You are on page 1of 7

1.

KONSEP PLURALITI
Pluraliti Masyrakat boleh ditakrifkan sebagai pertemuan antara tamadun dan

budaya yang menyerap masuk didalam sesuatu masyarakat. Ia berlaku secara


harmonis dan secara semulajadi. Masyarakat Plural pula bermaksud pertembungan
antara tamadun dan budaya berlaku secara paksaan dan tidak semulajadi, berlakunya
dominasi oleh satu pihak ke atas pihak atau sesuatu masyarakat. Pluraliti merupakan
istalah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam
Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah antaranya Eropah yang terbentuk
melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
Selain itu, Masyarakat Plural pula bermaksud masyarakat yang mengandungi
dua atau lebih unsur atau peringkat social dan juga terdapat beberapa bentuk saingan
tetapi tidak bercampur tetapi ia berada dalam satu unit politik. Dalam konteks
masyarakat di Alam Melayu, masyarakat plural merujuk kepada tiga komuniti etnik
utama iaitu Melayu, Cina, dan India walaupun terdapat pelbagai lagi kaum yang lain di
Malaysia. Masyarakat plural juga boleh di definasikan sebagai masyarakat majmuk.
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu
Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa
maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan
mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa
kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk
membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun
bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan
ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses
penghijrahan berlaku semula jadi tanpa pemaksaan mana-mana pihak. Mereka tidak
memerlukan passport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu

kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan
negara-negara lain untuk berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan pendudukpenduduk tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara juga dilihat melalui
proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan dan akhirnya telah
membawa kepada kewujudan masyarakat baharu seperti Baba Nyonya, Melayu
berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India.

2. KEDATANGAN PEDAGANG DARI EROPAH


Eropah merupakan salah sebuah benua yang terbesar didunia. Kebanyakkan
pedagang Eropah yang datang ke Tanah Melayu datangnya dari Portugal, Belanda,
Sepanyol, Perancis dan Britain. Kebanyakkan dari mereka datang ke Tanah Melayu
atas dasar penjelajahan kuasa dan aktiviti perdagangan. Melaka menjadi sasaran
utama mereka dalam aktiviti perdagangan dan penjelajahan atas sebab kedudukan
Melaka yang strategik. Selain itu, kebanyakkan daripada mereka datang ke Melaka bagi
mendapatkan bekalan the, rempah dan juga sutera.
Penjajah eropah merupakan bangsa yang telah maju dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi. Kedatangan mereka terutamanya Portugal dan Sepanyol ke
Alam Melayu membawa misi 3G iaitu Gospel (Agama), Gold (Ekonomi), dan Glory
(Politik). Mereka berusaha merebut jalan perdagangan ke Timur. Mereka mempunyai
prinsip, struktur dan sistem dalam melaksanakan pemerintahan di Alam Melayu. Tujuan
pedagang dari Eropah ini juga adalah bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian di
Tanah Melayu. Inggeris sebagai contohnya memperkenalkan pemisahan agama dan
negara. Inggeris menguruskan hal ehwal pentadbiran negara sedangkan adat istiadat
dan agama diletakkan di bawah tanggungjawab Raja-Raja Melayu. Pemisahan fungsi
ini dinamakan sekularisme. Sekularisme merupakan konflik antara ilmuan Barat dan
agama Kristian pada zaman Renaissance sehingga menimbulkan suatu keadaan di
mana ilmu sains moden telah dijadikan asas pemerintahan negara dan penyerahan
aspek keagamaan kepada gereja Kristian.
Dalam pada itu, Masyarakat Plural ini mula terbentuk selepas kedatangan orang-orang
Eropah Tanah Melayu. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan
India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Selain daripada itu,penjajah
Eropah telah menetapkan dasar iaitu dasar pecah perintah yang menyebabkan mereka
gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang
wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yang hidup
terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama yang
dinamakan masyarakat Majmuk. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa
penjajahan barat telah menjadi titik pemisah antara Pluraliti dalam masyarakat Plural.

3.

KEDATANGAN PEDAGANG DARI CINA DAN INDIA.

Hubungan antara masyarakat Tanah Melayu dengan pedagang dari China dan India
telah berlaku begitu lama kerana kedudukan strategik laluan Timur dan Barat telah
menjadikan Alam Melayu tempat persinggahan, pusat penyebaran ilmu pengetahuan di
antara China dan India. Bijih timah merupakan barang dagangan utama Kesultanan
Melayu Melaka. Perdagangan bijih timah ini telah menarik minat pedangan asing
terutamanya dari Arab, India dan China. Satu sumber China telah mencatatkan bahawa
Melaka telah mengeksport timah bermula dari tahun 1416 Masihi lagi. Kewujudan
kerajaan di Lembah Bujang di Kedah, Srivijaya di Sumatera, Majapahit di Pulau Jawa
merupakan bukti bahawa Alam Melayu juga pernah menjadi pusat perkembangan
Hinduisme. Begitu juga kedatangan armada kapal tentera laut China di zaman Dinasti
Ming telah memulakan hubungan diplomatik antara dua negara sehingga memberikan
kestabilan kepada kedudukan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa yang strategik.
Semasa proses pembentukan Pluraliti di alam Melayu, hubungan tanah melayu dengan
Cina dan India salah satu faktor terpenting. Hubungan antara alam Melayu dengan Cina
dan India telah lama berlaku disebabkan faktor perdagangan. Pada zaman kesultanan
Melayu Melaka, telah wujud hubungan antara negara China dan Alam Melayu
sebagaimana yang diketahui melalui sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho. Alam
Melayu merupakan persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua ini kerana
kedudukannya yang strategik iaitu melalui jalan timur-barat. Di samping itu juga pada
abad ke-7 Masihi telah wujud institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman
kerajaan Melayu Sri Vijaya dan ini telah menjadikan Alam Melayu terkenal sebagai
pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.
Dalam Pembentukan Pluraliti di alam Melayu zaman Hinduisme dan Buddhisme juga
memainkan peranan yang penting tetapi tidak memberi kesan yang besar dalam
kehidupan rakyat biasa di alam Melayu berbanding dengan pengaruh Islam. Hal ini
kerana tidak terdapat kitab-kitab pada zaman ini yang membincangkan idea-idea besar
seperti falsafah, ketuhanan yang berasaskan ideologi Hinduisme dan Buddhisme di
alam Melayu. Namun begitu, kitab yang ada ini hanyalah hanyalah kitab-kitab yang
bersifat dan berunsurkan kesenian. Oleh hal yang demikian, jarang dilihat nama-nama

yang bercorak Hinduisme atau Buddhisme dalam kalangan anak-anak rakyat biasa. Hal
ini berbeza sekali dengan kedatangan Islam kerana hampir semua nak-anak pada
zaman itu mengikut nama-nama berunsurkan keislaman. Namun begitu ideologi
Hinduisme dan Buddhisme juga diterima baik dalam kalangan pemerintah alam Melayu
sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme banyak mengukuhkan institusi raja di
alam Melayu. Hal ini kerana ia ada impak politik kerana mitos hinduisme
mengatakan raja adalah anak tuhan yg diutus ke bumi dan rakyat perlu taat dan
patuh kepada setiap perintah raja atas dasar raja dalah tuhan. Kebesaran dan
kekuatan raja-raja ini digambarkan melalui candi-candi yang didirikan semasa
pemerintahannya.

4. Kedatangan Pedagang Dari Arab dan Parsi


Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab telah dikemukakan oleh John Crawford pada
kurun ke-7 Masihi. Pendapat ini telah disokong oleh Proffesor Syed Muhamad Naquib
Al-Attas dengan menyatakan bahawa perdagangan orang Arab bermula pada Zaman
Jahiliyah lagi dan Islam mula tersebar selepas aktiviti perdagangan ini dikuasai oleh
pedagang Arab.
Orang Arab dan Parsi mempunyai penempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300
Masihi, ini dibuktikan menerusi catatan yang dibuat oleh China. Pedagang Arab dapat
menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China dan
telah berdagang secara berterusan di Tanah Melayu sehinggalah kemunculan Islam
pada abad ke 7M.
Dalam perjalanan ke China, pedagang Arab ini akan singgah di pelabuhan utama Asia
Tenggara terutamanya pelabuhan di Selat Melaka. Pelabuhan tersebut menjadi tempat
menunggu perubahan angin monsun untuk ke China kerana kedudukan Selat Melaka
yang strategik, iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara China dengan India.
Semasa menunggu perubahan angina monsun, kebanyakkan pedagang arab menetap
selama beberapa bulan di pelabuhan tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke
China. Kesannya, sebahagian daripada mereka telah membina perkampungan di situ.
Perkampungan ini telah berkembang menjadi tapak untuk berdagang, pusat
pengumpulan barang jualan dan juga tempat membeli barang-barang mewah seperti
tekstil dan tembikar dari China dan India. Perkampungan ini di huni oleh orang-orang
Arab sementara menunggu pelayaran mereka. Mereka melakukan urusan jual beli dari
China dan India dan melalui perkampungan ini juga mereka melakukan aktiviti
kehidupan harian seperti biasa dan secara tidak langsung menyebarkan agama Islam.
Terdapat juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan.
Para pedagang arab ini juga berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan
dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama islam semasa menunggu
perubahan angina monsun. Selain itu, kehidupan dan nilai islam yang murni yang ada

pada pedagang arab telah menarik minat orang tempatan untuk mendalami agama
islam.

You might also like