You are on page 1of 1

Rohaida binti Md Yasin,

Guru Penasihat,
Kelab Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Sungai Besar.
___________________________________________________________________________
Kepada,
YDP PIBG,
SMK Sungai Besar,
45300 Sungai Besar,
Selangor.

5 Mac 2015

Melalui,
Pengetua,
SMK Sungai Besar,
45300 Sungai Besar,
Selangor.
Tuan,
PERMOHONAN SUMBANGAN PIBG BAGI AKTIVITI LAWATAN SAMBIL
BELAJAR
Merujuk perkara di atas, saya selaku guru penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling ingin
memohon sumbangan kewangan sebanyak RM 100 daripada pihak Tuan bagi aktiviti lawatan
sambil belajar anjuran SMK Sungai Besar.
2.
Untuk makluman tuan, sumbangan ini adalah untuk aktiviti Lawatan Sambil Belajar.
Butiran lawatan adalah seperti berikut:
Tempat Aktiviti
Tarikh
Bilangan murid

: Kilang Coklat Beryls Sri Kembangan dan Shah Alam


: 4 April 2015
: 40 Orang

3.
Sehubungan itu, kami memohon agar permohonan ini dipertimbangkan. Kerjasama
dan jasa baik pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan.
BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA

Yang benar,
..............................................
(ROHAIDA BINTI MD YASIN)
Guru Penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling
SMK Sg Besar

You might also like