You are on page 1of 1

"Kek Lapis Holiday Inn"

Bahan-bahan
1. 6 biji telur gred A
2. 250gm mentega
3. 160gm susu pekat manis
4. 80gm Milo
5. 80gm Horlicks
6. 100gm gula halus
7. 100gm tepung kek
8. 100gm serikaya
9. 1 sudu teh esen vanilla
10. 1 sudu makan ovalette
Cara membuatnya
Panaskan ketuhar pada suhu 120C sebelum membuat adunan kek dan lapikkan
loyang 6 inci dengan kertas serap minyak.
1. Pukul mentega, ovalette, esen vanila dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan paling rendah.
3. Masukkan susu pekat, horlicks, serikaya dan tepung. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 dicampur dengan Milo dan satu lagi
dicampurkan dengan Horlicks.
5. Bakar selapis selapis 100ml (guna sudu sukatan cecair khas) selangselikan
adunan Milo dan horlicks hingga habis dengan kepanasan 120C, 8-10 minit setiap
lapisan menggunakan api atas sahaja. Selamat mencuba

You might also like