengurusan PBS secara lebih mendalam
dan berterusan.
Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?
Berdasarkan pemerhatian saya sekarang guru-guru lebih banyak tugas untuk menyiapkan
dan menyediakan fail-fail berkaitan berbanding persediaan untuk mengajar murid.Kerisauan
sentiasa timbul apabila berlaku ketidakfahaman tentang pelaksanaan sebenar PBS.
Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrument?
Secara amnya penggubahan instrumen tidak banyak menimbulkan masalah.
Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap murid?
Kepelbagaian murid yang terdapat dalam satu kelas tidak dilihat sebagai masalah dalam
menetapkan Band murid.Tetapi masalah berlaku apabila berlainan,secara langsung
muridnya juga berbeza kebolehan dari kelas ke kelas.
Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?
Dalam aspek P&P BM,kebanyakan aktiviti menjurus kepada pengujian lisan murid.Muridmurid mempunyai lebih banyak peluang untuk mempraktik BM secara lisan dan
bertulis.Dalam PBS,setiap kemahiran (lisan,membaca,bertulis dan tatabahasa)diajar secara
lebih spesifik dan mendapat tumpuan yang sama dalam P&P.Jadi sudah pasti ini akan
menambahkan penguasaan dalam Bahasa Melayu.
Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?
Setakat ini pihak guru masih tidak pasti tentang format penilaian yang akan dilakukan oleh
kementerian.Oleh itu,agak sukar untuk menilai keberhasilannya sama ada PBS berjaya
menunjukkan kemahiran sebenar murid atau sebaliknya.
Lain-lain tentang PBS

Kerja pendokumenterian yang terlalu terperinci menyebabkan penyediaan yang terlalu


memakan masa guru.Beban tugas lain juga memberikan tekanan kepada guru dalam
melaksanakan PBS secara sempurna seperti yang dikehendaki.
Pendapat Cikgu ke-2:
2.Zuraini bt.Seruji

Adakah guru menyokong konsep PBS?


Pada hakikatnya secara peribadi,saya tidak menyokong PBS terutama apabila kita lihat pada
peringkat pelaksanaannya.Pada peringkat inilah yang membebankan para guru,ditambah lagi
degan sistem yang terpaksa disimpan untuk beberapa tahun.Walaupun sekarang
menggunakan mod luar talian namun masih mengganggu pelaksanaan tugas asas guru iaitu
mengajar dan bukannya memberat pada tugas perkeranian.

Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi?


Langsung tidak mencukupi.Ramai dalam kalangan guru masih tidak memahami konsep
pelaksanaan PBS.Malah sekarang sudah hampir lima tahun namun para guru masih lagi keliru
terhadap PBS terutamanya pada aspek perbezaan pengistilahan yang diguna pakai bagi tahap
satu dan dua yang mempunyai perbezaan
Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard,evidens,descriptor,
Instrument dan sebagainya?
1.Standard prestasi garis panduan bagi asas pencapaian untuk menerangkan
penguasaan/pencapaian pelajar.
2.Eviden adalah agihan pengetahuan atau kemahiran mengikut objektif.
3.Descriptor pula ialah asas kefahaman/tahap atau penggredan seseorang pelajar.
4.Instrument ialah bahan untuk menguji setiap kemahiran.
Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam?
Sudah semestinya.Sepatutnya didedahkan kemahiran secara optimum sebelum pelaksanaan.
Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?
Ya,tugas asas guru digannggu dengan kerja sampingan demi memenuhi kehendak PBS
pengajaran menjadi kurang fokus.Fokus asal diganggu dengan kerja perkeranian.Tersasar
daripada tugas khas iaitu mendidik.

Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrument?


Instrumen boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai cara jadi tiada masalah,yang
menjadi masalah adalah penyimpanan kemasukan markah dan kemuncak hala tuju seperti
Tahun 6.Kita tidak didedah format ujian dengan lebih awal,inilah yang menjadi kekangan
kepada pendidik untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap murid?
Tiada masalah sekiranya skema di ikuti secara holistik.
Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?
Pada dasarnya tiada kajian sahih yang boleh digunapakai yang mengatakan PBS membantu
murid dalam penguasaan Bahasa Melayu.
Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?
Tidak,ada kemahiran yang di ajar secara berulang semata-mata untuk membolehkan murid
menguasai.Penguasaan sebenar murid tidak dapat dinilai melalui PBS kerana sistemnya
amat membantu murid menguasai secara asal
Lain-lain tentang PBS

Perlu adakan program rintis di setiap negeri atau bahagian.

Latih para guru dengan kemahiran yang optimum.

Semua pihak perlu bersedia sebelum pelaksanaannya.

You might also like