You are on page 1of 6

~CONTOH PENULISAN BIODATA UNTUK MAJLIS

PERSARAAN~

Segak bergaya putera mahkota,


Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz Bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim.....

Dilahirkan pada tanggal 15 Ogos 1956 bersamaan dengan 10


Muharam
di Kg Tengah, Jelutong iaitu di sebuah negeri di utara Semenanjung
yang terkenal
dengan panggilan Pulau Mutiara. Merupakan anak kepada pasangan
Alapitchay
b Shaik Lebai dan Fatimah bt Muhd Yusuf yang telah mendirikan
rumahtangga pada
tahun 1943. Dibesarkan dalam sebuah keluarga besar iaitu seramai 12
orang
adik-beradik dan Encik Abdul Habib merupakan anak ketujuh. Ketika
beliau belajar
di darjah enam, ayahnya telah meninggal dunia. Semenjak itu, segala
keperluan
dan tanggungjawab terhadap keluarga diambilalih oleh ibunya.
Mendapat pendidikan awalnya di SK Jelutong, Pulau Pinang iatu
dari
tahun 1963 hingga 1968. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke
peringkat sekolah
menengah di SM Raja Tun Uda, Bayan Lepas dari tahun 1969 hingga
1973.
Meneruskan pelajarannya di peringkat menengah atas di SM Abdullah
Munshi, Pulau
Pinang pada tahun 1974. Kecemerlangan beliau dalam bidang
akademik dan juga
Ko-Kurikulum memang tidak dapat dinafikan. Pernah menjadi Naib
Pengerusi
Persatuan Bahasa Melayu dan juga Naib Pengerusi Kelab Ping Pong
serta menjadi

Ketua Rumah Sukan. Aktif dalam bidang sukan dan pernah menjadi
wakil sekolah
dalam pertandingan catur, perlawanan bola sepak dan juga sukan
olahraga.
Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di Maktab
Perguruan Jalan
Northen, Pulau Pinang selama tiga tahun iaitu dari 1975 hingga 1977.
Bermula dari
sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk
menempuhi segala
dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata
orang,
alah biasa tegal biasa dan genggam bara api biar sampai jadi abu,
begitulah
semangat yang dimiliki oleh Encik Abdul Habib b Alapitchay, Guru
Besar SKPA yang
sangat dihormati dan disayangi.
Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di negeri
Selangor Darul
Ehsan. Bermula 1 Mac 1978 sehingga 1980, beliau bertugas di SK Bukit
Tampoi,
Dengkil, Selangor. Seterusnya pada tahun 1980 sehingga 31 Januari
1984, beliau
telah bertukar ke SK Dengkil, Selangor.
Apalah guna memasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apalah guna bermain mata,
Jika tidak dengan sungguhnya.
Ambil gendang di Kampung Kandis,
Ditabuh ramai ditingkah biola,
Makin dipandang semakin manis,
Dilabuh hati menyala cinta.
Puteri bongsu memetik melati,
Tumbuh mewangi di tengah laman,
Gerak laku pancaran budi,
Baiknya pekerti hati tertawan.

Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan pelbagai


maksud yang

tersirat dan tersurat. Benar jugalah kata pepatah, Kalau jodoh tak ke
mana...,
akhirnya dua hati ini bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu seluruh
ahli keluarga tercinta. Justeru bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang
antara Encik Abdul Habib b Alapitchay dan pasangannya Puan Zaharah bt
Dahlan pada 4 April1981. Ketentuan Allah swt adalah yang terbaik buat
sekalian hamba-Nya, begitulah ungkapan yang boleh menggambarkan
penyatuan antara dua hati ini. Encik Abdul Habib yang merupakan anak
yatim akhirnya bertemu jodoh dengan Puan Zaharah yang juga
merupakan anak yatim piatu. Kesunyian dan kesepian ketika bertugas di
rantau orang akhirnya terubat apabila bertemu dengan pilihan hati yang
menjadi pemangkin serta pencetus semangat untuk terus berbakti kepada
anak bangsa demi negara bangsa yang tercinta.
Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,
Adam dan hawa menyulam rasa,
Anak-anak itu amanah Allah,
Pengikat kasih dan sayang keduanya.

Pucuk pegaga tumbuh melata,


Jadi ulaman penambat selera,
Anak itu seumpama permata,
Sejuk di mata damai di jiwa.
Encik Abdul Habib b Alapitchay dan pasangannya Puan Zaharah bt Dahlan
telah dianugerahi Ilahi dengan kehadiran lima orang cahaya mata, iaitu
dua
perempuan dan tiga lelaki. Anak sulung pasangan ini, Siti Nor Afzan
berusia 29 tahun, diikuti Siti Nor Aisyah 27 tahun, ketiga Nor Saiful Hafiz
26 tahun, keempat Nor Saiful Bahari 23 tahun dan yang bongsu Nur
Muhammad Syahir 20 tahun. Keempat-keempat anak pasangan ini
berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai kerjaya yang
boleh dibanggakan. Manakala anak bongsu pasangan ini masih menuntut
di pusat pengajian tinggi.
Puteri sulung dan puteri kedua pasangan ini telah mendirikan
rumahtangga dengan pasangan pilihan masing-masing pada November
tahun lepas. Dan kini Encik Habib dan pasangannya Puan Zaharah boleh
tersenyum gembira kerana telah dikurniakan dengan kehadiran cucu
pertama dalam keluarga mereka. Tahniah diucapkan. Semoga
kebahagiaan yang dimiliki oleh keluarga ini akan terus berkekalan dan
berpanjangan hingga ke akhirnya. Aameen Ya Allah.
Bak kata bidalan Melayu, benih yang baik, dilempar ke mana-mana pun
tetap memberikan hasil, begitulah juga dengan Encik Abdul Habib b
Alapitchay. Khidmat bakti beliau sentiasa ditagih lantaran ciri-ciri

kepimpinan yang telah sebati dalam diri beliau serta semangat beliau
yang sentiasa membara dan tidak pernah
mahu mengalah. Bermula Februari 1984 sehinggalah 30 November 1990,
beliau berkhidmat di SK Bukit Changgang, Banting, Selangor. Setelah
enam tahun menabur bakti di SK Bukit Changgang, beliau kembali
berkhidmat di sekolah lama beliau iaitu
SK Dengkil, Selangor bermula Disember 1990 hingga 30 November 1991.

Selama 13 tahun menabur bakti di bumi Selangor Darul Ehsan,


akhirnya
Encik Abdul Habib b Alapitchay memulakan tugasnya di negeri Perak
Darul Ridzuan. Sekolah pertama yang mendapat sentuhannya adalah SK
Toh Johan, Trong, Perak. Bermula Disember 1991 sehingga 15 Disember
1995 dan jawatan yang dipegang oleh beliau adalah Penolong Kanan
Pentadbiran. Seterusnya beliau telah dinaikkan pangkat menjadi guru
besar di SK Air Putih, Taiping bermula 16 Disember 1995 sehingga
9 Julai1999. Beliau merupakan Guru Besar pertama yang merintis sekolah
tersebut dan telah berjaya mencipta kecemerlangan. Seterusnya pada 10
Julai 1999 beliau telah berpindah sekolah dan menjadi Guru Besar di SK
Sultan Abdullah, Kg Cheh sehingga
28 Februari 2001. Bakat kepimpinan beliau sungguh menyerlah dan beliau
mempunyai wawasan pendidikan yang cukup tinggi dan patut dicontohi.

Dan apa yang pasti beliau begitu prihatin terhadap anak-anak


didiknya
malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Tidak pernah
jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik
kepada semua anak didiknya, sejajar dengan prinsip hidup beliau
mengajar anak orang bersungguh-sungguh, pastinya anak kita orang lain
akan ajar bersungguh-sungguh juga.
Seharusnya kita semua meneladani sikap beliau ini. Bermula 1 Mac
2001sehinggalah
15 Disember 2003, beliau telah meneruskan tugas beliau sebagai seorang
Guru Besar
di SK Long Jaafar, Kamunting. Seterusnya pada 16 Disember 2003 beliau
bertukar angin dan menjadi Guru Besar di SK King Edward I. Beliau
menabur bakti di sekolah ini selama hampir 8 tahun sebelum memulakan
tugasnya di SK Pengkalan Aur pada 1 Julai 2011 sehinggalah sekarang ini.
Dan SK Pengkalan Aur merupakan destinasi terakhir beliau sebagai Guru
Besar sebelum menamatkan perkhidmatan beliau selama 34 tahun pada
31 Disember ini. Untuk pengetahuan semua, Encik Abdul Habib b
Alapitchay telah menyandang jawatan sebagai Guru Besar selama 17
tahun dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan cemerlang.

Perlu dinyatakan di sini, sifat keprihatinan dan kepemimpinan


Encik Abdul Habib begitu terserlah dan sukar disanggah. Beliau telah
membuat banyak perubahan di SKPA. Antaranya menjenamakan SKPA
dengan menjadikan warna oren sebagai warna identiti sekolah,
memperkenalkan slogan SKPA Hebat bagi memberikan
motivasi dan semangat kepada semua murid, mengadakan kelas
bimbingan atau
prep malam bagi calon-calon UPSR, melaksanakan program turun
padang dengan membuat kunjungan mesra ke rumah murid-murid yang
akan menduduki UPSR serta murid-murid Tahun 5 yang bakal menduduki
UPSR. Makna kata, sikap keprihatinan
beliau terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah
usia.
Sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugasnya dan tidak pernah
lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit. Mempunyai ramai anak angkat
yang terdiri daripada
murid-murid miskin yang tidak berkemampuan. Beliau sanggup
membelanjakan wangnya semata-mata ingin melihat kejayaan anak-anak
muridnya. Malah ada
di antara anak muridnya yang telah berjaya dalam bidang kerjaya mereka
berkat bantuan Encik Habib. Membiayai pengajian mereka sehingga ke
peringkat yang
tertinggi dan boleh dibanggakan. Begitulah mulianya hati Encik Abdul
Habib b Alapitchay. Kebanyakan daripada masanya dihabiskan dengan
mengabdikan diri
pada tugasnya sebagai guru dan anggota masyarakat. Beliau lebih
mengutamakan tugasnya daripada perkara-perkara yang lain.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
Ia menjadi kenang-kenangan.
Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Untuk berjaya kita perlu mendaki setangga demi setangga sehingga
ke puncak jaya, Begitu jugalah dengan Encik Abdul Habib b Alapitchay.
Kecemerlangan dalam kepemimpinan beliau memang terserlah dan tidak
boleh disangkal lagi. Pada tahun 2003, beliau telah dilantik sebagai Guru
Besar Cemerlang DGA 38. Pada tahun 2006, beliau telah terpilih sebagai
Pemimpin Ko-Kurikulum
peringkat Negeri Perak dan pada Tahun 2009 pula, beliau telah menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Antara tugas-tugas luar yang beliau terlibat adalah:

Setiausaha Sambutan Hari Negeri Selangor 1982


Setiausaha Sukan Majlis Sukan-sukan Daerah (MSSD) Kuala Langat
1986 1990
Pengadil Hoki Bawah 12 tahun Negeri Selangor
Yang Dipertua Majlis Guru Besar, Larut Matang dan Selama
Naib Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak
Exco Majlis Guru Besar Kebangsaan
Pengerusi Sekolah Agama Rakyat, Assam Kumbang
Pengerusi PIBG SK Assam Kumbang
Demikianlah serba sedikit biodata Encik Abdul Habib b
Alapitchay,
Guru Besar SK Pengkalan Aur Taiping, yang akan menamatkan
perkhidmatan beliau pada hari ini. Segala jasa bakti beliau akan dikenang
sepanjang hayat kita dan
hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.
Terang bulan di malam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

You might also like