You are on page 1of 2

Latar Tempat Novel Sejambak Bakti karyag Rejab F.

I Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan, Perlis Sebuah sekolah yang terdapat
empat buah bangunan yang bercat kuning tersergam indah. Pengetua sekolah
ialah Cikgu Syamsudin. Sekolah itu mementingkan disiplin dan semangat
kerjasama dalam kalangan pelajar. Sekolah itu terdapat kedai koperasi, bangsal
ternakan ayam telur dan sebagainya. Kebanyakan pelajar daripada keluarga
petani. Salah satu peristiwa yang penting yang berlaku di sekolah itu ialah Munir
dirotan oleh pengetua di hadapan perhimpunan kerana melanggar pelbagai
masalah disiplin. Selain itu, Koperasi Sekolah itu telah berjaya memenangi johan
dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah
mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Tambahan lagi, terdapat peristiwa
tenang pertemuan antara Razali dengan bapa kandungnya, iaitu Pak
Ramli.Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayang Kedai koperasi itu diuruskan oleh seorang pembantu kedai, 12 orang
pelajar dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah
koperasi. Kedai koperasi itu menjual pelbagai bahan keperluan pelajar, seperti
alat-alat tulis, baju sukan, buku dan sebagainya. Salah satu peristiwa yang
berlaku di kedai koperasi itu ialah Munir telah mencerobahi kedai itu dan mencuri
wang sebanyak RM200 serta sengaja menjadikan semua barangan jualan
bertaburan di lantai. Bukan itu sahaja, dua orang polis telah datang ke kedai
koperasi itu untuk membuat siasatan. Mereka mendapati bahawa pintu kedai
tidak dikopak orang. Oleh itu, mereka mengesyaki penceroboh itu ialah pemilik
kunci kedai koperasi. Akibatnya Razali telah dibawa ke balai polis untuk
mendapat siasatan lanjut. Selain itu, terdapat peristiwa tentang semua ahli
lembaga pengarah bekerjasama untuk mengemaskan bilik kedai koperasi itu
sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah
tetapi Munir tidak hadir dan bermain bola di padang. Rumah Razali Ramah
Razali terdapat di kawasan sawah. Razali tinggal bersama dengan ibunya Mak
Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria . Salah satu peristiwa yang berlaku di
rumah itu ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu
setelah mendengar fitnah daripada Munir bahawa Razali telah mencerobohi
kedai koperasi dan mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah Munir
datang ke rumah Razali dan meminta maaf kepada Mak Sopiah dan Pak Zakaria
atas fitnahnya terhadap Razali sehingga nama keluarga mereka terjejas. Selain
itu terdapat peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya memberitahu nama
bapanya dan kedudukan bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan
memberitahu keadaan bapanya kepada Razali Pondok di tengah
Sawah Pondok itu tidak jauh dari rumah Razali. Tempat itu sunyi dan lapang.
Oleh itu saban hari, Razali akan mengulang kaji pelajar di pondok itu. Selain itu,
dia juga mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengulang kaji di situ.
Ketika menghadapi fitnah dan dimarahi oleh bapa tirinya, Razali akan berada di
pondok itu untuk menenangkan jiwanya. Di samping itu, Razali juga membantu
Munir dalam pelajaran di pondok itu setelah Munir insaf akan kesalahan. Maktab
Kerjasama, Petaling Jaya Razali dan wakil-wakil sekolah lain telah dipilih untuk
menyertai kursus seluruah koperasi sekolah Malaysia di Maktab Kerjasama,
Petaling Jaya. Razali telah mendapat banyak ilmu pengetahuan tenang koperasi
dalam kursus itu. Latar Masa Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman
sekarang. Terdapat latar masa pagi, petang dan malam. Latar masa
pagi Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah ketika Razali dan beberapa
orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut kerana kedai

koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual bertaburan di


lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka segera
melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli. Peristiwa yang menarik yang lain
ialah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah
menenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu.
Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Selain itu, peristiwa yang
menarik ialah Razali dapat bertemu dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada
waktu pagi juga. Latar masa petang Peristiwa yang berlaku pada waktu petang
ialah Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah
pulang dari sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Peristiwa lain
yang berlaku pada waktu petang ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali
keluar dari rumah setelah mendengar fitnah daripada Munir dan Leong. Latar
masa malamPeristiwa menarik yang berlaku pada waktu malam ialah satu
lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke
dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu sehingga
barang-barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang
Share this:

You might also like