Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010

1.0 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu falsafah

pendidikan tradisional Barat dan falsafah pendidikan moden Barat. Dalam bahagianbahagian tersebut pula mempunyai beberapa cabang-cabang lain. Contohnya dalam bidang falsafah pendidikan tradisional Barat terdapat cabang-cabang lain iaitu perenialisme dan esensialisme. Dalam bidang falsafah pendidikan moden Barat pula ialah progresivisme dan rekonstruksionisme. Setiap falsafah pendidikan (perenialisme, esensialisme, pregresivisme dan rekonstruksionisme) mempunyai akar di dalam satu atau lebih falsafah umum seperti idealisme, realisme dan pragmatisme. Sebagai contoh, aspek-aspek idealisme dan realisme boleh didapati dalam esensialisme dan perenialisme serta pragmatism menimbulkan progresivisme dan rekonstruksionisme. Falsafah pendidikan Barat boleh digambarkan seperti dalam Rajah 1.0.

Realisme

Perenialisme

Idealisme

Tradisional

Esensialisme

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Moden

Pragmatisme

Rekonstruktionisme

Progresivisme

Eksistensialisme

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Falsafah pendidikan memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinisikan proses pendidikan seperti konsep pendidikan, pembelajaran, kurikulum, dan sebagainya. Oleh kerana proses pendidikan berlaku dalam konteks masyarakat tertentu, maka falsafah pendidikan juga bertindihan dengan falsafah sosiopolitik dan ekonomi. Sebagai contoh, John Dewey mendapati betapa perlunya untuk berfikir mengenai perhubungan sekolah dengan masyarakat dan juga perhubunganperhubungan lain yang berkaitan dengan pendidikan. ³ Secara keseluruhan, pendidikan berubah, pendidikan bukan lagi dianggap sebagai satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka´; (John Dewey, Democracy and Education) ³ Setiap individu mempunyai potensi yang unik tanpa mengambil kira ciri-ciri fizikal atau psikologi masing-masing. Justeru, matlamat pendidikan ialah membantu setiap individu mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat´; (John Dewey, Democracy and Education) Di samping itu juga, satu perkara yang penting dalam falsafah pendidikan ialah tujuan atau matlamat pendidikan, iaitu dalam hal perkembangan individu atau kesedaran kendiri dan juga dalam hal perhubungan di antara matlamat-matlamat pendidikan dan matlamat-matlamat sosial.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PERENIALISME Perenialisme berasal daripada perkataan asas, perennial yang bermaksud ³tidak berubah´. Justeru, bagi ahli perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial. Perenialisme membawa pandangan pendidikan yang konservatif dan tradisional. Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Menurut ahli-ahli perenialisme, tabii manusia adalah tetap. Oleh itu, prinsip-prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulang-ulang. Mereka juga menegaskan tentang ciri-ciri intelek yang terdapat pada diri manusia. Bagi mereka, manusia adalah makhluk yang rasional, dan sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi rasional. Menurut Johnson dan rakan-rakan (1969), tujuan pembelajaran bagi perenialisme terletak dalam aktiviti-aktiviti untuk mendisiplinkan akal. Berpandukan konsep yang telah dikemukakan, maka pendidikan bertujuan untuk mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak mempunyai had masa. Ahli-ahli perenialisme menganggap tujuan sejagat pendidikan ialah untuk mencapai dan menyebarkan kebenaran. Bagi mereka, kebenaran adalah sejagat dan tetap. Ini bermakna kebenaran adalah sama di mana-mana sahaja. Oleh itu, pendidikan mestilah sama di seluruh dunia. Ia mestilah berusaha untuk menyesuaikan individu bukan kepada alam ini, tetapi kepada apa yang benar. Penyesuaian kepada kebenaran adalah matlamat pendidikan. Untuk menyelamat tamadun manusia daripada

kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itu memahami dunia yang sebenar. Dalam konteks tumpuan falsafah pendidikan perenialisme, hanya empat aspek akan dijelaskan, iaitu jenis kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan guru.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Kurikulum sekolah perlu menegaskan perkara-perkara sejagat dan tema-tema kehidupan manusia yang tetap. Kurikulum tersebut juga mestilah mengandungi subjeksubjek kognitif untuk melatih ciri-ciri rasional, mata pelajaran-mata pelajaran yang berkaitan dengan moral, estetika dan juga prinsip-prinsip agama bertujuan untuk membentuk sikap. Antara mata pelajaran kritikal yang diberi penumpuan adalah dalam bidang kemanusiaan dan kesusasteraan. Ahli-ahli perenialisme menyarankan supaya pe;ajar belajar hasil-hasil karya orang-orang ternama dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah dan sains. Bagi mereka, hasil-hasil usaha ini telah menunjukkan aspirasi dan pencapaian tertinggi orang-oarng ternama sejak dari dahulu lagi. Dengan mengkaji hasil-hasil usaha ini, ahli-ahli perenialisme berpendapat, pelajar akan belajar kebenaran-kebenaran yang lebih penting daripada sebarang yang didapati oleh dirinya sendiri mengikut minat. Selain itu, dalam bidang kemanusiaan dan kesusasteraan mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia dan bukannya bidang vokasional atau teknik yang berkaitan dengan mesin. Kebanyakkan ahli perenialisme mempercayai bahawa pendidikan mestilah diberikan kepada pelajarpelajar yang pandai sahaja dan kepada pelajar-pelajar yang kurang pandai diberi latihan vokasional. Pendidikan vokasional, industri dan pendidikan lain yang berkaitan boleh dimasukkan asalkan pengajarannya bercorak intelektual. Walau bagaimanapun, sekolah tidak wujudkan untuk melatih tugas-tugas pekerjaan. Tugas-tugas melatih ini ditinggalkan atau diserahkan kepada pekerja-pekerja di dalam bidang pekerjaan. Sekolah juga bukanlah tempat untuk memperbaiki semula masyarakat. Di samping itu juga, mata pelajaran-mata pelajaran yang disyorkan termasuk bahasa, sastera, matematik, seni dan sains. Mata pelajaran ini akan memberi murid peluang untuk memperoleh celik akal yang penting mengenai kehidupan. Mata pelajaran ini mestilah dipelajari sama ada ia digunakan atau tidak. Ahli-ahli perenialisme juga menyarankan bahawa pelajar mestilah diajar perkara-perkara asas tertentu yang akan membiasakan dirinya dengan alam yang kekal. Pelajar tidak semestinya berusaha untuk belajar perkara-perkara yang didapati mustahak pada sesuatu masa tertentu.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Selain itu, guru berperanan sebagai pakar yang bijaksana serta berwibawa dalam bidang pendidikan dan pengetahuan. Tanggungjawab mereka ialah untuk menyampaikan ilmu di samping membimbing perbincacangan kumpulan. Mereka juga perlu mendisiplinkan anak murid mereka. Tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral, menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karya agung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan. Kaedah yang ditekankan pula ialah kaedah didaktik di mana guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa menanya sebarang soalan. Dengan kata lain, guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan melayan sebarang pandangan anak murid mereka. Selain daripada itu juga, ahli-ahli perenialisme mencadangkan kaedahkaedah pengajaran seperti ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulang kaji. Pengajaran adalah satu seni, seni untuk menggalak dan mengarahkan perkembangan individu untuk memiliki kuasa untuk berfikir secara rasional iaitu kuasa yang dipunyai oleh kebanyakkan manusia. Tanggungjawab murid alah berusaha dengan bersungguh-sungguh agar dapat memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Untuk itu, mereka dikehendaki menyiapkan segala tugasan yang diberi ole guru. Kesimpulannya, pelajar dapat mendisiplinkan akalnya dengan berusaha

bersungguh-sungguh mempelajari perkara-perkara yang dianggap penting. Dengan cara ini, mereka dapat menonjolkan bakat yang ada pada diri yang selama ini mungkin tersembunyi disebabkan oleh tiada asuhan atau tunjuk ajar daripada pihak luar. Kesedaran juga penting yang mana memerlukan disiplin kendiri dan disiplin kendiri boleh diperolehi hanya melalui disiplin luaran.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
ESENSIALISME Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional. Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme. Falsafah pendidikan ini telah dibentuk oleh William C.Bagley (1983). Di antara pendidikpendidik lain yang tergolong dalam pergerakkan falsafah ini termasuklah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L.Kandel. Bagi ahli esensialisme, terdapat ilmu dan kemahiran utama yang perlu diajar kepada anak murid. Falsafah ini menekankan kepada perkaraperkara yang asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif. Perkara-perkara pula boleh berubah dari masa ke semasa. Oleh itu, esensialisme bersifat praktikal dan prakmatik. Matlamat pendidikan ini ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya. Ahli-ahli esensialisme menghendaki nilai-nilai masyarakat diajar sepanjang kurikulum persekolahan. Termasuklah nilai-nilai sosial dan kebudayaan golongan kelas atasan dalam masyarakat, nilai-nilai politik dan cendekiawan negara. Bagi merealisasikan matlamat pendidikan, tumpuan diberikan kepada kemahiran asas iaitu membaca, mengira dan menulis (3M). Ahli esensialisme menganggap pengajaran sebagai penyebaran pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang benar-benar diperlukan. Selain itu, mata pelajaran yang yang wajib adalah sains, sejarah, seni dan muzik. Bidang sastera dan kemanusiaan pula dianggap sebagai mata pelajaran sampingan sahaja. Di sekolah rendah, perkara yang dianggap penting ialah pembacaan, penulisan, percakapan, ejaan dan baru diperkenalkan sejarah, ilmu alam, sains fizikal dan bahasa asing. Di sekolah menengah pula, perkara-perkara yang dipentingkan di peringkat sekolah rendah diperkembangkan lagi menjadi lebih khusus dan lebih mencabar. Semua bentuk aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan diterima tetapi kurang diberi keutamaan.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Guru disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Guru merupakan model dan seorang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai-nilai masyarakat. Menurut Brickman (1958), ahli-ahli esensialisme meletakkan guru di tengah-tengah alam pendidikan. Guru mestilah mempunyai pendidikan liberal, seorang yang berpengetahuan dalam bidang pembelajaran, seorang yang memahami psikologi kanak-kanak dan proses pembelajaran dan seorang yang menjalankan tugas. Kaedah yang ditekankan ialah pendekatan didaktik. Murid-murid tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam proses spekulasi reflektif yang dilihat sebagai satu perkara yang semata-mata mensia-siakan masa sahaja. Bagi mencapai dalam bidang akademik, maka semua murid perlu rajin belajar dan menumpukan perhatian dan usaha mereka kepada apa yang diajar di sekolah.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PROGRESIVISME Ahli progresivisme melihat perubahan sebagai intipati realiti. Bagi mereka, ilmu hanya sesuatu yang bersifat relatif dan tenataif begi menerangkan realiti masa kini sahaja. Ianya tidak boleh dianggap sebagai benar buat selama-lamanya. Realiti dikatakan melalui perubahan secara berterusan. Maka, seorang yang berpendidikan ditakrifkan sebagai seorang yang mempunyai celik akal bagi membolehkan menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Berbeza dengan mazhab perenialisme, ahli progresivisme tidak percaya wujudnya ketelusan yang tetap dan penting untuk dikuasai oleh anak murid. Matlamat pendidikan ialah menyediakan golongan murid agar berupaya

menakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Seorang yang berpendidikan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul. Pada dasarnya, manusia adalah bersifat baik. Oleh itu, anak murid kita seharusnya diberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kebebasan sebegini akan memastikan bahawa mereka akan pelajari apa yang mereka minati. Dengan itu, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mereka dapat memaksimumkan kebolehan dan potensi masing-masing. Ahli-ahli progresivisme menggambarkan guru sebagai pembimbing atau penasihat membantu pelajar-pelajar mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di dalam persekitaran yang berubah. Oleh itu, penekanan yang lebih mestilah diberikan untuk membentuk pelajar supaya memperolehi kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, guru juga adalah pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, mengemukakan soalan yang merangsang pemikiran anak murid dan membimbing minat mereka ke arah yang produktif.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Pendekatan induktif diberi penekanan agar memberi murid-murid peluang untuk memikirkan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yang timbul serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka yang sentiasa berubah. Antara kaedah yang diperkenalkan ialah pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah yang menggunakan pendekatan induktif dan berpandukan kaedah saintifik. Selain itu, kaedah pengalaman langsung dengan persekitaran. Seterusnya pula ialah peranan murid. Lanjutan daripada pengajaran berbentuk induktif maka tugas murid ialah untuk mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan fenomena yang diberi oleh guru. Mereka seharusnya belajar bagaimana cara untuk mengemukakan soalan mengenai alam sekeliling mereka.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
REKONSTRUKTIVISME Ahli-ahli rekonstruktivisme menganggap bahawa sekolah sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Mereka juga mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan peranan untuk membentuk masyarakat baru yang lebih baik. Sekolah mestilah bersedia menyediakan pelajar kepada perubahan untuk membentuk semula masyarakat supaya dapat disesuaikan dengan keadaan yang berubah. Pendidikan bermatlamat untuk mengasaskan corak budaya baru serta

menghapuskan penyakit sosial. Ahli rekonstruktivisme, Theodore Bremald, melihat rekonstruktivisme sesuai dengan kebudayaan dan masyarakat. Tumpuan diberikan kepada perkembangan ekonomi, kebajikan dan masyarakat. Dalam kurikulum mazhab ini terdiri daripada bidang sains sosial terutamanya mata pelajaran kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan jenis kurikulum yang ditawarkan, maka guru hendaklah bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Selain itu, peranan guru bukan hanya untuk menyampaikan pengetahuan tetapi berperanan menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap penting. Guru juga perlu menerangkan kepada pelajar bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran baik. Kaedah berpusatkan murid diberikan penekanan di mana murid-murid di ajar kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan simulasi. Berdasarkan kaedah mengajar yang digunakan oleh guru, murid-murid perlu mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan. Mereka hendaklah berani untuk mencuba serta sanggup mengubah paradigma lama masingmasing.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
EKSISTENTIALISME Mazhab ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Ahli eksistentialisme melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja. Dalam erti kata lain, individu harus bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar. Memandangkan murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing, maka tidak ada kurikulum yang khusus. Walau bagaimanapun, mata pelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, kesusasteraan dan drama difikirkan relevan. Guru pula berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi. Selaras dengan kurikulum tersebut, kaedah mengajar yang digunakan biasanya adalah berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid. Main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara mendalam. Sejajar dengan kaedah mengajar, maka murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam bertujuan untuk menyebarkan pengalaman dan kebudayaan manusia daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Dalam pendidikan Islam, penyebaran pengalaman dalam bentuk kemahiran serta pengetahuan teknikal yang keadaannya sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan pengalaman berasaskan nilainilai yang tetap yang terdapat dalam agama. Pengalaman ini berubah dan boleh didapati daripada al-Quran dan Sunnah. Matlamat pendidikan Islam ialah mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman. Dalam pendidikan Islam, keadaan keseimbangan dapat diwujudkan dengan akal fikiran. Pemaduan seperti ini dapat menghasilkan seorang individu yang beriman, berpengetahuan dan akhlak tinggi. Dengan cara ini akan menghasilkan suatu masyarakat yang hidup dengan harmoni, menghormati dan bekerjasama di antara satu sama lain. Matlamat yang seterusnya ialah melengkapkan setia individu dengan pengetahuan Islam supaya dapat hidup sebagai seorang yang beriman. Bidang pendidikan Islam ini luas dan menyeluruh. Ia tidak hanya memberi perhatian kepada pembinaan otak semata-mata dan menekan aspek alam sekeliling dan ransangan sahaja tetapi berusaha untuk membentuk individu. Tumpuan kurikulum dalam pendidikan Islam ialah pengajaran al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab. Bahasa Arab dianggap penting kerana dengan penguasaan Bahasa Arab seseorang dapat mendalami dan menghayati pengajaran al-Quran dan Hadis. Seterusnya ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia sebagai individu dan juga anggota masyarakat. Bidang ilmu ini dikenali sebagai kemanusiaan seperti psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-lain lagi. Selain itu, bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains natural yang meliputi bidang astronomi, biologi, botani dan lain-lain.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Dari segi pelaksanaan, kurikulum pendidikan Islam ditentukan oleh konsep pendidikan umum yang mana dasarnya diisi dengan mata pelajaran-mata pelajaran seperti al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab. Menurut Syed Muhammad Naquib al ±Attas (1980), membahagikan pengetahuan kepada 2 jenis iaitu pengetahuan yang diberika oleh Allah dan pengetahuan yang diperolehi sendiri. Kesimpulannya, pendidikan Islam bertujuan untuk membentuk setiap individu Islam yang beriman, berakhlak tinggi, berpengetahuan atau dengan lebih mudah insan yang sempurna. Selain itu, pendidikan Islam juga bertujuan membentuk seorang individu yang baik. Pendidikan Islam juga menyatukan di antara pendidikan ilmu keduniaan dengan ilmu akhirat. Oleh itu, pendidikan Islam berbeza dengan pendidikan Barat yang memisahkan kedua-dua bidang tersebut. Islam menolak pandangan yang hanya mementingkan alam rohani semata-mata dan mengetepikan alam kebendaan. Oleh sebab itu, dalam kurikulum pendidikan Islam perkara-perkara yang berkaitan dengan keagamaan wajib dipelajari oleh setiap orang Islam dan di samping mempelajari bidang-bidang ilmu keduniaan yang lain.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 19761980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal ³falsafah´ berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru iaitu etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Asal usul leksikal ³pendidikan´ adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal ³Falsafah Pendidikan´ diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai ³Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan´. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946). ³Kebangsaan´ secara umumnya diertikan sebagai sesuatu yang universal dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan

Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah iaitu metafizik atau ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya, ³...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi...´. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Kedua, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan norma-norma

kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan sintaksis ³Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah...´. Perkataan ³berterusan´ menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan pendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa ke semasa. Ketiga, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, ³...bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, ...´. Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum, ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut. Keempat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertindak sebagai medium

perealisasian misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi rujukan para guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
1.1 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menerapkan unsur-unsur dari falsafah pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan di mana membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, berimam, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. Sebagai contoh yang menunjukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

menerapkan unsur-unsur dari Falsafah Pendidikan Islam seperti di bawah: ³ Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat ³ Dengan ini telah jelas menunujukkan bahawa falsafah pendidikan Islam telah diguna pakai dan diterapkan dalam falsafah pendidikan kebangsaaan negara kita. Falsafah pendidikan islam pula menyatakan bahawa pendidikan bermaksud, satu proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani serta bersepadu ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Menurut Abdul Halim El-

Muhammady, pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani, emosi manusia berasaskan ilmu wahyu, al-quran dan as-sunnah, pengalaman salaf al-salih serta ilmu muktabar. Ini pula jelas menunjukkan bahawa aspek intelek yang terdapat di negara kita ini adalah pengaruh daripada falsafah-falsafah islam di mana aspek intelek diberikan keutamaan.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Aspek emosi pula jelas terpapar di falsafah pendidikan islam di mana menurut Abdul Halim El- Muhammady, terdapat bidang al-nafsiah dan al-aqiliah yang masing masing bermaksud pendidikan jiwa dan pendidikan mental. Selain itu, dalam falsafah pendidikan timur, Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada muzik, seni, puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi. Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah, al-jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di dalam bidang pendidikan Islam. Selain itu, Rabindranath Tagore juga menekankan tarian dan drama sebagai satu mata pelajaran.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
1.2 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Selain falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan Barat juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara kita iaitu dalam pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu falsafah pendidikan barat moden dan tradisional. Terdapat 4 aspek yang diberi penekanan dalam falsafah pendidikan barat ini iaitu kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Pertama sekali kita lihat kepada mazhab perenialisme. Dalam mazhab ini, falsafah pendidikan barat di anggap individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian. Dalam mazhab ini juga pendidikan merupakan satu tugas memupuk kelakuan moral. Program pendidikan juga disusun agar dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran asas 3M iaitu menulis, membaca dan mengira. Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan asas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak kira status dapat menguasai 3M dengan mahir. Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Ini juga telah termaktub dalam falsafah pendidikan guru bahawa unsur disiplin memang sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun guru perlu menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bekerjasama dan prihatin di kalangan pelajar supaya mereka membesar menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan berdisiplin.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Yang seterusnya pula ialah esensialisme. Dalam mazhab ini menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula boleh berubah dari masa ke semasa. Ia bersifat praktikal dan pragmatik. Matlamat pendidikannya pula, pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. Ia tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah yang dirancang secara sistematik, guru memainkan peranan utama, latihan intelek dan mental, 3M diterapkan dan nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan. Matapelajaran wajib yang diberi penekanan ialah sains, sejarah, seni dan muzik. Selain itu juga, guru menjadi µrole model¶ dan teladan kepada pelajar. Dalam pendidikan di Malaysia juga guru menjadi µrole model¶ kepada pelajar. Maka juga perlu mempunyai pekerti yang mulia supaya pelajar dapat mencontohi sikap dan perlakuan guru. Sikap yang ditonjolkan oleh guru mampu untuk mengubah sikap dan tingkah laku murid-murid di sekolah.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
1.3 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, falsafah pendidikan kebangsaan telah banyak mengambil sedikit sebanyak dari falsafah pendidikan Islam dan Barat. Seperti yang kita ketahui, dalam falsafah pendidikan Barat, mereka telah menekankan sebanyak 4 aspek iaitu jenis kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Dari sini kita dapat lihat bahawa, dalam falsafah pendidikan barat telah mengelaskan setiap bidang atau tugas supaya sistem pendidikan mereka jelas dan teratur. Seperti yang telah dijelaskan terdapat dua bahagian dalam falsafah pendidikan Barat iaitu falsafah pendidikan barat tradisional dan falsafah pendidikan barat moden. Dalam kedua-dua bahagian falsafah pendidikan barat ini, ahli-ahli falsafah mereka member keutamaan dalam perkembangan potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, mereka juga menekankan tentang kemahiran asas 3M. Seperti yang kita semua ketahui bahawa negara kita juga sekarang sedang mempelbagaikan program khusus untuk murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu juga, tugas guru memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk murid. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan juga telah menekankan beberapa tugas atau peranan guru. Oleh itu, falsafah pendidikan barat menjadi penanda aras kepada kita untuk membentuk falsafah pendidikan kita sendiri. Seterusnya pula, kita lihat kepada bagaimana falsafah pendidikan Islam berperanan dalam membentuk falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam falsafah pendidikan Islam menerapkan unsur-unsur yang membentuk diri seseorang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Pendidikan Islam juga menitikberatkan aspek emosi dan jasmani yang mana merupakan pendidikan jiwa dan mental. Sekiranya mempunyai emosi dan jasmani yang stabil dapat melahirkan individu yang mampu berfikir dengan cerdas serta cemerlang dari segala segi.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Jelas di sini menunjukkan bahawa falsafah pendidikan Islam dan Barat boleh dikatakan menjadi asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Sedikit sebanyak falsafah pendidikan Barat dan Islam menjadi penanda aras dalam pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan. Namun begitu, tidak semua dalam falsafah pendidikan Barat dan Islam itu diambil bulat-bulat dan dijadikan terus kepada falsafah pendidikan kebangsaan kita. Kedua-dua falsafah tersebut telah diubahsuai mengikut keperluan negara kita. Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan daripada ketiga-tiga falsafah pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu unsur iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Aspek-aspek penting yang terdapat di dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan pendidikan di Malaysia.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
2.0 PENDAHULUAN Seperti yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun. Justeru, sangat penting bagi kita untuk mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Meneydari hakikat tersebut, pada tahun 1988, Flasafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah pendidikan kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu identity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Falsafah pendidikan kebangsaan telah digubal pada 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Laporan ini juga mengemukakan kepentingan kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan. ³Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial«kita berhadapan dengan pelbagai unsur-unsur dari dalam dan luar« kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi« yang didatangi dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan´ (Laporan Kabinet, 1979:226)

Selain itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan pula merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan agar dapat dijadikan garis panduan bagi semua pihak dalam bidang pendidikan. Konsep identiti kebangsaan, perpaduandan prinsip-prinsip ideologi kebangsaan adalah selaras dengan tujuan dan matlamat pendidikan. Oleh itu, segala prinsip untuk pembentukan, pelaksanaan dan perkembangan kurikulum adalah selaras dengan perkembangan menyeluruh muridmurid.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteras konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. Falsafah pendidikan kebangsaan ini berbunyi :³Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.´ Bagi menghidupkan falsafah pendidikan kebangsaan ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar. KBSR adalah dibentuk kepada rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas. Matlamat pendidikan ialah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan tersebut meliputi aspek intelek, rohani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Matlamat utama KBSR ialah menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai kecerdasan intelek tetapi juga mempunyai akhlak tinggi. Oleh itu, kemahiran asas 3M (membaca, mengira dan menulis) dipentingkan. KBSR juga mementingkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. Perancangan kurikulum telah digubal sedemikian rupa yang bertujuan

membolehkan murid-murid menguasai bahasa Malaysia, menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca, dan menulis dan menguasai kemahiran belajar. Selain itu, murid-murid juga boleh membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilainilai kemanusiaan. Mereka juga mampu bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat kerjasama dan toleransi.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
KBSR dibentuk berlandaskan kepada perakuan 57 (a) Laporan Kabinet iaitu: ³Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekitar dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu.´ Seperti yang telah dinyatakan di atas, KBSR dirancang melalui 3 bentuk bidang asas iaitu bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan perkembangan individu. Dalam bidang yang pertama iaitu bidang komunikasi, merupakan bidang utama dalam KBSR kerana bidang ini murid-murid dididik dan dilatih bagi memperoleh asas dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran mengira telah dimasukkan dalam bidang komunikasi kerana dalam apa jua komunikasi seseorang itu tidak boleh mengelakkan diri daripada penggunaan konsep dan kemahiran kualitatif. Bidang ini mempunyai dua bidang iaitu bahasa dan matematik. Seterusnya pula dalam bidang manusia dengan alam sekitar. Ia merangkumi komponen kemanusiaan dan persekitaran serta komponen kerohanian, nilai dan sikap. Komponen kemanusiaan dan persekitaran adalah satu komponen yang mengandungi unsur-unsur sains, sejarah, kesihatan, geografi, seni lukis, akhlak dan lain-lain pengetahuan mengenai manusia dan alam sekitar. Bidang yang terakhir ialah bidang perkembangan individu yang meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Bidang ini meliputi komponen kesenian dan rekreasi. Terdapat 3 mata pelajaran dalam bidang ini iaitu pendidikan jasmani, pendidikan seni dan muzik. Pembentukan dan penggubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Prinsip yang pertama ialah pendekatan bersepadu. Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Konsep kesepaduan berlaku melalui 4 cara iaitu

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
penggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara dua unsur dan unsur merentasi kurikulum. Dalam penggabungjalinan kemahiran, empat kemahiran dalam mata pelajaran bahasa iaitu bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Sementara dalam proses penyerapan, mata pelajaran Matematik diserap dalam mata pelajaran Sains. Aspekaspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau projek. Untuk kesepaduan antara dua unsur sama ada kurikulum dan kokurikulum, pengetahuan dan amalan atau pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Contoh untuk unsur merentasi kurikulum ialah bahasa merentasi kurikulum, alam sekitar merentasi kurikulum, sains merentasi kurikulum dan kemahiran berfikir merentasi kurikulum. Selain daripada prinsip pendekatan bersepadu, KBSR juga berpegang kepad prinsip perkembangan individu secara menyeluruh. Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain. Sebagai contoh, seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bola sepak yang handal bukan sahaja perlu

mengembangkan ilmu. Prinsip yang seterusnya ialah pendidikan seumur hidup. Ini bermaksud proses belajar berlaku secara berterusan dan tidak terhad dari segi jangka waktu. Secara amnya, sekolah mempunyai 2 peranan iaitu sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk

membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian. Selain itu, sekolah juga memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Usaha mencari ilmu memerlukan tabiat mahu mencari dan tahu mencari ilmu. Guru juga memainkan peranan dari segi menanam dan memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dalam kalangan anak murid.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Prinsip yang keempat dalam KBSR ialah pendidikan yang sama untuk semua murid. KBSR juga menyediakan pendidikan yang sama bagi semua murid. Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikut kurikulum yang sama tanpa mengambil kira jenis aliran persekolahan cuma yang membezakannya ialah bahasa pengantar sahaja. KBSR dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Dalam tahap 1, fokus yang diberikan ialah penguasaan kepada kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu juga, tahap 1 berfokus kepada penguasaan nombor dan asas mengira. Murid juga mampu mengenal huruf serta membaca, menghafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran serta menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat. Tahap 2 pula berfokus kepada pengukuhan asas kemahiran berbahasa, kemahiran asas operasi Matematik dan penyelesaian masalah. Di samping itu juga, murid-murid boleh menguasai kemahiran belajar dan berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu membaca, menghafaz dan menghayati ayat Al-quran. Yang seterusnya pula mereka mampu untuk menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dan kemasyarakatan. Sistem pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR mementingkan pelajar menjadi aktif mental dan fizikal. Pelajar yang aktif akan membolehkan mereka menguasai apa yang diajar dengan berkesan. Pembelajaran berlaku melalui penglibatan aktif pelajar. Oleh itu guru perlu memilih pengalaman pembelajaran yang aktif untuk membolehkan mereka mencapai objektif yang telah ditentukan oleh KBSR. Menurut Tyler (1949) mencadangkan lima prinsip dalam memilih pengalaman pembelajaran. Yang pertama ialah pengalaman pembelajaran yan dipilih mestilah memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktik perlakuan yang dikehendaki. Prinsip yang kedua pula ialah pengalaman hendaklah memberi kepuasan kepada pelajar. Yang seterusnya ialah pengalaman pembelajaran hendaklah sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajar. Kebanyakkan pengalaman pembelajaran

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
mestilah sesuai digunakan. Yang terakhir pula ialah pengalaman pembelajaran yang dipilih hendaklah melengkapkan beberapa hasil pembelajaran. Ini bermakna

pengalaman tersebut hendaklah luas untuk membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan daripada pelbagai bidang. Akhir sekali dalam sistem KBSR ialah penilaian. Sistem penilaian dalam pendidikan sangat penting untuk melihat dan menentukan sama ada objektif pendidikan tercapai atau tidak. Selain daripada itu, penilaian juga perlu dibuat untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dan hasil daripada itu strategi baru dapat disusun. Penilaian dalam KBSR dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu bentuk penilaian yang digunakan dalam menilai prestasi pelajar-pelajar dalam KBSR ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai

perkembangan diri pelajar secara menyeluruh meliputi keempat-empat aspek iaitu intelek, emosi, jasmani dan rohani. UPSR dijalankan di akhir tahun 6 persekolahan dan ditadbirkan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
2.1 PERANAN GURU DALAM KBSR Seterusnya kita lihat pula kepada peranan guru dalam KBSR. Yang pertama ialah mentafsir. Mentafsir ialah memahami dan menghargai falsafah pendidikan kebangsaan dan Matlamat Pendidikan iaitu bersikap positif, beriltizam untuk mengembangkan kurikulum membaca , memahami, organisasi pengalaman dan menghargai objektif sukatan. Selain itu guru juga perlu mentafsir sukatan iaitu mengkaji sukatan, panduan khas serta mengubah suai dimana perlu. Di samping itu juga guru perlu memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan keperluan semasa. Sebagai seorang guru, amat perlu bagi mereka untuk memahami dan menghargai falsafah pendidikan kebangsaan. Hal ini kerana, apabila sudah menjadi guru kelak mereka boleh menjadi guru yang berkualiti dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki seperti yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Selain itu, mereka juga bertindak untuk mentafsir sukatan. Hal ini sangat penting dan dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila seserang guru tersebut sudah memahami sukatan pelajaran yang ingin di ajar ini akan memudahkan beliau untuk mengajara muird-muridnya. Yang kedua pula ialah merancang. Merancang ini ialah membuat rancangan semester, rancangan pelajaran harian iaitu objektif pengajaran dan pembelajaran, topik dan kandungan, strategi serta penilaian. Selain itu, mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs, 1979). Guru juga perlu membuat pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan. Pada pendapat saya, mengapa peranan guru yang kedua iaitu merancang ialah dalam apa jua yang kita lakukan, kita perlu membuat perancangan. Tanpa perancangan yang rapi, proses pangajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi tidak teratur dan mungkin objektif pembelajaran pada hari tersebut tidak tercapai. Perancangan

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
yang dibuat perlu untuk mengikut keperluan murid-murid dan bersesuaian dengan suasana. Peranan guru yang ketiga ialah mengubah suai. Bagaimana guru ini bertindak untuk mengubah suai iaitu mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan murid dan persekitaran. Berdasarkan sumber yang ada guru juga harus pandai menggunakannya untuk menghasilkan teknik pengajaran yang menarik. Kesimpulannya, peranan guru dalam mengubahsuai ini sangat penting kerana daripada pengubahsuaian yang dibuat oleh guru tersebut mampu untuk menarik minat murid-murid untuk belajar. Untuk melakukan pengubahsuaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran ini, seseorang guru juga perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan daya inovatif. Guru tersebut mampu untuk membuat alat bantu mengajar snediri dengan kreativiti yang mereka ada dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan dan menarik. Peranan guru yang keempat pula ialah melaksanakan. Setelah melakukan pentafsiran, merancang dan mengubahsuai, guru perlu melaksanakan di dalam bilik darjah. Hasil yang telah dibuat perlu dilaksanakan agar mendapat keputusan berdasarkan dengan apa yang telah dilakukan. Bagi saya, pelaksaan ini wajar dilakukan agar usaha yang telah dibuat tidak sia-sia. Selain itu, dengan pelaksanaan tersebut, sekirannya terdapat kelemahan-kelemahan guru tersebut boleh membuat penambaikkan agar menjadi lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, peranan guru juga sebagai fasilitator dan pengurus pembelajaran. Tugas guru sebagai fasilitator ialah untuk menyampaikan maklumat kepada muridmuridnya. Mereka akan diberi peluang untuk meluaskan maklumat yang diperolehi, mengulang kaji maklumat serta menyampaikan maklumat yang baru. Guru juga akan menyediakan aktiviti pengayaan kepada pelajarnya.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Bagi saya, sebagai seorang pendorong kepada murid-murid, seseorang guru harus mempunyai keyakinan diri sendiri, cekap dan mempunyai personaliti yang menarik. Hal demikian dapat meningkatkan keyakinan diri kepada murid-murid apabila guru itu sendiri mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Justeru, guru tersebut juga mampu untuk memperkembangkan lagi bakat yang sedia ada pada murid-murid berkenaan. Peranan yang seterusnya ialah guru sebagai penyampai ilmu. Sebagai seotrang penyampai ilmu pengetahuan, guru hendaklah memperluaskan segala maklumat daripada kurikulum sesuatu mata pelajaran. Guru hendaklah mengajar murid-muridnya cara-cara belajar dengan lebih berkesan dan sentiasa menggalakkan mereka supaya mencari maklumat baru. Dengan ini murid-murid akan lebih dinamik dan akan menguasai kemahiran belajar dengan lebih berkesan. Daripada kenyataan di atas, dapat dijelaskan bahawa peranan guru sangat penting dalam menyampaiakn ilmu. Mereka bertindak sebagai medium kepada muridmurid di sekolah dalam memberi maklumat sama ada tentang pelajaran mahu pun tentang isu semasa. Apabila murid-murid telah diberi pendedahan awal mengenai hal tersebut, mereka sendiri akan mempunyai inisiatif untuk mendapatkan maklumat yang lebih daripada apa yang mereka telah sedia ada. Secara tidak langsung, ini akan menimbulkan minat membaca dan tabiat belajar dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, guru juga bertindak sebagai pengembang dan pengukuh penguasaan kemahiran. Guru memainkan peranan penting untuk melatih murid-murid menguasai sesuatu kemahiran dalam pembelajaran. Guru hendaklah memberi dorongan kepada mereka untuk menggunakan kemahiran yang telah diperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran baru. Berdasarkan di atas, guru mempunyai tugas yang berat dalam memastikan setiap murid-muridnya menguasai kemahiran yang telah diajar. Kemahiran awal yang harus dikuasai oleh murid-murid tersebut ialah kemahiran asas dalam bahasa dan matematik. Sekiranya terdapat murid-murid yang masih tidak dapat menguasai

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
kemahiran tersebut, guru harus peka dan memasukkan murid tersebut ke kelas pemulihan. Program pemulihan ini pula terbahagi kepad dua iaitu pemulihan KBSR dan pemulihan khas. Bagi pemulihan KBSR, guru hanya memberi penekanan tentang kemahiran yang lemah dalam mata pelajaran tertentu selain bahasa dan Matematik serta dilakukan di dalam kelas sahaja. Bagi pemulihan khas, dijalankan di kelas khas dan diberi penumpuan kepada kemahiran asas 3M sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan penting dalam menentukan murid-muridnya menguasai sesuatu kemahiran dan seterusnya dapat menguasai kemahiran yang baru. Peranan guru yang seterusnya ialah guru sebagai pembentuk akhlak. Akhlak yang mulia hendaklah diserapkan kepada murid-muridnya. Penerapan nilai-nilai murni dapat dilakukan dengan secara tidak langsung semasa mengajar di bilik darjah, semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan luar bilik darjah. Pembentukan akhlak yang baik dapat memperbaiki sahsiah dan moral seseorang murid. Bagi pendapat saya, sebelum membentuk akhlak orang lain, guru itu sendiri perlu membentuk akhlak yang baik. Guru juga perlu bijak semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat diterapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka melalui aktiviti tersebut. Sebagai contoh, semasa menjalankan aktiviti kumpulan nilai kerjasama dan hormat-menghormati dapat dipupuk. Inilah yang dikatakan guru sebagai pembentuk akhlak. Selain itu, guru juga bertindak sebagai pembimbing. Guru seharusnya membimbing pelajarnya dalam semua aspek seperti mencungkil dan

memperkembangkan bakat dengan mengambil kira perbezaan dari segi kebolehan, latar belakang dan minat pelajar. Ia juga dapat member tunjuk ajar dengan berkesan, dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dan memberi penghargaan kepada hasil kerja pelajarnya yang baik. Guru juga bertindak sebagai contoh teladan atau model. Guru menjadi contoh teladan khasnya kepada pelajarnya dan amnya kepada masyarakat. Seorang guru perlulah cekap dan tegas serta mempunyai keyakinan diri dalam rutin hariannya. Ia juga

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
hendaklah menunjukkan akhlak yang baik di dalam dan di luar bilik darjah serta di mana-mana berada.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PENUTUP Seperti yang telah dijelaskan, falsafah pendidikan kebangsaan telah mengambil acuan falsafah pendidikan barat dan Islam untuk menjadikan falsafah pendidikan kita sendiri. Falsafah pendidikan barat dan Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan. besar sekali implikasi falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat kepada perkembangan pendidikan di Malaysia. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu juga ada menjelaskan bahawa, sebelum dijajah oleh pihak Inggeris, sistem pendidikan sangat mementingkan suatu proses yang berterusan serta keakhiratan. Namun begitu, setelah didatangi oleh pihak penjajah, sistem pendidikan tersebut secara perlahan lahan telah diubah mengikut rentak pendidikan di Barat. Walaubagaimanapun, sekarang kita telah mempunyai ramai rakyat yang bijak dan mereka ini telah memilih jalan tengah untuk mencedok idea ± idea dari pendidikan Islam, Timur dan Barat. Pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah

bermediumkan sekolah. Melalui sekolah pula, guru memainkan peranan dalam menjalankan dan melaksanakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seperti yang telah dinyatakan di atas, tugas guru begitu banyak untuk disenaraikan kerana segala yang berlaku di dalam sekolah adalah tanggungjawab guru.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
REFLEKSI Melalui tugasan ini, selepas pensyarah menyerahkan tugasan, saya mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga berbincang bersama rakan sekelas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pelbagai pendapat yang diutarakan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya mencuba sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini. Apabila tugasan ini selesai, apa yang dapat saya katakan ialah banyak ilmu mengenai perguruan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Melalui tugasan pada soalan pertama yang meminta nyatakan implikasi falsafah pendidikan barat dan Islam kepada perkembangan falsafah pendidikan kebangsaan tersebut telah menambahkan pengetahuan saya dalam bidang pendidikan ini sendiri. Sebelum ini, saya tidak mengetahui bahawa falsafah pendidikan kebangsaan banyak mengambil acuan daripada falsafah pendidikan barat dan Islam. Selain itu juga, saya boleh mendalami secara terperinci mengenai falsafah pendidikan kita sendiri. Dalam soalan kedua tugasan ini iaitu peranan guru dalam KBSR. Hal ini telah mengingatkan saya apabila menjadi guru kelak perlu melaksanakan tugas-tugas saya dengan berdedikasi dalam mendidik dan membimbing anak-anak bangsa. Ternyata bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru amat berat. Melalui tugasan ini juga, saya dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini kerana, saya sdah memahami mengenai falsafah pendidikan barat, Islam dan kebangsaan serta peranan-peranan guru dalam KBSR. Justeru, saya tidak terlalu berat untuk mengulang kaji subjek ini kerana sudah memahaminya semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya dapat juga menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah yang terlalu berat. Kerjasama antara rakan-rakan juga banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, pensyarah pembimbing juga telah banyak memberi panduan kepada saya. Beliau telah memberi garis panduan apa yang perlu ada dalam tugasan kami, jadi hal ini telah memudahkan saya dan rakan sekelas yang lain mencari bahan.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Aroff, Zakaria Kasa. (1988). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Choong Lean Keow. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Habib Mat Som, Shahril@ Charil Marzuki. (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Mok Soon Sang. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Shahril @ Charil Marzuki, Saedah Hj. Siraj Dr. (1994). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Internet http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010

PENGENALAN Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 19761980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal ³falsafah´ berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru, iaitu etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010

HALAMAN PENGAKUAN

³ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap - tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya´.

TANDATANGAN : _____________________

NAMA : NURULHUDA BINTI MAT RADZI

TARIKH : 25 FEBRUARI 2010

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan yang telah dibekalkan. Melalui tugasan ini saya dapat memahami lebih mendalami tentang tajuk yang diberi iaitu mengenai falsafah pendidikan dan peranan guru dalam KBSR. Hal ini kerana semasa mencari bahan untuk membuat tugasan ini saya perlu membaca dan mencari isi-isi untuk dimasukkan ke dalam tugasan ini jadi saya boleh belajar melalui itu.

Sebelum terlupa, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Falsafah dan Pendidikan di Malaysia saya iaitu En. Wan Azmi yang telah banyak memberi maklumat mengenai tugasan ini serta memberi garis panduan apa yang perlu saya dan rakan sertakan dalam tugasan ini. Segala ilmu yang disampaikan itu dapat saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu rakan-rakan juga telah membantu saya semasa mencari maklumat dan berbincang serba-sedikit mengenai tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang membantu dari segi kewangan untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian,terima kasih«

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
ISI KANDUNGAN TAJUK HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2 13 15 HALAMAN i ii iii 1

1.1IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM KEPADA FPK 1.2 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT KEPADA FPK 1.3 KESIMPULAN 2.0 PENDAHULUAN KBSR 2.1 PERANAN GURU DALAM KBSR PENUTUP REFLEKSI BIBLIOGRAFI BORANG KOLABORASI

18 20 22 24 30 35 36 37 38

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful